garis panduan penggunaan gas...

6
1 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT (COMPRESSED GAS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan Universiti di peringkat induk atau PTj bagi mengurus penggunaan gas termampat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 2.0 SKOP Garis panduan ini terpakai di semua tempat di bawah tanggungjawab Universiti yang merangkumi semua keperluan berhubung kait dengan penggunaan gas termampat. 3.0 RUJUKAN 3.1 Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. 3.2 Peraturan-Peraturan Gas 1997. 3.3 MS 830: Malaysian Code of Practice for the Storage, Handling and Transportation of Liquefied Petroleum Gas. 3.4 MS 930: Malaysia Code of Practice for the Installation of Fuel Gas Piping Systems and Appliances. 3.5 ASNI/ASME B 31.8: American National Standard for Gas Transmission and Distribution Piping Systems. 4.0 DEFINISI / SINGKATAN Gas Termampat Satu atau lebih gas yang dimampatkan dalam bekas yang mempunyai tekanan yang melebihI 40 pounds per square inch (PSI) pada 37.8 °C (100 °F). ST Suruhanjaya Tenaga. Tempat Kerja Tempat yang menggunakan gas termampat. Orang Kompetan Seorang yang mempunyai perakuan pendaftaran yang sah dan layak melaksanakan kerja mengikut kelas pepasangan gas yang terbabit. Pepasangan Sistem perpaipan gas bagi membekal gas termampat dari Kawasan Penyimpanan ke Tempat Kerja. Kawasan Penyimpanan Kawasan yang dikhaskan bagi menyimpan silinder gas termampat. Kriogenik Bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di bawah -150 celcius. Kelulusan Untuk Memasang Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi melaksanakan kerja pepasangan UTHM/OSHE/GP.015

Upload: dolien

Post on 06-Mar-2018

475 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAToshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 7.0 PENGENDALIAN ... 7.7 Troli khas

1 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAT (COMPRESSED GAS)

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pengurusan

Universiti di peringkat induk atau PTj bagi mengurus penggunaan gas termampat di Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

2.0 SKOP

Garis panduan ini terpakai di semua tempat di bawah tanggungjawab Universiti yang

merangkumi semua keperluan berhubung kait dengan penggunaan gas termampat.

3.0 RUJUKAN

3.1 Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. 3.2 Peraturan-Peraturan Gas 1997.

3.3 MS 830: Malaysian Code of Practice for the Storage, Handling and Transportation of Liquefied Petroleum Gas.

3.4 MS 930: Malaysia Code of Practice for the Installation of Fuel Gas Piping Systems and

Appliances.

3.5 ASNI/ASME B 31.8: American National Standard for Gas Transmission and

Distribution Piping Systems.

4.0 DEFINISI / SINGKATAN

Gas Termampat Satu atau lebih gas yang dimampatkan dalam bekas

yang mempunyai tekanan yang melebihI 40 pounds per

square inch (PSI) pada 37.8 °C (100 °F).

ST Suruhanjaya Tenaga. Tempat Kerja Tempat yang menggunakan gas termampat.

Orang Kompetan Seorang yang mempunyai perakuan pendaftaran yang

sah dan layak melaksanakan kerja mengikut kelas

pepasangan gas yang terbabit.

Pepasangan Sistem perpaipan gas bagi membekal gas termampat

dari Kawasan Penyimpanan ke Tempat Kerja.

Kawasan Penyimpanan Kawasan yang dikhaskan bagi menyimpan silinder gas

termampat.

Kriogenik Bahan yang mempunyai suhu yang terlampau rendah di

bawah -150 celcius.

Kelulusan Untuk Memasang Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi melaksanakan

kerja pepasangan

UTHM/OSHE/GP.015

Page 2: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAToshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 7.0 PENGENDALIAN ... 7.7 Troli khas

2 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

Kelulusan Untuk Mengendali Kelulusan yang diberikan oleh ST bagi mengendalikan

pepasangan

Perakuan Selamat Perakuan yang dikeluarkan oleh Orang Kompetan ke

atas pepasangan setiap 2 tahun sekali.

Pemilik Orang yang dipertanggungjawabkan ke atas Sistem

Pepasangan.

5.0 PEPASANGAN

5.1 Setiap rekabentuk dan pepasangan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak

keselamatan dan teknikal yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-

Peraturan Bekalan Gas 1997, Garis Panduan dan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga dan

standard-standard yang berkaitan.

5.2 Setiap rekabentuk pepasangan baru atau ubahsuai pepasangan sedia ada perlu

mendapat Kelulusan Untuk Memasang daripada pihak ST sebelum dilaksanakan.

Permohonan ini boleh dibuat menggunakan Borang JG8. (Dokumen sampingan yang

diperlukan seperti Lampiran 1.)

5.3 Setiap pepasangan yang telah dibuat perlu mendapat Kelulusan Untuk Mengendali

daripada pihak ST. Permohonan ini boleh dibuat menggunakan Borang JG9.

(Dokumen sampingan yang perlu disertakan seperti Lampiran 1.)

5.4 Kerja-kerja pepasangan hendaklah dilaksanakan oleh kontraktor gas yang berdaftar

dengan ST.

5.5 Setiap gegasan, perkakas dan kelengkapan gas yang akan dipasang mestilah dari

jenis/model yang telah diluluskan oleh ST.

5.6 Pepasangan yang melibatkan injap paip gas perlu dilabel dengan jelas dengan tanda

“BUKA” dan “TUTUP”.

5.7 Pemeriksaan ke atas pepasangan perlu dilakukan sebulan sekali oleh pemilik.

5.7 Penyelenggaraan ke atas pepasangan perlu dilakukan setiap 2 tahun oleh Orang

Kompetan dan disertakan dengan Perakuan Selamat.

5.8 Rekod pemeriksaan dan penyelenggaraan pepasangan haruslah disimpan dengan

baik.

6.0 PENYIMPANAN

6.1 Penyimpanan silinder gas termampat hendaklah di tempat yang terbuka, mempunyai

peredaran udara yang baik, terlindung dari sinaran matahari secara langsung dan

dilengkapi dengan pepasangan mengikut kehendak-kehendak keselamatan dan

teknikal yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Gas 1993, Peraturan-Peraturan Bekalan

Gas 1997, Garis Panduan dan Pekeliling Suruhanjaya Tenaga dan standard-standard

yang berkaitan.

6.2 Penyimpanan silinder gas termampat perlu diasingkan mengikut kelas hazard

berdasarkan Jadual 1.

Page 3: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAToshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 7.0 PENGENDALIAN ... 7.7 Troli khas

3 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

Jadual 1

6.3 Silinder gas termampat pengoksida hendaklah disimpan 20 kaki daripada silinder gas

termampat mudah terbakar atau diasingkan dengan dinding setinggi 5 kaki dengan

ketahanan api dalam tempoh 30 minit.

6.4 Penyimpanan Silinder Gas Termampat Kriogenik (Nitrogen, Argon, Neon, Fluorine,

Hidrogen, Helium, Karbon Dioksida,Oksigen, Propana, Metana, dll) perlulah mengikut

keperluan yang dinyatakan di dalam Risalah Data Keselamatan (SDS).

6.5 Silinder gas termampat yang berisi hendaklah diasingkan daripada silinder kosong.

6.6 Silinder gas termampat perlu disimpan dalam kedudukan tegak, dirantai pada dinding,

dilabel dengan jelas dan dilengkapi dengan penutup kepala gas.

6.7 Kawasan penyimpanan silinder gas termampat haruslah terhindar dari sebarang

bahan yang mudah terbakar.

6.8 Kawasan penyimpanan silinder gas perlulah berpagar, sentiasa dikunci dan dilengkapi

dengan papan tanda amaran seperti “No Smoking”, “No Naked Lights”, “Nearby

Material is a Fire Risk” dan “No Handphone”.

6.9 Kawasan penyimpanan silinder gas termampat perlu dilengkapi dengan Alat

Pencegahan Kebakaran, Alat Pemadam Api dan Peti Pertolongan Cemas.

6.10 Semua saluran gas perlu dilengkapi dengan maklumat jenis gas, tempat kerja yang

menerima gas dan nombor telefon kecemasan.

7.0 PENGENDALIAN

7.1 Prosedur Kerja Selamat (SOP) perlu disediakan dan ditempatkan di kawasan yang

mudah dicapai di Tempat Kerja.

7.2 Risalah Data Keselamatan (SDS) untuk setiap gas termampat perlu disediakan dan

ditempatkan di kawasan yang mudah dicapai di Tempat Kerja.

7.3 Penggunaan silinder gas termampat perlu direkodkan dan status silinder perlu dilabel

dengan jelas gas (penuh, kosong, sedang digunakan).

7.4 Tempat Kerja hendaklah mempunyai peredaran udara yang baik.

Bil. Kelas hazard Contoh Gas

1. Mudah Terbakar LPG, Asetelin, Propana, Hidrogen, dll.

2. Tidak Mudah Terbakar Karbon Dioksida, Helium, Nitrogen, Argon, dll.

3. Pengoksida Oksigen, klorin dll.

4. Beracun Arsenik, Amonia, Sulfur Dioksida, dll.

Page 4: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAToshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 7.0 PENGENDALIAN ... 7.7 Troli khas

4 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

7.5 Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE) yang sesuai hendaklah disediakan dan

digunakan sewaktu mengendalikan gas termampat.

7.6 Penutup injap pengawal tekanan (regulator) hendaklah ditanggalkan sewaktu

pemindahan silinder gas atau jika tidak digunakan.

7.7 Troli khas perlu digunakan untuk mengangkut/memindah silinder gas dan silinder perlu

dipastikan berada pada kedudukan menegak semasa pemindahan.

Page 5: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAToshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 7.0 PENGENDALIAN ... 7.7 Troli khas

5 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

Lampiran 1

A. SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BAGI PERMOHONAN UNTUK MEMASANG PEPASANGAN PAIP GAS

Bil. Dokumen

1.0 Borang JG8 yang lengkap diisi.

2.0 Perkiraan dan lukisan rekabentuk bagi sistem penstoran dan

perpaipan gas yang diperakukan oleh Orang Kompeten

3.0 Spesfikasi teknikal bagi komponen-kompnen sistem perpaipan gas

4.0 Salinan perakuan pendaftaran Kontraktor Gas dan Orang Kompeten.

5.0 Salinan Sijil Kelayakan Pengimpal

6.0 Prosedur kerja selamat bagi kerja-kerja hot work (jika berkenaan)

7.0 Surat Kebenaran Izin Lalu (jika bekenaan).

B. SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN BAGI PERMOHONAN UNTUK

MENGENDALI PEPASANGAN PAIP GAS

Bil. Dokumen

1.0 Borang JG9 yang lengkap diisi.

2.0 Lukisan rekabentuk terbina yang disahkan oleh Orang Kompeten

3.0 Gambar-gambar pepasangan gas

4.0 Rekod kerja kimpalan – Borang JG 5 (jika berkaitan).

5.0 Perakuan Siap (Borang B)

6.0 Perakuran Ujian (Borang C)

7.0 Rekod pemeriksaan dan ujian oleh Orang Kompeten

Page 6: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN GAS TERMAMPAToshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Gui… · menerima gas dan nombor telefon kecemasan. 7.0 PENGENDALIAN ... 7.7 Troli khas

6 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)