generasi komputer

Upload: teh-o

Post on 06-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gg

TRANSCRIPT

GENERASI KOMPUTER

GENERASI KOMPUTERGenerasi Pertama-Tiub Hampagas( 1942 - 1958 )

1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).

2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.

3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.

4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah1

Generasi Kedua-Transistor (1959 - 1964)

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.

2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.

3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.

4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.

5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.

6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.

7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.

8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.