garis panduan pelaksanaan (pphbam) risda€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi...

69

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di
Page 2: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di
Page 3: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL

BAHARU AGRO MAKANAN

(PPHBAM) RISDA

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PROGRAM KHAS

IBU PEJABAT RISDA

Page 4: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) i

KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 TUJUAN 1

2 LATAR BELAKANG 1

3 OBJEKTIF 2

4 KATEGORI DAN SKOP BANTUAN 3

5 KAEDAH PELAKSANAAN 5

6 KELAYAKAN PEMOHON 6

7 TATACARA PERMOHONAN 7

8 KELULUSAN PERMOHONAN 9

9 AKUJANJI PESERTA DAN EJEN PELAKSANA 10

10 AGIHAN KEUNTUNGAN / DIVIDEN (EJEN PELAKSANA SAHAJA) 11

11 BANTUAN TAMBAHAN 11

12 PEMANTAUAN PROJEK 11

13 KAEDAH PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN 16

14 CARTA ALIRAN KERJA 16

15 PENUTUP 16

Page 5: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM)

1.0 TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baru Agro Makanan

disediakan sebagai panduan dan rujukan warga RISDA dalam melaksanakan

projek jabatan selaras dengan visi, misi dan objektif RISDA.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe 11: 2016 - 2020) merupakan

rangka Rancangan Malaysia yang terakhir di mana Malaysia mensasarkan

status Negara Maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat ini,

Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah dilaksanakan melalui

komponen yang berpaksikan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara

(NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Selaras

dengan itu, melalui GTP Fasa 3.0 (2015 - 2020) bersama-sama 12 Bidang

Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA), RISDA terus diberi kepercayaan

untuk membangunkan masyarakat pekebun kecil luar bandar dari segi

kedudukan sosio-ekonomi melalui aktiviti ekonomi yang boleh menjana

pendapatan tambahan keluarga.

2.2 Berikutan harga komoditi getah yang tidak menentu, RISDA menggalakkan

Pekebun Kecil berusaha menceburi bidang lain sebagai sumber

pendapatan tambahan selain hasil tanaman komoditi selaras dengan

hasrat YAB Perdana Menteri. Bagi merealisasikan hasrat ini, beberapa siri

bengkel telah dilaksanakan seperti berikut:

a) Bengkel Hasil Baharu MEA (16-17 Mei 2019)

b) Bengkel TWG RISDA Siri 1 (15-18 Julai 2019)

c) Bengkel TWG RISDA Siri 2 (31 Julai-2 Ogos 2019)

Page 6: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 2

2.3 Berdasarkan siri bengkel tersebut, Model Perancangan Strategik RISDA

(MPSR 2.0) 2021-2015 telah dirangka dan hasrat YAB Perdana Menteri

dizahirkan di dalam Teras 2 MPSR 2.0 iaitu Hasil Baharu Pekebun Kecil

yang memberi fokus kepada Pekebun Kecil untuk mengeksploitasi sumber

ekonomi baharu bagi menambah pendapatan.

2.4 RISDA telah merancang dan menetapkan pelan tindakan baru Program

Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan yang lebih berkesan bagi

memperbaiki taraf sosio-ekonomi pekebun kecil melalui 3 bidang utama

iaitu Ternakan, Tanaman Jangka Pendek dan Tanaman Jangka Panjang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada pendapatan dari

sumber getah dan kelapa sawit dengan memfokuskan bidang agro

makanan agar menjadi lebih efektif dalam meningkatkan taraf kehidupan

Pekebun Kecil.

3.2 Menyediakan kemudahan bantuan kepada Pekebun Kecil untuk

Menjalankan aktiviti pertanian selain getah dan sawit seperti ternakan,

tanaman jangka pendek dan tanaman jangka panjang.

3.3 Menggalakkan Pekebun Kecil untuk mengoptimumkan sumber yang sedia

ada dan menerokai sumber baru untuk memaksimumkan pendapatan.

3.4 Menjana pendapatan sampingan melalui agihan keuntungan atau jualan

hasil ternakan dan tanaman melalui program ini agar sasaran pendapatan

sebanyak RM4,000 sebulan sekeluarga tercapai.

Page 7: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 3

4.0 KATEGORI DAN SKOP BANTUAN

4.1 Kategori Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan adalah seperti berikut:

4.1.1 Ternakan

Kategori Ternakan meliputi aktiviti pertanian yang berasaskan

ternakan yang boleh diusahakan adalah seperti berikut:

i) ternakan secara Fidlot;

ii) ternakan secara Integrasi;

iii) akuakultur; dan

iv) lain-lain kategori ternakan yang bersesuaian dengan

kelulusan RISDA.

4.1.2 Tanaman Jangka Pendek

Tanaman Jangka Pendek ditakrifkan sebagai tanaman yang

mengeluarkan hasil sekali sahaja dan mempunyai jangka hayat

kurang dari setahun. Contoh tanaman jangka pendek yang boleh

diusahakan adalah seperti berikut:

i) sayur – sayuran fertigasi;

ii) cili;

iii) jagung;

iv) nenas;

v) rock melon;

vi) tembikai;

vii) ubi keledek;

viii) pisang;

ix) cendawan; dan

x) lain-lain tanaman jangka pendek yang bersesuaian dengan

kelulusan RISDA.

Page 8: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 4

4.1.3 Tanaman Jangka Panjang

Tanaman Jangka Panjang ditakrifkan sebagai tanaman yang

mengeluarkan hasil berulangkali dan mempunyai jangka hayat

melebihi setahun. Contoh tanaman Jangka Panjang yang boleh

diusahakan adalah seperti berikut:

i) kelapa;

ii) durian;

iii) manga;

iv) cempedak;

v) nangka;

vi) durian belanda;

vii) benih kelapa;

viii) benih durian;

ix) dan lain-lain tanaman jangka panjang yang bersesuaian

dengan kelulusan RISDA.

4.2 Skop bantuan merangkumi perkara seperti berikut:

a) infrastruktur;

b) peralatan;

c) input pertanian :

d) modal pendahuluan (ejen pelaksana sahaja); dan

e) lain – lain keperluan yang diluluskan.

Page 9: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 5

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan dilaksanakan melalui dua

kaedah seperti berikut:

5.1 Pekebun Kecil

Pelaksanaan oleh Pekebun Kecil adalah secara individu atau berkelompok

melalui kaedah seperti berikut:

a) Dilaksanakan oleh pemohon secara individu, berkelompok atau

melalui ejen pelaksana mengikut kesesuaian dan kelulusan.

b) Semua permohonan berserta kertas kerja disemak, dinilai dan

diluluskan oleh Jawatankuasa Hasil Baharu Agro Makanan (JHBAM)

peringkat Pejabat RISDA Negeri bagi nilai kurang dari RM 250,000

c) Peserta akan memperolehi pendapatan secara jualan terus hasil

pertanian.

d) Keutamaan nilai bantuan setiap permohonan adalah sebanyak

RM20,000 dan ke atas.

5.2 Ejen Pelaksana

Ejen Pelaksana ialah mana – mana syarikat, individu atau pihak lain

contohnya Syarikat Milikan RISDA (SMR), Koperasi , mana-mana pihak

yang diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan

(JIHBAM) peringkat Ibu Pejabat. Kaedah pelaksanaan adalah seperti

berikut:

a) Dilaksanakan dalam bentuk skala yang lebih besar.

b) Semua permohonan berserta kertas kerja disemak, dinilai dan

Page 10: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 6

diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan

(JIHBAM) peringkat Ibu Pejabat RISDA dan Jawatankuasa Hasil

Baharu Agro Makanan peringkat Negeri merujuk kepada nilai projek.

c) Nilai bantuan setiap permohonan bergantung sepenuhnya dengan

kelulusan Jawatankuasa.

d) Permohonan yang kurang daripada RM250,000.00 boleh juga

dilulus oleh Jawatankuasa Induk Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan peringkat Ibu Pejabat atas faktor tertentu yang ditentukan

oleh Pengarah Program.

6.0 KELAYAKAN PEMOHON

6.1 Pekebun Kecil

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk peserta Individu atau

berkelompok adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia.

b) Pekebun Kecil / Ahli Isi Rumah.

c) Berdaftar dengan RISDA.

d) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa

tanah.

e) Keutamaan kepada kelompok B40 ATAU mana-mana situasi yang

berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan RISDA.

f) Mempunyai minat dan berkeupayaan untuk melaksanakan projek

serta mempunyai tapak yang bersesuaian.

g) Pemohon yang bersedia membiayai kos projek selain daripada

bantuan RISDA.

Page 11: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 7

6.2 Ejen Pelaksana

Syarat kelayakan pemohon bantuan untuk ejen pelaksana seperti berikut:

a) Syarikat berdaftar yang sah.

b) Kedudukan kewangan yang stabil.

c) Mempunyai hak milik tanah / surat kebenaran mengguna atau sewa

tanah.

d) Berkeupayaan untuk melaksanakan projek serta mempunyai tapak

yang bersesuaian.

e) Ejen pelaksana bersedia membiayai kos projek selain daripada

bantuan RISDA.

7.0 TATACARA PERMOHONAN

7.1 Tatacara Permohonan Pekebun Kecil

a) Borang permohonan boleh didapati di Pejabat RISDA Negeri /

Daerah / Jajahan / Bahagian.

b) Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan (Borang

AM1A). Borang perlu diisi dan dikemukakan kepada pihak RISDA

berserta kertas kerja projek yang lengkap.

c) Semua permohonan dan kertas kerja hendaklah disemak oleh

pegawai RISDA peringkat Negeri atau Daerah sebelum

dibentangkan dalam mesyuarat kelulusan Program Pembangunan

Hasil Baharu Agro Makanan peringkat Negeri.

Page 12: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 8

d) Pegawai RISDA di lapangan dikehendaki membantu pemohon di

dalam mengenalpasti projek, menentukan kesesuaian,

mencadangkan unjuran hasil, membantu dalam menyediakan

rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara

kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek.

e) Pegawai RISDA di lapangan akan membuat siasatan bersama

pemohon dan membuat pengesyoran berkaitan daya maju projek.

PRD/PRJ/PRB dikehendaki membuat ulasan ke atas cadangan

projek pemohon dan dikemukakan semasa mesyuarat kelulusan

projek peringkat negeri.

f) Contoh kertas kerja projek adalah seperti Lampiran 1.

7.2 Tatacara permohonan Ejen Pelaksana

a) Ejen pelaksana akan mengurus dan melaksanakan kerja bagi pihak

pekebun kecil (peserta) atau koperasi.

b) Kelayakan peserta adalah sama dengan peserta pekebun kecil.

c) Ejen Pelaksana dikehendaki mengisi Borang Permohonan Ejen

Pelaksana (Borang AM1B dan Borang AM1C/ AM1D) seterusnya

dikemukakan kepada pihak RISDA berserta kertas kerja projek yang

lengkap.

d) Kertas kerja akan dibentangkan oleh pemohon atau wakil kepada

Jawatankuasa Hasil Baharu Agro Makanan (JIHBAM) peringkat Ibu

Pejabat atau peringkat negeri

Page 13: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 9

e) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa.

8.0 KELULUSAN PERMOHONAN

8.1 Kelulusan untuk permohonan Pekebun Kecil

a) Urus Setia di peringkat RISDA Negeri menerima, mengkaji, dan

membuat perakuan permohonan projek kepada Jawatankuasa

Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan (JHBAM)

Peringkat RISDA Negeri.

b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil pegawai

RISDA berkenaan.

c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil

Baharu Agro Makanan (JHBAM) Peringkat RISDA Negeri.

d) Kelulusan untuk projek yang bernilai RM 250,000 dan ke atas adalah

di bawah Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan

(JIHBAM) peringkat Ibu Pejabat.

8.2 Kelulusan untuk permohonan Ejen Pelaksana

a) Urus Setia di peringkat Ibu Pejabat RISDA dan negeri menerima,

mengkaji dan membuat perakuan permohonan projek kepada

Jawatankuasa.

b) Kertas kerja projek dibentangkan oleh pemohon atau wakil pihak

yang memohon.

c) Kelulusan / penolakan dan nilai kelulusan adalah bergantung

sepenuhnya kepada Jawatankuasa.

Page 14: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 10

9.0 AKUJANJI PEMOHON DAN EJEN PELAKSANA

9.1 Pemohon dan Ejen Pelaksana hendaklah bersetuju dengan RISDA dan

tidak menghalang Pegawai Pemantau dalam menjalankan tugas

memantau, menasihat, mengambil data pendapatan dan perbelanjaan

sepanjang tempoh berikut:

a) 5 tahun dari tarikh terima aset atau bekalan terakhir bagi Skop

Ternakan,

b) 5 tahun dari tarikh terima aset atau bekalan terakhir bagi Skop

Tanaman Jangka Pendek, atau

c) 15 tahun dari tarikh terima aset atau bekalan terakhir bagi Skop

Tanaman Jangka Panjang.

9.2 Sekiranya pemohon dan Ejen Pelaksana gagal atau menghalang tugas

Pegawai Pemantau, pemohon dan Ejen Pelaksana tersebut akan

dimasukkan dalam senarai hitam sebarang bantuan yang akan diberikan

oleh Pihak RISDA di masa akan datang. RISDA dengan ini boleh

memindahkan mana-mana aset atau bekalan kepada peserta lain yang

memerlukan.

9.3 Surat akujanji pemohon dan perjanjian pelaksanaan projek adalah seperti

Lampiran 2 dan Lampiran 3A

Page 15: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 11

10.0 AGIHAN KEUNTUNGAN (EJEN PELAKSANA SAHAJA)

Keuntungan projek yang dilaksanakan oleh Ejen Pelaksana akan dimasukkan ke

dalam akaun peserta atau koperasi merujuk kepada perjanjian yang

ditandatangani di antara kedua belah pihak. Contoh perjanjian adalah seperti di

Lampiran 3B.

11.0 BANTUAN TAMBAHAN

Bagi peserta Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan Individu yang

mencapai matlamat tahunan yang ditetapkan adalah layak untuk memohon

bantuan tambahan merujuk kepada kelulusan jawatankuasa.

12.0 PEMANTAUAN PROJEK

12.1 Jawatankuasa - Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan

Bagi tujuan ini, dua (2) Jawatankuasa ditubuhkan seperti berikut:

a) Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan (JIHBAM) Peringkat Ibu Pejabat; dan

b) Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan

(JHBAM) Peringkat RISDA Negeri.

Page 16: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 12

12.1.1 Jawatankuasa Induk Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan (JIHBAM) Peringkat Ibu Pejabat

a) Keahlian jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Ketua Pengarah RISDA

ii) Timbalan Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah

(Pengerusi Ganti)

iii) Setiausaha : Pengarah BPK

iv) Ahli : Pengarah/Wakil BPPS

Pengarah/Wakil BDPS

Pengarah/Wakil BIAD

Pengarah/Wakil BKB

Pengarah/Wakil BPU

Pengarah/Wakil BTSP

Pengarah/Wakil BBIP

Pengarah/Wakil BL

Pengarah/Wakil BPPT

Wakil Agensi yang berkaitan

b) Fungsi dan Tanggungjawab JIHBAM:

i) menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala tuju

program;

ii) meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan

dan kos projek yang dicadangkan;

iii) menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama

kementerian/jabatan/agensi berkaitan dalam

melaksanakan program ini;

iv) memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu

dasar dan masalah utama program;

v) menetapkan sasaran bagi memastikan objektif

program dapat dicapai;

Page 17: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 13

vi) menyemak dan meluluskan senarai nama peserta bagi

projek yang melibatkan agihan keuntungan;

vii) menentukan agihan keuntungan bagi projek yang

diuruskan oleh ejen pelaksana;

viii) menyemak status pelaksanaan program;

ix) membincangkan isu-isu pelaksanaan program dan

langkah-langkah penyelesaian; dan

x) memberi cadangan penambahbaikan berkaitan

pelaksanaan projek.

12.1.3 Jawatankuasa Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan

(JHBAM) Peringkat RISDA Negeri

a) Keahlian Jawatankuasa adalah terdiri daripada :

i) Pengerusi : Pengarah RISDA Negeri (PRN)

ii) Timb Pengerusi : Timb. Pengarah RISDA Negeri

(Pengerusi Ganti)

iii) Setiausaha : Penyelaras Program Khas Negeri

iv) Ahli : Semua Pegawai RISDA

(Daerah/Jajahan/Bahagian)

Semua Ketua Unit di PRN

Wakil Agensi yang berkaitan

b) Fungsi dan Tanggungjawab JHBAM:

i) meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan

dan kos projek yang dicadangkan oleh Pekebun Kecil

di peringkat Negeri/Daerah;

ii) menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama

kementerian/jabatan/agensi berkaitan dalam

melaksanakan program ini di peringkat Negeri/Daerah;

Page 18: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 14

iii) memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu

pelaksanaan dan masalah program di peringkat

Negeri/Daerah;

12.2 Mesyuarat

Pemantauan pelaksanaan Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan dijadikan agenda tetap di dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Tindakan Pembangunan RISDA (JTPR) Peringkat Kebangsaan, Negeri

dan Daerah serta mesyuarat – mesyuarat lain yang berkaitan.

12.3 Laporan

12.3.1 PRN/PRD/PRJ/PRB pekebun kecil dan ejen pelaksana adalah

dikehendaki menyediakan laporan berdasarkan format yang

disediakan seperti berikut:

i) Laporan Prestasi Kewangan Program Pembangunan Hasil

Baharu Agro Makanan (Lampiran 4)

ii) Laporan Kemajuan Fizikal (Lampiran 5)

iii) Buku Rekod (Lampiran 6A dan 6B)

12.4 Key Performance Indicator (KPI) Kadar Kematian

Pelaksanaan projek perlu berdasarkan Key Performance Indicator (KPI)

bagi memastikan projek berdaya maju serta dapat meningkatkan

pendapatan. Penetapan KPI projek HB adalah seperti berikut:

Page 19: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 15

12.4.1 KPI Projek Ternakan

i) Kadar kematian ternakan ruminan tidak melebihi 5%.

ii) Kadar kematian ternakan unggas tidak melebihi 3%

iii) Kadar kematian ternakan akuakultur tidak melebihi 25% bagi

apa-apa jenis ikan dan tidak melebihi 40% bagi apa-apa jenis

udang.

12.4.2 KPI Projek Tanaman

i) Kadar kematian tanaman jangka pendek tidak melebihi 5%.

ii) Kadar kematian tanaman jangka panjang tidak melebihi 10%.

12.5 Semakan dan Auditan

a) Pemantauan projek dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan

projek dan perbelanjaan peruntukan yang diluluskan adalah

mengikut skop dan item yang diluluskan.

b) Semakan dan auditan ke atas semua projek bagi Program

Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan akan dilakukan dari

semasa ke semasa mengikut keperluan. Pengurus Program boleh

membuat semakan dan pemantauan dengan atau tanpa Bahagian

Inspektorat dan Audit Dalam bagi tujuan ini.

c) Pusat Tanggungjawab dan Ejen Pelaksana hendaklah memberikan

kerjasama penuh bersama dokumen-dokumen sokongan sebagai

bukti kewangan. Dokumen-dokumen sokongan, fail fizikal dan

fungsian tidak boleh dilupuskan tanpa kebenaran Pengurus

Program.

Page 20: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN (PPHBAM) 16

13.0 KAEDAH PEROLEHAN DAN PEMBAYARAN

13.1 Bagi peruntukan yang disalurkan kepada Pusat Tanggungjawab RISDA,

semua urusan perolehan dan pembayaran projek di bawah program ini

hendaklah mengikut tatacara perolehan dan Peraturan Kewangan RISDA

yang sedang berkuatkuasa.

13.2 Bagi Ejen Pelaksana, kaedah penyaluran peruntukan dan bayaran adalah

merujuk kepada perjanjian di antara risda dengan ejen pelaksana

berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa.

14.0 CARTA ALIRAN KERJA

Carta Aliran Kerja Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan adalah

seperti di Lampiran 7A dan Lampiran 7B.

15.0 PENUTUP

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab adalah dikehendaki untuk mematuhi dasar,

prosedur dan peraturan Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan

seperti yang termaktub di dalam Garis Panduan ini supaya program ini dapat

dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Page 21: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

LAMPIRAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL

BAHARU AGRO MAKANAN

(PPHBAM) RISDA

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PROGRAM KHAS

Page 22: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PEMOHON

A1 Nama

A2 No. MyKad A3 No Tel

A5 Jantina

A6 Bangsa

A7 Status

Nota A7 (Berkahwin/Bujang/Janda/Duda) A8 (Kerajaan/Swasta/Pesara/Penoreh/Petani/Nelayan/Peniaga/Lain-lain)

A9 Alamat A4 Umur

Surat-Menyurat

Poskod

Bandar

Negeri A8 Pekerjaan

BAHAGIAN B : STATUS PEMOHON

B1 Pekebun Kecil

B3 Nama P. Kecil

Nota B1 (jika bukan, perlu isi B3-B8) B3 (Pemilik Geran) B2 (Sekiranya Tiada No SIC, Sila Buat Pendaftaran dengan RISDA) B5 (Sila Sertakan Salinan MyKad Pemilik Geran (B3)) B6 (Suami/Isteri/Anak Pekecil Kecil) B7 (Sila Sertakan Salinan Geran)

Ya Tidak B2 No. SIC

B4 Jenis Tanaman

B5 No. MyKad

B7 No. Geran

B6 Kategori

B8 No. Lot

Getah Lain-Lain

BAHAGIAN D : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….……………………………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya didapatimemberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakandenda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Disokong Tidak Disokong

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………Cop Nama & Jawatan

Diluluskan Tidak Diluluskan

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN F : PERAKUAN PEGAWAI RISDA

Nama Pegawai

Tandatangan Pegawai: ___________________________________ Tarikh & Cop Terima

BORANG AM1A

PEKEBUN KECIL

BAHAGIAN C : MAKLUMAT PROJEK

C1 Jenis Projek C2 No. Geran

C3 No. Lot C4 Mukim

C5 Daerah C6 NegeriSila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

* PRD/PRJ/PRB * PRN

Page 23: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT SYARIKAT

A1 Nama Syarikat

A2 No. Pendaftaran

A3 Alamat Syarikat

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK

B1

B3

Kos Projek

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….…………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya sayadidapati memberi maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3)tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN D : PERAKUAN TERIMAAN

Nama Pegawai

Tandatangan Pegawai: ___________________________________ Tarikh & Cop Terima

BORANG AM1B

EJEN PELAKSANA

Poskod Bandar

Negeri No Tel

No Fax Email

Jenis Projek

Jumlah Peserta

B2

B4 No Geran

Sila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

B5 Alamat Projek

Poskod Bandar

Negeri

Page 24: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PESERTA

A1 Nama

A2 No. MyKad A3 No Tel

A5 Jantina

A6 Bangsa

A7 Status

Nota A7 (Berkahwin/Bujang/Janda/Duda) A8 (Kerajaan/Swasta/Pesara/Penoreh/Petani/Nelayan/Peniaga/Lain-lain)

A9 Alamat A4 Umur

Surat-Menyurat

Poskod

Bandar

Negeri A8 Pekerjaan

BAHAGIAN B : STATUS PESERTA

B1 Pekebun Kecil

B3 Nama P. Kecil

Nota B1 (jika bukan, perlu isi B3-B8) B3 (Pemilik Geran) B2 (Sekiranya Tiada No SIC, Sila Buat Pendaftaran dengan RISDA) B5 (Sila Sertakan Salinan MyKad Pemilik Geran (B3)) B6 (Suami/Isteri/Anak Pekecil Kecil) B7 (Sila Sertakan Salinan Geran)

Ya Tidak B2 No. SIC

B4

B5 Nama Bank

B7 No. Geran

B6 No Akaun

B8 No. Lot

BAHAGIAN D : PERAKUAN PEMOHON

Saya………………………………………………………………………………………………No MyKad….……………………………………………………………………..mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Saya mengesahkan danmembenarkan ejen pelaksana untuk menguruskan projek ini bagi pihak saya merujuk kepada perjanjian berkuatkuasa

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

BORANG AM1C

PESERTA

BAHAGIAN C : MAKLUMAT TANAH

C1 Lokasi Projek C2 No. Geran

C3 No. Lot C4 Mukim

C5 Daerah C6 NegeriSila sertakan Salinan geran tahan, perjanjian pajakan atau dokumen berkaitan

No. myKad

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Disokong Tidak Sokong

Tandatangan : ………………………….. Tarikh : …………………

Cop Nama & Jawatan* PRD/PRJ/PRB

Page 25: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

(Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah)

BORANG PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

BAHAGIAN A : MAKLUMAT KOPERASI

A1 Nama Koperasi

A2 No. Pendaftaran

A3 Alamat Koperasi

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PROJEK

B1 Jenis Projek

BAHAGIAN C : PERAKUAN PEMOHON

Saya…………………………………………………………………………………..….…No.MyKad….…………………………………………………….…Jawatan……………….………………………………………………………………….mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalamborang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya didapati memberi maklumat tidak benar atau palsu,saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakanhukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda

Tandatangan/Cap Jari : ___________________________ Tarikh Hari Bulan Tahun

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Dilulus Tidak Dilulus

Tandatangan : …………………………..

Tarikh : …………………Cop Nama & Jawatan

BAHAGIAN D : PERAKUAN TERIMAAN

Nama Pegawai

Tandatangan Pegawai: ___________________________________ Tarikh & Cop Terima

BORANG AM1D

KOPERASI

Poskod Bandar

Negeri No Tel

No Fax Email

Nama Syarikat B2

Sila sertakan profil Koperasi

B3 Alamat Projek

Poskod Bandar

Negeri

Page 26: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

CONTOH

RANCANGAN PERNIAGAAN

(Bisnes Plan) PROJEK CENDAWAN TIRAM KELABU

DIKAMPONG PARIT AMAL, MUAR, JOHOR DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BARU AGRO MAKANAN

Oleh: ………………………………….. ………………………………….. …………………………………..

Kertas ini disediakan untuk permohonan Projek Cendawan Tiram Kelabu

(Pleurotus cajor-saju) dibawah Program Pembangunan Bantuan Hasil

Baharu Agro Makanan

LAMPIRAN 1

Page 27: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

RINGKASAN ESEKUTIF

Kertas Rancangan Perniagaan (RP) ini disediakan untuk melaksanakan projek

cendawan tiram kelabu di No 66, Kampong Parit Amal, Jalan Temenggong, Muar

di bawah program Program Pembangunan Bantuan Hasil Baharu Agro Makanan.

Cadangan projek ini dimajukan berdasarkan kepada potensi projek cendawan

yang mampu menjana pendapatan yang baik berasaskan analisa kewangan.

Kertas ini akan dihantar kepada RISDA untuk diproses untuk mendapatkan

kelulusan. Projek ini akan dilaksanakan melibatkan peruntukan sebanyak RM

96,412.00 Anggaran pendapatan bulanan sebanyak purata RM7,093.70 iaitu ia

melebihi sasaran sebanyak RM5,000 sebulan selama 5 tahun.

Page 28: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1. RINGKASAN ESEKUTIF 2

2. KANDUNGAN 3

3. PENDAHULUAN 4

4. TEKNIKAL 5

5. PEMASARAN 6

6. PENGURUSAN 7

7. KEWANGAN 8

8. KESIMPULAN 9

9. LAMPIRAN 10 -13

9.1 Peta lokasi projek cendawan di Muar

9.2 Surat kebenaran daripada pemilik tanah

9.3 Sijil Kursus Cendawan

9.4 Cashflow Penanaman Cendawan

Page 29: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

1. PENDAHULUAN

1.1 MAKLUMAT PEMOHON

Nama Pemohon No

Kad Pengenalan

Tempat Lahir

Alamat Rumah

No Telefon

Tahap Pendidikan

Pekerjaan Semasa

Alamat Bertugas

Pendapatan

Sebulan Nama Isteri

Bilangan Anak

Pengalaman Kursus

Rasmi

: MOHD AMIN BIN HASSAN

: 900312-01-5455 (25 Tahun)

: Segamat, Johor

: No 66, Kampong Parit Amal, Jalan Temenggong, Muar : 013-7613455 (HP)

07-79687880 (Rumah)

: Diploma Pertanian (UPM)

: Penyelia Jualan Pasaraya

: Econsave Supermarket Sdn Bhd,

Taman Temenggong, Muar,

Johor.

: RM 1,800

: Jamilah binti Wagian

: 4 orang

: Mempunyai 2 rumah cendawan ( 2 tahun)

: Sijil Kursus Agropreneur Cendawan Tiram

Kelabu di Pusat PBU Pagoh, Muar, Johor

Page 30: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

1.2 LOKASI PROJEK

Cadangan Projek Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius) ini dilokasi

iaitu Lot MR4521, Mukim Bandar, Muar, Johor kepunyaan Encik Hasan seluas

1 ekar (Ayah) dan Lot MR4522, Mukim Bandar, Muar kepunyaan Encik Harun

(Bapa Saudara) seluas 2 ekar. Lokasi projek dan jarak sejauh 200 meter

daripada rumah kediaman pemohon (Seperti dalam lampiran 1). Pada masa

ini saya mempunyai 2 bangsal cendawan berukuran 10 kaki x 15 kaki dengan

kapasiti 800 bongkah yang didalamnya adalah cendawan tiram kelabu. Projek

ini adalah dibimbing oleh RISDA di dalam kebun bapa dengan kawasan

persekitaran adalah dusun buah-buahan campuran. Berdasarkan prestasi

pengeluaran cendawan sedia ada, banyak lagi bangsal atau rumah cendawan

yang boleh dibina dikawasan dengan kelengkapan untuk ruangan kerja lebih

selesa. Bongkah cendawan yang siap disuntik sekarang dibeli daripada

pembekal tempatan iaitu C&C Mushroom Sdn Bhd dan Pembekal PPK Parit

Jawa mengikut keperluan. Kawasan kebun bapa saudara boleh digunakan

untuk tambahan rumah cendawan dimana pemilik telah memberikan surat

kebenaran untuk mengusahakannya (Surat kebenaran gunatanah seperti

Lampiran 2). Lokasi yang dicadangkan mudah diakses melalui jalan ladang

dan jalan kampong dan ia mempunyai tahap keselamatan dari sebarang

gangguan.

Page 31: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

1.3 PENGALAMAN

Saya telah mengikuti kursus Cendawan Kelabu melalui Program Agropreneur

Muda pada November 2014 di Pusat Latihan Keusahawanan (PBU) Pagoh,

Muar, Johor anjuran Jabatan Pertanian selama 4 hari (Sijil Kursus disertakan

– Lampiran 3). Saya amat berminat dengan projek cendawan tiram kelabu

dimana pada masa ini telah mempunyai sebanyak 2 buah rumah cendawan

dengan kapasiti 800 bungkah cendawan satu pusingan terletak berhampiran

rumah selama 2 tahun dulu. Hasil cendawan sekitar 4- 6 kg setiap hari yang

dijual dikawasan kampong dan dijual dikawasan kilang tempat bertugas. Saya

berpeluang beberapa kali mengikuti lawatan teknikal projek cendawan di

beberapa usahawan lain di sekitar Muar dan Segamat anjuran Jabatan

Pertanian dan lawatan persendirian di Melaka dan Pahang.

2. TEKNIKAL CENDAWAN TIRAM KELABU

Projek menanam Cendawan Tiram Kelabu ((Pleurotus pulminarius)

merupakan satu projek yang baru dikomersilkan dalam negara kita untuk

pasaran domestik dan potensi eksport. Selama ini negara masih mengimpot

banyak cendawan daripada luar negara terutama jenis cendawan kering

untuk kegunaan masakan dan juga ramuan makanan sihat. Tanaman

cendawan di Malaysia boleh di majukan sepanjang tahun kerana mempunyai

iklim sesuai dan sistem penanaman yang moden. Kalau dahulu cendawan

hanya dikutip dikawasan terbuka, kini ia mudah ditanam menggunakan media

habuk kayu dan media lain. Terdapat seramai 400 usahawan cendawan di

Malaysia dimana 82% merupakan pengusaha kecil dan bakinya syarikat

bertaraf besar yang komersil. Rekod Jabatan Pertanian menunjukkan

pengeluaran cndawan di Malaysia sebanyak 30 – 40 metrik tan setahun

dengan 66% adalah dari jenis tiram kelabu. Negeri Selangor menghasilkan

42% daripada jumlah tersebut sebanyak 12.8 mt sehari untuk pasaran

Lembah Kelang. Cendawan ini dimakan segar dengan anggaran permintaan

yang tinggi dari Lembah Kelang.

Page 32: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

Dasar Agro Makanan Negara (DAM) telah meletakan industri cendawan

sebagai satu cabang dalam komoditi yang berpenghasilan tinggi. Walau pun ia

tidak dimasukkan secara khusus dalam Projek NKEA melalui EPP, tetapi

beberapa galakan telah diadakan oleh kerajaan untuk sektor penanaman

cendawan. Antara beberapa isu yang mengugat industri cendawan seperti

kekurangan media habuk kayu getah, harga bahan yang semakin meningkat,

harga cendawan yang tidak menentu, kualiti benih yang tercemar dan produk

cendawan segar yang mudah rosak (perishable) yang perlu difahami oleh

usahawan baru. Varieti cendawan tiram kelabu yang ada dipasaran masih

perlu diperbaiki termasuk kualiti benih yang dijual kepada pengusaha.

Penyelidikan mengenai cendawan oleh MARDI dan Universiti Malaya diharap

akan memajukan sektor ini.

Kini penggunaan perkapita cendawan di Malaysia sekitar 1.5 kg seorang

setahun (2014) dimana ini memerlukan sebanyak 55,00 mt setahun. Perkapita

ini akan menjadi sebanyak 3.0 kg seorang pada tahun 2020. Rekod

menunjukkan pengeluaran cendawan segar di Malaysia Cuma 30 mt iaitu

masih kekurangan sebanyak 20 metrik tan. Rancangan pengeluaran dan

pengiraan cendawan berasdaskan kepada faktur teknikal dan kehendak

pasaran. Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius) yang dipilih akan

menjlani tempoh pemeraman selepas menyuntik benih selama 45 hari. Masa

rehat (fruiting interval) di antara pungutan hasil adalah 10 hari dan juga tempoh

Matang selepas penutupan dibuka adalah 3 hari (Ini dilakukan dengan ditutup

semula pada hari ke 5). Dari segi teknikal kekerapan penghasilan sebanyak 4

kali sehingga 10 kali bergantung kepada pengurusan dan kaedah amalan

agronomi. Persediaan campuran Media adalah standard iaitu 100:10:1. Bahan

habuk kayu 500gm/beg dengan menggunakan benih cendawan terjamin pada

kadar penggunaan sebanyak 1 Botol / 25 beg (bongkah cendawan).

Page 33: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

Kapasiti jadual pengeluaran adalah sebanyak 200kg sehari dengan anggaran

hasil per berg sekitar 60 gm. Kerja didalam kawasan prjek menggunakan ahli

keluarga dan pekerja upah dibayar kontrak. Bagi tujuan tersebut anggaran kos

adalah sekitar kerja penyediaan beg 17 sen satu beg, Pembungkusan sekitar

7 sen beg menyebabkan anggaran kos upah disesuaikan sebulan. Pemasaran

cendawan dengan dibungkus pada berat Bersih 10gm / pek berharga RM

9.00/kg.

3. PEMASARAN

Projek tanaman cendawan tiram kelabu secara komersil menghasilkan produk

cendawan segar. Cendawan segar yang dituai setiap hari akan digredkan dan

dibungkus mengikut kehendak pelanggan. Harga ladang cendawan segar

diantara RM 8.00 – RM9.00 sekilogram tetapi apabila dibungkus mengikut gred

ia boleh dijual dua kali ganda lebih tinggi. Harga runcit bergantung jenis

pembungkusan cendawan segar ini akan diedarkan setiap hari kepada

pelanggan tetap yang datang dan saya akan hantar kepada pelanggan tetap

dilokasi. Pemasaran dijalankan dengan jualan borong daripada tempahan

pengedar di Muar, Melaka, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Singapura. Selain

itu produk cendawan segar kan dijual di Pasar Malam dan juga kepada individu

yang datang. Pembekalan kepada pasaraya besar seperti MYDIN, GIANT,

ECONSAVE dan sebagainya akan dikenalpasti apabila tahap penghasilkan

mencapai maksima selepas tahun ke dua.

4. PENGURUSAN

Projek penanaman cendawan tiram kelabu akan dijalankan dengan cara

komersil dengan jadual pengeluaran yang disusun. Pengurusan dan

pemeriksaan aktiviti menyediakan media campuran, mengukus dan menyusun

bongkah cendawan akan dilakukan sendiri oleh pemohon dan dibantu oleh

isteri, 2 orang anak saudara dan seorang pekerja upahan dengan bayaran gaji

bulanan RM 900 sebulan. Bagi mengatasi kekurangan bongkah yang disuntik

akan dibeli daripada pembekal tempatan yang berhampiran. Aktiviti yang

kritikal dimana ia memerlukan banyak tenaga kerja akan diupahkan secara

kontrak seperti menyedia dan mengisi media dalam plastik dan mengukus.

Page 34: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

5. KEWANGAN

Lampiran 4 menunjukkan Aliran Wang Tunai atau Cashflow projek cendawan

tiram kelabu komersil yang disediakan oleh RISDA. Cashflow tersebut

menunjukan bagi mendapatkan pulangan sebanyak RM 7,093 iaitu jumlah

melebihi RM5,000 sebulan (Sasaran Pakej Projek) yang perlukan sebanyak 2

buah rumah cendawan dengan jumlah bongkah sebanyak 50,000 setahun.

Sebanyak 2.5 kali pusingan penanaman cendawan tiram dijangka boleh

dilakukan setiap tahun dengan anggaran purata hasil cendawan sekitar 250

gram satu bongkah. Modal permulaan tahun pertama projek ini adalah

dianggarkan sebanyak RM96,412 melalui bantuan RISDA. Modal pusingan

berikutnya adalah dari hasil jualan cendawan RM 350,710. Kadar Kos-Fadah

(BC Ratio) adalah 2.66 bermakna setiap satu ringgit dibelanjakan akan

memberikan pulangan RM2.66. Nilai kini Bersih (NPV@10%) pula adalah RM

244,960 dengan Kadar Pulangan Dalam (IRR@10%) adalah 225.73%.

Anggaran purata pendapatan bulanan projek ini sekitar RM 7,093 sebulan iaitu

mencapai sasaran yang di kehendaki Ini bermakna dari segi cashflow, ianya

Positif dan berdaya maju untuk dilaksanakan.

Page 35: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

6. KESIMPULAN

Bisnes Plan yang disediakan ini berdaya maju dimana ia adalah projek tanaman

cendawan tiram kelabu (Pleurotus pulminarius) dikawasan di Kg Parit Amal, Jalan

Temenggong, Muar, Johor yang akan dapat memberikan pendapatan selaras

dengan objektif Program Pembangunan Hasil Baru Agro Projek ini akan

memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM 7,093.70 sebulan untuk selama 5

tahun seperti dalam cashflow. Pengeluaran cendawan ini merupakan jenis yang

berkualiti dimana ia boleh dijual dalam negara atau pun untuk pasaran ekspot.

Disediakan oleh: ……………………………. ……………………………. …………………………….

Page 36: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

9. LAMPIRAN

9.1 Peta lokasi cadangan Projek Cendawan Tiram Kelabu

(Pleurotus pulminarius) di Kg Parit Amal, Muar, Jalan,

Temenggong, Johor.

Page 37: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

9.2 Surat Kebenaran Projek Menanam Cendawan di Lot MR4522

Page 38: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

9.3 Sijil kehadiran Kursus Cendawan Tiram kelabu di Kompleks Pusat

Bimbingan Usahawan (PBU) Pagoh, Muar, Johor

148

Page 39: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

9.4. Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Bagi

Cendawan (Pleurotus pulminarius) dibawah Program

Pembangunan Bantuan Hasil Baharu (Cashflow

Cendawan Tiram Kelabu)

Page 40: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

SURAT AKUJANJI PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

PERJANJIAN ini dibuat pada ………… haribulan …….…….. Tahun………..

DIANTARA

Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian...…..……………….beralamat di

….……………………....………………………………………………..……………

………………adalah satu Jabatan Kerajaan (selepas ini dirujuk sebagai

"Jabatan")

DAN

………(peserta) ......... …… No. Kad Pengenalan ………………... beralamat

di …………………………………………………………………………………..…..

(selepas ini dirujuk sebagai “peserta”) sebagai satu pihak lagi

Bahawasanya saya dengan ini mengakui telah menerima bantuan/

mesin/peralatan (seperti lampiran) dan memberi akujanji-akujanji seperti

berikut:-

1. Saya hendaklah menjalankan projek dalam jangkamasa yang telah

ditetapkan berpandukan nasihat, rundingan dan panduan oleh Jabatan dan

mengikuti segala peraturan Jabatan dan mengikuti latihan yang diarahkan

oleh Jabatan.

2. Saya tidak akan menjual memberi sewa, memajak, menggadai atau

melepaskan pemilikan dan pemunyaan ke atas peralatan tersebut kepada

pihak lain. Jabatan berhak untuk mengambil balik peralatan sekiranya

disalahguna.

LAMPIRAN 2

Page 41: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

3. Saya dikehendaki menyimpan Rekod Ladang serta rekod urusniaga

perniagaan hasil pengeluaran dan nilai jualan di dalam Buku Rekod Aktiviti

Tanaman dan Jualan. Pegawai pemeriksa Jabatan berhak untuk meneliti

dan memeriksa rekod serta buku tersebut bagi tujuan pemantauan dan

penilaian keberkesanan projek pada bila-bila masa diperlukan.

4. Saya bersetuju membenarkan Pegawai Jabatan untuk membuat lawatan

dan memantau perjalanan projek.

5. Saya tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari Jabatan jika

berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung atau

tidak langsung.

6. Saya bersetuju dan akur sekiranya Jabatan menarik balik bantuan

peralatan / mesin/ bahan mentah yang telah diberikan jika gagal mematuhi

mana-mana syarat seperti di atas dan segala arahan Jabatan bersabit

dengan pengurusan projek yang diberi dari semasa ke semasa.

Saya membuat surat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang

tersebut di dalamnya adalah benar menurut undang-undang Surat Akaun 1960

dan mematuhi peruntukan-peruntukan yang temaktub di dalam Akta Perakuan

Bersumpah 1960.

Ditandatangani oleh:

Peserta

Tandatangan/Cap ibu jari : ..........................................

Nama : ..........................................

No. Kad Pengenalan : ...........................................

Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian …………….

Nama : ............................................

No. Kad Pengenalan : ............................................

Page 42: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN

HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

DI ANTARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN

PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

(RISDA)

DAN

RISDA PLANTATION SDN. BHD.

LAMPIRAN 3A

Page 43: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

1

PERJANJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU

AGRO MAKANAN

PERJANJIAN ini dibuat pada haribulan 2020

DI ANTARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH,

sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak

Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 yang beralamat di

Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur (kemudian daripada

ini disebut “RISDA”) sebagai pihak pertama;

DAN

RISDA PLANTATION SDN. BHD. (No. Syarikat: 324822D), sebuah syarikat yang

ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat operasinya di

Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra,

Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut “Ejen

Pelaksana”) sebagai pihak kedua.

MAKA KEDUA-DUA PIHAK DENGAN INI BERSETUJU seperti berikut:-

1. TAFSIRAN

Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maksud yang

lain, maka ditetapkan maksud seperti berikut:-

1.1. “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah;

1.2. ”PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan;

1.3. “Ejen Pelaksana” bermaksud RISDA PLANTATION SDN. BHD.

(No. Syarikat: 324822D), sebuah syarikat yang ditubuhkan di

Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat

Page 44: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

2

operasinya di Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park,

Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur yang telah

dilantik oleh RISDA bagi melaksanakan PPHBAM;

1.4. ”Peserta” bermaksud Pekebun Kecil atau Ahli Isi Rumah yang

berdaftar dengan RISDA;

1.5. “Projek Tersebut” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu

Agro Makanan iaitu salah satu program yang dipertanggungjawabkan

kepada Ejen Pelaksana oleh RISDA;

1.6. “JIHBAM” bermaksud Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro

Makanan Peringakt Ibu Pejabat yang ditugaskan untuk memantau

dan mengurus pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dengan

keahlian dan peranan seperti yang ditentukan oleh RISDA;

1.7. “Pengurus Program” bermaksud Bahagian Program Khas yang

dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau

pelaksanaan dasar, agihan peruntukan, bayaran semua tuntutan oleh

Ejen Pelaksana (mana yang berkaitan) dan pemantauan “Projek

Tersebut”;

1.8. ”Borang AM1B” ialah suatu borang permohonan PPHBAM yang

perlu diisi oleh Ejen Pelaksana;

1.9. ”Borang AM1C” ialah Borang Permohonan Peserta untuk menyertai

PPHBAM di bawah Ejen Pelaksana;

1.10. “Modal Awalan” bermaksud bantuan kewangan yang diberikan

kepada Ejen Pelaksana dengan kadar tidak melebihi 30 peratus dari

jumlah keseluruhan kos projek. Modal Awalan akan dibayar oleh

Pengurus Program selepas dokumen Perjanjian ini ditandatangani;

Page 45: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

3

1.11. “Bayaran Kemajuan Kerja” bermaksud bayaran terhadap tuntutan

yang dibuat oleh Ejen Pelaksana berdasarkan tahap kemajuan

pelaksanaan Projek Tersebut melalui kaedah bayaran pampasan

balik kepada Ejen Pelaksana yang telah mendahulukan wangnya

atau hartanya untuk membayar sesuatu perbelanjaan termasuk untuk

tujuan pekerjaannya, atau suatu akaun perkhidmatan yang ia

terpaksa tanggung dengan wang pendahuluan darinya, atau terpaksa

mengenakan caj awal untuk tugasan bagi sesuatu pihak yang lain;

1.12. “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan projek

yang diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dan

akan dikreditkan ke dalam akaun Peserta berdasarkan kadar yang

ditetapkan oleh JIHBAM;

2. TEMPOH KUATKUASA PERJANJIAN

2.1 Perjanjian ini berkuatkuasa selama tempoh pelaksanaan Projek

Tersebut sehingga projek tamat atau ditamatkan oleh RISDA;

2.2 Perjanjian ini boleh disemak dan boleh dirunding untuk diperbaharui

dan boleh dipinda mengikut arahan pengurusan RISDA dan dasar

yang diluluskan pada tahun semasa.

3. TANGGUNGJAWAB EJEN PELAKSANA

3.1 Ejen Pelaksana hendaklah mengemukakan kepada RISDA sebelum

atau pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dokumen-dokumen

seperti berikut:-

3.1.1 Satu dokumen Rancangan Perniagaan yang lengkap untuk

tujuan kelulusan dan pemantauan;

3.1.2 Borang Permohonan AM1B dan AM1C;

Page 46: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

4

3.2 Ejen Pelaksana hendaklah menjalankan kerja-kerja yang meliputi:-

3.2.1 Pengurusan am, kontrak dan kewangan Projek Hasil Baharu

Agro Makanan;

3.2.2 Pengurusan tanaman atau ternakan termasuk penyenggaraan

projek; dan

3.2.3 Jualan dan pemasaran hasil “Projek Tersebut”.

3.3 Pengurusan am, kontrak dan kewangan PPHBAM termasuklah: -

3.3.1 Menguruskan kontrak di antara Ejen Pelaksana dan Kontraktor

(jika perlu) termasuk mengeluarkan arahan keseluruhan kerja,

perubahan kerja (V.O), perubahan spesifikasi kerja, pelanjutan

tempoh masa (EOT) dan menamatkan kontrak;

3.3.2 Mengeluarkan notis peringatan berkaitan ketidakpatuhan

kontraktor kepada jadual kerja yang telah ditetapkan;

3.3.3 Menyemak dan memperaku tuntutan kerja daripada kontraktor

serta mengemukakan tuntutan kepada “Pengurus Program”

untuk “Bayaran Kemajuan Kerja”;

3.3.4 Melaksanakan semua kerja (mentadbir urus) yang berkaitan

pembangunan, pengurusan operasi dan kewangan projek

serta melaporkan kepada pihak RISDA secara berkala;

3.3.5 Mengurus akaun pendapatan serta membuat Agihan

Pembayaran Keuntungan kepada Peserta dengan kadar

yang diluluskan oleh JIHBAM;

3.3.6 Mewujudkan akaun khas bagi setiap projek dan melaporkan

kepada “Pengurus Program” secara bulanan dan/atau dari

semasa ke semasa sepertimana arahan RISDA;

3.3.7 Menyedia dan menyimpan rekod kewangan terkini berkaitan

dengan pengurusan projek, pengeluaran hasil dan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan berdasarkan amalan lazim prinsip-

prinsip perakaunan dan kewangan yang diterima pakai di

Malaysia;

Page 47: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

5

3.3.8 Menyediakan Laporan Prestasi Fizikal berserta gambar (jika

berkaitan) dan Penyata Kewangan kepada RISDA pada

SETIAP BULAN sebelum 10hb bulan berikutnya;

3.3.9 Ejen Pelaksana hendaklah melaksanakan tatacara perolehan

mengikut kaedah perolehan semasa yang digunapakai oleh

Ejen Pelaksana.

3.3.10 Ejen Pelaksana, setelah dimaklumkan oleh RISDA samada

secara bertulis ataupun lisan, hendaklah membenarkan mana-

mana pegawai dari RISDA atau pihak yang dilantik dan

berkaitan dengan RISDA untuk memeriksa dan memasuki

kawasan projek serta membuat auditan pengurusan dan

kewangan tanpa sebarang sekatan bagi memastikan

kemajuan projek berjalan dengan lancar.

3.4 Pengurusan Projek termasuklah:

3.4.1 Memastikan kerja-kerja yang dibuat menepati Kos sepertimana

yang dinyatakan di dalam dokumen Rancangan Perniagan

yang disertakan bersama Perjanjian ini;

3.4.2 Menguruskan projek berdasarkan piawaian yang ditetapkan

oleh RISDA dari semasa ke semasa;

3.4.3 Memastikan prestasi kerja adalah mengikut Jadual

Pelaksanaan Kerja Tahunan yang akan ditentukan oleh

Pengurus Program;

3.4.4 Memastikan projek mencapai tahap potensi hasil sepertimana

yang dinyatakan di dalam dokumen Rancangan Perniagaan

yang diluluskan oleh JIHBAM;

3.4.5 Memastikan kadar kematian tanaman/ternakan tidak melebihi

jumlah yang ditetapkan di dalam Arahan Ketua Pengarah

(AKP) Bilangan 5 Tahun 2020;

3.4.6 Menubuhkan pasukan pengurusan projek yang berkelayakan

dan profesional serta pekerja yang mencukupi untuk mengurus,

Page 48: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

6

menyelenggara, mengutip hasil dan memasarkan hasil projek

bagi memberi pulangan optima kepada Peserta;

3.4.7 Melaksana langkah-langkah yang perlu bagi memastikan

kawasan projek bebas daripada penduduk setinggan,

peneroka haram dan penceroboh serta dengan segera

melaporkan kepada Pihak Berkuasa dan RISDA jika berlaku

apa-apa pencerobohan atau perbuatan haram di dalam

kawasan projek;

3.4.8 Menyelaras dan memantau kontraktor, pekerja dan mana-

mana pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek

merangkumi semua aspek termasuk tetapi tidak terhad kepada

membentuk suatu pelan kerja yang meliputi program-program,

jadual masa, bajet dan pelan yang akan dilaksanakan;

3.4.9 Semasa tempoh pelaksanaan, Ejen Pelaksana hendaklah

mengemukakan analisis mengenai perbelanjaan operasi, hasil

dan jualan serta mengambil langkah-langkah yang segera bagi

menambah hasil Projek Tersebut untuk mencapai matlamat

agihan keuntungan seperti yang dicadangkan oleh Ejen

Pelaksana dan diluluskan oleh RISDA;

3.4.10 Melaksanakan apa-apa arahan, kerja-kerja atau aktiviti yang

berkaitan seperti diarahkan oleh RISDA.

3.5 Jualan dan Pemasaran Hasil termasuklah melaksanakan perkara-

perkara seperti berikut: -

3.5.1 Membentangkan matlamat hasil JIHBAM untuk kelulusan;

3.5.2 Melaksana strategi pemasaran yang sesuai bagi tujuan

pemasaran, pengangkutan dan penjualan hasil Projek

Tersebut; dan

3.5.3 Kerugian atas penurunan harga pasaran adalah menjadi

tanggungjawab Ejen Pelaksana.

4. BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB RISDA

Page 49: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

7

4.1. Menentukan dasar, strategi pelaksanaan dan hala tuju program;

4.2. Meluluskan senarai cadangan, rancangan perniagaan dan kos projek

yang dicadangkan;

4.3. Menyelaras, mendapatkan sokongan dan kerjasama Kementerian/

Jabatan/ Agensi berkaitan dalam melaksanakan program ini;

4.4. Memutuskan tindakan penyelesaian berhubung isu dasar dan

masalah utama program;

4.5. Menetapkan sasaran bagi memastikan objektif program dapat

dicapai;

4.6. Menyemak dan meluluskan senarai nama peserta bagi projek yang

melibatkan agihan keuntungan;

4.7. Menyemak status pelaksanaan program;

4.8. Membincangkan isu-isu pelaksanaan program dan langkah-langkah

penyelesaian;

4.9. Memberi cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan projek;

4.10. Memantau pelaksanaan projek oleh Ejen Pelaksana melalui laporan

bulanan serta lawatan dari semasa ke semasa;

4.11. Menyalurkan Modal Awalan sebanyak 30% daripada jumlah

keseluruhan projek selepas Dokumen Perjanjian ditandatangani;

4.12. Menyemak dan membuat Bayaran Kemajuan Kerja ke atas tuntutan

yang dikemukakan oleh Ejen Pelaksana; dan

4.13. Mengawal perbelanjaan projek serta mengemaskini rekod kewangan

untuk dimaklumkan kepada Kementerian.

5. KOS KAWALAN

Page 50: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

8

5.1 Penetapan Kos Kawalan bagi pelaksanaan dan pengurusan Projek

Tersebut adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam Rancangan

Perniagaan dan diluluskan JIHBAM; dan

5.2 Pertambahan bagi pembiayaan apa-apa kos yang melebihi Kos

Kawalan seperti yang telah diputuskan hendaklah mendapat

kelulusan JIHBAM.

6. AKUJANJI

6.1 Ejen Pelaksana berjanji akan mematuhi segala arahan, keperluan,

peraturan dan undang-undang terpakai atau pindaan dari semasa ke

semasa yang dibuat oleh RISDA, Pihak Berkuasa Tempatan,

Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia berhubung pengurusan

Projek Tersebut;

6.2 Ejen Pelaksana mengaku janji tidak akan menyalahguna

kedudukannya serta mendedahkan maklumat yang ada padanya

berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak ketiga untuk

kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

6.3 Ejen Pelaksana tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari

RISDA jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada

secara langsung atau tidak langsung; dan

6.4 Ejen Pelaksana mengaku janji akan menanggung rugi RISDA di atas

sebarang pertikaian dan/atau tuntutan dari mana-mana pihak ketiga

berkaitan dengan ladang tersebut akibat dari tindakan atau kecuaian

Ejen Pelaksana.

7. PENAMATAN PERJANJIAN

7.1 Kedua-dua pihak boleh, selepas memberi notis bertulis TIGA (3)

BULAN kepada pihak yang satu lagi, menamatkan Perjanjian ini jika

berlaku apa-apa keadaan termasuk berlakunya apa-apa pelanggaran

terhadap mana-mana peruntukan dan syarat yang terdapat dalam

Perjanjian ini; dan

7.2 Tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian

ini, RISDA boleh pada bila-bila masa memberi notis TIGA (3) BULAN

kepada Ejen Pelaksana untuk menamatkan Perjanjian ini tanpa

memberikan apa-apa alasan.

Page 51: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

9

8. KESAN PENAMATAN

8.1 Penamatan Perjanjian ini hendaklah tidak menyentuh apa-apa hak

RISDA atau Ejen Pelaksana untuk mendapat ganti rugi dan

menguatkuasakan apa-apa hak lain di bawah undang-undang; dan

8.2 RISDA berhak untuk menarik balik baki Modal Awalan yang telah

disalurkan kepada Ejen Pelaksana sekiranya Projek Tersebut

ditamatkan sebelum selesai pelaksanaan.

9. TANGGUNG RUGI

Ejen Pelaksana hendaklah membebaskan RISDA daripada apa-apa liabiliti

dan Ejen Pelaksana hendaklah menanggung apa-apa kerugian akibat

daripada dan terhadap segala bayaran, tuntutan belanja, ganti rosak,

tanggungan, kerugian dan perbicaraan yang mungkin ditanggung oleh atau

dikenakan ke atas RISDA daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini

akibat daripada kecuaian Ejen Pelaksana.

10. PINDAAN-PINDAAN

Apa-apa pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat

secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

11. NOTIS

Segala notis yang hendak atau perlu diberi oleh mana-mana pihak kepada

pihak yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan secara

serahan tangan atau dipos secara pos berdaftar ke alamat penerima yang

dinyatakan di sini, atau ke alamat lain yang dimaklumkan secara bertulis oleh

penerima dan bagi tujuan tersebut hendaklah dianggap telah diserahkan

dengan sempurna setelah tujuh (7) hari dari tarikh ianya diposkan.

12. DUTI SETEM

Apa-apa duti setem dan kos yang harus dibayar berkenaan penyediaan

Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Ejen Pelaksana.

13. UNDANG-UNDANG

Page 52: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

10

Perjanjian ini hendaklah ditafsir mengikut dan dikawal oleh undang-undang

Malaysia.

14. PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian di antara RISDA dan Ejen Pelaksana mengenai tafsiran,

pengertian atau penguatkuasaan Perjanjian ini, atau hak dan tanggungjawab

pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit darinya atau yang

berhubung dengannya hendaklah diselesaikan secara rundingan oleh

kedua-dua belah pihak.

15. FORCE MAJEURE

15.1 Kedua-dua pihak adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang

tindakan, ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian

ini jika tindakan dan ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada

keadaan yang tergolong di bawah “Force Majeure” seperti rusuhan,

kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan dan sebab-

sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal olehnya.

15.2 Sekiranya “Force Majeure” berlaku, perlaksanaan Perjanjian ini

hendaklah ditangguhkan setakat mana tempoh berlakunya “Force

Majeure” atau Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan

kedua-dua pihak.

16. PENYAMPAIAN

Alamat RISDA dan Ejen Pelaksana bagi tujuan penyampaian adalah seperti

berikut:

Kepada RISDA –

Ketua Pengarah RISDA

Bangunan RISDA,

KM 7, Jalan Ampang,

Karung Berkunci 11067,

50990 Kuala Lumpur.

Tel : 03- 4256 4022

Faks : 03- 4256 5533

Kepada Ejen Pelaksana –

Page 53: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

11

Ketua Pegawai Eksekutif

RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Unit J, Excella Business Park,

Jalan Ampang Putra,

Ampang Hilir, 55100 Kuala Lumpur.

Tel : 03- 4270 5104

Faks : 03- 4270 5204

(KLAUSA TAMAT)

Page 54: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

12

PADA MENYAKSIKAN HAL TERSEBUT maka pihak-pihak yang tersebut dalam

Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada hari bulan dan tahun yang mula-

mula tertulis di atas: -

Ditandatangani oleh )

untuk dan bagi pihak )

RISDA ) ………………………………

Ketua Pengarah

Dengan disaksikan oleh ) .........................................

Timbalan Ketua Pengarah

Ditandatangani oleh )

untuk dan bagi pihak )

EJEN PELAKSANA ) ..........................................

Ketua Pegawai Eksekutif

Dengan disaksikan oleh ) ………………………………

Ketua Jabatan

Page 55: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

DI ANTARA

EJEN PELAKSANA

DAN

PESERTA

PERJANJIAN PELAKSANAAN

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

LAMPIRAN 3B

Page 56: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

2

PERSETUJUAN PENYERTAAN PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL

BAHARU AGRO MAKANAN

Persetujuan ini dibuat pada ……… haribulan …………tahun ……..

Di antara;

Syarikat Milikan RISDA/ Koperasi (kemudian disebut “EJEN PELAKSANA”) yang

beralamat di………………………………………………………………………………………..

…………………………………………….………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

di satu pihak;

Dengan;

LAMPIRAN A (selepas ini dirujuk sebagai “PESERTA”)

1.0 Tafsiran

1.1 “RISDA” bermaksud Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah;

1.2 “PPHBAM” bermaksud Program Pembangunan Hasil Baharu Agro

Makanan;

1.3 “Peserta” bermaksud Pekebun Kecil atau Ahli Isi Rumah yang berdaftar

dengan RISDA atau Koperasi Pekebun Kecil yang diluluskan;

1.4 “Ejen Pelaksana” bermaksud Syarikat Milikan RISDA/ Koperasi yang

dilantik oleh RISDA bagi melaksanakan PPHBAM;

Page 57: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

3

1.5 “Projek Tersebut” bermaksud projek-projek PPHBAM yang

dipertanggungjawabkan kepada Ejen Pelaksana oleh RISDA;

1.6 “JIHBAM” bermaksud Jawatankuasa Induk Hasil Baharu Agro Makanan

Peringkat Ibu Pejabat yang ditugaskan untuk memantau dan mengurus

pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dengan keahlian dan peranan

seperti yang ditentukan oleh RISDA;

1.7 “Agihan Pembayaran Keuntungan” bermaksud keuntungan projek yang

diperolehi dari pelaksanaan PPHBAM oleh Ejen Pelaksana dan akan

dikreditkan ke dalam akaun Peserta berdasarkan kadar yang ditetapkan

oleh JIHBAM; dan

1.8 “Waris” bermaksud Ahli Isi Rumah kepada Peserta.

2.0 PEMILIHAN PENYERTAAN

Peserta seperti LAMPIRAN A telah dipilih menyertai Projek Tersebut oleh Ejen

Pelaksana dan peserta bersetuju untuk menerima pemilihan dan menyertainya.

3.0 AGIHAN PEMBAYARAN KEUNTUNGAN

3.1 Semua peserta yang terpilih akan diberikan Agihan Pembayaran

Keuntungan sebagai pendapatan sampingan;

3.2 Agihan Keuntungan akan dibayar oleh Ejen Pelaksana kepada akaun

Peserta berdasarkan perjanjian;

Page 58: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

4

3.3 Agihan Keuntungan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana ahli

keluarga atau Waris dan tidak boleh diwarisi sekiranya Peserta meninggal

dunia;

3.4 RISDA adalah berhak untuk menamakan pengganti kepada Peserta yang

telah meninggal dunia sepanjang tempoh pelaksanaan PPHBAM.

4.0 AKUJANJI EJEN PELAKSANA

Ejen Pelaksana berjanji;

4.1 akan mematuhi segala arahan, keperluan, peraturan dan undang-undang

terpakai atau pindaan dari semasa ke semasa yang dibuat oleh RISDA,

Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri dan/atau Kerajaan Malaysia

berhubung pengurusan Projek Tersebut;

4.2 untuk tidak menyalahgunakan kedudukannya serta mendedahkan

maklumat yang ada padanya berkaitan dengan perjanjian ini kepada pihak

ketiga untuk kepentingan peribadi dan/atau syarikat;

4.3 tidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi dari RISDA atau peserta

jika berlaku kerugian dengan apa-apa sekalipun samada secara langsung

atau tidak langsung; dan

4.4 akan menanggung rugi RISDA di atas sebarang pertikaian dan/atau

tuntutan dari mana-mana pihak ketiga berkaitan Projek Tersebut dari

tindakan atau kecuaian Ejen Pelaksana;

5.0 AKUJANJI PESERTA

Peserta dengan ini mengakui dan memberi akujanji-akujanji seperti berikut;

Page 59: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

5

5.1 Bersetuju menerima pemilihan oleh Ejen Pelaksana sebagai Peserta untuk

pelaksanaan Projek Tersebut;

5.2 Bersetuju untuk menerima Agihan Pembayaran Keuntungan sebagai

pendapatan sampingan;

5.3 Bersetuju Agihan Keuntungan akan dikredit ke dalam akaun Peserta oleh

Ejen Pelaksana berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh JIHBAM;

5.4 Bersetuju Agihan Keuntungan tidak boleh dipindahkan kepada mana-mana

ahli keluarga atau Waris dan tidak boleh diwarisi sekiranya Peserta

meninggal dunia; dan

5.5 Bersetuju sekiranya berlaku kematian ke atas Peserta, RISDA adalah

berhak untuk menamakan pengganti kepada Peserta tersebut sepanjang

tempoh pelaksanaan PPHBAM.

6.0 AKUJANJI BERSAMA

Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju;

6.1 akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam

Perjanjian ini dan/atau mana-mana pindaan sekiranya ada;

6.2 Jika ada sebarang perbalahan atau perselisihan antara pihak-pihak yang

berkenaan dalam perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya

atau bentuk susunannya atau hak-hak atau kewajipan-kewajipan atau

tanggungjawab-tanggungjawab yang bersabit dengan Perjanjian ini dan

apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada atau berhubung dengannya,

pihak-pihak yang mengikat Perjanjian ini bersetuju merujuk perkara ini

kepada Akta Penimbangtara 1952 sebagaimana yang dipinda dari semasa

Page 60: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

6

ke semasa dan penimbangtara yang dilantik tersebut menjalankan kuasa

yang diberi kepada penimbangtara oleh undang-undang tersebut dan apa-

apa keputusan yang dibuat oleh penimbangtara ini adalah muktamad.-P

(KLAUSA TAMAT)

Page 61: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

7

PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, maka pihak-pihak yang tersebut dalam

Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan pada haribulan dan tahun yang mula-

mula tertulis di atas.

Bagi Pihak dan untuk:

Ejen Pelaksana

………………………………………….

( )

Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengerusi Koperasi/

Pengerusi Jawatankuasa TSB

………………………………………….

( )

Tandatangan Saksi

Bagi Pihak dan untuk:

Peserta

Ditandatangani oleh : )

Nama : ) …………………………………..

No. Kad Pengenalan : ) Rujuk LAMPIRAN A

Di hadapan:

Nama : )

No. Kad Pengenalan : ) …………………………………..

Jawatan : ) Tandatangan Saksi

Alamat : )

Page 62: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

8

SENARAI PESERTA PROJEK PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO

MAKANAN

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

ALAMAT TANDATANGAN

LAMPIRAN A

Page 63: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

LAPORAN PRESTASI KEWANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN RISDA DAERAH / NEGERI / IBU PEJABAT

SETAKAT :__________________ TAHUN______________

BILANGAN JUMLAH (RM) % BILANGAN JUMLAH (RM) % PERTANGGUNGAN BAYARAN JUMLAH %

NS BARAT

JEMPOL

K. PILAH

NS SELATAN

DUNGUN

KEMAMAN

MARANG/KT

HULU TERENGGANU

SETIU

BESUT

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………

Penyelaras Program Khas) Pengarah RISDA Negeri / TPRN

Tarikh Tarikh

Nama dan Cop Nama dan Cop

JUMLAH

JUMLAH

JUMLAH BESAR

TERENGGANU

N. SEMBILAN

2

1

CATATANNEGERI

CONTOH:

BILPERUNTUKAN

(RM)

PERMOHONAN PERBELANJAAN (RM)KELULUSAN

PT

LAMPIRAN 4

Page 64: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

LAPORAN KEMAJUAN FIZIKAL

PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU AGRO MAKANAN

KATEGORI : INDIVIDU

SKOP :

TAHUN :

PT : SEGAMAT

KELULUSAN JUALAN

SETAKAT INI

BERSIH

KAWASANINFRA ASAS

INPUT

PERTANIANPENANAMAN (RM) (RM)

CONTOH :

Ali bin Ahmad 740303115221 46 Sg. Tong 21500 Setiu Terengganu Langkap Setiu 013 2568977 100 100 100 100 30,000.00 80,000.00

Murni bin Abu 100 50 10 0 40,000.00 0.00

Soleh bin Lama

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………

Penyelaras Program Khas) Pengarah RISDA Negeri / TPRN

Tarikh Tarikh

Nama dan Cop Nama dan Cop

JUMLAH TERNAKAN

TERNAKANJUMLAH KECIL

Ayam Kampung

JUMLAH KECIL

Lembu Integrasi

TANAMAN J/PANJANG

JUMLAH TANAMAN J/PANJANG

Durian

JUMLAH KECIL

Mangga

JUMLAH KECIL

JUMLAH KECIL

JUMLAH KECIL

JUMLAH TANAMAN J/PENDEK

TANAMAN J/PENDEK

Tembikai

Rock Melon

JUMLAH KECIL

NAMA

PESERTASKOP

JENIS

TANAMAN/

TERNAKAN

Cili Fertigasi

PEMBANGUNAN (%)

NO.KAD

PENGENALANUMUR ALAMAT NO.TELEFONPARLIMENDUNNEGERIDAERAHPOSKOD

LAMPIRAN 5

Page 65: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

Nama Peserta : ALI BIN ABU

PT : BESUT

Kelulusan :

Kos Pengeluaran

:0.00

Jenis Tanaman Pusingan

Luas

Tanam

(ha)

Tarikh

Tanam

Tarikh

Tamat

Pusingan

Luas

Berhasil

(ha)

Tarikh

Jualan

Kuantiti Hasil

Dijual (kg)

Harga

(RM/Unit)

Jumlah Jualan

(RM)

Contoh:

2/7/2020 7,000.00 6.00 42,000

14/7/2020 5,000.00 7.00 35,000

12,000.00 77,000

1/4/2021 4,000.00 5.00 20,000

15/4/2021 2,500.00 7.50 18,750

6,500.00 38,750

18,500.00 115,750.00 JUMLAH BESAR

30,000.00

REKOD TANAMAN DAN JUALAN

Cili Fertigasi

1 0.4 1/3/2020 1/10/2020 0.4

Jumlah Kecil

2 0.4 1/12/2020 1/7/2021 0.4

Jumlah Kecil

LAMPIRAN 6A

Page 66: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

Nama Peserta : ALI BIN ABU

PT : BESUT

Kelulusan : 30,000.00

Kos Pengeluaran : 0.00

Pusingan TarikhJenis Input

Perkhidmatan*Jumlah Unit

Harga

(RM/Unit)Jumlah (RM) Catatan

Polibeg 2,700 unit 0.5 1,350.00

Weed Mat 4,000 meter persegi 1.7 6,800.00

Baja 500 kg -

Racun 30 liter -

Paip 300 meter -

Tangki 2 unit -

8,150.00

* Sila catitkan segala pembelian bahan input, tenaga upah, sewaan dan perkhidmatan yang

digunakan untuk semua aktiviti utama dan sampingan

REKOD BELIAN

1 1/2/2020

Contoh :

Jumlah

LAMPIRAN 6B

Page 67: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

Mula Permohonan oleh pekebun kecil

Menerima borang permohonan dari

pemohon bersama cadangan kertas

kerja projek

Siasatan di peringkat lapangan

Semakan dan perakuan bantuan,

jenis insentif, teknologi dan

kemudahan

Semakan di peringkat Negeri

Mesyuarat Jawatankuasa (Peringkat Negeri)

Kelulusan Permohonan projek

Lulus

A

Kelulusan Permohonan projek

Surat Tawaran

Menandatangani Surat Akujanji

CARTA ALIR PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU

AGRO MAKANAN (PEKEBUN KECIL)

Tidak teratur

PT

Kembali ke PT pemberitahuan

permohon ditolak

LAMPIRAN 7A

Tindakan

PK

PPP KAWASAN

PPP KAWASAN

PRD/PRJ/PRB

PRN

PRN

PRN

PRD/PRJ/PRB

PRD/PRJ/PRB & PEKEBUN KECIL

Page 68: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

A

Perolehan / Bekalan

Pelaksanaan Projek

Pemantauan/Penilaian Projek

PRD/PRJ/PRB

PEKEBUN KECIL

PRN/PRD/PRB

TAMAT

Tindakan

Page 69: GARIS PANDUAN PELAKSANAAN (PPHBAM) RISDA€¦ · rancangan perniagaan, membimbing dan menjadi pemudahcara kepada pemohon dalam semua perkara berkaitan projek. e) Pegawai RISDA di

Mula Permohonan dari Peserta/ Ejen

Pelaksana/ Kelompok

Perbentangan oleh syarikat di dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Induk

Program Pembangunan Hasi Baharu

Agro Makanan

Surat tawaran dikeluarkan oleh

RISDA kepada syarikat.

Menandatangani Perjanjian -RISDA dan Syarikat -Syarikat dan Peserta

Pelaksanaan Projek

Perolehan / Bekalan

Pemantauan/Penilaian

CARTA ALIR PERMOHONAN PROGRAM PEMBANGUNAN HASIL BAHARU

AGRO MAKANAN (EJEN PELAKSANA)

Salur Peruntukan Pendahuluan

Tidak lulus

LAMPIRAN 7B

Tamat

Tindakan

Ejen Pelaksana

BPK

BPK & Ejen Pelaksana

Ejen Pelaksana

BPK

Bayaran Kemajuan Kerja

BPK

Ejen Pelaksana

BPK

Lulus