gerak kerja kokurikulum

26
 UNIT 1 : PENGURUSAN GERKO,OLAHRAGA DAN PERMAINAN Tajuk 1 : pengurusan GERKO Latihan m/s 4 1. Cuba anda jelaskan strategi pelaksanaan gerak kerja kokurikulum yang boleh diaplikasikan di sekolah anda dan huraikan juga rasionalnya strategi tersebut boleh dilaksanakan di sekolah anda . Strategi pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah 1. Melibatkan pelajar secara aktif sama ada secara individu atau berkumpulan dalam semua bidang kokurikulum dan khidmat sekolah serta masyarakat . 2. Merancang kokurikulum dengan teliti dengan menggunakan Management by Objective ( MBO ). 3. Mencatat semua gerak kerja kokurikulum dan kemajuan yang telah dicapai atau dijalankan . 4. Memberi penghargaan kepada pelajar yang terlibat seperti surat penghargaan , penganugerahan tokoh pelajar aktif kokurikulum , majlis penyampaian sijil dan sebagainya . 5. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah ( JPBS ). 6. Melibatkan PIBG , masyarakat setempat dan agensi luar terutama bagi memberi sokongan , latihan dan kewangan . 7. Mengada dan mengagihkan peruntukan kewangan sekolah kepada setiap persatuan atau berpandukan aktiviti yang telah dilaksanakan . 8. Berusaha mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti kokurikulum sama ada dibeli atau melalui sumbangan daripada pihak luar . 9. Mewujudkan atau mengemaskan sistem rumah atau mengadakan  jadual tahunan kegiatan rumah yang tersusun rapi .

Upload: afida-kadir

Post on 13-Jul-2015

728 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 1/26

UNIT 1 : PENGURUSAN GERKO,OLAHRAGA DAN PERMAINAN

Tajuk 1 : pengurusan GERKO

Latihan m/s 4

1. Cuba anda jelaskan strategi pelaksanaan gerak kerja kokurikulum yang boleh diaplikasikan di sekolah anda dan huraikan juga rasionalnya strategi 

tersebut boleh dilaksanakan di sekolah anda .

Strategi pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah

1. Melibatkan pelajar secara aktif sama ada secara individu atau

berkumpulan dalam semua bidang kokurikulum dan khidmat sekolah

serta masyarakat .

2. Merancang kokurikulum dengan teliti dengan menggunakan

Management by Objective ( MBO ).

3. Mencatat semua gerak kerja kokurikulum dan kemajuan yang telah

dicapai atau dijalankan .

4. Memberi penghargaan kepada pelajar yang terlibat seperti surat

penghargaan , penganugerahan tokoh pelajar aktif kokurikulum , majlis

penyampaian sijil dan sebagainya .

5. Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah ( JPBS ).

6. Melibatkan PIBG , masyarakat setempat dan agensi luar terutama

bagi memberi sokongan , latihan dan kewangan .

7. Mengada dan mengagihkan peruntukan kewangan sekolah kepada

setiap persatuan atau berpandukan aktiviti yang telah dilaksanakan .

8. Berusaha mendapatkan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti

kokurikulum sama ada dibeli atau melalui sumbangan daripada pihak luar

.

9. Mewujudkan atau mengemaskan sistem rumah atau mengadakan

 jadual tahunan kegiatan rumah yang tersusun rapi .

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 2/26

10. Mengadakan aktiviti yang boleh disertai oleh ramai pelajar seperti

sukan tara,merentas desa, perkhemahan unit beruniform dan

sebagainya .

11. Menghantar guru mengikuti kursus dan latihan dalam kegiatankokurikulum mengikut bidang dan jenisnya .

12. Mengadakan pertandingan antara darjah atau tingkatan atau rumah

dalam pelbagai aktiviti seperti berbalas pantun , kuiz , syarahan ,

sukan dan permainan , bilik darjah tercantik , membaca , bercerita ,dan

sebagainya .

13. Mengadakan hari unit beruniform seminggu sekali . Pada hari

tersebut , pelajar dan guru memakai uniform lengkap mengikut unitmasing – masing .

2. Cuba kenal pasti semua unit gerak kerja kokurikulum di sekolah anda 

dan senaraikannya mengikut komponen-komponen .

GERAK KERJA KOKURIKULUM

BADAN BERUNIFORM KELAB & PERSATUAN SUKAN

PENGAKAP

PERSATUAN

BULAN SABIT 

MERAH

PERSATUAN

PUTERI ISLAM

MALAYSIA

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

PERS. BAHASA

MELAYU

PERS. BAHASA

INGGERIS

PERS. AGAMA

ISLAM

PERS. SAINS

KELAB ALAMSEKITAR

KELAB PUSAT 

SUMBER

KELAB

KEMAHIRAN HIDUP

 

SEPAKTAKRAW

OLAHRAGA

PING PONG

BADMINTON

BOLA TAMPAR

BOLA SEPAK

CATUR

BOLA BALING

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 3/26

Latihan m/s 8

1. Cuba anda jelaskan langkah-langkah penubuhan unit gerak kerja 

kokurikulum yang mempunyai badan induk secara carta aliran.

Penubuhan Unit Gerak Kerja Kokurikulum Yang Mempunyai Badan induk

1) Pengetua atau guru besar atau guru terlibat berbincang

dengan wakil badan induk mengenai prosedur penubuhan

2) Mengisi borang permohonan penubuhan yang dikeluarkan oleh

badan induk dan menyediakan beberapa maklumat mengikut

peraturan badan induk persatuan .

3) Menghantar borang berkenaan kepada setiausaha atau

pesuruhjaya daerah atau penjaga daerah atau negeri untuk diproses4) Pengumuman pendaftaran ahli dibuat sementara mendapat

kelulusan ibu pejabat badan induk

5) Mendapatkan kelulusan atau sijil pendaftaran daripada badan

induk

6) Melaksana dan menjalankan aktiviti persatuan

Contoh penubuhan pengakap Malaysia

1) Pemimpin atau guru bertugas mengadakan perbincangan

dengan pengetua atau guru besar dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah

tentang penubuhan tersebut

2) Mengisi borang permohonan untuk menubuhkan kumpulan

pengakap dengan menggunakan Borang PPM 8 ( diisikan dalam tiga

salinan ) dan permohonan mendapatkan tauliah pemimpin dengan

menggunakan Borang PPM 9 ( a ) satu salinan .

3) Mengisi borang PPM dengan menyenaraikan nama ahli

 jawatankuasa dan ditandatangani oleh pengetua atau guru besar danpemimpin yang menjaga kumpulan . Kemudian , boraang berkenaan

dihantar kepada Setiausaha Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah

untuk tindakan selanjutnya .

4) Pemimpin mencari ahli dan beberapa maklumat tentang

pelajar sebelum mendaftar nama pelajar berkenaan dengan

menggunakan borang pendaftaran keahlian .

Ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia mengeluarkan satu sijil

pendaftaran kumpulan yang perlu disimpan oleh pihak sekolah . Kumpulantersebut boleh bergerak secara rasmi dan sah mengikut peraturan dan

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 4/26

Akta Parlimen no 38, tahun 1968 , dengan pindaan Undang-undang Malaysia

Akta 143 ,Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 dan Akta

409 , Tahun 1989 .

2. Anda ingin menubuhkan satu persatuan / kelab yang baru di sekolah anda. Rangkan satu perlembagaan persatuan / kelab tersebut .

Perlembagaan dan Undang-Undang Persatuan

• Akta Pendaftaran Pertubuhan : Setiap persatuan perlu

mendaftar secara rasmi dengan pendaftar pertubuhan .

• Mesti mempunyai perlembagaan dan undang-undang

penubuhan sendiri yang ditetapkan oleh badan induk .

• Fungsi :- Sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan

persatuan berkenaan .

- Bertujuan melicinkan perjalanan satu persatuan .

- Menjelaskan peranan dan tanggungjawab jawatankuasa

pemimpin dan ahli biasa .

- Berperanan sebagai bahan rujukan apabila timbul

sesuatu masalah atau perkara berbangkit mengenai

perjalanan dan aktiviti persatuan berkenaan .

Pada amnya , perlembagaan dan undang – undang persatuan

mengandungi beberapa perkara :

• Nama dan alamat persatuan

• Matlamat

• Keahlian

• Yuran

Jawatankuasa persatuan ( nama jawatan , tugas dan sebagainya )• Kewangan persatuan

• Pembatalan dan pembubaran persatuan

• Pindaan perlembagaan dan undang – undang persatuan

• Mesyuarat–mesyuarat persatuan (mesyuarat jawatankuasa ,

mesyuarat agung , mesyuarat tergempar ).

Terdapat persatuan yang menambahkan beberapa perkara

supaya sesuai dengan matlamat dan tujuan penubuhannya .

Antara perkara yang ditambah ialah :

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 5/26

• Lencana atau logo persatuan

• Cogan kata atau moto persatuan

• Visi dan Misi

• Tugas persatuan di peringkat sekolah , cawangan , daerah ,

negeri dan kebangsaan• Harta dan tanggungan

• Jawatankuasa

• Disiplin dan tatatertib persatuan

• Larangan dalam persatuan

Perlembagaan ini perlu dikemas kini dan diubahsuai supaya selaras

dengan keperluan persatuan berkenaan dari semasa ke semasa .

Contoh :

Perlembagaan Kelab Jawi Sek. Keb. Dato’ Manan

1. Nama dan alamat

Nama Kelab : KELAB JAWI

Alamat : Sek. Keb. Dato’ Manan, 45500 Tanjung Karang.

2. Matlamat

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk

mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh

dalam aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek serta memupuk

budaya yang positif di dalam diri mereka.

3. Objektif

3.1 Memupuk peribadi seseorang pelajar yang akan meningkat

dewasa paya berikhtiar mendapatkan ilmu yang tidak

mengabaikan kewajipannya terhadap ibubapa, keluarga dan

ahli masayarakat.

3.2 Menggalakkan murid-murid menggunakan bakat yang

dikurniakan Allah ke jalan yang betul dan positif.

4 Keahlian5 Guru Penasihat

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 6/26

6 Ahli Jawatankuasa

7 Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa

8. Kewangan

9. Kehadiran/penyertaan

10. Aktiviti11. Peraturan-peraturan

12. Tindakan Disiplin

13. Pindaan Perlembagaan

14. Pembubaran Persatuan

15. Hal-hal lain.

Latihan m/s 10

1. Anda diminta mengemaskinikan system fail yang berkaitan dengan gerak kerja kokurikulum sekolah anda. Berdasarkan senarai nama fail berikut,

cadangkan satu system fail yang menggunakan pengkelasan mengikut 

angka.

BIL PERKARA NO. FAIL

i GERAK KERJA KOKURIKULUM 06

ii PERSATUAN / KELAB 01/06

iii PERS. BAHASA MELAYU 01/06/001

iv PERS. BAHASA INGGERIS 01/06/002

v KELAB SETEM 01/06/003

vi UNIT BERUNIFORM 02/06

vii PENGAKAP KANAK-KANAK 02/06/001

viii TUNAS PUTERI 02/06/002

ix ST JOHN AMBULANS 02/06/003

x SUKAN 03/06

xi BOLA SEPAK03/06/001

xii BOLA JARING 03/06/002

xiii BOLA BALING 03/06/003

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 7/26

2) Tuliskan satu surat rasmi kepada seorang tokoh untuk memberikan 

ceramah dalam aktiviti kokurikulum sekolah.

Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan

45500 Tanjung Karang,

SELANGOR. 03-33252548

 _______________________________________________________ 

Tuan Pegawai, Ruj. Kami : SK 02 / 06 / 003 ( 10 )

Bomba dan Penyelamat Tarikh : 19 Jun 2006

Daerah Kuala Selangor ,

45500 Tanjung Karang,

SELANGOR.

Tuan,

Jemputan Ceramah Kebakaran dan Keselamatan

Salam hormat. Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ini bercadang untuk

mengadakan aktiviti ceramah tersebut seperti mana berikut:

Tarikh : 28 Jun 2006

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 8/26

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon khidmat seorang

penceramah dari pejabat tuan bagi memberi penjelasan mengenai perkara

di atas.

3. Segala kerjasama pihak tuan berhubung perkara di atas, amatlahdihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

………………………………….

( Tn.Haji Sabar Bin Ponin)

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan.

Tajuk 2 : Olahraga

Latihan m/s 12

1) Senaraikan acara-acara olahraga yang dijalankan di peringkat sekolah 

rendah.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 9/26

BIL ACARA

1 Acara Lari Jarak Jauh • 3000 m

2 Acara Lari Berganti-ganti

• 4 x 100 m

• 4 x 200 m• 4 x 400 m

3 Acara Lari Berpagar

• 100 m (p)

• 110 m (l)

• 400 m (l & p)

4 Acara Lari Berhalangan • 300m

5 Acara Lari Pecut ( jarak

dekat )

• 80 m

• 100 m

• 200 m• 400 m

6

Acara Lari Jarak

Sederhana

• 800 m

• 1500 m

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 10/26

2) Dengan merujuk buku di perpustakaan, jelaskan sejarah 

perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci.

Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan

manusia dinilai menerusi perlakuan berlari,melompat dan

melontar.Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini

dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat

dan pemerintah..kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh

setiap individu khususnya kaum lelaki.Kemahiran-kemahiran ini

diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi

sukan yang kemudiannya dipertandingkan.Walaupun sudah diakui sudah terdapat pertandingan seperti

 yang dinyatakan iaitu sejak zaman sebelum Masihi lagi,tetapi adalah sukar

untuk mengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti

berlari,melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan.Jika

permulaan di Greek Kuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh

kebanyakan buku sejarah , bermakna olahraga sudah bermula sejak 3000

tahun yang lampau lagi. Jika pendapat ini diterima, bermakna olahraga

sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia.

Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataanini dapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu

dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui

merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini

disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut.Dengan kata

lain, orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga,

walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga

sebagai acara sukan yang dipertandingkan.Mereka lebih menganggap

olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-

peserta yang mengambil bahagian.

Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara

  yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan

perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan

tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan

bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan

dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM

berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM.

Selepas itu, Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja

Rom,Theodosius,tanpa menyatakan alasannya.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 11/26

Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa

kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding

seperti sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti

berlari, melompat dan melontar.Setidak-tidaknya ,mereka dapat juga

mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orangramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik

Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada

negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya

terkuburlah sukan itu.Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19.Walaupun

tanpa sukan tersebut, mereka terus mengadakan pertandingan sesama

mereka secara kecil-kecilan.

Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga

sendiri sejak tahun 1926 lagi.Dengan adanya persatuan-persatuanolahraga

ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta daripelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan

olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung

dengan Persekutuan olahraga Amatur Antarabangsa atau anjuran badan

dunia itu sendiri.

Latihan m/s 17

1) Dengan merujuk buku panduan KOAM di pusat sumber,dapatkan ukuran 

ketinggian pagar peserta lelaki dan wanita mengikut acara lari berpagar 

yang standard.

Acara Lelaki Remaja

( L )

Wanita Remaja

(P)

100 m 1.076 m 0.914 m 0.840 m 0.762 m

400 m 0.914 m 0.840 m 0.762 m 0.762 m

Ukuran ketinggian pagar acara lari berpagar

Acara Tinggi pagar Jarak antara

Garisan

permulaan

dengan pagar

pertama

Jarak antara

pagar

Jarak antara

pagar akhir

dengan

garisan

penamat

100 m wanita 84 meter 13 meter 8.5 meter 10.5 meter

110 m lelaki 1.067 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 12/26

400 m wanita 76 meter 45 meter 36 meter 40 meter

400 m lelaki 91.4 meter 45 meter 35 meter 40 meter

2) Dalam satu sesi pengajaran acara lari berpagar anda dikehendaki 

merancangkan 3 aktiviti ansur maju 

Latihan I

Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak tertentu

Latihan II

Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan

 Tujuan latihan I dan II ialah untuk membantu setiap peserta membina

ritma dan bilangan langkah yang seragam ketika berlari di antara halangan.Semasa latihan berlari, peserta-peserta digalakkan membilang setiap

langkah yang mereka buat dengan menyebut,

“ Lompat ….. satu…..dua….tiga…..lompat”

Latihan III

Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi

halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah di hujung batang rotan.

Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itudan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras

tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta.

Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar

kepada berlari anak.

Latihan m/s 22

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 13/26

1. Cuba anda rujuk peraturan KOAM melalui internet atau bahan bacaan 

dan jelaskan perkara –perkara yang boleh menyebabkan lontaran 

seseorang dibatalkan .

Perkara yang menyebabkan lontaran dibatalkan

Perkara –perkara yang boleh menyebabkan lontaran seseorang

terbatal kerana tidak memulakan lontarannya di dalam bulatan.Peluru juga

tidak dilontar melontar atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan

sahaja.Peserta juga dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi

atau papan penahan.Selain itu, peserta tidak menghentikan percubaan

melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan peluru di dalam

bulatan,berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang

baru.Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiappusingan.Peluru yang dilontar tidak mendarat dalam kawasan garis

sector.Selepas peluru mendarat, peserta dikehendaki keluar dari bulatan

melalui bahagian belakang bulatan . di samping itu juga lontaran dibatalkan

apabila peserta melontar di luar bulatan , menyentuh bahagian atas

lengkungan besi atau papan penahan , selepas melontar , menyentuh mana-

mana bahagian kawasan melontar dengan mana-mana bahagian badan

dan semasa melontar , peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya .

Perkara yang menyebabkan lontaran dibatalkan

1) melontar di luar bulatan

2) menyentuh bahagian atas lengkungan besi atau papan penahan

3) selepas melontar , menyentuh mana-mana bahagian kawasan melontar

dengan mana-mana bahagian badan

4) semasa melontar , peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya

2. Senarai dan jelaskan perbezaan di antara teknik lontaran gaya berdiri 

dengan gaya Perry O’Brien .

Perbezaan teknik lontaran gaya berdiri dengan gaya O ' Brien

Bil Teknik berdiri Teknik O ' Brien

1 Peserta hendaklah berdiri di

dalam bulatan dengan

mengangkatkan salah satu

kakinya lebih kurang 30 cm darilantai bulatan .Tangan peseta

Peserta bersedia di dalam

bulatan lontaran dengan

memegang peluru mengikut

keselesaan sendiri .

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 14/26

dalam kedudukan memegang

peluru di bawah dagu sehingga

bersentuhan dengan leher .

Siku tangan yang memegang

peluru hendaklah keluar danmendatar .

2 Peserta hendaklah memusingkan

badan kea rah kanan dan sambil

membawa tangan kiri menyilang

ke kanan.

Peserta berdiri dengan

membelakangi kawasan

pendaratan peluru , dengan kaki

kanan hampir menyentuh garisan

belakang bulatan .

3 Peserta membawa kembali

tangan kiri dengan segera kea

rah kiri , manakala kakidiluruskan dan peluru ditolak

keluar .

Peserta membongkokkan badan

ke belakang sambil

mengangkatkan kaki kiri sertamerapatkannya dengan kaki

kanan

4 Peserta meluruskan tangan yang

memegang peluru mengikut arah

lontaran yang dilakukan ,

sementara tangan kiri

membantu mengimbangikan

badan dan mengawal kedudukan

kaki supaya tidak terkeluar dari

bulatan lontaran .

Peserta harus memulakan

langkah pada kaki kanan , diikuti

dengan bengkokkan lutut kaki

kanan dan dihayunkan tangan kiri

ke luar

5 Peserta mengawal pergerakan

badan ,tangan dan kakinya

selepas melakukan lontaran ,

sambil memerhatikan

pergerakan dan pendaratan

peluru .

Peserta memusingkan bahu dan

pinggangnya serta diikuti dengan

perlakuan menolak dan

melepaskan peluru sekuat yang

boleh .

6 Peserta meninggalkan bulatan

lontaran melalui bahagian

belakangnya .

Peserta hendaklah melakukan

lajakan hayunan dengan

membawa berat badan ke

hadapan dan diimbangi dengan

tangan yang tidak memegang

peluru .

7 Peserta berusaha mengimbangi

badannya sambil memerhatikan

peluru mendarat di kawasan

pendaratan .

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 15/26

Gaya Berdiri dan Melontar ( tanpa lungsuran )

a) Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinyamenghala ke arah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang

sesuai ( lebih kurang di bawah telinga ), peserta hendaklah merendahkan

badan dengan membengkokkkan kaki kanannya yang terletak hampir

dengan garis pusat bulatan.Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke

kaki belakang.

b) Kilasan badan

Pergerakan mengilas badan dimulakan dengan bahu tangan bebas

digerakkan ke hadapan. Ini diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerakke hadapan dank e atas.Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan

harus mula menolak peluru.

c) Lontaran

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang ( kaki kanan ) diluruskan

sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.Peluru

pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan

pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar

pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.

d) Pulihan

Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan

badan pula tidak begitu kuat.Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam

gaya ini.

Gaya Parry O’Brien

Gaya Parry O’Brien adalah suatu gaya yang telah diperkenalkan oelh Parry

O’Brien sendiri. Beliau

ialah seorang ahli sukan yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun

1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kaasan lontaran, beliau

telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan

lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular

hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar,

Parry O’Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang

betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 16/26

a) Lakuan sedia

Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah,pelontar berdiri

membelakangkan arah lontaran.Kaki bebas diangkat ke atas sambil

bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan

tanah

b) Lungsuran

Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas

kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan

kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok ) ke belakang. Serentak

dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan

bulatan.Badan pelontar ketika ini masih dalam keadaan condong.

c) Kilasan badanPada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri ) telah

bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan

ke hadapan ( teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik

 yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini ). Butiran

 yang penting ditegaskan oleh guru kepada para pelajar ialah lungsuran dan

kilasan badan hendalah diakukan sebagai satu pergerakan yang terus

menerus supay tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat

lontaran.

d) Lontaran, ikut lajak dan pulihan

Apabila kilasan badan itu selesai, ( badan menghadap ke arah lontaran ),

kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang ) menlak dengan kuat

sehingga badan menjadi terangkat dan melentik.Pergerakan ini hendaklah

disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan

menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan yang memegang

peluru.Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kirimestilah

digunakan untuk menahan dengan kuat.Kedua-dua belah kaki mestilah

bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

e) Pulihan

Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan

terjatuh di lawasan hadapan selepas melepskan peluru,pergerakan pulihan

hendaklah dilakukan jika perlu.Pergerakan ini merupakan sebahaian

daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan

membawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan ) dan

pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung

untuk membantu imbangan badan.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 17/26

Tajuk 3 : Permainan

Latihan m/s 28

Dengan mencari sumbrr dari perpustakaan, tuliskan sejarah permainan(pilihan ) di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.

Sejarah permainan bola sepak di peringkat Malaysia

Bola sepak merupakan permainan yang paling popular di Negara ini

.Bola sepak diperkenalkan di Negara kita oleh askar-askar Inggeris dalam

tahun 1825 . iaitu lebih 160 tahun lalu .Bola sepak adalah permainan

pertama dari negara luar yang tiba di sini Kumpulan terawal yang

menyambut dan kemudiannya menunjukkan minat terhadap permainan iniialah askar –askar Inggeris yang bertugas di beberapa tempat di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu , dan Negeri- negeri Selat , terutamanya di Kuala

Lumpur dan Singapura .

Di kalangan penduduk tempatan , golongan pertama bermain bola

sepak ialah orang Melayu . Namun begitu , ketika itu bola sepak lebih

merupakan permainan masa lapang orang Inggeris . Bagaimanapun dari

semasa ke semasa ia berkembang . Hingga suku pertama abad ke-19

permainan ini dianggap aktiviti sukan utama dikebanyakan kelab sukan dan

rekreasi yang ditubuhkan oleh orang-orang Melayu , Cina , India dan

Serani di Negara ini .

Orang Melayu tidak sukar menerima dan mengambil bahagian dalam

permainan ini . Ini kerana permainan ini mempunyai sedikit persamaan

dengan bola sepak takraw ( sepak raga ) .Manakala bagi golongan lain ,

walaupun pada mulanya agak sukar , lama –kelamaan mereka

mempelajarinya . Akhirnya bola sepak mula diminati oleh semua golongan

masyarakat Negara ini .

Pada tahun 1905 Liga Bola Sepak Amatur Selangor ditubuhkan .Dengan demikian barulah usaha yang lebih serius untuk mempopularkan

permainan ini dapat diadakan . Dengan tertubuhnya Liga ini , bermulalah

usaha pertama ke arah mewujudkan perlawanan bola sepak di Negara ini .

Bagaimanapun perlawanan –perlawanan bola sepak yang dianjurkan oleh

Liga ini hanya terhad di Kuala Lumpur sahaja .

Orang –orang yang bertanggungjawab menyebarkan permainan ini ke

negeri-negeri lain ialah pegawai dan anak-anak kapal HMS Malaya- kapal

perang Inggeris yang berlabuh di Negara ini ketika itu . Mereka sering

mengadakan perlawanan bola sepak dan ragbi di sini sesame mereka dan juga dengan penduduk tempatan .Untuk menggalakkkan penglibatan

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 18/26

penduduk tempatan mereka menghadiahkan dua buah piala dinamakan piala

HMS Malaya , satu untuk bola sepak dan satu lagi untuk ragbi sebagai piala

rebutan .

Pihak kelab Selangor yang merupakan kelab sukan paling aktif ketika

itu diberi tugas menyelenggarakan pertandingan piala HMS Malaya ini .Pertandingan pertama dimulakan pada tahun 1921 dengan disertai oleh

pasukan Singapura , Selangor , Perak , Negeri Sembilan , Melaka dan

Johor . Pasukan Singapura muncul sebagai johan . Pasukan-pasukan lain

turut mengambil bahagian kemudiannya .

Dengan adanya pertandingan Piala Malaya , dengan sendirinya

persatuan-persatuan bola sepak peringkat negeri ditubuhkan . Pihak Kelab

Selangor menganjurkan pertandingan ini hingga 1932 kerana selepas itu

sebuah persatuan lain telah mengambil alih .

Persatuan Bola Sepak Malaya PBM ditubuhkan pada tahun 1926 .Selepas perang dunia ke -2, PBM disusun semula , iaitu dalam tahun

1947 .Dalam tahun 1951 Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai yang

Dipertua . Di bawah Tunku yang kemudiannya menjadi perdana Menteri

Malaya , permainan ini menjadi lebih popular.

Langkah awal dilakukan Tunku ialah membina sebuah stadium

bertaraf antarabangsa di Negara ini .

2. Pilih satu jenis permainan yang anda minati dan jelaskan peraturan- 

peraturan asas permainan tersebut.

Permainan yang saya minati ialah pingpong.

Peraturan-peraturannya ialah

 

1) Bola yang hendak dipukul semasa servis mesti berehat atas tapak

tangan bebas dan jelas kelihatannya.

2) Bola servis hendaklah dilambung tegak ke atas ( vertically ) dan

hanya dipukul semasa ia menurun.

3) Bola dari servis yang menyentuh bahagian atas jaring dan lepas ke

sebelah pihak lawan disebut ‘let’ dan servis itu di buat semula.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 19/26

4) Bola mesti melantun sekali sebelum dipukul oleh pemain semasa

permainan.jika bola melantun dua kali berturutan sebelum dipulkul

ini disebut ‘double’.

5) Adalah salah jika seorang pemain itu menyentuh permukaan mejadengan tangan bebasnya.

6) Bola yang dipukul ke sebelah pihak lawan masuk mellow sisi tiang

 jaring dan juga bawah aras jaring adalah pukulan yang sah.

7) Bola yang menyentuh bahagian atau permukaan tepi meja adalah

dikira bola keluar.

8) Tidak menjadi satu kesalahan jika bola menyentuh jari-jari tangan  yang memegang raket semasa pukulan dibuat.

9) Sesuatu set permainan itu tamat apabila satu pihak itu memperolehi

21 mata atau selepas kedudukan 20-20 memperolehi kelebihan 2

mata.

10) Dalam permainan bergu turutan membuat pukulan hendaklah

mengikut giliran yang tertentu di mana seorang pukul bola sekali

secara berganti-ganti.

3. Dalam bentuk grafik, anda lakarkan satu kawasan permainan hoki 

lengkap dengan ukurannya .

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 20/26

SOALAN TUTORIAL

1. Pilih satu jenis permainan yang anda minati, dan terangkan cara-cara

permainan itu dimainkan.

Senarai dan jelaskan faktor-faktor persekitaran yang boleh

mempengaruhi kejayaan sesuatu pasukan di dalam sesuatu

pertandingan.

3. Kita sering mendengar berlakunya kecederaan dalam permainan

hoki.Apakah perkara- perkara yang boleh diberi perhatian supaya kita

dapat mencegah dari berlakunya kecederaan di kalangan pemain-

pemain ketika sesuatu pertandingan.

Latihan m/s 45

1. Dalam satu pengajaran micro( amali),terangkan ansur maju bagi satu 

kemahiran asas.

Ansur maju bagi bola baling adalah :

• berlari dan melonjak atas sebelah kiri

berlari,melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas(jika kakikiri

melonjak,angkat tangan kanan)

• sambil melonjak,bahu kiri menghala ke sasaran gol.Tangan kanan

bengkok sedikit dihayun kedepan dari belakang bahu.

• ulang latihan tersebut dengan memegang bola tanpa

melemparkannya.

• Latihan berpasangan –berlari,melonjak dan melempar bola kepada

kawan di hadapan.

Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal,latihan inimemerlukan 3 orang.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 21/26

Selepas latihan asas ini murid-murid hendaklah membuat latihan

 yang lebih bererti iaitu latihan yang berkait dengan situasi-situasi yang

berlaku dalam permainan.

1) Pilih satu kemahiran asas yang anda minati dan tunjukkan

kemahiran tersebut dengan teknik yang betul.

2) Pilih satu kemahiran asas yang anda minati dan tuliskan satu

Rancangan Pegajaran atau satu sesi latihan yang lengkap. Aspek-

aspek ansur maju dan beberapa variasi latihan perlu diberi

perhatian.

Perkara Masa Aktiviti Organisasi Fokus

Pembelajaran

Catata

n

Permulaan 5

minit

1.lari bebas –

lompat

setempat.

2.(kaki

buka)-hayun

kedua dua

tangan kedepan,atas,d

ank e

belakang

berulang-

ulang.

3. (kaki

buka) –

membasuh

dan menyidai

kain.

-

perseoranga

n-berselerak

dalam

kawasan

pelajaran

Perkembang

an

14

minit

Melambung

dan

menyambut

pundit

kacang.

1.

Melambungdan

1.Perseorang

an

2.Berpasang

an

3.Berpasang

an

4. Kumpulankecil

Pundi

kacang

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 22/26

menyambut

pundit

kacangh

dengan 2

belahtangan.

2. seperti di

atas

3.seperti di

atas

4.latihan

secara

berjalan/ber

lari.Kemuncak 10

minit

Lari

berganti-

ganti

melambung

dan

menyamburt

pundit

kacang.

-4 barisan-

A

menghadap

B

C

menghadap

D

***------***

***------***

Murid- murid

digalakkan:

1.melambung

ke arah

kawan

(ketepatan)

2.memandang

pundit kacang

sambilmenyambutny

a.

3.dua belah

tapak tangan

buat bentuk

bakul semasa

menyambut.

Nilai:Kerjasa

ma.

Pundit

kacang

Penutup 1

minit

Berlari

bebas-

berhenti-

berjabat

tangan.

Berpasangan Murid-murid

berlari

perlahan-

lahan.

SOALAN TUTORIAL m/s 46

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 23/26

1) Dalam sesuatu pengajaran kemahiran asas terdapat empat 

peringkat.Dengan menggunakan contoh-contoh yang tepat,huraikan 

keempat-empat peringkat tersebut .

Terdapat 4 peringkat dalam sesuatu pengajaran kemahiran asas.

1. Permulaan

Murid-murid melakukan gerakkerja memanaskan badan

mengikut arahan guru atau dikendalikan oleh murid-murid

sendiri.Gerakkerja yang ilakukan hendaklah memberi kesan seperti

melonggarkan sendi-sendi, menggerak dan meregangkan otot-otot

utama, merangsangkan kordinasi otot saraf, dan menambahkan

ketangkasan murid.Langkah ini bertujuan memastikan murid bersedia dari segi

  jasmani untuk mengikut pelajaran seterusnya.sekiranya sesuai dan

perlu, gerakkerja mmemanaskan badan boleh dilakukan dengan

menggunakan peralatan.

Bahagian pelajaran ini sangat mempengaruhi suasana

pembelajaran seterusnya.Gerakkerja memanaskan badan hendaklah

dijalankan secara ringkas,berterusan, dan rancak supaya dapat

menyeronokkan murid.

2. Perkembangan

Bahagian pelajaran ini menjadi tema pembelajaran.Semua

murid akan mempelajari perkara yang dirancangkan oleh guru.Biasanya

suatu latihan akan dilakukan oleh murid-murid setelah guru memberi

satu tunjuk cara atau penerangan ringkas.Pengajaran guru dan latihan

oleh murid-murid diutamakan dalam langkah pelajaran ini.

Guru hendaklah merancang organisasi kelas bagi langkah ini

supaya mengujudkan peluang pembelajaran yang maksimumbagi muri-

muridnya.

3. Kemuncak

Bahagian pelajaran ini memberi peluang kepada murid

mengaplikasikan kemahiran atau pengetahuan yang telah dipelajari

dalam langkah perkembangan.(misalnya permainan kecil,pertandingan

atau persembahan).Sekiranya guru memilih permainan sebagai

kemuncak pelajarannya,.pilihlah permainan kecil yang ringkas,mudah

pengelolaannya dan melibatkan penyertaan semua ahli kelas.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 24/26

Jenis permainan seperti lari berganti-ganti, kejar

mengejar,pertandingan berpasukan dalam pelbagai formasi adalah

sesuai dan seronok untuk murid-murid sekolah rendah.

4. PenutupApabila tamat pelajaran , guru hendaklah memastikan bahawa

muridnya telah tenang dan bersedia untuk balik ke kelas secara

teratur.Jadi, satu aktiviti ringkas boleh diadakan untuk menutup

pelajaran itu.

Contohnya, pergerakan merendahkan badan (winding down ),

ulasan oleh guru mengenai prestasi murid di bahagian kemuncak

pelajaran,atau sesi soal jawab yang ringkas.

2) Bagi meningkatkan kefahaman dan membina perlakuan dengan teknik 

yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran latihan kemahiran asas 

dari aspek ‘butiran mengajar’.Jelaskan ‘butiran mengajar’ bagi satu 

kemahiran asas dalam urutan bermula dari ‘Keudukan Sedia” hingga 

“Ikut Lajak”.

Butiran mengajar 

Larian menuju ke papan lonjak hendaklah cukup pantas dan terkawal.

Melonjak dengan kuat dan lutut kaki bebas diangkat tinggi ketika

melonjak.

 Kedua-dua belah tangan dihayun ke atas untuk membantu lonjakan.

Ketika di peringkat layangan, pelompat hendaklah memandang tepat

ke hadapan.

Kedua-dua belah kaki mestilah dilunjurkan ke hadapan badan

semasa

bersedia untuk mendarat.

 Badan digerakkan ke hadapan supaya pelompat tidak jatuh ke

belakang.Gerakan ini dilakukan dengan menghayunkan tangan

kehadapan dan membengkokkan kaki semasa tumit pelompat

mencecah tanah.

 Latihan Ansur Maju Lompat Jauh 

Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar,guru haruslahmenggalakkan para pelajar mencuba beberapa aktiviti melompat untuk

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 25/26

menentukan kaki kiri atau kanan yang lebih selesa digunakan untuk

melonjak.Latihan lompat ketinting antara dua tempat dan melepasi

halangan boleh dianggap sebagai suatu aktiviti yang dapat memenuhi

kehendak ini.

• Latihan I Berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat.Ini dibuat

secara berulang-ulang.Tetapkan tanda permulaan larian.tujuan latihan

ini ialah untuk menumpukan perhatian para pelajar kepada langkah

harian yang sama.

• Latihan II 

Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi.Lutut kaki bebas diangkat

tinggi dan tangan dihayun ke atas.Pelari tidak semestinya memijak

papan lonjak.Lakukan latihan ini berulang-ulang.Latihan ini dapat

membantu para pelajar merasai keadaan seben ar semasa melonjak keatas.Mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang boleh

semasa melakukan latihan ini.

• Latihan III 

Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan

melonjak.semasa berada di udara, kaki bebas dibuka luas ke

hadapan.Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas(kaki di

sebelah hadapan 0 mencecah tanah dahulu.Latihan ini bertujuan untuk

memastikan pelompat dapat melonjak dengan tinggi dan menggerakkan

kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.• Latihan IV 

Ulang latihan III.Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama

dengan kaki benas supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah

kakinya melunjur ke hadapan.Tujuan latihan ini ialah untuk memahirkan

para pelajar tentang cara mendarat yang betul.

• Latihan V 

Berlari pantas (11hingga13langkah ), melonjak dan

mendarat.Gunakan dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan

melonjak.Latihan ini merupakan latihan melompat jauh secara

keseluruhannya.

3) Terangkan prinsip-prinsip tunjuk cara yang sering digunakan dalam 

sesuatu pengajaran kemahiran asas.

7/11/2019 GERAK KERJA KOKURIKULUM

http://slidepdf.com/reader/full/gerak-kerja-kokurikulum 26/26

Tunjukcara yang diadakan itu handaklah bermutu baik.

Tunjukcara itu handaklah mendapat perhatian dan dapat dilihat oleh

semua murid.

Penerangnya biarlah ringkas,tepat dan dapat didengar oleh semuamurid.

Tunjukcara itu janganlah terlalu lama sehingga mengganggu kelicinan

pelajaran.

Tegasan diberi kepada aspek-aspek penting atau rumit dalam

gerakkerja itu.

Percubaan oleh murid-murid mesti dijalankan serta merta selepas

tunjukcara.

Kedudukan kelas dan guru semasa tunjukcara diadakan.

Adalah sia-sia sahaja memberi sesuatu tunjukcara sekiranya murid-

murid tidak dapat melihatnya dengan jelas kerana terlindung.Oleh itu

susunan kelas semasa sesuatu tunjukcara mesti difikirkan dahulu.