gaya dan teori kepimpinan

Upload: zaraqartika

Post on 14-Apr-2018

259 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    1/19

    S A B T U , 1 0 N O V E M B E R 2 0 1 2

    Gaya Dan Teori Kepimpinan

    1.1 PENGENALAN

    Di jabatan-jabatan kerajaan dan jabatan swasta daya pengeluaran boleh

    terjejas dengan adanya tanda masalah psikologi seperti ponteng kerja,

    datang lambat, melambat-lambatkan kerja, lembap memberi layanan

    kaunter, menggunakan masa pejabat untuk kerja-kerja peribadi, berlengah-

    lengah di kantin pejabat dan juga bersikap kasar dan sombong terhadap

    orang ramai yang memerlukan khidmat (Aminuddin Mohd Yusuf, 1994: 1).

    Masalah-masalah ini menunjukkan bahawa peranan dan gaya kepimpinan

    seseorang dapat mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan di dalam

    sesebuah organisasi.

    Kepimpinan merupakan satu proses interaksi sosial yang dialami oleh semua

    individu pada hari ini. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa

    setiap orang adalah pemimpin dan setiap pemimpin mempunyai

    tanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kepimpinan merupakan satu

    konsep yang mengandungi pelbagai maksud yang berbeza-beza. Misalnya,

    Bernard Urwick berpendapat bahawa kepimpinan adalah kualiti tingkah

    laku individu ketika dia memandu (mengetuai) aktiviti kumpulan untuk

    mencapai objektif organisasi. Robert J. House dan Mary L. Baetz (1979),

    berpendapat bahawa kepimpinan boleh berlaku dalam kumpulan yang

    melibatkan dua orang atau lebih dan selalunya melibatkan pengaruh kepada

    ahli kumpulan dalam mancapai sesuatu matlamat kumpulan.

    3.1 DEFINISI KEPIMPINAN

    Ramai diantara pengkaji mendefinisikan kepimpinan berdasarkan perspektif

    masing-masing serta berasaskan aspek fenomena yang paling menarik bagi

    M E N G E N A I S A Y A

    NUUR IMAN

    SHAH ALAM,

    SELANGOR,

    MALAYSIA

    Saya diberi nama Rahimah btBedullah. Berasal dari negeri

    Kelantan.Merupakan anak yang ke-5

    dari 9 adik beradik.Saya mendapat

    pendidikan awal di Sek.Keb. Sungai

    Sam, SMU(A)Rahmaniah Kuala

    Krai,Smu(A)Arabiah Pasir Mas, dan

    akhirnya meneruskan pendidikan

    dalam bidang Usuluddin & Falsafah

    di Universiti Kebangsaan Malaysia

    (UKM).Setelah tamat pengajian diUKM sy terus melibatkan diri dalam

    bidang pendidikan dan menuntut di

    Institut Perguruan Islam Bangi.

    Sekarang saya berkhidmat di sek.

    Keb. Seksyen 20 Shah Alam sebagai

    guru j-Qaf..Opsyen Bahasa Arab.

    LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

    C A T A T A N S E B E L U M N Y A

    Pesanan untuk wanita

    kesan IT terhadap psikologi kanak-

    kanak

    Confucianisme

    falsafah moden (Immanuel Kant)

    kemanisan sebuah perjuangan

    pedagogi dalam pendidikan

    N U U R I M A NT I A D A K E I N D A H A N D A L A M S E B U A H K E H I D U P A N T A N P A M E R A S A I K E P A H I T A N D A N T I A D A B U N G A -

    B U N G A K E B A H A G I A A N D A L A M S E B U A H K E P A H I T A N T A N P A M E N Y E M A I B E N I H - B E N I H K E S A B A R A N

    S E R T A T I A D A K E B E R K A T A N P A D A S E B U A H K E N I K M A T A N J I K A T I A D A K E I K H L A S A N D A N

    K E S Y U K U R A N Y A N G B E R T A P A K D I J I W A I N S A N . .

    0 More Next Blog Create Blog Sign In

    Page 1 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    2/19

    mereka (Yukl,1981). Oleh sebab itu bersesuaian dengan pendekatan teori

    yang akan digunakan nanti, definisi yang disarankan oleh Fleisman (1973)

    dan Tannenbaum, Weshler dan Massarik (1961) daripada tradisi kajian-

    kajian Ohio States yang pada akhirnya mengembangkan teori laluan

    matlamat serta serta definisi Fiedler (1967) dalam teori kontingensi sesuai di

    gunakan sebagai panduan.

    Fleishman menyatakan:

    Kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan yang

    diarahkan melalui proses komunikasi, ke arah pencapaian matlamat atau

    beberapa matlamat (1973: 3).

    Tannenbaum, Weschler dan Massarik (1961) juga memberi definisi yang

    hampir sama. Bagi Fiedler pula, kepimpinan adalah :

    ......kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh antara perseorangan dimana

    kuasa dan pengaruh diagihkan secara tidak sama rata sehingga seorang

    individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih

    daripada kawalan mereka ke atas induvidu itu(1967: 11).

    Kedua-dua definisi ini boleh digolongkan ke dalam klasifikasi kepimpinan

    sebagai pengenaan pengaruh seperti yang disarankan oleh Stogdill (1974,

    Bass, 1981) iaitu kepimpinan mempunyai sebelas makna, antaranya ialah

    fokus proses kelompok, personaliti dan kesannya, penggunaan pengaruh,tindakan atau tingkah laku, satu bentuk pemujukan, hubungan kuasa, alat

    mencapai matlamat, kesan interaksi yang muncul, peranan terbeza dan

    pendayautamaan struktur.

    Beberapa perkara yang boleh dimiliki oleh kepimpinan ialah dengan

    berasaskan definisi-definisi ini. Pertama, kepimpinan mengandungi andaian

    bahawa ia adalah fenomena kelompok. Kedua, kepimpinan melibatkan

    hubungan antara perseorangan. Ketiga, dalam kepimpinan seseorang atau

    beberapa orang lain dalam kelompok itu. Akhir sekali, tindakan

    mempengaruhi ini diarah kepada usaha mencapai matlamat yang dimiliki

    (common) oleh anggota-anggota kelompok. Sungguhpun Fiedler (1967)

    tidak menyebut cara arahan itu dilakukan seperti yang disarankan oleh

    Fleishman (!973) tetapi hubungannya mengarah dan mengawal itu

    tentulah tidak dapat dilakukan tanpa proses komunikasi.

    Sebagai satu konsep yang abstrak, kepimpinan menjadi lebih bermakna jika

    Langgan

    Catatan [Atom]

    Page 2 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    3/19

    diberi definisi operasi. Di dalam ini, dua aspek kepimpinan menjadi fokus

    iaitu tingkah laku pemimpin dan gaya kepimpinan. Kebanyakan pengkaji

    (misalnya Stogdill,1974: Bass,1981) merujuk kepada kedua-dua istilah ini

    secara bertukar ganti sedangkan Fiedler (1967) mendefinisikan kedua-

    duanya sebagai dua konsep yang berbeza. Bagi beliau:

    ......dengan tingkah laku kepimpinan kita maksudkan pada amnya tindakan-

    tindakan tertentu yang dibuat oleh pemimpin dalam masa mengarah dan

    menyelaraskan kerja-kerja anggota-anggota kelompoknya. (1967: 36)

    Ini mungkin melibatkan tindakan seperti menstrukturkan hubungan kerja,

    memuji atau mengkritik anggota-anggota kelompok dan menunjukkan

    timbang rasa kepada kebajikan dan perasaan mereka. Gaya kepimpinan pula

    sebalinya didefinisikan sebagai:

    ..... struktur keperluan yang mendasari induvidu yang memotivasikan

    tingkah laku dalam aneka situasi kepimpinan. (1967:36)

    Gaya kepimpinan merujuk kepada matlamat dan keperluan dalam situasi-

    situasi yang berbeza. Perbezaan ini dianggap penting oleh Fiedler (1967)

    kerana tingkah laku penting untuk seseorang berubah daripada satu situasi

    ke situasi lain, struktur keperluannya yang memotivasikan tingkah laku itu

    mungkin tidak berubah-ubah.

    Pemimpin pula boleh didefinisikan sebagai suatu kuasa yang dapatmempengaruhi orang lain iaitu kuasa yang dapat menghubungkan pemimpin

    (ketua) dan juga pengikut (pekerja) untuk mendorong pekerja supaya

    menggunakan tenaga secara tersusun untuk mencapai satu matlamat.

    Pemimpin muncul apabila ada kelompok manusia. Dalam kelompok

    manusia, ketua atau pemimpin diperlukan agar segala rancangan dan

    tindakan setiap anggota kelompok dapat berjalan dengan baik. Pemimpin

    boleh dikatakan sebagai penyatu hasrat kelompok. Oleh itu, tidak ada

    kelompok yang boleh hidup sebagai sebuah masyarakat tanpa pemimpin.

    Malah dalam perkembangan kehidupan masyarakat hari ini kita tidak boleh

    memilih untuk hidup tanpa pemimpin, kita memerlukan pemimpin pada

    semua peringkat kehidupan. Ini kerana pemimpin adalah penanda atau

    pelengkap pada reka bentuk organisasi. Tanpa pemimpin juga carta

    organisasi tidak akan sempurna dan organisasi tidak akan kekal lama

    (Robiah K. Hamzah 2001: 18).

    Pemimpin juga berfungsi sebagai penentu sempadan bidang kuasa dan

    Page 3 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    4/19

    tindakan antara peringkat bawahan dengan peringkat atasan. Tanpa

    pemimpin hukum beradat dalam masyarakat tidak akan wujud. Dengan cara

    ini sahaja sesebuah organisasi akan berjaya mengalami perubahan.

    Pemimpin juga merupakan penggerak utama dalam sesebuah organisasi.

    Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak akan dapat bergerak lancar

    kerana tiada pengawasan dan pengarahan. Kebiasaanya orang yang sanggup

    menjadi pemimpin ingin mendapatkan kedudukan, kekayaan, kekuasaan dan

    juga ingin benar-benar mendapatkan kepuasan untuk berkhidmat pada

    kelompoknya. Kepuasaan ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk

    kelompoknya (Robiah K. Hamzah 2001: 19).

    4.1 CIRI-CIRI KEPIMPINAN

    Bagi menjadi seorang ketua tak kira apa jua jenis kepimpinan, maka

    seseorang itu memerlukan ciri-ciri kepimpinan tertentu. Sebenarnya banyak

    ciri-ciri kepimpinan yang boleh dibincangkan. Oleh itu seorang ketua

    haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Di bawah ini dihuraikan ciri-ciri

    tersebut:-

    a) Sihat - Seorang ketua hendaklah sihat tubuh badannya dan sihat

    mentalnya. Seseorang itu tidak boleh memimpin apa jua jenis kegiatan jika

    ia tidak sihat dan tidak mempunyai kecergasan fizikal yang secukupnya.

    Mental yang sihat pula akan membolehkan seseorang ketua itu sentiasa

    bertindak waras dan rasional.

    b) Minat dan dedikasi minat yang mendalam di dalam bidang yang

    dipimpin hendaklah wujud di dalam jiwa seorang ketua. Tanpa minat

    seseorang ketua tidak akan berjaya memimpin kumpulan-kumpulannya didalam bidang yang dipimpin. Minat yang mendalam biasanya akan

    melahirkan semangat gigih, rajin bekerja atau dedikasi. Tanpa sifat gigih

    dan dedikasi seseorang ketua itu tidak akan berjaya membangunkan

    kumpulan tersebut.

    c) Sikap sosial seorang pemimpin kegiatan luar hendaklah mempunyai

    sikap sosial yang baik. Ia hendaklah mengasihi orang dipimpinnya,

    menerima mereka sebagai ahli kumpulan, bertolak ansur, bertimbang rasa,

    adil, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu meluangkan masa bagi

    mendengar masalah ahli kumpulan.

    d) Taat Setia Ketua hendaklah juga taat setia kepada kumpulan sebagai

    mana ia mengharapkan kumpulannya berbuat perkara yang sama

    terhadapnya. Ia mesti mementingkan kumpulannya dari kumpulan lain. Ia

    mesti sentiasa berdiri teguh di belakang kumpulan. Segala susah payah dan

    tumbang bangun kumpulan adalah juga adalah susah payah dan tumbang

    bangun ketua itu.

    e) Pintar Seseorang pemimpin mestilah pintar. Orang yang pintar dapat

    Page 4 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    5/19

    menganalisa sesuatu keadaan atau permasalahan yang baik serta dapat

    memisahkan antara perkara yang penting dengan yang tidak. Dengan

    demikian beliau dapat menghasilkan pendapat-pendapat atau rumusan yang

    bernas lagi berkesan. Orang yang bodoh sudah tentu tidak layak memimpin

    orang lain. Perlu ditekankan bahawa orang yang pintar tidak semestinya

    orang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Orang yang pintar

    biasanya berpandangan jauh dan cepat peka terhadap apa yang berlaku di

    sekitarnya. Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan kumpulan.

    f) Daya usaha Daya usaha atau inisiatif adalah satu kualiti yang membuat

    seseorang itu dapat bergerak atau bekerja tanpa menunggu arahan atau

    gesaan dari mana-mana pihak. Orang yang bekerja di atas dasar seperti

    pahat dengan pemukul adalah tidak sama sekali layak dijadikan ketua.

    Ketua yang mempunyai daya usaha akan sentiasa melahirkan program-

    program aktiviti-aktiviti atas sesuatu untuk kumpulan. Tanpa aktiviti

    kumpulan akan menjadi statik. Orang yang mempunyai inisiatif adalah

    biasanya orang yang kreatif dan produktif.

    g) Berani ciri ini membolehkan ketua supaya terus dapat memimpin

    kumpulan walau di dalam apa keadaan sekali pun. Ketua yang (samada dari

    segi fizikal atau moral) dapat melahirkan keputusan yang sukar dan berat. Ia

    berani bertanya, berani berhadapan orang ramai, berani menegur dan

    sentiasa bersifat cekal di dalam kecemasan. Tetapi perlu ditekankan bahawa

    berani yang dimaksudkan di sini bukanlah berani yang tidak berasas dan

    membabi buta sehingga terkeluar dari batas logik dan kewarasan. Seorang

    ketua yang berani membabi buta adalah lebih merbahaya.

    h) Jujur Dengan bersifat jujur seorang ketua akan sentiasa berterus-terangkepada kumpulannya. Jika ia tidak tahu mengenai sesuatu perkara ia akan

    mengatakan tidak tahu. Jika ia belum melakukannya sesuatu perkara maka

    ia akan berkata ia belum melakukannya. Sementara ketua yang tidak jujur

    atau membohongi kumpulannya dengan beberapa alasan yang hebat.

    Seorang yang jujur ialah juga orang yang amanah. Kumpulan akan sejahtera

    jika ketua tidak menyeleweng samada dari segi tugas moral atau material.

    i) Disiplin Ketua yang berdisiplin akan dicontohi dan dipatuhi oleh

    pengikutnya. Di dalam ciri-ciri disiplin yang tinggi adalah diperlukan demi

    menjaga nama dan keselamatan kumpulan. Segala arahan peraturan dan

    etika perlu dipatuhi sepenuhnya. Ketua yang berdisiplin akan sentiasa

    mematuhi perkara-perkara tersebut dan selanjutnya ia akan menentukan pula

    supaya kumpulan juga berbuat demikian. Hanya mereka yang berdisiplin

    sahaja boleh mendisiplinkan orang lain. Disiplin yang dimaksudkan disini

    bukan setakat mematuhi arahan dan peraturan sahaja tetapi juga termasuk

    dari segi mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak

    baik.

    Page 5 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    6/19

    j) Tegas dan fleksibel Dengan bersifat tegas seseorang ketua itu akan di

    yakini oleh kumpulan. Keputusan dan arahannya akan dipatuhi tanpa

    keraguan dan kelewatan. Ketua yang tegas akan disegani oleh pengikutnya.

    Ketegasan adalah perlu terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan.

    Seseorang yang tegas diterima adalah orang yang berdisiplin dan berani.

    Seseorang ketua hendaklah pula bersifat fleksibel pada ketika-ketika tertentu

    terutama sekali bagi tujuan keselamatan kumpulan. Sebagai contoh ia

    haruslah boleh memilih cara lain apabila satu cara yang dirancangkan itu

    membahayakan kumpulan.

    k) Yakin Seseorang pemimpin hendaklah yakin kepada dirinya sendiri.

    Yakin kepada diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang ada, yakin

    kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat untuk kumpulan

    dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan sendiri. Dengan

    demikian seseorang ketua dapat menjalankan tugasnya tanpa ragu-ragu.

    Ketua yang ragu-ragu kepada dirinya sendiri tidak akan mempunyai

    kekuatan dalaman untuk memimpin orang lain.

    (http://www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.html [29.5.07].

    5.1 GAYA KEPIMPINAN

    Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif

    melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja. Seorang

    pemimpin tidak semestinya hanya seorang Pengarah ataupun seseorang

    yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang

    mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat juga boleh

    diklasifikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpinmenggunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman, tahap senioriti dan

    sebagainya (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    Gaya kepimpinan dalam kajian Fiedler adalah hubungan peribadi apabila

    seseorang mengarah, menyelaras dan menyelia orang lain dalam

    pelaksanaan tugas bersama. Pemimpin mengurus kelompok dengan salah

    satu cara memberitahu orang apa yang hendak dibuat dan bagaimana hendak

    membuatnya atau berkongsi tanggungjawab kepimpinan dengan anggota-

    anggota kelompok dan melibatkan mereka dalam perancangan pelaksanaan

    tugas. Fiedler tidak menafikan terdapat berbagai-bagai gaya antara kedua-

    dua gaya kepimpinan ini tetapi asasnya ialah kerja-kerja memotivasi dan

    menyelaraskan ahli kelompok dilakukan dengan dua gaya kepimpinan ini.

    Gaya ini boleh difahami daripada cara seseorang menilai rakan sekerjanya

    yang paling tidak disukainya (LTC). Pertama dipanggil LPC-rendah dan

    kedua LPC-tingg (Aminuddin Mohd. Yusof 1994:14).

    Page 6 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.htmlhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.angelfire.com/az/progscoutkedah/kepimpinan.html
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    7/19

    Gagasan teori kepimpinan ini mempunyai akarnya dalam teori hubungan

    antara perseorangan. Dalam kajian asalnya yang memeriksa hubungan

    antara ahli terapi dengan pelanggannya, Fiedler mendapati ahli terapi yang

    baik reputasinya cenderung menghuraikan pesakitnya sebagai sama dengan

    dirinya. Sementara yang tidak baik reputasinya menghuraikan pesakit tidak

    sama dengan dirinya. Ukuran ini, yang dipanggil persamaan andaian

    (Assumed Similarity A.S.) (Aminuddin Mohd. Yusof 1994:14).

    6.1 TEORI-TEORI KEPIMPINAN

    Umumnya organisasi boleh dibahagikan kepada tiga model iaitu model

    pertama dinamakan pendekatan klasik atau pendekatan mekanistik, kedua

    adalah pendekatan neo-klasik dan ketiga adalah pendekatan sistem. Model

    pendekatan klasik mempunyai ciri-ciri seperti menganggap manusia setaraf

    dengan mesin dan peralatan lain dalam organisasi, mengganggap manusia

    sebagai sejenis makhluk ekonomi yang rasional dan hanya berminat kepada

    wang, mempunyai struktur organisasi yang bersifat birokrasi dengan

    hierarki yang jelas, mempunyai komunikasi sehala (dari atas ke bawah) dan

    juga mempunyai pembahagian kerja yang jelas dengan penekanan pada

    tugas. Semua tugas ini dirumuskan secara saintifik hingga model ini digelar

    sebagai pengurusan saintifik yang mempercayai bahawa hanya terdapat satu

    sahaja cara bekerja yang terbaik dan berkesan. Gaya kepimpinan ini adalah

    bersifat autokratik atau dipanggil juga teori X.

    Model organisasi yang kedua adalah pendekatan neo-klasik (hubungan

    manusia). Model ini memberi penekanan kepada peranan pengurus

    pemimpin organisasi dengan andaian bahawa manusia bukan hanya semata-

    mata mahkluk ekonomi, tetapi juga mahkluk sosial yang mempunyai

    peranan, nilai, sentimen dan rasa setia kawan. Model ini menekankan

    peranan pengurus dalam organisasi yang memberi implikasi yang penting

    pada komunikasi dan gaya kepimpinan. Corak kepimpinan bersifat

    demokratik dan bersikap positif terhadap pekerja. Dalam model ini

    komunikasi adalah bersifat dua hala dan pekerja diberi sedikit kebebasan

    untuk membuat keputusan. Keadaan ini merupakan teori Y.

    Model organisasi yang ketiga ialah pendekatan sistem. Model ini memberi

    tumpuan pada organisasi secara keseluruhan, secara sepadu sebagai suatu

    sistem terbuka yang mempunyai dua jenis persekitaran iaitu dalaman dan

    juga luaran. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh

    itu organisasi adalah satu subsistem dan sistem yang lebih besar yang di

    Page 7 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    8/19

    dalamnya mengandungi subsistem yang lain pula.

    Keberkesanan sesebuah organisasi dapat diukur melalui keuntungan dan

    produktiviti serta kepuasan dikalangan pekerja. Namun kedua-dua faktor ini

    adalah bertentangan. Produktiviti boleh dicapai tanpa kepuasan bekerja dan

    sering kali pula kepuasan bekerja tercapai tanpa produktivitinya yang tinggi.

    Oleh sebab itu ada induvidu yang menganjurkan supaya keberkesanan itu

    diukur daripada keupayaan sesebuah organisasi mendapatkan dan

    menggunakan sumber dengan cekap untuk mencapai matlamat organisasi.

    Kesimpulannya sesebuah organisasi dikatakan berkesan apabila pekerjanya

    melakukan tugas dengan baik ( doing the right thing right) dan melakukan

    tugas yang betul (doing thing right). Kedua-dua sikap dan amalan ini

    memerlukan pemikiran yang strategik dan latihan yang sesuai dengan jenis

    kerja yang hendak dilakukan. Andainya kedua-dua faktor ini diutamakan,

    sesebuah organisasi akan berjaya.

    Organisasi yang produktif dan berjaya tahu mengimbangkan keperluan

    fizikal dan manusia. Namun dalam operasinya ia memberi fokus pada aspek

    manusia secara sedar dan teratur oleh pemimpin organisasi. Organisasi juga

    perlu peka pada standard yang tinggi yang dapat di capai, bukan sekadar

    berbangga dengan slogan kosong. Organisasi yang berjaya juga memiliki

    ahli-ahli yang iltizam terhadap peranan dan tugas masing-masing berasaskan

    sikap saling percaya-mempercayai antara pihak pengurusan dengan pekerja

    tanpa sebarang motif untuk menipu (dari pihak pengurusan) atau sabotaj

    (daripada pihak pekerja), iltizam ini berasaskan kejujuran dan keikhlasanyang harus dimulakan oleh pemimpin yang sentiasa memberi bimbingan

    kepada pekerjanya. Organisasi yang produktif dan berjaya tidak terikat

    kepada model atau struktur yang tertentu tetapi terikat pada standard, etos

    organisasi dan kebajikan para pekerja.

    6.1.1 Teori Latar

    Teori dan kajian kepimpinan sebagai satu cabang psikologi sosial

    mengambil begitu banyak konsep dan model yang berasal daripada ahli-ahli

    falsafah Eropah, ahli-ahli Psikologi dan ahli sisiologi. Kepimpinan kini

    didekati melalui empat perspektif yang berbeza iaitu perspektif dinamik

    kelompok , perspektif konflik, perspektif keperluan dipelajari dan perspektif

    penghakikian diri. (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

    a) Pendekatan-pendekatan teori

    i. Pendekatan Tret

    Usaha mendekati fenomena kepimpinan bermula dengan pendekatan tret.

    Page 8 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    9/19

    Terdapat kepercayaan yang meluas pada abad ke-20 bahawa pemimpin

    adalah semula jadi bukan dibentuk. Pemimpin dianggap lebih tinggi

    kedudukannya daripada anggota-anggota lain dalam kelompok dan diberi

    sifat-sifat ketuhanan. Pemimpin juga diistilahkan sebagai orang kenamaan

    yang mana seseorang pemimpin itu mempunyai sifat-sifat yang tinggi untuk

    orang lain mengikutinya (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

    Kajian Teori tret selalunya mengambil bentuk pembandingan sifat-sifat

    fizikal, intelek dan personaliti antara pemimpin dengan pengikut. Mengikut

    kajian Cartwright dan Zander menyatakan pemimpin adalah lebih besar saiz

    fizikalnya dan lebih cerdas daripada anggota-anggotan lain. Pemimpin yang

    diterima dengan baik menunjukkan penyesuaian yang lebih baik dalam

    pelbagai ujian personaliti. Manakala kajian yang berpusatkan kemahiran

    pemimpin lebih cenderung kepada memberi maklumat dan lebih kerap

    membuat penjelasan tentang sesuatu situasi berbanding dengan lain-lain

    anggota. Kepercayaan terhadap peranan tret ini jugalah yang melahirkan

    pandangan tentang sifat karisma (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

    ii Pendekatan Fungsi

    Kajian-kajian ini tidak lagi cuba mencari tret-tret pemimpin tetapi cuba

    menjawab soalan apakah tindakan yang dikehendaki oleh kumpulan kalau

    mereka ingin mencapai tugas yang dikehendaki, dan bagaimana anggota-

    anggota kumpulan yang berbeza mengambil bahagian dalam tindakan-

    tindakan tersebut. Kepimpinan dianggap sebagai melaksanakan fungsi

    kumpulan. Oleh sebab itu ia mengandungi tindakan anggota-angota yangmembantu menetapkan matlamat kumpulan, menggerakan kumpulan ke

    arah mencapai matlamat, memperbaiki kualiti interaksi antara anggota-

    anggota dan memastikan adanya sumber-sumber bagi kumpulan

    (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 59).

    Matlamat utama pendekatan ini ialah untuk mencari ciri-ciri tingkah laku

    yang perlu untuk terus hidup dan mencapai matlamat. Menurut Cartwright

    dan Zander, kebanyakan objektif kumpulan boleh disimpulkan dibawah satu

    daripada dua perkara, pertama pencapaian matlamat kumpulan tertentu dan

    kedua penyelenggaraan atau pengukuhan kumpulan itu sendiri. Ini

    bermakna setiap tingkah laku dalam kumpulan mestilah dapat menyumbang

    kepada pencapaian tugas dan penyelenggaraan kumpulan sungguhpun

    kedua-dua peranan ini boleh dimainkan oleh mana-mana anggota dalam

    kumpulan (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 59).

    iii Pendekatan Tingkah Laku

    Page 9 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    10/19

    Daripada pendekatan tret juga telah melahirkan teori tingkah laku yang cuba

    menerangkan fenomena kepimpinan berasaskan pola tingkah laku yang

    didefinisikan sebagai tindakan atau gaya pemimpin. Banyak teori tingkah

    laku yang telah diuji, kesemuanya mengandungi unsur-unsur dimiliki (gaya

    kepimpinan). (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 60).

    b) Contoh Tokoh Pemimpin Teori Latar

    Tokoh yang dapat disesuaikan dengan teori ini ialah Sidharta Gautama

    Budha. Beliau dilahirkan pada 563 SM di Taman Lumbini Kapilawastu, dari

    keturunan keluarga Shakya. Bapanya adalah seorang Raja yang bernama

    Sudhadana dan ibunya bernama Maya. Beliau tinggal di sebuah istana yang

    lengkap dengan segala kemewahan. Kepimpinan yang dimilikinya bukan

    dibentuk, tetapi secara semulajadi. Ketika beliau di dalam kandungan,

    seorang ahli nujum memberitahu bapanya bahawa anak yang akan

    dilahirkan ini akan menjadi seorang pengasas agama. Mendengar berita

    tersebut bapanya bimbang kerana beliau adalah satu-satunya pewaris yang

    bakal menduduki takhta bagi menggantikannya kelak. Bapanya berusaha

    sedaya upaya untuk mengelak beliau daripada menjadi pengasas agama

    dengan menyediakan segala kemewahan. Walau bagaimanapun, semua itu

    tidak dapat mengubah pendiriannya.

    Dalam agama yang telah diasaskan oleh beliau ini terkandung ajaran-ajaranyang menyuruh manusia ke arah kebaikan. Sifat-sifat kepimpinan yang

    dimilikinya mendorong pengikut-pengikutnya menganggap beliau sebagai

    Tuhan.

    6.1.2 Teori Kontingensi Fiedler

    Teori ini mengandaikan bahawa tidak munasabah untuk menjangkakan

    bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap

    masa lebih baik daripada orang lain. Setiap pemimpin yang mempunyai ciri

    yang baik akan berbeza daripada kelompok dengan kelompok yang lain dan

    situasi dengan situasi yang lain (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 62).

    Istilah Kontingensi bermula apabila Fiedler mengemukan model

    Kontingensinya berasaskan andaian bahawa jenis sikap dan tingkah laku

    kepimpinan yang paling berkesan adalah bergantung kepada situasi tugas

    kelompok. Teori ini bermula sebagai pendekatan tret kerana Fiedler

    Page 10 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    11/19

    menumpukan perhatian kepada aspek sikap pemimpin. Fiedler pada

    mulanya menghipotesiskan bahawa persepsi pemimpin terhadap rakan-

    rakan sekerjanya mencerminkan sikap penting yang releven dengan tugas

    dan ini akan mempengaruhi interaksi dan prestasi kelompok. Untuk menarik

    makna psikologi daripada penemuan-penemuan yang signifikan, Fiedler

    mengembangkan teorinya menjadikan teori Kontingensi (Aminuddin Mohd.

    Yusof 1994: 63).

    a) Situasi Kepimpinan

    Model ini menetapkan jenis situasi tempat yang tinggi LPC-nya lebih

    berkesan daripada pemimpin yang rendah LPC-nya. Hubungan antara

    kedua-dua hirarki motif (LPC tinggi dan LPC rendah) ini dengan kriteria

    kebekersanan bergantung kepada pemboleh ubah situasi yang kompleks

    iaitu hubungan pemimpin pengikut, struktur tugas dan kuasa jawatan.

    Hubungan pemimpin pengikut melibatkan sejauhmana pemimpin diterima

    dan disukai iaitu hormat dan taat setia anggota-anggota kepada pemimpin

    itu. Bagi Fiedler ini adalah unsur terpenting dalam menentukan pengaruh

    pemimpin dalam kelompok kecil. Pemimpin yang diterima dengan sepenuh

    hati akan membuatkan orang bawahannya menjalankan kerja dengan lebih

    baik. Hubungan ini bagi Fiedler mungkin menjadi kuat seperti hubungan

    bapa anak dalam proses psiko analisis Frued. Ini juga berlaku dalam

    kelompok-kelompok yang anggotanya bergantung kepada kemahiran dan

    kebaikan pemimpin seperti dalam kelompok bilik darjah dimana guru ada

    kuasa kepakaran dalam mata pelajaran berkenaan (Aminuddin Mohd. Yusof

    1994: 63).

    Dimensi kedua dalam membentuk situasi ini ialah struktur tugas. Tugas

    kelompok adalah diberi oleh organisasi yang memiliki kelompok itu untuk

    mencapai matlamatnya. Bila struktur tugas tinggi maka organisasi melalui

    ketua kelompok boleh mengawal sejauhmana tugas yang akan dilaksanakan.

    Sesiapa yang melakukan kesalahan akan mudah dapat dilihat. Tugas seperti

    ini tentulah meletakkan pemimpin dalam keadaan yang sukar berbanding

    dengan tugas yang boleh diprogram dengan teratur dan terkawal. Dimensi

    ketiga dalam situasi kepimpinan ialah kuasa jawatan iaitu sejauhmana

    jawatan itu membolehkan pemimpin membuat anggota-anggota

    kelompoknya mematuhi dan menerima arahan kepimpinannya. Fiedler

    menyarankan ketiga-tiga dimensi ini bergabung untuk membentuk

    keberuntungan situasi (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 64).

    b) Contoh Pemimpin Teori Kontingensi Fiedler

    Pemimpin Teori Kontingensi Fiedler ini boleh dilihat dalam kepimpinan

    Page 11 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    12/19

    Jemaah al-Arqam iaitu Ustaz Asaari Muhammad yang dianggap oleh semua

    pengikutnya sebagai pemimpin agung. Pengikut-pengikut al-Arqam ini

    terkenal dengan taat setia mereka terhadap pemimpin sehingga mereka

    menerima apa sahaja ajaran tanpa menafikannya. Sebelum ini, Jemaah al-

    Arqam adalah satu badan dakwah yang aktif dan gigih menyebarkan ajaran

    Islam yang bercirikan ajaran tasawwuf. Hasil daripada kegigihan jemaah ini,

    akhirnya mereka berjaya menarik sebahagian masyarakat Islam di Nusantara

    amnya dan Malaysia khasnya untuk menyertai kumpulan mereka.

    Kebanyakkan masyarakat tertarik dengan jemaah ini disebabkan oleh imej

    kepimpinan yang ditunjukkan oleh Asaari. Sifat beliau yang cukup bijak

    dalam setiap strategi dakwahnya, mendorongnya mengambil kira setiap

    aspek. Contohnya, beliau akan memahami dahulu suasana masyarakat yang

    disasarka seperti budaya, agama, amalan dan geografi. Beliau bijak

    meyesuaikan kumpulan yang dipimpin olehnya dengan masyarakat dan

    mudah mesra. Jikalau beliau pergi kepada masyarakat Kristian di luar

    negara, imej yang dibawa lebih kepada orang korporat yang datang untuk

    mencari rakan perniagaan, bukan sebagai pendakwah. Ini kerana orang

    Kristian cukup anti-Islam. Dalam pada masa yang sama, beliau menyelitkan

    dakwah secara berhemah dan kasih sayang. Strategi-strategi ini menarik

    ramai masyarakat menjadi pengikutnya.

    6.1.3 Teori Laluan Matlamat

    Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan

    kejayaan sesebuah organisasi. Teori Kepimpinan Laluan Matlamat (PathGoal Theory) yang diperkenalkan oleh Robert House mencadangkan

    bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya dilihat sebagai suatu tindakan

    yang boleh memotivasikan pekerja

    (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    Seorang pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya

    kepimpinannya dengan perwatakan pekerja dan agenda tugas sesebuah

    organisasi. Dengan ini, pemimpin akan memahami bahawa pekerja akan

    termotivasi sama ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk

    mencapai sesuatu tugas yang diberikan ataupun mereka dapat menjangkakan

    hasil kerja yang akan disiapkan ataupun berkepercayaan tentang aspek

    penghargaan yang akan diberikan berkaitan dengan hasilnya

    (http://www.johordtgov.my/%20pmbj/v2/%20index [24.5.07]).

    Justeru, adalah menjadi cabaran kepada seseorang pemimpin untuk

    menggunakan gaya kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan

    motivasi pekerja. Pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen yang

    difikirkan dapat mengisi keperluan pekerja bagi mencapai matlamat

    Page 12 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordtgov.my/%20pmbj/v2/%20indexhttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://www.johordtgov.my/%20pmbj/v2/%20indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    13/19

    organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang

    boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu:

    a) Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

    Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi penjelaskan kepada

    pekerja. Pemimpin memberikan arahan mengenai sesuatu tugas. Dengan

    menyertakan mengenai apakah harapannya berkaitan tugas tersebut.

    Pemimpin juga turut memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh

    disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan untuk

    menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada pekerja secara

    spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal dan kefahaman yang jelas

    untuk memulakan sesuatu tugasan yang diberikan

    (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    b) Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

    Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada pekerja.

    Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang pemimpin.

    Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana kerja yang

    menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, seorang pemimpin melayan

    pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut menghormati status

    kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu mewujudkan suasana

    mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh rela hati bagi melaksanakan

    sesuatu tugasan (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    c) Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

    Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan penyertaan

    pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu keputusan. Pemimpinmembuka ruang untuk rundingan kepada pekerja agar mereka dapat

    menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga dengan peluang untuk

    meningkatkan cadangan dalam sesuatu keputusan berdasarkan persetujuan

    organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index[24.5.07]).

    d) Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented

    Leadership)

    Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk

    melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka.

    Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang

    berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang tinggi

    bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai matlamat bagi

    cabaran tersebut (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk

    menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka

    kepada penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia

    lebih tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka

    Page 13 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    14/19

    lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna

    (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).

    e) Contoh Negeri yang Mengamalkan Laluan Matlamat

    Bagi merealisasikan agenda pembangunan negeri Johor melalui program

    Kerajaan Cekap, aspek kepimpinan adalah elemen yang sangat penting

    dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau jabatan. Pemimpin

    berperanan membentuk organisasi yang berkesan dari pelbagai sudut,

    terutamanya dalam memotivasikan pekerja. Motivasi pekerja perlu

    diperbaharui dari semasa ke semasa agar pencapaian tugasan dalam

    organisasi terus meningkat dan berkesinambungan. Kecemerlangan dalam

    pembangunan negeri adalah terhasil melalui kecemerlangan modal insan

    dalam setiap organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index

    [24.5.07]).

    Setiap organisasi terutamanya jabatan-jabatan kerajaan perlu

    diperlengkapkan dengan pengetahuan mengenai gaya kepimpinan.

    Demikian agar persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan.

    Pencapaian dalam tugasan sesebuah organisasi juga akan lebih meningkat

    dengan pemantauan serta keprihatinan para pemimpin yang terdapat di

    dalam sesebuah organisasi (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index

    [24.5.07]).

    Kesimpulannya, pemimpin perlu mengarah (directive) jika sesuatu tugasan

    yang dihadapi adalah kompleks; sekiranya tugasan bersifat kurang

    mendesak, gaya menyertai (participative) pula boleh digunakan; jika pekerja

    mempunyai keinginan ke arah kecekapan berganda, gaya berorientasikan

    pencapaian (achievement oriented) boleh dimanipulasikan; manakala gayaberasaskan penyertaan (participative) pula digunakan bagi pekerja yang

    memerlukan kawalan (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]

    6.1.4 Teori sumber Kongnitif

    Teori ini menyatakan bahawa kebolehan intelek pemimpin merupakan

    sumber utama kepada rancangan, keputusan dan strategi yang memandu

    tindakan kelompok, rancangan, keputusan dan strategi ini dikomunikasikan

    kepada kelompok dalam bentuk tingkah laku yang mengarah dan akan

    dilaksanakan jika kelompok menyokong pemimpin dan matlamat organisasi

    (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 75).

    Teori sumber Kognitif membawa dua andaian dan tujuh hipotesis. Salah

    satu hipotesis ini menghubungkan teori baru dengan teori asal. Hipotesis ini

    menyatakan bahawa unsur kontingensi iaitu LPC dan kawalan situasi yang

    terbentuk daripada struktur tugas, hubungan pemimpin pengikut dan kuasa

    jawatan. Ia meramalkan bukan sahaja prestasi kepimpinan tetapi juga

    Page 14 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/indexhttp://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    15/19

    tingkah laku pemimpin. Tingkah laku pemimpin ini pula menentukan

    bagaimana kebolehan intelek memberi sumbangan kepada tugas. Hipotesis

    inilah yang memberi saranan kepada kemungkinan menggabungkan

    pembolehubah-pembolehubah daripada teori asal Fiedler dengan teori laluan

    matlamat (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 75).

    a) Contoh Pemimpin Teori sumber Kongnitif

    Tokoh yang dapat disesuaikan dalam teori ini adalah Tun Dr. Mahathir bin

    Mohamad. Di Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilihat sebagai

    seorang pemimpin berintelektual tinggi. Ini dapat dilihat apabila beliau telah

    mengemukakan wawasan 2020, walaupun jangka masa itu jauh lagi. Beliau

    hadir sewaktu Malaya diliha memerlukan seseorang intelektual yang mampu

    berfungsi sebagai seorang pemikir dan beliau sesungguhnya adalah seorang

    thinking politician yang lebih terserlah berbanding dengan tokoh sezaman

    dengannya (Sivamurugan 2005: 32).

    Edward Shils menganggap sekadar mempunyai prasarana masih belum

    berupaya memastikan berubahnya daya intelektual. Tun Dr. Mahathir dilihat

    mengeksploitasi suasana dan menggunakan krisis semasa untuk

    mengetengahkan daya intelektualnya. Golongan intelektual lazimnya

    terserlah dalam suasana krisis dan krisis 13 Mei 1969 boleh dianggap

    sebagai sebahagian daripada modern intellectual culture kerana it carries

    with it a partial transformation of the self and a changed relationship to the

    authority of the dead and the living. Ciri-ciri yang telah digariskan olehEdward ini kebetulannya terdapat pada Tun Dr. Mahathir dari aspek

    pekerjaan iaitu sebagai seorang professional, sementara menggunkan politik

    sebagai arena yang menyerlah keberkesanan dan kebolehannya sebagai

    pemikir dan intelektual. Beliau merupakan seorang pemikir intelektual yang

    meneroka alam pemikiran dan melihat sesuatu secara radikal dalam usaha

    untuk membangunkan orang Melayu (ibid).

    Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin yang unik berbanding

    dengan kepimpinan sebelum ini. Hal ini kerana sejak beliau mengambil alih

    kepimpinan Negara pada tahun 1981, rakyat mengharap perubahan

    memandangkan beliau merupakan tokoh yang berwawasan, berjiwa rakyat,

    radikal dan dahagakan kemajuan untuk menjadi Malaysia sebagai sebuah

    negara berdaya saing. Keintelektualan beliau ini jelas boleh dilihat daripada

    penulisan beliau sehingga kini yang telah dimuatkan dalam akhbar-akhbar

    seperti The Straits Times dan The Sunday Times,The Malay Dilemma, The

    Challenge, Way Forward dan A New Deal For Asia untuk mengupas idea-

    Page 15 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    16/19

    idea beliau.

    6.1.5 Teori Bidang Daya Penggerak

    Teori ini dikemukakan oleh Kurt Lewin (1952). Mengikut teori ini sebarang

    tingkah laku adalah akibat keseimbangan antara daya penggerak tolakan dan

    daya penggerak penghalang. Daya penggerak tolakan mendorong ke satu

    arah, manakala daya penggerak penghalang mendorong ke arah yang lain.

    Prestasi yang muncul merupakan penyesuaian bagi kedua-dua set daya

    penggerak itu. Peningkatan daya penggerak tolakan mungkin akan

    meningkatkan prestasi atau sebaliknya, iaitu berlaku peningkatan daya

    penggerak menghalang. Contohnya apabila Pengetua meminta guru-guru

    bertugas di luar kemampuan dengan andaian akan meningkatkan kualiti

    kerja. Tindakan ini mungkin boleh menyebabkan kebencian dan sikap

    memberontak yang boleh mengurangkan tahap kerajinan dan kreativiti

    seseorang guru. Mungkin melalui pendekatan yang betul dan terancang

    boleh mengubah kepercayaan dalaman, guru-guru akan sukarela

    melaksanakan perubahan dengan lebih efisyen. Jadual 1 boleh menjelaskan

    Teori Bidang Daya Penggerak oleh Kurt Lewin.

    Daya Penggerak Bagi Perubahan

    Daya Penggerak Bagi Mengekalkan Status

    (Daya Penggerak Tolakan)

    (Daya Penggerak Menghalang)

    Teknologi Baru

    Norma-norma Prestasi Kumpulan

    Input Yang LebihKebimbangan Terhadap Perubahan

    Persaingan Dari Kumpulan Lain

    Rasa Kepuasan Anggota

    Tekanan Penyelia

    Kemahiran Yang Dikuasai

    Tingkat Prestasi Semasa

    Tingkat Prestasi Yang Lebih Tinggi

    Jadual 1.

    Teori ini menjelaskan perubahan organisasi boleh dipengaruhi oleh

    perubahan manusia, teknologi, perubahan struktur organisasi, proses dan

    keadaan. Proses perubahan dianggap sebagai satu sistem di mana jika salah

    satu faktor tersebut berubah, maka faktor lain juga turut berubah. Ia

    menjelaskan perubahan perlakuan berlaku hasil dari tiga peringkat

    perubahan iaitu :

    Peringkat pencarian.

    Perubahan baru.

    Page 16 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    17/19

    Pembentukan semula.

    Peringkat pencairan melibatkan tindakan menjadikan keperluan bagi

    perubahan begitu ketara sehinggakan individu, kumpulan atau organisasi

    dapat melihat atau menerimanya dengan baik. Perubahan baru memerlukan

    seorang agen perubahan yang terlatih untuk memupuk nilai, sikap dan

    perilaku yang baru melalui peroses-proses pengenalpastian dan penjiwaan.

    Para anggota organisasi mengenalpasti nilai, sikap dan perilaku yang dibawa

    oleh agen perubahan dan menjiwainya apabila mereka telah melihat

    keberkesanannya. Peringkat terakhir iaitu pembentukan semula bererti

    memantapkan pola perilaku yang baru itu dengan bantuan alat-alat

    sokongan, supaya ia menjadi norma yang baru

    (http://www.geocities.com/padeat68/%20jurnal_Institut%20Pengetua%

    20.htm [24.5.07]).

    6.1.6 Teori Kepimpinan Karismatik

    Teori Kepimpinan Karismatik dirujuk kepada kepimpinan yang berwibawa

    dan mampu mempertahankan kepimpinannya kerana pemimpin tersebut

    dilihat seolah-olah sebagai saviors of the nations. Pemimpin yang

    mengamalkan teori ini dianggap sebagai agen perubahan, mereka cepat

    melihat kekurangan dalam apa-apa keadaan sekalipun dan mampu bertindak

    secara drastik dan professional. Pemimpin seperti ini tidak merasa puas dan

    sentiasa mencari kesempatan untuk membuat perubahan. Pemimpin seperti

    ini juga tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir serta ingin melihat

    hasil perubahan dengan cepat (Jay A. Conger 1996: 34-35).

    a) Contoh tokoh Teori Kepimpinan Karismatik

    Tokoh yang dapat disesuaikan dengan teori ini adalah seperti Archie

    McGill. Beliau merupakan seorang tokoh yang berani dan penuh wawasan.

    Beliau terkenal dengan sifat yang tidak pernah duduk berdiam diri, ciri-ciri

    ini menggambarkan bahawa beliau adalah seorang yang berkarismatik.

    Ketokohan beliau dilihat sewaktu American Telephone and Telegraph

    (AT&T) mengambil beliau bekerja sebagai pengarah pemasaran di syarikat

    itu pada awal tahun 1970. Sewaktu menjawat jawatan tersebut, beliau bijak

    menangani masalah-masalah yang timbul dalam syarikat. Ini dapat dilihat

    pada waktu itu, pemasaran telah dibanjiri oleh produk pesaing dari seluruh

    dunia. Keadaan ini menyebabkan pasaran pemasarannya merosot sama

    sekali. Bagi menghindari daripada berulang lagi,beliau telah berpaling

    kepada pasaran luar. Bagi beliau, tanggapan cepat terhadap jualan lebih

    penting daripada infisiensi intern (Jay A. Conger 1996: 21-23).

    Selain Archie McGill, terdapat tokoh lain juga yang boleh dikaitkan dengan

    Page 17 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://www.geocities.com/padeat68/%20jurnal_Institut%20Pengetuahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://www.geocities.com/padeat68/%20jurnal_Institut%20Pengetua
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    18/19

    teori kepimpinan ini seperti Mahatma Gandhi, John F. Kennedy, Peron,

    Sukarno, Tito, Castro, Mao Tze Tung, Nelson Mandela dan Ayatollah

    Khomeini (Sivamurugan 2005: 11).

    7.1 PENUTUP

    Setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin sesebuah

    organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh

    bangunnya sesebuah organisasi bergantung kepada pemimpin. Seseorang

    pemimpin dikatakan berjaya sekiranya dia berjaya menerapkan

    kepemimpinan yang tepat di dalam organisasinya. Kejayaan sesebuah

    organisasi bergantung kepada sokongan dan sanjungan semua ahli. Untuk

    menjadi pemimpin yang berwibawa, seseorang bukan sahaja perlu

    mempunyai pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga perlu bekerja untuk

    membina kuasa dalaman lebih dari kekuatan fizikal. Daya kekuatan yang

    dimaksudkan ialah kekuatan untuk mengawal, mempengaruhi, memujuk,

    daya memaksa, mengesahkan dan daya membuat rujukan. Terdapat

    beberapa teori kepimpinan di dalam menguruskan organisasi antaranya ialah

    teori latar, teori kontigensi Fiedler, teori laluan matlamat, teori sumber

    kongnitif, teori Karismatik dan juga teori bidang daya penggerak. Teori latar

    mengambil kira kajian kepimpinan sebagai salah satu cabang psikologi

    sosial iaitu dengan melihat beberapa perspektif yang berbeza iaitu perspektif

    kelompok, perspektif konflik perspektif keperluan di pelajari dan perspektif

    penghakikian diri. Perspektif-perspektif ini pula boleh dilihat melalui tiga

    pendekatan iaitu pendekatan tret, pendekatan fungsi dan juga pendekatan

    tingkah laku. Teori kontigensi Fiedler pula mengandaikan tidak munasabah

    untuk menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap masa lebih baik daripada orang lain. Teori kontigensi

    dapat dilihat malalui situasi kepimpinan, situasi ini merupakan hubungan

    yang dijalinkan diantara pemimpin dan juga pengikut serta dimensi kedua

    dalam membentuk situasi iaitu struktur tugas. Manakala teori laluan

    matlamat pula ialah peranan kepimpinan dalam menentukan kejayaan

    sesebuah organisasi. Teori ini menggariskan empat gaya kepimpinan yang

    boleh di manfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu kepimpinan

    berorentasikan arahan, kepimpinan berorentasikan sokongan, kepimpinan

    berorentasikan penyertaan dan juga kepimpinan berorentasikan kepimpinan.

    Teori sumber kongnitif pula menyatakan bahawa kebolehan intelek

    pemimpin merupakan sumber utama kepada rancangan, keputusan dan

    strategi yang memandu tindakan kelompok, rancangan, keputusan dan

    strategi ini dikomunikasikan kepada kelompok dalam bentuk tingkah laku

    yang mengarah dan akan dilaksanakan jika kelompok menyokong pemimpin

    dan matlamat organisasi. Teori terakhir iaitu teori bidang daya penggerak

    Page 18 of 19NUUR IMAN: Gaya Dan Teori Kepimpinan

    22/5/2013http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya-dan-teori-kepimpinan.html

    http://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gayahttp://nuuriman.blogspot.com/2012/11/gaya
  • 7/30/2019 Gaya Dan Teori Kepimpinan

    19/19

    dimana sebarang tingkah laku adalah akibat keseimbangan antara daya

    penggerak tolakan dan daya penggerak penghalang.

    DICATAT OLEH NUUR IMAN DI 4:46 PG

    0 U L A S A N :

    C A T A T U L A S A N

    Masukkan ulasan anda...

    Ulas sebagai: Pilih profil...

    Terbitkan Pratonton

    Langgan Catat Ulasan [Atom]

    P A U T A N P A D A C A T A T A N I N I :

    BUAT PAUTAN