garis panduan se

26
Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-mana bahagian artikel, Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5-6, Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya. Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional i

Upload: azmi-azura-azib-arissaafreen

Post on 20-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Cetakan Pertama 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-mana bahagian artikel, Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5-6, Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.

Ahli JawatankuasaPenaungYBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof

PenasihatYBhg. Dato Hj. Ahmad Tajudin b. Jab

Pengerusi Fauzi bin Abdulah

Timbalan PengerusiHafizah bt Omar

Pengurus ProjekEn. Rosman Bahri

SetiausahaDr Azaman bin Izhar

Ahli-ahli1. En. Ashari bin Utoh BPTV2. En. Ahmad Kamal bin Hj. Md. Duraibi - BPTV3. En. Shawaludin bin Md Aris - KV Sg. Buloh4. Tn. Hj. Mohammad Jaafar bin Sahari - KV (P) T. Intan5. En. Rahmat bin Ali - KV Nibong Tebal6. En. Rosidi Fahlid bin Mohd Isa - KV Lebuh Cator7. Pn. Nooraini binti Majid - KV Balik Pulau8. Pn. Zakiah bt Ali - KV ERT Setapak9. En. Abdul Rashid bin Megat - KV Sg. Petani 110. En Jalil bin Mohamed - KV Taiping11. En Nasri bin Hj Md Saad KV - Taiping12. Pn Hjh Nor Aidah Binti Johari - KV Setapak13. Pn Hazilah Bt Zainuddin - KV Setapak14. Pn. Lailatul Saadia Bt. Doralim- KV Setapak

indeks

BILBABMUKASURAT

Ahli Jawatankuasaii

Indeksiii

Penghargaaniv

Kata Aluanv

1.PENDAHULUAN1

2.TUJUAN2

3.OBJEKTIF2

4.LATAR BELAKANG/DASAR KPM2

5.PERLAKSANAAN4

5.1PENUBUHAN JAWATAN KUASA4

5.2KAEDAH PERLAKSANAAN4

6.PENGURUSAN KEWANGAN5

7.PENGGUNAAN PREMIS KERAJAAN5

8.PENGURUSAN KESELAMATAN5

9.PENGLIBATAN PENSYARAH6

10.CADANGAN CARTA ORGANISASI SE11

11.CADANGAN SKOP TUGAS ORGANISASI SE7

12BOOTH/RUANG KEUSAHAWANAN12

13.PEMASARAN PRODUK SE 12

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pelaksanaan Garis Panduan School Enterprise (SE).Sumbangan yang tidak terhingga daripada semua pihak membolehkan Kolej Vokasional mencapai matlamat dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta menjana modal insan kreatif dan inovatif melalui Transformasi Pendidikan Teknik & Vokasional bagi memenuhi aspirasi negara.Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada semua pihak agar Garis Panduan School Enterprise (SE) ini ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bahagian Pendidikan Teknik dan VokasionalKementerian Pendidikan Malaysia,Aras 5 & 6, Blok E14, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.Tel: 03 88845154Fax: 03 88845047www.moe.gov.my www.bptv.edu.my

penghargaan

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w di atas kesempatan untuk menerbitkan Garis Panduan School Enterprise (SE) ini bagi membantu membangunkan modal insan negara yang mampu bersaing dengan negara maju di dunia, serta berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kaedah pelaksanaan projek berfungsi sebagai titik tumpuan yang memuncak di mana ia menggalakkan pelajar mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka sepanjang berada di Kolej Vokasional seperti yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia di mana pelajar perlu menguasai hasil pembelajaran sebelum mereka bergraduat.kata aluan

Sehubungan itu Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Garis Panduan School Enterprise (SE) bagi kegunaan pelajar dengan mengambil kira pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran terdahulu.Justeru itu diharap garis panduan ini dapat membantu pelajar dan warga Kolej Vokasional ke arah menghasilkan projek yang lebih berkualiti serta mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini.Saya berharap Garis Panduan School Enterprise (SE) ini dapat melancarkan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpa mengekang kreativiti mereka.

DATO HJ. AHMAD TAJUDIN BIN JABPengarahBahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasionalv

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SCHOOL ENTERPRISE (SE)KOLEJ VOKASIONAL (KV)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

1. PENDAHULUAN

1.1 School Enterprise (SE) merupakan satu konsep latihan bagi membangunkan ciri-ciri keusahawanan,b kreatif, inovatif, produktif, berdaya saing dan berdikari dalam kalangan pelajar melalui aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam persekitaran sebenar (alam pekerjaan).

1.2 Skop pelaksanaan SE merangkumi kolaborasi antara KV dan industri.

1.3 Pelaksanaan SE membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk mendalami bidang keusahawanan dalam mempraktikkan kemahiran yang dipelajari. SE membantu pelajar menjalinkan hubungan yang rapat dengan komuniti dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi setempatBahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasionalxii

2. TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk memberikan panduan untuk semua Pengarah KV dan Pengurusan Koperasi KV dalam melaksanakan SE di KV. Garis panduan ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan SE di KV.

3. OBJEKTIF

Objektif mewujudkan SE adalah seperti berikut :

3.1 Menerapkan prinsip dan amalan keusahawanan kepada murid di samping mendapat latihan dan pendidikan formal

3.2 Memupuk minat dan membentuk budaya keusahawanan bagi menjadikan Usahawan sebagai kerjaya pilihan di masa hadapan.

3.3 Melahirkan murid yang kreatif, inovatif, produktif, berdaya saing dan berdikari (self sustaining);

4. LATAR BELAKANG / DASAR KPM

4.1 Maklumbalas Industri dan agensi berkaitan mendapati bahawa lepasan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) kurang berpengetahuan di dalam bidang keusahawanan. Mereka didapati kurang pendedahan hands-on kepada elemen perniagaan dan penghasilan produk. Oleh itu lepasan Kolej Vokasional mungkin menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan sebenar. BPTV telah

mengambil inisiatif untuk menangani kekurangan ini dengan memperkenalkan konsep SE di dalam Kolej Vokasional.

4.2 Program SE akan dilaksanakan berdasarkan kepada 3 kaedah iaitu :

4.2.1 Penghasilan produk 4.2.2 Servis atau trading atau;

4.2.3 Gabungan lebih dari satu kaedah dengan menggunakan kepakaran guru dan murid.

4.3 Elemen SE juga adalah merupakan salah satu daripada enam (6) strategi memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) iaitu :

4.3.1 Mempertingkatkan kualiti hasil pembelajaran PTV

4.3.2 Memperkasakan KSKV

4.3.3 Meningkatkan hubungan dengan industri dan badan professional

4.3.4 Memperkasakan School Enterprise

4.3.5 Memantapkan jalinan hubungan dengan IPTA, IPTS, agensi latihan kemahiran awam (ILKA) dan swasta (ILKS)

4.3.6 Communication plan - Mengubah minda masyarakat ke arah menjadikan PTV pilihan utama pendidikan.

5. PELAKSANAAN

5.1 PENUBUHAN JAWATANKUASA

5.1.1 Koperasi KV hendaklah menubuhkan Jawatankuasa (JK) SE di bawah struktur pengurusan Koperasi KV.

5.1.2 JK SE terbuka kepada semua warga Kolej Vokasional yang menjadi anggota Koperasi KV.

5.1.3 Ketua Eksekutif SE dipilih dalam kalangan Ketua Jabatan bidang vokasional oleh Lembaga Koperasi.

5.1.4 Pelaksanaan SE akan dipantau oleh Timbalan Pengarah Akademik

5.1.5 Mesyuarat Pengurusan KV perlu memutuskan pelaksanaan SE dan melantik Anggota Pengurusan SE berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

5.1.6 Proses pelaksanaan SE akan dipantau oleh Timbalan Pengarah Akademik sesebuah Kolej Vokasional

5.2 KAEDAH PERLAKSANAAN

5.2.1 Pelaksanaan SE amat digalakkan di semua KV dan perlu melalui Koperasi KV.5.2.2 Pelaksanaan SE mestilah berkaitan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV).5.2.3 Pelaksanaan SE adalah tertakluk kepada Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah , Garis Panduan Koperasi Sekolah dan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkuatkuasa.5.2.4 Koperasi KV hendaklah meminda Undang-undang Kecil Koperasi Sekolah supaya bersesuaian dengan pelaksanaan SE di KV.5.2.5 Murid Kolej Vokasional akan terlibat dalam SE pada Semester 1 hingga semester 8.

5.2.6 Mesyuarat Pengurusan KV perlu mengadakan Mesyuarat Penubuhan SE di peringkat KV yang bernaung di bawah koperasi KV dan melantik Anggota Pengurusan SE berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

5.2.7 Pengurusan SE yang telah dilantik perlu mengemukakan usul penubuhan SE ini ke pihak koperasi KV.

5.2.8 Koperasi KV perlu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi menerima usul untuk menubuhkan SE dengan pindaan undang-undang kecil koperasi (UUKK).

6. PENGURUSAN KEWANGAN

6.1 Pengurusan kewangan adalah mengikut tatacara pengurusan kewangan Koperasi KV.

6.2 Penggunaan utiliti dan kemudahan kerajaan hendaklah dibayar mengikut peraturan dan pekeliling kewangan yang sedang berkuatkuasa.

7. PENGGUNAAN PREMIS KERAJAAN

7.1 Penggunaan premis kerajaan hendaklah berdasarkan peraturan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

7.2 Permohonan penukaran status premis perlu dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pengurusan BPTV.

8. PENGURUSAN KESELAMATAN

Mematuhi aspek keselamatan berdasarkan peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (514) yang sedang berkuatkuasa .

9. PENGLIBATAN PENSYARAH

9.1 Pensyarah vokasional yang terlibat dengan pengurusan dan pelaksanaan SE dicadangkan diberi peruntukan masa enam (6) jam seminggu.Sebagai contoh sekiranya seseorang pensyarah dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran lapan belas (18) jam seminggu, maka masa P&P pensyarah tersebut adalah dua belas (12) jam seminggu.

9.2 Pensyarah yang terlibat dengan SE hendaklah dilantik secara rasmi oleh Pengarah Kolej Vokasional.

10. CADANGAN CARTA ORGANISASI SCHOOL ENTERPRISE

KOORDINATOR SE PROGRAM (PENSYARAH VOK)

KETUA KOORDINATOR SE(KETUA JABATAN) VOKASIONAL)

PENGARAH KVKOPERASI KVEKSEKUTIF KEWANGAN (PELAJAR)EKSEKUTIF PEMASARAN (PELAJAR)

EKSEKUTIF PENTADBIRAN (PELAJAR)

EKSEKUTIF PENGELUARAN / OPERASI (PELAJAR)

PEN. EKSEKUTIF KEWANGAN (PELAJAR)PEN. EKSEKUTIF PEMASARAN (PELAJAR)

PEN. EKSEKUTIF PENTADBIRAN (PELAJAR)

PEN. EKSEKUTIF PENGELUARAN / OPERASI (PELAJAR)

EKSEKUTIFPENGELUARAN /

OPERASI (PELAJAR)

PEN.EKSEKUTIF PENGELUARAN / OPERASI (PELAJAR)

11. CADANGAN SKOP TUGAS ORGANISASI SE

11.1 Ketua Koordinator SE bertanggungjawab (Pensyarah) :

11.3.10 Merancang, menyelaras dan mengawal keseluruhan aktiviti SE. 11.3.11 Memastikan aktiviti projek SE dilaksanakan mengikut perancangan. 11.3.12 Memastikan pelaksanaan SE mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. 11.3.13 Memimpin dan mendorong semua anggota supaya sentiasa memberi sumbangan idea untuk memajukan SE. 11.3.14 Memastikan semua anggota sentiasa mematuhi disiplin yang telah ditetapkan bagi menjayakan setiap aktiviti SE 11.3.15 Menandatangani cek yang dikeluarkan. 11.3.16 Menyemak dan mengesahkan akaun SE.

11.2 Eksekutif Pentadbiran (Pelajar) :

11.2.1 Berperanan sebagai setiausaha SE11.2.2 Memanggil mesyuarat, menghantar notis dan minit mesyuarat tujuh hari sebelum mesyuarat berlangsung.11.2.3 Mencatat dan menyimpan minit mesyuarat dengan baik. 11.2.4 Menyimpan rekod-rekod pentadbiran mengenai anggota pekerja, ahli-ahli seperti senarai kehadiran mesyuarat dan perjumpaan. 11.2.5 Memastikan semua ahli dilindungi insuran. 11.2.6 Mencadangkan pengambilan pekerja mengikut keperluan projek SE.

11.3 Eksekutif Kewangan (Pelajar) bertanggungjawab :

10.3.1 Menguruskan kewangan projek SE.

10.3.2 Menyedia, merekod dan mengemaskini rekod berkaitan kewangan SE.

10.3.3 Merancang dan menyediakan keperluan kewangan projek tertakluk kepada peraturan koperasi KV.

10.3.4 Mencadangkan agihan keuntungan SE tertakluk kepada peraturan koperasi KV.

10.3.5 Menyediakan dan membentangkan laporan kewangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SE

11.4 Eksekutif Projek (Pelajar) :

11.4.1 Membantu Eksekutif Kewangan, Eksekutif Pentadbiran dalam urusan yang berkaitan.11.4.2 11.4.3 Membuat jadual untuk anggota di bawah bahagian masing-masing agar dapat mengikuti program-program dan aktiviti yang dijalankan.

11.4.4 Memantau pelaksanaan aktiviti anggota.

11.4.5 Menyediakan jadual pengeluaran/operasi.

11.4.6 Mengumpul rekod kos pengeluaran dan menyerahkan kepada Eksekutif Kewangan

11.4.7 Menyediakan laporan untuk setiap aktiviti

11.4.8 Memimpin dan mendorong semua anggota supaya sentiasa memberi sumbangan idea untuk memajukan SE.

11.4.9 Memastikan anggota sentiasa bekerjasama dan saling tolong-menolong antara sesama ahli dan pihak Eksekutif SE.

11.4.10 Memastikan anggota sentiasa menjaga keselamatan diri semasa aktiviti dijalankan.

11.4.11 Memastikan perkhidmatan yang ditawarkan relevan dengan keadaan semasa.

11.5 Penolong Eksekutif Kewangan

11.5.1 Menyediakan Rekod Kewangan projek

11.5.2 Merekodkan wang keluar masuk projek

11.5.3 Membuat buku kira-kira dengan mengemaskini Lejar dan menyediakan Penyata Untung Rugi bulanan projek

11.5.4 Membantu Eksekutif Kewangan mengagihan keuntungan SE

11.5.5 Membantu Eksekutif Kewangan mengumpul bayaran saham anggota yang telah ditetapkan

11.5.6 Mendapat sumber pembiayaan

11.6 Penolong Eksekutif Pemasaran

11.6.1 Bertanggungjawab untuk memastikan pemasaran barangan dan perkhidmatan syarikat berjalan lancar.

11.6.2 Merancang aktiviti pemasaran yang akan dijalankan

11.6.3 Menyimpan dan mengemaskini rekod jualan.

11.6.4 Menyediakan laporan jualan. Menyediakan laporan jualan.11.6.5 Mengawasi dan mengesan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

11.6.6 Mempromosikan produk-produk yang akan dipasarkan.

11.6.7 Menguruskan kontrak penjualan contohnya contract farming.

11.6.8 Menjadi penghubung SE KV dengan agensi-agensi lain.

11.7 Penolong Eksekutif Pengeluaran/Operasi :

11.7.1 Menyelaras jadual pengeluaran/operasi secara keseluruhan dan mengedar jadual tersebut kepada Eksekutif Projek yang berkenaan.

11.7.2 Mendapatkan bahan mentah untuk tujuan pengeluaran.

11.7.3 Memastikan peralatan pengeluaran/operasi berada dalam keadaan selamat digunakan dan disimpan dengan baik

11.7.4 Memastikan tempat pengeluaran/perkhidmatan sentiasa bersih dan kemas.

11.7.5 Memastikan stok-stok (bahan mentah, barang dalam proses dan barang siap)disimpan dan direkodkan.

11.7.6 Menyediakan rekod dan kos pengeluaran yang lengkap kepada Eksekutif Projek

11.7.7 Memastikan mutu bahan mentah dan pengeluaran dalam keadaan baik.

11.7.8 Memastikan keluaran dihasilkan seperti dijadualkan.

11.7.9 Memastikan mutu perkhidmatan yang ditawarkan memuaskan hati pelanggan.

11.7.10 Memastikan perkhidmatan dapat diuruskan mengikut masa yang dijadualkan. 11.7.11 Memastikan laporan untuk setiap aktiviti dan pengeluaran disediakan dengan lengkap.

12. BOOTH/RUANG KEUSAHAWANAN

Kolej Vokasional digalakkan untuk menyediakan ruang atau booth untuk mempamerkan hasil program SE. Penyediaan booth/ruang keusahawanan boleh dilaksana secara kerjasama dengan agensi luar atau industri

13.0 PEMASARAN PRODUK SE

13.1 Kolej Vokasional digalakkan untuk melaksana Pemasaran produk SE di pasaran terbuka (open market)

13.2 Pemasaran produk SE di pasaran terbuka boleh dilaksana secara kerjasama dengan agensi luar atau industri.

Sebarang pertanyaan berkenaan pelaksanaan konsep SCHOOL ENTERPRISE di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dikemukakan terus kepada :

Timbalan Pengarah

Pengurusan Akademik

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

No. Tel. : 03-88845160

No. Faks : 03-88845195

E-mail : [email protected]