lampiran 1 klinik panel online majlis perbandaran...

12
LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI 1.0 PENGENALAN 1.1 Jabatan Khidmat Pengurusan (Majlis Perbandaran Seberang Perai) merupakan nadi kepada pentadbiran majlis. Ianya bertanggungjawab menyelaras dan memastikan kelancaran semua program dan aktiviti majlis yang dirancangkan. Fungsi Jabatan Khidmat Pengurusan adalah seperti berikut : Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan Pentadbiran Am, Personel dan Kebajikan Kakitangan, Pembekalan dan Stor, Kontrak dan Perkhidmatan Memberi perkhidmatan urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa Penasihat serta Majlis Penuh Pembangunan Sumber Manusia – Menyedia ruang serta peluang dan mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan latihan, kursus, pembangunan diri dan kerjaya kakitangan. Saluran komunikasi antara pentadbiran MPSP dengan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan lain. Menyediakan sistem kawalan ke atas penggunaan kenderaan Jabatan Khidmat Pengurusan dan juga kebersihan pejabat. Mengawalselia pembangunan sistem dan teknologi maklumat Majlis. Pengurusan hal-hal berkaitan dengan perolehan dan bekalan MPSP. Pengurusan Hal Ehwal Ahli majlis MPSP Pengurusan Kaunter Berpusat MPSP Menyelaras Unit Skuad Khas untuk bantuan kerja-kerja kecemasan serta lain- lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha Perbandaran.

Upload: nguyenlien

Post on 03-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha

LAMPIRAN 1

KLINIK PANEL ONLINEMAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

1.0 PENGENALAN

1.1 Jabatan Khidmat Pengurusan (Majlis Perbandaran Seberang Perai) merupakan

nadi kepada pentadbiran majlis. Ianya bertanggungjawab menyelaras dan memastikan

kelancaran semua program dan aktiviti majlis yang dirancangkan.

Fungsi Jabatan Khidmat Pengurusan adalah seperti berikut :

Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan Pentadbiran Am, Personel dan

Kebajikan Kakitangan, Pembekalan dan Stor, Kontrak dan Perkhidmatan

• Memberi perkhidmatan urusetia kepada jawatankuasa-jawatankuasa Penasihatserta Majlis Penuh

• Pembangunan Sumber Manusia – Menyedia ruang serta peluang dan mengurusperkara-perkara yang berkaitan dengan latihan, kursus, pembangunan diri dankerjaya kakitangan.

• Saluran komunikasi antara pentadbiran MPSP dengan Jabatan Kerajaan,Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan lain.

• Menyediakan sistem kawalan ke atas penggunaan kenderaan Jabatan KhidmatPengurusan dan juga kebersihan pejabat.

• Mengawalselia pembangunan sistem dan teknologi maklumat Majlis.

• Pengurusan hal-hal berkaitan dengan perolehan dan bekalan MPSP.

• Pengurusan Hal Ehwal Ahli majlis MPSP

• Pengurusan Kaunter Berpusat MPSP

• Menyelaras Unit Skuad Khas untuk bantuan kerja-kerja kecemasan serta lain-lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha Perbandaran.

Page 2: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha

2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)

2.1 Tujuan Inovasi

Tujuan utama klinik panel dibangunkan adalah untuk membantu pengurusan

bagi melancarkan pengurusan klinik panel berdasarkan kepada peningkatan

yang mendadak bilangan kakitangan MPSP. MPSP merasakan bahawa potensi

yang boleh diperolehi daripada sistem berkenaan adalah amat tinggi

berbanding kaedah konvensional sedia ada yang memerlukan pegawai

memasukan kembali maklumat ke dalam sistem untuk semakan dan

pembayaran kepada klinik panel.

Klinik Panel Online juga adalah untuk mengelakkan berlakunya AP 58

terutamanya pada setiap akhir tahun kerana terdapat pihak klinik yang lewat

untuk menghantar bil caj perkhidmatan. Kaedah secara online dapat membantu

mempercepatkan proses pembayaran akhir pada bulan Disember.

2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

in-house

2.3 Proses sebelum dan selepas

Sebelum sistem ini diwujudkan setiap klinik mengemukakan tuntutan secara manual

dan dikepilkan bersama borang perkhidmatan termasuk caj yang dikenakan. Perkerja

juga dibekalkan denga Kad Klinik Panel untuk membolehkan mereka mendapatkan

perkhidmatan klinik panel. Pertambahan kakitangan yang mendadak menyebabkan

MPSP sukar untuk membuat pemantauan dan juga pemprosesan maklumat apabila

data diterima dari klinik.

Selepas pelaksanaan Klinik Panel Online maklumat perkhidmatan klinik akan

dimasukan sendiri oleh klinik panel berkenaan dan ini mengurangkan beban kerja

kerani klinik yang ada setiap penghujung bulan yang terpaksa memasukan kembali

maklumat berkenaan. Pergantungan pada Kad Klinik Panel menjadi semakin kurang

dan pekerja tidak lagi perlu mempunyai kad klinik panel untuk mendapatkan

perkhidmatan.

2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)

Page 3: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha

2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:

i) Elemen Inovatif/Kreativiti

- Penggunaan Klinik Panel Online dapat mengurangkan risiko kad klinik panel

diduplikasi.

- Sistem ini membantu pengurusan untuk mengenalpasti sijil cuti sakit palsu

yang mana setiap klinik akan memasukan maklumat tersebut sekiranya

kakitangan berkenaan mendapat sijil cuti sakit pada hari berkenaan. Ini

membolehkan pengurusan membuat semakan semula.

- Pengurusan boleh membuat semakan jumlah pembayaran mengiku klinik

panel setiap bulan. Ini membolehkan pengurusan untuk membuat justifikasi

bagi melanjutkan atau menamatkan perkhidmatan klinik berkenaan.

ii) Elemen Keberkesanan

- Komunikasi sistem dalam bentuk masa sebenar bagi membolehkan MPSP

untuk mendapatkan data terkini kos klinik panel dan dapat menyekat

penggunaan berlebihan daripada diperuntukkan oleh kakitangan.

- Melalui sistem ini kebergantungan penggunaan Kad Klinik menjadi semakin

kurang kerana kakitangan boleh menggunaka nombor pekerja untuk

menggunakan sistem.

iii) Elemen Signifikan

- Sistem ini dapat dicapai oleh pengguna (Pentadbiran, Klinik Panel,

Kakitangan) melalui penggunaan internet.

- Perkhidmatan Klinik Panel adalah amat penting kepada MPSP bagi

membolehkan komunikasi di antara klinik dan MPSP menjadi pantas dan

mudah serta dapat membantu MPSP mengawal perbelanjaan klinik panel

setiap tahun. Pengurusan dapat melihat dengan lebih teliti kadar kewangan

yang keluar dan juga merangka sebarang pelan pembangunan kapasiti dan

kesihatan kakitangan.

Page 4: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha

iv) Elemen Relevan

Pengurusan Klinik Panel Online adalah bersesuaian dengan fungsi jabatan

khususnya dalam menjaga hal kebajikan pekerja dan pada masa yang sama

ini dapat meningkatkan kerjasama dengan klinik dan dibuat secara terus

melalui talian bagi mempercepatkan proses.

2.6 Pengiktirafan diterima

Tiada

2.7 Gambar-gambar berkaitan

2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)

3.0 PENUTUP

MPSP berusaha untuk meningkatkan pengurusan Klinik Panel di atas pertambahan bilangan

pekerja. MPSP juga berhasrat untuk mewujudkan maklumat berkenaan rawatan yang telah

diterima oleh kakitangan ke klinil panel untuk semakan doktor, walaupun daripada klinik

yang berbeza.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai : SHAHAROM BINTI MOHD SHAH HIMI

Tel : 6505748

Emel : [email protected]

Page 5: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 6: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 7: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 8: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 9: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 10: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 11: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha
Page 12: LAMPIRAN 1 KLINIK PANEL ONLINE MAJLIS PERBANDARAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2024-klinik-panel-online.pdf · lain tugas khas berdasarkan arahan Yang DiPertua dan Setiausaha