garis_panduan_mydeposit_-_kemaskini_7_april_2016 (1).pdf

Upload: dennisalap

Post on 07-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    1/12

    1

    MEKANISME PELAKSANAANSKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

    JABATAN PERUMAHAN NEGARA

    KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN

    KERAJAAN TEMPATAN

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    2/12

    2

    SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    3/12

    3

    KANDUNGAN

    Muka Surat

    1.0 LATARBELAKANG. 4

    2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN

    MyDeposi t . 5

    3.0 KRITERIA PEMBELIAN

    PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN. 5

    4.0 SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposi t . 6

    5.0 KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposi t . 7

    6.0 MORATORIUM. 8

    7.0 KAEDAH PERMOHONAN. 8

    8.0 PENUTUP. 9

    9.0 LAMPIRAN.

    - LAMPIRAN A . 10

    - LAMPIRAN B . 11

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    4/12

    4

    1.0 LATARBELAKANG

    Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama ( MyDeposit ) adalah satu produk

    khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika

    membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada

    23 Oktober 2015.

    Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan

    pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta

    akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumahpertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.

    Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan

    keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini akan

    diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

    Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara mulai 6 April2016.

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    5/12

    5

    2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposi t .

    Syarat –syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan KPKT :

    Pemohon mestilah warganegara Malaysia;Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur maksima);

    Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;

    Pendapatan isi rumah :

    - Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan.

    (Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil

    daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus,elaun dan lain-lain);

    Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan

    tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang

    hendak dibeli; dan

    Carta alir permohonan Skim MyDeposit bagi projek perumahan baharu

    yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder ( subsale ) adalah

    seperti di lampiran A dan B.

    3.0 KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

    Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit :

    Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran

    sekunder ( subsale );Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan

    Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak

    mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    6/12

    6

    4.0 SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposi t .

    Surat tawaran bersyarat akan dikeluarkan kepada pemohon yang telah

    ditapis dan diperakukan untuk ditawarkan Skim MyDeposit :

    Tempoh tawaran bersyarat yang diberikan adalah 30 hari daripada

    tarikh surat dikeluarkan untuk pemohon untuk memenuhi perkara-

    perkara berikut :i. Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit

    Rumah Pertama; dan

    ii. Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju

    perumahan atau pemilik rumah.

    Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam

    tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL

    dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang

    dikemukakan. Kos pembelian rumah tersebut hendaklah ditanggung

    sepenuhnya oleh pemohon tersebut.

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    7/12

    7

    5.0 KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDepos i t .

    Pembayaran Insentif Skim MyDeposit akan dilaksanakan dengan cara

    berikut :

    Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10%

    daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana

    lebih rendah;

    Bayaran ini akan dibayar kepada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA)

    bagi pembelian projek baharu atau Akaun Peguam Perjanjian Jual-BeliPembeli bagi pembelian pasaran sekunder ( subsale ); dan

    Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon yang

    diluluskan dengan mengemukakan dokumen tuntutan seperti berikut :

    i. Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan

    Negara;

    ii. Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;

    iii. Akuan Bersumpah yang lengkap dan ditandatangani;

    iv. Perjanjian Jual-Beli;

    v. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima;

    dan

    vi. Maklumat berkaitan nama dan nombor Akaun Pemaju

    Perumahan atau nama dan nombor Akaun Firma Guaman Jual

    Beli pembeli.

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    8/12

    8

    6.0 MORATORIUM

    Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun;

    Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran pembeli dan

    surat perjanjian jual beli; danTempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli

    ditandatangani.

    7.0 KAEDAH PERMOHONAN

    Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang

    layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membukaakaun di http://ehome.kpkt.gov.my

    Permohonan yang lengkap adalah dengan memuat naik semua

    dokumen yang diperlukan iaitu :

    Salinan kad pengenalan pemohon;

    Salinan kad pengenalan pasangan;

    Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;

    Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;

    Penyata gaji terbaru pemohon;

    Penyata gaji terbaru pasangan;

    Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon;

    Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan;

    Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan

    pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan

    oleh Pesuruhjaya sumpah;

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    9/12

    9

    Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan

    adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji

    bulanan dan tempoh perkhidmatan;

    Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukanadalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji

    bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan

    Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau

    tanggungan (jika berkaitan).

    8.0 PENUTUP

    Skim MyDeposit yang diperkenalkan oleh kerajaan akan dapat

    membantu pembeli rumah pertama mengurangkan beban kewangan

    bagi penyediaan wang deposit bagi pembelian rumah idaman

    mereka.

    Usaha dan komitmen kerajaan ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi

    program perumahan negara yang lebih komprehensif dan dinamikuntuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan menerusi program

    perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan

    berkualiti tinggi, untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat

    Malaysia.

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    10/12

    10

    9.0 LAMPIRAN

    LAMPIRAN A

    CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDepos i t BAGI PROJEKPERUMAHAN BAHARU YANG BERLESEN.

    Pembeli perlu memohonpinjaman perumahan .

    Pemaju bersetuju bayaran deposit pembeliberdasarkan skim MyDeposit

    Perakuan dan kelulusan olehJawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit

    Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada Kerajaan

    Bayaran Deposit ke Akaun Pemajuan Perumahan

    Pemantauan Projek / Moratorium

    Permohonan secara atas talian ( on line )kepada Jabatan Perumahan Negara

    (Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)

    SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit ( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )

    Pembeli menandatangani Perjanjian JualBeli dengan Pemaju Perumahan

    Pembeli menandatangani Surat TawaranKelulusan Pinjaman Perumahan

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    11/12

    11

    LAMPIRAN B

    CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDepos i t BAGI PROJEK

    PERUMAHAN PASARAN SEKUNDER (SUBSALE).

    Pembeli perlu memohonpinjaman perumahan .

    Penjual bersetuju bayaran deposit pembeliberdasarkan skim MyDeposit

    Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripadaKerajaan

    Bayaran Deposit ke Akaun Peguam Jual-Beli Pembeli

    Pemantauan Projek / Moratorium

    Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Belidengan Penjual (Pemilik Rumah) Pembeli menandatangani Surat TawaranKelulusan Pinjaman Perumahan

    Perakuan dan kelulusan olehJawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit

    Permohonan secara atas talian ( on line )kepada Jabatan Perumahan Negara

    (Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)

    SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit

    ( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )

  • 8/18/2019 Garis_Panduan_MyDeposit_-_Kemaskini_7_April_2016 (1).pdf

    12/12

    12

    Bahagian Pengurusan PerumahanJabatan Perumahan Negara

    Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan TempatanAras 30, No.51,

    Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62100 PutrajayaMALAYSIA

    Tel : 603 - 8891 4040Fax : 603 - 8891 4226