keselamatan di taska & prasekolah
DESCRIPTION
kajian taska dan prasekolah 2013TRANSCRIPT
KESELAMATAN DI TASKA & DI PRA SEKOLAH
KAF3013:
PENGENALAN
DEFINISI KESELAMATAN
• Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan
• Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.
KESELAMATAN
• Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana:1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.5. Mengelakkan daripada kematian.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengenalpasti ciri-ciri keselamatan yang terdapat di
tempat kalian
Mengetahui langkah-langkah keselamatan yang didedahkan
kepada kanak-kanak
Mengetahui bagaimana cara guru memastikan keselamatan kanak-
kanak
KAEDAH KAJIAN
• PemerhatianMeninjau kawasan kajian• Soal selidikMemberi soal selidik kepada guru yang
bertugas di prasekolah• Kaedah rujukanMencari maklumat-maklumat tambahan
daripada buku-buku, majalah dan internet
LATAR BELAKANGTEMPAT KAJIAN
TASKA PERMATA AYU MANJA - SALEHA
Ditubuhkan pada 1 November 2007
Taska ini terletak di Aras 1, Blok E14 (Bhg. Teknik & Vokasional), Parcel E,
Presint 1, Putrajaya.
Pengarah Urusan:Y. BHG DATIN RADZIAH BINTI MOHD DAUD
Dipilih menjadi TASKA PERMATA pada April 2010.
Pengedar tunggal buku “Sunshine” dari New Zealand bagi Malaysia & Brunei
PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
MIDAH 2
LATAR BELAKANG SEKOLAH
• Diasaskan pada tahun 2004• Berkongsi bangunan dengan kanak-kanak
sekolah rendah• Bermula dengan seramai 25 orang kanak-
kanak• Hanya terdapat sebuah kelas sahaja• Guru yang menjaga prasekolah juga seorang
dengan dibantu oleh pembantu prasekolah
HASIL KAJIAN
TASKA PERMATA AYU MANJA - SALEHA
BILIK DARJA
H
Kelas di dalam bilik & luar
bilik
Kerusi & meja yang sesuai .
(plastik, ringan, rendah)
Kawasan luas
KAWASAN DAPUR
Murid-murid tidak dibenarkan masuk
Sentiasa kemas
Tidak banyak peralatan
MEJA MAKAN
Saiz kerusi & meja yang sesuai
Disediakan sinki rendah
Guru pantau ketika murid-murid makan
Pinggan, mangkuk, sudu & garfu yang sesuai
TANDAS
Jenis tandas mangkuk/duduk, kecil.
Dilengkapi dengan sinki air.
Pergerakan murid ke tandas:(4 tahun ke bawah): ditemani guru(5 & 6 tahun) : pergi sendiri & dipantau guru
BILIK MANDI
Ada pelapik lantai – elak licin
Shower mudah dibuka, ada air panas & air sejuk
Sabun mandi di campur dengan air
Terletak di antara tandas dan bilik beg.
Ada jadual penggunaannya
SEMASA MANDI
BAYI: Bayi-bayi diletakkan dalam katil bergerak. 2 orang pengasuh mandikan bayi,
seorang jaga bayi yang lain.
TODDLER & 2 TAHUN:2 orang guru mandikan separuh daripada jumlah murid, seorang guru yang lain
jaga murid-murid yang lain di dalam kelas.
3 – 6 TAHUN:Mandi sendiri (bergilir-gilir) & di pantau oleh guru.
WAKTU TIDUR
12 tengah hari – 3 petang
Tempat tidur: kawasan kelas
Tidur atas katil/tilam
TAMAN PERMAINAN
Terletak di luar taska
Ada pelapik
Dekat dengan pagar
Material: plastik, ringan, tahan lasak dan selamat untuk kanak-kanak
Guru-guru memantau sekiranya murid-murid bermain di taman permainan.
TAMAT WAKTU PERSEKOLAHAN
Selepas pukul lima, guru dan murid berkumpul di ruang tv menunggu ibubapa.
Guru memeriksa kelas ke kelas. Pastikan tiada murid tercicir.
Guru yang bertugas memastikan semua murid sudah dijemput ibu bapa/ penjaga.
Selepas pukul 6, guru akan dibayar RM5/sejam bagi setiap murid. (over-time)
Guru memastikan semua suis & pintu di tutup.
PRASEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
MIDAH 2
RESPONDEN SOAL SELIDIK
• Guru prasekolah tersebut:Pn. Nazahiyah Binti Shafia ShaariBerumur 37 tahunTempoh berkhidmat selama 13 tahunMendapat pendidikan Sarjana Muda
Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan kepujian
HASIL SOAL SELIDIK
Soalan: Bagaimanakah cikgu mengawasi murid prasekolah supaya sebarang kemalangan dan kecederaan dapat dihindarkan daripada berlaku?
Jawapan: Guru dapat mengelakkan sebarang kemalangan berlaku dengan sentiasa bersama murid ketika aktiviti dijalankan.
HASIL SOAL SELIDIK
Soalan: Apakah langkah keselamatan yang didedahkan kepada murid prasekolah?
Jawapan: Langkah keselamatan yang didedahkan oleh guru ialah sentiasa memberi peringatan supaya jangan berlari, jangan bercakap dengan orang asing dan sentiasa bersama kawan.
Soalan: Pada pendapat Cikgu, apakah aspek keselamatan yang perlu ada di prasekolah?
Jawapan: Pada pendapat saya, aspek keselamatan yang perlu ada adalah peti kecemasan, susunan atur perabot dan perabot yang sesuai.
HASIL SOAL SELIDIK
HASIL PEMERHATIAN
• Semasa P&P dijalankan, pintu gril sekolah akan sentiasa ditutup dan dikunci
• Perabot seperti kerusi dan meja yang sesuai• Mempunyai ruang untuk kanak-kanak
bermain• Semua peralatan dan perabot disusun ke tepi
dinding
SK TMN MIDAH 2
KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang kami lakukan, kami dapati kedua-dua taska PERMATA Ayu Manja-Saleha dan prasekolah Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 mempunyai dan mengamalkan sistem keselamatan yang bagus.