galah panjang

Upload: annie-chau

Post on 03-Mar-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Permainan galah panjang bukan sahaja sekadar permainan yang hanya digunakan untuk mengisi masa lapang, sebagai aktiviti mengeluarkan peluh dan sebagainya. Jangan sesekali memandang enteng kepada permainan galah panjang ini kerana ia juga merupakan salah satu elemen yang banyak mempengaruhi kehidupan kita terutamanya dari segi pembelajaran. Salah satu cara bagi kita untuk melihat pengaplikasian teori-teori pembelajaran dalam permainan galah panjang adalah melalui waktu Pendidikan Jasmani.Kita boleh menerapkan permainan galah panjang dalam waktu Pendidikan Jasmani. Murid-murid pasti menyukainya. Hal ini adalah kerana murid-murid lebih suka bergerak aktif daripada asyik duduk di dalam bilik darjah. Main merupakan sifat semula jadi yang terdapat dalam murid-murid. Oleh itu, kita boleh menggunakan sifat semula jadi mereka iaitu main untuk merangsangkan mereka untuk memberi perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam Teori Behavioris. Di mana ada rangsangan, di situ ada tindak balas. Yang bezanya cuma jenis rangsangannya.Menurut konsep Advance Organizer (AO) atau pendedahan awal yang diutarakan oleh David Ausubel. Kita harus memastikan murid-murid terdedah dengan ilmu pengetahuan asas tentang permainan galah panjang sebelum memulakan permainan tersebut. Kita boleh mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan permainan galah panjang melalui tayangan video, secara langsung melalui demonstrasi dan melalui media cetak. Kaedah ini sesuai membina ilmu pengetahuan asas dalam murid-murid tentang permainan galah panjang. Sebelum murid-murid memulakan permainan galah panjang ini secara praktikal, antara kriteria yang paling asas ialah pemerhatian. Murid-murid dikehendaki memerhati seseorang individu yang sedang bermain galah panjang. Semakin lama murid-murid melihat individu tersebut bermain, keinginan murid-murid untuk mencuba permainan tersebut juga mula menimbul. Keadaan ini wujud kerana terdapatnya rangsangan dan tindak balas. Keadaan ini ditekankan dalam Teori Pembelajaran Behavioris yang mengutamakan perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. Keadaan ini dijelaskan dengan kehadiran rangsangan apabila kita melihat individu tersebut bermain dan tindak balasnya adalah keinginan mencuba yang menimbul dalam hati kita. Keadaan ini juga dikenali sebagai peniruan elisitasi yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Sosial.Rangsangan tidak kira dalam bentuk ekstrinsik atau intrinsik adalah diperlukan oleh setiap individu untuk memulakan sesuatu matlamat. Pengenalan rangsangan yang lebih teliti ialah rangsangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu rangsangan neutral, rangsangan semula jadi dan rangsangan terlazim. Pada mulanya, kita hanya memerhati mereka bermain galah panjang tetapi ia tiada berkaitan dengan kita. Kita hanya sebagai penonton. Keadaan ini dikenali sebagai rangsangan neutral. Berbanding dengan rangsangan semula jadi, rangsangan berlaku apabila perkara yang berlaku di persekitaran mempunyai perkaitan dengan kita. Misalnya apabila kita lapar, kita akan cari makanan untuk mengisi kelaparan kita dan apabila sejuk kita akan mencari selimut untuk memanaskan badan kita. Lama-kelamaan, keinginan dan minat kita untuk mencuba permainan galah panjang semakin menebal. Keadaan ini merupakan rangsangan semula jadi. Apabila kita nampak seseorang bermain galah panjang, kita juga ingin menyertainya. Penyertaan kita dalam permainan merupakan tindak balas kepada rangsangan yang terhasil.Manakala bagi peniruan elisitasi yang melibatkan emosi dan keinginan juga mempunyai perkaitannya. Apakah yang mendorong kita mempunyai matlamat? Mengapakah kita akan menetapkan satu matlamat terhadap sesuatu perkara? Semua ini adalah kerana minat yang telah lahir dalam diri kita dan keinginan yang ingin kita rasai ketika dalam proses permainan. Misalnya, seseorang individu ingin kaya kerana ingin merasai keseronokan kehidupan mewah dan individu tersebut melihat satu contoh yang membolehkan dia menjadi kaya. Jadi individu tersebut juga mencuba cara tersebut untuk menjadi kaya. Begitu juga dengan permainan galah panjang. Kita mula menaruh minat apabila melihat orang lain seronok bermain galah panjang. Minatlah yang mendorong kita untuk mempunyai keinginan untuk bermain galah panjang. Dalam diri kita akan menetapkan satu matlamat iaitu kita bermain galah panjang demi untuk merasai keseronokan yang dibawa melaluinya.Selain itu, keadaan ini juga dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Sosial dan Sosial Kognitif. Menurut Albert Bandura, sudah menjadi sifat semula jadi manusia belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan melihat orang lain melakukannya, mendapat ganjaran atau hukuman daripada perlakuan tersebut. Keseronokan dalam permainan galah panjang merupakan ganjaran daripada perlakuan iaitu semasa individu bermain galah panjang. Kita secara tidak langsungnya juga ingin merasai keseronokan tersebut. Hal ini juga telah membuktikan bahawa Teori Pembelajaran Sosial mempunyai persamaan dengan Teori Pelaziman Operan yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Behavioris dari segi peneguhan ke atas tingkah laku. Ini adalah kerana keseronokan merupakan peneguhan positif yang meningkatkan kemungkinan individu tersebut untuk terus berminat dalam bermain galah panjang.Peneguhan merupakan proses yang amat penting kerana ia akan mempengaruhi tindak balas tertentu. Peneguhan merujuk kepada sesuatu perlakuan yang dapat meningkatkan kemungkinan tingkah laku tertentu diulangi atau sebaliknya. Peneguhan dikategorikan kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan peneguhan yang berlandaskan prinsip bahawa kemungkinan tingkah laku diteruskan berlaku apabila tingkah laku tersebut diikuti dengan rangsangan yang menyenangkan (ganjaran). Manakala bagi peneguhan negatif ialah peneguhan yang berlandaskan prinsip bahawa kemungkinan tingkah laku diteruskan berlaku apabila tingkah laku tersebut diikuti dengan rangsangan yang tidak selesa (teguran). Pada zaman sekarang, semakin kurang ibu bapa yang akan menggalakkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional. Hal ini adalah kerana mereka beranggap bahawa permainan galah panjang adalah aktiviti yang membazirkan masa atau aktiviti yang bahaya. Apabila mereka mengetahui anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti permainan galah panjang, mereka akan menegur anak-anak mereka. Teguran ibu bapa merupakan peneguhan negatif kepada perlakuan anak-anak mereka. Bagi mengelakkan perasaan yang tidak selesa tersebut, anak-anak mereka akan mula menjauhi permainan galah panjang sehingga tidak ingin lagi bermainnya. Keadaan yang sebalik berlaku jika ibu bapanya yang amat menyokong penglibatan anak-anak mereka dalam permainan galah panjang. Sokongan yang diberi merupakan peneguhan positif begitu juga dengan keseronokan yang dirasai melalui permainan galah panjang. Kedua-dua ini akan terus mendorong mereka melibatkan diri dalam permainan galah panjang.Sebelum kita bermain, minat atau kecenderungan untuk kita mencuba bermain merupakan kesediaan afektif merupakan salah satu prinsip dalam Teori Pembelajaran Behavioris iaitu Hukum Kesediaan. Selain mempunyai kesediaan afektif, kita juga harus mempunyai kesediaan psikomotor dan kesediaan kognitif. Kedua-dua ini penting, kita tidak boleh terus bermain dengan begitu sahaja. Kita harus memastikan sama ada kita mempunyai pengetahuan asas tentang cara permainan dan keadaan fizikal badan kita. Hal ini penting kerana tidak kira jenis apa pun permainan yang kita main, risiko kecederaannya tetap ada.Menurut Thorndike, gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan mengakibatkan kegusaran dan kekecewaan. Begitu juga dalam kehidupan harian kita. Jika ibu bapa kita tahu bahawa terdapat risiko kecederaan jika kita bermain galah panjang, maka mereka akan menghalang kita untuk mencubainya. Secara ringkasnya, apabila individu tersebut sudah bersedia untuk bertindak dan dia diberi sokongan dan bimbingan, kesannya adalah positif. Individu tersebut akan berasa gembira. Sebaliknya, jika individu tersebut telah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang, kesannya adalah negatif. Individu tersebut akan berasa sedih. Menurut Teori Pembelajaran Konstruktivisme, Jean Piaget mengemukakan salah satu konsepnya iaitu skema. Skema merupakan potensi am yang terdapat dalam diri kita sejak lahir. Menggerakkan kaki merupakan tingkah laku asas kita semasa dalam proses tumbesaran kita. Permainan sepak raga merupakan maklumat baru daripada persekitaran. Kita akan melalui proses adaptasi iaitu proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran.Berlari mempunyai persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema iaitu menggerakkan kaki. Oleh itu, kita hanya melalui proses asimilasi. Maklumat baru dapat diserap dengan senangnya ke dalam struktur kognitif. Tetapi teknik berlari dengan koordinasi yang tangkas merupakan maklumat baharu yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema. Teknik larian dengan koordinasi yang tangkas akan diserapkan ke dalam struktur kognitif kita melalui proses akomodasi. Setelah segala maklumat baru telah diasimilasikan dan diakomodasikan, struktur kognitif sedia ada kita akan menyerap dan struktur kognitif yang baru akan dihasilkan. Dari sini, kita juga akan melalui proses pembelajaran peniruan yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Sosial. Kita akan meniru gerakan larian yang mengelirukan pihak lawan dengan melihat model yang mahir melakukan teknik tersebut. Kita akan mengulangi gerakan tersebut sehingga mahir. Proses ini dikenali sebagai peniruan secara langsung. Selepas kita mahir dengan dengan gerakan tersebut, maklumat tentang teknik tersebut akan diserap ke dalam struktur kognitif kita. Selain daripada peniruan secara langsung, ia juga terdapat peniruan sekat lakuan dan tidak sekat lakuan. Peniruan tidak sekat laluan merupakan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi manakala peniruan sekat laluan merupakan tindakan yang hanya boleh dilakukan dalam situasi tertentu sahaja. Latihan pergerakan dan koordinasi hanya sesuai dilakukan di kawasan padang yang lapang kerana ia akan mengakibatkan kecederaan atau kerosakan benda di sekitar jika kita berlatih di kawasan yang sempit. Kita memerlukan kawasan yang luas bagi memaksimumkan keselesaan dan penguasaan kemahiran semasa berlatih. Kita boleh memanipulasikan pelbagai halangan bagi menyesuaikan diri kita untuk menghadapi situasi yang tidak dijangkakan. Misalnya cara mengelirukan pihak lawan. Ini berbeza dengan pembelajaran peraturan permainan galah panjang. Kita boleh mempelajarinya di mana-mana sahaja kerana ia hanya beberapa helaian kertas. Kita tidak memerlukan ruang yang besar untuk pembelajaran peraturan permainan. Menurut Teori Pembelajaran Humanisme, murid-murid belajar lebih dalam persekitaran yang tidak terancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.Memahiri pergerakan sahaja tidak memadai, kita juga harus melalui proses pengulangan bagi meneguhkan lagi kemahiran larian. Hal ini ditekankan dalam Hukum Latihan yang mengatakan bahawa manusia mengingat tingkah laku tersebut dengan membuatnya berulang kali dan lupa apabila tingkah laku tersebut tidak dibuat lagi. Latihan merupakan teknik pengajaran yang digunakan untuk menguatkan perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. Ia sesuai untuk membantu murid-murid mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Semasa dalam proses pengulangan, kita juga tidak boleh mengabaikan peneguhan, peneguhan positif seperti pujian harus diberi jika prestasinya memuaskan. Seperti yang dinyatakan dalam salah satu prinsip Teori Pembelajaran Humanisme. Setiap murid akan berasa gembira jika mereka diberikan pujian. Apabila mereka berasa seronok dan tidak tertekan, mereka akan terus berminat dalam permainan sepak raga. Teori Pembelajaran mengatakan bahawa murid-murid akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari oleh mereka dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka. Penyataan ini juga disokong oleh Hukum Kesan dalam Teori Pembelajaran Behavioris.Selain itu, kita juga harus mengetahui cara mengajar yang betul kerana ia lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan seperti yang dinyatakan dalam prinsip Teori Pembelajaran Humanisme. Contohnya walaupun kita mempunyai banyak pengetahuan tentang kemahiran larian koordinasi, tetapi kita tidak mempunyai cara pengajaran kemahiran yang betul. Akhirnya kita tidak dapat menyalurkan pengetahuan tersebut kepada murid-murid.Cara pembelajaran kemahiran haruslah dilaksanakan secara berperingkat seperti dinyatakan dalam Hierarki Pembelajaran dalam Teori Pembelajaran Kognitif. Kita bermula dari Peringkat Pembelajaran Isyarat diikuti Pembelajaran Gerak Balas, Pembelajaran Rangkaian Motor, Pembelajaran Bahasa, Pembelajaran Diskriminasi, Pembelajaran Konsep, Pembelajaran Prinsip dan akhir sekali ialah Pembelajaran Penyelesaian masalah. Kita bermula dari yang senang kepada yang susah secara ansur maju. Murid-murid senang mempelajari sesuatu apabila unit pengajarannya dibahagikan kepada bahagian yang lebih kecil dan memperuntukkan masa yang mencukupi.Peringkat pertama ialah Pembelajaran Isyarat di mana tidak banyak penggunaan akal fikiran dalam proses pembelajaran. Murid-murid cuma perlu mencuba berlari ulang alik dengan arah yang berbeza. Ia akan dilakukan beberapa kali sehingga menjadi lazim. Seterusnya ialah Pembelajaran Gerak Balas. Peneguhan diberikan pada peringkat ini. Semasa murid-murid menunjukkan prestasi yang memuaskan, kita haruslah memberi peneguhan yang positif tidak kira ekstrinsik seperti ganjaran atau intrinsik seperti pujian. Dalam Pembelajaran Rangkaian Motor, kita menggunakan pemerhatian dan peniruan dalam proses pembelajaran. Di sini peniruan secara langsung telah digunakan. Kita akan membimbing murid-murid melalui tunjuk cara. Murid-murid akan meniru pengerakan dan cara larian dalam situasi yang pelbagai. Murid-murid akan meniru bagaimana mengelirukan pihak lawan, meletihkan pihak lawan, menggunakan masa yang paling singkat melepasi lawan tanpa pembaziran stamina dan sebagainya.Selepas itu kita akan mara ke Pembelajaran Diskriminasi iaitu melibatkan perhatian dan keupayaan melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Kita harus memahami setiap murid-murid mempunyai keupayaan fizikal yang berbeza. Ada yang tinggi, ada yang kurus dan sebagainya. Kita boleh mengaturkan peranan yang berbeza kepada murid-murid mengikut tahap fizikal mereka. Murid-murid yang tinggi sesuai berada pada garisan yang pertama kerana dia mempunyai tangan yang panjang yang senang mengecapi lawannya dan kaki yang panjang yang sempat mengejar lawannya. Tetapi tidak semua murid-murid yang tinggi sesuai dengan peranan tersebut kerana bagi otot kaki mereka belum membesar sepenuhnya. Kekuatan otot mereka amat terhad. Jika tidak berhati-hati, mereka akan kehilangan kestabilan dan terjatuh semasa lari. Kita juga harus mengajar murid-murid untuk mengawal penggunaan stamina dan kelajuan semasa berlari. Secara langsung kita telah mengaplikasikan konsep sains dalam permainan galah panjang. Ini juga dikaitkan dengan pembelajaran prinsip dan akhirnya pembelajaran penyelesaian masalah. Orang yang leibh berat dan ketika mereka berlari dengan laju, mereka akan menghasilkan momentum yang kuat. Dengan momentum yang kuat, mereka susah menghentikan pergerakan dan ini sering menyebabkan kejatuhan dan pelanggaran dengan pihak lawan. Semasa berlatih, kita harus bermain dalam keadaan yang sebenar untuk mencari perasaan penyesuaian dengan bola raga tersebut. Hal in ditekankan dalam Teori Pembelajaran Penerimaan dalam Teori Pembelajaran Kognitif. Ausubel mengatakan pembelajaran bermakna hanya berlaku jika mempunyai syarat atau bahan yang bermakna. Dengan mengalami keadaan permainan yang sebenar, murid-murid dapat menguasai banyak maklumat secara serentak. Kita cuma mengajar kemahiran asas bermain kepada murid-murid. Latihan yang disediakan oleh kita tidak mencukupi untuk menjadi murid-murid kita sebagai pemain yang professional. Murid-murid sendiri seharusnya proaktif dalam mengembangkan keupayaan mereka tanpa sering bergantung kepada orang lain. Ini merupakan salah satu objektif asas pendidikan daripada pandangan humanisme. Atlet-atlet professional seperti Usain Bolt dan Asafall Powell tidak menguasai kemahirannya dalam masa yang singkat. Mereka telah mengorbankan banyak masa untuk mencapai kegemilangan mereka pada hari ini. Semasa murid-murid bermain galah panjang, kita haruslah menjelaskan kepada mereka bahawa mereka tidak bermain secara perseorangan tetapi bermain secara berpasukan. Untuk meraih kemenangan, kerjasama pasukan amatlah penting. Kita memerlukan strategi yang baik. Kita tidak mempunyai pengetahuan tentang pengaturan strategi dalam struktur kognitif kita secara semula jadi sejak kita lahir. Struktur kognitif kita berkembang dari pengumpulan maklumat-maklumat baru, penyusunan maklumat baru dan akhirnya diserap ke dalam struktur kognitif kita seperti yang dinyatakan dalam Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Semua ini berlaku dalam proses yang melibatkan pemerhatian dan peniruan yang ditekankan dalam Teori Pembelajaran Sosial. Kita memerhatikan corak-corak permainan orang lain dan mengubah sedikit corak permainannya dan aplikasikannya dala permainan kita.Berdasarkan maklumat yang dikumpul melalui pemerhatian, kita boleh mengatur strategi dengan memerhati persekitaran kita dan pemain-pemain dalam pasukan kita. Kita mengatur peranan pemain mengikut kemahiran mereka seperti kelajuan, ketahanan stamina, ketangkasan dalam koordinasi dan sebagainya. Kita harus menggunakan kelebihan setiap pemain secara optimum. Bagaimana hendak memastikan kita dapat melepasi garisan lawan dengan selamat dan mengawal pergerakan dengan stabil. Semua ini harus diatur melalui strategi kesesuaian peranan. Apabila murid-murid mengalami masalah semasa dalam permainan. Mereka akan mula mengaplikasikan Pembelajaran Penyelesaian Masalah dalam Hierarki Pembelajaran. Kita akan mula menganalisis punca-punca kita gagal melepasi garisan pihak lawan atau kegagalan dalam pengawalan pertahanan. Selepas itu, kita merumuskan pemerhatian kita dan mengatur semula strategi kita melalui proses adaptasi. Cara menghalang pemain daripada melepasi garisan juga memerlukan strategi. Kita harus menumpukan perhatian kepada lawan yang sesuai dengan kita dari segi fizikal dan membiarkan rakan kita mengawal pemain yang lain. Kita harus memahami apakah jenis pemain yang kita hadapi. Cara larian mereka, keupayaan fizikal mereka dan ciri-ciri fizikal mereka. Pembelajaran penyelesaian masalah diaplikasikan pada masa ini. Konsep dan prinsip sains telah diaplikasikan. Strategi pertahanan yang paling ideal ialah selalu membuka tangan seluas-luasnya bagi mengurangkan ruang untuk pihak lawan melepasi garisan. Manakala strategi penyerangan yang paling idea ialah cuba mengelirukan pihak lawan dan menghabiskan stamina pihak lawan.Semasa kita bermain, kita harus pandai mengawal emosi kita. Hal ini kerana jika emosi salah satu pemain tergoyah, maka pasukan tersebut akan menuju ke kekalahan. Apabila emosi seseorang terganggu, maka prestasinya akan terpengaruh seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kesan dalam Teori Pembelajaran Behavioris. Hukuman Kesan menyatakan jika sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang tidak memuaskan, hubungan dengan situasi akan menjadi lemah. Gerak balas juga tidak akan diulangi. Tahap kemahiran sepatutnya ada pada pemain tersebut tidak dapat diserlahkan. Memang amat tertekan apabila melihat pihak lawan kita semuanya tinggi lampai, besar dan tegap belaka. Namun begitu, tiada pemain yang sempurna. Mereka pasti mempunyai kelemahannya. Jika kita berupaya mengenalpasti kelemahan mereka, maka kemenangan akan berpihak kepada kita.Bagi mengelakkan berlakunya perkara sebegini, kita seharusnya memberikan peneguhan yang positif seperti memujinya. Kita memujinya dari segi kesungguhan murid-murid tersebut dalam usaha melepasi lawan tersebut. Kita seharusnya menaikkan balik semangat pemain. Bukannya menurunkan semangatnya. Hal ini amat penting kerana semasa permainan, pemain lain akan mengalami peniruan elisitasi. Peniruan ini melibatkan emosi. Apabila melihat rakan sepasukan berasa sedih dan ingin berputus asa kerana kesilapannya, pemain yang lain juga terpengaruh. Mereka juga akan mengalami emosi yang sama dengan pemain tersebut. Keinginan untuk berputus asa semakin menebal. Selepas permainan, tidak kira menang atau kalah, kita harus membuat refleksi tentang permainan sebentar tadi. Kita harus mengenalpasti setiap kesilapan yang dibuat dan memperbaikinya. Salah satu cara untuk meningkatkan mutu permainan kita adalah dengan melalui pemerhatian terhadap pasukan yang menang. Dalam Teori Pembelajaran Sosial terdapat Langkah Pembelajaran Peniruan yang menekankan kita harus menumpukan perhatian ketika memerhati gerakan-gerakan pihak lawan langkah demi langkah. Sambil memerhati, kita juga boleh melatih pada masa itu untuk mendapat perasaan kebiasaan dengan teknik yang baru. Proses adaptasi yang melibatkan akomodasi telah berlaku.Selepas memerhati gerakan pihak lawan, kita harus mengingati dalam ingatan. Apabila kita bertembung dengan masalah yang sama lagi, kita boleh mengeluarkan maklumat dalam ingatan kita dalam bentuk perlakuan melalui proses pengeluaran atau proses mendekod. Mengalami kekalahan dalam permainan adalah lumrah dalam kehidupan, kita tidak seharusnya terus bersedih tetapi menanam tekad untuk mendapatkan semula kemenangan dalam diri kita. Tekad ini menjadi motivasi kita untuk menerus minat dalam permainan galah panjang. Motivasi amat penting kerana ia merupakan pendorong kepada kita untuk semakin maju. Kita belajar melalui kekalahan seperti yang dinyatakan dalam Teori Pembelajaran Kognitif di mana pembelajaran dan perkembangan adalah bergantung kepada pengalaman individu. Ia juga dikaitkan dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang mengatakan bahawa pengetahuan baru dibina berdasarkan penerapan maklumat baru iaitu pengalaman ke dalam struktur kognitif yang sedia ada. Pembelajaran akan meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai. Penilaian kendiri hasil prestasi murid-murid merupakan penilaian yang lebih bermakna seperti yang dinyatakan dalam Teori Pembelajaran Humanisme. Melalui permainan galah panjang, kita juga dapat mengembangkan pemikiran kreativiti murid-murid. Menyerang dan bertahan juga boleh dilakukan dengan cara yang pelbagai. Dengan adanya minat dan motivasi dalam diri murid-murid, bakat mereka dapat diasah dan daya ingin tahu serta penerokaan akan terus dikembangkan. Mereka akan menghasilkan pelbagai jenis gerakan yang lebih mantap dan menjalani pelbagai jenis latihan lebih efektif. Setiap gerakan memerlukan latihan yang berulang kali bagi menguasai kemahiran tersebut. Biasanya tingkah laku seseorang individu sebelum dan selepas menyertai pemainan adalah berbeza. Pendek katanya, mereka telah mengalami perubahan tingkah laku. Bagi seorang pemain yang professional, mereka harus berupaya mengawal emosi dengan baik. Mereka tidak boleh bertindak ganas, selalu tenang menghadapi situasi pertandingan, menerima kekalahan dengan hati yang terbuka dan sebagainya. Semua keperibadian ini dipupuk melalui permainan. Selain peningkatan dari segi intrapersonal, mereka juga mengalami peningkatan dari segi interpersonal. Permainan sepak raga merupakan permainan yang berpasukan. Kerjasama dan keharmonian amat penting bagi memastikan kestabilan prestasi. Tiada prejudis kepada perbezaan kaum, warna kulit, agama dan sebagainya ketika bermain dalam satu pasukan. Pembelajaran tidak hanya berlaku dari segi peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Ia juga melibatkan perubahan tingkah laku. Tingkah laku yang baik harus menerima peneguhan yang positif agar tingkah laku tersebut diteruskan. Banyak yang kita ajar kepada murid-murid melalui permainan galah panjang ini. Walaupun luarannya hanya sekadar permainan untuk mengisi masa lapang, tetapi secara tidak langsung ia juga banyak mengajar murid-murid dalam aspek yang tersirat.