fungsi bilik kaunseling

13
FUNGSI BILIK KAUNSELING Baru-baru ada yang bertanya, "apa fungsi bilik kaunseling"?, "murid-murid datang bilik kaunseling untuk apa"?, "nampak macam masuk bilik kaunseling untuk main saja"!....dan pelbagai lagi. Sebenarnya tiada jawapan yang tepat untuk soalan tersebut. Kerana kegunaan bilik kaunseling yang ideal adalah untuk pelbagai keperluan. Murid-murid yang datang dapat membaca buku, membuat ulangkaji pelajaran dengan rakan- rakan, membuat kerja sekolah, bermain dengan alat permainan yang disediakan, mendapat maklumat dari bahan-bahan yang disediakan,tempat merehatkan minda dan lain-lain lagi. Rekod kehadiran mereka sentiasa dicatatkan sebagai tanda kehadiran

Upload: shalin-zara-sps

Post on 30-Jun-2015

400 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FUNGSI BILIK KAUNSELING

FUNGSI BILIK KAUNSELING

Baru-baru ada yang bertanya, "apa fungsi bilik kaunseling"?,

"murid-murid  datang bilik kaunseling untuk apa"?, "nampak

macam masuk bilik kaunseling untuk main saja"!....dan pelbagai

lagi. Sebenarnya tiada jawapan yang tepat untuk soalan tersebut.

Kerana kegunaan bilik kaunseling yang ideal adalah untuk

pelbagai keperluan. Murid-murid yang datang dapat membaca

buku, membuat ulangkaji pelajaran dengan rakan-rakan,

membuat kerja sekolah, bermain dengan alat permainan yang

disediakan, mendapat maklumat dari bahan-bahan yang

disediakan,tempat merehatkan minda dan lain-lain lagi. Rekod

kehadiran mereka sentiasa dicatatkan sebagai tanda kehadiran

mereka di sini. Namun, kehadiran murid di sini masih kurang

menggalakkan dari pandangan saya, dan usaha ke arah

menyebarkan maklumat mengenai bilik ini akan terus

dijalankan. Terima kasih juga kepada sebahagian guru yang

menggunakan bilik kaunseling untuk aktiviti mereka.

Page 2: FUNGSI BILIK KAUNSELING

Proses kaunselingSecara ringkasnya, proses kaunseling berlaku sebegini.

Peringkat Permulaan.1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.3. Kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu.

Peringkat Pertengahan.1. Ini adalah peringkat penentuan masalah dan penyelesaian: - Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.- Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Peringkat Akhir.1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Diperingkat ini kaunselor akan: - membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.- mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.- mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut.

Page 3: FUNGSI BILIK KAUNSELING

Orientasi bimbingan dan kaunseling

1. Orientasi perkembangan.-iaitu usaha membekalkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sahsiah dan akhlak yang tinggi secara secukupnya.

2. Orientasi pencegahan.-usaha menyediakan keperluan untuk mencegah daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini dan aplikasi penerapan nilai kefahaman yang tinggi dalam menolak sebarang perkara yang buruk.

3. Orientasi pemulihan.-melibatkan usahan pemulihan apabila didapati murid-murid telah terjebak dengan sesuatu yang buruk dan usaha ke arah membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan membina identiti baru.

4. Orientsi Krisis.-lebih melibatkan kepada pemulihan daripada tragedi yang besar dan bencana/musibah yang melibatkan kesan seperti trauma, penarikan diri dan juga kesan emosi yang mendalam.

Page 4: FUNGSI BILIK KAUNSELING

Objektif utama psikologi

Semua aliran psikologi berpegang kepada objektif (tujuan) iaitu:

1. Memperihal & memahami.Setelah melakukan sesuatu maka seseorang akan bertanya " Apa yang terjadi dan bagaimana boleh terjadi "

2.MeramalKadang-kadang manusia, cuba meneka sesuatu kejadian yang boleh memuaskan hatinya sendiri. Soalanya "Apa yang akan terjadi sekiranya saya berbuat demikian", Keadan ini mendorong manusia mencari jawapan terlebih dahulu. Ini disebut sebagai ramalan. (contohnya, apa terjadi kalau saya merokok....

3. Mempengaruhi.Namun begitu jarang dilakukan oleh manusia untuk mempengaruhi sesuatu keadaan. Kadang-kadang kita boleh menyuruh anak kita diam daripada menangis, tapi sukar untuk menyuruh diri kita diam daripada menangis. Kebolehan untuk mempengaruhi orang lain bergantung juga dengan diri kita. Kita terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baik.

Page 5: FUNGSI BILIK KAUNSELING

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh guru bimbingan dan kaunseling?

Kepada murid-murid.1. Memberikan perkhidmatan bimbingan/kaunseling sama ada secara individu atau kelompok mengikut keperluan mereka.2. Melaksanakan program-program yang bersesuaian untuk tujuan pendedahan maklumat dan pengetahuan.3. Melindungi maklumat dan rahsia murid secara profesional.4. Menyediakan kemudahan kepada penerimaan maklumat yang bijak dalam aspek akademik.

Kepada pentadbir1. Menyediakan satu hala tuju yang jelas mengenai perlaksanaan unit bimbingan di sekolah.2. Menjadi titian penghubung di antara guru dan pentadbir.3. Melaksanakan kepakaran dan kecekapan untuk peningkatan imej sekolah.4. Membuat kajian tindakan kepada keperluan semasa sekolah.

Kepada guru-guru1. Menjadi titian penghubung antara guru-guru dan pentadbir.2. Membantu rakan profesional ke arah perkembangan diri.3. Melaksanakan proses kaunseling bagi guru-guru yang menghadapi masalah.4. Sebagai tempat berkongsi pengalaman, pendapat dan pandangan untuk tujuan kejayaan sekolah

Kepada masyarakat1. Memberikan pendedahan maklumat yang berguna kepada masyarakat.2. Memberi perkhidmatan dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.

Page 6: FUNGSI BILIK KAUNSELING

3. Memahami sosio-budaya masyarakat dan sensitif kepada isu yang berlaku kepada masyarakat.4. Membantu apabila bencana/ musibah yang berlaku.

Bagaimana kaunseling dilaksanakan?

Terdapat 2 kaedah utama kaunseling iaitu:-

1)Kaunseling Individu.- Pertemuan anda dengan kaunselor/guru bimbingan.- Anda akan lebih memahami dan mengenali diri sendiri.- Anda akan lebih yakin dalam membuat keputusan sendiri.- Anda berasa lebih selamat dan selesa dari segi kerahsiaan.

2)Kaunseling Kelompok.- Pertemuan bersama anda dan rakan-rakan secara berkumpulan yang dibimbing oleh kaunselor/guru bimbingan.- Anda berkongsi masalah bersama rakan-rakan dan mencari jalan penyelesaian secara bersama.- Anda akan lebih memahami diri anda sendiri dan mengenali peribadi rakan-rakan anda.- Akan lebih banyak alternatif penyelesaian dalam kelompok.

Page 7: FUNGSI BILIK KAUNSELING

Mana satu pilihan anda???

Etika Kaunselor Seseorang kaunselor perlu mengamalkan etika seperti di bawah dalam proses memberi pertolongan kepada kliennya.

1)Penerimaan tanpa syarat – kaunselor akan menerima sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, status, jantina, umur (menerima seadanya!).2) Kerahsiaan – semua maklumat klien dan sesi kaunseling akan dirahsiakan(kecuali bagi kes-kes yang boleh mengancam diri klien atau orang lain seperti kes bunuh diri, kehamilan luar nikah, dadah, seks dan lain-lain).3)Empati.4)Tulen.5) Jujur dan ikhlas – kaunselor berniat untuk menolong tanpa mempunyai sebarang agenda tersembunyi.

Tujuan Perkhidmatan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertujuan membantu dan menolong klien:1. Mengenali diri (kelebihan / kekurangan) diri – supaya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri.2. Mendapat celik akal dalam mengendalikan permasalahan peribadi, social, akademik, emosi dan kerjaya.

Page 8: FUNGSI BILIK KAUNSELING

3. Menyerlahkan minat, bakat serta kebolehan semulajadi ke arah pembentukan diri yang cemerlang dan seimbang.

Kerjaya Pilihan Anda?

13 Careers for the Next Decade

Few decisions are more important than choosing a career. And especially in these uncertain and changing times, no decision may be more difficult.

In these roiling times, what are smart career choices? Of course, the best career for one person can be the worst for another, but I believe these 13 are particularly worthy of attention. From among thousands of occupations, I selected the 13 that rank best overall based on these criteria:

Likelihood of sustaining at least a middle-class income. This subsumes three factors: likely job growth, income potential and being under the radar (so there's less competition for jobs).

•Socially redeeming. There may be jobs, for example, as casino managers and tobacco executives, but such occupations were immediately excluded from consideration.

•Quality of life. Reasonable work hours, freedom from toxic or noisy work environments, and so on.

Page 9: FUNGSI BILIK KAUNSELING

•Status. Most Kiplinger readers will not, for example, be attracted to owning gas stations, even though some gas-station owners make a great deal of money.

1) Federal-government manager2) Higher-education administrator3) Program evaluator4) Corporate executive specializing in global business development or managing global workforces5) Cognitive-behavioral therapist6) Immigration expert7) Researcher 8) Health-informatics specialist9) Optometrist10)Genetic counselor11)Patient advocate12)Physical therapist13)Veterinarian