garis panduan perancangan pembinaan taska

12
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBINAAN TASKA 1.0 PENDAHULUAN Kelulusan perancangan adalah diperlukan untuk kegunaan bangunan sebagai taska ( taman asuhan kanak-kanak ) di bawah Akta 267 ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1982 ( Seksyen 19 ). 1.1 Tujuan Garis panduan perancangan taska di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) disediakan bertujuan untuk memberi panduan dalam menilai dan menimbang permohonan taska di dalam kawasan WPKL supaya selaras dengan kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam akta dan keperluan jabatan berkaitan. 1.2 Objektif i. Memastikan lokasi taska bersesuaian dengan kehendak perancangan. ii. Memastikan pengusaha taska menjalankan aktiviti mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Upload: shamsuddin-frans

Post on 02-Jan-2016

163 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBINAAN TASKA

1.0 PENDAHULUAN

Kelulusan perancangan adalah diperlukan untuk kegunaan bangunan sebagai taska

( taman asuhan kanak-kanak ) di bawah Akta 267 ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan

1982 ( Seksyen 19 ).

1.1 Tujuan

Garis panduan perancangan taska di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL)

disediakan bertujuan untuk memberi panduan dalam menilai dan menimbang

permohonan taska di dalam kawasan WPKL supaya selaras dengan kehendak-

kehendak yang ditetapkan di dalam akta dan keperluan jabatan berkaitan.

1.2 Objektif

i.                    Memastikan lokasi taska bersesuaian dengan kehendak                        

perancangan.

ii.                  Memastikan pengusaha taska menjalankan aktiviti mengikut garis         panduan

dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

1.3 Skop Garis Panduan

Skop garis panduan ini hanya melibatkan aktiviti taska yang dijalankan oleh pengusaha

swasta dan kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 2: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

1.4 Definisi

Taman asuhan kanak-kanak mengikut Akta 308 (Akta Asuhan Kanak-kanak 1984 )

bererti mana-mana premis yang menempatkan empat atau lebih kanak-kanak di bawah

umur empat tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan

upah.

2.0 DASAR-DASAR DAN GARIS PANDUAN SEMASA

2.1 Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020)

Permintaan terhadap keperluan kemudahan masyarakat yang lebih berkualiti telah

meningkat. DBKL mesti memenuhi aspirasi ini dan matlamat menyediakan kemudahan,

yang setanding dengan bandar raya lain bertaraf dunia. Dasar: CF 9: DBKL akan

menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan masyarakat oleh pihak swasta

sebagai alternatif pelaburan.

2.2             Dasar JKPB

i. Pemerosesan Permohonan Bagi Tadika / Taska

(Polisi/Dasar bertarikh 14.9.1988)

Datuk Bandar mengarahkan bahawa dalam memproses permohonan bagi tadika/taska,

lapuran kepada TPC hendaklah mengandungi butir-butir dan maklumat yang lengkap

mengenai bilangan murid, umur mereka, waktu operasi, bilangan guru, angka-angka

mengenai jumlah penduduk kawasan perumahan berkenaan dan lain-lain yang

berkaitan.

ii. Kelulusan Bagi Premis Tadika / Taska

Page 3: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

(Polisi/Dasar bertarikh 19.1.1989)

Datuk Bandar menyatakan bahawa dalam kelulusan bagi premis tadika/taska, perhatian

utama hendaklah diberi terhadap cara susunatur dan pemasangan alat-alat

kelengkapan di dalam premis tadika/taska itu supaya keselamatan kanak-kanak

terjamin dan supaya sebarang kemalangan tidak berlaku.

3.0             GARIS PANDUAN PERANCANGAN

3.1 Jenis Bangunan Yang Sesuai

Tiap-tiap bangunan yang hendak digunakan sebagai Taska mestilah sesuai dari segi

keselesaan, rekabentuk, struktur dan keselamatan.

Bangunan-bangunan ini termasuk :-

i.                    Rumah kediaman dari jenis:

                    Semua jenis rumah kediaman yang mana pelan bangunan           telah

diluluskan oleh pihakberkuasa.

ii.                  Semua jenis bangunan bertingkat:

                    TASKA yang dicadangkan hendaklah ditempatkan ditingkat        bawah,

pertama dan kedua sahaja. Tingkat ‘Lower ground’ juga akan dibenarkan

jika ianya dari jenis terbuka dan mempunyai kemudahan laluan,

pengedaran udara yang mencukupi.

Page 4: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

Lain-lain bangunan:-

i.                    Bangunan di dalam kawasan perkarangan masjid, surau & madrasah

ii.                  Bangunan di dalam kawasan perkarangan gereja, tokong cina, kuil

            Hindu.

iii.                Bangunan di dalam kawasan perkarangan Sekolah. Kolej, Universiti.

iv.                 Di ruang pejabat ( di hadkan hingga tingkat satu sahaja )

v.                   Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk Taska.

3.2 Bangunan-Bangunan Yang Tidak Sesuai

i.                    Rumah kediaman yang terletak di hujung persimpangan atau           

berhampiran lebuhraya dan jalan-jalan yang terlalu sesak dan sibuk dengan

kenderaan lalulintas.

ii.                  Unit-unit kediaman di tingkat 2 keatas dalam blok-blok rumah        

pangsapuri.

iii.                Ruang-ruang pejabat yang terletak di tingkat dua keatas.

Nota: TASKA yang dicadangkan hendaklah dihadkan sehingga tingkat 2 sahaja di

dalam sesuatu bangunan bertingkat. Ini adalah untuk memastikan tingkat-tingkat

tersebut boleh dinaiki dengan mudah oleh kanak-kanak dengan menggunakan tangga

sahaja. Kegunaan lif oleh kanak-kanak adalah tidak dibenarkan untuk menjamin

keselamatan mereka.

Page 5: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

3.3 Lokasi Bangunan

i.                    Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10.0 meter ( 33 kaki ) dari simpang

utama.

ii.                  Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunantidak             terletak di

sebatang jalan yang sibuk / jalan utama.

iii. Tiada halangan dari jiran berkaitan bunyi bising dan kesesakan             lalulintas.

( surat-surat kebenarandari lot-lot bersebelahan adalah diperlukan ).

iv.                 Mendapat kebenaran bertulis dari pemilik rumah.

v.                   Keutamaan akan di berikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan

lapang / padang permainan.

vi.                 Ada peredaran udara dan cahaya semulajadi.

3.4             Bilangan Pelajar

i.                    Bilangan pelajar yang di benarkan adalah di tetapkan mengikut            pawaian

Ordinan Sekolah 1950, Ordinan ini menetapkan bahawa seorang pelajar taska

memerlukan ruang seluas 15 kaki persegi ( 3.5 meter persegi/ seorang kanak-

kanak )

Page 6: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

NOTA:

a. Dalam mengira ruang lantai minima yang dikehendaki bagi tiap-tiap kanak-kanak

taska, hanya keluasan bilik-bilik aktiviti sahaja dikira ( Kiraan luas ruang tidak

termasuk jalan lalu,stor,dapur, pejabat,tandas dan bilik kakitangan.) .

b.                  TASKA yang dijalankan diantara tingkat bawah hingga tingkat 2 (         selain

kediaman ) dibenarkan tanpa sekatan terhadap jumlah kanak-kanak.

3.5 Kegunaan Ruang

i. Jika dalam bangunan pejabat, ruang TASKA diasingkan dari aktiviti pejabat.

ii.                  Dalam komplek perindustrian, ruang TASKA tidak dibenarkan             

ditempatkan didalam bangunan kilang atau ‘workshop’ itu sendiri. Sebaliknya

ruang TASKA hendaklah diadakan dibangunan yang berasingan atau dalam blok

pejabat dengan mempunyai jalan kel;uar masuk yang berasingan dan

bersendirian. Langkah-langkah ini ialah untuk menjamin keselamatan kanak-

kanak dan mengelakan dari sebarang kemalangan dan keadaan yang tidak

diingini.

3.6 Keperluan Tandas

i.              Hendaklah berasingan bagi lelaki dan perempuan dan;

ii.            Peralatan dan rekabentuk tandas;

                  Kemudahan bersuci, mesti menyediakan ‘elbow tap’

                  Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air   

           tidak bertakung.

                 Sediakan tempat pemegang ( ralling )- untuk kanak-kanak        

           cacat

                 Mangkok tandas tidak melebehi 6 inci ( 0.15 meter ) tinggi dari

Page 7: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

          lantai.

                Besin mencucui tangan hendaklah rendah ;dan

                 Lain-lain peralatan yang sesuai (sekira ada kanak-kanak cacat )

3.7             Kemudahan Belajar Dan Rekreasi

i.                     Hendaklah diasingkan.

ii.                   Sediakan ruang untuk perpustakaaan.

iii.               Sediakan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat              

permainan yang tidak merbahaya.

3.8 Tempat Rehat Kanak-Kanak Sakit

i. Satu ruang berasingan hendaklah disediakan bagi kanak-kanak yang kurang

sihat.

ii. Sediakan kotak perubatan kecemasan.

3.9 Dapur Dan Penyediaan Makanan

i. Dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan          masuki

oleh kanak-kanak.

ii. Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah

            bersih

iii. Tempat makan yang bersih disediakan.

iv.             Dapur hendaklah terpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang

diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak.

v.                  Tempat setor bahan-bahan makanan mestilah bersih.

vi.                Kanak-kanak tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam dapur dan setor pada

setiap masa.

Page 8: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

3.10Kemudahan Kecemasan/Keselamatan

i.                     Perlu ada dua pintu keluar berasingan ( satu di hadapan satu

            belakang ).

ii.                 Semua pintu dan tingkap di atas bangunan tidak boleh dipasang pagar besi

( grills ).

iii.                  Semua pintu dan tingkap mestilah mudah dibuka dari dalam.

iv.                 Tingkap jenis ‘louvers’ tidak dibenarkan.

v.                   Semua punca kuasa (power point ) hendaklah dipasang dengan plug    kosong

dan berkedudukan di paras yang tinggi.

3.11 Kelulusan Perintah Pembangunan

i. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan perancangan        kepada

Jabatan Perancang Bandar untuk memperolehi Perintah Pembangunan sebelum

menukar kegunaan sesuatu premis kepada TASKA.

ii. Pemohon dikehendaki mendapat lessen daripada DBKL sebelum     menjalankan

TASKA

Kelonggaran

        Pemohon / pengusaha TASKA adalah dibenarkan bebrapa                  

kelonggaran seperti berikut:-

i.                    Boleh memohon pengecualian dari Pendaftar Perniagaan.

ii.                  Tidak perlu memohon untuk menukar syarat nyata dalam              suratan

Hakmilik Tanah apabila sesuatu penukaran premis / bangunan kepada

TASKA dibenarkan.

Page 9: Garis Panduan Perancangan Pembinaan Taska

4.0             PENUTUP

Melalui garis panduan taska yang disediakan ini, pihak berkuasa dan pengusaha dapat

menjalankan aktiviti dengan lebih tersusun dan tahap keselamatan kanak-kanak dapat

dipertingkatkan. Ini selaras dengan dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur yang

menghendaki kemudahan masyarakat disediakan sebaik mungkin dalam membentuk

generasi masa depan yang lebih baik.