gaya kepimpinan guru besar dengan keberkesanan … kepimpinan guru besar dengan... · sarawak. soal...

24
GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH: SARATOK SARAWAX Oleh Olen @ Ulin Bin Tabor ! I Tesi s ini dilreinukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Faltulti Sains Kognitif Dan PcInbangamia Manusia UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK Jun 1998

Upload: lyhuong

Post on 31-Jan-2018

263 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH:

SARATOK SARAWAX

Oleh

Olen @ Ulin Bin Tabor

! I

Tesi s ini dilreinukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains

(Pembangunan Sumber Manusia)

Faltulti Sains Kognitif Dan PcInbangamia Manusia UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK

Jun 1998

Administrator
Page 2: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Srrawak

Adalah disahkan bahawa kami telah rnembaca tesis ini yang bertajuk "Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah: Kajian Di Daerah Saratok, Sarawak" oleh Olen @ Ufin bin Tabor, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).

f / I

~ & i k Hong Sam (Penyelia)

Prof Madya Dr Ibrahim Hamid (Pemeriksa Luar)

Page 3: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik

sendiri dan tiada bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk

menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu

kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang

lain.

Page 4: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar dan kesannya terliadap keberkesanan sekolah di daerah Saratok, Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender Behavior Description Qucstionaire) terdiri daripada 15 item untuk dimensi ‘struktur tugas ‘ dan 15 item untuk dimensi ‘timbang rasa ‘ ditadbirkan kepada 20 orang guru besar dan 172 orang guru di dua puluh buah sekolah rendah kerajaan (aliran Bahasa Melayu) di Daerah Saratok, Sarawak. Keberkesanan sekolah dalam kajian ini adalah berasaskan kepada keputusan Ujian Penil aian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 1996. Dapatan kajian menunjukkan guru besar-guru besar di Daerah Saratok mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas dan berorientasikan timbang rasa dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan guru besar-guru besar di Daerali Saratok lebih cendcrung kepada gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa berbanding dengan berorientasikan struktur tugas. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di selrolah berkesan dan di selrolah kurang berkesan. Dapatan kajian menunjukkan dari aspek gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa, guru besar di sekolah berkesan mengamalkannya lebih berbanding dengan guru besar di sekolah kurang berkesan. Berasaskan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan para guru besar diberi kursus tentang gaya-gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di sekolah dan dicadangkan agar kriteria melantik guru besar di sekolah mengambilkira bakal guru besar yang cenderung ke arah gaya kepimpinan bertimbang rasa. Kajian ini juga mencadangkan supaya kajian lanjut dilakukan dengan mengambilkira indikator-indikator yang lain dalarn menentukan sekolah berkesan dan disarankan kajian alian datang juga perlu mengambilkira sampel dari sekolah aliran Bahasa Cina.

Page 5: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

ABSTRACT

Tlie purpose of this study was to determine primary school headteachers style of leadership and it effects towards school effectiveness in Saratok District, Sarawak. A questionnaire consists of 30 items (15 items on ‘initiating structure ‘and 15 items on ‘consideration3 adapted from the Ohio St n t c was administered to 20 primar-y school headteachers and 172 teachers from twenty primary schools (Bahasa Melayu stream) in Saratok district, Sarawak. The measure of school effectiveness in this study is based on the school achievement in the UPSR examination for 1996. The findings of the study showed that the primary headteachers in Saratok district were practicing both ‘initiating structure’ and ‘consideration ‘ style of leadership in school. The findings also showed that the primary school headteachers favoured more on consideration style of leadership rather than on initiating structure. Furtlzermore, the findings showed that there was no differences in perception between primary school headteachers and teachers towards the primary sclzool Jzeadteachers styles of leadership in effective schools and in less efrective schools. However, the findings showed that for consideration style of 1eader.ship was practiced more often by effective schools headlenchers compared to the less effective schools headteachers. I n the lights of the findings, it is recommended that primary school h,eadteachers should be given a course on suitable styles of leadership to be applied irt school, and it is rccominended that in appointing new headteachers, State Education Department should take into consideration those who are most inclined to consideration style of leadership in school. I t is also recornmended tlzat a follow up research should used other indicators to determine effective schools and it is recommended that samples from Chinese’s primary schools should be included.

IJcct dc r B (7 h CI u i o Desc rip t ion, Q ii e st io n n CL i r cs (LB D Q)

Page 6: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

BIODATA

Olen @ Ulin bin Tabor lahir di Kabong, Bahagian Sri Aman, Sarawak.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Abang

Leman, Kabong. Kemudian ke Sekolah Menengah Kerajaan Saratok,

Rahagian Sri Arnan. Seterusnya beliau memasuki Maktab Perguruan

Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada t a h ~ n 1977-1978, sebelum

meneruskan pengajiannya di Universiti Pertanian Malaysia (kini

Universiti Putra Malaysia) di Serdang, Selangor Darul Ehsan. Beliau

pernali mengajar di Sekolah Menengah Kerajaan Engkilili, Lubok Antu;

Sekolah Menengah Kerajaan Kalaka, Roban; Sekolah Menengah Kerajaan

Melugu, Sri Aman dan pernah bertugas di Pejabat Pendidikan Bahagian

Sri Arnan sebagai Pegawai Peperiksaan Bahagian. Mulai Disember, 1990,

beliau bertugas sebagai pensyarah Pengajian Melayu di Maktab

Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak hingga 30 November, 1996.

Page 7: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Untuk ibuku :

MASLOT BT MOHAMAD

Yang selalu menyayangi dan mendoa.

Untuk isteriku :

NORIZAN BT ABDULLAH

Yang sentiasa sabar dan tidak jemu-jemu memimpin rumahtangga

Serta

NURULHUDA MOHAMAD NAZRI

MOHAMAD ARIFFIN MOHAMAD SYUKRI

Yang perlu di dayautama dalam suasana timbang rasa

Page 8: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Hong Kian Sam,

pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, atas

bimbingan dan kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar kepada saya

semasa pelaksanaan dan penyiapan kertas ilmiah ini.

Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua pensyarah

yang terlibat dalam program pasca siwazah IAB/UNIMAS 1996/97 : Dr.

Hj. Abang Ridzuan, Dr. Peter Songan, Dr. Napsiah Mahfoz, Dr. Spencer

Empading 'sagin, Dr. Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj. Batatia, Dr. Farid

Meziane, Dr. Bahtiar Mansor, Dr. Muhamad Awang, Dr. Hazman Shah

Abdullah, Dr. Maheswary Kandasamy, Dr. Zoraini Wati Abas, Encik

Mehander Singh, Encik Sharaf al-Haroini dan Puan Jennifer sebagai

tenaga pengajar dan penyumbang ilmu dalam kursus ini. Sekalung

penghargaan juga kepada Profesor Razali Arof, Dekan Fakulti Sains

Kognitif dan Pembangunan Manusia , UNIMAS dan Dr. Ibrahim Ahmad

Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki atas kesempatan yang telah

diberikan untuk saya mengikuti program ini.

Page 9: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Saya juga merakamkan penghargaan di atas bantuan dan kerjasama yang

telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Saratok serta para guru

besar dan guru-guru sekolah rendah yang terlibat secara ikhlas dan

sukarela menjadi sampel kajian ini. Ucapan terima kasih dan

penghargaan juga saya tujukan kepada Pengetua, Maktab Perguruan

Rajang, Bintangor , Sarawak, Puan Maria Dris, di atas sokongan moral

dan galakkan beliau untuk saya mengikuti program ini.

Page 10: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Muka Surat

Abstrak

Abstract

Biodata

Dedikasi

Penghargaan

Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Rajah

Senarai Singkatan

BAB I : PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Pernyataan Masalah

1.2 Kepentingan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Hipotesis

1.5 Batasan Kajian

1.6 Definisi Istilah

. . 11

... 111

iv

vi

X

xi

xii

Page 11: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

BAB I1 : TINJAUAN KAJIAN

2.0 Pengenalan

2.1 Teori-Tcori dan Pendekatan-Pendekatan Gaya Kepimpinan

2.1.1 Pendekatan Berorientasikan Tugas dan Berorientasikan Pekerja

2.1.2 Pendekatan Grid Pengurusan

2.1.3 Teori X dan Teori Y McGregor

2.1.4 Pendekatan Empat Faktor

2..1.5 Teori Kepimpinan Dua Faktor (Berorientasikan Struktur Tugas dan Berorientasikan Timbang Rasa

2.2 Gaya-Gaya Kepilnpinan

2.3 Keberkesanan Sekolah

2.4 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah

BAB 111: METODOLOGI

3.0 Pengenalan

3.1 Sampel Kajian

3.2 Instrumen Kajian

3.3 Ketekalan Instrumen

Page 12: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

3.3.1 Kajian Rintis

3.4 Pentadbiran Instrumen

3.5 Penganalisisan Data

BAB IV: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

4.1 Analisis Perihalan

4.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

4.3 Pengujian Hipotesis

4.3.1 Hipotesis 1: Tidak Terdapat Perbezaan Persepsi di Antara Guru Biasa dan Guru Besar Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Berkesan

4.3.2 Hipotesis 2 : Tidak Terdapat Perbezaan Persepsi di Antara Guru Biasa dan Guru Besar Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Kurang Berkesan

4.3.3 Hipotesis 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

4.4 Perbincangan

4.4.1 Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Rendah di Daerah Saratok

4.4.2 Persepsi Guru Biasa dan Guru BesarTerhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah

Page 13: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

4.4.3 Gaya Keimpinan Guru Besar di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

BAB V: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalnn

5.1 Kesimpulan

5.2 Cadangan

5.3 Cadangan-Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A : Soal Selidik Untuk Guru besar (LBDQ)

LAMPIRAN B : Soal Selidik Untuk Guru-Guru (LBDQ)

Page 14: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

SENARAI[ JADUAL

Muka Surat

Jadual

3.1 Senarai Sekolah Rendah Yang Melebihi 50.0% 42 Kelulusan UPSR 1996 di daerah Saratok, Sarawak.

Senarai Sekolah Rendah di Bawah 50.0% Kelulusarl UPSR 1996 di Daerah Saratok, Sarawak.

Taburan Item-Item Soal Selidik LBDQ 46

Nilai Ketekalan Instrumen Untuk Kajian Rintis 47

Darjah Frekuensi dan Peratusan Setiap Item Gaya Kepimpinan Struktur Tugas Guru Besar 51

Darjah Frekuensi dan Peratusan Setiap Item Gaya Kepimpinan Timbang Rasa Guru Besar

Nilai Min Dua Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan

Nilai Min Dua Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Kurang berkesan 58

Ujian-t Tidak Bersandar Untuk Melihat Perbezaan Persepsi Guru Biasa dan Guru Besar ke Atas Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah berkesan 61

Ujian-t Tidak Bersandar Untuk Melihat Perbezaan Persepsi Guru Biasa dan Guru besar ke Atas Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Kurang berkesan 63

Ujian-t Melihat Perbezaan Jenis gaya Kepimpinan Guru Besar Untuk Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

Page 15: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

Muka Surat

Rajah

2.1 Grid pengurusan 17

2.2 Dua dimensi tingkahlaku pemimpin Ohio State yang menghasilkan sukuan tingkahlaku kepimpinan 24

4.1 Frekuensi item gaya kepimpinan struktur tugas 53

4.2 Frekuensi item gaya kepimpinan timbangrasa 55

4.3 Kedudukan dua dimensi gaya kepimpinan guru besar sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan 60

Page 16: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

SENARAI SINGKATAN

Singkatan

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SRK Sekolah Rendah Kerajaan

LBDQ Leader Rehavior Description Questionaire

N Jumlah Sampel

dk Darjah Kebebasan

Sig. Signifikan

xii

Page 17: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Tuntutan ibu bapa dan masyarakat terhadap sekolah semakin tinggi

bagi mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik. Keadaan

ini timbul kerana beberapa faktor penting. Pertama, setiap ibu bapa

inginkan anaknya berjaya dalam bidang pelajaran. Kemudahan untuk

melanjutkan pelaj aran ke peringkat tinggi luas terbuka sekiranya

pelaj ar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Kedua, negara

kita yang semakin membangun dalam bidang ekonominya, memerlukan

tenaga pekerja yang mahir dan profesional dalam bidang masing-masing.

Oleh itu pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik diperlukan.

Kementerian Pendidikan juga memberi penghargaan khas kepada

sekolah yang cemerlang dalam pencapaian akademik yang digelar

sebagai “Sekolah Harapan Negara”. Akibatnya berlakulah persaingan

yang sihat cii antara sekofah-sekdah untuk rlernastiirzn pencapaian

para pelajarnya di dalarn bidang akademik meningkat bukan saja dari

segi kuantiti tetapi juga kualiti. Ekoran dari itu, wujudlah istilah

Page 18: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

‘keberkesanan sekolah’ yang lazimnya diukur dan dinilai dari segi

kejayaan atau pencapaian di dalam peperiksaan (Hussein Mahmood,

1993, m.s.112). Sekolah-sekolah yang tidak mencapai tahap akademik

yang tinggi, lazimnya dikategorikan sebagai sekolah-sekolah yang

kurang berkesan.

Dalam usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan,

sama ada di negara kita, mahupun di negara-negara maju yang lain,

kepimpinan pengetua atau guru besar sering dilihat sebagai fokus

utama. Ini bererti bahawa para pengetua atau guru besar dilihat

sebagai punca masalah atau pihak yang menimbulkan masalah atau

sebagai penyelesai masalah di dalam pelaksanaan program pendidikan.

Di Amerika Syarikat misalnya, banyak cadangan telah dikemukakan

melalui pelbagai laporan utama seperti A Nation At Risk (National

Commission on Excellence in Education, 1983); Action For Excellence

(Task Force on Excellence for Economic Growth, 1983); Better Education

For Michigan Citizen: A Blueprint For Action (Michigan State Board of

Education, 1984); Leader For America’s Schools (The National

Commission on Excellence in Educational Administration, 1987)

menegaskan betapa pentingnya kepimpinan pengetua atau guru besar di

sekulah. Ediiionds { 1979) menyatakan bahawa kejayaan sesebuah

sekolah terletak ditangan pengetua atau guru besar. Pengetua atau guru

Page 19: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

besar boleh mengubah sekolah yang tidak berkesan kepada sekolah yang

berkesan.

Hussein Mahmood (1993) menyatakan bahawa rata-rata kajian

berkaitan membuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan

keberkesanan sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan

pengetua atau guru besar. Kepimpinan pengetua atau guru besar yang

dinamik dan bersungguh-sungguh telah dikenalpasti sebagai satu

pembolehubah yang dikatakan membawa kejayaan kepada sesebuah

sekolah.

Geltner (1981) telah mengenalpasti lima peranan pengetua atau guru

besar yang dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Peranan ini

dikelaskan oleh pengkaji itu berdasarkan persepsi guru. Pertama,

pengetua dianggap sebagai ahli falsafah pendidikan. Guru menganggap

pengetua sebagai orang penting dalam kehidupan mereka di sekolah.

Dia menyampaikan dan menjelaskan apa yang dipercayainya tentang

matlamat dan tujuan tugasan mereka. Guru tahu dan berkongsi sama-

sama apa yang dipercayai oleh pengetuanya, serta turut memberi

sokongan. Iierja-kerja di sekolah dapat dij alankan dengan berkesan

serta meniberi erti iiielalui perpaduan yang wujud di kalangan guru.

Kedua, pengetua dianggap sebagai model pendidilran. Mereka

Page 20: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

menganggap pengetua sebagai model yang mengubah tingkah laku guru

dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Ketiga, pengetua

dianggap sebagai penyokong pendidikan. Guru menganggap pengetua

sebagai sumber untuk mendapatkan sokongan . Mereka telah mengalami

peristiwa bahawa sokongan pengetua sejak mereka mula bertugas

memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan dalam bidang

profesionalisme. Keempat, pengetua dianggap sebagai rakan

sependidikan. Guru menganggap pengetua sebagai rakan seperj awatan

dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Pengetua ini

berpengetahuan h a s di dalam program pendidikan, prestasi pelajar

serta sentiasa berusaha secara kolektif untuk mencapai matlamat

pengaj aran. Kelima, pengetua sebagai orang yang memulakan

perubahan pendidikan. Guru melihat pengetua sebagai penentu utama

di dalam pelaksanaan inovasi di sekolah. Punca perubahan di sekolah

wujud hasil kerjasama antara pengetua dan guru. Guru merasakan

bahawa mereka terlibat terus di dalam membuat keputusan tentang

perkembangan dan reformasi pengaj aran di sekolah.

Sikap dan pandangan seumpama itu juga terdapat di negara kita.

" Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah " yang

ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) telah

iiielaporkan bahawa para pengetua atau guru besar bertanggungjawab

Page 21: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

terhadap pencapaian pelajar di sekolah. Oleh itu, mengikut pendapat

jawatankuasa ini, pengetua-pengetua perlulah cekap

. . . dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program- program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran. ( m.s.6 >.

1.1 Pernyataan Masalah

Persoalannya yang ingin dikaji ialah di antara gaya kepimpinan guru

besar yang “berorientasikan struktur tugas” dan “berorientasikan

timbang rasa” yang manakah dianggap lebih efektif untuk menghasilkan

“keputusan” yang baik dan seterusnya meletakkan kedudukan sesebuah

sekolah itu sama ada berkesan atau tidak.

Persoalan lain yang ingin dikaji ialah di antara sekolah berkesan dan

sekolah kurang berkesan, gaya kepimpinan yang manakah yang lebih

cenderung diamalkan oleh guru besar dalam menj alankan tugas

mereka.

Page 22: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

1.2 Kepentingan Kajian

Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu guru besar-

guru besar menilai gaya kepimpinan mereka sendiri dan dapat

menggunakan mana gaya yang dianggap sesuai dan berkesan untuk

meningkatkan keberkesanan sekolah dari aspek akademik.

Dapatan ini juga dapat membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri,

Pejabat Pendidikan Bahagian dan Pejabat Pendidikan Daerah;

khususnya di daerah Saratok, Sarawak untuk mengkaji semula kriteria-

kriteria perlantikan guru besar-guru besar di sekolah rendah supaya

kehadiran mereka di sekolah dapat dijadikan teladan atau contoh dan

boleh memotivasikan lagi sumber manusia yang ada di sekolah.

Dapatan kajian ini juga boleh membantu pihak Jabatan Pendidikan

Negeri, Bahagian dan Daerah untuk merancang kursus kepimpinan

untuk guru besar-guru besar sekolah rendah demi meningkatkan

keberkesanan sekolah; terutama di dalani bidang akademik.

Page 23: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

7

1.3 Objektif Kajian

Objektif-objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah di

Daerah Saratok, Sarawak .

2. Menentukan sama ada wujud perbezaan gaya kepimpinan guru

besar di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.

1.4 Hipotesis

Berdasarkan objektif kajian kedua, hipotesis-hipotesis no1 kajian berikut

diperolehi :

1. Tidak terdapat perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru

besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah berkesan.

2. Tidak terdapat perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru

besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah kurang

berkesan.

3. Tidak terdapat perbezaan jenis gaya kepimpinan guru besar untuk

sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.

Page 24: Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan … Kepimpinan Guru Besar Dengan... · Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender ... dari aspek gaya kepimpinan

8

1.5 Batasan Kajian

Untuk melihat gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan

keberkesanan sekolah, hanya guru besar dan guru-guru dari 20 buah

sekolah rendah kawasan luar bandar (aliran Bahasa Melayu) di daerah

Saratok, Bahagian Sri Aman, Sarawak dipilih sebagai sampel. Di dalam

kajian ini, keberkesanan sekolah ditakrifkan pada pencapaian Ujian

Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 1996 sahaja, sedangkan terdapat

beberapa indikator yang lain seperti kepuasan kerja, iklim sekolah,

perkembangan staf, sokongan masyarakat dan sebagainya yang boleh

memberi kesan pada keberkesanan sekolah.

Kajian ini menggunakan soal selidik Leader Behavior Description

Questionaires (LBDQ) sebagai instrumen kajian. Kejituan hasil kajian

ini bergantung kepada kefahaman responden semasa menjawab item-

item yang terkandung dalam borang soal selidik kajian.

1.6 Definisi Istilah

Definisi-definisi yang diberi dalam bahagian ini adalah untuk penje’asan

kerana istilah-istiiah yang didefinisikan membawa maksud-maksud yang

khusus di dalam konteks kajian ini.