buletin pembina isu 6

7
PEMBINA buletin 39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor. www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja P ilihan raya kampus ( PRK ) telah melabuhkan tirainya bulan lalu. Kemenangan yang diperolehi bukanlah tiket untuk popular, bahkan platform merealisasikan manifesto yang telah dicanang sebelum itu. Isikan kemenangan dengan gerak kerja yang akan menguntungkan warga kampus terutama mahasiswa. Pembinaan syakhsiah dan kecemerlangan akademik adalah agenda utama. Campur tangan parti-parti politik dalam pilihan raya kampus bukanlah sesuatu yang bijak dalam menentukan hala tuju pergerakan mahasiswa. Biar mereka mencorakkan idealisma menurut acuan sendiri. Kita tidak mahu melihat mahasiwa terlibat dalam pergolakan politik yang merugikan. Seperti yang kita sedia maklum berlaku sedikit kekecohan di Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas keputusan PRK diumumkan. Ia mendapat liputan meluas media termasuk radio Bernama. Saya mendengar bagaimana stesen radio tersebut berusaha mendapatkan ulasan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi. Bukan mencari siapa yang bersalah, akan tetapi punca masalah. Ada baiknya kita mendengar pandangan dari pihak yang berbeza sebelum menghukum tanpa usul periksa. Kita tidak menggalakkan politiking di kalangan para pelajar universiti. Demonstrasi yang berunsur gimik, menghina dan ganas hendaklah dielakkan. Semua pihak perlu berunding dengan fikiran yang terbuka, jalankan siasatan untuk mengetahui punca masalah serta berbincang supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik. Dalam hal ini Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) perlu telus, non partisan dan memberi ruang kepada mahasiswa terlibat dalam politik kampus. Kecenderungan politik HEP tidak sepatutnya mempengaruhi tindakan yang diambil terhadap para pelajar. Pelajar juga jangan mengambil kesempatan atas kebebasan yang diberikan HEP. Tindakan yang diambil perlu menggambarkan kematangan sebagai mahasiswa. Budaya politik kampus perlu berbeza dengan budaya politik semasa. Ianya dibina berdasarkan nilai-nilai murni yang sedia termaktub dalam norma kehidupan insan. Budaya politik yang tidak sihat seperti memburuk-burukkan antara satu sama lain dan cantas-mencantas adalah amalan yang tidak patut disuburkan. Ia menggambarkan moral mahasiswa yang rendah. Sebaiknya pihak-pihak yang bertanding mengemukakan agenda pembangunan siswa, pemuliharaan kampus serta mengamalkan budaya saling hormat-menghormati. Pepatah ada menyebut, ‘ Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara. ' Jangan biarkan harapan hanya tinggal janji dan tiang runtuh tanpa ada pengganti. Jadikan kampus medan melahirkan pemimpin yang berkualiti. " Pepatah ada menyebut, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Visi Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam Misi 1. Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul. 2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara. 3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri. 4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri. 5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan. Aspirasi Politik Kampus persatuan belia islam nasional | isu 6 "

Upload: pembina

Post on 22-Mar-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buletin PEMBINA Isu 6

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin PEMBINA Isu 6

PEMBINAbuletin

39-2-2B, jalan medan pb2b, seksyen 9, 43650 bandar baru bangi, selangor.www.pembina.com.my | untuk ahli sahaja

Pilihan raya kampus ( PRK ) telah

melabuhkan tirainya bulan lalu.

Kemenangan yang diperolehi bukanlah

tiket untuk popular, bahkan platform

merealisasikan manifesto yang telah

dicanang sebelum itu. Isikan kemenangan dengan

gerak kerja yang akan

menguntungkan warga

kampus terutama

mahasiswa. Pembinaan

syakhsiah dan kecemerlangan akademik adalah

agenda utama. Campur tangan parti-parti politik

dalam pilihan raya kampus bukanlah sesuatu yang

bijak dalam menentukan hala tuju pergerakan

mahasiswa. Biar mereka mencorakkan idealisma

menurut acuan sendiri. Kita tidak mahu melihat

mahasiwa terlibat dalam pergolakan politik yang

merugikan.

Seperti yang kita sedia maklum berlaku sedikit

kekecohan di Universiti Putra Malaysia (UPM)

selepas keputusan PRK diumumkan. Ia mendapat

liputan meluas media termasuk radio Bernama.

Saya mendengar bagaimana stesen radio tersebut

berusaha mendapatkan ulasan pelbagai pihak

termasuk Kementerian Pengajian Tinggi. Bukan

mencari siapa yang bersalah, akan tetapi punca

masalah. Ada baiknya kita mendengar pandangan

dari pihak yang berbeza sebelum menghukum

tanpa usul periksa.

Kita tidak menggalakkan politiking di kalangan para

pelajar universiti. Demonstrasi yang berunsur gimik,

menghina dan ganas hendaklah dielakkan. Semua

pihak perlu berunding dengan fikiran yang terbuka,

jalankan siasatan untuk mengetahui punca masalah

serta berbincang supaya masalah dapat diselesaikan

dengan baik.

Dalam hal ini Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) perlu telus,

non partisan dan memberi

ruang kepada mahasiswa

terlibat dalam politik

kampus. Kecenderungan

politik HEP tidak sepatutnya mempengaruhi

tindakan yang diambil terhadap para pelajar. Pelajar

juga jangan mengambil kesempatan atas kebebasan

yang diberikan HEP. Tindakan yang diambil perlu

menggambarkan kematangan sebagai mahasiswa.

Budaya politik kampus perlu berbeza dengan

budaya politik semasa. Ianya dibina berdasarkan

nilai-nilai murni yang sedia termaktub dalam norma

kehidupan insan. Budaya politik yang tidak sihat

seperti memburuk-burukkan antara satu sama

lain dan cantas-mencantas adalah amalan yang

tidak patut disuburkan. Ia menggambarkan moral

mahasiswa yang rendah. Sebaiknya pihak-pihak yang

bertanding mengemukakan agenda pembangunan

siswa, pemuliharaan kampus serta mengamalkan

budaya saling hormat-menghormati.

Pepatah ada menyebut, ‘ Pemuda harapan bangsa

pemudi tiang negara. ' Jangan biarkan harapan

hanya tinggal janji dan tiang runtuh tanpa ada

pengganti. Jadikan kampus medan melahirkan

pemimpin yang berkualiti.

"Pepatah ada menyebut, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

VisiMenjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam

Misi1. Membangunkan jatidiri

belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.

2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.

3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.

4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.

5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.

AspirasiPol it ik Kampus

persatuan belia islam nasional | isu 6

"

Page 2: Buletin PEMBINA Isu 6

Tsunami, Gempa dan NuklearNorzafry Norhalim Presiden PEMBINA

Kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini mengejutkan masyarakat dunia. Dengan

kemusnahan yang hampir sama dengan peristiwa Hiroshima, rakyat Jepun kini berdepan dengan

krisis kemanusiaan yang kemungkinan berpanjangan disebabkan letupan reaktor nuklear yang boleh

menyebabkan kecacatan kekal sekiranya luar kawalan.

Seandainya kita perhatikan, siri kejadian yang menggemparkan dunia seolah silih berganti sejak beberapa bulan ini.

Revolusi di Tunisia, Yaman, Mesir, Libya dan kini Saudi yang tidak kurang juga mengorbankan nyawa, dan kini diikuti pula

dengan tsunami yang menyebabkan ribuan manusia terkorban.

Sebagai seorang muslim, kita bersimpati di atas segala krisis ini, dan seharusnya mengambil iktibar dari setiap peristiwa ini.

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu itu sekadar suka-suka atau main-main, pastinya ada hikmah yang ingin

disampaikan buat seluruh ummat manusia.

Jatuhnya pemimpin yang zalim menandakan kekuatan suara rakyat dalam urusan pemerintahan, juga mengajak kita untuk

insaf dan tidak mengeksploitasi peluang menjadi pemimpin untuk kepentingan peribadi. Dari aspek yang berbeza, kita

juga perlu menilai kembali, adakah revolusi di satu-satu tempat itu akan lebih manfaat dari mudaratnya? Hati-hati jangan

menang sorak kampung tergadai, golongan kafir sentiasa menonton dan mengambil peluang atas perpecahan ummat

islam.

Tsunami, sekali lagi, memberi penekanan kepada kita bahawa mudahnya Allah s.w.t menarik balik nikmat yang diberikannya.

Tidak ada yang kekal di bumi ini kerana segalanya adalah pinjaman, termasuklah nyawa kita sendiri. Maka wajib bagi umat

islam berusaha memanfaatkan segala kekuatan material yang ada untuk memartabatkan islam di muka bumi, kerana inilah

pelaburan yang akan dibawa ke akhirat. Seandainya kita hanya mengumpul kekayaan buat kenikmatan diri sendiri sahaja,

akibatnya apabila Allah menarik balik nikmat tersebut, kita kerugian di dunia dan terlepas juga peluang amal akhirat bak

kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Pelbagai lagi kejadian akan sentiasa berlaku akan datang. Samada suka atau tidak, itulah sunnah Allah s.w.t yang menjadikan

pelbagai peristiwa di dunia ini, dan yang kejayaan hanyalah buat insan mengambil iktibar.

Page 3: Buletin PEMBINA Isu 6

Mimi Atieqa

“Mengharungi samudera kehidupan,kita ibarat para

pengembara,hidup ini adalah perjuangan tiada masa

tuk berpangku tangan...” ,nyanyian kumpulan Shoutul

Harakah menusuk kalbu mengasak minda untuk berfikir

sejenak. Kehidupan yang dialami selama dua puluh

tahun ini kembali menjelma seperti layar skrin di dalam minda,

meneroka dan menjelajah lalu akal mentafsir adakah selama

ini aku benar-benar menghargai hidup? Apakah yang telah aku

lakukan buat agama? Berapa lamakah yang aku lakukan hanya

dengan memangku tangan memandang sepi segala yang berlaku

disekelilingku? Dugaan dan ujian silih berganti menerjah dalam

kehidupan namun apakah selama ini kita menghadapinya dengan

penuh keredhaan? Langkah-langkah yang dilalui setiap hari

masihkah berada di landasan yang benar dan lurus atau semakin

menyimpang jauh tanpa arah dan matlamat yang jelas?

Begitulah manusia, memiliki akal yang bijak namun seringkali

akal bekerjasama dengan nafsu berganding bahu mencorak

kehidupan kita membentuk warna-warna yang semakin kelam.

Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran, nasihat

yang diberikan oleh seorang sahabat ketika di zaman sekolah satu

tika dahulu menggamit kembali. Betapa kita telah lupa yang kita

diwujudkan di dunia fana ini semuanya bersebab dan sebab-sebab

itu jugalah merupakan matlamat yang seharusnya digenggam

erat bersama tekad membara. Sahabat Nabi Muhammad saw, Ali

bin Abi Thalib r.a. pernah berkata, “wahai anak Adam, janganlah

(keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan

berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan

bencana, jangan keterlaluan bersenang dengan kelapangan kerana

emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan

bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang

kau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau

inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan

bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. Kerahkan

segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardukan”.

Mata dan hati kita kini semakin diselaputi dengan kabus ideologi

yang diimport dari negara-negara yang dianggap maju pada

pandangan zahir namun sangat mundur secara hakikinya. Artis-

artis dijadikan idola, program-program nyanyian berleluasa,

pertandingan ratu cantik semakin menjadi kegilaan anak-anak

gadis Islam dan banyak lagi dikatakan itulah dia hasil dari perubahan

zaman menuju ke dunia teknologi tanpa sempadan malah segala

masalah sosial yang berlaku kini dikatakan sebagai pengorbanan

atas kemodenan yang dicapai. Tidak pernahkah kita fikirkan

betapa

selama ini kita

semakin lupa

akan tikar sejadah apatah lagi al-Quran yang seharusnya dijadikan

panduan dan pedoman akan tetapi ramai orang menjadikannya

sebagai hiasan atau hantaran semata-mata. Begitu mudah kita

pandang dan nilai sesuatu yang seharusnya penting di dalam

hidup akhirnya disisihkan apabila kita lebih rela memilih racun

kemodenan berbanding penawar yang semakin hilang dalam diri

lalu membiarkan diri dengan relanya berpaling tadah dari Maha

Pencipta, Allah azzawajalla.

George Henry Sanders (w.1972) merupakan bintang filem yang

pernah memenangi Anugerah Academy tetapi akhirnya mati

bunuh diri di sebuah hotel di Barcelona, Sepanyol. Sebelum mati,

dia menulis satu nota, “Dear world, I am leaving because I am

bored. I feel I have lived long enough. I am leaving you with your

worries in this sweet cesspool. Good luck.” Ramai yang kagum

malah ada juga iri hati dengan kejayaan dan prestasi beliau dan

sebahagian daripadanya menyimpan azam dan impian untuk

menjadi seperti artis-artis terkenal yang bergelar jutawan.

Sudah pasti ramai yang menginginkan kehidupan yang kaya-raya,

kesenangan di dunia ini dan kejayaan meninggi gunung akan tetapi

adakah kesenangan itu akan berakhir dengan episod yang bahagia

atau membawa kebaikan?

Ingatlah baik-baik pesan al-Quran, “boleh jadi kamu menyukai

sesuatu, padahal itu buruk bagimu”, jangan terlalu asyik menepuk

dada tanyalah selera sesekali tanyalah iman, pastinya jawapan

dan keputusan yang dilakukan amat jauh berbeza. Jawapan yang

bakal diterima mungkin sahaja begini, “rupanya aku hidup di

dunia selama ini adalah semata-mata untuk hari akhirat yang kekal

abadi”. Bagaimana untuk memantapkan lagi keimanan kepada

hari akhirat kerana kejadian itu tidak pernah dialami, tidak dapat

dibayangkan malah tarikh kejadian juga tidak siapa pun tahu?

Ubatnya, sesekali bayangkanlah diri sendiri seolah-olah sudah

berabad-abad mengalami kematian. Keadaan diri tika itu sangat

bingung dan terperanjat sekali kerana kerasnya tiupan sangkakala,

selanjutnya hanya tertuju untuk memenuhi panggilan ke suatu

tempat berkumpul di padang mahsyar. Ketika itu semua makhluk

telah dihidupkan daripada kubur masing-masing menanti giliran

untuk dihisab, lalu syurga atau neraka sebagai tempat yang bakal

diduduki, bahagia atau sengsara maka ketika saat itu betapa cemas

dan paniknya kita memikirkan keputusan yang bakal dilakukan

oleh Allah yang Maha Adil Pencipta Segalanya.

Bingkai Kehidupan "Engkau tidak akan mencapai

cita-citamu kecuali dengan

bersabar menanggung apa

yang tidak engkau sukai.

Page 4: Buletin PEMBINA Isu 6

Sudut Muhasabah

...“ Bersikap zuhudlah di dunia nescaya Allah s.w.t akan

mencintaimu. Jauhilah hal-hal yang tidak disukai manusia

nescaya mereka akan menyayangimu. Puaslah dengan

nikmat yang sedikit, amalkanlah ajaran-ajaran Al-Quran,

bersiap sedialah menghadapi kematian dan takutlah

terhadap seksaan Allah s.w.t”, kata-kata hikmah daripada

Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni ini lebih tajam dari mata

pedang kerana mampu mengubah persepsi seseorang

terhadap keseluruhan hidupnya. Jadilah seperti bunga

sakura yang hayatnya di dunia pendek sekali namun

rupanya indah mempesona. Matahari yang panas

membakar namun ia tetap bertenaga mengeluarkan

habanya sepanjang masa. Ingatlah, Allah sentiasa membuka

pintu rahmat-NYA, maka kejarlah dengan segera untuk

melakukan kebaikan. Ambil dan tabur benih-benih taqwa

dalam diri lalu letakkan dunia di tangan dan akhirat di

hati, nanti ia akan berbuah di syurga. Yakinlah dengan

janji-janji Allah dan lupakan kemanisan dunia kerana itulah

yang mampu meroboh dinding keimanan dalam diri,

sememangnya untuk meraih cinta Allah itu memerlukan

mujahadah yang tinggi dan berterusan. Genggam kemas

cinta-NYA walau betapa perit sekalipun tetapi ingatlah

tanpa cinta-NYA dunia ini akan hancur dan teruslah

dengan penuh keyakinan kerana setiap kesusahan yang

dialami akan dihadiahkan dengan nikmat yang tidak

terperi. Hiasilah bingkai kehidupan kita dengan warna-

warna Islam.

Rujukan :

1. Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni oleh Dr ‘Aidh bin Abdullah

Al-Qarni

2. Hari Akhirat oleh Mohasbi

3. Bila Allah Menduga Kita oleh Syed Alwi Al-Atas

Duhai bangsaku,

Kalian lebih memilih lorong yang sempit berbanding jalan yang

lurus,

Pabila disoal kalian menjawab sudah suratan takdir,

Sedangkan tika satu pintu rahmat terturup, 99 lagi terbuka

buat kita,

Mengapa kita jadi begitu sombong sedangkan Allah tetap

memberi dan terus memberi,

Malah Allah sudah berfirman tidak akan mengubah nasib

sesuatu kaum melainkan dengan tangan mereka sendiri,

Kita terus membiarkan mata ini tertutup dan hati diselaputi

nafsu yang menebal,

Jalan iman itu indah dan nafsu itu bisa merosakkan kita,

Kita semakin lalai dan terusan lalai malah semakin lupa

terhadap janji-janji yang dibuat kepada Allah,

Kitalah satu-satunya makhluk yang berani menyahut seruan

sebagai khalifah di bumi tika makhluk lain menggigil ketakutan,

Betapa hina dah bodohnya kita terhadap apa yang kita telah

lakukan dan banggakan,

Ingatlah,

Jalan kebahagiaan atau kesengsaraan merupakan pilihan hidup

terletak bukan di tangan tetapi kembali ke pangkal hati,

Carilah iman kerana ia tidak akan datang bergolek malah usaha

terhadap hijrah itulah harusnya,

Kembalilah duhai anak bangsaku

Nukilan,

Mimi Atieqa

Page 5: Buletin PEMBINA Isu 6

Berwuduk di Dalam Bilik Air

QDi Dalam bangunan moden sekarang ini bilik mandi,

kelengkapan-kelengkapan mandi dan tempat membuang air

berada di dalam satu bilik. Adakah boleh saya berwuduk dalam

tempat ini dan saya menyebut nama Allah ketika berwuduk?

ASeperti yang diketahui, ulama’ fiqah berpendapat mencegah

kerosakan itu hendaklah diutamakan daripada mengerjakan

kebaikan. Perkara yang makruh itu lebih perlu dijaga sebelum

melakukan perkara sunat atau harus, sekurang-kurangnya

sebagai langkah berjaga-jaga. Seperti yang dimaklumi, jika semuanya berada di dalam satu tempat yang sama, biasanya tempat wuduk

turut tercemar dan terdedah kepada najis jika tiada langkah-langkah untuk memelihara kebersihan. Berwuduk dalam bilik air adalah

makruh jika dikhuatiri terkena najis dan terdapat tempat lain untuk berwuduk. Jika dia yakin tidak terkena sebarang najis atau tidak

terdapat tempat lain untuk berwuduk,maka dia boleh berwuduk di dalam bilik air ini.

Antara adab ketika qada’ hajat ialah tidak berkata-kata sama ada berbentuk zikir, doa dan membaca ayat al-Quran. Jika dia bersin, dia

tidak perlu menyebut “Alhamdulillah”, dan tidak perlu menjawab salam serta azan yang berkumandang. Diriwayat oleh Muslim dalam

sahihnya daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa seorang lelaki lalu berhampiran Nabi saw dan baginda sedang membuang air kecil.

Baginda tidak menjawab salam lelaki tersebut. Ulama’ berpendapat, larangan menjawab salam ini bukan hanya merangkumi orang yang

sedang berada di dalam tempat yang disediakan untuk qada’ hajat.

Maka orang yang berwuduk di dalam bilik air itu tidak perlu menyebut nama Allah dan berzikir ketika sedang berwuduk sama ada

sebelum atau selepasnya sehinggalah dia keluar daripada bilik air tersebut. Hukumnya hanyalah makruh bukannya haram dan jika dia

melakukannya juga maka dia tidak akan berdosa tetapi meninggalkannya lebih afdal.

Perlu diingatkan bahawa niat yang wajib dibaca

ketika berwuduk dan mandi wajib tempatnya

di dalam hati dan tidak wajib melafazkannya.

Oleh itu, tidak perlu melafazkannya ketika

berada di dalam bilik air dan memadai dengan

meniatkannya di dalam hati bagi seisapa yang

mengatakan niat itu wajib. Makruh berkata-

kata apabila tiada apa-apa kepentingan seperti

kecemasan atau perlu untuk bercakap seperti

mengingatkan tentang sesuatu yang merbahaya

ataupun menjawab pertanyaan orang dan

sebagainya. Jika keadaan memaksa untuk

berkata-kata tidaklah makruh.

Sumber:

Soal Jawab Wanita Islam oleh Shaikh Attiyah Saqr

(Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Al-Azhar, Mesir).

Sudut Fiqh

Page 6: Buletin PEMBINA Isu 6

Fathi Yakan

Fathi Yakan dilahirkan di Tarablus, Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimpin gerakan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian pada peringkat sarjananya adalah kejuruteraan.

Pengasas Jemaah Islam LubnanBeliau dan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr. Mustafa As-Siba’ie di Syria pada tahun 1950-an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islaimiyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006, beliau menubuhkan gerakan Islamic Action Front.

Penulisan Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 35 buah buku. Tulisan-tulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal adalah Apa Erti Saya

Menganut Islam, Golongan yang Tercicir dan Bahtera Penyelamat. Sebagai seorang sarjana, beliau juga banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antabangsa.

Pegangan Terhadap Sistem Pilihan RayaPada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam pilihan raya Lubnan dan memenangi salah satu kerusi Parlimen. Beliau adalah tokoh Muslim yang bersinar dalam senario politik Lubnan sejak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi.

Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku berjudul Ihdzaruu Al-Aids Al-Haraky. Melalui buku itu, beliau meluahkan pendapatnya mengenai penglibatan jemaah Islam ke dalam kancah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam, khususnya di Lubnan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai Aids Harakah.

Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor:1. Jemaah yang wujud berdasarkan kekaguman pada seorang pemimpin tertentu.2. Jemaah mengejar kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti.3. Jemaah dipengaruhi oleh kepeningan luar seperti politik dan ekonomi.4. Tergesa-gesa bagi meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya prinsip jemaah.5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh di kalangan pimpinan atau ahli.6. Campur tangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alasan bekerjasama dengan jemaah.7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa.

Kematian yang Diratapi DuniaTanggal 13 Jun 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan pada usia 76 tahun.

Sumber:50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad

Sudut Tokoh

Page 7: Buletin PEMBINA Isu 6