garis panduan bm

Upload: setiap-hari-tukar-nama

Post on 28-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    1/10

    1

    PENDAHULUAN

    Hasrat PERMATA Negara adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang bertaqwa, berkeyakinan, berdikari, kreatif dan

    inovatif, bersahsiah mulia, mempunyai jati diri, mahir berkomunikasi dan minat belajar. Pembentukan ciri ini perlu

    dimulakan seawal usia kanak-kanak kerana peringkat ini merupakan asas masa depan mereka. Kurikulum yang

    berkualiti, persekitaran yang kondusif, pendidik yang profesional serta hubungan rapat antara ibu bapa dan pendidik

    adalah diperlukan bagi mencapai hasrat ini.

    Kajian menunjukkan kanak-kanak yang mengikuti program TASKA berkualiti lebih berjaya di alam persekolahan, lebih

    mahir dari aspek sosial dan emosi, dan menunjukkan kemahiran bertutur dan perkembangan intelek yang lebih tinggi,

    berbanding dengan kanak-kanak yang mengikuti program TASKA tidak berkualiti.

    MATLAMAT

    Setiap anak PERMATA Negara yang merupakan aset berharga. PERMATA Q bertujuan untuk memastikan semua

    TASKA di Malaysia berada pada tahap kualiti yang terbaik demi mempertingkatkan perkembangan dan kesejahteraan

    kanak-kanak serta membantu pendidik meningkatkan professionalisma mereka.

    OBJEKTIF

    1. Menggunakan instrumen PERMATA Q untuk mengukur tahap kualiti TASKA di Malaysia

    2. Membantu penilai dan pegawai yang bertanggung jawab memantau status kualiti TASKA3. Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan TASKA dan pendidik tentang pentingnya menjaga kualiti perkhidmatan

    pengasuhan dan pendidikan yang ditawarkan.

    4. Menggalakkan pendidik merancang dan melaksanakan program selaras dengan Kurikulum PERMATA Negara

    5. Membantu ibu bapa memilih TASKA yang berkualiti untuk anak-anak mereka

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    2/10

    2

    PERMATA Q (INSTRUMEN STANDARD KUALITI TASKA)

    Pihak PERMATA Negara telah membina instrumen PERMATA Q untuk dijadikan sebagai alat penanda aras kualiti

    Pendidikan Awal Kanak-kanak Malaysia bagi kanak-kanak yang berusia sejak lahir hingga empat tahun. Instrumen ini

    memandu dan menyokong pengusaha TASKA dalam menyediakan persekitaran TASKA yang berkualiti dan amalan

    asuhan dan didikan terbaik demi untuk mempertingkatkan prestasi pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak di

    Malaysia. Oleh yang demikian, tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan

    TASKA mencapai tahap kualiti yang diharapkan.

    Instrumen PERMATA Q dibina dengan merujuk kepada standard kualiti antarabangsa seperti Singapore Preschool

    Acreditation Framework(SPARK) Singapura, National Association For the Education of Young Children(NAEYC) USA,

    Early Childhood Enviroment Rating Scale(ECERS) USA, Quality Improvement and Acreditation System(QIAS), Australia

    dan Framework for the Early Years Foundation Stage (EYFS) United Kingdom yang disesuaikan mengikut Kurikulum

    PERMATA Negara.

    Instrumen ini mengandungi 6 standard yang merangkumi aspek kurikulum, kesihatan, pemakanan dan keselamatan

    kanak-kanak, interaksi antara pendidik dan kanak-kanak, pembangunan profesionalisme dan pembelajaran, kolaborasi

    dan pengurusan dan TASKA.

    Standard tersebut adalah seperti berikut:

    Standard 1 : Kurikulum PembelajaranStandard 2 : Kesihatan, Pemakanan dan Keselamatan Kanak-Kanak

    Standard 3 : Interaksi Pendidik dan Kanak-Kanak

    Standard 4 : Pembangunan Profesionalisme dan Pembelajaran

    Standard 5 : Kolaborasi Ibu Bapa dan Komuniti

    Standard 6 : Kepimpinan dan Pengurusan TASKA

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    3/10

    3

    Instrumen ini telah diuji rintis di beberapa buah TASKA pelbagai agensi, iaitu Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN),

    Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN), Universiti Putra

    Malaysia (UPM) National Child Development Research Centre(NCDRC) dan TASKA Sri Sejahtera (TASKA tempat kerja)

    untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan. Berdasarkan maklum balas uji rintis, instrumen ini telah dimurnikan,

    ditambah baik dan disemak oleh panel pakar dari dalam dan luar negara yang dilantik oleh pihak PERMATA Negara.

    Instrumen PERMATA Q akan digunakan oleh semua TASKA bagi mengukur taraf dan mempertingkatkan kualiti program

    TASKA. Pihak TASKA perlu memenuhi keperluan enam (6) standard Senarai Semak Komplians dan Kualiti dalam

    tempoh 18 bulan. Sijil Akreditasi PERMATA Q akan dianugerahkan kepada TASKA yang berjaya mencapai kedua-dua

    tahap. Sijil perlu diperbaharui setiap tiga (3) tahun.

    PENILAIAN KENDIRI

    Penilaian kendiri adalah proses penilaian awal ciri ciri TASKA bermutu menggunakan senarai semak PERMATA Q

    Komplians. Penilaian ini dilakukan oleh pihak TASKA sendiri bagi menentukan status kesediaan TASKA sebelum

    membuat permohonan untuk dinilai oleh Unit PERMATA Q. Melalui penilaian kendiri TASKA dapat mengenal pasti aspek

    yang perlu kepada penambahbaikan.

    PERMATA Q KOMPLIANS

    PERMATA Q Komplians merupakan senarai semak yang mengandungi enam (6) standard menggambarkan ciri-ciri

    TASKA bermutu. Instrumen ini dibina bagi memastikan TASKA dan pendidik mematuhi semua keperluan dalam

    pengurusan TASKA yang merangkumi aspek persekitaran fizikal dan pembelajaran serta sumber manusia. TASKA

    dikehendaki mendaftar dan mematuhi semua item dalam senarai semak PERMATA Q Komplians untuk mendapatkan

    kelulusan bagi tujuan penilaian PERMATA Q Kualiti.

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    4/10

    4

    PERMATA Q KUALITI

    PERMATA Q Kualiti ialah instrumen untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara. Taska akan

    diberi penerapan dan dianugerahkan Sijil Akreditasi PERMATA Q setelah mencapai tahap kualiti yang ditetapkan.

    Proses penilaian penarafan dilakukan secara berterusan bagi memberi peluang kepada TASKA mencapai tahap asuhan

    dan didikan berkualiti. Penarafan ini mempunyai 5 tahap Bintang yang menentukan kualiti sesebuah TASKA.

    UNIT KUALITI PERMATA Q

    Unit PERMATA Q bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan PERMATA Q dikendalikan secara sistematik. Unit

    ini mengumpul semua rekod permohonan, melantik pegawai penilai, memberi khidmat nasihat berkenaan proses

    akriditasi dan membuat cadangan kepada Lembaga Akreditasi PERMATA Q.

    LEMBAGA AKREDITASI PERMATA Q

    Lembaga Akreditasi PERMATA Q merupakan sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengesahkan dan memberi

    penarafan kepada TASKA berkualiti yang disyorkan oleh Unit Kualiti PERMATA Q.

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    5/10

    5

    TEMPOH PROSES PENARAFAN

    BIL TINDAKAN BULAN

    1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 181 Pendaftaran atas talian

    2 Penilaian Kendiri

    3 Permohonan Verifikasi

    4Verifikasi dari Penilai

    Komplians

    5Perbincangan antaraPegawai penilai dan

    TASKA

    6 Laporan Komplians

    7 Tindakan susulan

    8 Penaksiran Kualiti

    9 Laporan Kualiti

    10 Pensijilan PERAMTA Q

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    6/10

    6

    PANDUAN PENGGUNAAN PERMATA Q

    Pelaksanaan Tahap Penarafan

    Proses Penarafan PERMATA Q Terbahagi Kepada Dua (2) Tahap:

    a) Penilaian Kendiri

    Pendaftaran TASKA untuk penarafan PERMATA Q secara atas talian.

    Muat turun dokumen penilaian kendiri.

    Penilaian kendiri menggunakan Senarai Semak Pematuhan

    Melengkapkan Senarai Semak Pematuhan dan menghantar secara atas talian untuk kesediaan semakan.

    Maklumat akan diproses dan temujanji diatur untuk tujuan pengesahan oleh Unit Kualiti PERMATA Q

    b) Akreditasi PERMATA Q

    Lawatan oleh Penilai Komplians untuk mengesahkan Senarai Semak Komplians yang telah diterima.

    TASKA yang tidak memenuhi keperluan Senarai Semak Komplians perlu menambahbaik mengikut cadangan

    Penilai Komplians.

    TASKA yang memenuhi semua keperluan dalam Senarai Semak Komplians akan dinilai seterusnya oleh Penilai

    Kualiti. Penarafan akan dianugerahkan kepada TASKA yang memenuhi semua kriteria PERMATA Q oleh Lembaga

    Akreditasi PERMATA Q

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    7/10

    7

    PROSES PENARAFAN PERMATA Q

    BIL PROSES KERJA TINDAKAN TEMPOH

    1 Pendaftaran atas talian Maklumat TASKA Muat turun dokumen PERMATA Q

    i. garis panduan

    ii. SOP

    iii. senarai semak komplians

    iv. instrumen kualiti

    1 bulan

    2 Pelaksanaan penilaian kendiri Penilaian kendiri

    Pengumpulan bukti Komplians3 bulan

    3 Permohonan Verifikasi Melengkapkan Senarai Semak Komplians dan

    menghantar secara atas talian untuk tujuan verifikasi.

    3 bulan4 Verifikasi oleh Penilai Komplians Temujanji dengan Unit Penilai PERMATA Q

    Lawatan ke TASKA oleh Penilai Komplians

    5 Perbincangan antara Penilai dan

    pihak TASKA

    Rumusan dapatan penilaian

    Komen dan cadangan bagi meningkatkan kualiti

    program

    1 bulan

    6 Laporan Komplians Menyediakan laporan bertulis

    Menyerahkan laporan kepada Unit PERMATA Q Mencadangkan TASKA untuk penambahbaikan

    program atau penilaian kualiti6 bulan

    7 Tindakan susulan TASKA Penambahbaikan kualiti program

    8 Penilaian Kualiti Lantikan Penilai Kualiti

    Temujanji dengan TASKA

    Lawatan ke TASKA untuk penilaian kualiti PERMATA

    Q oleh Penilai Kualiti.

    3 bulan

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    8/10

    8

    BIL PROSES KERJA TINDAKAN TEMPOH

    9 Laporan Kualiti Menyediakan laporan bertulis

    Menyerahkan laporan kepada Unit PERMATA Q

    Mencadangkan TASKA untuk penarafan1 bulan

    10 Pensijilan PERMATA-Q Penganugerahan Sijil Akreditasi PERMATA Q oleh

    Lembaga Akreditasi PERMATA Q1 bulan

    11 Pembaharuan Sijil PERMATA Q Surat Peringatan oleh Unit Kualiti PERMATA Q

    Permohonan pembaharuan Sijil PERMATA Q 6 bulan

    sebelum tamat tempoh

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    9/10

    9

    CARTA ALIRAN PENSIJILAN PERMATA Q

    TANGGUNGJAWAB CARTA ALIRAN REKOD/DOKUMEN RUJUKAN

    TASKA

    PEFAWAI KOMPLIANS

    PEGAWAI PENILAI

    UNIT KUALITI PERMATA Q

    LEMBAGA AKREDITASI

    PERMATA Q

    AKTA TAMAN ASUHAN

    KANAK-KANAK 1984

    PERATURAN TAMAN ASUHAN

    KANAK-KANAK 2012

    KURIKULUM PERMATA

    NEGARA

    SOP PERMATA

    GARIS PANDUAN PEMAKANAN

    KEBANGSAAN

    INSTRUMEN PERMATA Q

    (KOMPILANS DAN KUALITI )

    Mula

    Pendaftaran atas Talian

    Penilaian Kendiri

    Permohonan untuk

    Verifikasi

    Penilaian PegawaiKomplians

    Penyerahan LaporanKomplians

    Panaksiran Kualiti

    Penyerahan LapoaranStandard Kualiti

    Pensijilan PERMATA Q

    Tindakansusulan

    TIDAK

    YA

  • 7/25/2019 Garis Panduan Bm

    10/10

    10

    PENSKORAN

    Penskoran untuk indikator PERMATA-Q adalah merujuk rubrik yang diberi nilai 1 hingga 5 berasaskan kepada tahap

    kualiti seperti berikut:

    SKOR PENERANGAN

    1 Tidak Memuaskan

    2 Kurang Memuaskan

    3 Memuaskan

    4 Baik

    5 Amat Baik

    Skor bagi indikator setiap standard akan dijumlah untuk menghasilkan skor bagi setiap standard. Skor bagi setiap

    standard akan dijumlahkan bagi menghasilkan jumlah keseluruhan skor kualiti TASKA. Dari skor kualiti keseluruhan,

    TASKA akan diberi penarafan seperti berikut:

    Lima bintang : memenuhi kualiti dalam semua standard, pada tahap yang paling tinggi sekurang

    kurangnya mencapai 90% (skor : 345 - 375)

    Empat bintang : memenuhi kualiti dalam semua standard pada tahap paling tinggi sekurang-kurangnya

    mencapai 70% (skor : 285-344);

    Tiga bintang : memenuhi kualiti dalam semua standard pada tahap paling tinggi sekurang-kurangnyamencapai 50% (skor: 225-284);

    Dua bintang : memenuhi kualiti dalam semua standard pada tahap paling tinggi sekurang-kurangnya

    mencapai 30% (skor: 165-283);

    Satu bintang : tidak memenuhi kualiti dalam semua standard tetapi memenuhi keperluan komplians; perlu

    penambahbaikan yang signifikan (skor: 75-164)

    Catatan: Sistem penarafan ini memerlukan TASKA untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap memuaskan dalam

    semua standard kualiti