fungsi sekolah sebagai organisasi
TRANSCRIPT
FUNGSI SEKOLAH SEBAGAI ORGANISASI:
a) Konsep organisasib) Ciri-ciri organisasic) Fungsi organisasi
a) Konsep organisasi
Apa itu organisasi?
Organisasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu “Organon” yang bermaksud alat.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan
dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain)
dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-
tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya).
Organisasi juga adalah sistem yang dipolakan oleh manusia untuk melaksanakan
tujuan atau mencapai sasaran (Atchison dan Winston W. Hill)
Telah ramai para ahli akademik yang memberikan pengertian organisasi. Antaranya:
KochlerSistem hubungan yang berstruktur yang mengkoordinasikan usaha suatu
kelompok manusia untuk mencapai tujuan tertentu.
James D. Mooney Bentuk setiap perkumpulan manusia untuk pencapaian suatu tujuan.
John Price Jones
Sekelompok manusia yang bersatu padu bekerja untuk suatu tujuan
bersama di bawah kepemimpinan bersama dan dengan alat-alat yang
tepat.
Secara keseluruhannya, organisasi adalah kumpulan dua
orang atau lebih yang membentuk kerjasama dalam suatu
wadah untuk mencapai suatu tujuan, visi dan misi bersama
secara efektif dan efisien.
b) Ciri-ciri organisasi
Pada dasarnya, terdapat empat ciri organisasi. Antaranya:
Ciri-ciri organisasi
Mempunyai tujuan dan sasaran
Mempunyai koordinasi tugas dan hak untuk
berbuat sesuatuMempunyai pembahagian
kerja atau kerjasama
Mempunyai tatatertib yang harus dipatuhi
Namun menurut Berelson dan Steiner (1964), sesebuah organisasi perlu memiliki ciri-ciri berikut:
Formaliti Ciri organisasi sosial yang menunjukkan adanya perumusan bertulis seperti peraturan, prosedur, strategi, tujuan dan lain-lain.
HierarkiCiri yang mempamerkan terdapat satu pola kekuasaan (biasanya
dalam bentuk piramid)
Besar dan KompleksSecara umum, kebanyakkan organisasi mempunyai ramai
anggota sehingga hubungan sosial antara anggota adalah tidak langsung (impersonal) atau birokrasi.
Tempoh (duration)Kewujudan sesuatu organisasi itu lebih lama berbanding
keanggotaan ahli-ahlinya
Unsur-unsur organisasi
Man (manusia) Kerjasama
Tujuan bersama
c) Fungsi organisasi
Dalam pengurusan sesebuah organisasi, terdapat empat fungsi penting yang perlu diambil perhatian.
1. Planning (perancangan)
2. Organising (pengaturan)
3. Accounting (pelaporan)
4. Controlling (pengawasan)
Sekolah dan Fungsinya
Sekolah memiliki fungsi yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat dan begitu juga sebaliknya.
Berikut merupakan fungsi sekolah menurut Profesor Dr. S. Nasution dalam bukunya ‘Sosiologi Pendidikan’.
Fungsi sekolah
Sekolah mempersiapkan murid untuk suatu pekerjaan
Sekolah membuka kesempatan memperbaiki nasib
Sekolah membantu memecahkan masalah-
masalah sosial
Sekolah menyediakan tenaga pembangunan
Sekolah membentuk manusia yang sosial