garis panduan tatacara penggunaan sistem …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan eabt/garis...

27
SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 5 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN AKAUN BELUM TERIMA (eABT) BIL RAWATAN HOSPITAL Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia https://account.moh.gov.my

Upload: others

Post on 26-Oct-2019

98 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN

BILANGAN 5 TAHUN 2019

GARIS PANDUAN

TATACARA PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN

AKAUN BELUM TERIMA (eABT) BIL RAWATAN HOSPITAL

Bahagian Akaun, Kementerian Kesihatan Malaysia https://account.moh.gov.my

Page 2: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

1

SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019

GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN

AKAUN BELUM TERIMA (eABT) – BIL RAWATAN HOSPITAL

1. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara penggunaan Sistem

Pengurusan Akaun Belum Terima (eABT) bagi perekodan dan pengemaskinian bil

rawatan hospital yang masih tertunggak. Ini bagi memastikan transaksi melibatkan

tunggakan bil rawatan hospital boleh diperakaunkan dengan tepat dan kemaskini

dalam tempoh yang ditetapkan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Selaras dengan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, rekod Akaun Belum

Terima (ABT) yang dilaporkan sebagai Nota Kepada Akaun (di bawah asas

tunai) perlu diakaunkan dan dilapor di dalam Penyata Kewangan Kerajaan

asas akruan.

2.2 Merujuk kepada Garis Panduan Polisi Peralihan Pelaksanaan Perakaunan

Akruan Bagi Kerajaan Persekutuan, bayaran perkhidmatan hospital diberi

tempoh masa peralihan sehingga 31 Disember 2020 untuk diperakaunkan

secara akruan di dalam sistem iGFMAS.

2.3. Pengurusan dan pemantauan ABT dalam pelaksanaan perakaunan akruan

Kerajaan Persekutuan perlu ditekankan supaya objektif berikut tercapai :

2.3.1 Membolehkan jumlah ABT dan tunggakan dilaporkan mengikut format

yang ditetapkan bagi membantu pihak pengurusan mengambil

tindakan susulan;

2.3.2 Memudahkan penganalisaan ke atas kedudukan jumlah Akaun Belum

Terima dan tunggakan; dan

2.3.3 Memantapkan pengurusan hasil secara menyeluruh di peringkat

pengurusan atasan bagi mengelakkan tunggakan dari terus menjadi

hutang lapuk.

2.4 Pada masa ini, perekodan ABT di beberapa buah hospital masih

menggunakan kaedah manual. Sehubungan itu, Sistem Pengurusan Akaun

Belum Terima (eABT) ini akan dilaksanakan ke semua Pusat

Tanggungjawab/ hospital yang masih merekodkan ABT Bil Rawatan secara

manual.

Page 3: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

2

3. PEKELILING DAN PERATURAN BERKUATKUASA

3.1 MPSAS 9 – Hasil Daripada Urusniaga Pertukaran (Hasil Bukan Cukai).

3.2 MPSAS 23 – Hasil Daripada Transaksi Bukan Pertukaran (Hasil Cukai dan

Pindahan).

3.3 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2019 –

Tatacara Pengurusan Terimaan. (Lampiran E: Garis panduan Akaun Belum

Terima).

3.4 Pekeliling Perbendaharaan WP 10.6-Pengurusan Akaun Belum Terima.

4. TAKRIFAN

4.1 Akaun Belum Terima

Amaun yang sepatutnya diterima tetapi belum diterima oleh Kerajaan yang

wujud daripada peristiwa lampau (past event) berasaskan kepada bil/invois.

4.2 Pelanggan

Pesakit atau individu yang menerima rawatan di hospital atau fasiliti

kesihatan.

4.3 Syarikat / Agensi Kerajaan

Syarikat Swasta atau Agensi Kerajaan/Badan Berkanun/ Pejabat Setiausaha

Kerajaan Negeri/ Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima bil rawatan

hospital pesakit.

4.4 Guarantee Letter (GL) Pelanggan

Surat perakuan dari Syarikat/ Agensi Kerajaan yang mengesahkan

pelanggan adalah kakitangan Syarikat/Agensi Kerajaan tersebut.

Page 4: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

3

5. FUNGSI SISTEM

5.1 Pengumpulan dan pengemaskinian Baki Awal ABT Bil Rawatan Hospital.

5.2 Menyelenggara daftar subsidiari ABT bagi hospital manual.

5.3 Menyediakan maklumat ABT Bil Rawatan Hospital mengikut kod hasil untuk

diakaunkan ke dalam sistem iGFMAS.

5.4 Sistem ini merupakan medium sementara bagi pelaporan dan

pengemaskinian data ABT Bil Rawatan Hospital sebelum KKM

membangunkan sistem terimaan yang boleh berintegrasi dengan iGFMAS.

6. PENTING

6.1 Sistem ini boleh diakses oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Hospital

bagi tujuan pemantauan, pengemaskinian dan pelaporan ABT.

6.2 Data ABT Bil Rawatan yang dikunci masuk hanya melibatkan vot/dana G000

(Dana Am) dan L734 (Dana Amanah Perkhidmatan Penyelidikan Laporan

Perubatan Dan Perkhidmatan Rawatan Di Bawah Skim Perkhidmatan

Pesakit Bayar Penuh Di Hospital Kerajaan).

6.3 Hanya data ABT Bil Rawatan sahaja dibenarkan dikunci masuk ke dalam

sistem ini.

6.4 Data yang dikunci masuk hanya melibatkan ABT Bil Rawatan Hospital yang

masih tertunggak dari 1 Januari 2015 dan ke atas. PTJ hendaklah mengunci

masuk data ABT tahun semasa terlebih dahulu sebelum mengunci masuk

data ABT tahun-tahun sebelumnya.

6.5 Data ABT Bil Rawatan bagi tahun 2014 dan sebelumnya perlu diselesaikan

dengan penghutang. Sekiranya tidak dapat dikutip, permohonan hapuskira

hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera. Data yang dikunci masuk

hanya data ABT Bil Rawatan dari tahun 2015 sehingga terkini.

6.6 Hospital adalah bertanggungjawab memastikan data yang dikunci masuk ke

dalam Sistem eABT adalah betul dan tepat.

Page 5: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

4

7. TATACARA PENGGUNAAN eABT

7.1 LOG MASUK

7.1.1 URL bagi sistem eABT adalah seperti berikut:

http://10.22.208.39/eabt

7.1.2 Bagi Pengguna yang baru mengakses sistem kali pertama, Pengguna

hendaklah mendaftar di Daftar Pengguna Baharu (1) dengan

mengunci masuk maklumat yang diperlukan (2) dan klik ‘register’ (3).

7.1.3 Pengguna adalah pegawai-pegawai yang bertanggungjawab

menyelenggara rekod ABT di PTJ dan memantau ABT di peringkat

JKN. Pengguna boleh melebihi daripada seorang.

1

2

3

Page 6: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

5

7.1.4 Untuk pendaftaran pengguna baru perlu menunggu pengesahan oleh

Bahagian Akaun.

7.1.5 Pemakluman pengesahan akan dihantar melalui emel rasmi

Pengguna.

7.1.6 Login eABT dengan mengunci masuk ID Pengguna dan Kata Laluan

yang telah diberi pengesahan.

Page 7: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

6

7.2 PENUKARAN KATA LALUAN

7.2.1 Pengguna boleh menukar kata laluan (4) setelah log masuk ke dalam

sistem dan mengunci masuk maklumat yang diperlukan (5).

5

4

Page 8: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

7

7.3 MENDAFTAR MAKLUMAT PELANGGAN

7.3.1 Pelanggan Baru

i. Bagi tujuan perekodan maklumat ABT manual ke dalam sistem

eABT buat kali pertama, modul Pelanggan perlu digunakan.

ii. Pengguna perlu klik medan ‘Pelanggan’ (6) dan ‘tambah’ (7)

untuk mendaftar pelanggan baru.

iii. Pengguna perlu mengunci maklumat (8) dan klik ‘simpan’ (9).

6

7

8

9

Page 9: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

8

7.3.2 Pelanggan Sedia Ada

i. Bagi pengemaskinian rekod pelanggan yang sedia ada dalam

sistem eABT, klik modul Pelanggan (10) dan membuat carian

maklumat pelanggan dengan menggunakan maklumat nama

atau nombor kad pengenalan (11) seterusnya klik ‘papar’

(12).

ii. Setelah pendaftaran dan carian maklumat pelanggan berjaya,

Pengguna perlu klik ‘kemaskini’ (13) sekiranya terdapat

perubahan maklumat pelanggan. Pengguna hendaklah

mengunci masuk maklumat yang baru (14) dan klik ‘kemaskini’

(15).

11

12

13

10

Page 10: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

9

7.3.3 Pengemaskinian Maklumat MRN Pelanggan

i. Seterusnya Pengguna boleh mengemaskini no. MRN

pelanggan dengan klik ‘perincian’ (16) pada maklumat

pelanggan berkaitan dan klik ‘tambah’ (17) untuk mengunci

masuk maklumat MRN Pelanggan serta ‘simpan’ (18).

16

17

14

15

Page 11: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

10

18

Page 12: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

11

7.4 MENDAFTAR MAKLUMAT SYARIKAT / AGENSI KERAJAAN

7.4.1 Syarikat / Agensi Kerajaan Baru

i. Pengguna perlu membuat carian Syarikat/Agensi Kerajaan

sedia ada terlebih dahulu.

ii. Sekiranya tiada, Pengguna perlu klik modul Syarikat/Agensi

Kerajaan (19) dan ‘tambah’ (20) untuk mendaftar

Syarikat/Agensi Kerajaan baru.

iii. Pengguna perlu mengunci maklumat di medan (21) seperti di

bawah dan klik ‘simpan’ (22).

7.4.2 Syarikat / Agensi Kerajaan Sedia Ada

i. Bagi Syarikat/Agensi Kerajaan yang sedia ada di dalam sistem

eABT, klik modul Syarikat/Agensi Kerajaan (23) dan carian

maklumat boleh dibuat dengan menggunakan maklumat nama

syarikat (24) seperti dibawah dan klik ‘papar’ (25).

20

21

22

19

Page 13: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

12

ii. Setelah pendaftaran dan carian maklumat Syarikat/Agensi

Kerajaan berjaya, Pengguna perlu klik ‘kemaskini’ (26)

sekiranya terdapat perubahan maklumat Syarikat/Agensi

Kerajaan. Pengguna hendaklah mengunci masuk maklumat

terkini (27) dan klik ‘kemaskini’ (28).

24 25

26

27

28

23

Page 14: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

13

7.5 PENGGUNAAN GL PELANGGAN

7.5.1 Sekiranya pelanggan tersebut adalah pelanggan yang baru pertama

kali menggunakan GL, pengguna hendaklah menggunakan modul GL

Pelanggan (29). Klik ‘tambah’ (30) dan pilih pelanggan yang berkaitan

(31).

7.5.2 Pilih Syarikat/Agensi Kerajaan yang berkaitan dengan GL Pelanggan

(32) dan klik ‘simpan’ (33).

30

31

32

33

29

Page 15: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

14

7.5.3 Pengguna boleh membuat semakan sama ada pelanggan tersebut

telah dikemaskini maklumat Syarikat/Agensi Kerajaan dengan

menggunakan modul GL Pelanggan (34). Pengguna hendaklah

membuat carian pelanggan tersebut dengan menggunakan nama/

no.kad pengenalan/ no.passport (35) seperti berikut dan klik ‘papar’

(36).

34

35 36

Page 16: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

15

7.6 DAFTAR MAKLUMAT BIL PELANGGAN

7.6.1 Bagi tujuan perekodan kali pertama, Pengguna hendaklah mengunci

masuk maklumat ABT pada modul Daftar ABT (37) dan klik ‘tambah’

(38) serta klik ‘pilih’ (39) untuk memilih pelanggan. Pastikan

maklumat pelanggan telah diwujudkan seperti tindakan di 7.5.

7.6.2 Pengguna hendaklah mengunci masuk maklumat bil pelanggan (40)

dan klik ‘simpan’ (41).

37

38

39

9+

40

41

Page 17: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

16

7.6.3 Sekiranya pengguna ingin meminda maklumat ABT, klik modul Daftar

ABT (42). Isikan maklumat pada carian maklumat ABT (43) dan klik

‘papar’ (44).

7.6.4 Klik ‘kemaskini’ (45) dan kunci masuk maklumat (46) sekiranya

Pengguna hendak meminda maklumat bil pelanggan seterusnya klik

‘kemaskini’ (47).

43

44

45

3

42

Page 18: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

17

46

47

Page 19: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

18

7.7 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAYARAN

7.7.1 Sekiranya terdapat penerimaan bayaran daripada pelanggan yang

berkaitan, pengguna hendaklah menggunakan modul Daftar ABT

(48). Seterusnya isi maklumat yang diperlukan (49) dan klik ‘papar’

(50).

7.7.2 Seterusnya klik ‘perincian’ (51) seperti dibawah:-

51

50

49

48

Page 20: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

19

7.7.3 Klik ‘tambah’ (52) untuk mengunci masuk maklumat bayaran yang

diterima.

7.7.4 Isi maklumat yang diperlukan (53) dan klik ‘simpan’ (54).

52

53

54

Page 21: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

20

7.8 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT HAPUSKIRA ABT

7.8.1 Kunci Masuk Maklumat Permohonan Hapuskira

i. Pengguna hendaklah menggunakan modul Hapuskira (55)

untuk mengunci masuk maklumat permohonan hapuskira.

ii. Klik ‘tambah’ (56) untuk mengunci masuk maklumat

permohonan.

iii. Isikan maklumat permohonan (57) dan klik ‘add’ (58).

7.8.2 Pengemaskinian Maklumat Kelulusan Hapuskira

i. Pengguna juga akan menggunakan modul Hapuskira (59)

untuk mengemaskini maklumat kelulusan hapuskira yang telah

diperoleh daripada Pegawai Pengawal atau Ketua Setiausaha

Perbendaharaan.

ii. Masukkan no. rujukan permohonan dan klik ‘papar’ (60) untuk

mengemaskini maklumat kelulusan hapuskira. Seterusnya klik

‘kemaskini’ (61) pada maklumat hapuskira berkenaan.

56 55

57

58

Page 22: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

21

iii. Isikan maklumat kelulusan (62) dan klik ‘EDIT’ (63).

iv. Seterusnya Pengguna hendaklah memadankan maklumat

hapuskira yang telah dikunci masuk dengan bil pelanggan

tersebut. Pengguna perlu membuat carian maklumat hapuskira

yang dikehendaki (64). Klik ‘papar’ (65) dan ‘perincian’ (66)

pada maklumat hapuskira yang dikehendaki.

59

62

63

64 65

66

60

61

Page 23: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

22

v. Klik ‘tambah’ (67) dan buat carian maklumat pelanggan dengan

memilih bil lebih daripada tujuh (7) tahun atau bil kurang

daripada tujuh (7) tahun (68) seterusnya klik ‘papar’ (69).

vi. Pengguna hendaklah klik butang ‘pilih’ (70) pada bil yang

dikehendaki. Masukkan amaun hapuskira (71) dan klik ‘add’

(72).

67

68 69

70

Page 24: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

23

72 71

Page 25: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

24

7.9 MENJANA LAPORAN

7.9.1 Laporan Daftar ABT

i. Pengguna boleh menjana laporan daftar ABT bagi tujuan

pemantauan ABT Bil Rawatan.

ii. Klik modul Laporan dan pilih Laporan Daftar ABT (72).

Masukkan maklumat tarikh hingga dan usia tunggakan (73)

dan klik ‘cari’ (74).

7.9.2 Laporan Baki Kemaskini Akaun Belum Terima (ABT) Bil Hospital-

Jurnal ABT ke iGFMAS.

i. Pengguna boleh menjana laporan ini dengan klik modul

Laporan dan pilih Laporan Baki Kemaskini Akaun Belum

Terima (ABT) Bil Hospital –Jurnal ABT ke iGFMAS (75).

Masukkan maklumat tahun kewangan (76) seterusnya klik

‘cari’ (77).

72

73

74

Page 26: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

25

7.9.3 Laporan ABT-1a

i. Pengguna boleh menjana laporan ini dengan klik modul

Laporan dan pilih Laporan ABT-1a (78). Masukkan maklumat

tarikh hingga (79) seterusnya klik ‘cari’ (80).

ii. PTJ boleh meminda laporan ini mengikut keperluan Bahagian

lain dengan klik ‘Eksport excel’ (81).

75

76 77

78

79

80

81

Page 27: GARIS PANDUAN TATACARA PENGGUNAAN SISTEM …account.moh.gov.my/v4/upload/garis panduan EABT/GARIS PANDUAN SISTEM... · SURAT EDARAN BAHAGIAN AKAUN BILANGAN 4 TAHUN 2019 GARIS PANDUAN

Manual Pengguna eABT Bahagian Akaun KKM

26

7.10 LOG KELUAR DARIPADA SISTEM

7.10.1 Pengguna perlu klik ‘Log Keluar’ (72).

8. PENUTUP

Dengan adanya garis panduan ini, diharap pengurusan perakaunan dan pelaporan

Akaun Belum Terima bagi bil rawatan hospital dapat dilaksanakan dengan tepat

dalam tempoh yang ditetapkan selaras dengan piawaian perakaunan akruan yang

berkuatkuasa.

9. PERTANYAAN

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai garis panduan ini, PTJ

boleh merujuk kepada pihak berikut:

Setiausaha Bahagian Akaun

Bahagian Akaun

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 6, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

(u/p: Fariza Hanim Binti Radzuan / Shazita Binti Ishak)

E-mel: [email protected]

Telefon: 03-8883 3265/3301

72