gear box

6
SISTEM PENGHANTARAN KUASA PENGENALAN Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin keroda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponenasas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear, klac,unit kerbeda dan sendi universal.klac mempunyai 3 fungsi utama:- Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjinmasih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaanberhenti. Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukarangear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi. Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasakelajuan enjin rendah

Upload: anonymous-jcdsmm3

Post on 21-Jul-2016

114 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gearbox

TRANSCRIPT

Page 1: GEAr box

SISTEM PENGHANTARAN KUASA PENGENALAN

            Sistem penghantaran ialah satu rangkaian penghantaran kuasa dari enjin keroda untuk menggerakkan kenderaan. Ia merupakan gabungan beberapa komponenasas seperti syaf putar,syaf pandu, kotak gear, klac,unit kerbeda dan sendi universal.klac mempunyai 3 fungsi utama:-

Memutuskan penghantaran kuasa semasa kenderaan hendak berhenti tetapi enjinmasih hidup untuk mengelakkan enjin turut sama terhenti apabila kenderaanberhenti.Memutuskan sementara penghantaran kuasa dari enjin ke roda semasa penukarangear untuk mengelakkan daripada kerosakan sistem transmisi.Menyediakan sedikit gelinciran apabila mula bergerak daripada gear satu untuk mengelakkan enjin daripada terhenti akibat kilasan yang kurang mencukupi semasakelajuan enjin rendah

Page 2: GEAr box

Antara fungsi gear adalah seperti berikut:

          Untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaandan beban pada kenderaan

         Menghasilkan daya kilas tambahan untuk mendaki bukit

         Membolehkan enjin hidup tanpa kenderaan bergerak dengan gear dalam keadaan neutral

         Mewujudkan gear maju, undur dan bebas 

 Terdapat pelbagai jenis-jenis system penghantaran kuasa seperti sistempenghantaran automasi manual(AMT), sistem penghantaran automatik(ATF) dansistem penghantaran boleh laras(CVT).

Page 3: GEAr box

KLAC

Fungsi klac ialah menyambung dan memutuskan kuasa dari enjin ke sistem penghantaran supaya: 

-       penukaran gear dapat dilakukan dengan mudah dan lancer

-       membolehkan kenderaan mula bergerak dengan lancer

-       membolehkan enjin terus hidup semasa kenderaan tidak bergerak dan gear tidak berada dalam kedudukan neutral dengan cara menekan pedal klac

Page 4: GEAr box

Sistem Penghantaran Automatik Manual (AMT)

Sistem penghantaran manual sering digunakan oleh kenderaan lama. Sistem ini juga merupakanyang pertama dihasilkan berbanding dengan sistem penghantaran kuasa yang lain dan ianya jugadigunakan sehingga sekarang. Kelebihan sistem ini pula ialah dapat  memberi kecekapan semasa memandu, mudah diselenggara dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Sistem ini adalahsistem transmisi automotif yang memerlukan pemandu sendiri menekan injak klac dan menukar gear secara manual. Dari segi pemilihan gear, transmisi manual boleh dibahagikan kepada dia iaitu:-

Transmisi manual konvensional (seperti yang digunakan pada kereta) yang membolehkan pemandu menukar pada mana-mana posisi gear pada bila-bila masa.

Transmisi manual berjujukan (seperti yang digunakan pada motosikal ) yang hanyamembenarkan pemandu menukar gear mengikut urutan (gear lebih rendah atau lebih tinggi).

Page 5: GEAr box

Sistem penghantaran Automatik (AT)

   Penghantaran automatic adalah sistem kotak gear automotif yang boleh menukar gear secara automatik semasa kenderaan sedang bergerak tanpa memerlukan pemandu untuk menukar gear secara manual.

   Pada awalnya, kereta dengan penghantaran automatik kurang berkuasa,mempunyai kadar pecutan yang lambat, mempunyai nisbah gear yang sedikit serta tidak menjimatkan minyak berbanding penghantaran manual, namun kemajuan teknologi automotif telah menjadikan penghantaran automatik kini lebih menjimatkan minyak. Sungguhpun demikian, penghantaran automatik masih tidak dapat menandingi penghantaran manual dari segi kecekapan kuasa,pecutan, kelajuan maksimum dan penjimatan minyak.

   Penghantaran automatik dikendalikan dengan hanya menggerakkan tombol gear ke posisi tertentu. Sesetengah model kenderaan dengan penghantaran automatik pula menggunakan butang-butang bagi menggantikan tombol gear, sekaligus menjimatkan ruang. Posisi bagi mod penghantaran automatik disusun mengikut format

P-R-N-D-3-2-L, sama ada dari kiri ke kananataupun dari atas ke bawah. Enjin boleh dihidupkan semasa dalam posisi P ataupun N sahaja.

Page 6: GEAr box

Sistem Penghantaran Kuasa Boleh Laras (CVT)

   Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya membenarkan beberapabilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjarankelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahanapi yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Sistem penghantaran kuasa ini merupakan yang terbaru dan sering digunakan untuk kenderaan mewah. Tidak ketinggalan juga kenderaan Malaysia seperti proton inspira juga menggunakan sistem penghantaran boleh laras.

   Kebaikan sistem ini ialah sistem transmisi ini boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik penjimatan bahan api. Sistem ini beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan kejutan gear. Kos pembinaan kotak gear CVT juga lebih murah berbanding kotak gear lain