golongan salafiah dan khalafiah

23
PIM 3112-Pengajian Aqidah Usul 20 Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna: Usul ke-10 PERIHAL MENYATAKAN SOAL AQIDAH SERTA MANHAJ SALAF DAN KHALAF "Mengenal Allah SWT, Mentauhid Dan MenyucikanNya Adalah Setinggi-Tinggi Akidah Islam. Ayat-Ayat Sifat Dan Hadith-Hadithnya Yang Sahih Dan Penyerupaan Yang Layak Dengannya; Kita Beriman Dengannya Sebagaimana Ia Datang Tanpa Takwil Dan Ta til. Kita Jangan Cuba Mendedahkan Khilaf Di Antara Ulama Dalam Masalah Itu. Sudah Cukup Bagi Kita Apa Yang Telah Cukup Bagi Rasulullah SAW Dan Sahabat-SahabatnyaFirman Allah SWT: "Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: kami beriman dengan semuanya (ayat-ayat yang mutasyabihat) dari Tuhan kami. (Ali Imran : 7) KETERANGAN Dalam usul ini Al Imam Asy Syahid menjelaskan kedudukan Tauhid dalam aqidah Islam sambil menerangkan jalan tengah dalam ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih. Pendapat Al Imam Asy Syahid dalam hal ini adalah benar dan bersandarkan Al Kitab dan Sunnah. Bagi Allahlah kepujian dan pemberian. Ketinggian Kedudukan Tauhid Sudut-sudut pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam. Sudut-sudut aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah. Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan, seseorang itu mendapat ketenangan, kemuliaan, keamanan dan kerehatan. Sebaliknya tanpa iman beliau menjadi resah dan tiada pegangan. Allah berfirman: "Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk . (Al An aam: 8l-82) Kerana itulah Allah SWT memerintahkan dengan Tauhid sebelum perkara lain. Allah berfirman: Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Upload: aiman-fahim

Post on 27-Jun-2015

452 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Usul 20 Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna: Usul ke-10

PERIHAL MENYATAKAN SOAL AQIDAH SERTA MANHAJ SALAF DAN KHALAF

"Mengenal Allah SWT, Mentauhid Dan MenyucikanNya Adalah Setinggi-Tinggi Akidah Islam. Ayat-Ayat Sifat Dan Hadith-Hadithnya Yang Sahih Dan Penyerupaan Yang Layak Dengannya; Kita Beriman Dengannya Sebagaimana Ia Datang Tanpa Takwil Dan Ta’til. Kita Jangan Cuba Mendedahkan Khilaf Di Antara Ulama’ Dalam Masalah Itu. Sudah Cukup Bagi Kita Apa Yang Telah Cukup Bagi Rasulullah SAW Dan Sahabat-Sahabatnya”

Firman Allah SWT:

"Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: kami beriman dengan semuanya (ayat-ayat yang mutasyabihat) dari Tuhan kami. (Ali Imran : 7)

KETERANGAN

Dalam usul ini Al Imam Asy Syahid menjelaskan kedudukan Tauhid dalam aqidah Islam sambil menerangkan jalan tengah dalam ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih.

Pendapat Al Imam Asy Syahid dalam hal ini adalah benar dan bersandarkan Al Kitab dan Sunnah. Bagi Allahlah kepujian dan pemberian.

Ketinggian Kedudukan Tauhid

Sudut-sudut pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam. Sudut-sudut aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah. Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan, seseorang itu mendapat ketenangan, kemuliaan, keamanan dan kerehatan. Sebaliknya tanpa iman beliau menjadi resah dan tiada pegangan. Allah berfirman:

"Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk . (Al An ‘aam: 8l-82)

Kerana itulah Allah SWT memerintahkan dengan Tauhid sebelum perkara lain. Allah berfirman:

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 2: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah.” (Muhammad: 19)

Kewajipan Muslim terhadap aqidah yang tertinggi ini merangkumi tiga perkara:

Makrifah dengan yakin, bukannya lintasan fikiran. Tauhid yang benar tanpa ragu-ragu kepadanya. Iktikad kesempurnaan Allah dari sebarang kekurangan.

Dalam hal ini Allah berfirman:

"Katakanlah: Dialah AIlah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tiada seorang pun yang setara dengannya.” (Al lkhlas: 1-4)

"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(As Syura: 11)

Oleh kerana ruangan ni tidak mengizinkan keterangan secara terperinci, maka saya nyatakan secara ringkas.

Apakah yang menghidupkan umat Islam setelah mati? Apakah yang membangunkan mereka setelah tidur? Apakah yang menyemarakkan mereka setelah padam? Apakah yang memberikan mereka kekuatan setelah dihina? Apakah yang menjadikan mereka pemimpin umat-umat setelah mereka adalah gembala-

gembala kambing? Itulah iman dengan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.

Pendirian Terhadap Sifat-sifat Allah SWT

Setiap Muslim wajib menthabitkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Tuhannya dan menyucikan-Nya dari sebarang kekurangan.

Di sana terdapat sifat-sifat yang di sekitarnya timbul pertikaian pendapat yang lama, rnemecahkan hati-hati, memporak-perandakan saf-saf dan menyia-nyiakan waktu iaitu sifat-sifat yang terdapat perbahasan di kalangan salaf dan khalaf seperti: Mata, tangan, jari-jari, turun dan seumpamanya. sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat dan hadis-hadith-hadith sifat.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 3: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Umat Islam telah membuat beberapa pendirian terhadapnya sejak dahulu hingga sekarang. Al-Imam Asy-Syahid pada zamannya melihat pendirian-pendirian ini yang menimbulkan belas kasihan. Perkara tadi telah melampaui batas dan menimbulkan perbahasan yang panjang.

Para pembahas membuat ketetapan, setengahnya kadang-kadang mengkafirkan setengah yang lain. Yang peliknya, para pembahas tadi tidak ada pada mereka melainkan:

Taksub dan melampaui batas kesucian. Alangkah baiknya kalau perbahasan ini ditentukan oleh ahli ilmu, namun ia meluaskan

perbahasan untuk menyibukkan orang yang mampu mencapai dan yang tidak mampu mencapainya.

Alangkah baiknya kalau perbahasan ini diadakan selepas selesai dari membahaskan perkara-perkara utama yang disepakati bersama.

Iman Tanpa Takwil dan Ta’til

Imam Asy Syahid telah membuat pendirian yang bijaksana.

Beriman dengannya tanpa takwil dan ta’til. Menjauhkan diri dari menyebut perselisihan ulama’ padanya. Beriman dengan sifat-sifat tanpa takwil dan ta’til adalah mazhab salaf yang lebih arif,

bijaksana dan lebih selamat. Tanpa takwil maksudnya tanpa memalingkan maknanya yang rajih lagi hampir kepada yang

marjuh lagi jauh tanpa kaitan yang mewajibkannya. Maka maknanya yang dekat sudah maklum dalam fikiran.

Mazhab salaf memegang makna ini mengikut makna yang layak dengan kebesaran Allah dan tidak memberatkan diri dengan makna-makna yang jauh dan sampingan tanpa keperluan.

Ta’til pula bermakna menafikan madlul-madlul (maksud-maksud yang didalilkan) lafaz yang menyifatkan Allah secara mutlak. Di sisi orang yang memegang ta’til Allah SWT tidak bercakap, tidak mendengar, tidak melihat dan seumpamanya.

Menahan Diri Dari Pertelingkahan Ulama’

Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Perselisihan ini memberi kesan kepada kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Al-Imam Asy-Syahid datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Beliau telah meminta agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah mengetahuinya secara ringkas (ijmal).

Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan. Bahkan itulah kebijaksanaan, kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’ [1] dan manusia berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Manusia juga tidak boleh hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. Apa yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang terkemuka dalam hal ini.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 4: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya [2].

Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini, kalaulah tidak kerana takutkan meleret-leret, nescaya saya sebutkan kalamnya [3].

Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah:

“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu di sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7) Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi ringkas kepada usul ini. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang menunjukkan kepada sifat, beliau berkata:

Dalam masalah ini, manusia terbahagi kepada 4 golongan:

1. Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja, maka mereka pun menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk, tangan atau tangan-tangan seperti tangan mereka, ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Sesetengahnya pula menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Mereka adalah golongan Mujassamah dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata mereka tidak benar langsung. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan firman Allah yang bermaksud:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura: 11)

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 5: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

“Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)

2. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka, Allah tidak bercakap, tidak mendengar dan tidak melihat. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh berlaku melainkan dengan menggunakan anggota, sedangkan anggota wajib dinafikan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan berpura-pura mensucikanNya. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka Al-Jahmiyyah.

Saya rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini, kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap, mendengar dan melihat tanpa anggota (pancaindera).

Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua itu. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Tinggal lagi dua pendapat di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf dan pendapat khalaf.

Pendapat Salaf Tentang Ayat-ayat Sifat Dan Hadith-hadithnya

3. Golongan salaf mengatakan: “Kita beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith ini sebagaimana ia datang (secara zahir) dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT. Mereka mentsabitkan tangan, mata, bersemayam, ketawa, takjub... dan lain-lain dengan makna-makna yang tidak dapat kita kesan. Kita serahkan kepada Allah untuk meliputi makna tersebut dengan ilmuNya. Lebih-lebih lagi kita telah ditegah daripada perkara tersebut dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: “berfikirlah kamu tentang kejadian Allah. Jangan kamu berfikir tentang zat Allah. Sesungguhnya kamu tidak dapat mencapainya.”

Al-Iraqi berkata: “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dalam kitab Al-Hilyah dengan isnad yang dhaif dan juga oleh Al-Asbahani dalam kitab At-Targhib wa At-Tarhib dengan isnad yang lebih sahih darinya. Begitu juga Abu Syaikh. Mereka semua menafikan persamaan (serupa) di antara Allah dan makhluk. Lihatlah kata-kata mereka tentang hal ini.

Abu Al-Qasim Al-Lalika’ie di dalam kitab Usul As-Sunnah meriwayatkan dari Muhammad bin Al-Hassan, Abu Hanifah RA berkata: “Seluruh fuqaha’ baik di timur dan barat telah bersepakat tentang (wajib) beriman dengan Al-Quran dan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tsiqah dari Rasulullah SAW tentang sifat Tuhan, tanpa tafsir, tanpa sifat, tanpa bandingan. Sesiapa yang menafsirkan tentang perkara itru pada hari ini, ia telah terkeluar dari jalan Nabi SAW dan telah memisahkan diri dari jamaah kerana mereka semua (jamaah) tidak menyifatkan dan tidak menafsirkannya. Mereka hanya memberi fatwa dengan apa yang ada di dalam Kitab dan Sunnah kemudian mereka diam”.

Al-Khalall menyebut di dalam kitab As-Sunnah dari Al-Hanbal menyebut hal ini dalam kitab-kitabnya seperti kitab As-Sunnah Wal Mihnah. Al-Hanbal berkata: “ aku bertanya Abu Abdillah tentang hadith: “sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia” dan hadith “sesungguhnya Allah melihat” dan hadith “sesungguhnya Allah meletakkan kakinya” serta hadith-hadith yang seumpama ini?”

Maka Abu Abdillah menjawab: “kita beriman dengannya dan membenarkannya tanpa cara dan maknanya. Kita tidak menolaknya sedikit pun. Kita tahu bahawa apa yang diriwayatkan dari

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 6: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Rasulullah SAW adalah benar jika sanad-sanadnya sahih. Kita tidak menolak firman Allah dan tidak menyifatkanNya lebih dari apa yang Dia sendiri sifatkan dirinya tanpa had dan kesudahan. Firman Allah:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya” (Al-Ikhlas: 4)

Barmalah bin Yahya meriwayatkan sambil berkata: “Aku mendengar Malik bin Anas berkata: Sesiapa yang menyifatkan sesuatu dari zat Allah seperti, firman Allah yang bermaksud “tangan Allah terbelenggu” lalu dia mengisyaratkan tangannya ke tengkuknya, dan seperti firmanNya yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Melihat” lalu dia mengisyaratkan kepada matanya, telinganya atau tangannya, anggota-anggota tersebut hendaklah dipotong darinya kerana dia telah membandingkan Allah SWT dengan dirinya. Kemudian Malik menambah lagi: “tidaklah kamu mendengar kata-kata Al-Barra’ ketika beliau menceritakan bahawa Nabi SAW telah mengorbankan empat ekor korban sambil Al-Barra’ mengisyaratkan dengan tangannnya sebagaimana Nabi SAW lakukan. Al-Barra’ berkata : “tanganku lebih pendek dari tangan Rasulullah SAW”. Al-Barra’ tidak suka (benci) untuk menyifatkan tangan Rasulullah SAW kerana menghormatinya. Sedangkan Nabi SAW adalah makhluk. Maka bagaimanakah boleh kita bandingkan pula Pencipta yang tidak serupa dengan sesuatu pun?

Abu Bakar Al-Athram, Abu Amru’ At-Tolamanki dan Abu Abdillah Ibn Abi Salamah Al-Majishun telah meriwayatkan kalam yang panjang tentang makna ini. Kemudian disudahi dengan katanya: “apa yang disifatkan oleh Allah terhadap diriNya dan dinamakan dari lisan RasulNya, kita namakannya sebagaimana yang Dia namakan. Kita tidak boleh membebankan diri dengan sifat lain. Bukan itu dan bukan ini dan kita tidak boleh mengingkari dengan apa yang disifatkanNya serta tidak membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan”.

Ketahuilah mudah-mudahan kamu dikasihi Allah, bahawa Al-Ismah [4] dalam agama tidak selesai di tempat kamu habis dan kamu tidak melebihi apa yang telah dihadkan kepada kamu. Sesungguhnya di antara dasar agama ialah mengetahui yang makruf dan mengingkari yang mungkar. Perkara yang kamu makrifah dan hatimu tenang dengannya, disebut dalilnya di dalam Kitab dan Sunnah dan ilmunya diwarisi oleh umat maka janganlah takut untuk menyebut dan menyifatkannya terhadap Tuhanmu tentang apa-apa yang disifatkan dirinya dan janganlah membebankan diri untuk menghadkan sifat tersebut. Perkara yang diingkari oleh dirimu dan tidak terdapat dalam Kitab dan Sunnah yang menyebut tentang sifat Tuhanmu, maka janganlah bebankan diri untuk mengetahuinya dengan aqal kamu dan janganlah menyifatkannya dengan lidah kamu dan diamlah sebagaimana Tuhanmu diam tidak menyebutnya. Jika kamu membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan oleh Tuhanmu tentang dirinya maka samalah seperti kamu mengingkari apa yang disifatkan olehnya. Sebagaimana kamu memandang berat apa yang diingkari oleh orang yang mengingkari terhadap apa yang disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya. Maka begitu juga hendaklah kamu memandang berat orang-orang yang membebankan diri menyifatkan Tuhan dengan apa yang tidak disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya.

Demi Allah! Sesungguhnya telah menjadi mulia orang-orang Muslim yang mengetahui perkara-perkara makruf serta dengan pengetahuan mereka, makruf itu dikenali dan mengingkari perkara mungkar serta dengan keingkaran mereka mungkar itu diingkari. Mereka mendengar apa yang disifatkan oleh Allah tentang dirinya di dalam KitabNya dan apa yang sampai kepada mereka tentang perkara yang seumpama itu dari NabiNya. Tidak sakit (rosak) hati seseorang muslim dengan menyebut sifat ini dan menamakannya daripada Tuhan. Mukmin tidak boleh mencari sifat-sifat atau nama yang lain dari apa yang disebut oleh Tuhan. Apa-apa yang disebut oleh

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 7: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Rasulullah SAW bahawa Baginda menamakan sifat TuhanNya maka ia adalah sama dengan apa yang dinama atau disifatkan oleh Tuhan sendiri.

Orang-orang yang mendalam ilmunya, yang berhenti sekadar ilmunya, yang menyifatkan Tuhan dengan sifat yang disifatkan oleh Tuhannya, dan orang-orang yang meninggalkan dari menyebut sifat yang tidak disebut oleh Tuhan tidak mengingkari sifat yang dinamakan itu kerana ingkar dan tidak mencari-cari sifat lain yang tidak dinamakanNya kerana kononnya perbahasan yang mendalam kerana kebenaran ialah meninggalkan apa yang ditinggalkan dan menamakan apa yang dinamakan.

Firman Allah:

“Sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. Dan mengikut jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya dan Kami masukkan ia ke dalam neraka jahannam dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”. (An-Nisa’: 115)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada kita semua hikmat dan menjadikan kita orang-orang salih”.

Mazhab Khalaf Tentang Ayat-ayat Dan Hadith-hadith Sifat

4. Tadi saya ada menyebut bahawa golongan salaf beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith sifat sebagaimana ia datang secara zahir dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT dalam keadaan mereka beri’tiqad bahawa Allah SWT suci dari sebarang persamaan dengan makhlukNya.

Golongan khalaf pula berkata: “ Kami beriman bahawa makna-makna lafaz ayat-ayat dan hadith-hadith ini bukanlah dikehendaki secara zahir bahkan ia adalah majaz (kiasan) yang tidak ada halangan untuk mentakwilkannya. Mereka mula mentakwilkan wajah dengan makna zat, tangan dengan makna kekuasaan, dan begitulah seterusnya untuk lari persamaan dengan makhluk. Saya menyatakan diri sini contoh kata-kata mereka:

Abul Faraj bin Al-Jauzi Al-Hanbali berkata di dalam kitabnya Menolak Syubhat Persamaan: “Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kekallah wajah Tuhanmu” [5] . Para ulama’ tafsir berkata: Kekallah Tuhan kamu. Begitu juga mereka berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Mereka mahukan wajahNya” iaitu mahukanNya.

Ad-Dhahhak dan Abu Ubaidah berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Setiap sesuatu binasa kecuali wajahNya” [6] iaitu “melainkan Dia”. Beliau menyebut pada kitabnya satu fasal yang terpeinci untuk menolak pendapat mereka yang berkata bahawa berpegang kepada zahir ayat dan hadith adalah mazhab salaf. Kesimpulan dari kata-katanya ialah berpegang dengan zahir adalah tajsim [7] dan tasybih [8] kerana zahir lafaz ialah apa yang diistilahkan kepadanya tangan tiada makna sebenar yang lain kecuali anggota dan begitulah seterusnya”.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 8: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Beliau juga berpendapat bahawa menamakan ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut sebagai ayat-ayat dan hadith-hadith sifat adalah nama yang direka-reka dan tidak terdapat di dalam Kitab dan Sunnah dan bukan hakikat. Ia tidak lain kecuali tambahan. Beliau telah berdalil terhadap kata-katanya dengan dalil-dalil yang banyak yang tidak ada ruang untuk saya menyebutnya di sini.

Fakhruddin Ar-Razi berkata di dalam kitabnya Asas At-Taqdis: “Ketahuilah bahawa nas-nas Al-Quran tidak boleh dipegang secara zahir kerana beberapa perkara:

Zahir firman Allah maksudnya: “Dan supaya kamu diasuh di atas mataKu [9]” bermaksud Nabi Musa AS berada di atas mata itu secara bersentuh (melekat) dan lebih tinggi dari mata itu. Perkara ini tidak boleh diterima oleh orang-orang yang beraqal.

Firman Allah maksudnya: “Buatlah kapal itu dengan mata-mata Kami [10]” bereerti alat-alat untuk membuat kapal tersebut ialah mata itu sendiri.

Bertsabitkan beberapa biji mata (mata-mata) pada satu muka adalah amat jelek. Maka tampaklah kemestian menuju kepada takwil iaitu dengan kita tanggungkan lafaz-lafaz ini dengan makna sangat mengambil berat dan menjaga (mengawal)”.

Imam Al-Ghazali menyatakan pada juzuk pertama dari kitab Ihya’ Ulumiddin ketika membicarakan tentang nisbah ilmu zahir kepada ilmu batin dan bahagian-bahagian yang terdapat padanya zahir dan batin serta takwil dan tidak takwil:

“... Bahagian ketiga: Sesuatu perkara itu kalau disebut secara soreh (nyata) akan difahami tanpa terjadi apa-apa mudarat. Tetapi ia dikinayahkan [11] secara isti’arah [12] dan ramz [13] supaya lebih memberi kesan kepada hati pendengar. Di antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya masjid mengecut dari kahak sebagaimana mengecutnya kulit di atas api” [14]

Maknanya ialah: Roh masjid dalam keadaan ia dimuliakan dan membuang kahak di dalamnya adalah menghinanya. Kamu dapat lihat bahawa kawasan masjid tidak menegcut kerana kahak. Begitu juga dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “tidaklah orang-orang mengangkat kepalanya sebelum imam takut kalau Allah menukarkan kepalanya menjadi kepala kaldai [15”

Perkara itu dari segi gambarannya tidak berlaku sama sekali. Namun dari segi makna memang ada kerana kepala kaldai tidak berlaku secara hakikat rupa bentuknya, bahkan secara khusus iaitu dungu dan bodoh. Jadi sesiapa yang mengangkat kepalanya sebelum imam, maka kepalanya sudah menjadi kepala himar dari segi makna dungu dan bodoh iaitu secara maksudnya, bukan rupa bentuk

Rahsia ini diketahui bahawa ia adalah bukan zahir, sama ada dengan dalil aqli atau syar’i. Dari segi aqalnya, menanggung secara zahir tidak boleh seperti sabda Nabi SAW maksudnya: Hati orang mukmin berada di antara dua jari dari jari-jari Tuhan yang Pemurah.” Kerana kalau kita periksa hati orang yang mukmin, kita tidak bertemu dengan sebarang jari. Maka ketahuilah bahawa ia adalah kinayah bagi kekuasaan kerana ia lebih difahami tentang kesempurnaan kekuasaan Tuhan.”

Kami juga menyebutkan huraian ini pada tempat lain dalam perbahasan ini dan apa yang kami sebutkan ini sudah memadai. Dengan itu jelas kepada saudara tentang jalan salaf dan khalaf. Dua jalan ini menjadi tempat khilaf yang hebat di kalangan ulama’ ilmu kalam yang terdiri dari pemimpin-pemimpin muslimin. Masing-masing golongan memperkuatkan mazhabnya dengan hujah-hujah dan dalil-dalil. Kalau saudara kaji perkara ini, nescaya saudara akan dapati bahawa

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 9: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

jarak khilaf di antara dua golongan tersebut tidak akan menjadi khilaf yang hebat kalau kedua-dua belah pihak meninggalkan sikap melampau dan berlebih-lebih. Juga perbahasan dalam perkara-perkara seumpama ini sekali pun panjang, tidak akan membawa kepada garis penamat melainkan natijah yang satu iaitu menyerahkannya kepada Allah. Kita akan terangkan kepada saudara tentang perkara ini Insya Allah.

Di Antara Salaf Dan Khalaf

Saudara telah tahu bahawa mazhab salaf dalam ayat-ayat dan hadith-hadith sifat ialah berpegang kepada apa yang zahir tanpa menafsir atau mentakwilkannya. Mazhab khalaf pula mentakwilkannya mengikut makna yang sesuai dengan kesucian Allah SWT yang tidak ada bandingan di kalangan makhlukNya.

Saudara juga mengetahui tentang khilaf yang hebat berlaku di antara dua pendapat ini sehingga membawa kepada kata-mengata dengan gelaran asabiyyah. Keterangan lanjut bolehlah dilihat dari perkara-perkara berikut:

Kedua-dua golongan bersepakat bahawa Allah Maha Suci dari sebarang persamaan dengan makhluk.

Kedua-dua belah pihak memutuskan bahawa yang dikehendaki dengan lafaz nas-nas pada zat Allah Taala bukannya zahir sebagaimana yang diistilahkan kepada makhluk. Ini bermakna kedua-dua berpakat di dalam masalah tasybih (perbandingan).

Kedua-dua pihak mengetahui bahawa lafaz itu diistilahkan untuk menerangkan apa yang ada dalam jiwa atau yang berlaku di bawah pancaindera yang bergantung kepada ahli-ahli bahawa dan pencipta istilahnya. Sesungguhnya bahasa sekali pun luas tidak dapat meliputi perkara yang ahli-ahlinya tidak mengetahuinya dengan hakikat sebenarnya. Hakikat yang berhubung dengan zat Allah termasuk di dalam perkara ini. Bahasa lebih dekat pada mendatangkan lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada hakikat-hakikat. Menentukan makna bagi lafaz-lafaz ini secara khas adalah satu penipuan.

Apabila perkara ini telah diakui, ertinya salaf dan khalaf telah bersepakat tentang asal takwil dan titik khilaf di antara kedua belah pihak hanya terbatas kepada: Pihak khalaf menambah penentuan makna yang dikehendaki dari lafaz twersebut kerana kemestian menyucikan Tuhan, lebih membawa ke arah penakwilan untuk menjaga aqidah orang awam dari syubhat tasybih (membandingkan Allah dengan sesuatu). Maka sebenarnya ia adalah satu khilaf yang tidak perlu dibesar-besarkan atau dibuat perbalahan.

Tarjih Mazhab Salaf

Kita meyakini bahawa pendapat salaf iaitu diam dan menyerahkan makna itu kepada Allah SWT adalah lebih selamat dan lebih utama diikuti bagi menghapuskan takwil dan ta’til. Jika sekiranya saudara terdiri dari orang-orang yang diberi kebahagian oleh Allah dengan ketenteraman iman dan dilimpahi dadanya dengan kesejukan maka janganlah cari ganti yang lain. Di sudut ini kami yakin bahawa takwil-takwil khalaf tidak boleh dihukumkan ke atas mereka dengan kufur dan fasiq. Pertelingkahan yang panjang di antara mereka dulu dan sekarang adalah tidak perlu kerana ‘dada Islam’ lebih lapang dari itu. Sesungguhnya setengah manusia yang berpegang kuat dengan pendapat salaf pernah beralih kepada takwil di beberapa tempat. Beliau ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Di antara takwil-takwil tersebut ialah pena’wilan beliau di dalam hadith yang bermaksud: “Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi.” [16] dan hadith yang

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 10: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

bermaksud: “Hati Mukmin itu berada di antara kedua jari dari jari-jari Tuhan Yang Pemurah” [17]. Serta hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dapati bahawa diri Tuhan Yang Pemurah dari sebelah kanan.” [18].

Sesungguhnya saya dapati pada Imam Nawawi, sesuatu yang boleh mendekatkan jurang khilaf di antara dua pendapat tadi yang tidak meninggalkan peluang untuk berselisih dan bertengkar. Lebih-lebih lagi salaf sendiri mengaitkan keharusan takwil dari segi akal dan syara’ dengan tidak bertentangan dengan mana-mana usul agama.

Ar-Razi di dalam kitabnya Asas At-Taqdis berkata: “Kemudian jika kita haruskan takwil bermakna kita bekerja sukarela dengan menyebut takwil-takwil tadi secara tafsil (terpeinci). Jika kita tidak benarkan pula bermakna kita menyerahkan ilmu tentangnya kepada Allah Taala. Ini adalah kanun am yang dirujuk kepadanya semua perkara mutasyabihat (kesamaran). Bagi Allahlah segala taufiq.

Rumusan Kajian Ini

Salaf dan khalaf bersepakat bahawa yang dikehendaki bukan zahir yang dikenali di kalangan manusia iaitu takwil pada keseluruhannya. Mereka juga bersepakat bahawa setiap takwil yang bertentangan dengan usul syariah tidak harus.

Jadi, khilaf ini hanya terbatas pada takwil lafaz dengan yang harus pada syara’. Ia adalah perkara mudah sebagaimana yang saudara nampak dan adalah yang dipegangi oleh sebahagian salaf. Namun perkara paling penting yang mesti disalurkan tumpuan Muslimin sekarang ialah menyatukan saf, menyatukan kalimah sedaya mungkin. Cukuplah kita dengan Allah, Dialah sebaik-baik wakil [19].

Semoga dalam rumusan yang baik ini menjadi peringatan kepada orang yang mempunyai hati atau pendengaran dalam keadaan dia menyaksikan.

Artikel ini adalah petikan buku Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim (Nadzarat fi Risalah At-Ta’lim) oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib, terbitan Pusta Media Budi, muka surat 108 - 125

1. Setiap kedudukan mempunyai cara percakapan yang sesuai untuknya.

2. Al-Fatawa: 12/237

3. Al-Fatawa: 3/343, 5/266

4. Pemeliharaan dari kesalahan dan dosa.

5. Ar-Rahman: 37

6. Al-An’aam: 52

7. Mengatakan Allah berjisim

8. Mengatakan Allah ada bandingan.

9. Taha: 39

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 11: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

10. Hud: 37

11. Disebut secara kiasan.

12. Mendakwa makna sebenar kepada sesuatu kerana melebih-lebihkan dalam perbandingan seperti: “saya bertemu singa”. Sedangkan yang dimaksudkan ialah lelaki yang berani dan garang. Sila rujuk ilmu Balaghah.

13. Tanda atau isyarat.

14. Az-Zubaidi berkata di dalam Syarah Al-Ihya’ : berkata Al-Iraqi : Hadith ini tidak ada asal di dalam Hadith marfu’ bahkan ia adalah kata-kata Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya. Aku (Az-Zubaidi), menyatakan bahawa Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq secara mauquf dari Abu Hurairah. Di dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW melihat kahak di dalam masjid di arah kiblat seraya berkata: “mengapakah salah seorang daripada kamu mengadap Tuhannya lalu dia meludah di hadapannya? Adakah dia suka kalau ada orang mengadapnya lalu orang itu meludah mukanya?”

15. Fathul Bari : 2/214 no. 691

16. Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwiyatkan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari hadith Abdullah bin Umar

17. Diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Abdullah bin Umar RA.

18. Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dari Hadith Abu Hurairah di dalam Hadith yang menyebut dengan maksud: “Aku dapati diri Tuhan kamu adalah dari sebelah kanan”. Rijalnya adalah thiqah.

19. Majmu’ Rasa’il – Aqidah : 324

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 12: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Kemunculan Ilmu Kalam

Pada zaman Abbasiyah, telah banyak berlaku pembahasan di dalam perkara-perkara

akidah termasuk perkara-perkara yang tidak wujud pada zaman Nabi s.a.w. atau zaman

para sahabatnya. Berlaku pembahasan tersebut dengan memberi penumpuan agar ia

menjadi satu ilmu baru yang diberi nama Ilmu Kalam. Ilmu ini muncul dan berkembang

atas sebab-sebab dalaman dan luaran.

Sebab-sebab dalaman 

Berikut ini adalah sebab-sebab dalaman yang menjadi punca munculnya ilmu Kalam: 

1. Al-Quran di dalam seruannya kepada tauhid membentangkan aliran-aliran penting

dan agama-agama yang bertebaran pada zaman Nabi s.a.w., lalu al-Quran menolak

perkataan-perkataan mereka. Secara tabi'I, para ulamak telah mengikut cara al-Quran di

dalam menolak mereka yang bertentangan, di mana apabila penentang memperbaharui

cara, maka kaum muslimin juga memperbaharui cara menolaknya.

2. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, hampir-hampir keseluruhan umat Islam di

dalam keimanan yang bersih dari sebarang pertikaian dan perdebatan. Dan apabila

kaum muslimin selesai melakukan pembukaan negeri dan kedudukannya telahpun

mantap, mereka beralih tumpuan kepada pembahasan sehingga menyebabkan berlaku

perselisihan pendapat di kalangan mereka.

3. Perselisihan di dalam masalah politik menjadi sebab di dalam perselisihan mereka

mengenai soal-soal keagamaan. Jadilah parti-parti politik tersebut sebagai satu aliran

keagamaan yang mempunyai pandangannya sendiri. Parti (kelompok) Imam Ali r.a.

membentuk golongan Syiah, dan manakala mereka yang tidak bersetuju dengan Tahkim

dari kalangan Syiah telam membentuk kelompok Khawarij. Dan mereka yang membenci

perselisihan yang berlaku di kalangan umat Islam telah membentuk golongan Murji'ah.

Sebab-sebab luaran 

Berikut ini adalah sebab-sebab luaran yang menjadi punca muncul ilmu Kalam: 

1. Ramai orang yang memeluk agama Islam selepas pembukaan beberapa negeri

adalah terdiri dari penganut agama lain seperti yahudi, Nasrani, Ateis dan lain-lain.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 13: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Kadangkala mereka menzahirkan pemikiran-pemikiran agama lama mereka bersalutkan

pakaian agama mereka yang baru (Islam).

2. Kelompok-kelompok Islam yang pertama, khususnya Muktazilah, perkara utama yang

mereka tekankan ialah mempertahankan Islam dan menolak hujah mereka yang

menentangnya. Negeri-negeri Islam terdedah dengan semua pemikiran-pemikiran ini

dan setiap kelompok berusaha untuk membenarkan pendapatnya dan menyalahkan

pendapat kelompok lain. Orang-orang Yahudi dan Nasrani telah melengkapkan diri

mereka dengan senjata ilmu Falsafah, lalu Muktazilah telah mempelajarinya agar

mereka dapat mempertahankan Islam dengan senjata yang telah digunakan oleh pihak

yang menyerang.

3. Ahli-ahli Kalam memerlukan falsafah dan mantiq (ilmu logik), hingga memaksa

mereka untuk mempelajarinya supaya dapat menolak kebatilan-kebatilan (keraguan-

keraguan) yang ada di dalam ilmu berkenaan.

Kemunculan aliran-aliran Islam 

Masalah khilafah (pemerintahan) adalah masalah yang menyebabkan telah berlaku

perselisihan yang kuat antara kaum muslimin. Kesan dari perselisihan ini ialah,

terbentuknya beberapa kelompok besar di dalam Islam, iaitu: 

1. Syiah: Mereka ialah orang-orang yang berpendapat bahawa yang lebih berhak

terhadap pemerintahan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. ialah saiyidina Ali r.a.

2. Khawarij: Iaitu mereka yang tidak menyetujui majlis Tahkim. Mereka keluar dari

kelompok saiyidina Ali.

3. Murji'ah: Iaitu mereka yang membenci perselisihan dan menjauhi dua kelompok di

atas.

Setalah kaum muslimin selesai membuka negeri-negeri, lalu ramai dari kalangan

penganut agama lain yang memeluk Islam. Mereka ini menzahirkan pemikiran-pemikiran

baru yang diambil dari agama lama mereka tetapi diberi rupa bentuk Islam.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 14: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Iraq, khususnya di Basrah merupakan tempat segala agama dan aliran. Maka terjadilah

perselisihan apabila ada satu golongan yang menafikan kemahuan (iradah) manusia.

Kelompok ini diketuai oleh Jahm bin Safwan. Dan antara pengikutnya ialah para

pengikut aliran Jabbariyah yang diketuai oleh Ma'bad al-Juhni. Aliran ini lahir ditengah-

tengah kecelaruan pemikiran dan asas yang dibentuk oleh setiap kelompok untuk diri

mereka.

Kemudian bangkitlah sekelompok orang yang ikhlas memberi penjelasan mengenai

akidah-akidah kaum muslimin berdasarkan jalan yang ditempoh oleh al-Quran. Antara

yang masyhur di kalangan mereka ialah Hasan al-Basri.

Dan sebahagian dari kesan perselisihan antara Hasan al-Basri dengan muridnya Washil

bin Atho' ialah lahirnya satu kelompok baru yang dikenali dengan Muaktazilah.

Perselisihan tersebut ialah mengenai hukum orang beriman yang mengerjakan dosa

besar, kemudian mati sebelum sempat bertaubat.

Pada akhir kurun ketiga dan awal kurun keempat, lahirlah imam Abu Mansur al-Maturidi

yang berusaha menolak golongan yang berakidah batil. Mereka membentuk aliran al-

Maturidiah.

Kemudian muncul pula Abul Hasan al-Asy'ari yang telah mengumumkan keluar dari

kelompok Mu'tazilah dan menjelaskan asas-asas pegangan barunya yang bersesuaian

dengan para ulamak dari kalangan fuqahak dan ahli hadis. Dia dan pengikutnya dikenal

sebagai aliran Asya'irah.

Dan dari dua kelompok ini, terbentuklah kelompok Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Dan kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa kemunculan kelompok-kelompok di

dalam Islam adalah kembali kepada dua perkara: 

1. Perselisihan mengenai pemerintahan 

2. Perselisihan di dalam masalah usul atau asas agama. 

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 15: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan

al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi.

Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap

ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran

Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.

Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka

waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang

imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu

Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.

Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan

bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak

terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis.

Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah

dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui

masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang

mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa

serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan

menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).

Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal

dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran

yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis.

Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat

Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus

dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih

tempat mereka untuk mempertahankan Islam.

Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung

Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah

satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia

pada tahun 332 Hijrah.

Pemimpin Asya'irah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260

Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri

dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan

masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah.

Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam

mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 16: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya'irah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa

perkara kecil. Seperti masalah:

- Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak.

- Pemahaman antara iman dan Islam.

- Makna qadha' dan qadar.

- Makna kasb (usaha).

- Wajib siksa secara syarak.

- Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab,

namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.

Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah

Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:

1 . Mengenal Allah adalah secara syarak.

2 . Alam ini adalah baru.

3 . Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.

4 . Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.

5 . Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).

6 . Tidak kewajiban ke atas Allah.

7 . Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para

rasul. Harus juga melihat Allah Taala.

8 . Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.

9 . Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.

10 . Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.

11 . Tiada siapa yang maksum kecuali para nabi.

12 . Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.

13 . Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.

14 . Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.

15 . Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.

16 . Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 17: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Jabbariyah (Jahmiyah)

Makna `al-jabar' ialah menafikan perbuatan hamba dan menyandarkan perbuatan itu kepada

Allah Taala.

Pemikiran `al-jabar' bukanlah berasal dari pemikiran Arab. Ia telah dikemukakan oleh al-Ja'd bin

Dirham dari kalangan Yahudi, kemudian telah di kemukakan pula dari al-Ja'd oleh Jahm bin

Safwan.

Pemikiran ini tersebar pada awal pemerintahan Banai Umaiyah, hingga akhirnya menjadi sebuah

mazhab. Kelompok Jabbariyah ini meinsbahkan diri mereka kepada Jahm bin Safwan, kerana

beliau dianggap sebagai pendakwah besar aliran ini. Oleh itu, mazhab ini dinamakan juga

dengan al-Jahmiyah.

Jahm adalah hamba kepada bani Rasib dari penduduk Khurasan yang bermukim di Kufah.

Pidatonya telah meninggalkan kesan yang besar kepada para pengikutnya. Dan beliau telah

muncul dengan mazhabnya di Tirmiz. Beliau telah menjadi menteri kepada Haris bin Suraij.

Ketika beliau keluar memerangi Bani Umaiyah, dan tenteranya kalah di atas tangan Salim bin

Ahwaz al-Mazini seorang yang diutus sebagai amil Bani Umaiyah di Khurasan.  Manakala al-

Jahm pula telah ditawan dan dibunuh pada tahun 128 Hijrah.

Asas-asas mazhab Jabbariyah 

Insan itu digagahi /terpaksa di dalam perbuatannya.Manusia tida mempunyai kemampuan,

kekuasaan dan ikhtiar. Allah Taala menciptakan perbuatan-perbuatan sebagaimana

diciptakannya pada benda-benda mati (jamad).

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 18: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Muktazilah

Kemunculan Muktazilah adalah berasaskan kepada perselisihan yang berlaku di antara Washil

bin Atho' dengan gurunya Hasan al-Basri mengenai hukum orang yang melakukan dosa besar.

Golongan Muktazilah dinisbahkan kepadanya.

Kisah perselisihan itu berlaku semasa majlis pengajian Hasan al-Basri. Di mana seorang lelaki

telah masuk dan berkata kepada Hasan al-Basri: "Wahai imam agama, telah lahir pada zaman

kita ini segolongan orang yang mengkafirkan pembuat dosa besar, mereka adalah Khawarij.

Segolongan lagi ialah mereka yang mengmbalikan hukum ke atasnya. Mereka berkata: "Tidak

memberi mudarat kemaksiatan jika mempunyai iman, sebagaimana tidak memberi manfaat

ketaatan jika dalam kekafiran. Mereka adalah golongan Murji'ah."

Hasan al-Basri berfikir. Sebelum beliau menjawab, Washi bin Atho' berkata: "Aku tidak

berpendapat bahawa pembuat dosa besar itu sebagai mukmin secara mutlak dan tidak kafir

secara mutlak. Malahan dia akan berada di suatu tempat di antara dua tempat."

Kemudian Washil meminggirkan diri ke suatu sudut di dalam masjid berkenaan, dan mendirikan

mazhabnya sendiri. Lalu Hasan al-Basri berkata: "Washil telah mengasingkan (I'tizal) diri dari

kami." Ini menjadi sebab mereka diberi nama dengan Mu'tazilah.

Washil telah dilahirkan di Madinah pada tahun 80 Hijrah, dan meninggal dunia pada tahun 131

Hijrah di Basrah.

Mazhabnya telah tersebar di Iraq, dan sebahagian dari khalifah Bani Abbasiyah telah mengikut

fahaman ini.

Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, mereka mempunyai dua buah madrasah. Yang

pertama di Basrah dan yang kedua di Baghdad. Telah berlaku perdebatan dan perselisihan di

antara dua madrasah ini mengenai banyak masalah.

Cara pembahasan mereka

Mereka menggunakan akal fikiran untuk setiap perkara dan cuba memperolehinya melalui jalan

ini. Mereka mempunyai satu kelebihan yang hebat di dalam mempertahankan Islam, kerana

mereka telah bangkit menentang orang-orang dari penganut akidah yang sesat dan dari agama-

agama lain dengan hujah dan bukti.

Namun, Muktazilah telah bersikap ekstrim di dalam sebahagian pendapatnya dan pencelaan

mereka terhadap ahli fikah dan ahli hadis.Begitu juga sokongan khalifah-khalifah Abbasiyah

terhadap mereka, seperti al-Makmun yang secara kekerasan memaksa rakyat agar menerima

mazhab mereka serta menyiksa para ahli fikah dan ahli hadis. Dengan ini rakyat telah

menyifatkan mereka sebagai telah terpesong dari ajaran agama. Sebagaimana yang telah

diketahui bahawa akal itu terpengaruh dengan suasana dan hawa. Syarak adalah lampu yang

menyinari jalan di hadapan akal.

Asas-asas mazhab Muktazilah

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 19: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Antara asas-asas ajaran Muktazilah ialah:

1 . Wajib mengenal Allah dengan (berdasarkan) akal.

2 . Mengingkari sifat Ma'ani, dan berpendapat al-Quran itu adalah makhluk.

3 . Menafikan melihat Allah (rukyah) kerana akan membawa kepada menjisimkan dan memberi

arah kepada Allah.

4 . Berpendapat bahawa baik dan buruk adalah berdasarkan kepada akal.

5 . Allah mengkehendaki kebaikan dan tidak mengkehendaki kejahatan. Allah wajib membuat

yang baik dan terbaik untuk makhlukNya.

6 . Hamba mencipta perbuatan-perbuatannya sendiri dengan kekuasaan yang diberikan Allah

kepadanya.

7 . Allah wajib melaksanakan janji baik dan janji ancaman. Allah juga wajib mengutuskan rasul.

8 . Pembuat dosa besar akan berada di satu tempat di antara dua tempat, dan tiada syafaat

untuknya.

9 . Wajib melakukan amar makruf dan nahi munkar.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 20: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Qadariyah

Iraq merupakan tempat berkumpulnya banyak anasir yang terdiri dari beberapa umat yang

menganut pelbagai agama. Basrah pula merupakan lautan yang membawa ombak-ombak

pemikiran dan aliran.

Ma'bad bin Khalid al-Juni (salah seorang dari yang duduk di majlis pengajian Hasan al-Basri)

telah mendengar orang yang mengatakan bahawa maksiat itu telah dilakukan kerana telah

ditakdirkan. Lalu beliau berdiri dan menolak pendapat mereka dengan menafikan keadaan takdir

itu menafikan ikhtiar. Beliau telah bersikap keterlaluan di dalam mempertahankan pendapatnya

sehingga masyhur kata-katanya: "Tiada takdir, dan setiap perkara itu baru bermula. "

Ketika pemikiran Ma'bad sampai ke pengetahuan Ibnu Umar, beliau berlepas diri daripadanya

dan para pengikutnya.

Asas-asas mazhab Qadariyah 

1 . Mengingkari takdir Allah Taala dengan maksud ilmuNya. 

2 . Melampau di dalam menetapkan kemampuan manusia dengan menganggap mereka bebas

berkehendak (iradah). Di dalam perbuatan manusia, Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu)

mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar). Mereka menganggap bahawa Allah tidak

mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu kecuali selepas ia terjadi. 

3 . Mereka berpendapat bahawa Allah tidak bersifat dengan suatu sifat yang ada pada

makhluknya. Kerana ini akan membawa kepada penyerupaan (tasybih). Oleh itu mereka

menafikan sifat-sifat Ma'ani dari Allah Taala. 

4 . Mereka berpendapat bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Ini disebabkan pengingkaran

mereka terhadap sifat Allah. 

5 . Mengenal Allah wajib menurut akal, dan iman itu ialah mengenal Allah. 

6 . Mereka mengingkari melihat Allah (rukyah), kerana ini akan membawa kepada penyerupaan

(tasybih). 

7 . Mereka mengemukakan pendapat tentang syurga dan neraka akan musnah (fana'), selepas

ahli syurga mengecap nikmat dan ali neraka menerima azab siksa. 

 

Para ulamak telah bangkit menentang pendapat Qadariyah atas dua sebab, iaitu: 

Sebab pertama: Masalah pemaksaan yang membawa kepada ta'thil dan meninggalkan amal dan

rukun kepada

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 21: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Sebab kedua: Sikap melampau mereka di dalam mentakwilkan ayat-ayat al-Quran yang

menyebutkan dan menetapkan sifat-sifat Allah. Takwilan-takwilan ini membawa bahaya kepada

al-Quran dan kefahaman makna-maknanya.

Ramai para ulamak yang mengkafirkan golongan Qadariyah.

Dakwah mereka ini telah dipimpin oleh dua orang tokoh, iaitu: 

Pertama: Ma'bad bin Khalid al-Juhni di Iraq. Beliau telah terbunuh ketika keluar berperang

bersama Ibnu al-Asy'as dengan al-Hajjaj.

Kedua: Ghailan bin Marwan al-Dimasyqi di Damsyiq. Umar Abdul Aziz telah memanggilnya dan

berdebat dengannya sehingga beliau bertaubat. Semasa Hisyam bin Abdul Malik memerintah,

beliau telah dibunuh.

Golongan Qadariyah dihukumkan kafir kerana keingkaran mereka terhadap takdir.

Mazhab Qadariyah dan Jabbariyah telah lenyap. Keduanya tidak lagi wujud secara berdiri

sendiri. Dan kesannya dapat kita lihat pada mazhab Muktazilah.

Sehingga kini masalah al-jabar (keterpaksaan) dan ikhtiar masih diperselisihkan oleh para

pengkaji. 

  

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 22: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

KUFUR

Pengertian:

Kufur bermaksud tidak percaya kepada ALLAH dan ingkar pada ajaran nabi Muhammad.

Dalil menunjukkan laknat Allah

Dan sebaliknya orang-orang yang kafir maka kecelakaanlah bagi mereka.maka sia-sialah amalan mereka,berlakunya yang demikian kerana sesungguhnya kerana mereka tidak menyukai apa yang diturunkan Allah

(Muhammad ayat 1-9)

Kufur Hakikat

Pengertian

-Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang oleh Rasullulah.

Contoh:

1)Tidak mengaku balasan di akhirat2)menolak hokum yang terdapat dalam Al-Quran.3)Mengatakan puasa melemahkan ekonomi.

Kufur Nikmat

Pegertian:

-Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaannya.

Contoh:

1)Mengunakan nikmat ke arah maksiat2)Enggan mengeluarkan zakat3)Boros belanjakan harta.

Perbuatan yang membawa kepada Kekufuran:

1)Tidak mengaku balasan Allah di akhirat.2)Menolak hokum yang terdapat didalam Al-Quran3)Menyatakan solat fardu merugikan masa.4)Menggunakan nikmat ke jalan maksiat

Sebab membawa kepada kekufuran:

-Lemah pegangan agama.-jahil tentang akidah-terpengaruh dengan hawa nafsu-kesempitan wang membawa kekufuran.

Akibat perbuatan Kufur:

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 23: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

-Terbatal iman seseorang.-menjejaskan kehormatan diri.-kehidupan sentiasa di laknat Allah.-melemahkan pegangan masyarakat terhadap ajaran islam-mencemarkan kesucian islam-Masyarakat hidup dalam maksiat

SYIRIK

Dalil larangan syirik.

“Dan ketika Lukman berkata kepada anaknya semasa dia memberi nasihat kepadanya.Wahai anak kesayangan ku janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman besar.”

(Luqman 13)

Amalan syirik:

-melengang perut -Membuang Ancak-Puja pantai-Puja kubur keramat.-Tabur beras kunyit-Acara menepung tawar

Pengertian Syirik:

-Menyekutukan Allah.

Amalan syirik yang tergolong dalam dosa Besar:

-Menyembah patong dan berhala-Menyembah bulan dan matahari-Mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan.

Perbezaan antara syirik jali dan khofi:

Syirik jail-Menyekutukan Allah secara terangan contoh nya menyembah patong

Syirik Khofi-menyukutukan Allahsecara tersembunyi contohnya riak (menunjuk-nunjuk),Ujub(Mengkagumi diri sendiri)dan takbur(membangga diri).

Implikasi:

-Merosakkan akidah-Berdosa besar-Mendapat azab di akhirat -Dibenci masyarakat-Sukar menerima pandangan org lain.

RIDDAH

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6

Page 24: Golongan Salafiah Dan Khalafiah

PIM 3112-Pengajian Aqidah

Pengertian riddah(murtad)

-Berpaling atau keluar dari agama islam.

Hukuman keatas org murtad:

-Hukum Bunuh.

Seseorang itu boleh menjadi murtad:

-melalui iktikat contohnya berniat ingin meninggalkan agama.-menganur agama lain selain islam.

KURAFAT

Pengertian:

Kepercayaan atau perbuatan karut yang dibuat atau dianggap mempunyai hubungan dengan islam sedangkankan bercanggar dengan ajaran islam.

SIHIR

Maksud:

Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus malalui pertolongan halus melalui pertolongan makhlukghaib seperti dengan bantuan syitan.

Dalil pengharaman syirik didalam Surah Al-Baqarah ayat 102

Contoh amalan syikir…

Santau ,guna-guna,ilmu susuk,dan ilmu hitam.

Fahimatul Aiman binti Ibrahim PISMP PIM SEM 6