full pbs pa

13
SINOPSIS

Upload: syarmimi-yusof

Post on 09-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengajian am

TRANSCRIPT

SINOPSIS

SENARAI KANDUNGANSinopsisSenarai Kandungan Penghargaan 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif Kajian 3.0 Lokasi Kajian3.1 Peta 3.2 Gambar 4.0 Kaedah Kajian 4.1 Reka Bentuk Kajian 4.2 Sampel Kajian 4.3 Instrumen Kajian4.3.1 Soal Selidik 4.3.2 Temu Bual4.4 Cara Pengumpulan Data 4.4.1 Dokumentasi 4.4.2 Kepustakaan4.4.3 Soal Selidik 4.4.4 Temu Bual 4.5 Cara Analisis Data 5.0 Dapatan Kajian 6.0 Rumusan dan Kajian RujukanLampiranSurat Kebenaran Borang Soal Selidik

PENGHARGAAN Alhamdulillah,segala puji ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan kurnia dan Inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan projek kajian ini.Selawat dan salam ke atas junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. Pada kesempatan yang penuh bermakna ini,saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Rafid bin Fatteh Mohamed selaku Pengetua SMK Jengka Pusat yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini.Begitu juga dengan Encik Kamarzzam bin Sanusi selaku guru pembimbing saya.Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amat saya hargai dan sanjungi.Semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat-Nya atas segala jasa baik yang dihulurkan. Pada kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya, Abdullah Saidi bin Din serta ahli keluarga yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada saya dalam apa-apa sahaja yang saya lakukan. Buat teman-teman seperjuangan,terima kasih diucapkan kerana sudi memberikan tunjuk ajar kepada saya dan berkongsi idea serta memberi komitmen yang baik kepada saya.Semoga segala usaha dan cita-cita kita diberkati Allah hendaknya. Akhir sekali,saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya Allah s.w.t. yang dapat membalasnya.Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. Sekian,terima kasih.

1.0 PENGENALAN

Integrasi berasal dari bahasa Inggeris integration yang bererti kesempurnaan atau keseluruhan.Integrasi sosial didefinisikan sebagai proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat yang memiliki keserasian fungsi.Definisi lain mengenai integrasi adalah suatu keadaan di mana kelompok-kelompok etnik menerima dan bersikap berkompromi terhadap kebudayaan masing-masing.Selain itu,integrasi juga dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum,daerah,dan wilayah tempat tinggal,budaya, adat resam,cara hidup,latar belakang,kepercayaan,dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. Secara ringkasnya,integrasi ialah apabila suatu perkara itu turut disatupadukan kepada satu sama yang lain.Manakala perpaduan merujuk kepada semua individu di dalam sebuah entiti masyarakat yang saling bekerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk kelompok masyarakat yang makmur dan damai.Sementara sukan pula adalah merujuk kepada gaya tindakan seseorang itu dalam sukan.Setiap individu yang terlibat dalam sukan memerlukan sikap koperatif iaitu sikap yang saling bekerjasama dan kompetitif iaitu sifat pertandingan dan daya juang yang merupakan tingkah laku asas manusia yang biasa timbul semasa mereka berinteraksi.Permainan pula merujuk kepada reka bentuk struktur,dan format sesuatu aktiviti sukan.Komponen-komponennya meliputi peraturan,strategi,kemudahn,dan peralatan sukan. Sukan badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasang bertentangan (beregu),yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.Pemain dapat memungut mata melalui pukulanbulu tangkis menggunakan raket mereka.Jadi,ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh dikawasan pihak lawan.Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai,dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita,dan beregu campuran,yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan.Bagi tahap tinggi permainan,sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang.Pemain memerlukan stamina aerobik,ketangkasan,kekuatan,dan ketelitian.Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal,yang memerlukan koordinasi badan yang baik,kemahiran teknikal,dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Berdasarkan Arkib John Leech (1854),badminton telah diperkenalkan di Yunani dan Mesir.Di Jepun,sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16.Di kawasan barat,badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock,yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil.Menurut Masters,James (1997),sukan ini dikenali sebagai Poona di India semasa abad ke-18,dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860-an,yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kelas atasan.Isaac Spratt,penjual anak patung London menerbitkan sebuah risalah iaitu Badminton Battledore-a new game pada 1860,tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 LOKASI KAJIAN 3.1 Peta

3.2 Gambar

4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian,instrumen kajian,cara pengumpulan data dan cara analisis data. 4.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk kajian tinjauan.Kajian ini ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang terpilih daripada satu populasi yang hendak dikaji.Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah masalah-masalah yang boleh mengurangkan usaha dalam mewujudkan integrasi antara kakitangan dan guru di sekolah.4.2 Sampel Kajian Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 30 orang kakitangan dan guru.Bilangan sampel bersesuaian dengan kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang dikaji. 4.3 Instrumen KajianKajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan temu bual. 4.3.1 Soal Selidik Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan KISS (Keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami. (R. Kuberanet. 2013) borang soal selidik mengandungi 2 bahagian serta 10 soalan berkaitan persepsi responden terhadap masalah yang boleh mengurangkan usaha dalam mewujudkan integrasi antara kakitangan dan guru di Maahad Sultan Ahamd Shah Ad-Dini. Soalan dalam borang soal selidik merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala Likert 4 poin. 4.3.2 Temu BualPengkaji menyediakan 10 soalan yang berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan dan guru untuk mendapatkan maklumat daripada responden. 4.4 Cara Pengumpulan Data Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi,soal selidik,dan temu bual.

4.4.1 Dokumentasi Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti jurnal,tesis,akhbar,dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan sukan badminton. 4.4.2 Kepustakaan Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat dan data.Pengkaji mendapatkan bahan rujukan daripada : i. Perpustakaan Awam Jengka Pusat ii. Perpustakaan SMK Jengka Pusat 4.4.3 Soal Selidik Kaedah soal selidik adalah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan makluamat tentang persepsi kakitangan dan guru terhadap sukan badminton.Borang soal selidik diberikan kepada responden yang sudi memberikan kerjasama.Responden diberi masa selama dua ke tiga minit untuk menjawab semua soalan. 4.4.4 Temu Bual Kaedah temu bual berstruktur juga digunakan untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan dan guru.Pengkaji telah menemu bual 3 orang kakitangan dan 3 oarng guru.Setiap sesi temu bual mengambil masa lebih kurang 15 minit. 4.5 Cara Analisa Data Pada peringkat akhir kajian ini telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian untuk menghasilkan laporan kajian data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan kekerapan,peratus,dan min.Bagi penyataan yang menggunakan skala likert,poin diberi seperti berikut : SkalaPoin

Tidak Setuju1

Sangat Tidak Setuju2

Setuju3

Sangat Setuju4

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN