garis panduan kemasukan / pertukaran murid · pdf file2 b- syarat pertukaran murid di antara...

3
1 GARIS PANDUAN KEMASUKAN / PERTUKARAN MURID SRA. INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR A- SYARAT KEMASUKAN MURID TAHUN 1: 1. Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada calon, Ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan). 2. Berumur 7 tahun pada tahun kemasukan. 3. Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut ; a- Mendaftar di sebuah SRA. Integrasi Negeri Selangor (SRAI) - Pendaftaran dibuka mulai 1 April hingga 30 April b- Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS) c- Lulus dengan baik UKS. d- Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI 4. Calon yang berjaya dalam pemilihan akan ditawarkan melalui surat tawaran yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS, begitu juga murid yang tidak berjaya juga akan dimaklumkan melalui surat yang akan dihantar melalui sekolah. 5. Tiada keutamaan akan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut ; 5.1. Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah. 5.2. Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI. 5.3. Calon memohon untuk bertukar ke sekolah SRAI yang lain setelah mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.(Cth ; SRAI Sek. 19 bertukar ke SRAI D’MYS Sek. 7). 6. Bagi kes rayuan ; Rayuan hendaklah diajukan terus kepada pihak sekolah. Rayuan hanya akan dipertimbangkan berdasarkan kelulusan terbaik dan kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah. Nota ; Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.

Upload: nguyenxuyen

Post on 06-Feb-2018

292 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN KEMASUKAN / PERTUKARAN MURID · PDF file2 B- SYARAT PERTUKARAN MURID DI ANTARA SRAI 1. Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja. 2. Borang permohonan

1

GARIS PANDUAN KEMASUKAN / PERTUKARAN MURID

SRA. INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR

A- SYARAT KEMASUKAN MURID

TAHUN 1:

1. Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada calon,

Ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di

Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan).

2. Berumur 7 tahun pada tahun kemasukan.

3. Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut ;

a- Mendaftar di sebuah SRA. Integrasi Negeri Selangor (SRAI) - Pendaftaran dibuka

mulai 1 April hingga 30 April

b- Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS)

c- Lulus dengan baik UKS.

d- Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI

4. Calon yang berjaya dalam pemilihan akan ditawarkan melalui surat tawaran yang akan

dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS, begitu juga murid yang tidak berjaya juga

akan dimaklumkan melalui surat yang akan dihantar melalui sekolah.

5. Tiada keutamaan akan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut ;

5.1. Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.

5.2. Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.

5.3. Calon memohon untuk bertukar ke sekolah SRAI yang lain setelah mendapat

tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI.(Cth ; SRAI Sek. 19 bertukar ke

SRAI D’MYS Sek. 7).

6. Bagi kes rayuan ; Rayuan hendaklah diajukan terus kepada pihak sekolah. Rayuan hanya

akan dipertimbangkan berdasarkan kelulusan terbaik dan kekosongan tempat yang

ditawarkan di setiap sekolah.

Nota ;

Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat

yang ditawarkan di setiap sekolah.

Page 2: GARIS PANDUAN KEMASUKAN / PERTUKARAN MURID · PDF file2 B- SYARAT PERTUKARAN MURID DI ANTARA SRAI 1. Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja. 2. Borang permohonan

2

B- SYARAT PERTUKARAN MURID

DI ANTARA SRAI

1. Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja.

2. Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dokumen

sokongan yang dikehendaki dan telah disahkan (boleh muat turun dari laman sesawang

http://pendidikan.jais.gov.my ).

3. Permohonan hanya akan diproses pada bulan Jun dan Dis setiap tahun.

4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke ;

Bahagian Pendidikan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor,

Tingkat 2, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,

No. 2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,

40676 SHAH ALAM

(u.p : Unit SRAI Selangor)

5. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipohon.

DARI LUAR SRAI

(SEK. KEBANGSAAN & SEK. AGAMA NEGERI / SEK. AGAMA RAKYAT /

SEK. AGAMA SWASTA)

1. Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja.

2. Calon, Ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada calon,

Ibu dan bapa kelahiran Negeri Selangor atau telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di

Negeri Selangor (perlu dapatkan pengesahan).

3. Pemohon mestilah dari sekolah yang melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) dan Agama yang sama sukatan pelajarannya dengan SRAI.

4. Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dokumen

sokongan yang dikehendaki dan telah disahkan. Borang yang tidak lengkap tidak akan

diproses. (Borang permohonan boleh boleh muat turun dari laman sesawang

http://pendidikan.jais.gov.my ).

5. Permohonan hanya akan diproses pada bulan Jun dan Disember setiap tahun dengan

menyertakan salinan keputusan peperiksaan terakhir KBSR dan Agama. Permohonan pada

bulan Jun hendaklah dihantar selewatnya pada 3 Jun 2011, manakala permohonan pada

bulan Disember hendaklah dihantar selewatnya pada 15 Disember 2011. Permohonan

yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan diproses.

Page 3: GARIS PANDUAN KEMASUKAN / PERTUKARAN MURID · PDF file2 B- SYARAT PERTUKARAN MURID DI ANTARA SRAI 1. Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja. 2. Borang permohonan

3

6. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke ;

Bahagian Pendidikan Islam

Jabatan Agama Islam Selangor,

Tingkat 2, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,

No. 2 Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,

40676 SHAH ALAM

(u.p : Unit SRAI Selangor)

7. Kelulusan adalah tertakluk kepada pencapaian akademik dan kekosongan tempat di sekolah

yang dipohon.

8. Kelulusan minima bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun

adalah sekurang-kurangnya mendapat pangkat B bagi mata pelajaran KSSR dan 65 % bagi

mata pelajaran Agama.

9. Permohonan pertukaran untuk Tahun 1 dan Tahun 6 adalah tidak dibenarkan.

Nota ;

Murid yang mendapat pangkat C, D dan E bagi mata pelajaran KSSR dan kurang dari

65 % bagi mata pelajaran KSRA adalah tidak dapat dipertimbangkan.

Murid dari sekolah swasta yang tidak sama sukatan pelajarannya tidak akan

dipertimbangkan.

Permohonan yang dibuat pada bulan Januari 2012 (awal tahun) atau selain dari bulan

Jun dan Disember tidak akan diproses.

Disediakan oleh

Unit Pendaftaran Tahun 1

SRAI Sungai Chinchin

17hb Februari 2012

2012M/1433H