geografi created by azim

Upload: kaizoku-o

Post on 06-Jul-2015

77 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

PenghargaanSaya Muhammad Azim Bin Roslan Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua SMK Sungai Acheh iaitu Puan Zaiton Binti Md Noor kerana telah membenarkan saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Puan Tan Siew Lan iaitu guru geografi kelas saya, kerana beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjayakan kerja kursus ini. Selain itu, ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada ibubapa saya iaitu Puan Noor Azizah Binti Salleh dan Encik Roslan Bin Lazim, kerana mereka telah banyak menggunakan wang ringgit mereka untuk memestikan saya meyiapkan kerja kursus ini.

PendahuluanTajuk kajian saya ialah Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Sungai Chenaam. Saya memilih tajuk tersebut kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal saya. Oleh sebab itu, ia akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Masa yang telah saya menjalankan kajian kerja kursus ini lebih kurang empat bulan iaitu pada bulan Februari hinggalahlah pada bulan Mei. Saya juga perlu menuilis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Selain itu, Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Oleh itu, saya telah menjalankan kajian ini dengan sebaik yang mungkin untuk mendapatkan markah yang terbaik.

Objektif Kajian1. Mengetahui dan memahami konsep pencemaran alam sekitar.

2. Menerangkan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang wujud di Sungai Chenaam Nibong Tebal Pulau Pinang.

3. Menjelaskan tentang punca-punca pencemaran alam sekitar di Sungai Chenaam Nibong Tebal Pulau Pinang.

4. Membincangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang wujud di Kampung Sungai Chenaam Nibong Tebal Pulau Pinang.

5. Memberi cadangan-cadangan untuk menerangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar.

6. Menyedarkan penduduk kawasan Kampung Sungai Chenaam supaya prihatin terhadap kesan-kesan negatifpencemaran alam sekitar perlunya kerjasama penuh penduduk untuk menjaga kebersihan tempat tingal mereka.

Kawasan KajianDalam kajian ini, saya telah memilih Kampung Sungai Chenaam,Nibong Tebal, Pulau Pinang sebagai kawasan kajian untuk mengkaji pencemaran yang berlaku di tempat tersebut.

Kampumg Sungai Chenaam mempunyai sejarah tersendiri, iaitu Asal usul nama kampung Sungai Chenaam adalah dari suara anak kecil yang mengadu kelaparan dengan berkata nak Am (bermaksud saya hendak makan). Apabila kampung ini diteroka cek dan

dibangunkan,ianya dinamakan sebagai Kampung Sungai Chenaam sehinggalah kehari ini.

Sungai Chenaam,Nibong Tebal terletak di Daerah Barat Daya Pulau Pinang. Peta lakar 1.1 menunjukkan Peta Daerah Nibong Tebal dan peta lakar 1.2 ialah menunjukkan kedudukan Sungai Chenaam di Pulau Pinang. Kawasan kajian saya merupakan kawasan tanah pamah yang kurang daripada 100 meter dari aras laut.

Jarak kawasan kajian dari sekolah saya ialah kira-kira 7 kilometer dan mengambil masa selama 15 minit dengan menaiki kereta. Kawasan ini sedang pesat membangun. Banyak tanam perumahan yang sedang dibina seperti Taman Sg Acheh. Di samping itu, bangunan kerajaan Balai Polis,Perpustakaan Desa, dan beberapa buah sekolah juga terletak di kawasan ini.

Peta Daerah

Peta Kawasan Kajian Kampung Sungai Chenaam

Kaedah KajianSaya menggunakan pelbagai kaedah semasa membuat Kajian Geografi Tempatan. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah:

A) Pemerhatian Melalui kaedah ini saya memerhati sekeliling kawasan kajian saya untuk mengetahui, mendalami, mencari dan memerhati jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian saya.

B) Rujukan Saya telah membuat rujukan daripada palbagai sumber, contohnya buku teks, buku latihan, surat khabar dan internet. Oleh itu, ia banyak membantu saya untuk menjalankan kajian ini.

C) Temu Bual Saya telah menemu bual 10 orang untuk mengumpulkan

maklumat tentang pencemaran di Kampung Sungai Chenaam. Saya menebual mereka kerana meraka ialah penduduk di kampung tersebut. Oleh itu, mereka banyak membantu saya tentang pencemaran di kampung mereka.

Dapatan Kajian8.1 Konsep pencemaran alam sekitar Konsep pencemaran alam sekitar ialah ancaman kepada alam sekitar yang akan memusnahkan habitat alam sekitar. Antara pencemaran yang terdapat ialah pencemaran air, pencemaran tanih, pencemaran bunyi, pencemaran udara dan sebagainya.

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Sg.Chenaam Jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Kampung Sg.Chenaam ialah pecemaran air, tanih, udara dan bau. Pencemaran air berlaku di kampung tersebut kerana terdepat segelintir penduduk yang tidak perihatin dan tidak bertanggungjawab telah mencemarkan kawasan tersebut

8.3 Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian I. Racun serangga Penemaran air berlaku apabila pekabun menggunakan racun serangga yang diperbuat daripada air akan disemburkan melalui mesin meracun ke tumbuhan. Oleh itu, ia akan tersebar ke longkang. II. Sampah sarap Pencemaran bau dan air di Sg. Chenaam disebabkan penduduk yang tidak perihatin telah membuang sampah sampah mereka itu ke dalam sungai yang berdekatan. III. Baja kimia Terdapat segelintir pekebun yang mementingkan diri sendiri, dengan menggunakan baja kimia untuk tumbuhan yang di tanam oleh mereka. Oleh itu, ia akan menyebabkan pencemaran tanih yang mana ia akan menyebabkan pencemaran tanih. IV. Pembakaran terbuka Pencemaran udara sering berlaku di kawasan Sg. Chenaam, kerana mereka selalu membakar sampah dan rumput-rumput kering di kawasan terbuka. Daripada punca-punca tersebut kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengambil berat tentang masalah ini, supaya negara kita tidak menjadi kotor dengan segala pencemaran. Ini kerana, untuk memastikan negara kita mencapai wawasan 2020 pada masa akan datang.

8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian a. Air tercemar Disebabkan pekebun Sg. Chenaam suka menggunakan racun serangga yang diperbuat daripada air, ia menyebabkan pencemaran air di kawasan Sungai Chenaam. b. Bau busuk Apabila penduduk Sg. Chenaam yang tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai itu. Oleh sebab itu, ia menyebabkan bau busuk di sungai tersebut iaitu pencemaran bau. c. Kesuburan tanih terjejas/berasid Pencemaran tanih akan memberi kesan yang buruk kepada kesuburan tanih iaitu tanah menjadi berasid. Ini kerana pekebun sering menggunakan baja kimia daripada baja organik, kerana mereka menganggap baja kimia lebih bermutu. d. Udara tercemar Melalui pembakaran terbuka yang sering berlaku di Sg. Chenaam, ia akan menyebabkan udara tercemar ataupun pencemaran udara. Oleh sebab itu, udara yang kita menggunakannyauntuk bernafa menjadi kotor, apabila ia menjadi kator tahap kesihatan penduduk di kawasan tersebut akan terancam. e. Hidupan akuatik terancam Apabila penduduk Sg. Chenaam sering membuang sampak ke dalam sungai, hidupan akuatik separti ikan akan terancam. Ini kerana, ikan-ikan itu akan makan sampah tersebut kerana ia menganggap sampah itu sebagi makanannya. Apabila keadaan ini berlaku kepada penduduk Sg. Chenaam, mereka mestilah berkerjasama untuk menagani mesalah ini supaya tidak berlaku lagi dan menjejaskan nama baik negara. Ini bagi memastikan keharmonian negara Malaysia.

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 1. Kuat kuasa undang-undang Melalui cara diatas akan berkuranganlah tentang masalah pencemaran dikawasan Kampung Sg.Chenaam.

2. Kempen cintai alam sekitar Melalui kempen ini, penduduk akan merasa cintai alam sekitar dan menjaga alam sekitar dengan sebaik yang mungkin.

3. Pendidikan alam sekitar Jikalau diberikan pendidikan sebegini penduduk setempat akan mengetahi tentang kepentingan alam sekitar kepada kita.

4. Catalytic converter Catalytic converter ialah sejenis alat yang mesti dipasang pada setiap ekzos kenderaan untuk menapis asap. Oleh itu, udara di kawasan kajian tidak akan terjejas. Jikalau segala cadangan di atas dilaksanakan di negara kita, Malaysia akan bebas pencemaran. Oleh sebab itu, tahap ekopelancongan di negara kita akan meningkat, jadi ia akan membantu meningkatkan tahap ekonomi Malaysia.

RumusanSebagai rumusan, saya dapati pencemaran-pencemaran telah mempengaruhi kegiatan penduduk di Kampung Sg.Chenaam. Kegiatan penduduk-penduduk di Kampung Sg.Chenaam bukan hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan dan keuntungan tetapi juga membawa kesan negatif. Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah banyak penggunaan kenderaan bermotor. Masalah-masalah yang muncul daripada pencemaran ialah kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Langkah -langkah penyelesaian masalah ialah dengan membuang sampah sarap si tempat sampah. Di sini, saya berharap penduduk-penduduk tempatan dapat berkerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bau boleh dikurangkan pada masa yang akan datang. Jika pendudu k-penduduk tempatan sihat setiap hari, negara kita akan berjaya mencapai Wawasan 2020.

LampiranPencemaran air

Pencemaran udara

RujukanSumber buku Khaw Ah Seng, Habibah Hj.Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Geografi Tingkatan 3, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Mohammad ismail, khaw Ah Seng, 2009, Success Geografi PMR, Oxford Fajar Sdn Bhd. Akhbar Utusan Malaysia, 17 Jun 2011, halaman 5.

Internet http://www.google.com.my http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

Isi KandunganBil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka surat 1 2 3 46 7 8 13 12 13 14

Jadual 1:Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar Dikawasan Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Pulau Pinang

Punca Pencemaran

Kekerapan

Bilangan responden

Pembakaran terbuka

5

Sampah sarap

6

Baja kimia

4

Racun serangga

3

Tumpahan minyak

2

Jumlah

20

Graf 1: Punca-punca Pencemaran Alam Sekitar

6

5

4

3

2

1

0

T.Minyak

R.Serangga

Baja Kimia

S.Sarap

P.Terbuka

PENTUNJUK Tumpahan minyak Racun Serangga Baja Kimia Sampah Sarap Pembakaran Terbuka

Peta Minda Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar

Udara tercemar jerebu

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI S CHENAAM

Bau busuk

Dijangkiti Penyakit