buletin pembina jamadil akhir 1429

4
8 pem β β β ina cerpen S hahril melangkahkan kakinya mema- suki bas Transnasional itu. Setelah membayar tambang RM1.50, dia pun men- gambil tempat duduk di bahagian tengah bas itu. Beg pakaiannya diletakkan di kerusi bese- belahan denganya. Pada waktu tengah hari begini, tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini, jadi Shahril tidak perlu risau untuk mengalihkan begnya itu kerana masih terlalu banyak kerusi yang kos- ong. Bas pun mula bergerak. Shahril mengha- lakan pandangannya ke luar tingkap. Kini dia sudah bergelar lepasan sekolah itu. Baru be- berapa jam yang lalu Shahril bersama-sama dengan rakan-rakannya bersorak gembira kerana peperiksaan SPM telah selesai. Kini, dia bersendirian di dalam bas itu. Semua kawan- kawannya pulang dengan ibu bapa masing- masing, kerana ingin membawa barang yang banyak; maklumlah sekolah berasrama penuh. Shahril lebih suka pulang dengan bas kerana tidak mahu menggangu ibu dan ayahnya yang bekerja. “Dik, bangun dik… Dah sampai stesen tera- khir ni”, Suara seorang perempuan kedenga- ran. Shahril membuka matanya. Dilihatnya sekeliling. Para penumpang sedang bergerak turun dari bas. Rupanya-rupanya dia telah sampai di stesen yang terakhir. Mungkin ter- lalu penat sehingga dia sedar yang dia telah tidur sepanjang perjalanan tadi. “Terima kasih makcik”, Shahril tidak lupa untuk mengucap- kan terima kasih kepada makcik tadi. Shahril mengangkat begnya lalu turut turun dari bas. Dia melihat jam di tangannya. Kemudian meli- hat sekeliling. Memerhati jika ada kelibat bas yang ingin dinaikinya. Dia perlu menaiki lagi sebuah bas untuk ke rumahnya. Nampaknya bas itu belum tiba. “Lepak la dulu. Jalan-jalan cuci mata. Dah lama tak lepak-lepak ni. Kat sekolah mana boleh”, bisik hati Shahril. Dia pun terus menuju ke pusat membeli belah yang berse- belahan dengan stesen bas itu. Shahril men- gambil tempat di sebuah kerusi kosong di situ. Dia memerhatikan gelagat orang ramai. Dia melihat sekumpulan remaja sebaya den- gannya sedang bergelak ketawa manaiki eske- lator menuju ke tingkat atas. Dia tahu di situ- lah tempat remaja-remaja sekarang melepak menghabiskan masa bersuka ria bermain per- mainan video dan menonton wayang. Bercam- pur laki dan perempuan. Hati Shahril galak. “Best jugak kalo dapat join diorang. Camne agaknye ye? Mesti best dapat tengok wayang, main game, lepak-lepak dengan awek. Lagi pon aku ni dah habis sekolah”. Hati Shahril berbisik nakal. Kerana dia bersekolah asrama, dia tidak pernah melalui semua ini. Di sekolah, pergaulan antara lelaki dan perempuan amat terbatas. Waktu cuti bulanan pula digunakan untuk berehat di rumah sahaja. “Apa salahnya kalau aku pergi lihat-lihat sekejap kat atas tu. Nak jugak aku rasa keseronokan remaja ni”. Shahril semakin tewas dengan ajakan naf- sunya. Ilmu agama yang dipelajarinya dalam kelas Pendidikan Islam tidak mampu membe- tenginya dari ajakan itu. Shahril pun me- megang begnya itu lalu bangun untuk menuju ke eskelator. Belum pun sempat Shahril melangkah,dia disapa oleh seseorang. “Assalamualaikum dik.” Orang itu mem- beri salam. “Waalaikumsalam,” jawab Shahril. “Abang nak tumpang tanya skit bo- leh?” tanya orang itu pada Shahril. “Boleh. Apa dia?” tanya Shahril pula. “Sekarang dah pukul berape ye? Shahril melihat jam tan- gannya. “Oh, sekarang dah pukul 2 bang.” Jawab Shahril. “Pukul 2! Dah zohor dah ni. Terima kasih dik. Abang belum solat lagi ni. Erm... adik dah solat?” Abang itu sempat bertanya pada Shahril. “Erm… belum lagi bang”, jawab Shahril perlahan. “Kalau macam tu, jomla solat sekali dengan abang. Dapat pahala 27 kali ganda. Sape tak nak kan. Banyak tu”, kata abang tu bersahaja sambil tersenyum. “Ok jugak.” jawab Shahril, terlupa niatnya tadi untuk menjengah ke tingkat atas. Setelah selesai solat. Shahril menyandar- kan diri di dinding bahagian belakang surau. Abang tadi bangun menunaikan solat sunat. Shahril hanya memerhati sambil menyarung stoking ke kakinya. Di lihat keluar tingkap, hujan turun agak lebat. Shahril ambil kepu- tusan untuk berehat sebentar di situ semen- tara menunggu hujan reda. “Baru habis SPM ke?” Tanya abang tadi yang telah selesai solat sunat sebentar tadi. “Ha’ah”, jawab Shahril ringkas. Tidak mahu memikirkan san- gat tentang peperiksaan. Baginya, dia sekarang sudah bebas. Buat apa nak pikir lagi tentang SPM. Bagai memahami bisik hati Shahril, abang tersebut tidak bertanya lanjut tentang SPM. “Saya Mohd Kamal… panggil Kamal je… abang Kamal pun boleh.” Abang tadi mem- perkenalkan diri. Senyuman itu tetap terlekat di bibirnya. Seolah-olah memancarkan aura yang menyebabkan Shahril merasa begitu senang dengan abang Kamal.” “Saya Shahril… panggil je Shah.” Shahril memperkenalkan dirinya pula. Di surau yang kecil dan agak tidak terurus itulah bermulanya satu ikatan antara dua insan. Yang tiada apa-apa kepentingan duniawi, tiada pertalian darah atau sebarang niat yang salah. Itulah yang dinamakan uk- huwwah islamiah. Ikatan di atas dasar keimanan. Hari itu, Abang Kamal berbesar hati menghantar Shahril ke rumahnya dise- babkan hujan yang lebat tidak menunujuk- kan tanda untuk reda. Kebetulan abang Ka- mal tinggal tidak jauh dari kawasan pe- rumahan Shahril. Semenjak hari itu, hubungan antara mereka semakin rapat. Abang Kamal selalu mengajak Shahril melakukan aktiviti ber- sama. Katanya,masa kosong yang ada mesti diisi dengan benda baik, kalau tidak benda yang sebaliknya yang mengisi masa itu. Ada- kalanya, abang Kamal mengajak dia bermain futsal bersama rakan-rakan abang Kamal. Apa yang menarik hati Shahril ialah per- bezaan yang ketara antara kawan-kawan abang Kamal yang menutup aurat dan begitu bersopan ketika bermain. Sangat berbeza den- gan kumpulan-kumpulan lain. Dia juga telah berkenalan dengan beberapa rakan baru yang sebaya dengannya. Mereka juga datang atas ajakan abang Kamal. Masa berlalu beberapa ketika. Suatu hari, abang Kamal telah mengajak Shahril untuk keluar makan. Sampai sahaja di restoran yang dijanjikan, Shahril melihat abang Kamal ber- sama dengan beberapa rakan lain. Apabila diamati,rupa-rupanya mereka ialah Adam, Hafiz dan Abdullah. Mereka pernah beberapa kali bertemu ketika bermain futsal bersama. Abang Kamal lalu menjemput Shahril duduk. Malam itu, Shahril merasai satu lagi perasaan yang menakjubkan. Dia dan rakan-rakannya tadi telah disatukan dalam satu kumpulan yang abang Kamal namakan sebagai ‘usrah’. Kata abang Kamal, ‘usrah’ tu maksudnya ke- luarga. Tujuannya ialah untuk mereka berbin- cang-bincang. Berkongsi ilmu, berbincang masalah dan mengisi masa kosong dengan aktiviti berfaedah secara bersama-sama. Kata abang Kamal lagi. Kita kalau nak buat baik jangan sorang-sorang. Nanti bila kita buat silap tak ada orang nak tegur kita. Sebab tu lah kita kena ada usrah, boleh saling bantu membantu. Semenjak pertemuan pertama itu, Shahril telah berubah menjadi seorang yang benar- benar faham akan matlamat hidupnya. Mereka akan berjumpa seminggu sekali. Abang Kamal selalu berpesan supaya mengingati pengorba- nan yang telah dilakukan oleh orang sebelum kita hingga kita dapat kecapi nikmat iman. Kini,tugas kita pula untuk berkorban demi masyarakat terutamanya remaja yang sangat jauh dari sinar iman. ………………………………………. Masa pantas berlalu. Hari ini Shahril akan memasuki universiti UiTM. Dia mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dalam SPM. Telefon bimbitnya berbunyi. Hanya SMS…Dari abang Kamal. Shahril cepat- cepat membacanya. “Assalamualaikum Shah, selamat memasuki alam universiti. Tahniah abang ucapkan. Satu je pesanan abang.Hidup kita tiada nilainya hinggalah kita melangkah kehadapan meninggalkan segala kejahilan di belakang kita. Wassalam” “Waalaikumsalam. Terima kasih abang kerana telah mengajarku melangkahkan kaki ini”, ringkas Shahril membalas mesej abang Kamal. Kedengaran dari jauh pengumuman diumumkan. Penuntut baru dikehendaki berkumpul di dewan taklimat. Shahril men- gambil tempat duduknya di bahagian be- lakang. Dia melihat-lihat sekeliling. Dia me- mandang orang di sebelahnya. “Assalamualaikum. Boleh tumpang tanya. Sekarang dah pukul berapa ye?” Shahril me- mulakan bicaranya. Sambil tersenyum mesra. Oleh: Haidar Mahmud Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? 1 pem β β β ina S elamat datang dan tahniah kepada adik-adik yang baru menempatkan diri di institut pengajian tinggi awam dan swasta (Universiti). Adik-adik, sebenarnya kebanyakan dari kita mempunyai perasaan yang sama apabila melalui pengalaman ini. Kita mendaftar ke universiti, membawa harapan yang tinggi menggunung dari keluarga. Tidak mengira tentang latar belakang keluarga, kita sebenarnya adalah harapan mereka. Pengorbanan mereka terlalu banyak dan tidak akan mampu untuk kita balas. Mereka bersengkang mata, memerah keringat, menahan kemahuan dan menahan lapar bagi memastikan harapan ini akan menjadi kenyataan. Apa yang kita gambarkan sebaik melangkah ke tempat pendaftaran universiti masing-masing adalah hari konvokesyen kita beberapa tahun lagi. Seperti gambaran yang kita ketahui melalui pengalaman abang/kakak kita, cerita tv yang ditonton atau cerita dari mulut ke mulut. Hari dimana kita mendapat penghargaan hasil dari titik peluh kita, segulung ijazah diberikan dalam suasana yang gilang gemilang. Dewan yang dihias indah, beribu pasang mata melihat setiap langkah kita di atas pentas. Pakaian yang hebat, bunyi- bunyian yang hebat, pengisytiharan kemenangan di atas jerih-perih yang kita tumpahkan. Gambaran- gambaran ini yang membuatkan kita berazam tidak akan membazirkan sedikit pun waktu. Adik-adik yang dikasihi Allah. Tingkah laku dan perasaan kita tadi merupakan fitrah yang Allah telah ciptakan bersama kelahiran kita ke dunia. Melalui kaedah yang sama juga Allah mendidik kita bagi menghadapi perhimpunan yang lebih besar dari itu. Diceritakan kegemilangan, kegerunan, kekacauan di hari konvokesyen bagi seluruh umat manusia. Hari penganugerahan yang tiada tolok bandingnya atau hari bencana yang tidak terperi seksanya. Perhimpunan agung yang diberikan ijazah’ samada kita berjaya atau gagal dengan diperhatikan oleh Rasul yang kita kasihi dan orang-orang yang beriman. Dan terang benderanglah bumi (Padang Mashyar) dengan cahaya (keadilan Tuhanya), dan diberikan buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para Nabi dan saksi-saksi dan diberikan keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dirugikan’ (Az-Zumar: Ayat 69). Oleh itu adik-adik, kamu memang berhak untuk tidak membuang masa bahkan membuat persiapan setiap masa kerana perhitunganya di akhirat kelak amat teliti. Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata ; Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak meninggalkan yang besar, melainkan mencatat semuanya, Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun’ (Al-Kahfi: Ayat 49). Jadikan dirimu... adik-adik... sebagai hambaNya yang sebenar. Jadikanlah perjuanganmu didunia adalah sebahagian dari perjuangan untuk akhiratmu. Wassalam. Dr Kamil Azmi Tohiran Presiden, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Hari Konvokensyenku DALAM EDISI INI! “...kamu memang berhak untuk tidak membuang masa bahkan membuat persiapan setiap masa kerana perhitunganya di akhirat kelak amat teliti.” buletin SUARA GENERASI BELIA TAHUN 1 BIL. 2 EDISI JAMADIL AKHIR 1429 www.pembina.com.my pem pem pem pem β β β ina ina ina ina 1326-07-SEL -Untuk Ahli Sahaja- tinta presiden negeri kita -Isu Murtad muslimah -Muhasabah Diri baitul muslim -Pertunangan Bukan Lesen P cerpen -Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye? urus wang anda -Tips Pengurusan II ...dan banyak lagi! ...dan banyak lagi! ...dan banyak lagi! ...dan banyak lagi!

Upload: pembina

Post on 26-Mar-2016

266 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Edisi 01/02/1429

TRANSCRIPT

  • 8 pemina

    cerpen

    S hahril melangkahkan kakinya mema-suki bas Transnasional itu. Setelah membayar tambang RM1.50, dia pun men-

    gambil tempat duduk di bahagian tengah bas

    itu. Beg pakaiannya diletakkan di kerusi bese-

    belahan denganya. Pada waktu tengah hari

    begini, tidak ramai yang menggunakan

    perkhidmatan bas awam ini, jadi Shahril tidak

    perlu risau untuk mengalihkan begnya itu

    kerana masih terlalu banyak kerusi yang kos-

    ong. Bas pun mula bergerak. Shahril mengha-

    lakan pandangannya ke luar tingkap. Kini dia

    sudah bergelar lepasan sekolah itu. Baru be-

    berapa jam yang lalu Shahril bersama-sama

    dengan rakan-rakannya bersorak gembira

    kerana peperiksaan SPM telah selesai. Kini, dia

    bersendirian di dalam bas itu. Semua kawan-

    kawannya pulang dengan ibu bapa masing-

    masing, kerana ingin membawa barang yang

    banyak; maklumlah sekolah berasrama penuh.

    Shahril lebih suka pulang dengan bas kerana

    tidak mahu menggangu ibu dan ayahnya yang

    bekerja.

    Dik, bangun dik Dah sampai stesen tera-

    khir ni, Suara seorang perempuan kedenga-

    ran. Shahril membuka matanya. Dilihatnya

    sekeliling. Para penumpang sedang bergerak

    turun dari bas. Rupanya-rupanya dia telah

    sampai di stesen yang terakhir. Mungkin ter-

    lalu penat sehingga dia sedar yang dia telah

    tidur sepanjang perjalanan tadi. Terima kasih

    makcik, Shahril tidak lupa untuk mengucap-

    kan terima kasih kepada makcik tadi. Shahril

    mengangkat begnya lalu turut turun dari bas.

    Dia melihat jam di tangannya. Kemudian meli-

    hat sekeliling. Memerhati jika ada kelibat bas

    yang ingin dinaikinya. Dia perlu menaiki lagi

    sebuah bas untuk ke rumahnya. Nampaknya

    bas itu belum tiba.

    Lepak la dulu. Jalan-jalan cuci mata. Dah

    lama tak lepak-lepak ni. Kat sekolah mana

    boleh, bisik hati Shahril. Dia pun terus

    menuju ke pusat membeli belah yang berse-

    belahan dengan stesen bas itu. Shahril men-

    gambil tempat di sebuah kerusi kosong di situ.

    Dia memerhatikan gelagat orang ramai. Dia

    melihat sekumpulan remaja sebaya den-

    gannya sedang bergelak ketawa manaiki eske-

    lator menuju ke tingkat atas. Dia tahu di situ-

    lah tempat remaja-remaja sekarang melepak

    menghabiskan masa bersuka ria bermain per-

    mainan video dan menonton wayang. Bercam-

    pur laki dan perempuan. Hati Shahril galak.

    Best jugak kalo dapat join diorang. Camne

    agaknye ye? Mesti best dapat tengok wayang,

    main game, lepak-lepak dengan awek. Lagi

    pon aku ni dah habis sekolah. Hati Shahril

    berbisik nakal. Kerana dia bersekolah asrama,

    dia tidak pernah melalui semua ini. Di sekolah,

    pergaulan antara lelaki dan perempuan amat

    terbatas. Waktu cuti bulanan pula digunakan

    untuk berehat di rumah sahaja. Apa salahnya

    kalau aku pergi lihat-lihat sekejap kat atas tu.

    Nak jugak aku rasa keseronokan remaja ni.

    Shahril semakin tewas dengan ajakan naf-

    sunya. Ilmu agama yang dipelajarinya dalam

    kelas Pendidikan Islam tidak mampu membe-

    tenginya dari ajakan itu. Shahril pun me-

    megang begnya itu lalu bangun untuk

    menuju ke eskelator. Belum pun sempat

    Shahril melangkah,dia disapa oleh seseorang.

    Assalamualaikum dik. Orang itu mem-

    beri salam. Waalaikumsalam, jawab

    Shahril. Abang nak tumpang tanya skit bo-

    leh? tanya orang itu pada Shahril. Boleh.

    Apa dia? tanya Shahril pula. Sekarang dah

    pukul berape ye? Shahril melihat jam tan-

    gannya. Oh, sekarang dah pukul 2 bang.

    Jawab Shahril. Pukul 2! Dah zohor dah ni.

    Terima kasih dik. Abang belum solat lagi ni.

    Erm... adik dah solat? Abang itu sempat

    bertanya pada Shahril. Erm belum lagi

    bang, jawab Shahril perlahan. Kalau

    macam tu, jomla solat sekali dengan abang.

    Dapat pahala 27 kali ganda. Sape tak nak

    kan. Banyak tu, kata abang tu bersahaja

    sambil tersenyum. Ok jugak. jawab Shahril,

    terlupa niatnya tadi untuk menjengah ke

    tingkat atas.

    Setelah selesai solat. Shahril menyandar-

    kan diri di dinding bahagian belakang surau.

    Abang tadi bangun menunaikan solat sunat.

    Shahril hanya memerhati sambil menyarung

    stoking ke kakinya. Di lihat keluar tingkap,

    hujan turun agak lebat. Shahril ambil kepu-

    tusan untuk berehat sebentar di situ semen-

    tara menunggu hujan reda. Baru habis SPM

    ke? Tanya abang tadi yang telah selesai

    solat sunat sebentar tadi. Haah, jawab

    Shahril ringkas. Tidak mahu memikirkan san-

    gat tentang peperiksaan. Baginya, dia

    sekarang sudah bebas. Buat apa nak pikir lagi

    tentang SPM. Bagai memahami bisik hati

    Shahril, abang tersebut tidak bertanya lanjut

    tentang SPM.

    Saya Mohd Kamal panggil Kamal je

    abang Kamal pun boleh. Abang tadi mem-

    perkenalkan diri. Senyuman itu tetap terlekat

    di bibirnya. Seolah-olah memancarkan aura

    yang menyebabkan Shahril merasa begitu

    senang dengan abang Kamal. Saya Shahril

    panggil je Shah. Shahril memperkenalkan

    dirinya pula.

    Di surau yang kecil dan agak tidak terurus

    itulah bermulanya satu ikatan antara dua

    insan. Yang tiada apa-apa kepentingan

    duniawi, tiada pertalian darah atau sebarang

    niat yang salah. Itulah yang dinamakan uk-

    huwwah islamiah. Ikatan di atas dasar

    keimanan. Hari itu, Abang Kamal berbesar

    hati menghantar Shahril ke rumahnya dise-

    babkan hujan yang lebat tidak menunujuk-

    kan tanda untuk reda. Kebetulan abang Ka-

    mal tinggal tidak jauh dari kawasan pe-

    rumahan Shahril.

    Semenjak hari itu, hubungan antara

    mereka semakin rapat. Abang Kamal selalu

    mengajak Shahril melakukan aktiviti ber-

    sama. Katanya,masa kosong yang ada mesti

    diisi dengan benda baik, kalau tidak benda

    yang sebaliknya yang mengisi masa itu. Ada-

    kalanya, abang Kamal mengajak dia bermain

    futsal bersama rakan-rakan abang Kamal.

    Apa yang menarik hati Shahril ialah per-

    bezaan yang ketara antara kawan-kawan

    abang Kamal yang menutup aurat dan begitu

    bersopan ketika bermain. Sangat berbeza den-

    gan kumpulan-kumpulan lain. Dia juga telah

    berkenalan dengan beberapa rakan baru yang

    sebaya dengannya. Mereka juga datang atas

    ajakan abang Kamal.

    Masa berlalu beberapa ketika. Suatu hari,

    abang Kamal telah mengajak Shahril untuk

    keluar makan. Sampai sahaja di restoran yang

    dijanjikan, Shahril melihat abang Kamal ber-

    sama dengan beberapa rakan lain. Apabila

    diamati,rupa-rupanya mereka ialah Adam,

    Hafiz dan Abdullah. Mereka pernah beberapa

    kali bertemu ketika bermain futsal bersama.

    Abang Kamal lalu menjemput Shahril duduk.

    Malam itu, Shahril merasai satu lagi perasaan

    yang menakjubkan. Dia dan rakan-rakannya

    tadi telah disatukan dalam satu kumpulan

    yang abang Kamal namakan sebagai usrah.

    Kata abang Kamal, usrah tu maksudnya ke-

    luarga. Tujuannya ialah untuk mereka berbin-

    cang-bincang. Berkongsi ilmu, berbincang

    masalah dan mengisi masa kosong dengan

    aktiviti berfaedah secara bersama-sama. Kata

    abang Kamal lagi. Kita kalau nak buat baik

    jangan sorang-sorang. Nanti bila kita buat silap

    tak ada orang nak tegur kita. Sebab tu lah kita

    kena ada usrah, boleh saling bantu membantu.

    Semenjak pertemuan pertama itu, Shahril

    telah berubah menjadi seorang yang benar-

    benar faham akan matlamat hidupnya. Mereka

    akan berjumpa seminggu sekali. Abang Kamal

    selalu berpesan supaya mengingati pengorba-

    nan yang telah dilakukan oleh orang sebelum

    kita hingga kita dapat kecapi nikmat iman.

    Kini,tugas kita pula untuk berkorban demi

    masyarakat terutamanya remaja yang sangat

    jauh dari sinar iman.

    .

    Masa pantas berlalu. Hari ini Shahril akan

    memasuki universiti UiTM. Dia mendapat

    keputusan yang agak memberangsangkan

    dalam SPM. Telefon bimbitnya berbunyi.

    Hanya SMSDari abang Kamal. Shahril cepat-

    cepat membacanya. Assalamualaikum Shah,

    selamat memasuki alam universiti. Tahniah

    abang ucapkan. Satu je pesanan abang.Hidup

    kita tiada nilainya hinggalah kita melangkah

    kehadapan meninggalkan segala kejahilan di

    belakang kita. Wassalam

    Waalaikumsalam. Terima kasih abang

    kerana telah mengajarku melangkahkan kaki

    ini, ringkas Shahril membalas mesej abang

    Kamal. Kedengaran dari jauh pengumuman

    diumumkan. Penuntut baru dikehendaki

    berkumpul di dewan taklimat. Shahril men-

    gambil tempat duduknya di bahagian be-

    lakang. Dia melihat-lihat sekeliling. Dia me-

    mandang orang di sebelahnya.

    Assalamualaikum. Boleh tumpang tanya.

    Sekarang dah pukul berapa ye? Shahril me-

    mulakan bicaranya. Sambil tersenyum mesra.

    Oleh: Haidar Mahmud

    Sekarang Sudah Pukul Berapa Ye?

    1 pemina

    S elamat datang dan tahniah kepada adik-adik yang baru menempatkan diri di institut pengajian tinggi awam dan swasta (Universiti). Adik-adik, sebenarnya

    kebanyakan dari kita mempunyai perasaan yang sama

    apabila melalui pengalaman ini. Kita mendaftar ke universiti,

    membawa harapan yang tinggi menggunung dari keluarga.

    Tidak mengira tentang latar belakang keluarga, kita

    sebenarnya adalah harapan mereka. Pengorbanan mereka

    terlalu banyak dan tidak akan mampu untuk kita balas.

    Mereka bersengkang mata, memerah keringat, menahan

    kemahuan dan menahan lapar bagi memastikan harapan ini

    akan menjadi kenyataan.

    Apa yang kita gambarkan sebaik melangkah ke tempat

    pendaftaran universiti masing-masing adalah hari

    konvokesyen kita beberapa tahun lagi. Seperti gambaran

    yang kita ketahui melalui pengalaman abang/kakak kita,

    cerita tv yang ditonton atau cerita dari mulut ke mulut. Hari

    d i m a n a k i t a

    m e n d a p a t

    penghargaan hasil

    dari titik peluh kita,

    s egu lung i jaz ah

    diber ikan dalam

    s u a s a n a y a n g

    gi lang gemilang.

    Dewan yang dihias

    i n d a h , b e r i b u

    p a s a n g m a t a

    m e l i h a t s e t i a p

    langkah kita di atas

    pentas . Paka ian

    yang hebat, bunyi-

    b u n y i a n y a n g

    h e b a t ,

    p e n g i s y t i h a r a n

    k e m e n a n g a n d i

    a tas jer ih -per ih

    y a n g k i t a

    t u m p a h k a n .

    G a m b a r a n -

    gambaran ini yang

    membuatkan kita

    b e r a z a m t i d a k

    akan membazirkan

    sedikit pun waktu.

    A d i k - a d i k y a n g

    d i k a s i h i A l l a h .

    Tingkah laku dan perasaan kita tadi merupakan fitrah yang

    Allah telah ciptakan bersama kelahiran kita ke dunia.

    Melalui kaedah yang sama juga Allah mendidik kita bagi

    menghadapi perhimpunan yang lebih besar dari itu.

    Diceritakan kegemilangan, kegerunan, kekacauan di hari

    konvokesy en bag i se luruh umat manusia . Har i

    penganugerahan yang tiada tolok bandingnya atau hari

    bencana yang tidak terperi seksanya.

    Perhimpunan agung yang diberikan ijazah samada

    kita berjaya atau gagal dengan diperhatikan oleh Rasul

    yang kita kasihi dan orang-orang yang beriman. Dan

    terang benderanglah bumi (Padang Mashyar) dengan

    cahaya (keadi lan Tuhanya), dan d iberikan buku

    ( p e r h i t u n g a n p e r b u a t a n m a s i n g - m a s i n g ) d a n

    didatangkanlah para Nabi dan saksi-saksi dan diberikan

    keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka

    tidak dirugikan (Az-Zumar: Ayat 69).

    Oleh itu adik-adik, kamu memang berhak untuk tidak

    membuang masa bahkan membuat persiapan setiap masa

    kerana perhitunganya di akhirat kelak amat teliti. Dan

    diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang

    yang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di

    dalamnya, dan mereka berkata ; Aduhai celaka kami, kitab

    apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak

    meninggalkan yang besar, melainkan mencatat semuanya,

    Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada

    (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang

    juapun (Al-Kahfi: Ayat 49).

    Jadikan dirimu... adik-adik... sebagai hambaNya yang

    sebenar. Jadikanlah perjuanganmu didunia adalah

    sebahagian dari perjuangan untuk akhiratmu.

    Wassalam.

    Dr Kamil Azmi Tohiran

    Presiden,

    Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

    Hari Konvokensyenku

    DALAM EDISI INI !

    ...kamu memang

    berhak untuk tidak

    membuang masa

    bahkan membuat

    persiapan setiap

    masa kerana

    perhitunganya di

    akhirat kelak amat

    teliti.

    b u l e t i n

    S U A R A G E N E R A S I B E L I A

    T A H U N 1 B I L . 2 E D I S I J A M A D I L A K H I R 1 4 2 9

    w w w . p e m b i n a . c o m . m y

    pempempempeminainainaina 1326-07-SEL

    -Untuk Ahli Sahaja-

    tinta presiden

    negeri kita

    -Isu Murtad

    muslimah

    -Muhasabah Diri

    baitul muslim

    -Pertunangan Bukan Lesen P

    cerpen

    -Sekarang Sudah Pukul

    Berapa Ye?

    urus wang anda

    -Tips Pengurusan II

    ...dan banyak lagi!...dan banyak lagi!...dan banyak lagi!...dan banyak lagi!

  • 2 pemina

    negeri kita

    dunia kita

    T anggal 8 Mei 2008 telah men-catatkan satu lagi peristiwa bersejarah melibatkan kesucian Islam di

    Malaysia yang tercinta. Buat pertama

    kalinya mahkamah telah membenarkan

    permohonan seorang mualaf untuk

    mendapatkan pengisytiharan keluar

    daripada agama Islam atau istilah tepat-

    nya murtad.. Keputusan ini cukup signi-

    fikan dari perspektif sistem kehakiman

    tanahair kerana ia akan dijadikan

    benchmark bagi kes-kes permohonan

    murtad yang lain selepasnya.

    Mahkamah Tinggi Syariah Pulau

    Pinang memutuskan untuk menerima

    permohonan murtad Siti Fatimah Tan

    Abdullah berdasarkan hujah beliau tidak

    mengamalkan ajaran Islam sejak meme-

    luk agama itu pada 1998. Menurut Siti

    Fatimah, beliau tidak pernah yakin den-

    gan ajaran Islam dan hanya memeluk

    agama itu sekadar untuk mencukupkan

    syarat bagi membolehkannya berkahwin

    dengan seorang lelaki warganegara Iran

    pada 2004.

    Siti Fatimah bertindak memfailkan

    permohonan untuk keluar daripada Islam

    selepas ditinggalkan suaminya yang

    menghilangkan diri tanpa sebarang se-

    bab. Dalam permohonannya juga, beliau

    menyatakan bahawa sepanjang memeluk

    Islam, dia masih lagi menyembah ber-

    hala-berhala mengikut ajaran agama

    asalnya, Buddha dan memakan daging

    khinzir.

    Peristiwa ini jelas menggambarkan

    perbuatan merendahkan martabat Islam.

    Islam kini seolah-olah sama tarafnya den-

    gan agama dan fahaman lain, boleh ke-

    luar masuk sesuka hati. Kalimah syaha-

    dah yang merupakan penentu syurga

    atau neraka diperlakukan tidak lebih

    sekadar lesen perkahwinan. Persoa-

    lannya sekarang, apakah peranan kita

    untuk mempertahankan kesucian Islam

    sekaligus mengelakkan peristiwa seum-

    pama ini daripada berulang?

    B eberapa minggu telah berlalu sejak peristiwa gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter

    melanda wilayah Sichuan di China.

    Bencana dahsyat itu telah men-

    gorbankan lebih 20 ribu nyawa dan

    menyebabkan kerugian harta benda

    melebihi AS$20 billion. Sehingga kini,

    negara tersebut masih bergelut untuk

    mengatasi pelbagai masalah susulan

    gempa seperti kesulitan untuk menge-

    bumikan mayat, merawat mereka yang

    cedera dan menempatkan mangsa

    yang hilang tempat tinggal.

    Selain itu, mangsa-mangsa ben-

    cana berdepan masalah bekalan

    makanan dan air yang tidak mencukupi.

    Mereka juga menghadapi risiko menu-

    larnya wabak penyakit akibat mayat

    tidak diuruskan dengan sempurna dan

    segera. Pihak berkuasa China pula

    khuatir gempa bumi tersebut bakal

    mengundang krisis kestabilan sosial lan-

    taran perasaan gelisah dan kelesuan

    yang kian meningkat di kalangan

    mangsa.

    Kesan tidak langsung juga turut

    mengundang bahaya yang lebih besar di

    mana kejadian gempa bumi telah men-

    gakibatkan masalah yang lebih besar di

    mana lebih ratusan ribu nyawa pen-

    duduk di sekitar wilayah tersebut berde-

    pan dengan risiko ditenggelami air aki-

    bat pembentukan tasik gempa dan juga

    r e t a k n y a e m p a n g a n - e m p a n g a n

    hidroeletrik di kawasan tersebut.

    Isu Murtad Oleh: M Firdaus Sabturani

    Sichuan Digegar Gempa Oleh: M Firdaus Sabturani

    manusia hanya mampu

    merencanakan tetapi

    Allah SWT jualah yang

    menentukan.

    Kalimah syahadah yang

    merupakan penentu syurga

    atau neraka diperlakukan

    tidak lebih sekadar lesen

    perkahwinan.

    Ironisnya, bencana gempa ini ber-

    laku di saat penduduk China bersiap-

    sedia untuk meraikan detik-detik pe-

    nuh bersejarah apabila negara republik

    tersebut buat pertama kalinya akan

    menganjurkan Sukan Olimpik pada

    Ogos depan. Kejadian ini justeru men-

    yedarkan kita bahawa manusia hanya

    mampu merencanakan tetapi Allah

    SWT jualah yang menentukan. Lebih

    penting lagi, di sebalik gahnya temasya

    Olimpik yang bakal menjelang, ada isu-

    isu besar lain yang perlu diberikan per-

    hatian sewajarnya.

    Siti Fatimah bersama peguamnya.

    7 pemina

    baitul muslim

    R asanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah

    mengawal batas-batas perhubungan di

    antara pasangan. Kalau sebelum bertu-

    nang segala-galanya jelas; tidak boleh

    dating, tidak boleh berbalas sms, tidak

    boleh tegur menegur ikut suka dan se-

    bagainya, tetapi di dalam tempoh pertu-

    nangan ianya akan menjadi sedikit ke-

    labu. Mungkin sebab itulah agaknya

    sebahagian ibu bapa lebih suka menang-

    guhkan majlis pertunangan dan mele-

    watkannya sehingga hampir-hampir hari

    pernikahan. Ibu bapa tidak yakin

    agaknya anak-anaknya yang wara ini

    boleh mengawal perasaan dan jiwa mu-

    danya ketika tempoh bertunang. Sebe-

    lum ini saya lebih suka jika mana-mana

    pasangan yang telah nekad untuk hidup

    bersama melangsungkan pertunangan

    rasmi agar setiap pasangan merasai

    sedikit komitmen dan menyediakan diri

    untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah

    melihat beberapa kes yang berlaku

    kepada beberapa pemuda-pemudi

    wara, rasa seperti saya terpaksa men-

    yokong pula pandangan kebanyakan ibu

    bapa.

    Pertunangan dalam erti kata mu-

    dahnya adalah satu proses menanda

    bahawa diri ini sudah berpunya. Sebab

    itu lepas seseorang bertunang, dia akan

    pakai satu cincin yang di dalam

    masyarakat kita dikenali sebagai cincin

    tanda. Kalau orang Arab, mereka akan

    memakai cincin tersebut di jari ter-

    tentu untuk menunjukkan bahawa dia

    sudah bertunang. Kalau sudah ber-

    kahwin, cincin dipakai di jari lain.

    Dalam erti kata mudah kita kata per-

    tunangan ini hanyalah satu proses

    cup sahaja.

    Ada atau tidak apa-apa komitmen

    semasa tempoh pertunangan?

    Jawapannya ada tetapi amat sedikit.

    Lelaki tidak wajib memberikan nafkah.

    Wanita pula tidak wajib taat dan

    minta izin ke mana-mana dari tu-

    nangnya. Lelaki tidak wajib men-

    yediakan rumah dan wanita pula tidak

    wajib mengemas rumah tersebut un-

    tuk tunangnya. Jika putus tunang,

    tidak ada eddah dan tidak juga perlu

    untuk pulangkan kembali hadiah-

    hadiah pertunangan kecuali mahar

    untuk perkahwinan yang kadang-

    kadang diberikan awal. Komitmen

    yang perlu diberikan adalah wanita

    perlu setia dan tidak menerima pinan-

    gan orang lain kecuali setelah pertu-

    nangan itu diputuskan secara rasmi.

    Lelaki mungkin boleh meminang

    orang lain sebab syarak benarkan dia

    untuk berkahwin empat, tapi macam

    gelojoh sangat pula jika si lelaki memi-

    nang lebih dari seorang wanita se-

    masa masih bujang.

    Ini semua kerana pertunangan

    bukan perkahwinan. Bezanya amat

    jauh. Kebenaran yang diberikan oleh

    syarak kepada orang yang bertunang

    tidak sama dengan kebenaran kepada

    orang y ang sudah berkahwin .

    Pemilikan mutlak masih lagi belum

    berlaku. Maka batas-batasnya sama

    seperti orang-orang bujang yang lain.

    Si wanita pada tunangnya adalah

    orang asing. Kalau si wanita jumpa

    ayah lelaki tersebut dalam tempoh

    pertunangan masih lagi belum boleh

    mencium tangan ayahnya sebab ayah

    lelaki itu pun masih lagi orang asing.

    Nak panggil ayah mungkin boleh tapi

    tak payahlah kot, macam mengada-

    ngada rasanya. Tidak ada ikatan lagi.

    Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut

    boleh berkahwin dengan tunang

    anaknya itu kalau putus tunang.

    Oleh itu kena kuatkan iman sepan-

    jang tempoh pertunangan. Nak ber-

    cakap-cakap boleh kalau ada sebabnya

    dan dengan adab-adabnya. Ada orang

    tengah seperti ada ahli keluarganya

    sekali. Begitu juga berutus sms atau

    email. Dating tidak sama sekali. Keluar

    makan sama-sama juga tidak sama

    sekali.

    Saya pernah melihat satu kes di

    depan mata saya sendiri di mana seo-

    rang lelaki bertunang dengan seorang

    wanita. Dia menziarahi keluarga wanita

    tersebut bersama keluarganya. Sampai

    situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi me-

    manggil wanita, tunangnya itu dan

    meminta tuangkan air. Ya salaammm.

    Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes

    yang lain pula lebih berat dari itu, si

    wanita memanggil tunangnya dengan

    kuat di hadapan semua ahli keluarga

    ABANG. Belum jadi abang lagi sau-

    dari! Sabarlah sikit. Jangan tunjuk san-

    gat depan orang. Semua orang tahu

    awak tu tengah seronok.

    Kesimpulannya jagalah batas-batas

    dengan tunang sama seperti kita men-

    jaga batas dengan orang lain. Ada

    sedikit tarikan untuk kita mengex-

    pesskan perasaan kita kepada tunang,

    kawallah perasaan itu. Nanti lepas

    akad, ungkapkanlah kaulah ratu hatiku

    dan sebagainya.

    Bersabarlah sedikit demi sebuah

    perkahwinan yang Islamik.

    PERTUNANGAN BUKAN LESEN P

    Oleh: Ustaz M Fauzi Asmuni

    ...pertunangan bukan

    perkahwinan. Bezanya amat

    jauh. Kebenaran yang diberikan

    oleh syarak kepada orang yang

    bertunang tidak sama dengan

    kebenaran kepada orang yang

    sudah berkahwin. Permilikan

    mutlak masih lagi belum

    berlaku.

    Pertunangan dalam erti kata

    mudahnya adalah satu proses

    menanda bahawa diri ini sudah

    berpunya Dalam erti kata

    mudah kita kata pertunangan

    ini hanyalah satu proses cup

    sahaja.

  • 6 pemina

    karya kreatif

    Kemunculan deen Islam di tengah-tengah selaput jahiliyah yang

    tebal di kalangan masyarakat Arab merupakan satu rahmat besar

    terutamanya kepada kaum wanita. Jika sebelum ini kaum wanita

    sering ditindas, diperhamba sesuka hati, anak perempuan ditanam

    hidup-hidup dan pelbagai lagi tekanan kepada kaum wanita, tradisi

    jahiliyah ini dibersihkan oleh deen Islam. Kini, di dalam kecelaruan

    antara Islam dan jahiliyah, kaum wanita sekali lagi menjadi mangsa

    keadaan. Namun, ironisnya, jika dahulu, kita mungkin tidak rela

    kedudukan dan kehormatan kita diinjak-injak, hal sebaliknya yang

    berlaku di zaman ini. Sesetengah kaum wanita malah membenarkan

    diri mereka dieksploitasi dan diperguna sewenang-wenangnya oleh

    kaum lelaki. Fitrah wanita yang lemah lembut dan mudah terusik

    telah dimanipulasi dengan hebatnya. Sifat empati yang tinggi ka-

    dang-kala menghumbankan kaum wanita ke dalam jurang kebina-

    saan. Jadi, bagaimana harus kita mengendalikan fitrah yang murni

    dengan sebaiknya?

    Potensi manusiawi dalam diri seseorang biasanya bergantung

    kepada kata hati. Sebagai contoh, secara umumnya kita mengetahui

    air sentiasa memenuhi wadah yang menampungnya; seperti air yang

    memenuhi kolam dan lautan. Begitu juga wadah hati yang sewa-

    jarnya diisi dengan limpahan ketakwaan. Fikirkan sejenak, jika hati

    tidak diisi dengan mengingat Ilahi, apa lagi yang wajar berada di

    situ? Apa dan siapa yang lebih berhak untuk memenuhi ruang hati

    selain pemilik hakiki hati itu sendiri? Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

    ia berkata:

    Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah itu cemburu dan

    orang yang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah, yaitu jika

    orang mukmin melakukan apa yang diharamkan baginya. (Sahih

    Muslim No.4959)

    Namun, acap kali kita lalai..bagi seorang Muslimah, kita disuruh

    menundukkan pandangan, dianjurkan untuk solat pada awal waktu,

    Oleh: Hafidz Tumiran

    digesa berbuat baik sesama kita hatta kepada jiran kita pun, diseru

    untuk mengerjakan amal makruf nahi mungkar, diseru untuk tidak

    melunakkan suara dan pelbagai lagi bentuk pengabdian dan pen-

    yerahan diri kepadaNya. Apa yang nyata, semua urusan yang dip-

    inta oleh Allah merupakan satu komitmen dan urusan shopping

    kita denganNya

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang

    beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan

    (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan)

    mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada

    yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian)

    sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam Tau-

    rat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyem-

    purnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan

    jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah ba-

    hawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At

    Taubah: Ayat 111)

    Semua yang kita buat akan terbalas di akhirat nanti..walau

    sebesar zarah pun... seseni dan sehalus itu juga diri kita akan dihi-

    sab olehNya..

    Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseo-

    rang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; Dan bahawa

    sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada

    hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan

    balasan yang amat sempurna; Dan bahawa sesungguhnya kepada

    hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara) (An-Najm: Ayat

    39-42)

    Untuk akhirnya, hitunglah kembali ke dalam diri yakni ke ru-

    ang hati yang paling dalam..Apa dan siapa yang lebih besar di

    dalam diri..?

    Oleh: Nadia Zulkipli

    Muhasabah Diri

    wanita

    3 pemina

    urus wang anda

    statistik

    Beberapa Tips Ringkas Pengurusan Kewangan Peribadi (bahagian 2)

    6. Memaksimumkan Faedah-faedah Pekerjaan

    Faedah-faedah pekerjaan seperti insurans perubatan dan pergigian, sebenarnya mempunyai nilai yang besar. Pastikan anda

    memaksimumkannya dengan cara menggunakan faedah ini tanpa perlu mengeluarkan duit poket anda.

    7. Menyumbang untuk Pelan Persaraan

    Jika majikan anda tidak menawarkan pelan persaraan, cuba untuk mencari pelan pelan persaraan yang banyak terdapat dipasaran. Jika

    anda sudah pun menyumbang, cuba tingkatkan sumbangan anda.

    8. Mengkaji semula polisi insurans / takaful anda

    Kadangkala anda mengambil perlindungan insurans untuk sesuatu yang tidak diperlukan seperti insurans untuk pinjaman kereta, hutang

    kad kredit atau insurans hayat untuk yang tiada tanggungan. Sebaliknya anda harus memastikan bahawa anda mempunyai perlindungan

    insurans / takaful untuk melindungi tanggungan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan.

    9. Kemaskini Wasiat

    Jika anda mempunyai tanggungan, tidak kira sedikit atau banyak harta anda, anda memerlukan satu wasiat. Jika keadaan anda tidak

    terlalu rumit, anda boleh menulis wasiat anda sendiri atau pun mendapatkan perkhidmatan penulis wasiat yang bertauliah sekiranya ia

    agak sukar.

    10. Menyimpan Rekod Yang Baik

    Adalah disarankan agar anda menyimpan resit resit pembayaran yang boleh digunakan untuk menuntut potongan cukai pendapatan

    seperti pembelian buku, ubat ubatan dan sebagainya sejak dari awal tahun. Adalah lebih mudah daripada anda berebut-rebut mencari

    kesemuanya semasa menyiapkan borang cukai, mungkin akan terlepas atau kehilangan resit resit yang akan menyelamatkan wang

    anda.

    Reality Check

    Bagaimana anda melaksanakan 10 tips yang dikemukan? Jika anda tidak melakukan sekurang-kurangnya lima daripada sepuluh,

    berusahalah untuk membuat beberapa peningkatan. Pilih satu tips pada satu masa dan berusaha untuk melaksanakan kesemuanya

    dalam kehidupan harian anda.

    The Biggest Humanitarian Crisis: Estimated Palestinian Refugee Inside and

    Outside of Palestine"

    Country of current residence Total no. of refugees Percentage

    West Bank, including Jerusalem 593,724 11.60Gaza Strip 797,449 15.60Israel 219,325 4.30Jordan 1,766,057 34.50Lebanon 382,594 7.50Syria 431,986 8.40Egypt 40,468 0.80Total no. of refugees in Palestine and bordering countries 4,231,603 82.70

    Saudi Arabia 274,762 5.40Other Gulf countries 139,948 2.70Iraq and Libya 73,284 1.40Other Arab countries 5,544 0.10Total no. of refugees in other Arab countries 493,538 9.60

    Rest of the world 393,411 7.70

    Total 5,118,552 100.00

    Source: PLO Department of Refugee Affairs, 2001.

    Table 2.1: Estimated Palestinian refugee population by country of residence,1998

    Oleh: M Zuraidi Zakaria

    Each of you is a leader, and each of you will be asked about your leadership (responsibility).

    (Bukhari dan Muslim)

    Oleh: M Harris Hasbullah

  • 4 pemina

    sana-sini

    SIK, Kedah - Satu program perkhemahan belia anjuran Persatuan

    Belia Islam Nasional telah berlangsung dengan jayanya pada 15-17

    Mei 2008 lepas di Kg Bendangman, Sik. Program yang bertemakan

    Ke arah Memahami Islam Yang Syumul ini telah disertai oleh lebih

    kurang 70 belia dari pelbagai IPT sekitar Kedah termasuklah seorang

    pelajar antarabangsa dari China.

    Program ini dimulakan dengan aktiviti pembahagian kum-

    pulan seterusnya diisi oleh slot penyampaian yang membincangkan

    berkenaan dengan kaedah memahami islam yang syumul dalam

    rangka Usul 20 Imam Hassan Al Banna yang disampaikan oleh

    Pengerusi Pembina Kedah sendiri iaitu Dr. Zulkifli Yusof diikuti den-

    gan beberapa aktiviti lain yang menarik seperti bengkel dan pem-

    bentangan kumpulan, aktiviti meredah hutan, tayangan video berk-

    enaan dengan kemelut umat islam, Qiamullail dan yang paling

    menyeronokkan tentunya aktiviti mandi air terjun.

    Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan rasa puas hati

    mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan penyampaian

    yang diberi serta menyatakan bahawa program ini telah memberi

    banyak manfaat kepada diri mereka terutamanya dalam aspek pe-

    mahaman Islam secara lengkap dan pembinaan sahsiah peribadi.

    Perkhemahan Belia Kedah

    PEKAN NENAS, Johor - Tanggal Sabtu, 24 Mei 2008 mencatatkan

    satu lagi aktiviti penting dalam diari Persatuan Belia Islam Na-

    sional (PEMBINA) cawangan negeri Johor. Bertempat di Nurfa

    Farmstay, Pekan Nanas, Johor, PEMBINA telah menganjurkan

    Kem Motivasi Insan Cemerlang bagi para pelajar sekolah menen-

    gah dan rendah bukan sahaja dari sekitar Johor Bahru, malah

    para pelajar dari Melaka. Kem ini yang memfokuskan pembinaan

    jati diri serta pemantapan akhlak remaja Islam mendapat sambu-

    tan hangat berbanding kem-kem terdahulu, di mana bilangan

    peserta kali ini mencecah hampir 120 orang.

    Aktiviti kem dimulai dengan pembentukan kumpulan-

    kumpulan kecil dan ice-breaking bagi menyesuaikan para pe-

    serta dengan rakan-rakan baru. Beberapa siri ceramah dan pem-

    bentangan telah disampaikan oleh penceramah jemputan teruta-

    manya dari PEMBINA. Tajuk-tajuk ceramah seperti 3 Persoalan

    Asas Hidup dan Pesan Luqman Al Hakim telah dibengkelkan oleh

    para peserta bagi memudahkan kefahaman dan memupuk bibit-

    bibit syura; boleh bekerja dan bertolak ansur dalam kumpulan.

    Aktiviti di sebelah malam lebih banyak berkonsepkan persoalan spiritual dan ruhiyyah, menyentuh jiwa dan sanubari para

    peserta agar menginsafi kelahiran dan tanggungjawab mereka di bumi Allah ini. Para peserta kemudiannya dibawa meredah

    kegelapan malam dalam aktiviti Kembara Malam bagi mencari rakan misteri mereka yang hilang. Aktiviti pada hari Ahad

    lebih bersifat outdoor; jungle trekking ke kaki Gunung Pulai dan beriadah di jeram yang berhampiran.

    Pelbagai reaksi yang menarik telah dapat dirakamkan

    sepanjang kem ini. Menurut salah seorang peserta,

    Mohamad Shardi bin Mohd Rahim Saya dapat ber-

    jumpa rakan-rakan baru dan kem ini membuka minda

    saya dalam melihat apakah makna Islam dalam ke-

    hidupan seharian saya. Menurut Pengarah Kem Cikgu

    Ismail bin Ali pula, adalah menjadi satu harapan meli-

    hat keseluruhan peserta dapat menghayati sepe-

    nuhnya objektif-objektif kem disamping dapat men-

    jalinkan ukhuwwah dengan rakan-rakan baru. Semoga

    PEMBINA Johor dapat meneruskan program-program

    seumpama ini di masa-masa hadapan, Insya-Allah.

    Kem Motivasi Insan Cemerlang

    5 pemina

    sana-sini

    Kem Bond of Ukhuwwah SHAH ALAM, Selangor - Pada 21 hingga 23 Mei lalu, Persatuan Belia

    Islam Nasional (PEMBINA) telah bekerjasama dengan Guidance Club

    (GNCC) dari Kolej Mara Banting (KMB) untuk menganjurkan Kem

    Bond of Ukhuwwah. Kem ini telah diadakan di Taman Pertanian

    Bukit Cahaya Sri Alam, Shah Alam. Program ini adalah khusus untuk

    ahli-ahli GNCC, yang terdiri dari pelajar-pelajar yang bakal melanjut-

    kan pelajaran ke luar negara. PEMBINA pula berperanan sebagai

    penganjur rasmi dan fasilitator kem. Objektif kem ini adalah untuk

    merapatkan ukhuwwah antara ahli-ahli GNCC, yang merupakan se-

    buah persatuan dakwah dan kebajikan di KMB. Di samping itu, kem

    ini bertujuan menaikkan semangat dan menggalakkan lagi ahli-ahli

    GNCC untuk terlibat dalam aktiviti dakwah dan tarbiyyah.

    Kem ini berkonsepkan aktiviti-aktiviti fizikal yang

    menekankan aspek kerjasama, kesatuan, kesepakatan, organisasi, dan disiplin. Disamping itu, program diselitkan dengan

    pengisian-pengisian yang menekankan kepentingan ukhuwwah dan pembinaan diri. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan

    telah disusun khas untuk mencapai objektif yang diletakkan. Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan adalah aktiviti team-

    building, berkayuh basikal sekeliling Bukit Cerakah, lawatan ke Rumah Empat Musim, dan permainan di kolam renang.

    Kem ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Ust Fauzi Asmuni dan Ust Muhammad Ismail yang sudi datang ke Bukit

    Cerakah untuk memberi pengisian tsaqafah kepada para peserta. Keheningan subuh juga diceriakan lagi dengan kehadiran

    saudara Mohd Noreffendy Jayah pada subuh pertama dan Tengku Asyraf bin Tengku Mohd Nor Izam pada subuh kedua un-

    tuk menceritakan kisah-kisah para sahabat Rasulullah SAW. Kedua-duanya merupakan ahli PEMBINA yang juga bekas

    mahasiswa dari Australia.

    Majlis penutupan kem telah disempurnakan dengan ucapan rumusan dari wakil peserta lelaki dan perempuan dari

    GNCC beserta penyampaian cenderamata, tanda penghargaan dari GNCC kepada PEMBINA. PEMBINA telah diwakili oleh

    Saudara Aizuddin Khalid dan Mohd Shakur Muhamad Zamani untuk menerima cenderamata tersebut. Program diakhiri den-

    gan sebuah video yang memaparkan detik-detik manis sepanjang kem 3 hari tersebut. Kem ini adalah julung-julung kali PEM-

    BINA bekerjasama dengan GNCC untuk menganjurkan program sebegini. Diharapkan hubungan antara PEMBINA dan GNCC

    akan terus berkekalan dan lebih banyak lagi program bersama yang dapat diatur pada masa akan datang.

    diari kita

    Sidang Redaksi Buletin Pembina 2008 Penaung: Dr Kamil Azmi Tohiran Ketua Penyunting: Zainuddin Ghafar Penyelaras Bahan: M Hafez M Yusuf

    Rekaletak & Grafik: Umar Hakim M Tajuddin Pemasaran: Kamarul Azizan A Raman Wartawan Kawasan Johor: Fitri Izwan Selangor: Aizuddin Khalid Kedah: Mohd Hisham Mohd Sharif

    Anda ada sebarang cadangan

    untuk meningkatkan mutu Buletin?

    Ingin berhubung sesama ahli

    Pembina di seluruh Negara?

    Hantarkan sebarang cadangan dan

    pandangan anda mengenai Buletin

    Pembina atau apa-apa isu di

    sekeliling kita juga ucapan kepada

    ahli-ahli Pembina seluruh

    negara ke alamat email di bawah:

    [email protected]

    Seminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih SayangSeminar Cinta & Kasih Sayang

    Durian Tunggal, Melaka

    14 Jun 2008

    18-20 Julai 2008