frasa nama dalam bahasa melayu

5
Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu Frasa Nama Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa nama ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Dalam binaan frasa nama ini, terdapat dua jenis binaan iaitu : Binaan inti + penerang Binaan inti + inti (a) Binaan inti + penerang. Binaan jenis ini terdiri daripada kata nama yang menjadi inti hadir di depan, manakala penerangnya hadir pada kedudukan selepas inti. Jadi, kata nama yang diterangkan (inti frasa) hadir dahulu dan kata yang menerangkan atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan – Menerangkan ( Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ) Contoh : Inti (D) Penerang(M) pisang goreng Namun, dalam hukum D-M ini terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran, bilangan bukan ordinal, kehadiran kata naïf dan kebiasaan. Contoh kekecualian boleh dilihat dalam jadual di bawah. Frasa

Upload: vinodkumar-asokan

Post on 13-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Frasa Nama

TRANSCRIPT

Page 1: Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Frasa Nama

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, frasa nama ialah

frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata

ganti nama.

Dalam binaan frasa nama ini, terdapat dua jenis binaan iaitu :

Binaan inti + penerang

Binaan inti + inti

(a) Binaan inti + penerang.

Binaan jenis ini terdiri daripada kata nama yang menjadi inti hadir di depan,

manakala penerangnya hadir pada kedudukan selepas inti. Jadi, kata nama yang

diterangkan (inti frasa) hadir dahulu dan kata yang menerangkan atau penerang hadir

kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan dipanggil hukum D-M, yakni hukum

Diterangkan – Menerangkan ( Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga )

Contoh :

Inti (D) Penerang(M)

pisang goreng

Namun, dalam hukum D-M ini terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa frasa

nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran, bilangan bukan

ordinal, kehadiran kata naïf dan kebiasaan. Contoh kekecualian boleh dilihat dalam jadual di

bawah.

Frasa

CatatanPenerang (M) Inti (D)

Tiga orang murid Kata penjodoh bilangan

Beberapa buah kereta Kata penjodoh bilangan

Bukan persoalan Kata naïf

Sang Kancil Gelaran/panggilan

Page 2: Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Berdasarkan kehadiran inti + penerang dalam frasa nama, terdapat bentuk-bentuk

frasa nama yang terhasil, iaitu

Penerang mendahului inti

Contoh : Tiap-tiap hari

Inti mendahului penerang

Contoh : Gunung berapi

Penerang terpisah/terbahagi

Contoh : seorang dua / beberapa biji durian yang dijual

a) Binaan inti + inti

Susunan frasa nama bagi binaan inti + inti ini ialah kedua-dua kata inti sama-sama

mendukung makna dan tidak ada unsur penerang dalam binaan tersebut. Binaan kata

majmuk dan simpulan bahasa adalah termasuk dalam binaan jenis ini. Contoh binaan frasa

inti + inti terdapat dalam jadual di bawah.

Inti Inti

Kerusi Meja

Makan Angin

Selain itu, binaan frasa ini juga mendukung makna yang sama erti dan makna yang

bertentangan. Contoh bagi makna yang sama erti ialah hamba abdi dan hutan rimba. Bagi

makna yang bertentangan pula ialah anak cucu, ibu bapa dan kerusi meja.

Dalam pembentukan ayat, frasa nama ini boleh dikategorikan kepada beberapa

fungsi. Fungsi-fungsi tersebut dapat di lihat dengan jelas dalam jadual di bawah.

Page 3: Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

Frasa Nama Berfungsi Sebagai : Ayat

subjek Vinod sedang tidur.

predikat Ibu saya doktor.

objek Saya menjerang air.

Klausa

Perbezaan Antara Klausa Bebes Dengan Klausa Tidak Bebes

Perbezaan antara klausa dengan ayat ialah jika klausa tidak diucapkan dengan

intonasi (suara) yang sempurna, iaitu intonasi berdasarkan maksud ayat, maka klausa itu

belum menjadi ayat. Ayat terbentuk apabila klausa dilafazkan dengan intonasi yang

sempurna.

Ada dua jenis klausa, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa tak bebas

tidak berupa ayat, kerana tanpa hadir di belakang klausa bebas, klausa tak bebas tidak

dapat berdiri sendiri. Klausa bebas ialah jenis klausa yang mengandungi subjek dan

predikat, manakala klausa tak bebas mungkin bersubjek dan mungkin tidak bersubjek,

mungkin berpredikat dan mungkin tidak predikat, serta ada kata hubung yang terletak di

hadapan klausa tak bebas.

Contoh klausa bebas:

1. saya berenang

2. dia pelajar terpandai

3. ibu membeli sayur-sayuran

Jika klausa-klausa bebas diucapkan dengan suara naik turun yang sesuai

berdasarkan makna dalam ayat, maka timbullah ayat.

Klausa bebas yang berubah kepada ayat:

1. (a) Saya berenang.

2. (a) Dia pelajar terpandai.

Page 4: Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu

3. (a) Ibu membeli sayur-sayuran.

Bilangan ayat dalam bahasa Melayu tidak terhad seperti ayat 1 hingga ayat 5 sahaja.

Ayat-ayat yang biasa kita tulis dan katakan lebih panjang daripada ayat di atas. Jadi, dalam

kebanyakan keadaan, klausa tak bebas akan ditambah di belakang klausa bebas sebagai

keterangan. Klausa tak bebas ini ialah ayat keterangan yang saya selalu sebut.

Jika klausa tak bebas, iaitu klausa keterangan ditambah di belakang ayat 1(a) hingga

ayat 3 (a) di atas, wujudlah ayat 1 (b) hingga 3 (b) di bawah:

1. (b) Saya berenang pada waktu petang.

2. (b) Dia pelajar terpandai di kelas saya.

3. (b) Ibu membeli sayur-sayuran daripada Pak Ahmad.

Dalam ayat 1 (b) hingga 3 (b) di atas, klausa keterangan, iaitu klausa tak bebas

adalah seperti dalam ayat 1 (c) hingga 3 (c) di bawah:

1. (c) pada waktu petang. (keterangan waktu)

2. (c) di kelas saya. (keterangan tempat)

3. (c) daripada Pak Ahmas. (keterangan tempat)

Jelas kelihatan bahawa klausa tak bebas dalam klausa 1 (c) hingga klausa 3 (c) tidak

dapat berdiri sendiri tanpa kewujudan klausa bebas. Selain itu, klausa tak bebas ada banyak

jenis keterangan, seperti keterangan waktu (pada waktu petang), tempat (di kedai buku),

tujuan (bagi meningkatkan pencapaian dalam sukan), harapan (agar ia dapat mengahwini

isteri yang cantik), penyertaan (dengan guru-guru dan rakan-rakan) dan cara (dengan

pisau).