gst di negara yang dipilih

17
GST DI NEGARA YANG DIPILIH (SINGAPURA) Pengenalan Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Negara yang paling awal melaksanakan GST ialah Perancis pada tahun 1954. Di ASEAN, negara paling awal ialah Indonesia yang telah melaksanakan GST pada 1984. Kini semua negara ASEAN telah pun melaksanakan GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar. Singapura merupakan salah satu negara ASEAN yang telah melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara-negara ASEAN. Jadual 1 Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dalam kalangan Negara ASEAN NEGARA TAHUN PELAKSANAAN KADAR AWAL (%) KADAR SEMASA (%) Indonesia 1984 10 10 Filipina 1988 10 12 Thailand 1992 10 7 Singapura 1994 3 7 Vietnam 1999 10 10

Upload: muhammad-izaan

Post on 21-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gst Di Negara Yang Dipilih

GST DI NEGARA YANG DIPILIH (SINGAPURA)

Pengenalan

Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan Cukai Barangan

dan Perkhidmatan (GST). Negara yang paling awal melaksanakan GST ialah Perancis

pada tahun 1954. Di ASEAN, negara paling awal ialah Indonesia yang telah

melaksanakan GST pada 1984. Kini semua negara ASEAN telah pun melaksanakan

GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar.

Singapura merupakan salah satu negara ASEAN yang telah melaksanakan

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan Cukai

Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara-negara ASEAN.

Jadual 1

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dalam kalangan Negara ASEAN

NEGARA TAHUN

PELAKSANAAN

KADAR AWAL (%) KADAR SEMASA (%)

Indonesia 1984 10 10

Filipina 1988 10 12

Thailand 1992 10 7

Singapura 1994 3 7

Vietnam 1999 10 10

Kemboja 1999 10 10

Laos 2009 10 10

Malaysia 2015 6 -

Page 2: Gst Di Negara Yang Dipilih

Berdasarkan Jadual 1, Singapura merupakan negara Asean yang keempat telah

melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas negara Indonesia,

Filipina dan Thailand. Singapura telah melaksanakan Cukai Barangan dan

Perkhidmatan bermula pada tahun 1994 dengan kadar awal sebanyak 3% dan

meningkat kepada 7% pada masa sekarang. Menurut Ahkong dan Alain (1993), pada

Jun 1993, persidangan parlimen Singapura telah mengumumkan bahawa kerajaan

Singapura akan melaksanakan GST di negara mereka pada 1 April 1994.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura

Fasa Pelaksanaan

Singapura telah menguatkuasakan sepenuhnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan

(GST) pada 1 April 1994. Sebelum tarikh pelaksanaan Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) tersebut, terdapat beberapa badan yang bertanggungjawab dalam

membuat beberapa penambahbaikan ke atas perundangan GST. Antaranya ialah

Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS) telah mula memperkenalkan tentang

GST kepada pengguna di Singapura melalui beberapa seminar berkolaborasi dengan

sesetengah agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Lembaga

Pembangunan Perdagangan dan juga agensi-agensi swasta yang terlibat serta badan-

badan profesional yang berkaitan.

Tujuan seminar berikut dijalankan adalah untuk menerangkan bagaimana GST

memainkan peranan dalam ekonomi dan juga untuk mendapatkan maklum balas

tentang bagaimana GST akan memberi kesan kepada beberapa sektor dan industri.

Dalam tempoh sebelum perlaksanaan itu juga, jawatankuasa yang dipilih untuk

menggubal perundangan GST ini dikehendaki membuat draf cadangan

penambahbaikan terakhir ke atas perundangan tersebut, dengan harapan

Jawatankuasa yang terpilih dapat melengkapkan perundangan GST sebelum GST

benar-benar akan dilaksanakan.

Page 3: Gst Di Negara Yang Dipilih

Singapura mula menguatkuasakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

pada 1 April 1994 dengan kadar tunggal sebanyak 3%, yang merupakan kadar

terendah di dalam dunia ketika itu. Pada masa yang sama ia mengurangkan kadar

cukai korporat dan kadar cukai pendapatan individu, juga sebanyak 3%, masing-masing

dari 30% kepada 27% dan dari kadar marginal tertinggi 33% kepada 30%.

Pada fasa permulaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini,

tujuannya adalah bukan untuk meningkatkan pungutan cukai tetapi lebih kepada utuk

mendidik dan bagi membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan cukai baru ini.

Serentak dengan itu pada tahun 1994 melalui pelaksanaan GST ini, kerajaan Singapura

juga menubuhkan Committee Against Profiteering (CAP) bagi menyiasat segala

rungutan dan feedback mengenai perbuatan profiteering dan menaikkan harga

sewenang-wenangnya oleh peniaga dengan mengunakan pelaksanaan GST oleh

kerajaan sebagai alasan.

Fasa permulaan atau pertama ini berlangsung selama hampir 9 tahun. Lim dan

Lisa (2007) membincangkan tentang kadar peratusan GST yang ditetapkan oleh

kerajaan Singapura. Menurutnya, kerajaan Singapura telah memaklumkan kepada

pengguna di negara tersebut bahawa kadar peratusan cukai GST yang akan dikenakan

pada tahun pertama pelaksanaan adalah 3% sekurang-kurangnya untuk tempoh lima

tahun yang pertama. Kerajaan juga memberi jaminan bahawa walaupun setelah

tempoh tersebut, berlaku kenaikan % GST, namun keadaan seperti itu tidak akan kekal

lama kerana hasil negara masih lagi dapat menampung perbelanjaan negara. Oleh itu,

kerajaan Singapura telah mencapai sasaran iaitu tidak akan menaikkan kadar

peratusan GST untuk tempoh lima tahun pertama pelaksanaannya melalui pelaksanaan

GST pada fasa pertama yang bertahan selama 9 tahun.

Mulai 1 Januari 2003, kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah

dinaikkan kepada 4%. Selepas itu, Singapura telah menaikkan Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) kepada 5% mulai 1 Januari 2004. Seterusnya, mulai 1 Julai 2007,

Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah dinaikkan kepada 7% dan kadar ini telah kekal

sehingga tahun ini.

Page 4: Gst Di Negara Yang Dipilih

Ciri-ciri Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST)

merupakan cukai nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based)

dikenakan ke atas barangan import dan semua barangan dan perkhidmatan kecuali

jualan, sewaan hartanah perumahan (tempat kediaman) dan perkhidmatan pembiayaan

(financial services). Namun begitu, barangan yang dieksport dan perkhidmatan

antarabangsa kadar cukainya adalah sifar. Hal ini adalah ianya merupakan cukai

berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan yang kadarnya semakin tinggi

apabila pendapatan semakin tinggi.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan di Singapura serentak

dengan pelaksanaan “offset package” bertujuan meringankan kesan negatif GST ke

atas isi rumah, khasnya yang berpendapatan rendah. Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang

lalu. Sebelum tahun 1986, kadar cukai pendapatan korporat ialah 40%. Begitu juga

kadar cukai pendapatan perseorangan yang berkadar menaik dan bagi lingkungan

pendapatan individu tertinggi (top marginal rate) kadarnya ialah 40%.

Namun begitu, kadar ini didapati tidak berdaya saing dan gagal membangunan

ekonomi Singapura. Oleh itu, Jawatankuasa Ekonomi pada tahun 1986 telah

mencadangkan supaya Singapura mengubah dasar percukaiannya daripada

pergantungan besar ke atas cukai langsung kepada cukai tidak langsung jika mahu

berdaya saing dengan Negara-negara yang lebih maju bagi menarik pelaburan,

melestarikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan negara yang berpendapatan

tinggi.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai tidak langsung

berasaskan meluas (broad-based). Dengan penduduk yang berusia semakin besar

bilangannya di Singapura, asas cukai (tax base) di negara itu dijangka mengecil. Oleh

itu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu diperkenalkan bagi

Page 5: Gst Di Negara Yang Dipilih

mengimbangi asas cukai langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan

tua tidak membayar cukai langsung) dengan cukai tidak langsung.

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membolehkan beban

cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk. Pengenaan cukai tidak langsung

(indirect taxes) meluaskan asas cukai sekaligus membolehkan cukai dipungut dari lebih

ramai penduduk. Pada asasnya, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah

merupakan cukai yang dikenakan ke atas sesiapa yang menggunakan barangan dan

perkhidmatan, tidak mengira pendapatan rendah, sederhana atau tinggi, kaya atau

miskin. Oleh itu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kadangkala dikatakan

sebagai tidak masuk akal kerana semua rakyat daripada segenap lapisan akan

dikenakan cukai.

Sementara itu, dalam sistem cukai langsung (cukai korporat dan cukai

pendapatan individu), hanya segolongan tertentu penduduk membayar cukai tetapi di

bawah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tiada siapa boleh

mengelak dan terkecuali daripada membayar cukai. Ini menyebabkan pengkritik GST

melihat cukai ini sebagai regresif kerana orang miskin, sebagai nisbah kepada

pendapatan mereka, membayar lebih cukai berbanding orang kaya. Namun begitu,

pihak yang menyokong GST, tanpa menafikan isu regresiviti ini, mencadangkan jalan

pembetulan, iaitu, memastikan agihan cukai yang dipungut dilakanakan dalam cara

yang boleh mengurangkan beban cukai ke atas golongan berpendapatan rendah.

Di samping itu, tidak dinafikan bahawa bahawa pelaksanaan Cukai Barangan

dan Perkhidmatan (GST) akan menambahkan beban cukai ke atas isi rumah

(household) khasnya golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, serentak dengan

pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kerajaan Singapura telah

memperkenalkan “offset package” merangkumi penurunan kadar cukai korporat, kadar

cukai pendapatan individu dan pindahan manfaat langsung kepada isi rumah yang

layak.

Page 6: Gst Di Negara Yang Dipilih

Jadual 2 menunjukkan peningkatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan

(GST) dan penurunan serentak kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu.

Jadual 2

Peningkatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penurunan serentak kadar cukai

korporat dan cukai pendapatan individu.

Tarikh

Kuatkuasa

GST

Kadar GST Kadar Cukai

Korporat

Kadar Cukai

Pendaptan

Individu (top

rate)

Penurunan

kadar Cukai

Korporat dan

Individu

1 April 1994 3% 27% 30% -3%

2003 4% 26% 29% -1%

2004 5% 25% 28% -1%

1 Julai 2007 7% 23% 26% -2%

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai korporat dan cukai

pendapatan individu, inisiatif yang telah dimulakan sejak tahun 1986. Pada tahun 2010,

kadar cukai korporat di Singapura ialah 17% dan cukai pendapatan individu sebanyak

20% (lingkungan pendapatan tertinggi). Selain itu, kadar cukai efektif adalah lebih

rendah.

Page 7: Gst Di Negara Yang Dipilih

Pelaksanaan “offset package”

Apabila kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dinaikkan kepada 7%

berkuatkuasa pada 1 julai 2007, kerajaan Singapura juga telah melebarkan “offset

package” dalam bentuk pindahan langsung manfaat, iaitu dalam bentuk bayaran tunai

(kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi dan bonus warga emas) dan menambah

caruman kepada kumpulan wang simpanan pekerja (CPF top-up), misalannya

menambah caruman kepada akaun pendidikan selepas menengah (post-secondary

education account top-up) dan menambah caruman bantuan perubatan untuk golongan

warga emas (Medisave top-up for older Singaporeans).

Selain itu, “offset package” juga merangkumi pemberian rebat (di atas caj utiliti

dan penyelengaraan rumah awam) dan melaksanakan program Tambahan Pendapatan

Pekerja (Workforce Income Supplement). Kerajaan Singapura juga telah menurunkan

kadar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan skop pengecualian cukai

diluaskan. Di samping itu, cukai hartanah juga diturunkan melalui pelaksanaan “offset

package”. “Offset package” ini bertujuan mengurangkan beban Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) ke atas golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, pakej ini

sememangnya telah berjaya mengurangkan beban cukai ke atas penduduk Singapura

keseluruhannya.

Seterusnya, dilaporkan bahawa hasil daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) serentak dengan “offest package”, sistem cukai yang merangkumi

semua jenis cukai cukai seperti pendapatan, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai

tidak langsung, di Singapura kini cukup progresif di mana golongan berpendapatan

tinggi membayar paling banyak cukai berdasarkan kepada nisbah cukai kepada

pendapatan. Di samping itu, 10% isi rumah yang paling atas (dari segi pendapatan)

menyumbang 38% dari seluruh cukai yang dipungut dan 20% isi rumah yang paling

atas menyumbang 53%. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula

sebenarnya menerima lebih bayaran pindahan berbanding cukai yang mereka bayar.

Page 8: Gst Di Negara Yang Dipilih

Sementara itu, kajian yang dibuat dalam tahun 2010 mendapati bahawa 84.2%

dari jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dipungut, disumbang oleh

orang asing (bukan penduduk) dan 40% isi rumah yang paling atas dan 20 isi rumah

yang paling bawah pula menyumbang hanya 4% dari GST yang dipungut. Oleh itu,

pelaksanaan GST di Singapura amat bijak dan tidak membebankan penduduk yang

berpendapatan tinggi dan menguntungkan penduduk berpendapatan rendah. Bagi

Singapura, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan kekal kerana pelaksanaan

yang serentak dengan “offset package” membawa kesan progresiviti, menjamin

kesaksamaan sistem cukai (equitability) dan menyediakan sumber yang selesa bagi

kerajaan membawa kebajikan kepada rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah.

Kelebihan Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Singapura

Antara kelebihan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura

adalah untuk mendidik dan membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan cukai

baru. Pada permulaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada

tahun 1994, kerajaan Singapura juga telah mengurangkan kadar cukai korporat dan

kadar cukai pendapatan individu bagi mengurangkan beban penduduk agar dapat

menyesuaikan dengan sistem cukai yang baru.

Selain itu, pada setiap kali kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

dinaikkan sepanjang tempoh pelaksanaan bermula dari tahun 1994 hingga kini, maka

kadar cukai langsung juga turut diturunkan dengan poin peratusan yang sama.

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai langsung selepas tahun 2007 tetapi

mengekalkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 7%. Pada

tahun 2010, kadar cukai korporat ialah 17% sementara kadar marginal tertinggi cukai

individu ialah 20%.

Di samping itu, penurunan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu

bertujuan meletakkan kedua-duanya pada kadar yang ‘internationally competitive’ bagi

menarik pelaburan langsung asing dan buruh berpendidikan dan dan berkemahiran

tinggi (pakar pelbagai bidang) masuk membuat pelaburan ke Singapura.

Page 9: Gst Di Negara Yang Dipilih

Penerusan dan pengekalan dasar ini bermakna Singapura menjadikan Cukai

Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber utama hasil kerajaan sekali gus

mengelakkan beban cukai jatuh lebih berat ke atas rakyat Singapura berpendapatan

rendah dan miskin. Seterusnya, tindakan kerajaan Singapura mewujudkan ‘offset

package’ serentak dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah

membantu rakyat berpendapatan rendah. ‘Offset package’ mengandungi penurunan

kadar cukai dan perlepasan cukai atas rakyat Singapura berpendapatan rendah,

menurunkan cukai hartanah, memberi rebat ke atas bayaran sewa dan caj

perkhidmatan dan caj konservansi atas perumahan awam dan menambahkan subsidi

ke atas perkhidmatan komuniti, pendidikan dan kesihatan.

Kesan Penurunan dan Perlepasan Cukai (Offset package)

Antara kesan dari penurunan dan perlepasan cukai hasil kewujudan ‘Offset package’

telah menyebabkan dalam tahun 1994, 70 peratus daripada individu yang sebelum

perlaksanaan GST kena membayar cukai, tidak lagi membayar cukai selepas itu

melalui pemberian rebat.

Selain itu, apabila kesemua jenis cukai diambil kira (cukai korporat, cukai

pendapatan individu, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung) maka di

dapati bahawa golongan 10 peratus paling atas dari bilangan isivrumah Singapura telah

menyumbang 38 peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut. Golongan 20 peratus

paling atas dari bilangan isi rumah Singapura menyumbang 52 peratus dari

keseluruhan cukai yang dipungut. Golongan rakyat Singapura berpendapatan terendah

menerima lebih besar bayaran pindahan (transfers) berbanding cukai yang dibayar.

Manakala golongan isirumah berpendapatan rendah hingga sederhana juga secara

efektifnya menerima bayaran pindahan lebih besar dari cukai yang dibayar (negative

tax).

Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa di antara tahun 2006 hingga 2010,

golongan 10 peratus paling bawah daripada isi rumah Singapura menerima pindahan

bersih (pindahan yang diterima daripada kerajaan ditolak cukai yang dibayar kepada

Page 10: Gst Di Negara Yang Dipilih

kerajaan) sebanyak 23 peratus daripada pendapatan mereka, golongan 10 peratus

kelima, sebanyak 0 peratus dan kadar cukai efektif bagi golongan 10 peratus paling

atas dari isi rumah Singapura hanya 11 peratus.

Apabila kadar cukai GST dinaikkan dari 5 peratus ke 7 peratus berkuatkuasa

mulai 1 Julai 2007, didapati bahawa golongan 20 peratus paling bawah daripada

isurumah Singapura membayar GST tambahan sebanyak SD370 setahun tetapi

menerima offset package sebanyak SD910 setahun ditambah lagi dengan bayaran

manfaat kekal sebanyak SD1,000 setahun.

Sementara itu, pada tahun 2010, kerajaan Singapura telah mendedahkan

bahawa sebanyak 84.2 peratus dari pungutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan

(GST) disumbang oleh warga asing yang bermastautin dan bekerja di Singapura dan

golongan 40 peratus paling atas isi rumah Singapura. Golongan 20 peratus paling

bawah dari isi rumah Singapura hanya menyumbang 4 peratus dari GST yang dipungut.

Oleh itu, jelaslah bahawa kerajaan Singapura telah secara sedar dan sistematik

melaksanakan ‘offset package’ serentak dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan

Perkhidmatan (GST) sehingga dapat mengekalkan darjah progresiviti cukai

keseluruhan di Singapura. Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa lebih besar beban

cukai ditanggung apabila semakin tinggi pendapatan seseorang.

Page 11: Gst Di Negara Yang Dipilih

Barang-barang yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai penggunaan menyeluruh yang

dikenakan ke atas barangan import (melalui Kastam Singapura), dan hampir semua

barangan dan perkhidmatan di Singapura. Satu-satunya pengecualian adalah bagi

jualan dan pajakan hartanah kediaman, barangan logam berharga bagi tujuan import

dan bekalan tempatan serta perkhidmatan kewangan. Selain itu, eksport barangan dan

perkhidmatan antarabangsa adalah berkadar sifar. Di sesetengah negara, Cukai

Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dikenali sebagai Cukai Tambah Nilai ( VAT).

Jadual 3 dan 4 menunjukkan barangan yang dikenakan dan barangan yang tidak

dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Jadual 3

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap barangan .

Barangan yang dikenakan cukai Barangan yang tidak dikenakan

cukai

Cukai standard

(7% GST)

Zero-Rated

Supplies (0%

GST)

Exempt

Supplies (GST

is not

applicable)

Out-Of-Scope

Supplies

(GST is not

applicable)

Barangan Kebanyakkan jualan tempatan berada di bawah kategori ini

Contoh:

set tv di kedai

Barangan export

contoh:

laptop yg dijual

kepada pelanggan

luar negara.

Barang tersebut

dihantar terus ke

alamat penerima

Sewaan dan jualan kediaman yang tidak mempunyai perabot  Contoh: Barangan logam yang berharga

Jualan di mana barang dihantar dari satu negara ke negara lain di luar negara

Contoh:

Transaksi

peribadi

Page 12: Gst Di Negara Yang Dipilih

Jadual 4

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap perkhidmatan.

Barangan yang dikenakan cukai Barangan yang tidak dikenakan

cukai

Cukai standard

(7% GST)

Zero-Rated

Supplies

(0% GST)

Exempt

Supplies (GST

is not

applicable)

Out-Of-Scope

Supplies

(GST is not

applicable)

Perkhidmatan

Kebanyakkan

servis tempatan

berada di

bawah kategori

ini.

Contoh:

perkhidmatan

spa di singapura

Perkhidmatan

yang

dikategorikan

sebagai servis

antarabangsa

Contoh: tiket

penerbangan

dari singapura

ke thailand 

perkhidmatan

kewangan

Berdasarkan jadual di atas, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan

terhadap kebanyakkan barangan dan perkhidmatan di Singapura. Namun begitu, masih

lagi terdapat beberapa barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada Cukai

Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3 dan 4 di

atas. Oleh itu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura tidak

membebankan penduduk kerana masih terdapat barangan dan perkhidmatan yang

dikecualikan daripada dikenakan cukai.