golongan kata

18
GOLONGAN KATA Kata Tanya 1. Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 2. Kata Tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel 'kah' apabila digunakan di awal ayat tanya. 4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. 5. Partikel 'kah' tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh Ayat : (a) Apakah benda itu ? (b) Buku siapakah ini ? Kata Tanya Contoh Ayat kenapa Kenapakah Amin gagal dalam ujian itu ? bila Bilakah Wati akan sampai ? siapa Siapa nama kamu ? mengapa Mengapakah baju awak ini basah ? apa Apakah nama binatang itu ? bagaimana Bagaimanakah kemalangan itu berlaku ? berapa Di dalam kelas itu ada berapa orang pelajar lelaki ? mana Nelayan itu dari mana ? . ................................................................. .................................................................

Upload: sri-prakash-parchieappan

Post on 16-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

golongan kata

TRANSCRIPT

GOLONGAN KATA

Kata Tanya1. Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.2. Kata Tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.3. Kata Tanya mesti diikuti oleh partikel 'kah' apabila digunakan di awal ayat tanya.4. Kata Tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.5. Partikel 'kah' tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

Contoh Ayat :(a) Apakah benda itu ?

(b) Buku siapakah ini ?

Kata TanyaContoh Ayat

kenapaKenapakah Amin gagal dalam ujian itu ?

bilaBilakah Wati akan sampai ?

siapaSiapa nama kamu ?

mengapaMengapakah baju awak ini basah ?

apaApakah nama binatang itu ?

bagaimanaBagaimanakah kemalangan itu berlaku ?

berapaDi dalam kelas itu ada berapa orang pelajar lelaki ?

manaNelayan itu dari mana ?

.

...........................................................................................................................................................

Kata Pemeri1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3. Kata pemeri biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. 4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :

-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya. -> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.

........................................................................................................................

Kata Nafi1. Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.3. Kata Nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat :-> Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.-> Baju ini bukan untuk Yati, tetapi untuk adiknya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat :-> Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.-> Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh ayat :-> Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.-> Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

.......................................................................................................................................................

KATA KERJA

- Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-, dan sebagainya.- Kata kerja terbahagi kepada:(a)Kata kerja tak transitif(b)Kata kerja transitif(c)Kata kerja pasif

- Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang lengkap.Misalnya:(a) Ayah tidur.(b) Penyanyi itu menari.- Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:ada, bocor, kandas.

- Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untukmembentuk ayat yang lengkap.- Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama. Misalnya:Abang membaca buku.(a) membaca -> kata kerja transitif(b) buku -> objek- Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:makan, mewarna,minum.

- Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.- Contohnya:Kata kerja Transitif Kata Kerja Pasifmengambil ambil- Ada 3 jenis kata kerja pasif.(a) Kata kerja pasif diri pertama(b) Kata kerja pasif diri kedua (c) Kata kerja pasif diri ketiga- Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-.Contohnya: kuambil, keduduki,kuperolehi- Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau-.Contohnya: kauambil, kauberikan, kaududuki- Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya: diambil, diberikan, diduduki

.................................................................................................................................................

KATA HUBUNG1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabung perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu;(a) kata hubung gabungan.(b) kata hubung pancangan.(c) kata hubung berpasangan.

3.Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / PancanganContoh Ayat Contoh

agarSaya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabilaMukanya pucat apabila disoal.

atauAwak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawaKami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

danLeela dan kawannya berbual hingga larut malam.

hinggaAyah dan kawannya berbual hingga larut malam.

JikaSaya berpayung jika hujan.

JikalauJikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecualiSemua murid Nadir kecuali Gopal.

keranaAini menangis kerana terlalu sedih.

laluBurung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakalaBaju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambilZalifah bernyanyi sambil menari.

sertaZahid serta abangnya menonton wayang.

semenjakSaya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementaraBerusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpunSungguhpun buta, orang itu mampu berdikari.

supayaBelajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai.

walaupunWalaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu.

tetapiBadannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung BerpasanganContoh Ayat Contoh

Baik.. mahupunBaik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu.

Baik.. baikBaik Daud baik adiknya sama-sama pintar.

bukan sahaja.. malahFuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Entah.. entahJangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

Jangan.. punJangankan sepulluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada.

Kian.. kianKian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada.. ataupunGuru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke sekolah.

sedangkan.. inikan pulaSedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.

semakin.. semakinEncik Azreen semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun.. tetapiSungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun.. namunWalaupun cacat namun Hamid rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

Danhinggalaluketika

Denganyangtetapijika

keranasertakalaukemudian

demikianwalhalwalauagar

ataudemisupaya.

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasasementaraseharusnyaandaikata

semogaseketikasebaliknyasedangkan

setelahwalaupunmeskipunmudah-mudahan

sesungguhnyasewaktusekalipunmoga-moga

itupunseandainyajikalaubagaimanapun

padahal...

Contoh ayat

1. menggabungkan dua ayatAzahar dan Annuar pergi bercuti ke Pulau Pinang.2. menggabungkan dua rangkai kataKita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.3. menggabungkan ayat-ayatNegara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.

...........................................................................................................................................................

KATA GANTIPerkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b) kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu.

A) Gantinama Diri Kata Ganti Diri Pertama

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri PertamaPenggunaannya

aku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal)digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal)digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal)digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak)digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak)digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan BanyakBentukcontoh kata nama diri pertama

tunggalbeta, patik, aku, saya

jamakkita, kami, kita orang

Kata ganti nama Diri KeduaKata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut :

Bentukcontoh kata Ganti Diri kedua

Tunggaltuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamakkalian

Kata Ganti Diri KeduaPenggunaannya

anda (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal)digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian (jamak)digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu (tunggal dan jamak)digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti. 5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.

Kata Ganti diri ketiga

kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.

BentukContoh kata ganti diri ketiga

tunggalia, dia, beliau, baginda

jamakmereka

Kata Ganti Diri KetigaPenggunaannya

baginda (tunggal)digunakan untuk raja dan sultan

beliau (tunggal)digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal)digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak)digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia sangat sombong. 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. Dia menolong bapanya.

Ringkasan Kata Ganti Nama DiriTunggalBilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama( Orang yang bercakap )akusayapatikhambakamikita

Diri Kedua( Orang yang dilawan bercakap )awakkamuengkauencikciksaudarasaudarituanpuanandatuankuawak semuakamu semuasaudara sekaliansaudari sekalianencik-encikcik-ciktuan-tuanpuan-puananda semuakalian

Diri Ketiga( Orang yang diceritakan halnya)diaianyabeliaubagindamereka

C) Kata Ganti Tanya

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah kah dan tanda soal. 3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Bendaapakah

Orangsiapakah

Tempatmanakah

Masabilakah

Halbagaimanakah kenapakah mengapakah

Bilanganberapakah

Kata Ganti NamaPenggunaannya

apadigunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan

siapadigunakan untuk menanyakan orang atau nama orang

manadigunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

Contoh ayat

1. Bilakah engkau pergi ke bandar ? 2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ? 4. Nama pokok itu apa ? 5. Pemuda kacak itu siapa ?

D) Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti TempatPenggunaannya

sanadigunakan untuk tempat yang dianggap jauh

sinidigunakan untuk tempat yang dekat dengan orangyang bercakap

situdigunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidaksejauh sana

Benda, orang, Binatangini, itu

Tempatsini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

Keadaanbegini, begitu, demikian

Contoh ayat1. Ini langsat. 2. Itu kucing. 3. Pokok itu rendah sahaja. 4. Kereta Proton Wira ini cantik.

E) Kata Ganti Umum / Tak Tentu

Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.

Kata Ganti Nama Penunjuk

Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:i. Ini komputer. ii. Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya: i. Kotak ini berat. ii. Saya belajar di sekolah itu.

Kata Ganti tak tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak TentuAyat-ayat contoh

apa-apa1. Entah apa-apa yang dibawanya 2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya

Siapa-siapa1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.2. Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja. 2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu Penggunaannya

sapa-sapadigunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu

mana-mana, masing-masing, seseorang,dan sesuatu digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu

siapa-siapa atau sesiapadigunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

...............................................................................................................................

Kata Bilangan1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atua bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata BilanganContohnya

Kata Bilangan Tentusatu, dua, tiga dan seterusnya...

Kata Bilangan Tak Tentu- Menunjukkan bilangan yang tidak tentu.beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya.* Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata Bilangan Pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan sebagainya* Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis itu.

Kata Bilangan PisahanMasing-masing, setiap dan tiap-tiap* Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera

Kata Bilangan Himpunan- Menunjukkan bilangan yang tertentu.- Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. - Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunankedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya.* Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti.* Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.

Kata Bilangan Tingkat- Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.pertama, kedua, ketiga dan seterusnya* Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.

Kata Bilangan Tanyaberapa* Berapa baki duit kamu?

...........................................................................................................................................................

Kata Adjektif1. Kata Adjektif ialah perkataan perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit, sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.

2. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

3. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.

Contohnya : sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

Jenis-jenis kata Adjektif

Adjektif Jati

Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.Contoh :- Basikal itu berwarna biru.- Budak gemuk itu kawan saya.

Adjektif Bilangan atau PecahanIa menunjukkan bilangan atau pecahan.

Contoh : - Ayah memiliki dua buah kereta.- Saya membeli beberapa kuntum bunga.

Adjektif TunjukIa menunjukkan "bagaimana" / "yang mana"

Contoh : - Baju ini mahal harganya.- Perkara demikian jangan diulangi lagi.

Adjektif pencerai / pengasinganIa menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.Contoh :

- Setiap pelajar mesti berdisplin.- Ambil barang asing-masing.

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;(i) menerangkan sifat pancaindera seperti masin dan harum.

Pangkat-pangkat Adjektif1. Pangkat BiasaIa dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.Contoh :

-Cikgu saya seorang yang garang.-> Buah betik itu manis.

2. Pangkat PerbandinganIa merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

Contoh :-> Tenaganya sekuat Badang.-> Buah jambu itu semanis gula.

3. Pangkat MenyangatIa menerangkan adjektif yang keterlaluan sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.

Contoh :-> Cuaca hari ini sangat mendung.-> Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

Kata SendiKata sendi ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih perkataan, frasa atau ayat.