institusi kewangan

20
Bab 5: INSTITUSI KEWANGAN

Upload: heap-ke-xin

Post on 08-Dec-2015

135 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

。。。。。。。

TRANSCRIPT

Bab 5: INSTITUSI KEWANGAN

5.1 Institusi Kewangan Takrif Institusi Kewangan

Memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara

Kebanyakkan institusi kewangan di bawah kawalan bank pusat dan agensi kerajaan.

Menyediakan perkhidmatan kewangan untuk pelanggan-pelanggan.

Berperanan sebagai perantara kewangan, iaitu bertindak sebagai orang tengah kewangan antara unit lebihan dan unit kurangan.

Unit lebihan- pihak penyimpan yang mempunyai lebihan dana untuk disimpan dalam bank yang berbentuk Akaun Simpanan,Akaun semasa/Akaun Simpanan Tetap dan pelaburan.

Unit kurangan-pihak peminjam yang memerlukan perkhidmatan bank dalam bentuk pinjaman untuk tujuan modal perniagaan, pembelian rumah, pembelian saham dan sebagainya.

Institusi Kewangan

Unit lebihan(pihak

penyimpan)

Unit kurangan (pihak

peminjam)

Tunai disimpan Tunai dipinjam

Deposit dan polisi insurans

Ekuiti dan hutang

Melalui proses perantara kewangan, institusi kewangan menarik pihak penyimpan untuk menyimpan dan melabur di institusi dan dana ini digunakan unutk memberi pinjaman kepada pihak peminjam.

Institusi kewangan akan mendapat keuntungan dari perbezaan kadar faedah yang dikenakan atas simpanan dan pinjaman.

Jenis Institusi Kewangan

Institusi Perbankan

Institusi bukan perbankan

Institusi Perbankan Institusi yang mana tanggungan utama mereka pada amnya

diterima sebagai wang dan wang hampir. Termasuklah bank pusat, bank perdagangan, bank pelaburan,

dan bank Islam. Biasanya kesemua bank perdagangan, bank pelaburan dan bank

Islam adalah di bawah penyeliaan bank pusat.

Bank perdagangan Menyediakan perkhidmatan perbankan runcit, kemudahan

pembiayaan dagangan , perkhidmatan perbendaharaan, perkhidmatan pembayaran dan perkhidmatan kustodi.

Urus niaga bank-bank perdagangan merangkumi penerima deposit Akaun semasa, Akaun Deposit Tetap, Akaun Tabungan dan membayar . Mengumpul cek-cek yang dikeluarkan atau dibawa masuk oleh para pelanggan serta memberi perkhidmatan pemberian pinjaman dan perniagaan.

Institusi Perbankan

Bank pelaburan Menyediakan perkhidmatan yang merangkumi pemberian

pinjaman korporat, perkhidmatan penggabungan dan pemerolehan, perkhidmatan penstrukturan, pemasaran, perdagangan dan pembrokeran produk-produk padaran modal, serta pengurusan aset dan perkhidmatan.

Bank Islam Bank yang beroperasi berlandaskan lunas-lunas syariah.

Berdasarkan prinsip-prinsip ini, bank ini menawarkan rangkaian kemudahan yang meliputu penerimaan deposit, kemudahan pembiayaan, dan pemindahan data.

Institusi Perbankan

Institusi Bukan Perbankan

Institusi kewangan bukan perbankan Termasuklah kumpulan wang simpanan pekerja KWSP,kumpulan

wang simpanan dan pencen lain,syarikat insurans, institusi kewangan pembangunan dan institusi kewangan lain

KWSP Badan berkanun yang ditubuhkan untuk memberi

perlindungan kepada pekerja-pekerja khasnya pada hari tua

Setiap pekerja awam yang tidak memilih pencen adalah wajib menjadi ahli KWSP dengan mencarum caruman bulanan berdasarkan jumlah pendapatannya

Ahli KWSP dibenarkan mengeluarkan wang simpanannya dari akaun KWSP apabila dia mencapai umur pencen.

Institusi Bukan Perbankan

Syarikat Insurans Satu badan swasta yang memberi perlindungan kepada orang

yang diinsuranskan atau risiko kematian dan kemalangan. Syarikat insurans juga memberi perlindungan atas harta

daripada kerugian akibat berlakunya malapetaka seperti kebakaran,banjir dan rompakan.

Sejumlah wang akan dibayar berdasarkan kontrak polisi insurans kepada pewaris atau orang yang diinsuranskan atas kematian atau kemalangan atas orang yang diinsuranskan

Pasaran saham Sebuah entiti awam bagi dagangan saham syarikat dan

derivatif pada harga yang dipersetujui. Tujuan pasaran saham-untuk memudahkan pertukaran

sekuriti antara pembeli dan penjual Pasaran saham penting bagi syarikat-syarikat untuk

mendapatkan sumber wang. Hal ini membolehkan syarikat meniagakan sahamnya secara awam, atau mengumpul modal tambahan untuk mengembangkan perniagaan dengan menjual saham pemilikan syarikat dalam pasaran awam.

Pelabur dapat memperoleh kecairan dengan cepat dan mudah dengan menjual sekuriti mereka.Ini adalah ciri-ciri yang menarik pelabur untuk melabur dalam saham berbanding dengan pelaburan kurang cair lain seperti hartanah.

Institusi Bukan Perbankan

Fungsi Institusi Kewangan

Perantara Kewangan

Penyerakan dan perkongsian

risiko

Fungsi Institusi Kewangan

Fungsi Institusi Kewangan

Perantara Kewangan

Institusi kewangan dapat mewujudkan kemudahan denominasi, iaitu pemasanan deposit kecil dengan pinjaman besar dan deposit besar dengan pinjaman kecil.

Sebuah firma yang ingin mendapatkan pinjaman besar, misalnya RM500 juta akan membuat pinjaman daripada institusi kewangan yang mengumpul dana daripada pihak-pihak penyimpan yang kecil.

Tanpa institusi kewangan, pihak peminjam akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman besar ini.

Institusi kewangan yang berfungsi sebagai perantara kewangan ini telah mengumpul dana dan mewujudkan ekonomi mengikut skala dalam pengurusan.

Hal ini kerana kos yang kurang diperlukan untuk pengurusan satu pinjaman yang bernilai RM500 juta daripada 100000 pinjaman yang bernilai RM5000

Fungsi Institusi Kewangan

Seorang individu mendeposit RM500 000 dalam institusi kewangan dan institusi kewangan boleh meminjamkan deposit tersebut tersebut kepada beberapa peminkam yang akan setuju dengan syarat pinjamannya.

Keadaan ini hanya dapat dilakukan dengan wujudnya institusi kewangan yang memainkan peranan sebagai perantara kewangan.

Fungsi Institusi Kewangan

Sebagai perantara kewangan, institusi kewangan mengubah simpanan pihak penyimpan (liabiliti jangka pendek institusi kewangan) kepada pinjaman untuk pihak peminjam(aset jangka panjang institusi kewangan.

Dengan adanya institusi kewangan sebagai perantara kewangan, pihak penyimpan boleh menyimpan atau melabur dana mereka manakala firma dapat meminjam dana yang diperlukan.

Institusi kewangan membolehkan proses peminjaman dalam system ekonomi negara kita berfungsi dengan lancar.

Sebagai orang tengah, institusi kewangan memainkan peranan sebagai agen kepada pihak penyimpan dalam membekalkan maklumat dan perkhidmatan urus niaga.

Sebagai contoh, institusi kewangan menjalankan penyelidikan pelaburan dan membuat rekomentasi pelaburan kepada pelanggannya serta melakukan urus niaga jual beli saham untuk mendapat caj komisen.

Fungsi Institusi Kewangan

Tanpa institusi kewangan, aliran dana antara isi rumah dan sector firma dijangka sangat rendah.

Antara sebabnya adalah sekiranya isi rumah meminjamkan wang kepada firma, isi rumah perlu memantau segala tindakan firma agar tindakan firma akan menghasilkan keuntungan.

Kerja-kerja pemantauan ini menelan masa dan kos bagi mendapatkan maklumat.

Justeru itu, adalah tidak wajar kerja pemantauan ini dilakukan memandangkan jumlah pinjaman mungkin relatif rendah berbanding dengan kos pemantauan.

Fungsi Institusi Kewangan

Peranan Institusi Kewangan

Peranan Institusi Kewangan

Meningkatkan pertumbuhan

ekonomi

Menyediakan kos menjalankan perniagaan

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Dasar kewangan yang bersesuian dapat dilaksanakan oleh

Bank Pusat demi memastikan kestabilan ekonomi negara Apabila melakukan kemelesetan ekonomi, bank pusat akan

melaksanakan dasar kewangan mengembang dengan meningkatkan penawaran wang dalam pasaran

Sebaliknya, jika berlaku keadaan inflasi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan menguncup dengan menurunkan penawaran wang dalam pasaran

Institusi kewangan mengembleng dan menggerakkan dana yang terkumpul agar dapat memberi pinjaman kepada kerajaan dan sektor firma.

Kerajaan boleh mendapat pinjaman dalaman daripada institusi kewangan dengan menjual sekuriti kerajaan, sijil pelaburan dan bon kerajaan. Dana ini digunakan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan negara.

Peranan Institusi Kewangan

Institusi kewangan meningkatkan pelaburan dengan melabur secara langsung dalam sektor hartanah, pembangunan harta, pengangkutan dan perusahaan

Secara tidak langsung institusi kewangan memberi pinjaman kepada sektor firma yang melabur dalam pelbagai bidang pembangunan

Institusi kewangan memberi pinjaman kepada sektor firma Hal ini secara tidak langsung membantu sektor swasta

meningkatkan peluang pekerjaan bagi mengembangkan dan meningkatkan keluaran mereka seterusnya mengurangkan kadar pengangguran

Pinjaman institusi kewangan kepada sektor kerajaan mengurangkan pinjaman kerajaan dari negara asing.Tindakan ini mengurangkan aliran keluar wang ke luar negara dan menstabil mata wang negara.

Peranan Institusi Kewangan

Peranan Institusi Kewangan

Kos menjalankan perniagaan Institusi kewangan memainkan peranan mengumpul dana dan

dana ini merupakan sumber kewangan atau kos yang boleh dipinjamkan dalam bentuk jangka pendek atau jangka panjang kepada sector swasta dan pihak kerajaan untuk menjalankan perniagaan atau pelaburan

Merupakan sumber kewangan kepada pihak kerajaan Sumber hasil kerajaan adalah cukai yang

dikutip.Sekiranya perbelanjaan kerajaan melebihi hasil kerajaan,maka kerajaan perlu meminjam daripada institusi kewangan untuk membiayai projek pembangunan

Kerajaan membuat pinjaman dengan menerbitkat sekuriti kerajaan,bil-bil perbendaharaan dan sijil pelaburan

Institusi kewangan seperti KWSP dan bank pelaburan melabur dalam sekuriti kerajaan dan bil-bil perbendaharaan

Manakala institusi kewangan islam seperti Bank Islam dan syarikat Takaful pula akan melanggani sijil pelaburan

Peranan Institusi Kewangan

Merupakan sumber kewangan kepada pihak swasta Institusi kewangan memainkan peranan memberi

pinjaman kepada pihak swasta dengan melanggani sekuriti hutang korporat dan sekuriti ekuiti yang diterbitkan oleh pihak firma

Institusi kewangan seperti bank pelaburan memberi pinjaman bersindiket kepada syarikat korporat yang memerlukan pinjaman yang besar.

Bank perdagangan memberi pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk memudahkan perniagaan.