generasi baru koperasi · meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap koperasi. usaha ini akan...

6
16 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41 Pengenalan D alam memberi nafas baru gerakan koperasi di Malaysia, penglibatan generasi baru adalah sangat diperlukan bagi memastikan kekuatan sesebuah koperasi dapat diperkukuhkan dan berkesinambungan. Generasi baru mempunyai peranan yang besar dalam menentukan hala tuju sesebuah koperasi kerana golongan ini diakui memiliki sifat berani bersuara dalam melontarkan idea-idea bernas mengenai sesuatu perkara. Malah, perangkaan menunjukkan golongan belia di negara kita pada 2010 adalah berjumlah 11.3 juta orang atau 41.1 peratus daripada penduduk Malaysia. Justeru itu, sudah tiba waktunya gerakan koperasi di Malaysia memiliki barisan pelapis kepimpinan yang mantap bagi menyusun sinergi koperasi untuk mengurus gerakan koperasi dengan jumlah keanggotaan di Malaysia yang kini seramai 7.4 juta orang dan modal saham telah pun mencecah RM 10 bilion. Malah sehingga Disember 2011, perangkaan menunjukkan 2.4 juta golongan muda penduduk Malaysia menganggotai koperasi seperti dalam Jadual 1. Jumlah ini semakin bertambah sehinggalah ke hari ini. Generasi baru koperasi adalah terdiri daripada belia mahupun beliawanis negara yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa yang akan datang. Menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, belia bererti seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun (Suroya Selamat, 2007). Merujuk kepada Generasi Y pula mengikut Don Tapscoot dalam bukunya GENERASI BARU KOPERASI Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Grown Up Digital, adalah generasi yang lahir antara 1977 hingga 1997, mempunyai citra tersendiri dan mereka disatukan dengan ledakan teknologi maklumat. Mereka ini terdiri daripada belia yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Jelasnya, generasi baru merangkumi mereka yang berumur di bawah kategori belia dan juga Generasi Y. Dalam konteks gerakan koperasi generasi baru, mereka inilah yang merupakan barisan pelapis kepada hala tuju koperasi pada masa hadapan (Mohamad Jaapar Muhayat, 2012). Kepentingan Generasi Baru Koperasi Generasi baru perlu melibatkan diri dalam koperasi untuk merealisasikan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. DKN 2011-2020 menggalakkan penglibatan generasi baru kerana dalam Teras Strategik Keempat DKN 2011-2020 menyatakan perlunya usaha berterusan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap koperasi. Usaha ini akan dicapai oleh generasi baru apabila kerajaan menyasarkan 100 peratus sekolah menengah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini mempunyai koperasi menjelang tahun 2020. Selain itu, sasaran 50 peratus institut pengajian tinggi swasta (IPTS) mempunyai koperasi menjelang tahun yang sama. Di bawah galakan DKN 2011-2020 yang telah dinyatakan tadi akan secara langsung menjadi wahana terbaik bagi menyediakan generasi baru koperasi.

Upload: others

Post on 25-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

16 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

Pengenalan

Dalam memberi nafas baru gerakan koperasi di Malaysia, penglibatan generasi baru adalah sangat diperlukan bagi memastikan

kekuatan sesebuah koperasi dapat diperkukuhkan dan berkesinambungan. Generasi baru mempunyai peranan yang besar dalam menentukan hala tuju sesebuah koperasi kerana golongan ini diakui memiliki sifat berani bersuara dalam melontarkan idea-idea bernas mengenai sesuatu perkara.

Malah, perangkaan menunjukkan golongan belia di negara kita pada 2010 adalah berjumlah 11.3 juta orang atau 41.1 peratus daripada penduduk Malaysia. Justeru itu, sudah tiba waktunya gerakan koperasi di Malaysia memiliki barisan pelapis kepimpinan yang mantap bagi menyusun sinergi koperasi untuk mengurus gerakan koperasi dengan jumlah keanggotaan di Malaysia yang kini seramai 7.4 juta orang dan modal saham telah pun mencecah RM 10 bilion. Malah sehingga Disember 2011, perangkaan menunjukkan 2.4 juta golongan muda penduduk Malaysia menganggotai koperasi seperti dalam Jadual 1. Jumlah ini semakin bertambah sehinggalah ke hari ini.

Generasi baru koperasi adalah terdiri daripada belia mahupun beliawanis negara yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa yang akan datang. Menurut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, belia bererti seseorang yang berumur tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak lebih daripada empat puluh tahun (Suroya Selamat, 2007). Merujuk kepada Generasi Y pula mengikut Don Tapscoot dalam bukunya

GENERASI BARU KOPERASIMohamad Suandi Hj MortadzaMaktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak

Grown Up Digital, adalah generasi yang lahir antara 1977 hingga 1997, mempunyai citra tersendiri dan mereka disatukan dengan ledakan teknologi maklumat. Mereka ini terdiri daripada belia yang berumur antara 15 hingga 35 tahun. Jelasnya, generasi baru merangkumi mereka yang berumur di bawah kategori belia dan juga Generasi Y. Dalam konteks gerakan koperasi generasi baru, mereka inilah yang merupakan barisan pelapis kepada hala tuju koperasi pada masa hadapan (Mohamad Jaapar Muhayat, 2012).

Kepentingan Generasi Baru Koperasi

Generasi baru perlu melibatkan diri dalam koperasi untuk merealisasikan Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020. DKN 2011-2020 menggalakkan penglibatan generasi baru kerana dalam Teras Strategik Keempat DKN 2011-2020 menyatakan perlunya usaha berterusan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap koperasi. Usaha ini akan dicapai oleh generasi baru apabila kerajaan menyasarkan 100 peratus sekolah menengah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini mempunyai koperasi menjelang tahun 2020. Selain itu, sasaran 50 peratus institut pengajian tinggi swasta (IPTS) mempunyai koperasi menjelang tahun yang sama. Di bawah galakan DKN 2011-2020 yang telah dinyatakan tadi akan secara langsung menjadi wahana terbaik bagi menyediakan generasi baru koperasi.

Maktab Koperasi Malaysia 17

Generasi baru koperasi juga amat penting kerana mereka merupakan barisan pemimpin pelapis bagi gerakan koperasi. Jika pemimpin pelapis koperasi tidak diwujudkan pada masa kini, gerakan koperasi akan berdepan dengan masalah ketandusan pemimpin yang mahir dan bijak untuk menjayakan misi dan visi koperasi pada masa akan datang. Menurut Mansor Ismail (2012), gerakan koperasi perlu sentiasa siap siaga untuk membentuk generasi pemimpin pelapis koperasi agar survival koperasi dapat diteruskan dan mencapai

matlamat penubuhannya. Ini membuktikan bahawa generasi baru koperasi amat penting untuk dipersiapkan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Setiap pemimpin dan anggota koperasi perlu memahami dan menghayati prinsip dan falsafah koperasi. Maka dengan itu, pemimpin dan anggota koperasi akan dapat mengurus dan mentadbir koperasi dengan lebih berkesan. Sehubungan itu, golongan muda perlu memahami

dan menghayati prinsip dan falsafah koperasi semenjak dari mula menganggotai koperasi. Penghayatan generasi baru koperasi terhadap prinsip dan falsafah koperasi amat penting untuk diperkasakan menerusi penglibatan mereka dalam gerakan koperasi. Malah, pengukuhan terhadap prinsip dan falsafah koperasi akan memantapkan persediaan mereka bagi menggantikan kepimpinan sedia ada sekarang (Mohamad Jaapar Muhayat, 2012).

Jadual 1: Perangkaan am koperasi mengikut kumpulan golongan mudapada 31 Disember 2011

BIL. KUMPULAN SASAR

BILANGAN KOPERASI

JUMLAH ANGGOTA

JUMLAH MODAL SYER/

YURANJUMLAH ASET JUMLAH

PEROLEHAN UNTUNG / RUGI

(BUAH) (ORANG) (RM) (RM) (RM) (RM)

1 AHLI SUKAN 5 769 647,540 317,706 403,852 (444,603)

2 BELIA / RTP 177 84,576 23,795,535 134,673,613 25,392,425 2,556,408

3 KOLEJ KOMUNITI 45 22,955 541,748 3,415,961 3,212,119 438,632

4 KOLEJ MATRIKULASI 5 1,899 152,376 2,241,136 5,042,331 156,893

5 KOLEJ-KOLEJ SWASTA 34 26,629 1,278,566 3,952,836 4,627,100 363,497

6 POLITEKNIK 28 106,949 2,762,637 20,516,113 19,236,749 1,997,864

7 PUSAT LATIHAN 31 18,556 893,941 8,970,259 12,399,121 634,402

8 PUSAT LATIHAN (GIAT MARA) 6 247 23,788 245,230 892,627 169,886

9 PUSAT LATIHAN (IKM) 11 7,285 598,413 5,888,503 5,480,034 537,034

10 PUTERA 2 42 26,340 33,633 1,735 (19,726)

11 PUTERI 3 100 5,501 35,756 500 330

12 SEKOLAH 2,216 2,087,254 19,762,144 225,231,892 263,556,644 33,855,904

13 SISWAZAH 24 1,666 3,242,596 5,191,965 3,687,817 333,191

14 UNIVERSITI (IPTA) 40 28,744 83,841,447 131,231,315 135,640,637 7,807,472

15 UNIVERSITI (IPTS) 15 5,108 3,324,401 9,129,540 5,870,050 962,790

JUMLAH 2,642 2,392,779 140,896,973 551,075,456 485,443,740 49,349,975

Sumber: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

18 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

Rintangan ke arah Pembentukan Generasi Baru Koperasi

Banyak perkara yang menghalang kepada pembentukan generasi baru dalam sesebuah koperasi. Dasar dalaman koperasi yang tidak seragam menyebabkan tadbir urus sesebuah koperasi gagal untuk menyediakan barisan pelapis kepimpinan sesebuah koperasi (Idris Ismail, 2012). Dasar dalaman yang dimaksudkan adalah termasuk kekurangan pengurusan profesional. Koperasi masih menerapkan nilai kesukarelaan yang tinggi sehingga menyukarkan kemasukan golongan pengurusan yang profesional untuk mengambil alih. Pada masa yang sama juga, koperasi masih memiliki kelemahan pengurusan kewangan dalaman yang ketara menyebabkan ramai golongan belia tidak berminat menganggotai koperasi. Apatah lagi ditambah dengan budaya keusahawanan yang rendah menyebabkan koperasi gagal untuk berdaya saing dengan sektor lain.

Sebahagian besar sektor koperasi juga tidak memiliki perancangan strategik jangka panjang. Penubuhan koperasi dan menjadi anggota koperasi lebih kepada ”budaya ikut-ikutan” dan semangat ”hangat-hangat tahi ayam”. Kegagalan menyediakan visi dan misi ditambah kurangnya kajian pasaran terhadap produk dan perkhidmatan menyebabkan koperasi gagal untuk meraih untung. Selanjutnya impak ini akan menjejaskan kemasukan anggota-anggota baru dalam koperasi. Generasi muda pada masa kini lebih mengutamakan impak atau kesan apabila mereka menganggotai mana-mana koperasi.

Selanjutnya adalah masalah kesinambungan kepimpinan dalam sesebuah koperasi. Kebanyakan koperasi pada masa kini tidak berupaya untuk menyediakan barisan kepimpinan koperasi (Idris Ismail, 2012). Umpamanya dalam hal koperasi sekolah apabila pelajar menamatkan pengajian mereka, tiada sebarang program kesinambungan koperasi apabila mereka menyambung pengajian yang lebih tinggi seperti ke institut pengajian awam dan swasta. Faktor kekangan masa juga menyebabkan mereka tidak berminat lagi meneruskan sumbangan terhadap koperasi.

Selain itu, pengetahuan dan tanggapan generasi muda terhadap koperasi juga adalah agak minima. Ramai yang beranggapan dengan menyertai koperasi sebagai perkara yang membuang masa dan tidak mendatangkan faedah. Mereka beranggapan penglibatan mereka dalam koperasi akan menambahkan beban kerja. Mereka juga berasa sukar untuk bergaul dengan generasi yang lebih veteran. Pada anggapan mereka, generasi veteran sukar melepaskan jawatan dan tidak memberi ruang yang secukupnya kepada mereka dalam berkoperasi. Persepsi dan stigma begini sukar untuk dihakis dan telah mengikis kepercayaan generasi muda dalam koperasi.

Faktor lemahnya pendidikan dan latihan di dalam sesebuah koperasi menyebabkan koperasi tidak berupaya menyediakan barisan kepimpinan yang bakal menerajui koperasi mereka (Idris Ismail, 2012). Tumpuan kepimpinan koperasi sedia ada hanyalah untuk membangunkan perniagaan tetapi mereka lupa pada salah satu prinsip dalam koperasi iaitu memberi pendidikan, latihan dan maklumat kepada anggota koperasi. Kegagalan untuk memberi latihan, maklumat dan pendidikan kepada anggota menyebabkan generasi muda dalam koperasi tidak menunjukkan minat mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan program koperasi.

Mewujudkan Generasi Baru Koperasi

Gerakan koperasi perlu menumpukan dan menggembleng pelbagai usaha untuk menarik minat generasi baru khususnya golongan muda bagi menyertai koperasi kerana dengan cara ini akan membantu koperasi untuk pergi lebih jauh pada masa hadapan. Pada masa yang sama juga generasi baru dalam gerakan koperasi perlu mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang konsep koperasi dan impak positif berkoperasi. Penyertaan generasi muda akan melonjakkan kemajuan koperasi kerana mereka memiliki idea baru, yang segar serta boleh dilaksanakan menerusi gerakan koperasi. Malah, sudah tiba masanya gerakan koperasi di negara ini berubah dari satu fasa yang disebut konvensional kepada satu fasa yang disebut “Generasi Baru Koperasi”

Maktab Koperasi Malaysia 19

iaitu fasa yang dilihat lebih berani untuk meneroka perniagaan yang berskala tinggi (Md Yusof Samsudin, 2012).

Perkembangan teknologi maklumat juga semakin rancak menjadikan fenomena ini satu cabaran kepada koperasi untuk menjadi lebih proaktif dan berdaya saing. Sehaluan dengan faktor ini juga dan trend pada masa kini, memang tidak dapat dinafikan penggunaan laman media sosial telah menjadi trend komunikasi yang begitu meluas dan permintaan untuk perkhidmatan ini telah meningkat pada setiap hari (Ali Hanafiah Daud, 2012). Malah 11.2 juta orang pengguna Internet di Malaysia berdaftar dengan salah satu laman sosial yang amat dikenali dan popular masa kini iaitu laman web Facebook (Nor Aslamiah Ali, 2012). Apatah lagi generasi muda hari ini merupakan golongan yang paling banyak menggunakan laman sosial ini. Justeru, gerakan koperasi perlu memanfaatkan ruang dan peluang menerusi laman sosial untuk menarik minat generasi baru.

Gerakan koperasi pula dari semasa ke semasa perlu mewujudkan program-program yang melibatkan anak-anak anggota koperasi. Antara program yang boleh diwujudkan adalah seperti kempen menabung dan berjimat-cermat. Pendekatan sebegini akan memupuk semangat cintakan koperasi dan sekaligus menyemai rasa betapa pentingnya koperasi dalam diri anak-anak

anggota koperasi. Pendidikan semenjak kecil ini akan meninggalkan semangat espirit de corps generasi muda terhadap koperasi. Saban tahun sambutan Hari Koperasi Sekolah misalnya adalah merupakan sambutan yang wajar diteruskan dan diperkasa bagi menyemai semangat berkoperasi di kalangan generasi muda.

Gerakan koperasi juga perlu mengadakan program mendekatkan remaja dengan koperasi. Antara bentuk program yang boleh dijalankan seperti Hari Koperasi atau Bulan Koperasi. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk mengisi program yang telah dinyatakan tadi. Aktiviti-aktiviti yang bersandarkan minat dan kecenderungan para remaja harus diutamakan seperti sukan, permotoran dan muzik yang boleh digembleng kepada bentuk ekonomi khususnya koperasi. Aktiviti seperti ini sudah pasti akan menguntungkan mereka. Apatah lagi jika peranan dan tanggungjawab menganjurkan program sebegini diletakkan di bahu mereka, sudah pasti mereka berasa lebih dihargai.

Setiap koperasi juga perlu mewujudkan inkubator belia dalam pentadbiran koperasi masing-masing. Kewujudan inkubator ini akan memfokuskan kepada unit belia dalam koperasi masing-masing. Anggota-anggota belia koperasi akan memanfaatkan inkubator belia koperasi tersebut dalam merangka dan melaksanakan program

Program Sambutan Hari Koperasi Sekolah perlu diteruskan dan diperkasakan

20 DimensiKOOP Julai 2013 Bil. 41

ekonomi yang sesuai dengan kehendak mereka. Inkubator ini juga akan menjana aktiviti-aktiviti berkala yang lebih agresif. Kewujudan inkubator ini bukanlah diasingkan dengan pentadbiran koperasi masing-masing, tetapi terbentuknya inkubator ini nanti akan lebih merangsang minat dan halatuju belia dalam koperasi yang bakal mewarisi kepimpinan dalam koperasi mereka sendiri.

Setiap koperasi juga boleh menggubal dasar mereka dalam menentukan pelantikan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) masing-masing. Ruang harus juga diberikan kepada koperator muda untuk menjadi ALK yang merupakan barisan kepimpinan koperasi. Idea dan tenaga mereka akan menjadikan sesebuah koperasi lebih segar dan dihormati oleh semua anggota koperasi. Bak kata pepatah, “yang muda disayangi, yang tua dihormati” akan dapat direalisasikan dalam

konteks koperasi. Kolaborasi golongan muda dan golongan veteran dalam koperasi bakal memberikan impak positif dalam pembangunan koperasi. Nilai tolak ansur dan konsep “menang menang” amat perlu dalam menjayakan kolaborasi dua generasi agar suasana harmoni akan berlangsung dengan jayanya (Mansor Ismail, 2012).

Koperasi juga boleh mengehadkan tempoh seseorang ALK untuk menerajui kepimpinan koperasi. Sekiranya tempoh tersebut dihadkan, ruang bagi mempersiapkan pemimpin pelapis koperasi akan wujud. Ini bermakna kebergantungan koperasi kepada sekelompok pemimpin akan dapat dikurangkan. Koperasi juga akan dilihat sebagai agen untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dan tidak akan berlaku masalah ketandusan pemimpin. Memberi kepercayaan kepada generasi

muda akan membolehkan mereka memahami harapan yang ditunjukkan oleh koperasi terhadap mereka. Ini akan membantu mereka untuk lebih yakin dan lebih bertanggungjawab untuk memikul amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Seterusnya, setiap koperasi harus menyediakan anugerah kepada koperator muda sebagai insentif atas sumbangan mereka. Anugerah ini akan lebih mendorong serta memotivasikan generasi muda untuk terus menabur khidmat dan sumbangan mereka dalam memajukan koperasi. Anugerah ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada mereka untuk bertindak lebih cemerlang pada masa-masa yang akan datang. Pemberian anugerah tidak semestinya perlu dibuat secara berkala. Sebarang kejayaan yang diraih oleh golongan muda wajar diberikan ganjaran setimpal dengan sumbangan yang diberikan (Mohamad Jaapar Muhayat, 2012).

Kesimpulan

Koperasi berperanan membantu menjana perkembangan dan pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat menaikkan taraf hidup penduduk luar bandar. Matlamat ini akan terlaksana sekiranya anggota koperasi mengambil langkah strategik dengan mengembangkan aktiviti perniagaan melalui penglibatan secara lebih aktif dalam mempelbagaikan aktiviti

Generasi muda adalah pewaris kepimpinan koperasi

Maktab Koperasi Malaysia 21

ekonomi dan keusahawanan mereka. Seiring dengan peredaran masa yang cepat berubah, koperasi perlu bertindak pantas dan proaktif dalam merebut peluang-peluang perniagaan di samping perlu bersaing sesama sendiri atau dengan sektor swasta untuk terus relevan dan kekal dalam dunia perniagaan (Ali Hanafiah Daud, 2012). Pada masa yang sama juga, peranan generasi baru koperasi tidak boleh dinafikan sama sekali. Penafian terhadap peranan mereka akan memudaratkan koperasi jua akhirnya. Justeru

itu, aspirasi, minda dan pandangan mereka perlu ditransformasikan sejajar dengan nilai dan prinsip koperasi (Mohamad Jaapar Muhayat, 2012). Mudah-mudahan gerakan koperasi akan lebih maju dan pastinya akan dapat melonjakkan keupayaan koperasi dalam mencapai matlamat menyumbang 5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara menjelang tahun 2013 dan merealisasikan Dasar Koperasi Negara 2011-2020.

Rujukan

Ali Hanafiah Daud (2012, Disember). Kreativiti & laman sosial – impak maksima. Seminar sinergi dalam pembentukan generasi baru koperasi. Damai Puri Resort & Spa : Kuching.

Dasar Koperasi Negara 2011-2020 (2010).Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dicapai pada Disember,13 2012 dari http://www.skm.gov.my

Idris Ismail (2012,Disember). Kepimpinan koperasi tonggak sinergi. Seminar sinergi dalam pembentukan generasi baru koperasi. Damai Puri Resort & Spa : Kuching.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2012). Dicapai pada Disember 25,2012 dari http://www.ippbm.gov.my.

Mansor Ismail (2012,Disember). Pentingnya generasi pelapis dalam koperasi : Perkongsian pengalaman koperasi . Seminar sinergi dalam pembentukan generasi baru koperasi. Damai Puri Resort & Spa : Kuching.

Mohamad Jaapar Muhayat (2012,Disember). Generasi baru koperasi. Seminar sinergi dalam pembentukan generasi baru koperasi. Damai Puri Resort & Spa : Kuching.

Mohd Zaini Samsu Hadi (2012,April 26). Tingkat penyertaan generasi muda Malaysia. Kosmo.

Nor Aslamiah Ali (2012,Januari). Laman media sosial : Trend komunikasi masa kini. Dimensi Koop.

Suroya Selamat (2007,September). Pengurusan pertubuhan belia di bawah akta pertubuhan belia dan pembangunan 2007. Konvensyen pembangunan belia meneroka generasi 2057. Hotel Marriot : Putrajaya.

Tapscott,D . (1998). Grown up digital : The rise of the net generation. UK:McGraw Hill Companies.