geografi tingkatan 2: bab 7 taburan...

Download Geografi Tingkatan 2: BAB 7 TABURAN PENDUDUKatienhasanah.blogspot.com/2015/03/bab-7-taburan-penduduk...*Jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia adalah 18.5 juta orang. Di Sabah pula,

If you can't read please download the document

Upload: buidieu

Post on 03-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Geografi Tingkatan 2: BAB 7 TABURAN PENDUDUK

Tuesday, 17 March 2015

BAB 7 TABURAN PENDUDUK

TABURAN PENDUDUK

Maksud Taburan Penduduk :

*Taburan penduduk merupakan sebaran penduduk di sesuatu tempat. Mengikut bancian penduduk yang telah dibuat pada tahun 2000, jumlah penduduk Malaysia adalah 23.27 juta orang.

*Jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia adalah 18.5 juta orang. Di Sabah pula, bilangan penduduk pada tahun 2000 adalah 2.0 juta orang dan manakala di Sarawak bilangan penduduknya adalah 2.0 juta orang. Taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata.

Faktor yang Mempengaruhi Taburan Penduduk di Malaysia

1. Bentuk Muka Bumi Dan Tanih

Tanah pamah

kawasan padat penduduk kerana:Memudahkan pembinaan petempatan serta jaringan pengangkutan dan perhubungan.Tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian.Kawasan bersaliran baik seperti lembah sungai.Contoh: Taiping, sekitar Johor Bahru, Sibu, Kota Kinabalu,Kuala Lumpur

Kawasan gunung dan berhutan tebal

Taburan penduduk jarang kerana:Menyukarkan pembinaan kawasan petempatan dan jaringan pengangkutan dan perhubungan.Kegiatan pertanian sukar dijalankanContoh: Kawasan tengah SemenanjungMalaysia, kawasan timur dan pedalaman Sabah, dan pedalamanSarawak

Kawasan tanah tinggi

Seperti Tanah Tinggi Cameron, Ranau, dan Kundasang.Mempunyai penduduk yang padat kerana dibangunkan sebagai kawasan pertanian tanaman hawa sederhana dan menjaditarikan pelancong.

Tanih Aluvium

Sesuai untuk penanaman padi.Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana.Contoh : Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Kedah, dan lembah sungai perak.

Tanih Laterit

Terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun seperti di Johor amat sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.Kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang sederhana.

2. Dasar Kerajaan / Governan

Zon Perindustrian Bebas-Sungei Way, Bayan Lepas, Sama Jaya, Telok Kalong, Telok Panglima GarangPembangunan kawasan luarbandar melalui Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) seperti Felda Jengka, Felda Air Tawar, Felda Gugusan Sahabat

3. Pengangkutan Dan Perhubungan

Jaringan pengangkutan yang padat membantu perkembangan perniagaan, perdagangan, dan perindustrianJaringan pengangkutan memudahkan perpindahan barangan dari satu tempat ke tempat lainContohnya:

Pembinaan KLIA menyebabkan penduduk bertumpu di SepangPembinaan Lebuh raya Utara-Selatan menggalakkan perkembangan kawasan Sungai Petani, Jelapang, Senai

4. Sosio Ekonomi

Kawasan penanaman padi- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran TerengganuKawasan penanaman getah- Sekitar Seremban dan Lahad DatuKawasan penanaman kelapa sawit- Sekitar Kluang, Kuala Pilah, dan TawauKawasan perniagaan dan perindustrian- Shah Alam, Petaling jaya, Pasir Gudang, Bayan Lepas, Bintulu

5. Sumber Mineral

Perlombongan bijih timah - Lembah KintaPerlombongan petroleum dan gas asliKerteh, Lutong, Port Dickson menjadi pusat penapisan petroleumBintulu menjadi pusat pencairan gas asli

6. Perkhidmatan Dan Pendidikan

Perkhidmatan dan pendidikan mempengaruhi taburan penduduk.Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan.Sektor perkhidmatan dan pendidikan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.Oleh itu, bandar-bandar seperti Putrajaya (pentadbiran), Kota Kinabalu (perniagaan dan perdagangan) danTanah Tinggi Cameron (pelancongan) menjadi tumpuan penduduk.Selain itu, bandar-bandar seperti Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan.

**Sila klik di sini (http://padlet.com/naginaaugustine/catlover) untuk jawab soalan yang diberikan.

Posted by

Atien Hasanah

at22:32

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Newer Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Google+ Badge

About Me

Atien Hasanah

View my complete profile

Blog Archive

2015

(6)

May

(4)

March

(2)Slide Bab 7 Taburan Penduduk

(Sila klik di sini...BAB 7 TABURAN PENDUDUK

Watermark theme. Powered by Blogger.