gpi 1083

31
1.0 PENGENALAN Kedatangan Islam yang bersumberkan al-Quran dan as- Sunnah mengubah pola kehidupan masyarakat sehingga berjaya membina sebuah tamadun yang gilang gemilang. Perubahan dan kecemerlangan yang diraih ini tidak lain kerana disuluh al- Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup. Oleh sebab itu, sekiranya kita sebagai umat Islam ingin mencipta kejayaan sama ada dalam aspek kehidupan, kerjaya, keperibadian dan masa depan hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai kunci kejayaan seperti sabda Rasulullah yang berbunyi: “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, maka kamu tidak mungkin sesat buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku.” (Riwayat Muslim) Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah atau syariat yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap individu beragama Islam tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam. Al-Quran juga sebagai sumber ilmu bagi umat Islam dan petunjuk jalan kebenaran serta kitab kecemerlangan. Firman Allah swt di dalam surah al-Isra’ ayat 9: 73

Upload: ainunabdhalim

Post on 14-Nov-2015

204 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus 2015 PPISMP

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Kedatangan Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah mengubah pola kehidupan masyarakat sehingga berjaya membina sebuah tamadun yang gilang gemilang. Perubahan dan kecemerlangan yang diraih ini tidak lain kerana disuluh al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup. Oleh sebab itu, sekiranya kita sebagai umat Islam ingin mencipta kejayaan sama ada dalam aspek kehidupan, kerjaya, keperibadian dan masa depan hendaklah menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai kunci kejayaan seperti sabda Rasulullah yang berbunyi:

Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, selama kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya, maka kamu tidak mungkin sesat buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku. (Riwayat Muslim)

Ajaran Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada dalam bentuk aqidah atau syariat yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap individu beragama Islam tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam. Al-Quran juga sebagai sumber ilmu bagi umat Islam dan petunjuk jalan kebenaran serta kitab kecemerlangan. Firman Allah swt di dalam surah al-Isra ayat 9:

Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberi berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Al-Isra ayat 9)

Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya al-Jami il Ahkam, al-Quran menyatakan bahawa kalimah aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan, sudah pasti akan membuahkan kesejahteraan dan kecemerlangan.

Justeru, bagi mengekalkan al-Quran dalam kehidupan kita, ia perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap Muslim. Firman Allah swt dalam surah al-Hijr ayat 9:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr ayat 9)

Marilah kita menjadikan budaya ilmu di dalam al-Quran dan as-Sunnah sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu membawa kecemerlangan, menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini.

Berdasarkan kepada beberapa pandangan ulama, wujud tiga golongan manusia yang mengabaikan al-Quran. Pertama, mereka yang mengabaikan al-Quran dengan meninggalkan dari membacanya. Kedua, mereka yang mengabaikan dari sudut tadabbur maknanya serta memahami maksud al-Quran dan ketiga, mereka yang mengabaikan al-Quran dengan mengabaikan hukum hakam dan beramal dengannya. Mereka membaca al-Quran, menghafalnya, mengetahui tafsir dan makna ayat yang dibaca tetapi tidak beramal dengan apa yang difahaminya.

Ingatlah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sesiapa membaca satu huruf dari al-Quran, maka diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi).

2.0 AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI PANDUAN HIDUP

Keadaan ini dapat digambarkan dari satu hadith Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Muaz bin Jabal r.a. ketika beliau diutus oleh Rasulullah s.a.w. ke negeri Yaman. Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya; Wahai Muaz! Bagaimana kamu hendak menghukumkan sesuatu perkara apabila kamu diperlukan berbuat demikian? Muaz menjawab; Saya akan menghukumkannya mengikut kitab Allah (al-Quran) dan sekiranya saya tidak dapat memperolehi hukum di dalamnya, saya akan memberi hukum mengikut Sunnah Rasulullah, dan jika saya tidak juga memperolehi hukum darinya, saya akan berusaha mendapatkannya dengan berijtihad. Saya tidak akan cuai dalam melakukannya. Rasulullah telah menepuk dada saya seraya bersabda; Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulnya dan dapat melakukan perkara yang diredai Allah dan Rasul-Nya. 2.1. Ekonomi Islam adalah satu-satunya agama yang sempurna yang mengatur seluruh sendi kehidupan manusia dan alam semesta. Kegiatan ekonomi manusia juga diatur dalam Islam dengan prinsip illahiyah. Harta yang ada pada kita, sesungguhnya bukan milik manusia, melainkan hanya titipan dari Allah swt agar dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kepentingan umat manusia yang pada akhirnya semua akan kembali kepada Allah swt untuk dipertanggungjawabkan.

Ekonomi Islam merupakan ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya diatur berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum dalam rukun iman dan rukun Islam. Yusuf Qardhawi ekonomi Islam adalah ekonomi yang didasarkan pada ketuhanan. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir kepada Allah, dan menggunakan sarana yang tidak lepas dari syariat Allah.

Bekerja merupakan suatu kewajiban karena Allah swt memerintahkannya, sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105:

Dan katakanlah, bekerjalah kamu, karena Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaan itu. (At Taubah ayat 105)

Kerana kerja membawa kepada keampunan, sebagaimana sabda Rasulullah Muhammad saw:

Barang siapa diwaktu petangnya kelelahan kerana kerja tangannya, maka di waktu petang itu ia mendapat ampunan. (Riwayat Thabrani dan Baihaqi)

Allah Taala berfirman:

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Al Baqarah 275)

Allah juga berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. (An-Nisaa' ayat 29)

Dari Hakim bin Hizam Radhiyallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:

Al-Bayyian (penjual dan pembeli) memiliki hak khiyar (memilih untuk melanjutkan jual beli atau membatalkannya) selama keduanya belum berpisah.

Kaum muslimin telah berijma akan bolehnya jual beli, dan hikmah juga mengharuskan adanya jual beli, karena hajat manusia banyak bergantung dengan apa yang dimiliki oleh orang lain (namun) terkadang orang tersebut tidak memberikan kepadanya, sehingga dalam pensyariatan jual beli terdapat wasilah (perantara) untuk sampai kepada tujuan tanpa memberatkan. 2.2. Politik

Sistem politik adalah sebahagian daripada Islam yang syumul, namun begitusistem politik yang berasaskan kepada syarak adalah berbeza dengan sistem politik masa kini yang berasaskan kepada fahaman sekular. Pendedahan kepada sistem politik Islam merupakan suatu perkara asas kepada masyarakat ke arah memahami hakikat pemerintahan Islam.

Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya yang bermaksud:

"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhum al-anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermaksud mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Riwayat Thabrani)

Maka, secara tidak langsung menjadi tanggungjawab seseorang muslim untuk menguasai siyasah. Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 41:

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemungkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (al-Hajj ayat 41)

Secara umumnya manusia adalah makhluk yang hidup bermasyarakat secara semula jadi. Kepimpinan politik adalah satu yang dharuri dalam apa sistem sekalipun, demi menjaga kestabilan, keamanan dan kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi. Ini kerana secara semula jadinya, manusia suka bercakaran antara satu sama lain. Orang yang kuat akan menindas orang yang lemah dan begitulah seterusnya.

Siyasah dalam Islam terbina atas tujuan menjaga kemaslahatan hidup manusia berasaskan syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabii dan ada yang berpandukan manhaj ilmu. Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syariyyah. Ini dijelaskan lagi berdasarkan pendapat sarjana Islam

2.3. Sosial

Sosial bermaksud pergaulan serta hubungan manusia dan kehidupan kelompok manusia terutama dalam masyarakat yang teratur. Manusia merupakan makhluk sosial di mana mereka membentuk kesatuan sosial dan kesatuan sosial yang terbesar dipanggil masyarakat. Manusia akan hilang sifat kemanusiaannya jika tiada perhubungan dan pergaulan sesama mereka dalam kehidupan mereka di mana kedudukan mereka akan jatuh setaraf dengan haiwan jika hanya hidup bersendirian.

Oleh yang demikian hubungan seseorang manusia dengan manusia yang lain bukan sahaja daripada segi bahawa mereka hamba Allah, tetapi mereka sebenarnya adalah sebagai sebuah keluarga yang berasal daripada jiwa yang satu. Ini bererti tiap-tiap manusia itu wajib menganggap manusia yang lain tidak kira bangsa, tempat dan warna kulit adalah mempunyai hak yang sama daripada segi kemanusiaan dan kebebasan. Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 13:

Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat ayat 13)

Menurut pendapat ulama, maksud supaya kamu berkenal-kenalan dalam ayat di atas bermaksud berhubung mesra di antara sesama manusia dalam serba lapangan kehidupan sama ada berbentuk peribadi atau masyarakat.

Jadi, kedatangan Islam memperbaiki akidah dengan memastikan keesaan Allah dalam erti yang luas serta memperbaiki keadaan masyarakat dengan menghapus segala bentuk kezaliman termasuk perbezaan darjat manusia. Islam telah menetapkan bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Masyarakat yang dibentuk sesuai dengan prinsip-prinsip ini akan menjadi sebuah masyarakat yang mempunyai tujuan yang jelas, di mana semua kegiatan kemasyarakatan serta tindakan pemimpin dan rakyat adalah bermatlamatkan untuk mencapai keredaan Allah.

2.4. KebajikanIslam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud:

Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah (Riwayat at-Tabarani)

Lumrah dalam kehidupan bahawasanya terdapat golongan manusia yang hidup mewah dan berada akan tetapi pada masa yang sama juga terdapat manusia yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu kehidupan yang serba kekurangan dan dilanda kemiskinan. Justeru itu, syara telah menuntut golongan yang dilabelkan dengan status kehidupan yang serba mewah ini bagi membela dan memberikan pertolongan kepada golongan yang miskin dan lemah. Paparan melalui media massa saban hari menengahkan isu berkenaan kisah penderitaan masyarakat yang dilanda pelbagai musibah dan bencana yang menimpa mereka.

Firman Allah swr dalam Surah al-Maidah ayat 32:

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Surah al-Maidah ayat 32)

Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu daripada cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan Rasul.

Firman Allah S.W.T:

Kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (Surah al-Hajj ayat 77)

Kesimpulannya, Islam itu menjaga kebajikan bersama dan sesungguhnya manusia itu tidak boleh hidup bersendirian.Oleh itu,kehidupan bermasyarakat tidak lari daripada saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain.

2.5. Pendidikan Al-Quran sebagai pedoman hidup manusia di dalamnya menyimpan berbagai mutiara yang mahal harganya yang jika dianalisis secara mendalam sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia. Diantara mutiara tersebut adalah beberapa konsep pendidikan yang terkandung dalam Al-Quran, diantara konsep tersebut adalah konsep awal pendidikan, kewajiban belajar, tujuan pendidikan dan subjek pendidikan.

Salah satu peranan terpenting di dalam kehidupan ibu bapa adalah menjaga amanah Allah SWT dengan sebaiknya. Anak-anak adalah antara amanah yang utama. Dalam Islam, orang yang paling bertanggung-jawab terhadap pendidikan adalah ibu bapa untuk mendidik anak. Tanggungjawab itu disebabkan oleh dua hal iaitu pertama, kerana kudrat iaitu kerana ditakdirkan menjadi ibu bapa kepada anaknya. Kedua, kerana pentingnya memajukan perkembangan anak-anak.

Rasulullah SAW telah bersabda, yang maksudnya: (...dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya.)

Oleh itu mendidik anak-anak menjadi soleh adalah satu tanggungjawab diniyah. Kegagalan mendidik mereka akan membawa akibat yang berat di akhirat. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini di dalam Surah at-Tahrim ayat 6:

Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu (berhala neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah at-Tahrim ayat 6)

3.0 PERANAN AQIDAH DAN IBADAH SERTA KESANNYA DALAM PENGHAYATAN ILMU, IMAN DAN AMAL

Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah WT. Islam adalah suatu cara hidup yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan setiap mukmin. Cara hidup mukmin yang diterima Allah mestilah berteraskan kepada asas aqidah Islam. Aqidah mukmin memerlukan kesepaduan antara iman, islam dan ihsan untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Aqidah merupakan sumber persepsi dan pemikiran. Aqidah juga merupakan asas keterikatan dan persatuan, asas hukum dan syari'at, dan juga merupakan sumber keutamaan dan akhlaq. Aqidah menurut bahasa berarti ikatan, sangkutan atau simpul, membangun lengkung, mengukukuhkan, membuat dan mengadakan perjanjian. Secara istilah aqidah berarti keyakinan yang kuat yang dipercayai dalam hati. Manakala menurut istilah terminologi, aqidah bererti perkara yang wajib dibenarkan oleh hati dan jiwa menjadi tenteram kerananya, sehingga menjadi suatu kenyataan yang teguh dan kukuh, yang tidak tercampuri oleh keraguan dan kebimbangan, atau dapat juga diertikan sebagai iman yang teguh dan pasti, yang tidak ada keraguan sedikit pun bagi orang yang meyakininya serta tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun baik dari dalam atau dari luar diri seseorang.

Pengertian aqidah dalam agama Islam berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Dalam pengertian lengkapnya, aqidah adalah suatu kepercayaan dan keyakinan. Firman Allah dalam Surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Dia Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatupun yang setara denganNya. (al-Ikhlas ayat 1-4)

Ibadah pula berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain. Menurut istilah syarak pula ialah taat, patuh dan merendahkan diri sepenuhnya kepada Allah swt mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah saw. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah swt.

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. (Adz-Dzaariyaat ayat 56)

Rasulullah saw bersabda:Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang." (Hadis Qudsi)

Ada kata-kata sebahagian ahli makrifah yang bermaksud, ketika seseorang itu jatuh melakukan dosa, janganlah dia berputus asa dari rahmat Allah, tetapi bersyukurlah kerana daripada perlakuan dosa yang disedari itu, lahirlah penyesalan dan taubat kerana dosa yang disedari ini manusia boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dosa itu membuatnya menjadi hamba yang cepat bertaubat dan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah. Lalu dia sentiasa berhati-hati dalam segala perbuatannya. Berbanding dengan seseorang yang berasa tidak pernah berbuat dosa dan sentiasa berasa dirinya betul, sungguh orang seperti ini bertambah jauh dirinya daripada Allah akibat kesombongan melampau atas nama ilmu dan amal.

Sebenarnya, kita memerlukan ilmu yang boleh membawa kepada kefahaman dan penghayatan sebenar mengenai diri kita, Allah dan tabiat dunia yang fana ini. Hakikat ilmu itu, ia datang dan pergi, sehingga Rasulullah SAW pernah mengingatkan sahabat dengan satu perumpamaan yang bermaksud: Ikatlah ilmu itu kerana ia terlalu cepat hilang berbanding unta yang terikat.

Maknanya setiap insan mesti menyediakan masa untuk hati dan akalnya berinteraksi dengan ilmu. Sesiapapun yang meninggalkan ilmu dalam masa satu hari saja boleh jadi dia akan mengalami gejala kelalaian hingga mungkin jatuh ke lembah kesesatan apabila hal ini berlanjutan sekian lama. Matlamat manusia mencari ilmu ialah untuk mencapai satu keyakinan mengenai kebenaran, selepas yakin barulah timbul penghayatan yang membawa kepada ketundukan jiwa.

Firman Allah Surah al-Maidah ayat 15-16:

Wahai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan. Dengan Kitab itulah Allah menunjukkan orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap-gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.(al-Maidah ayat 15-16)

Al-Imam Ibnu Abdul Barri meriwayatkan daripada Abu Ghassan, katanya: Kamu sentiasa menjadi alim selagi mana kamu tetap menuntut ilmu, apabila kamu merasa cukup maka sesungguhnya kamu telah menjadi jahil.

Perjalanan mencapai reda Allah tiada penghujungnya. Bagaimana mungkin seseorang boleh berkata: Telah cukup ilmuku dan telah baik amalanku. Padahal perkataan itu umpama rantai yang mengikat kakinya ke bumi sehingga dia tidak akan sampai ke destinasi yang dijanjikan Tuhannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda;Dari Abu Hurairah berkata; bahwa Nabi SAW pada suatu hari muncul kepada para sahabat, lalu datang Malaikat Jibril yang kemudian bertanya: "Apakah iman itu?" Nabi SAW menjawab: "Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat- Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan kamu beriman kepada hari berbangkit". Malaikat Jibril berkata: "Apakah Islam itu?" Jawab Rasulullah SAW "Islam adalah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun,kamu dirikan solat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadlan". Malaikat Jibril berkata: "Apakah ihsan itu?" Nabi SAW menjawab: "Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nyadan bila kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Secara umumnya, hadis ini membicarakan tentang kesempurnaan agama Islamdengan menyebutkan terdapat tiga komponen yang menjadi asas dalam Islam yangmencakupi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya ibadah yangmenjadi tujuan hidup manusia. Komponen tersebut adalah iman, islam dan ihsan.

Orang yang beriman hendaklah menjadi seorang yang beramal untuk memanifestasikan keimanannya kepada semua rukun-rukun iman. Jika seseorang yang mengaku bahawa dia beriman tetapi dia tidak mempamerkan imannya dengan melakukan amal, maka imannya adalah perhiasan dan cita-cita semata-mata.I ndividu seperti ini hanya menyangka bahawa dia adalah seorang yang beriman dan berharap mendapat keredhaan Allah SWT sedangkan imannya tidak sempurna.

Kaitan antara iman dan ibadah juga dapat ditinjau menerusi fitrah manusia yangmemerlukan Tuhan atau Yang Maha Kuasa untuk menjadi tempat bergantung harap. Didalam Al-Quran terdapat ayat yang mengambarkan fitrah manusia yang memerlukan Tuhan untuk disembah Surah al-Zumar ayat 39:

Katakanlah: "Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang agama Islam yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak. (al-Zumar ayat 39)

Dengan memerhatikan keadaan jiwa manusia yang sentiasa mencari-cari Tuhan bahawasanya perasaan bertuhan itu muncul dari fitrah yang murni. Kemudian, keimanan atau kerpercayaan ini perlu dijelmakan di dalam bentuk amal dan perbuatan yang mempamerkan ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepada Tuhan yang di imani itu atau dengan lain perkataan dengan melakukan ibadah.

Keimanan kepada Allah SWT dapat menghindarkan dan menyembuhkan diri manusia dari penyakit-penyakit jiwa dan memberi rasa aman dan tenteram. Selain itu, seorang mukmin juga terhindar diri dari rasa bimbang dan sedih yang mengakibatkan jiwanya sakit. Peranan iman yang menghasilkan rasa keamanan dan ketenangan apabila segala harapan, sandaraan, pertolongan, penjagaan dan perlindungan diserahkan hanya kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam, Yang Maha Berkuasa, YangMaha Bijaksana, Yang Maha Mendengar dan Yang Maha Melihat (W. Hussein Azmi,1994)

Rukun Islam ada lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Jika seseorang manusiadapat memenuhi kelima-lima rukun ini maka sempurnalah Islamnya dan dia terpeliharadari kemurkaan Allah SWT sekiranya ditunaikan rukun-rukun tersebut serta hukum-hukum yang bertalian dengan syariat Islam itu sendiri (Mustafa, 2009).Maka ibadah yang terangkum di dalam rukun Islam ini menjadi dasar yangmenjadi medium perhubungan antara mahkluk dan Khaliknya. Secara sistematiknya, seorang muslim diperintahkan untuk sentiasa berhubung dengan Allah SWT pada setiapsaat dan ketika, tempat dan ruang yang dapat memenuhi setiap detik kehidupannya. Ini kerana kelima-lima ibadah ini telah tersusun bermula dengan syahadah, solat lima waktu yang wajib dikerjakan sehari semalam lima kali, zakat setiap tahun, puasa di bulan Ramadhan selama sebulan dan menunaikan haji sekurang-kurangnya seumur hidup sekali tertakluk kepada kemampuan sesorang.

Manakala hikmah di sebalik ibadah-ibadah yang dilakukan ini pula memberikan berbagai kelebihan dan fadhilat yang kembali kepada diri orang yang melakukan ibadah, masyarakat dan ummah keseluruhannya. Namun demikian, tujuan ibadah yang palingutama adalah untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dan mengesakanNya.Sebagaimana yang disebut oleh Imam Al-Shatibi bahawa ibadah mempunyai tujuan asaliaitu mengesakan Allah SWT; dan tujuan-tujuan sampingan seperti mendapatkan kebaikan jiwa dan menghasilkan sifat-sifat utama padanya (Al-Qardhawi, 1986)

Menurut pengertian ihsan seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusihadis Abu Hurairah ini, iaitu seseorang menyembah Allah SWT seolah-olah diamelihatNya. Jika dia tidak berupaya untuk melihat Allah SWT, maka sesungguhnyaAllah SWT melihat segala amal perbuatannya. Menyembah Allah SWT bererti mengabdikan diri kepadanya dengan ibadah menurut kaedah dan cara yang sebaik- baiknya sama ada pada zahir (perbuatan lahiriah) atau batin iaitu ikhlas pada niat.

Ibadah yang dilaksanakan menurut hakikat ihsan hanya ditumpukan dan dikeranakan oleh Allah SWT semata-mata. Tidak disertakan niat kerana tujuan-tujuanlain atau untuk sesuatu yang lain. Kesan dari sikap ihsan ini menyebabkan seseorang merasa lebih bertanggungjawab di atas ibadahnya sehingga dia melakukan sesuatu ibadah dengan penuh kejujuran sama ada ketika berada di khalayak ramai atau ketika bersendirian. Ini kerana dia merasa yakin bahawa segala yang dikerjakannya itu dilihat oleh Allah SWT yang menyebabkannya merasa malu jika ibadah yang dilakukannya itu sekadar melepaskan tanggungjawab di dunia sahaja (Mustafa, 2009)

Menurut Imam Al-Nawawi, Rasullulah SAW memberikan penjelasan mengenaiihsan dalam beribadah dengan tujuan agar setiap muslim melakukan ibadah dengan penuh ikhlas, patuh, penuh ketundukan dan khusyu apabila seolah-oleh melihat AllahSWT di hadapan mereka. Perasan melihat Allah SWT dapat menghasilkan rasakehambaan dan bersungguh-sungguh dalam beribadah serta menunaikan hak-hakNya dengan tujuan untuk menghampirkan diri kepadaNya.

Allah berfirman dalam al-Quran:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambbil peringatan mematuhiNya. (an-Nahl ayat 90)

Menurut Al-Qurtubi, ihsan di dalam ayat di atas membawa pengertian membuat baik kepada diri dan orang lain. Ini kerana Allah swt menyukai hamba-hambaNya yang saling melakukan kebaikan di anatara mereka. Allah swt juga Maha Kaya dalam memberi kebaikan kepada makhluk-makhlukNya.

Maka dapat difahami di sini dua perkara. Pertama, ihsan dalam ibadah adalah melakukan sesuatu ibadah dengan penuh ikhlas, bersungguh dan memenuhi rukun, cara, dan kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak. Kedua, ihsan dalam makna yang lebih luas adalah melakukan kebaikan kepada diri dan orang lain yang merentasi kesempurnaan dan kemuliaan Akhlak seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

5.0 REFLEKSI

Lafaz Alhamdulillah ditujukan kepada Sang Pencipta kerana dengan izinnya, dapatlah tugasan Pendidikan Islam Generik ini disiapkan oleh diri ini. Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan perkara yang tidak diketahui oleh saya menjelma di hadapan saya.

Saya telah diberi amanah oleh pensyarah yang mengajar subjek Pendidikan Islam ini untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan peranan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan muslim dan peranan aqidah dan ibadah sebagai satu penghayatan ilmu, iman dan amal dalam melahirkan modal insan yang berkualiti. Kami diminta untuk menghasilkan sebuah modul pembelajaran kendiri bagimatapelajaran Pendidikan Islam.

Saya mengalami pelbagai kesukaran semasa menyiapkan tugasan ini. Setelah diperbaiki sebanyak beberapa kali, akhirnya saya berpuas hati dengan tugasan saya yang telah disiapkan ini. Walaupun ianya mungkin tidak tampak sempurna di mata orang lain, tetapi ianya amat memuaskan hati saya.

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran ini terhadap diri saya kerana saya dapat belajar peranan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan muslim dan peranan aqidah dan ibadah sebagai satu penghayatan ilmu, iman dan amal dalam melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memperbaiki diri saya sebagai bakal guru.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah

Dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara Intihanya, saya amat berpuas hati dengan tugasan yang diberikan dan sayaharap tugasan yang telah disiapkan ini dapat memuaskan hati Ustaz Shahiruddin. Jika terdapat kesalahan dan juga kesilapan di dalam tugasan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana manusia sering tidak dapat lari daripada melakukan kekhilafan.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abdul Monir Yaacob. (n.d.). Ibadat Wakaf. Dipetik daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia: http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/6952-ibadat-wakaf.

Al-Alhafizh Ibnu Hajar al-Asqalani. (2000) Bulughul Maram. Selangor: Darul Haq.

Al-Quran Al-Karem.

Dalil Perintah Tolong Menolong dalam Islam. (n.d.). Dipetik daripada Ajaran Islam: http://islamiwiki.blogspot.com/2014/02/dalil-perintah-tolong-menolong-dalam.html#.VRwTUPmUdGM

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Ibn Kathir, M. A. (2011). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.). Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafii

Imam Al-Nawawi. (2010). Etika Belajar Dan Mengajar Al-Quran. Selangor: Yamani Angle Sdn. Bhd.

Imam Ath-Thabrani. (n.d). Al Mujam ash-Shaghir karya Imam Ath-Tabrani. Selangor: Pustakan Azam.

Kamil Uwaidah. (2002) Hadits Qudsi: Panduann dan Literasi Qudsi. Selangor: Pustaka Azam.

Muhammad Fuad Bin Abdul Baqi. Hadits Shahih Bukhari Muslim. Selangor: Fathan Publication Sdn. Bhd.

Mustafa, A. R. (2009). Hadis Empat Puluh. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Yusuf Al-Qaradhawi. (2010). Fiqh Keutamaan. (Ahmad Nuryadi Asmawi, terj.). Selangor: Blue-T Publication

W. Hussein Azmi, A. K. (1994). Kaunseling dan Psikologi Menurut Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zaharuddin Abd Rahman. (9 Januari, 2007). Zaharuddin.net. Dipetik daripada Bahagian Dua : Jenis Riba: http://zaharuddin.net/73