(id doc 315) smart box mechanic

15
HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014 LAPORAN PROJEK REKACIPTA PERTANDINGAN KREATIVITI DAN TEKNOLOGI INOVASI JTM CITEC 2014 SMART BOX MECHANIC ILP KOTA KINABALU, SABAH

Upload: nur-leenna

Post on 23-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

inovasi pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

LAPORAN PROJEK REKACIPTA

PERTANDINGAN KREATIVITI

DAN TEKNOLOGI INOVASI JTM

CITEC 2014

SMART BOX MECHANIC

ILP KOTA KINABALU, SABAH

Page 2: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

KANDUNGAN MUKASURAT

1.0

Profil Peserta

2

2.0

Pengenalan Projek

3

3.0 Objektif Projek

4

4.0

Fungsi Projek

4

5.0

Kebaikan dan Potensi Komersial Projek

5

6.0

Carta Alir Proses

6

7.0

Metodologi / Kaedah Pelaksanaan Projek

7

8.0

Gambarajah Projek

8

9.0

Manual Prosedur (S.O.P – Standard Operation Procedure)

9

10.0

Gambarajah Proses & Pemasangan Projek

10

11.0

Inovasi Projek

11

12.0

Ciri-ciri Unik & Keistimewaan Produk

11

13.0

Kos Keseluruhan Projek

12

14.0

Skop Projek

12

15.0

Kajian&Analisis Terhadap Projek

13

16.0

Kesimpulan& Cadangan

14

Page 3: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

1.0 Profil Peserta

Projek ini diwakili oleh seorang pengajar bahagian Teknologi Automotif dan pelajar

Teknologi Automotif Tahap 3 / Semester 4 2013.

Bil Nama No IC No Tel Jawatan

1 Mahrajan Abdul Rahman 930805 -12 - 6139 013-545 9463 Ketua Kumpulan / Pembangunan Laporan

2 Mohd Azhar Bin Mahali 931226 -12 - 6171 014-559 3272 AJK Penyediaan Bahan / Teknikal

3 Astly Louzim Pantai 930501 -12 - 6295 019-809 2039 AJK Lakaran Pendawaian Projek

4 Christiaan Adelaze Chang 930320 -12 - 5453 014-653 2013 AJK Multimedia / Bendahari

5 Zairizal Bin Tahir (Pengajar) 760223 -12 - 5989 019-830 9824 Penasihat

Mahrajan Abdul Rahman

Ketua Kumpulan / Pembangunan Laporan Projek

Mohd Azhar Bin Mahali

AJK Penyediaan Bahan / Teknikal

Astly Louzim Pantai

AJK Lakaran Pendawaian Projek

Christiaan Adelaze Chang

AJK Multimedia / Bendahari

Zairizal Bin Tahir (Pengajar / Penasihat)

Page 4: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

2.0 Pengenalan Projek

SMART BOX MECHANIC

SBM

Smart Box Mechanic ini adalah satu alat bantuan yang smart bagi seorang

mekanik , pelajar automotif dan masyarakat sekeliling.Projek ini amat berkesan kepada

era pada masa kini kerana projek ini memudahkan penggunanya dengan panduan

manual SOP yang mudah difahami dan semua langkah kerja yang secara umumnya

sekadar yang asas sahaja.Projek ini juga merupakan objektif pembelajaran untuk bidang

Automotif yang pada asalnya setiap pelajar akan diberi tunjuk ajar kepada perkara yang

asas sahaja.itu langkah pertama untuk pelajar mengetahui asas enjin / komponen /

fungsinya serta lain-lain.

Projek ini didirikan oleh kumpulan Auto Sukses 1 yang diwakili oleh pelajar –

pelajar semester 4 dan seorang pengajar bengkel Tek.Automotif.Tujuan utama projek ini

dilaksanakan untuk memperlihatkan kepada semua penuntut bidang ini agar mereka

sentiasa berfikiran kreatif dan berinovasi untuk sentiasa membangunkan atau

merekacipta sesuatu projek bagi memudahkan perkerjaan, menjimatkan

masa,menjimatkan tenaga, dan boleh dijadikan sebagai barangan komersial.

Smart Box Mechanic juga merupakan tools kos rendah yang menyenangkan

kerja2 mechanic atau pengguna kenderaan. pada permulaannya, kami merancang

untuk merekacipta toolbox yang boleh memuatkan bahan-bahan untuk membuat

pemeriksaan enjin kenderaan secara asas. seterusnya, kami mengambil masa

seminggu untuk menyiapkan kerja-kerja pemasangan,pengecatan, dan menjalani uji kaji

terhadap projek. akhirnya, kami mengambil gmbar dan membuat kertas kerja terhadap

projek.

Page 5: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

3.0 Objektif Projek

Projek ini merangkumi beberapa objektif utama iaitu menjimatkan masa dan tenaga mekanik ketika menyelenggara kenderaan, menjadi alat bantuan kepada para pelatih untuk menyelenggara sesuatu enjin yang menggunakan carburator dan menjadi system penghidup enjin kereta dalam kata erti lain sebagai penguji komponen enjin / kenderaan sekiranya masih berfungsi serta memperkenalkan satu pembaharuan rekacipta kepada dunia agar dapat dikormesialkan.

Selain itu,Objektif projek ini untuk memdapat tempat disetiap bengkel /Syarikat

servis dan pengedar bagi tujuan komersial kerana sinonim dengan pengetahuan asas yang perlu diketahui oleh setiap mekanik,pelatih dalam menyelenggara sesuatu komponen enjin pada kenderaan.

4.0 Fungsi Projek

Setiap rekacipta yang diubahsuai mempunyai objektif sendiri.Berkaitan itu objektif

projek ini tercapai adalah disebabkan oleh fungsinya beroperasi, Smart Box Mechanic

berfungsi menghidupkan sistem kenderaan melalui komponen asas seperti carburator ,

distributor , fan , starter, radiator, AC pump yang terdapat pada enjin.Selain itu, Smart

Box Mechanic inijuga dapat menguji dan memeriksa system kenderaan sekiranya dalam

keadaan baik ataupun tidak baik.Kelebihan projek ini ialah ia mudah diselenggara

dengan panduan manual SOP yang mudah difahami dan rekabentuk yang sesuai hanya

dituntun sebelah tangan, bersaiz standard toolbox yang ringan dan yang paling penting

projek mampu milik.

Fungsi projek ini amat berguna kepada sasaran kami iaitu para mekanik , pelajar

bidang automotif ,dan pemilik syarikat pengeluar / penyelenggaraan serta masyarakat

setempat dan lain-lain.Projek inovasi ini sememangnya memberi kesan yang positif atas

kajian yang dilakukan di sekitar kawasan industri automotif.

Page 6: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

5.0 Kebaikan dan Potensi Komersial Projek

Semua rekacipta inovasi mempunyai kebaikan dan potensi komersial.Bagi Smart

Box Mechanic berdasarkan objektif dan fungsi kebaikan projek ini dihasilkan adalah

untuk menjadi bahan pembelajaran berterusan tidak kira dimana sahaja kita berada

kerana ianya mudah dituntun,cara penyelenggaraan yang mudah berdasarkan SOP,lagi

satu projek ini adalah usaha untuk menambahkan lagi akar umbi yang tidak akan

pupus.Selain itu kebaikannya kepada masyarakat pula dapat memudahkan pengguna

memeriksa sistem kenderaan mereka dengan hanya merujuk manual SOP untuk

mengujinya.

Potensi projek ini untuk dikomersialkan amat tinggi sekiranya ada permintaan kerana

pada peringkat pusat latihan seperti Institut latihan Perindustrian dan lain-lain yang

mempunyai kursus automotif ianya amat berguna kepada para pelatih untuk mengetahui

komponen asas enjin melalui Smart Box Mechanic ketika dijadikan bahan penghidup

enjin on stand dan kereta.Tambahan pula peringkat bengkel-bengkel / Syarikat servis

dan pengedar mereka tertarik dengan konsep projek dihasilkan dengan menggunakan

kos yang tidak terlalu tinggi untuk menghasilkan projek.Asasnya ianya sebiji toolboxs

yang hanya digunakan untuk meletakkan dan menyimpan peralatan dan kini hasil

perbincangan ahli kumpulan maka Smart Box Mechanic tercipta serta terubahsuai

dengan inovasi yang sedia ada.Akhirnnya,Smart Box Mechanic ini bernilai mampu milik

oleh setiap orang dengan jaminan pembelajaran dan pengetahuan sepanjang hayat

dengan mengikuti perkembangan teknologi.

Sasaran projek : Pusat Latihan Teknologi , Syarikat Servis/ Pengedar / Pengeluar,

Masyarakat setempat , Pusat Industri Automotif.

Nilai komersial : RM 500.OO untuk seunit

Page 7: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

6.0 Carta Alir Proses Projek

Rajah : Prosuder proses perancangan projek

Setiap proses pembuatan projek mengalami

proses perbincangan bersama ahli kumpulan.

Idea

Lakaran rangka

projek

Penyedian

bahan

Pembinaan

projek

Lakaran

pendawaian

Aktiviti

pendawaian

Proses

mewarna

Penyelenggeraan akhir

Perbincangan

akhir

PRODUCE

PROJECT

Smart Box

Mechanic

Page 8: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

7.0 Metodologi / Kaedah Pelaksanaan Projek

Untuk kaedah kerja bagi projek ini, kami telah mengklasifikasikan keada beberapa

peringkat. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah proses menyediakan beberapa

cadangan berbentuk lukisan berkaitan dengan projek,menyediakan peralatan yang hendak

digunakan,mencari bahan-bahan keperluan projek.Selepas itu,peringkat seterusnya kami

memulakan dengan mengenalpasti struktur ciptaan dan terus melakukan kerja-kerja

melaksanakan projek yang hendak dilakukan dan proses pemasangan serta pendawaian

bagi pemasangan pada Mobile Tools. Ini bermakna peringkat projek, kami melakukan

proses rekabentuk struktur projek dahulu dan diikuti oleh proses pemasangan dan

pendawaian pada Smart Box Mechanic.

Bil. Pelaksanaan Hari

Rabu Khamis Jumaat Isnin Selesa Rabu Khamis Jumaat Isnin

1. Perbincangan dalam kumpulan

2. Membuat lakaran rupabentuk projek

3. Meyediakan bahan

4. Membuat kerja-kerja pembinaan projek

5. Membuat pewarnaan

6. Membuat lakaran pendawaian

Membuat pendawaian

7. Membuat analisis/ soalselidik / laporan kerja

8. Membuat penandanama / bahan edaran

9. Persiapan akhir

Jadual berkala diatas ialah pelaksanaan pembangunan projek dalam masa 9 hari masa bekerja.

Page 9: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

8.0 Gambarajah Projek

Lakaran Pendawaian Projek Lakaran pandangan sisi/hadapan &

lantai

Gambarajah Smart Box Mechanic

Page 10: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

9.0 Manual Prosedur (S.O.P – Standard Operation Procedure)

SMART BOX MECHANIC

SEBELUM DIGUNAKAN 1. Pastikan alat ini selamat digunakan dan berfungsi dengan baik. 2. Pastikan peralatan pada Smart Box Mechanic lengkap seperti bateri,bahan api (petrol) ,tool yang lengkap dan lain-lain barang (jika perlu). 3. Pastikan tangki pada Smart Box Mechanic mengandungi bahan api yang mencukupi dan jauhi daripada haba panas(api). 4. Pastikan push button emergency switch(suis kecemasan) dalam keadaan baik. 5. Pastikan pendawaian dalam keadaan baik. SEMASA OPERASI 1. Sambungkan wayar penyambung pada komponen-komponen enjin,terminal bateri dan hos bahan api mengikut penanda. 2. Hidupkan suis berkaitan pada Smart Box Mechanic dan tekan button start bagi menghidupkan engine. 3. Buat pelarasan “tune-up”pada enjin atau penyelanggaraan. 4. Setelah selesai menggunakan Smart Box Mechanic, sila tanggalkan semua penyambungan seperti wayar-wayar komponen dan hos bahan api. PERHATIAN 1. Pastikan kerja-kerja penyelangaraan dilakukan mengikut prosedur yang betul. 2. Utamakan keselamatan semasa menggunakan Smart Box Mechanic. 3. Dapat bantuan teknikal daripada penyelanggara Smart Box Mechanic jika menghadapi masalah. SELEPAS DIGUNAKAN 1. Pastikan semua peralatan diletakkan semula pada tempat asal. 2. Bersihkan alat dan tempat kerja setelah semua kerja-kerja penyelanggaraan selesai.

Page 11: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

10.0 Gambarajah Proses&PemasanganProjek

Operasi perbincangan dan penyediaan bahan

Operasi pembinaan projek

Operasi menguji bahan yang digunakan

Operasi pewarnaan

Operasi pendawaian

Page 12: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

11.0 Inovasi Projek

Projek ini direkacipta khas untuk semua sasaran yang ditetapkan.projek ini merangkumi

aspek-aspeknya tersendiri antaranya ialah projek inovasi yang diubahsuai berdasarkan

rekabentuk projek sedia ada.fungsinya dengan projek sedia ada tidak lari bezanya malahan

projek inovasi yang terkini lebih mantap dan smart berbanding yang dulu.Projek ini adalah

salahsatu usaha untuk memperhebatkan genarasi X yang pada hari ini diselubungi

bermacam-macam kecanggihan teknologi daripada barat.Smart Box Mechanic tertumpu

kepada bidang Automotif kerana ciri-ciri serta fungsinya lebih kepada kenderaan

bermotor.Tidak dapat dinafikan pada masa kini kebanyakan kendeeraan menggunakan

system yang terbaru antaranya EFI,Hybrid ,LPG dan lain-lain yang lebih jauh akan

meninggalkan kecanggihan projek ini.Walaubagaimanapun, dalam Malaysia khasnya Negeri

Sabah ini ,kebanyakan pengguna dapat dilihat masih menggunakan kenderaan yang lama

maksudnya yang klasik dan ada kelasnya tersendiri.Ini menyebabkan inovasi projek ini

mampu mencapai objektifnya.Juruteknik akan mengambil peluang ini untuk menambahkan

wang saku mereka dengan kadar masa yang singkat dengan bantuan Smart Box Mechanic

semasa membuat penyelenggeraan.

12.0 Ciri-ciri Unik & Keistimewaan Produk

Projek ini asalnya adalah sebuah toolboxs plastic yang telah diubahsuai

menjadiSmartBox.Uniknya produk ini ialah terdapat system penghidup system kenderaan

melalui enjin yang belum pernah direkacipta oleh mana-mana perekacipta.Rupabentuk

projek ini telah dibina dengan sempurna hasil perbincangan awal serta kerja-kerja amali

yang dilakukan.

Keistimewaan produk ini pula sudah pasti pengguna akan berpuas hati dan tidak

mengeluh dengan cara penggunaannya yang mudah difahami,ringan untuk dibawa kemana-

mana sahaja dan yang paling penting produk mampu milik serta pengetahuan dan

pembelajaran yang berterusan sehingga ke penghujung hayat.

Tidak lupa juga,kami terapkan factor keselamatan kepada Smart Box ini dimana

produk ini terdapat satu butang kecemasan sekiranya berlaku litar pintas semasa

penyelenggaraan.

Page 13: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

13.0 Kos Keseluruhan Projek

14.0 Skop Projek

Skop atau sasaran utama projek ini adalah seperti berikut iaitu untuk menghasilkan satu fasiliti yang dapat membantu mekanik mahupun masyarakat dalam memudahkan kerja-kerja menyelenggara kenderaan dilakukan.Pendedahan awal kepada pelajar bagi membina dan menghasilkan satu projek.Selain itu,dapat mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar dalam bentuk praktikal atau kerja amali dan yang terakhir untuk kegunaan ujikaji dan perkembangan produk yang lebih baik di masa hadapan serta penyertaan Pertandingan Kreativiti dan Teknologi Inovasi peringkat Institut Latihan Perindustrian 2013.

Bil Bahan Harga (RM) Jumlah (RM)

1 Emergency Button 9 x 1pcs 9

2 Toggle Switch 4 x 3pcs 12

3 Toos Box 30 x 1pcs 30

4 Push Button Switch 5 x 1pcs 5

5 Relay 7 x 2pcs 17

6 Wire 30 x 1 gulung 30

7 Perspek 25 x 2 m2 50

8 Fuse 0.70 x3pcs 2.10

9 Spray (Samurai) 12.50 x 2 25

10 Cable Tie 5.5 x 1 pek 5.5

11 Wire tape 1 x 2pcs 2

12 Besi 1” 20 x 2 batang (1m) 40

13 Clip 5.20 x 1 pek 5.20

14 Skru 4 x 1 pek 4

15 Glu Gum 1.40 x 2pcs 2.80

16 Fuel pump 170 x 1pcs 170

17 Hos 5 x 2 m 10

18 Fuel tank (aluminium 1m2) 20 x 1m2 20

Jumlah Keseluruhan 439.6

Page 14: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

15.0 Penganalisaan &Kajian Terhadap Projek

1. Pengenalan

Dalam bab ini, kami ingin menyatakan penganalisaan serta kajian-kajian yang telah dilakukan oleh kami berkenaan dengan projek yang telah kami hasilkan ini. Antara perkara-perkara yang kami lakukan dalam perkara ini adalah berkenaan dengan sambutan orang ramai terhadap penghasilan projek ini dan juga kajian mengenai sistem pendawaian bagi keberkesanan projek ini untuk berfungsi dengan cekap.

2. Analisa Sambutan Masyarakat Terhadap Projek Ini

Untuk kajian ini, kami telah menyediakan set soalan kaji selidik sebagai mengetahui sambutan, pandangan atau komen orang ramai terhadap projek yang kami hasilkan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada projek kami ini diterima atau tidak oleh pengguna dan adakah ia berpotensi untuk dikomersilkan. Soalan kaji selidik ini merangkumi semua perkara iaitu cadangan, pendapat dan komen.

3. Analisa Jangka Masa Membuat Projek.

Berdasarkan kepada perancangan projek akhir semester 4, tempoh membuat projek ini adalah seperti mana masa yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika dilihat kekerapan untuk melaksanakan projek dalam perancangan ia adalah hanya 2 minggu lebih sahaja. Apa yang mengganggu kelancaran pembuatan projek ini adalah kehabisan atau ketiadaan stok alat-alat atau komponen untuk projek.Secara keseluruhannya, oleh kerana banyak faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan maka kami terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyempurnakan projek ini.

Page 15: (Id Doc 315) Smart Box Mechanic

HAK CIPTA TERPELIHARA © UNIT KREATIVITI & INOVASI ILP KOTA KINABALU 2014

16.0 Kesimpulan& Cadangan

Kesimpulan

Sepanjang tempoh 2 minggu yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek ini, berbagai pengalaman dan kemahiran yang kami perolehi di samping meningkatkan ilmu pengetahuan. Kami juga berpeluang untuk mengemukakan dan menggabungkan idea-idea serta buah fikiran antara ahli kumpulan bagi menghasilkan satu projek yang terbaik seperti mana yang telah kami cadangkan.Melalui projek ini, kami telah cuba menggunakan dan mempraktikkan pelajaran teori dan juga memanfaatkan segala pengalaman-pengalaman yang telah kami perolehi semasa berada diInstitut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu selama 4 semester ini.Selain itu juga, melalui projek ini pelajar dapat menunjukkan kebolehan, bakat serta kekreatifan dan inovasi bagi menghasilkan satu rekacipta yang canggih dengan kos yang sedikit.

Projek “Smart Box Mechanic” yang kami cipta/ubahsuai ini adalah satu sistem yang berkaitan dengan pendawaian asas untuk menghidupkan kenderaan. Dengan ini, kami juga berpeluang untuk mempelajari dan mempraktikkan ilmu-ilmu kejuruteraan elektrik dan elektronik iaitu perlitaran dan pendawaian disamping pengajar-pengajar yang berkaliber .Oleh itu pengalaman serta pendedahan ini telah membawa kami ke arah yang lebih maju, berdaya saing dan lebih berfikiran kedepan.

Cadangan

Dalam menjalankan dan melaksanakan projek semester akhir ini, pada keseluruhanya memuaskan walaupun “Smart Box Mechanic” yang kami cipta/ubahsuai ini hanyalah sekadar satu model yang dihasilkan dari usaha dan idea yang digembelingkan bersama, tetapi ia merupakan asas kepada pertumbuhan akar umbi yang baru dan lebih canggih dengan perkembangan teknologi masakini.Sesuatu yang canggih itu, tidak terkecuali daripada kelemahan. Oleh yang demikian, kami tidak menafikan kelemahan-kelemahan yang ada pada projek ini.Apa yang kami boleh lakukan adalah memberikan beberapa cadangan agar kelemahan pada projek ini dapat diperbaiki.

Antara cadangan tersebut adalah kami memohon kepada pihak Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu untuk memberikan masa yang lebih lama lagi kepada kami supaya kami dapat mengkaji dan memperbaiki kelemahan-kelemahan “Smart Box Mechanic”. Selain daripada itu, kami juga meminta kepada pihak Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu supaya dapat menambahkan lagi kemudahan-kemudahan mesin yang belum terdapat di bengkel Automotif bagi membantu menghasilkan projek yang lebih canggih lagi .Hal ini kerana kami menggunakan kemudahan mesin daripada bengkel mekanikal lain bagi menghasilkan projek yang baik dan cemerlang,Selain itu,pihak Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu hendaklah mewajibkan pelajar supaya turut menghasilkan projek, dan dalam masa yang sama akan wujudnya persaingan yang sihat di kalangan pelajar yang berterusan. Pihak Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu juga hendaklah mengkaji latar belakang setiap projek yang dicipta oleh pelajar, sama ada projek itu cetak rompak ataupun dari idea sendiri.

Dengan cadangan yang kami kemukakan, kami berharap agar projek ini dapat dipertingkatkan lagi prestasinya di masa akan datang. Di samping memajukan sistem penghidup dan menjadi bahan pembelajaran khasnya pada kenderaan dan juga pada industri automotif di Malaysia amnya.