fungsi nilai

6
FUNGSI NILAI 1.Nilai sebagai standard (Rokeach, 1973; Schwartz, 1992, 1994). Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Contohnya, isu rokok, dulu kita mungkin tidak tahu mengapa rokok ditegah. Namun kini rokok ditegah, kerana ia memudaratkan kesihatan dan ia ditegah dalam agama berdasarkan bukti yang kukuh.

Upload: zurehan-md-dan

Post on 30-Jun-2015

286 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: fungsi nilai

FUNGSI NILAI

1. Nilai sebagai standard (Rokeach, 1973; Schwartz, 1992, 1994).

• Nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenalpasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Contohnya, isu rokok, dulu kita mungkin tidak tahu mengapa rokok ditegah. Namun kini rokok ditegah, kerana ia memudaratkan kesihatan dan ia ditegah dalam agama berdasarkan bukti yang kukuh.

Page 2: fungsi nilai

2. Nilai sebagai rencana umum dalam menangani konflik dan membuat keputusan (Feather, 1995; Rokeach, 1973; Schwartz, 1992, 1994)

• Ini bermaksud dalam sesuatu situasi beberapa nilai dianggap mungkin berkonflik, namun keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik.

Page 3: fungsi nilai

3. Nilai sebagai fungsi motivasional

• Fungsi nilai secara langsung adalah mengarahkan tingkah laku individu dalam situasi sehari-hari, sedangkan secara tidak langsungnya nilai adalah untuk mengekspresikan keperluan dasar sehingga nilai dikatakan memiliki fungsi motivasional. Nilai dapat memotivisikan individu untuk melakukan suatu tindakan tertentu (Rokeach, 1973; Schwartz, 1994), memberi arah dan intensif emosional tertentu terhadap tingkah laku (Schwartz, 1994).

Page 4: fungsi nilai

4. Nilai sebagai petunjuk arah : nilai berkaitan dengan cara berfikir , berperasaan, bertindak serta menjadi panduan dalam menentukan pilihan.

• Contohnya dalam peraturan sekolah, pelajar dikehendaki beratur sebelum masuk ke dalam ke kelas, membeli makanan di kantin dan sebelum menaiki bas. Jika Hidayah mendapati peraturan itu baik untuk dirinya dan orang lain, dia akan mengamalkan peraturan tersebut di tempat yang lain seperti perhentian bas, hospital dan pejabat pos.

Page 5: fungsi nilai

5. Nilai sebagai pengawas (penanda aras) : nilai mendorong, menuntun, bahkan menekan atau memaksa individu berbuat dan bertindak sesuai dengan nilai yang berkaitan

6. Nilai sebagai penggalak perpaduan: Nilai dapat memupuk perpaduan dalam kalangan kelompok atau masyarakat.

• Ini berlaku apabila kebanyakkan orang dalam satu masyarakat mengamalkan nilai yang sama.

Page 6: fungsi nilai

7. Nilai sebagai benteng perlindungan: nilai berfungsi menjaga kestabilan budaya dalam dalam suatu kelompok/masyarakat.

8. Nilai bukan hanya untuk merangsang malah menghadkan perlakuan seseorang dalam melakukan sesuatu niat atau hasrat demi mencapai matlamatnya.

• Jika Sharifah menghayati nilai sayang kepada nyawa, dia akan dirangsangkan menjaga dan menghargai diri sendiri dan orang lain. Dia tidak akan mengancam atau menganiaya nyawa orang lain termasuk nyawanya sendiri.