front cover ums 2013 sebenar benarnya.docx

Upload: fready-fook-liew

Post on 14-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    1/15

    SESI PENGAJIANSEMESTER 5 (KOHORT 1 )

    PROGRAMPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PPGSR )

    KURSUSPENGAJIAN MATEMATIK

    NAMA NO. KAD PENGENALAN NO.MATRIK

    FREADY FOOK LIEW810216125457 CT10210213

    TUGASANTUGASAN INDIVIDU

    TAJUK

    SECARA KRITIS DAN ANALITIS, TULISKAN KAEDAH MENGAJAR

    MENULIS KARANGAN BERFORMAT DIALOG BAGI TAHUN 5

    NAMA PENSYARAH PROF MADYA DR BAHAROM MOHAMED

    TL30103

    KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    SEKOLAH RENDAH

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    2/15

    1.0 PENDAHULUAN

    Penulisan merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-

    idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca. Setiap idea yang

    disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada

    pembaca, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik

    penulisan yang sesuai.

    Ramai pakar bidang penulisan bahasa berpendapat bahawa menulis adalah satu kemahiran

    yang memerlukan penulis mengeluarkan idea, merancang dan menyiapkan teks penulisan mengikut

    peratusan lazim penulisan standard (Graham 1982; Graham & Harris 1989; Graham, Harris &

    Sawyer 1987; Graham, Harris, MacArthur & Schwartz 1991; MacArthur & Graham 1987). Menurut

    Tindal & Marston (1990), menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca,

    mengeja dan seterusnya. Penulisan juga memerlukan integrasi pelbagai peraturan, kemahiran dan

    proses seperti tingkah laku kompleks yang lain (Johnson & Grant 1989).

    Menurut Zainol Ismail(2003:7), bentuk penulisan dibahagikan kepada dua jenis iaitu

    berformat dan bebas. Penulisan berformat terdiri daripada surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak

    rasmi syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, dialog, berita dan catatan.

    Penulisan tidak berformat terdiri daripada penulisan rangsangan bergambar, pengalaman/cerita,

    jenis fakta, perbincangan, melengkapkan cerita, jenis autobiografi dan peribahasa.Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

    mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang

    untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.

    Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi,

    main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan

    atau Socratik dan lain-lain lagi.

    Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat

    dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda

    sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

    Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu

    tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    3/15

    alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression",

    serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

    Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan

    kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan

    yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan

    soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak

    balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan

    sebagainya.

    Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang

    sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah

    pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa

    demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

    Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran

    untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

    2.0 Kaedah mengajar menulis karangan berformat dialog bagi murid Tahun 5.

    Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

    mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang

    untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.

    Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi,

    main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan

    atau Socratik dan lain-lain lagi.

    Lazimnya, dalam ujian penulisan Bahasa Melayu tahun 5 adik-adik dikehendaki menulis dua

    buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk

    karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau

    soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    4/15

    Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam. Bagi tiap-

    tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak

    melebihi 120 patah perkataan.

    Tujuan mengarang adalah menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu,menguji

    kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca, menguji fikiran, pendapat,

    dan idea-idea anda, menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

    2.1 PANDUAN MENGARANG/MENULIS

    Sebelum membuat sesuatu karangan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau

    kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

    A. Pengenalan

    B. Isi-isi dan

    C. Penutup

    2.1.1 Pengenalan

    Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita

    hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau

    faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

    Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada

    pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada

    kesalahan tatabahasa atau ejaan.

    2.1.2 Isi

    Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat

    isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah

    disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.

    Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-

    baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap

    perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    5/15

    perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid

    biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

    Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi

    yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan

    lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar,

    majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu,

    menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

    Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang

    sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

    Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:

    Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.

    Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal

    atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi

    fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:

    Apa?

    Siapa?

    Bila?

    Mengapa?

    Di mana?

    Bagaimana?

    2.1.3 Penutup

    Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti

    karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca.

    Penutuplah yang menjadi kesimpulan/ rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

    Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu

    perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh

    itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    6/15

    2.2 Format Karangan Jenis Dialog

    Format Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

    1.Terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:-

    a) Perbualan telefon

    b) Perbualan biasa

    c) Temu ramah / wawancara

    2. Melibatkan dua atau lebih watak:-

    a) Watak pertama menyoal

    b) Watak kedua menjawab

    3. Menggunakan kata ganti nama:-

    a) awak / sayab) saudara / i

    c) Encik / tuan / puan / pak cik / mak cik

    4. Format:-

    Farid : Apa khabar? pendahuluan

    Salim : Khabar baik.

    Salim : Dah petang ni, mari pulang. penutup

    Farid : Baiklah, jumpa lagi esok.

    5. Boleh gunakan kata singkatan;

    Contoh: tak (tidak), nak (hendak), ni (ini), tu(itu), dah (sudah) dll.

    6. Penggunaan tanda baca:: . , ! ? - Tidak boleh guna tanda mmm

    2.3 RANGKA KARANGAN BERFORMAT DIALOG

    Pendahuluan

    A: Salam bertanya apa yang dibeli.

    B: Jawab salam memberitahu apa yang dibeli bertanya apa yang Abeli

    A: Beli tepung buat kuih tidak suka makan makanan ringan

    Isi-isi penting

    1. - Isi: Tidak baik banyak memakan makanan ringan

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    7/15

    - Huraian: Mengandungi banyak bahan kimia; bahan perisa dan bahan

    pewarna

    - Huraian lanjut: Kandungan gula dan garam juga tinggi

    2. - Isi: Menyebabkan penyakit

    - Huraian: Darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang

    - Huraian lanjut: Jika terlalu banyak makan kesannya jangka masa

    yang lama terkena penyakit

    3. - Isi: Jangan terpengaruh dengan iklan

    - Huraian: Hanya untuk melariskan jualan pentingkan keuntungan

    - Huraian lanjut: Tidak hiraukan kepentingkan kesihatan pengguna

    4. - Isi: Berhenti memakan makanan ringan

    - Huraian: Memberitahu keluarga menasihati adik-adik

    - Huraian lanjut: Menukar kegemaran kepada kuih-muih

    Penutup

    A: Menjemput ke rumah berbual lebih panjang makan kuih-muih

    B: Akan pergi kalau ada kelapangan terima kasih atas nasihat

    A: Sama-sama minta diri untuk pulang salamB: Jawab salam

    Tajuk:

    Semasa di kedai runcit kamu bertemu dengan rakan yang sedang membeli banyak makanan

    ringan. Kamu menasihatinya tentang bahaya makanan tersebut. Tuliskan perbualan kamu itu.

    CONTOH KARANGAN:

    Salim : Apa khabar Rosli? Apa yang awak beli tu?

    Rosli : Khabar baik. Oh, awak Salim! Saya nak beli makanan ringan ni. Saya

    suka makan makanan ringan, rasanya sedap. Awak pula nak

    beli apa?

    Salim : Saya nak beli tepung gandum kerana mak saya nak buat kuih.

    Saya tidak suka makan makanan ringan kerana tidak baik banyak

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    8/15

    memakan makanan ringan. Cikgu kata makanan ringan mengandungi banyak bahan kimia

    seperti bahan perisa dan bahan pewarna. Manakala kandungan gula dan garam di

    dalamnya juga tinggi.

    Rosli : Apa akan jadi kalau kita makan terlalu banyak makanan ringan?

    Salim : Ia akan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

    Jika terlalu banyak makan, dalam jangka masa yang lama kita akan terkena penyakit.

    Rosli : Tetapi iklan makanan ringan itu sungguh menarik. Betul tak?

    Salim : Kita jangan terpengaruh dengan iklan-iklan tersebut. Itu hanya untuk

    melariskan jualan kerana pengilang hanya pentingkan keuntungan sahaja dan mereka tidak

    hiraukan kepentingkan serta kesihatan pengguna.

    Rosli : Kalau begitu makanan ringan ni memang tidak berkhasiat dan

    membahayakan kesihatan.

    Salim : Betul tu.

    Rosli : Kalau begitu saya akan berhenti memakan makanan ringan. Saya akan

    memberitahu keluarga saya dan menasihati adik-adik saya supaya tidak

    makan makanan ringan lagi. Saya nak menukar kegemaran kepada makan kuih-muih

    sahaja.

    Salim : Baguslah kalau begitu. Eh, jemputlah ke rumah saya! Nanti kita

    boleh berbual lebih panjang sambil makan kuih-muih.

    Rosli : Saya akan pergi ke rumah kalau ada kelapangan. Terima kasih atas

    nasihat yang telah awak berikan kepada saya.Salim : Sama-sama. Saya minta diri untuk pulang. Nanti kita jumpa lagi.

    Rosli : Baiklah.

    2.4 Teknik pengajaran dan pembelajaran dalam karangan berformat dialog

    Teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah

    pelbagai serta menarik, terpulang pada kebijaksanaan guru yang mengajar untuk menjadikan sesi

    pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik dan berkesan. Antaranya ialah Teknik Bercerita.

    Teknik ini merupakan pendekatan yang sesuai dalam membina kecekapan berbahasa murid-murid

    disamping dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Malah, melalui pendekatan ini juga, guru

    dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran menulis di kalangan

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    9/15

    murid-murid tahun 5. Guru hanya perlu menggunakan berdialog yang sesuai sebagai tajuk,

    kemudian dengan menggunakan nama-nama murid yang terdapat di dalam kelas sebagai watak,

    selain menerapkan nilai-nilai murni di dalam cerita yang ingin disampaikan. Guru boleh juga

    menggunakan gambar atau kad-kad ayat sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) selain objek-objek

    atau benda maujud. Apabila selesai, guru boleh meminta murid menulis beberapa pengajaran dan

    nilai-nilai murni yang diperoleh daripada cerita guru dan murid diminta membacakannya.

    Teknik Drama juga dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam menulis

    karangan berformat dialog itu lebih menarik dikalangan murid-murid serta tidak membosankan.

    Pendekatan ini merupakan ragam pembelajaran sebagai Alat Bantu pengajaran dan pembelajaran.

    Melalui teknik ini, murid-murid terlebih dahulu dibahagi kepada kumpulan yang terdiri daripada

    beberapa orang murid. Mereka akan diberikan satu tajuk, kemudian membina dialog dan

    melakonkan dialog yang dibina berdasarkan tajuk yang telah diberi kepada mereka.

    Selain itu, salah satu daripada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sering

    digunapakai ialah, Teknik Perbincangan. Dalam mana-mana sesi pengajaran dan pembelajaran,

    pendekatan ini seringkali menjadi pilihan guru-guru kerana ia melibatkan semua murid yang

    terdapat di dalam kelas dengan pembahagian tugas yang khusus setiap ahli. Pendekatan ini akan

    dapat memberi peluang dan ruang kepada murid-murid mengeluarkan idea-idea mereka untuk

    dikongsi, malah dapat mempertajamkan minda serta melatih mereka bercakap dan mengeluarkan

    pendapat dengan bernas. Guru perlu membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil

    untuk membincangkan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka, kemudian mereka diminta

    berbincang dan merangka karangan berbentuk dialog serta menyenaraikan nilai-nilai murni yangsesuai.

    2.5 Pendekatan-pendekatan yang digunakan

    Dalam pengajaran penulisan karangan berformat dialog terdapat pelbagai pendekatan

    yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidak ada satu pun

    pendekatan yang paling sesuai digunakan di bilik darjah, melainkan ianya perlu disesuaikan dengan

    topik penulisan yang hendak diajar.

    Raimes (dalam Jurian Long, dan rakan-rakan,1990-214 ) berpendapat bahawa terdapat

    beberapa pendekatan pengajaran penulisan. Antaranya ialah :

    A. Pendekatan Terkawal;

    B. Pendekatan Bebas;

    C. Pendekatan Pola Perengganan;

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    10/15

    D. Pendekatan Tatabahasa Sintaksis-organisasi;

    E. Pendekatan Komunikatif; dan

    F. Pendekatan Proses.

    Dua pendekatan yang saya pilih untuk pengajaran penulisan ialah

    1. Pendekatan Terkawal

    2. Pendekatan Komunikatif

    2.5.1 Pendekatan Terkawal

    Pendekatan terkawal ialah pendekatan yang dirancang secara berurutan supaya murid-

    murid menguasai suatu unsur penulisan dan ketatabahasaan. Murid-murid dikehendaki

    menyudahkan tugasan berdasarkan bahan serta mematuhi arahan-arahan yang

    ditetapkan.Pendekatan ini mula digunakan pada tahun 50-an dan 60-an, iaitu pada zaman

    pendekatan audio-lingual. Menerusi pendekatan ini, semasa pengajaran penulisan murid-murid

    dipandu atau dikawal supaya pelajar tidak membuat kesilapan. Pendekatan terkawal juga

    merupakan latihan penulisan yang isi kandungan dan bentuknya disediakan dan disudahkan murid

    berdasarkan arahan yang ditetapkan. Pada peringkat permulaan kawalan yang diberi oleh guru

    lebih banyak, tetapi kawalan ini beransur-ansur kurang pada peringkat selanjutnya. Walau

    bagaimanapun , mereka mempunyai kebebasan untuk memilih penbendaharaan kata dan

    menggunakan struktur ayat mereka sendiri.

    Dalam pendekatan terkawal, guru merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti secara

    berurutan dalam langkah pengajarannya supaya murid dapat menguasai sesuatu unsur penulisan

    dan ketatabahasaan. Pendekatan ini menekankan ketepatan daripada kemahiran dan keaslian.

    Meliputi pengajaran yang bersistem dan beransur-ansur; daripada kegiatan meniru hingga

    penulisan bebas. Murid-murid dikehendaki membuat latihan berdasarkan gambar serta mematuhi

    arahan-arahan yang diberikan. Guru perlu memastikan penggunaan bahan pengajaran

    pembelajaran adalah fleksibel dan sesuai dengan peringkat kebolehan dan kefahaman murid.

    Penggunaan bahan-bahan pengajaran /pemelajaran yang fleksibel yakni boleh menerapkan

    pelbagai jenis karangan,boleh disesuaikan dengan peringkat kelas,boleh merentas kurikulum, dan

    sebagainya.

    Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam pendekatan ini ialah:

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    11/15

    Menyusun perkataan atau frasa Melengkapkan ayat atau mengisi tempat kosong Menyusun ayat Menukar dialog kepada karangan Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun ayat sehingga membentuk sebuah karangan yang lengkap. Menysun bahagian pendahuluan, bahagian isi dan bahagian penutup untuk membentuk sebuah karangan lengkap berstruktur.bersturuktur

    Dalam aktiviti mengisi tempat kosong atau melengkapkan ayat, bentuk kawalan yang

    dilakukan oleh guru adalah seperti berikut :

    a) Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan, contohnya penyambung danfrasa. Kadang-kadang guru memastikan perkataan-perkataan atau frasa yang perlu digunakan.

    b) Guru memberi senarai frasa atau perkataan yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk,murid-muridperlu membuat ayat untuk melengkapkan frasa itu. Frasa atau perkataan disediakan oleh

    guru,bertujuan mengurangkan kesilapan dalam penulisan

    c) Guru memberikan satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadiankepada murid-murid, kemudian menyuruh murid-murid mengambarkan keseluruhan

    pengalaman.

    Contoh :

    1. Kalau saya seorang angkasawn .

    2. Surat yang di tanganku jatuh, dan dengan tidak disedari air mata membasahi

    pipiku..

    3. . rupa-rupanya saya bermimpi

    d) Guru membincang rangka karangan bersama-sama murid. Murid menulis karangan

    berdasarkan rangka karangan tadi.

    Semasa membuat latihan penulisan murid-murid tidak memikirkan tentang kandungan, struktur

    atau gaya bahasa. Mereka mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Antara teknik-teknik yang

    boleh digunakan ialah

    i. Karangan terkawalii. Karangan berpandu

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    12/15

    iii. Teknik soal jawabiv. Teknik gabung ayat

    Kaedah, teknik, alat bantu mengajar dan aktiviti yang dijalankan oleh guru berbeza bagi

    setiap kali pengajaran dijalankan. Ianya bergantung kepada subjek, tajuk, alam persekitaran dan

    kebolehan murid itu sendiri. Contohnya untuk menulis karangan antara gambar tunggal dan

    gambar bersiri teknik antara keduanya adalah berbeza.

    2.5.2 Pendekatan Komunikatif

    Penulisan karangan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat perhubungan. Penekanan

    diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang

    kepada aspek penstrukturan karangan. Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat

    merekatentang sesuatu idea. Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks

    perbincangan yang autentik.

    Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam

    konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media

    dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

    Dell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa

    kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorangpelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses

    berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial.

    Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan

    tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia

    sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan

    berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti

    aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik.

    Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan

    kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh

    itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan

    berkomunikasi termasuk dalam penulisan.

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    13/15

    Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah

    untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan

    pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus

    menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh

    pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    14/15

    3.0 KESIMPULAN

    Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan terkawal dan komunikatif dalam

    penulisan ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan terancang kepada pelajar. Melalui

    pendekatan ini pelajar dilatih pelajar secara berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping

    menerapkan kemahiran mengarang yang betul dan bermakna. Kita juga harus mempelbagaikan

    kaedah pengajaran-pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan

    kelemahannya untuk digunakan kerana setiap orang murid kita berbeza dari berbagai segi.

    Di samping itu, guru perlu menguasai pendekatan dan kaedah yang lebih praktikal,

    realistik, dan berasaskan keupayaan murid, serta persekitaran sekolah. Kaedah penulisan yang

    dicadangkan mestilah mengambil kira pegangan semasa tentang pengajaran dan pembelajaran,

    penilaian dan keperluan peperiksaan. Kemungkinan pendekatan atau kaedah itu tidak dapat

    memenuhi keperluan, minat dan cita rasa semua pelajar, tetapi tetap pasti akan membawa

    perubahan kepada segelintir pelajar yang lain

  • 7/30/2019 FRONT COVER UMS 2013 SEBENAR benarnya.docx

    15/15

    4.0 BIBLIOGFARI

    Dr Adenan Ayob, (2010). HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu,OUM.

    Gan Teck Hock. (1999). Mencari titik perseimbangan di antara keunggulan teori dan kenyataan

    praktis:

    satu kes pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran matematik sekolah rendah.

    Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid 2, No 1, 68-85.

    Juriah Long, Raminah Haji Sabran & Sofiah ( 1990 ). Pendekatan Mengajar Bahasa Malaysia.Kuala

    Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Khairuddin Ayip. (2003). 88 Karangan UPSR Tahun 4, 5, 6. Petaling Jaya: Info-Didik Sdn. Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Buku Panduan Guru, Bahasa Malaysia Tahun 5. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM.

    Mohd Sidin Ahmad Ishak ( 1992 ). Keterampilan Menulis,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Sazali Mat Saman. (2000). Karangan UPSR. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

    Skor SPM, Berita Harian 23 Februari 2011.

    http://nursidahny59.blogspot.com/2010/05/kajian-kelemahan-tatabahasa-pelajar.html