garis panduan tugas setiausaha sukan

3
Garis Panduan Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Permainan 1. Menentukan objektif sukan tercapai 2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang 3. Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan. 4. Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan 5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. 6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan 7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin 8. keselamatan, kelincinan, dan kelancaran pelaksanaan. 9. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya. Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan 1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual MSSD, MSSK, dan MSSM. 2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan. 3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang. 4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah. 5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan. 6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh badan-badan sukan yang lain. 7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan mengemaskinikan buku stok. 8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan. 9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki oleh pihak sekolah mengikut keutamaannya.

Upload: khairulsham-noh

Post on 06-Jun-2015

4.272 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

senarai tugas setiausaha sukan.

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan

Garis Panduan Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan dan Permainan

1. Menentukan objektif sukan tercapai

2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka pendek/panjang

3. Mengenalpasti T.O.V dan merancang aktiviti sukan.

4. Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan pelajar dalam sukan

5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di

sekolah.

6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan

7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi

menjamin

8. keselamatan, kelincinan, dan kelancaran pelaksanaan.

9. Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Pengetua atau

wakilnya.

Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan

1. Mengatur rancangan/ jadual sukan sekolah sesuai dengan rancangan/jadual

MSSD, MSSK, dan MSSM.

2. Membahagikan pelajar mengikut rumah sukan.

3. Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara rumah-rumah dan

sekolah-sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan

padang.

4. Mengatur rancangan lengkap untuk kejohanan sukan tahunan sekolah.

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun berkenaan.

6. Menyelaraskan pernyertaan sekolah dalam kegiatan yang dianjurkan oleh

badan-badan sukan yang lain.

7. Mengawal dan menjaga alat sukan dalam keadaan baik dan

mengemaskinikan buku stok.

8. Mengagihkan alat-alat sukan kepada guru-guru berkenaan.

9. Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli atau diperbaiki

oleh pihak sekolah mengikut keutamaannya.

10. Mengatur pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya perlu.

11. Menyediakan laporan sukan tahunan.

12. Menilai semula rancangan sukan sekolah dan mencadangkan langkah-langkah

untuk meningkatkan prestasi sukan sekolah.

Page 2: Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan

13. Merekodkan penglibatan/pencapaian pelajar dalam kegiatan sukan serta

mencadangkan olahragawan dan olahragawati sekolah.

14. Melaksanakan tugas-tugas seperti diarahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

Garis Panduan Tugas Guru Permainan Sekolah

1. Memajukan kemahiran pelajar dalam permainan di bawah jagaanya dengan

cara melatih mereka mengikut jadual yang telah di tetapkan atau masa-masa

lain dengan persetujuan Setiausaha Sukan dan mengatur seberapa banyak

permainan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan lain atau sekolah-

sekolah berdekatan.

2. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Setiausaha Kokurikulum melalui

Setiausaha Sukan.

i Peraturan/Perlembagaan

ii Senarai AJK

iii Rancangan/Kegiatan setahun

iv Anggaran perbelanjaan/penyata kewangan

3. Mengurus dan melatih Pasukan Sekolah mengikut kumpulan untuk

pertandingan MSSD dan MSSK.

4. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar dalam

permainan.

5. Menguruskan pengangkutan dengan bantuan Setiausaha Sukan untuk

pasukan sekolah ke pertandingan luar dan mengurus surat kebenaran

ibubapa.

6. Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar dalam satu-satu perlawanan.

7. Bertanggungjawab atas kehadiran pemain pada masa latihan dan

perlawanan.

8. Kehadiran pelajar mesti ditandatangani didalam kad/buku rekod kehadiran

selepas tamat perjumpaan.

9. Bertanggungjawab serta mengagihkan alat-alat dan pakaian pemain dan

memungut balik disimpan tempat yang selamat.

10. Menyimpan rekod perlawanan yang disertai pada semua peringkat dengan

mencatat butir-butir, tarikh, pasukan lawan, tempat berlawan dan keputusan.

11. Menjaga kebajikan pemain-pemain seperti keselamatan, minuman,

kecederaan dan sebagainya.

12. Memastikan pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi

disamping menjunjung undang-undang dan disipilin sekolah.

Page 3: Garis Panduan Tugas Setiausaha Sukan

13. Menentukan peralatan atau gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan

sempurna dan selamat digunakan.

14. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan.

15. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke

semasa.