galak pelajar minati matematik

7
GALAK PELAJAR MINATI MATEMATIK, SAINS TEKNIK belajar sambil bermain atau edutainment kini semakin meluas penggunaannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Justeru, Hezmedia Interactive Sdn. Bhd. (Hezmedia Interactive) dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) menggunakan pendekatan tersebut untuk Fun Math Camp 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengarah Urusan Hezmedia Interactive, Mohd. Hezri Amir Abd. Latiff berkata, bengkel yang dijalankan selama satu hari itu merupakan satu pembaharuan daripada teknik pembelajaran konvensional kepada konsep edutainment. “Bengkel ini diadakan bertujuan membangkitkan minat dan kesedaran tentang kepentingan subjek Matematik di kalangan pelajar seterusnya menjurus kepada pencapaian akademik yang lebih baik untuk jangka masa panjang,” jelasnya. Menurut beliau, pihaknya cuba menyumbang dengan memberi impak di dalam sistem pendidikan melalui pembelajaran secara interaktif selaras dengan arus kepesatan zaman teknologi dan inovasi masa kini. Pada program itu, 227 pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan diberi peluang merasai pengalaman menjalani aktiviti bengkel yang padat dengan permainan interaktif menggunakan komputer dan aktiviti menarik yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman. Mohd. Hezri memberitahu, pelajar digalakkan untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Sains yang biasa dilalui dalam aktiviti seharian dan cuba mempraktikkan konsep-konsep 1

Upload: syafiq-saroni

Post on 09-Aug-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mat n sains

TRANSCRIPT

Page 1: Galak Pelajar Minati Matematik

GALAK PELAJAR MINATI MATEMATIK, SAINS

TEKNIK belajar sambil bermain atau edutainment kini semakin meluas penggunaannya dalam meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

Justeru, Hezmedia Interactive Sdn. Bhd. (Hezmedia Interactive) dengan kerjasama Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) menggunakan pendekatan tersebut untuk Fun Math Camp 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusan Hezmedia Interactive, Mohd. Hezri Amir Abd. Latiff berkata, bengkel yang dijalankan selama satu hari itu merupakan satu pembaharuan daripada teknik pembelajaran konvensional kepada konsep edutainment.

“Bengkel ini diadakan bertujuan membangkitkan minat dan kesedaran tentang kepentingan subjek Matematik di kalangan pelajar seterusnya menjurus kepada pencapaian akademik yang lebih baik untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Menurut beliau, pihaknya cuba menyumbang dengan memberi impak di dalam sistem pendidikan melalui pembelajaran secara interaktif selaras dengan arus kepesatan zaman teknologi dan inovasi masa kini.

Pada program itu, 227 pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan diberi peluang merasai pengalaman menjalani aktiviti bengkel yang padat dengan permainan interaktif menggunakan komputer dan aktiviti menarik yang dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman.

Mohd. Hezri memberitahu, pelajar digalakkan untuk menyelesaikan masalah Matematik dan Sains yang biasa dilalui dalam aktiviti seharian dan cuba mempraktikkan konsep-konsep yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

“Bengkel ini bukan sahaja menggalakkan peserta menggunakan pemikiran kritis tetapi juga meningkatkan kemahiran interpersonal dan sifat berdaya saing di kalangan para peserta,” terangnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Seri Bintang Selatan, Roaini Jaafar berkata, bengkel Fun Math Camp ini dapat memupuk kaedah pendidikan awal secara inovasi kepada generasi muda.

“Mata pelajaran Sains dan Matematik penting bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan sesebuah negara maju.

“Peranan ilmu sains dan matematik dalam memajukan tamadun manusia menjadikannya suatu bidang yang dinamik dan dianggap sebagai jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi,” katanya.

1

Page 2: Galak Pelajar Minati Matematik

MENGHORMATI IBU BAPA SATU KEWAJIPAN SEORANG ANAK

Sahabat yang di rahmati Allah,

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh

rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia

yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan

nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada

mereka. 

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak

melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya

ketika mereka dalam tua atau uzur. 

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali,

sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini

sebagaimana sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada

keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis

riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan

akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-

lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak

prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan tanpa rasa segan silu, melakukan

penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa. 

Penderhakaan yang sering diperhatikan ialah:

a. Apabila bercakap dengan ibu bapa kerap meninggikan suara.

b. Mencaci, mengherdik atau menengking apabila ibu bapa membuat kesilapan atau

melakukan perkara yang tidak disukai dan tidak sesuai dengan kehendaknya.

c. Sanggup melanggar perintah atau membantah nasihat ibu bapa.

d. Mengabaikan atau membiarkan mereka apabila tua atau uzur. 

2

Page 3: Galak Pelajar Minati Matematik

Ingatlah bahawa orang yang derhaka kepada ibu bapa, akan mendapat balasan buruk yang

disediakan oleh Allah. Antaranya ialah:

i-Segera mendapat balasan Allah.

Orang yang derhaka kepada ibu bapanya, akan disegerakan Allah balasannya tanpa

ditangguh-tangguhkan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Setiap dosa

mungkin ditangguhkan seksanya sesuai dengan kehendak Allah sampai hari kiamat kecuali

dosa terhadap ibu bapa..." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

ii-Segala amal ibadatnya sia-sia.

Amalan baik yang kita lakukan akan menjadi `kosong' dan sia-sia, tidak diterima Allah

sekiranya melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa. 

Hal ini dapat difahami melalui sepotong hadis yang bermaksud: "Tiga hal yang menyebabkan

sia-sia amal iaitu menyekutukan Allah, menentang kedua ibu bapa dan melarikan diri

daripada medan perang." (Hadis riwayat Tabrani).

iii-Tidak akan masuk syurga.

Balasan setimpal disediakan Allah bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa ialah tidak

akan dapat masuk Syurga. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Hak Allah

atas empat orang yang tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga dan tidak akan merasakan

kenikmatannya iaitu, orang yang sentiasa minum arak, pemakan riba, pemakan harta anak

yatim dan orang yang tidak suka kedua orang tuanya." (Hadis riwayat al-Hakim).

Oleh itu, sebagai Muslim yang takut seksaan Allah serta selalu mengharapkan keredaan-Nya,

hendaklah selalu berbuat baik, menunjukkan muka manis, menyenangkan hati ibu bapa dan

sebagainya sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran kepada Allah. 

Sikap yang baik inilah yang selalu diinginkan oleh ibu bapa daripada anaknya. Jika terlanjur

melakukan penderhakaan terhadap mereka, segera meminta ampun ampun serta bertaubat

kepada Allah yang bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang sentiasa bersedia untuk

memberi keampunan kepada setiap hamba yang memohon keampunan daripada-Nya. 

Ini kerana keredaan ibu bapa terhadap anak-anak, keredaan suami terhadap isteri, sebaliknya

juga terlahirnya perasaan redha isteri terhadap suaminya adalah suatu kemanisan yang

menyumbang kepada wujudnya penghidupan yang bahagia.

3

Page 4: Galak Pelajar Minati Matematik

HARGAI JIKA ADA MASA LAPANG

Bagi mereka yang banyak tanggungjawab serta tugas, masa lapang merupakan salah satu

pekara penting dalam kehidupannya. Bagi mereka yang bekerja dari pagi sehingga petang

dan disambung dengan tanggungjawab dirumah kadangkala sehingga malam mungkin

memenatkan dan sangat memerlukan rehat.

Kadangkala jika kita merenung tentang kerja dan tanggungjawab ini seolah dalam kehidupan

kita masa rehat seperti tiada langsung. Mungkin ada yang bekerja dan mengurus rumahtangga

sehingga lewat malam dan membuat kesimpulan dirinya terlalu sibuk dan tiada masa.

Hakikat sebenarnya, mungkin ada masa lapang tersebut tetapi mungkin diri kita tidak

menyedarinya.

Masa lapang sebenarnya ada walaupun 10 minit, cuma kadangkala ada antara kita yang tidak

menyedarinya dan sikap kita sendiri yang gemar mengisi masa lapang tanpa memikirkan

tentang rehat. Mengisi masa lapang terutama kegiatan berfaedah memanglah baik untuk

meningkatkan taraf hidup dan kecemerlangfan hidup. Namun demikian kerap kali kita lupa

perlu juga masa lapang yang ada diisi dengan rehat. Kebanyakannya, sekiranya kita ada masa

lapang akan berusaha berfikir untuk mengisinya dengan kerja-kerja yang ringan. Tetapi tanpa

kita sedari, kerja yang disangka ringan itu mungkin meningkatkan lagi kesibukan kita. Hal ini

sudah tentu menjadikan waktu rehat kita hampir tiada langsung. Oleh itu adalah perlu untuk

kita fikirkan dan mula merancang untuk betul-betul rehat tanpa menyelitkan dengan sebarang

kerja yang kita sangkakan ringan itu.

CARA-CARA MENGISI MASA LAPANG

Kita perlu mengisi masa lapang secara berfaedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita

lakukan seperti memancing, membaca, bersukan dan sebagainya.

4

Page 5: Galak Pelajar Minati Matematik

Bersukan merupakan aktiviti yang paling popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini

demikian kerana melalui aktiviti tersebut, kita dapat mengeluarkan peluh seterusnya

menyihatkan tubuh badan. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan cara

menonton televisyen. Televisyen merupakan alat komunikasi yang menyebarkan pelbagai

berita dan maklumat terkini. Televisyen juga merupakan alat hiburan yang dapat

mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti memancing pula merupakan satu cara riadah yang dapat menenangkan fikiran.

Selalunya, aktiviti memancing dilakukan pada hujung minggu atau cuti kelepasan am. Akhir

sekali, kita juga perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai satu cara mengisi masa lapang.

Hal ini demikian kerana membaca menjadikan kita sebagai manusia yang berpengetahuan

dan bermaklumat.

Konklusinya, ibu bapa perlu membimbing anak-anak agar mengisi masa lapang dengan

aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

5