go hubungan etnik

Upload: hasnor-hazil

Post on 06-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Konsep-konsep asas hubungan etnikntu

Tiga konsep penting yang ditumpukan ialah masyarakat, budaya dan perpaduan

Konsep Etnik membentuk Konsep Etnisiti dan Etnosentrisme.

Konsep Etnik atau KaumKonsep Kelompok Etnik

Konsep Kelas SosialKonsep Masyarakat MajmukKonsep Suku

Konsep Mobiliti SosialKonsep Institusi SosialKonsep Jarak Sosial

Konsep DiskriminasiKonsep Ras dan RasismeKonsep Prejudis

Konsep BudayaKonsep StereotaipKonsep Kontrak Sosial

Konsep AsimilasiKonsep PerpaduanKonsep Integrasi

Konsep AkomodasiKonsep Akulturasi

Konsep etnik atau kaum adalah kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan melalui nenek moyang yang sama & mengamalkan budaya yang hampir seragamKonsep suku merupakan kelompok masyarakat yang membentuk satu rumpun bangsa cthnya dalam Kadazandusun terdapat sub etnik Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang dll. Konsep kelompok etnik adalah golongan yang berbeza dari segi kebudayaan contohnya berdasarkan ciri budaya iaitu adat resam, pola keluarga, pakaian, orientasi politik, dll.

Konsep kelas sosial adalah kedudukan sesuatu kelompok dlm masyarakat.Cthnya masyarakat kapitalis mempunyai Konsep institusi sosial berkait rapat dgn pola tingkahlaku yg menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial yg mempunyai matlamat sosial tertentu. Cthnya: keluarga,institusi agama dll.

Konsep ras & rasisme. Ras adalah kelompok yg mempunyai persamaan dari segi fizikal sprt warna kulit dsbnya. Rasisme pula pandangan, pemikiran/ kepercayaan negative suatu kelompok sosial terhadap kelompok lainKonsep mobiliti sosial adalah proses perubahan individu / kelompok dari satu lapisan sosial kpd lapisan yg lain dlm satu sistem stratifikasi sosial Konsep etnik membentuk konsep Etnisiti & Etnosentrisme. Etnisiti adalah ras kekitaan kumpulan etnik, Etnosentrisme adalah sikap / kpercayaan bahawa budaya sendiri dikatakan lebih baik & tinggi nilainya drpd budaya lainKonsep masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiriKonsep jarak sosial ialah pemisahan sosial yg wujud di antara individu-individu,individu dgn kelompok / kelompok dgn kelompok. Ia berkait rapat dgn interaksi & persefahaman

Konsep integrasi ialah proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri2 sosial yg diterima semua etnik dlm Negara. Di Malaysia integrasi ialah proses mewujudkan identity nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi budaya, sosial dsbnya

Konsep prejudis adalah pandangan negative etnik lain yg tersemat dlm hati seseorg / kelompok etnik

Konsep akomodasi ialah proses yg menyebabkan kumpulan etnik sedar & hormat nilai & norma etnik lain & pertahan budaya hidup masing2.Di Malaysia kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni

Konsep asimilasi ialah proses percantuman & penyatuan antara kelompok / individu dr berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dgn kebudayaan & identiti yg sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlaku penghapusan penuh perbezaan dari segi budaya & identity. Di Malaysia, asimilasi bagi masyarakat Jawa, Cina Kelantan berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan & agama

Konsep budaya ialah satu keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan & berfikir. Kebudayaan berbeza dr satu masyarakat ke masyarakat lain. Walaubagaimana pun terdapat persamaan dalam budaya dan ini dikatakan pola kebudayaan sejagatKonsep diskriminasi ialah pandangan, pemikiran & kepercayaan negatif oleh seseorang / etnik terhadap angota / etnik yg lainnya yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif. Diskriminasi mencapai tahap tertinggi bila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnikKonsep stereotaip ialah kenyataan2 umum yang negatif terhadap sesuatu etnik sprt semua orang tidak bersifat kasar dsbnya. Stereotaip ialah gambaran yang berlebihan tentang perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu etnik kpd etnik lainKonsep kontrak sosial adalah satu persetujuan yg dicapai di antara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu matlamat yg dapat menjaga kepentingan semua pihak. Di Malaysia cthnya kaum Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak Kerakyatan, Islam sbg agama rasmi & Bahasa Melayu sebagai agama rasmiKonsep Akulturasi adalah satu penyerapan unsur2 kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain. Akulturasi mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan