garis panduan 2

40
DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 ñ 6 DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)

Upload: daisy20132013

Post on 02-Dec-2014

2.261 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KPBM

TRANSCRIPT

Page 1: Garis panduan 2

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

DRAF

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KELAS

PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4 ñ 6

DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)

SULIT1

Page 2: Garis panduan 2

1.0 PENGENALAN

Penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Malaysia. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti pendidikan formal dalam kelas aliran perdana. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 memberi tumpuan kepada penambahbaikan sistem sedia ada, iaitu memperkenalkan pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6.

Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia merupakan inisiatif KPM bagi memastikan murid yang mempunyai masalah berbahasa dalam Bahasa Malaysia dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Dalam tempoh ini, murid yang mempunyai masalah dalam Bahasa Malaysia akan mendapat bimbingan secara berfokus melalui modul Program Membaca, Menulis, dan Mengira (ProTiM). Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 KPM prihatin terhadap penguasaan kemahiran berbahasa terutamanya Bahasa Malaysia (BM) dalam kalangan murid. PPPM (2013-2025) menyatakan tentang pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 yang mengalami masalah membaca, dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Inisiatif ini terkandung dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015,iaitu memperkukuh sistem sedia ada.

2.2 Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini juga selaras dengan dasarMBMMBI.

2.3 Program membasmi masalah membaca, menulis dan mengira (3M) ini turut menjadi fokus utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006ñ2010 .

2.4 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan. Halini termaktub dalam Laporan Razak 1957 dan Laporan Rahman Talib 1961. Oleh itu, penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia penting untuk memastikan semua murid dapat berinteraksi dengan baik dan sebagai wahana merealisasikan perpaduan kaum.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT2

Page 3: Garis panduan 2

3.0 RASIONAL

3.1 Memastikan setiap murid mahir dan cekap berbahasa dalam Bahasa Malaysia.3.2 Menyediakan murid dengan kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Menaakul)

sebelum ke sekolah menengah.3.3 Mera patka n jura ng penca pa ia n m urid anta ra jenis da n lokas i sek ola h.3.4 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid semasa berkomunikasi.3.5 Mengeratkan perpaduan antara kaum.3.6 Membina jati diri murid.3.7 Memartabatkan bahasa kebangsaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah hanya akan dijalankan jika masih terdapat dalam kalangan murid:

i. Tidak menguasai literasi (LINUS) Saringan 2 Tahun 3ii. Tahap Penguasaan (TP) 1 dan TP 2 Bahasa Malaysia dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR)iii. Tidak melepasi penguasaan praujian dan pascaujian ProTiM (2M)

5.0 KERANGKA KONSEP

INPUT/SUMBER PROSESa) Kelas Linus Kelas Pemulihan Bahasa (Murid tidak menguasai Malaysia di luar jadual kemahiran literasi saringan 2 waktuTahun 3)

b) KSSR Bahasa Malaysia(Murid Tahun 3 yang berada

OUTPUT/KELUARANpada TP 1 dan 2 ) Pencapaian 100% murid OUTCOME/HASIL

dalam kemahiran Bahasa Murid menguasaic) ProTiM

Malaysia pada tahun 2015 kemahiran literasi dan(Praujian - murid yang belum

Tahun Pencapaian kemahiran Bahasamenguasai kemahiran Bahasa

2014 4 94% Malaysia

Malaysia) 2015 5 100%

*Tidak termasuk murid berkeperluan khas

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT3

Page 4: Garis panduan 2

6.0 OBJEKTIF

6.1 Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015.

6.2 Memastikan semua murid menguasai kemahiran berbahasa terutamanya BahasaMalaysia.

6.3 Memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah.6.4 Memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa

kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.

7.0 MATLAMAT

Merealisasikan visi dan misi PPPM (2013-2025) serta meningkatkan prestasi pencapaianBahasa Malaysia dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

8.0 PERANAN PENTADBIR

8.1 Peranan KPM

8.1.1 Membentuk Jawatankuasa Kerja pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat kebangsaan.

8.1.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama bahagian di KPM.

8.1.3 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

8.1.4 Menyediakan garis panduan pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.

8.1.5 Menyediakan modul untuk pembelajaran dan pengajaran KelasPemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 (modul ProTiM).

8.1.6 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a T a h u n 6 k e p a d a s e m u a J P N .

8.1.7 Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru yang mengendalikan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.

8.1.8 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPN.

8.1.9 Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa MalaysiaTahun 4 hingga Tahun 6 dengan pengarah JPN.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT4

Page 5: Garis panduan 2

8.10 Mengumpulkan pelaporan pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga 6 daripada pihak JPN.

8.1.11 Melaporkan pencapaian pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada pihak Pengurusan Tertinggi KPM.

8.2 Peranan JPN

8.2.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas PemulihanBahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat negeri.

8.2.2 Mengadakan mesyuarat penyelarasan Kelas Pemulihan BahasaM a la y s ia Ta h un 4 h i ng g a T a h un 6 b e rs a m a -s a m a P P D .

8.2.3 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a T a h u n 6 k e p a d a P P D .

8.2.4 Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sebagaiSasaran Ke rja Tahuna n (SK T) Pe ngara h Pendidikan Negeri.

8.2.5 Memastikan semua guru besar / pentadbir memahami prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.

8.2.6 Mengumpul, menyemak dan membuat analisis data berkaitanKelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.

8.2.7 Mem buat unjura n bila nga n m urid y a ng be lum m eng uas ai k e m a hira n be rba ha s a Ba ha s a M a lay s ia di pe ring k a t J P N.

8.2.8 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di luar jadual waktu persekolahan.

8.2.9 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala.

8.2.10 Mengadakan dialog prestasi Kelas Pemulihan Bahasa MalaysiaTahun 4 hingga Tahun 6 dengan pegawai pelajaran daerah.

8.2.11 Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas PemulihanBa ha s a M a la y s i a Ta hun 4 hi ng g a Ta h un 6 k e pa da K P M .

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT5

Page 6: Garis panduan 2

8.3 Peranan PPD

8.3.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas PemulihanBahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat daerah.

8.3.2 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru besar.

8.3.3 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar dan ketua panitia Bahasa Malaysia.

8.3.4 Memantau dan membimbing secara berterusan pelaksanaan KelasP e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a T a h u n 6 .

8.3.5 Mengadakan dialog prestasi berkaitan Kelas Pemulihan BahasaM a l a y s i a Ta h u n 4 h i n g g a T a h u n 6 d e ng a n g u r u b e s a r.

8.3.6 Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa MalaysiaTahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PPD.

8.3.7 Mem buat unjura n bila nga n m urid y a ng be lum m eng uas ai k e m a h i r a n B a h a s a M a l a y s i a p a d a p e r i n g k a t d a e r a h .

8.3.8 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia dengan berkesan.

8.3.9 Memastikan sekolah melaksanakan Kelas Pemulihan BahasaM a l a y s ia d i j a la nk a n d i l ua r j a d ua l w a k t u p e rs e k o la ha n.

8.3.10 Melaporkan secara berkala pencapaian murid Kelas PemulihanB a ha s a M a la y s i a T a hu n 4 h i n g g a T a hu n 6 k e p a d a J P N .

8.4 Peranan Guru Besar

8.4.1 Membentuk jawatankuasa kerja pelaksanaan Kelas PemulihanBahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah.

8.4.2 M e m a s t i k a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a M a l a y s i a Tahun 4 hingga Tahun 6 dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM.

8.4.3 Mengadakan mesyuarat pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 bersama-sama guru di sekolah.

8.4.4 Menerangkan prosedur pelaksanaan Kelas Pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru di sekolah.

8.4.5 Menjadikan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru besar.

8.4.6 Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dikemukakan ke Pejabat Pelajaran Daerah pada

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT6

Page 7: Garis panduan 2

8.4.8 Memantau pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berterusan.

8.4.9 Mencerap pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 secara berkala.

8.4.10 Mengenal pasti murid yang terlibat dalam kelas pemulihan Tahun 4 h i n g g a T a h u n 6 d e ng a n m e l a k s a n a k a n u j i a n / s a r i n g a n .

8.4.11 Melantik guru untuk mengajar Kelas Pemulihan Bahasa MalaysiaTahun 4 hingga Tahun 6.

8.4.12 Memastikan tempat pelaksanaan yang sesuai dan kondusif bagi Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah.

8.4.13 Menyediakan jadual Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 h i n g g a T a h u n 6 d i l u a r j a d u a l w a k t u p e r s e k o l a h a n .

8.4.14 Mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa murid yang terlibat dalam Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6.

8.4.16 Memastikan murid menghadiri Kelas Pemulihan Bahasa Malaysiasepenuhnya.

8.4.17 Menyebar luas pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia kepada ibu bapa dan komuniti.

8.4.18 Memastikan pelaksanaan/pelaporan /pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia menjadi agenda mesyuarat profesionalisme di sekolah.

8.4.19 Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai tahap penguasaan berbahasa Malaysia.

8.5 Peranan Guru

8.5.1 Merancang dan melaksanakan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

8.5.2 Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan BahasaMalaysia.

8.5.3 Menjadikan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia muridTahun 4 hingga Tahun sebagai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru.

8.5.4 Memastikan dan merekodkan kehadiran murid ke Kelas PemulihanBahasa Malaysia sepenuhnya.

8.5.5 Memastikan data murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 dihantar kepada guru besar pada waktu yang ditetapkan.

8.5.6 Melaporkan pencapaian murid Kelas Pemulihan Bahasa MalaysiaTahun 4 hingga Tahun 6 kepada guru besar secara berterusan.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT7

Page 8: Garis panduan 2

8.5.7 Menyediakan pelan alternatif untuk murid yang tidak mencapai sasaran.

8.5.8 Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian dengan keperluan murid.

8.6 Peranan Guru Pemulihan Khas

8.6.1 Menjadi ahli jawatankuasa Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.8.6.2 Menjalankan PdP Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia sekiranya

bilangan waktu mengajar kurang daripada 30 waktu seminggu.8.6.3 Memberi khidmat bimbingan kepada guru Kelas Pemulihan Bahasa

Malaysia.8.6.4 Menyediakan rancangan pengajaran Kelas Pemulihan Bahasa

Malaysia.

8.7 Peranan Ibu Bapa/Penjaga

8.7.1 Menyokong dan memberi kerjasama dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di sekolah.

8.7.2 Memastikan anak jagaan hadir dan mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang dijalankan di sekolah.

8.8 Peranan PIBG

8.8.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Ta hun 4 hingg a Ta hun 6 di pe ring ka t s ekola h s a ma a da dari segi kewangan dan sokongan moral.

8.8.2 M e n y e b a r l u a s p e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s a

Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 kepada semua ibu bapa.8.8.3 Menjadi perantara antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid

Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 yang terlibat.

8.8.4 Memastikan setiap murid pemulihan yang terpilih mengikuti kelas pemulihan yang dirancang.

8.9 Peranan Komuniti

8.9.1 Menyokong pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pada peringkat sekolah sama ada kewangan atau pun sokongan moral.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT8

Page 9: Garis panduan 2

9.0 PROSEDUR STANDARD OPERASI

9.1 Pentadbiran

9.1.1 Jadual Waktu

i. Agihan Waktu Mengajar

a) Dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. b) 2 hingga 5 jam seminggu.c ) P e ng aj a ra n da n pe mbe la ja ra n boleh dila ksa naka n se

be lum atau selepas sesi persekolahan.d) Jadual waktu hendaklah diberikan kepada guru, murid dan ibu bapa

yang terlibat.e ) B e k e r j a s a m a d e n g a n j a w a t a n k u a s a i n d u k j a d

u a l w a k t u . ii. Bilangan Murid

Maksimum 5 orang murid bagi setiap Kelas Pemulihan BahasaMalaysia.

iii. Penyediaan jadual waktu

a ) s e o ra ng g u ru unt uk 2 h ing g a 5 j a m P dP s e m i ng g u; a t a u b) lima orang guru untuk 2 hingga 5 jam PdP seminggu; atau c) seorang guru berdasarkan kemahiran; ataud ) p i l i h a n - p i l i h a n l a i n b e r d a s a r k a n k e b i j a k s a n a a n G u r u

Besar.

iv. Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mestilah menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya.

9.1.2 Pengurusan Fail

i. Fail Induk Pengurusan Pelan Tindakan Takwim Carta Gantt Jadual Waktu Surat Keluar / Masuk Borang Tindakan Susulan

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT9

Page 10: Garis panduan 2

ii. Fail Individu Murid Borang Pencalonan Profil Murid Salinan Surat Persetujuan Ibu Bapa

iii. Fail Guru Data Prestasi Murid (Individu)

Data Praujian ProTiM Data Pascaujian ProTiM Rekod Pencapaian Murid

Rekod Persediaan Mengajar (Boleh ditulis dalam bentuk helaian)

Rekod Kedatangan Murid

9.1.3 Rekod Kedatangan Murid

Rekod Kedatangan Murid di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia hendaklah disediakan bagi merekodkan kehadiran murid setiap kali kelas dijalankan.

9.2. Sumber Kewangan

9.2.1 Pihak Pentadbir sekolah disarankan merujuk kepada Pekeliling Kewangan Bil:2/91ñKP1573/17/ jld.8 (78) bth. 11 Feb. 1991 ( Di bawah ìBantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselingî)

9.2.2 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia diguna sama untuk penyediaan bahan bantu mengajar Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia.

9.2.3 Pihak pentadbir sekolah boleh memohon bantuan kewangan daripadaPIBG/Komuniti.

9.3 Pelantikan Guru

Semua guru boleh dilantik sebagai guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6. Guru yang dilantik mestilah berkemahiran Bahasa Malaysia dengan baik.

9.4 Pencalonan Murid

Penca lona n m urid ada la h be rdas arka n kepada pe nca pa ian da lam :

i. Kelas LINUS (belum menguasai literasi) ii. KSSR Bahasa Malaysia (TP 1 dan TP 2) iii. ProTiM (Praujian)

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT10

Page 11: Garis panduan 2

9.5 Pelaksanaan program

Bermula pada tahun 2014 selepas praujian ProTim

9.6 Bahan sokongan

9.6.1 Modul ProTiM yang disediakan oleh Bahagian PembangunanKurikulum (BPK).

9.6.2 Bahan-bahan sokongan lain yang sesuai

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT11

Page 12: Garis panduan 2

10.0 CARTA ALIR

CARTA ALIR PELAKSANAANKELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

MuridLINUS (Saringan 2 Tahun 3)

KSSR ( TP 1 & 2)

Praujian ProTiM

Sudah menguasai Keputusan Praujian ProTiM

Belum menguasai

Pengajaran danpembelajaran Belum

menguasai kemahiran berbahasa

Pascaujian ProTiM meneruskanpengajaranpemulihanBahasa Malaysia

Murid belajar Keputusan seperti biasa

Pascaujian ProTiM

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT12

Page 13: Garis panduan 2

11.0 SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

Menyediakan perancangan strategik untuk peningkatan pencapaian murid

yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa

Malaysia

Waktu PdP guru Membantu murid Tahun 4

pemulihan Bahasa hingga 6 yang tidak

Malaysia Tahun 4 hingga menguasai kemahiran

6 selama 2 hingga 5 jam asas bertutur, membaca,

seminggu di luar PdP. menulis dan menaakul.

SOP GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4

HINGGA TAHUN 6

Menyediakan BBM untukKelas Pemulihan

murid pemulihan BahasaBilangan murid dalam PdPtidak melebihi 5 orang

Malaysia

untuk seorang guru. (Nisbah Guru : Murid; 1 : 5)

Mengadakan Program Intervensi untuk murid pemulihan BM

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT13

Page 14: Garis panduan 2

12.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM

Mula

Menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksana Kelas Pemulihan BM

Mendapat data murid yang tidak menguasai LINUS/KSSR TP 1 dan TP 2 daripada guru BM tahun 3 sebelumnya

Menjalankan praujian ProTiM kepada murid yang telah dikenal pasti

Menyediakan pelan tindakan/intervensi untuk murid Kelas Pemulihan BahasaMalaysia

Melaksanakan PdP murid Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang telah dikenal pasti

Melaksanakan pascaujian ProTiM

Membuat analisis kepada murid pemulihan selepas selesai pelaksanaan modul ProTiM

Membuat pelaporan pencapaian Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (Murid menguasai BM masuk arus perdana, belum menguasai BM akan

meneruskan PdP pemulihan pada tahun yang berikutnya)

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT14

Page 15: Garis panduan 2

13.0 SOP GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SEMASA PdP

SOP GURU KELAS PEMULIHAN BM SEMASA PdP

Mula

Merekod kehadiran murid pemulihan BM

Melaksanakan PdP kepada murid pemulihan BM

Membuat refleksi PdP

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT15

Page 16: Garis panduan 2

14.0 PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6 SELEPAS PROSES PdP

PROSES KERJA GURU KELAS PEMULIHAN BM SELEPAS PROSES PdP

Mula

Memaklumkan hasil dapatan bimbingan dan tahap pencapaian murid kelas pemulihan kepada pihak pentadbir sekolah

Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat hasil dapatan selepas bimbingan

Melaporkan perkembangan dan pencapaian kepada pentadbir, PPD, JPN

Merangka pelan tindakan susulan/intervensi

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT16

Page 17: Garis panduan 2

15.0 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KELAS PEMULIHAN BM

PengerusiGuru Besar

Timbalan PengerusiPK Kurikulum

Naib PengerusiPK HEM

PK PetangPK Pendidikan Khas

SetiausahaKetua Panitia BM

AJKSemua Guru yang Dilantik

Guru Pemulihan

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT17

Page 18: Garis panduan 2

16.0 TERMA RUJUKAN (TOR)

BIL TERMA KETERANGAN RUJUKANJenis SJK(C) dan SJK(T)

PPPM 2013-1

Jenis dan lokasi Lokasi bandar, luar bandar dan 2025,sekolah pedalaman EMIS

Mengeratkan Semangat penyatuan antara Melayu, Cina, Kamus

2 perpaduan antara India, Bumiputera dan lain-lain melalui Dewan,

kaum Bahasa Malaysia PPPM 2013-

2025Jangkaan pengurangan murid yang belum

LINUS,3

Unjuran bilangan menguasai kemahiran berbahasa Bahasa KSSR-PBS,murid Malaysia ProTiM

Ketua Jabatan di Pejabat Pendidikan4

Pegawai Pendidikan DaerahDaerah

Setiap bulan kepada guru besar, PPD , JPN5

Melaporkan secara dan KPMberkala

Kumpulan pelaksana pada peringkat KPM,6 Jawatankuasa kerja JPN, PPD dan sekolah

Bilik darjah atau mana-mana ruang yang7 Tempat pelaksanaan sesuai dan kondusif untuk PdP

Garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM8

Garis panduan yang dan perlu dipatuhi

ditetapkan

Semua murid Kelas Pemulihan Bahasa9 Kehadiran sepenuhnya Malaysia wajib hadir dan direkodkan

10 Fail induk pengurusan Dimasukkan di dalam Fail Induk PanitiaBahasa MalaysiaKelas Pemulihan Bahasa Malaysia yang dirancang di luar jadual waktu (Penetapan guru, kelas, murid dan jadual

11 Kelas Pemulihan yang waktu)dirancang

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT18

Page 19: Garis panduan 2

BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN

Semua guru terlatih boleh dilantik. Guru12

Semua guru boleh pelatih, guru ganti dan guru sandaran dilantik tidak terlatih tidak boleh dilantik

13 Pentadbir sekolah Guru besar, penolong-penolong kanan

Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermulaTahun 2014.

2014 2015 2016 2017 2018Tahun Tahun Tahun

14 Pelaksanaan Kelas 4 5 6Pemulihan BM Tahun Tahun Tahun

4 5 6Tahun Tahun Tahun

4 5 6

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Swasta, Masyarakat

15 Komuniti Setempat, JKKK, MGB, Pejabat Daerah dan lain-lain.

16 ProTiM Program Tiga M( Membaca, menulis dan mengira)

17 LINUS Program Literasi dan Numerasi Buku ProgramLINUS

KSSR Tahap Kurikulum Standard Sekolah Rendah

18 Penguasaan 1 dan Tahap Penguasaan 1 ñ Sangat TerhadTahap Penguasaan 2 Tahap Penguasaan 2 ñ Terhad(TP)

Sebelum atau selepas waktu persekolahansehingga 2 hingga 5 jam seminggu. Buku Panduan

19 Luar jadual waktu Tidak boleh mengganggu waktu PdP PPPM 2013- murid. 2025,

Bentuk bahasa yang betul/gramatis dan20

Standard Bahasa diterima oleh semua penutur

Kamus DewanMalaysia Edisi Keempat

21 PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT19

Page 20: Garis panduan 2

BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN

22 Pelantikan guru Surat pelantikan yang ditandatangani oleh guru besar

Prosedur tertentu yang ditetapkan bagi

23 Standard operasi menjamin kualiti dan kredibiliti yang Perfomanceditetapkan untuk mencapai sasaran Standard DBP

Garis panduan pengurusan kewanganperuntukan bantuan persekolahan ke

SP Kewangan24 Peruntukan PCG sekolah berdasarkan per kapita dan Bil. 8 /2012enrolmen murid.

Langkah-langkah tindakan yang diambil25 Pelan tindakan untuk mencapai satu tujuan

Kamus DewanEdisi Keempat

Tindakan awal dalam mengesan keupayaan murid dan mengambil langkah

26 Intervensi membantu mengatasi masalah yang dikesan

Mencadangkan atau mengemukakan

27 Pencalonan murid nama murid untuk mengikuti KelasPemulihan Bahasa Malaysia

Hasil daripada proses mengesan murid

28 Saringan yang layak mengikuti Kelas PemulihanBahasa Malaysia

Proses kerja yang disediakan mengikut29 Prosedur kerja prosedur yang ditetapkan

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT20

Page 21: Garis panduan 2

BIL TERMA KETERANGAN RUJUKAN

Jam Deskripsi5 jam Murid Linus yang

tidak menguasai Konstruk 1-2

Murid TahapPenguasaan (TP) 1 dan TP 2 dalam KSSR

4 Jam Murid Linus yang30 2 jam hingga 5 jam tidak menguasai

Kontruk 3-63 jam Murid Linus yang

tidak menguasai konstruk 7-10

2 Jam Murid Linus yang tidak menguasai konstruk 11-12

Bil Kriteria1 Guru Bahasa Malaysia2 Bukan guru Bahasa Malaysia

perlu sekurang-kurangnya memperoleh gred B4 atau B- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya (bagi

31 Semua guru boleh

sekolah yang kurang gurudilantikopsyen BM).

3 Guru yang mengikuti kursus bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh

IPG/ Universiti

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT21

Page 22: Garis panduan 2

17.0 RUMUSAN

Garis Panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 mulai tahun 2014. Diharapkan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak demimembantu murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam PPPM 2013-2025.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT22

Page 23: Garis panduan 2

Soalan Lazim

1. Apakah Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?

Objektif pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah untuk Memastikan 100 peratus murid normal Tahun 3 kohort 2013 menguasai kemahiran Bahasa Malaysia pada tahun 2015, menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia, memastikan standard Bahasa Malaysia dapat diselaraskan di semua sekolah dan memartabatkan Bahasa Malaysia di SJK sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di bawah dasar MBMMBI.

2. Siapakah murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hinggaTahun 6 di SJK?

Murid yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah murid tidak menguasai kemahiran Literasi (LINUS) saringan 2 Tahun 3, m urid Tahun 3 yang berada pada TP 1 dan 2 dalam KSSR dan murid yang belum menguasai kemahiran Bahasa Malaysia semasa praujian ProTim.

3. Berapa lama masa pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?

Pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK mengambil masa 2 jam hingga 5 jam mengikut keperluan murid.

4. Siapakah guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hinggaTahun 6 di SJK?

Guru yang terlibat dengan kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK ialah semua guru terutamanya guru bahasa Malaysia, guru yang memperoleh keputusan Bahasa Malaysia SPM sekurang-kurang B4 atau B- dan guru yang pernah atau telah mengikuti kursus Bahasa Malaysia jangka pendek yang dianjurkan oleh IPGM/ Universiti.

5. Bagaimanakah pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hinggaTahun 6 di SJK?

Pemilihan murid ke kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK adalah melalui keputusan Linus saringan 2 tahun 3, Keputusan PBS tahun 3, murid yang dicalonkan oleh guru. Kesemua murid ini akan mengambil praujian ProTim dan mereka yang tidak melapas pra ujian inilah yang akan terlibat dalam kelas pemulihan Bahasa Malaysia.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT23

Page 24: Garis panduan 2

6. Adakah murid berkeperluan khas terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK?

Murid berkeperluan khas tidak terlibat dalam pelaksanaan kelas pemulihan BahasaMalaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK.

7. Bilakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan?

Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK akan bermula pada tahun 2014.

8. Adakah kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan dalam waktu PdP atau di luar PdP?

Kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hingga Tahun 6 di SJK dijalankan di luarPdP.

9. Berapa orang murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun4 hingga Tahun 6 di SJK?

Murid yang terlibat dalam satu kelas pemulihan Bahasa Malaysia Tahun 4 hinggaTahun 6 di SJK ialah seramai 5 orang.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT24

Page 25: Garis panduan 2

LAMPIRAN A

BORANG PENCALONANKEMASUKAN KE KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

TAHUN 20....

1. Nama Sekolah : .............................................................. 2. Kelas : .........................................

3. Nama Murid : ........................................................................................................................

4. Jantina : L P 5. Tarikh Lahir : ................................

6. Kaum / Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

7. No. Sijil Lahir : .............................................................................................

8. Umur : .............................................................................................

9. Jantina : .............................................................................................

10. Jumlah Kedatangan : ............................................................................................(Tahun Sebelumnya)

11. Sebab-sebab dicalonkan ke Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia(Tandakan ✓ pada kotak yang sesuai)

11.1. Tidak Menguasai Saringan LINUS Konstruk ..........................

11.2. Tidak melepasi Ujian PraProTiM Markah ............................

11.3. Tidak melepasi TP KSSR TP ....................................

11.4. Masalah Kesihatan Nyatakan:............................

11.4 Cadangan guru mata pelajaran

11.5. Permintaan ibu bapa

11.6. Cadangan Guru Besar

11.7. Lain-lain

Nyatakan: ...............................................................................................................................

... Tandatangan Guru Kelas Tarikh :

...............................

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT25

Page 26: Garis panduan 2

LAMPIRAN B

BORANG PROFIL MURID KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIATAHUN 20.............

-photo-

1. Nama Sekolah : .............................................................. 2. Kelas : .........................................

3. Nama Murid : ........................................................................................................................

4. Jantina : L P 5. Tarikh Lahir : ................................

6. Kaum / Bangsa : Melayu Cina India Lain-lain

7. No. Sijil Lahir : ...................................... Umur : .......................................................

9. Bil. Adik-beradik : ....................... anak ke : ...............

10. Tarikh Masuk Sekolah:..............

11. Alamat Rumah : ........................................................................................................................

........................................................................................................................

12. Bandar/Luar Bandar: ................................ Jarak dari sekolah: ....................................................

13. Cara ke sekolah : ........................................................................................................................

14. Nama ibu/bapa : ........................................................................................................................

15. Nombor Telefon Bimbit: ............................................... 16. Pekerjaan ibu/bapa: ..........................

17. Latar belakang Pendidikan Ibu bapa/penjaga: ................................................................................ (Sekolah Rendah, Menengah, Maktab, Universiti)

Tandatangan guru Tarikh:

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT26

Page 27: Garis panduan 2

LAMPIRAN CContoh Borang Ujian Saringan (Praujian ProTiM)

MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TAHUN :...............................

BIL KEMAHIRAN

(IKUT UNIT) Skor

Keseluruhan

NAMA MURID

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT27

Page 28: Garis panduan 2

Lampiran D

Contoh Borang Hasil Penilaian yang telah dijalankan (Pascaujian ProTiM)

NAMA : TAHUN : SEKOLAH :

BIL NAMA MURID JANTINA KAUM MARKAH LULUS MENGIKUT UNITL P M C I L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

...................................... ..............................

. Nama:Guru Kelas Pemulihan BM Guru Besar

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT28

Page 29: Garis panduan 2

Lampiran E

Contoh Rancangan Pengajaran

C O N TO H 1 - P E N U L I S A N RA N C A N G A N M E N G A J A R KE L A S P E M U L I H A N B A H A S A M A L A Y S I A

Tajuk : Membaca dan menulis suku kata terbuka

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,1. Murid dapat membaca suku kata terbuka2. Murid dapat menulis suku kata terbuka

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan 10 gambar yang terdapat suku kata terbukaContohnya pasu, keju, baja, kerusi, kereta

2. Murid diminta menyebut nama gambar tersebut secara individu dan kumpulan

3. Murid boleh menyebut suku kata terbuka mengikut gambar4. Murid melengkapkan suku kata berdasarkan gambar

Refleksi : Semua murid boleh membaca dan menulis suku kata terbuka dengan betul.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT29

Page 30: Garis panduan 2

Lampiran F

C O N TO H 2 - P E N U L I S A N RA N C A N G A N M E N G A J A R KE LA S P E M U L I H A N B A H A S A M A L A Y S I A

Tajuk : Membaca Ayat Tunggal dengan sebutan yang betul serta intonasi yang jelas dan lancar

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat membaca 5 ayat tunggal yang ditunjukkan dengan betul dan lancar

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan beberapa keping kad perkataan.Contohnya: perpustakaan , menghias , membuat

2. Murid diminta menyebut perkataan tersebut (sebutan lancar dan jelas)3. Guru menunjukkan kad ayat tunggal4. Guru meminta murid membaca bersama-sama (bacaan mekanis)5. Murid diminta membaca secara individu (penilaian)

Refleksi : Semua murid boleh membaca 5 ayat yang diberi dengan jelas dan lancar

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT30

Page 31: Garis panduan 2

Lampiran G

C O N TO H 3 - P E N U L I S A N RA N C A N G A N M E N G A J A R KE L A S P E M U L I H A N B A H A S A M A L A Y S I A

Tajuk : Membaca dan menulis perkataan diftong

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,1. Murid dapat membaca 6 perkataan diftong2. Murid boleh menulis 6 perkataan diftong

Aktiviti : 1. Murid mengambil kad perkataan yang mengandungi diftongContoh: pulau, kedai, pakai, helai, lebai, boroi, pukau

2. Murid menyebut perkataan diftong secara individu dan kumpulan3. Murid mengeja perkataan diftong dengan betul4. Murid melengkapkan dan menulis perkataan diftong

Refleksi : Semua murid dapat membaca dan menulis perkataan diftong

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT31

Page 32: Garis panduan 2

Lampiran H

C O N TO H 4 - P E N U L I S A N RA N C A N G A N M E N G A J A R KE L A S P E M U L I H A N B A H A S A M A L A Y S I A

Tajuk : Bapaku pulang dari kota

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran,1. Murid dapat membaca cerita pendek yang diberi dengan intonasi dan

sebutan yang jelas dan lancar2. Murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman yang diberi dengan tepat

dan betul .

Aktiviti : 1. Guru mengedarkan petikan cerita pendek bertajuk 'Bapaku pulang dari kota'

2. Guru meminta murid membaca bersama-sama petikan yang diberi(bacaan mekanis)

3. Murid diminta membaca secara individu (penilaian)4. Murid diberikan soalan pemahaman dan diminta untuk menjawab5. Berbincang mengenai jawapan dan semakan jawapan pelajar (penilaian)

Refleksi : 1. Semua murid boleh membaca petikan yang diberi dengan jelas dan lancar

2. Semua murid boleh menjawab 5 soalan pemahaman dengan tepat danBetul

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT32

Page 33: Garis panduan 2

Lampiran I

C O N TO H 5 - P E N U L I S A N RA N C A N G A N M E N G A J A R KE L A S P E M U L I H A N B A H A S A M A L A Y S I A

Tajuk : Menulis ayat dalam perenggan

Objektif : Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, Murid dapat menulis ayat dalam bentuk perenggan

Aktiviti : 1. Guru mempamerkan lima gambar pada papan tulis2. Murid mengambil kad ayat yang disediakan dan padankan dengan

gambar3. Murid membaca ayat yang lengkap berdasarkan gambar mengikut

urutan4. Murid menulis ayat yang lengkap berdasarkan kad ayat mengikut

urutan dalam satu perenggan

Refleksi : Semua murid dapat menulis ayat dalam satu perenggan

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT33

Page 34: Garis panduan 2

Lampiran JCadangan Jadual Waktu A

(sekolah 2 sesi)

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang( 30 minit) (30 minit) (1 jam)(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)

AhadIsnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

Cadangan Jadual Waktu B

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang( 30 minit) (30 minit) (1 jam)(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)

AhadIsnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

Cadangan Jadual Waktu C (sekolah satu sesi)

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang( 30 minit) (30 minit) (1 jam)(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)

AhadIsnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT34

Page 35: Garis panduan 2

Lampiran KCadangan Jadual Waktu D

Hari/masa 6.30-7.00 pagi 7.15-7.45 pagi 2.00-3.00 petang( 30 minit) (30 minit) (1 jam)(Sabah & Sarawak) (Semenanjung) (Semenanjung)

AhadIsnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

Nota :1. Bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia bermula

pada hari Ahad hingga Khamis, manakala negeri-negeri lain kelas pemulihan bermula pada hari Isnin hingga Jumaat.

2. Masa diperuntukkan adalah 2 hingga 5 jam seminggu.3. Pindaan jadual tertakluk kepada pihak pengurusan sekolah.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT35

Page 36: Garis panduan 2

Lampiran L

Contoh Surat Pelantikan Guru Pemulihan Bahasa Malaysia

KEPALA SURAT SEKOLAH

Rujukan: Tarikh :

Tuan/Puan/Encik/Cik

--------------------------------------------------------------------

Tuan/Puan,

PELANTIKAN GURU PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan/Encik/Cik

................................................................ (No. KP :.............................) telah dilantik sebagai Guru Kelas

Pemulihan Bahasa Malaysia di SJK........................................................................ mulai

.................................

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia di luar waktu pengajaran dan pembelajaran agar matlamat Kelas pemulihan Bahasa Malaysia untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran Bahasa Malaysia (menulis dan membaca) tercapai.

4. Pelantikan ini hendaklah dipatuhi. Sebarang pertukaran Guru Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia mestilah dirujuk kepada pentadbir sekolah untuk kelulusan.

Sekian, terima kasih.

îBERKHIDMAT UNTUK NEGARAî

Saya yang menurut perintah,

.................................................

.

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT36

Page 37: Garis panduan 2

Lampiran M

Contoh Surat Makluman Ibu Bapa

KEPALA SURAT SEKOLAH

Rujukan: Tarikh :

Tuan/Puan/Encik/Cik

--------------------------------------------------------------------

Tuan/Puan,

PELAKSANAAN KELAS PEMULIHAN BAHASA MALAYSIA 2014

Saya dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak Tuan/Puan/Encik/Cik

............................................................. (No. Sijil Lahir :.............................) telah dikenal pasti untuk

mengikutiKelas Pemulihan Bahasa Malaysia tahun ............................... mulai .................................

3. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan dikehendaki hadir mengikuti Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia. Kelas ini akan dijalankan di luar waktu pembelajaran supaya anak tuan/puan dapat menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Malaysia dengan baik.

4. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai. Sebarang pertanyaan sila hubungi melalui talian .

Sekian, terima kasih.

îBERKHIDMAT UNTUK NEGARAî

Saya yang menurut perintah,

..................................................( )

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT37

Page 38: Garis panduan 2

Jawatankuasa Kerja Penyediaan Buku Garis PanduanPelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia

Pengurus ProgramRusdi bin Mat Nor Bahagian Pengurusan Sekolah HarianAhli PanelDr Roziah binti Abdullah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Dr Jafri bin Abu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Hjh Tuslah binti Abdan Bahagian Pengurusan Sekolah HarianIsmail bin Ibrahim Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanNorhafizah binti Kamaruddin Bahagian Perkembangan Kurikulum Norliah binti Mohd Amin Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Shafiron bin Hashim Lembaga PeperiksaanSuaini binti Mohd Amin Bahagian Buku Teks Khawidah binti Abd Samad Bahagian Pendidikan Guru Tajudin bin Abdullah Bahagian SukanHjh Siti Khadijah binti Hj Mion Bahagian KokurikulumAishah binti Othman Bahagian Teknologi Pendidikan Nor Zalina binti Nasir Bahagian Pendidikan Khas Norhayati binti A z i z@ E s a Intitut Aminuddin BakiSiti Nafsiah binti Ismail Institut Pendidikan Guru Malaysia Nordin bin Ismail Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Kamarozaman bin Hj Ahmad Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Zoraimi bin Shariff Jabatan Pendidikan Negeri Perak Rubiaton binti Ibrahim Jabatan Pendidikan Negeri SelangorNasri bin Ramli Jabatan Pendidikan Negeri Negeri SembilanHarun bin Mahbut Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Hesam bin Mohd Kasron Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mohamad Hashim bin Ismail Jabatan Pendidikan Negeri PahangAb. Abid bin Mohamad Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Meor Mohamad Zain bin Meor Jadi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Hanri bin Hamden Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Noorartini binti Hj Arjikal Jabatan Pendidikan Negeri SabahAzizah binti Jupri Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Afandi bin Nasir Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan Muhammad Aris bin Shuib Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Cheng Yew Teck Guru Besar SJK(C) Kepong 1, Kuala LumpurSitha A/P Thangavaloo Guru Besar SJK(T) Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur Chong Not Mooi Guru Besar SJK(C)Nan Yik Lee Rubber, Kuala Lumpur Mariyamal A/P Sinathamby Nadarajah Guru Besar SJK(T) Sungai Besi, Kuala LumpurChíng Sim Imm Guru Besar SJK(C)Yoke Nam Oug, Kuala LumpurGoh Ai Guat Guru Besar SJK(C)Chung Hua Klang, Kota Kemuning, SelangorT Hanaseelan A/L N. Seethapathy Guru Besar SJK(T) Ladang RinchingChin Ah Soon Guru Besar SJK(C) On Pong 2, Hulu Langat SelangorArasirani A/P Chelliah Guru Besar SJK(T) Batu Caves, SelangorChew Hock Jin Guru Besar SJK(C) Subang, SelangorA. Rajendra Devi Guru Besar SJK(T) Bestari Jaya, SelangorMalarkodi A/P Krishnan Pen. Kanan (HEM) SJK(T) Jalan San Peng, Kuala Lumpur

G a r i s P a n d u a n P e l a k s a n a a n K e l a s P e m u l i h a n B a h a s aM a l a y s i a T a h u n 4 h i n g g a 6

SULIT38

Page 39: Garis panduan 2