ge lang gang

19
NURUL NASUHA MOHD FARDZI NURIN MIZA AFIQAH ANDRIE DAZLEE 4T PUISI MODEN: GELANGGANG

Upload: lalala

Post on 09-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KOMSAS

TRANSCRIPT

Page 1: Ge Lang Gang

NURUL NASUHA MOHD FARDZINURIN MIZA AFIQAH ANDRIE

DAZLEE4T

PUISI MODEN: GELANGGANG

Page 2: Ge Lang Gang

Apa itu gelanggang?

Page 3: Ge Lang Gang

          Ini gelanggang kita

          yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

          lima dekad yang lalu      satu persepakatan kaum untuk diturunkan

kepada anak cucu     di kemudian hari.

Maksud Mengikut Rangkap

1

Page 4: Ge Lang Gang

Malaysia ialah tanah air sebagai pusaka peninggalan generasi pejuang kemerdekaan negara

lebih 50 tahun yang lalu.

Kaum-kaum utama ketika itu (Melayu, Cina, India), kemudian disertai oleh pelbagai kaum di Sabah dan

Sarawak telah bermuafakat dan bersetuju (menerusi kontrak sosial dan perlembagaan)

tentang kemerdekaan negara.

Maka, generasi yang kemudian hendaklah akur tentangnya.

Page 5: Ge Lang Gang

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

  dan air mata          dengan gelanggang inilah negara aman makmur

rakyat          berpadu

          kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

          kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

          kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai          keturunan.

2

Page 6: Ge Lang Gang

Generasi sekarang sedang mengecapi dan menikmati hasil pengorbanan serta

perjuangan nenek moyang mereka.

Keamanan dan kemakmuran negara  yang bergantung kepada perpaduan rakyat jelata hendaklah dijaga

dengan teguh lagi ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Kedaulatan negara mesti dilindungi daripada sebarang

ancaman musuh bagi menjamin kelangsungan dan kesinambungan perpaduan yang telah terbina sekian

lama.

Page 7: Ge Lang Gang

 Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan

          demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini

          suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh

          hati nurani          kita sanggah nyah tanpa kompromi dari

menggugah          gelanggang

          jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

3

Page 8: Ge Lang Gang

Generasi muda berjiwa merdeka hendaklah sanggup melawan ancaman tuduhan melulu yang berniat jahat jika mahu menjaga martabat bumi bertuah yang sangat dicintai ini.

Seruan yang berbaur kebencian, permusuhan dan hasutan bagi menimbulkan kegelisahan atau ketakutan dalam kalangan masyarakat, melemahkan dan membakar perasaan hendaklah ditolak tanpa tolak ansur.

Semua pihak hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang berpotensi menggugat kerukunan  masyarakat.

Page 9: Ge Lang Gang

 

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah

          elakkan pertelingkahan sesama sendiri.       

4

Page 10: Ge Lang Gang

Penyajak menyeru agar generasi yang mencintai negara

memperteguh jalinan perpaduan.

Perbalahan sesama sendiri (walaupun

memang wujud perbezaan latar belakang dan

pendapat) hendaklah dijauhi.

Page 11: Ge Lang Gang

 Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini

          agar kecemerlangan tercerna di persada arena

          terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

          membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati

          kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

5

Page 12: Ge Lang Gang

Generasi sekarang sebagai penerima pusaka kemerdekaan negara menggalas kepercayaan supaya

usaha membawa negara mendaki puncak jaya sentiasa kesampaian.

Proses itu hendaklah sentiasa dipastikan berlaku bagi menjaga nama baik dan sebagai lambang sebuah negara

yang dibanggakan.

Tugas memajukan tanah air sebagai negara bangsa yang sentosa lagi disegani hendaklah dipikul dan dilaksanakan

seumur hidup.

Page 13: Ge Lang Gang

Tema

Kepentingan mempertahan

kedaulatan tanah air.

Page 14: Ge Lang Gang

• Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.

Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan

• Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.

Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara

Persoalan

Page 15: Ge Lang Gang

• Penyajak menyeru supaya para pemimpin berani melawan tuduhan yang tidak bermunasabah.

Tuduhan melulu tehadap pemimpin mampu menjejas kedaulatan negara.

• Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara

Page 16: Ge Lang Gang

Gaya BahasaKita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatiKita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

gelanggang keramat

Perkataan gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini

Anafora

Repitisi

Metafora

Page 17: Ge Lang Gang

Nilai

KETAATAN

BERSATU PADU

BERTANGGUNGJAWAB

Taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bahagi merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.Semua rakyat di negara ini bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.Kemerdekaan yang dikecapi adalah hasil perpaduan antara kaum di negara ini.

Page 18: Ge Lang Gang

PengajaranKita mestilah memiliki perasaan cinta

akan negara tanpa berbelah bagi.Kita hendaklah menghargai jasa nenek

moyang kita yang sanggup berkorban demi memerdekakan negara kita.

Kita seharusnya bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

Kita sewajarnya bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara

Page 19: Ge Lang Gang

SEKIAN, TERIMAKASIH