frasa nama

78

Click here to load reader

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 17-Jun-2015

10.406 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Frasa nama

BAHASA MELAYU AKADEMIK 1 (PM2311) – FRASA NAMA

MOHD FAHMI BIN NURIKIN

12.1 Pendahuluan

12.2 Konstituen Frasa Nama

12.3 Binaan Frasa Nama

12.4 Susunan Konstituen Frasa

Nama12.5 Kesimpulan

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 2: Frasa nama

Takrif frasa

Dalam nahu tranformasi generatif, frasa didefinisikan sebagai bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada kata, rangkai kata atau klausa (anak ayat).

Menurut Tatabahasa Dewan frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih.

Manakala Asmah Hj. Omar pula memdefinisikan frasa sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu yang menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Tetapi aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang-kurangnya dua kata yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 3: Frasa nama

Frasa Nama12.1 Pendahuluan

Menurut Nik Safiah Karim frasa nama merupakan Binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Asmah Hj. Omar pula mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 4: Frasa nama

Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada yang berikut:

i. FN + FNii. FN + FKiii. FN + FAiv. FN + FSN

Page 5: Frasa nama

Dalam semua pola ayat tersebut, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN. Contoh:

Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama

1. Bapa guru.

2. Bapa budak itu guru.

3. Bapa budak itu guru sekolah agama

4. Kelang bandar diraja.

5. Bandar Kelang bandar diraja.

Page 6: Frasa nama

Frasa nama juga boleh hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK). Contoh:Subjek Predikat Frasa Kerja

Kata Kerja Objek

1. Orang itu memanggil saya.

2. Mereka semua melambaikan tangan.

3. Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.

4. Para siswazah memohon jawatan itu.

5. Kedamaian memerlukan kekuatan pertahanan.

6. Tanah air meminta pengorbanan anak watan.

7. Cahaya matahari menyinari alam semesta.

Page 7: Frasa nama

Frasa nama juga terletak di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FSN). Contoh:Subjek Predikat Frasa Sendi

Nama

Sendi Nama Frasa Nama

1. Mereka di Kuala Lumpur.

2. Hadiah itu daripada Ahmad.

3. Lukisan tersebut oleh Syed Jamal.

4. Tabung simpanan itu untuk masjid.

5. Kereta itu ke Kota Bharu.

6. Keluarnya dari pintu besar.

Page 8: Frasa nama

Frasa nama juga boleh wujud sebagai unsur dalam frasa keterangan.Contoh:

Subjek Predikat

Frasa Kerja Frasa Keterangan

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

1. Mereka bekerja di bandar.

2. Pena itu ada pada saya.

3. Semua makhluk bergantung Pada Tuhan.

4. Penumpang-penumpang

meletakkan beg mereka

di dalam bas itu.

5. Pembangunan ekonomi

memerlukan sumbangan

daripada semua rakyat.

6. Umat Islam berpegang pada takdir Ilahi.

7. Dia memotong buah itu

dengan pisau.

8. Seutas rantai terlilit di lehernya.

Page 9: Frasa nama

TAMAT BAHAGIAN 1

Page 10: Frasa nama

12.2 Konstituen Frasa Nama

Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.

Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

Page 11: Frasa nama

Pendapat Pertama

Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. Misalnya:

i. Senaman menyihatkan badan. Kata nama senaman sebagai pengisi frasa

nama boleh diganti oleh kata kerja bersenam, seperti dalam contoh berikut:

ii. Bersenam menyihatkan badan.http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 12: Frasa nama

Contoh-contoh unsur bukan nama yang lain yang dianggap boleh menjadi pengisi frasa nama ialah kata kerja seperti berolahraga, merokok, bersawah, dan perli-memperli, frasa kerja seperti berlagak ke sana ke mari dan makan suap, dan kata adjektif seperti putih, misalnya dalam ayat-ayat yang berikut:

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 13: Frasa nama

i. Berolahraga menjadi kegemaran remaja.ii. Merokok amalan yang tidak digalakkan.iii. Bersawah kurang menarik perhatian

para belia.iv. Berlagak ke sana ke mari tabiat orang

sombong.v. Perli-memperli boleh mengakibatkan

pergaduhan.vi. Putih melambangkan kesucian.

Page 14: Frasa nama

Pendapat Kedua

Pendapat lain pula mengatakan bahawa unsur-unsur yang yang menduduki tempat subjek frasa nama dalam ayat-ayat tersebut bukanlah merupakan pengisi sejati, tetapi pada hakikatnya ialah penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan. Jika unsur-unsur inti frasa nama bagi ayat i dan ii dinyatakan, maka binaannya adalah seperti ayat berikut:

i. Kegiatan bersenam menyihatkan badan.ii. Aktiviti berolahraga menjadi kegemaran

remaja.

Page 15: Frasa nama

Contoh-contoh lain adalah seperti yang berikut:

iii. Tabiat merokok amalan yang tidak digalakkan.iv. Pekerjaan bersawah padi kurang menarik

perhatian para belia.v. Kebiasaan berlagak ke sana ke mari tabiat

orang sombong.vi. Kegiatan perli-memperli boleh mengakibatkan

pergaduhan.vii. Perbuatan makan suap perbuatan yang keji.viii. Warna putih melambangkan kesucian.

Page 16: Frasa nama

Oleh yang demikian, unsur-unsur inti yang menjadi pengisi inti frasa nama adalah daripada golongan kata nama juga, iaitu kegiatan, aktiviti, tabiat, pekerjaan, kebiasaan, perbuatan, dan warna.

Kesimpulannya, inti frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama, tetapi di peringkat kewujudannya inti frasa nama itu dapat juga dibentuk oleh kata kerja dan kata adjektif.

Page 17: Frasa nama

TAMAT BAHAGIAN 2

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 18: Frasa nama

12.3 Binaan Frasa Nama

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetn perkataan.

Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu:

a) Jenis 1b) Jenis 2

Page 19: Frasa nama

Jenis 1: Inti + Penerang

Terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Contoh:Frasa Nama Subjek Predikat

Inti Penerang

1. Askar Melayu Diraja berbaris di padang.

2. Guru sekolah agama itu

guru saya.

3. Berlagak ke sana ke mari

menjadi tabiatnya.

4. Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara.

5. Kelakuan baik selalu mendapat pujian.

Page 20: Frasa nama

Inti dan Penerang

Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa dari segi makna.

Penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Misalnya dalam frasa nama bapa budak itu intinya ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 21: Frasa nama

Jenis 2: Inti + Inti

Terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Contoh:

Frasa Nama Subjek Predikat

Inti Penerang

1. Kerusi meja untuk pelajar-pelajar sahaja.

2. Ibu bapa tidak perlu datang.

3. Pemuda Pemudi boleh ikut serta.

4. Pinggan mangkuk tersusun dengan rapi di atas para.

5. Suami isteri hendaklah bertolak ansur.

Page 22: Frasa nama

12.3.1 Binaan Frasa Nama: Inti + Penerang

Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut:

i. Inti + penerang namaii. Inti + penerang bukan nama

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 23: Frasa nama

Inti + Penerang Nama Semua konstituen terdiri daripada kata nama; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya

juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:

a) Penerang nama keturunan.

b) Penerang nama jenis.

c) Penerang nama penyambut.

d) Penerang nama kegunaan.

e) Penerang nama kelamin.

f) Penerang nama tempat.

g) Penerang nama arah.

h) Penerang nama anggota badan.

i) Penerang nama tenaga penggerak.

j) Penerang nama hal atau perkara.

k) Penerang nama milik.

l) Penerang nama khas.

m) Penerang nama panggilan atau gelaran.

Penerang-penerang nama ini memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata nama.

Page 24: Frasa nama

Inti + penerang nama keturunan

Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama. Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Nama Keturunan

orang Melayu

pelajar Amerika

askar British

bangsa Belanda

suku bangsa Kadazan

bahasa Melayu

masyarakat Cina

kaum Banjar

keturunan Jawa

Page 25: Frasa nama

Inti + penerang nama jenis Penerang nama jenis menerangkan jenis-jenis tertentu bagi

nama-nama itu. Contoh:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Jenis

harimau bintang

kelapa sawit

pokok getah

air limau

buah mangga

baju kemeja

kerusi rotan

gelang emas

kasut getah

kipas kain

beg kulit

pingat gangsa

Page 26: Frasa nama

Inti + penerang nama penyambut

Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti, misalnya penyabit rumput; rumput ialah penyambut kerja dengan alat penyabit.

Contoh:

Page 27: Frasa nama

Frasa Nama

Inti (Sebagai Alat atau Pelaku)

Penerang Nama Penyambut

penyendal pintu

penjaga stor stor

pam air

gunting kain

penyelenggara pejabat

pengarang cerpen

pengawal bangunan

pemandu teksi

pengurus syarikat

pelayan tetamu

Page 28: Frasa nama

Inti + penerang nama kegunaan

Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau peranan kepada inti, misalnya serbuk perasa. Perasa ialah kegunaan yang ditimbulkan oleh bahan serbuk. Contoh:

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 29: Frasa nama

Frasa Nama

Inti Penerang nama kegunaan

alat pemadam

sabun pencuci

kayu pengukur

minyak pelincir

tali penyidai

getah pemadam

jamu pengawet

batu penanda

batu pengasah

kayu pemukul

Page 30: Frasa nama

Inti + penerang nama kelamin

Penerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti. Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Nama Kelamin

ayam jantan

lembu betina

orang lelaki

kaum perempuan

budak lelaki

anak perempuan

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 31: Frasa nama

Inti + penerang nama tempat

Penerang nama tempat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti, misalnya tamadun timur. Timur ialah tempat tamadun, sama ada tempat asal ataupun tempat wujud. Contoh:

Page 32: Frasa nama

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Tempat

penduduk bandar

anak Johor

orang tempatan

Melayu Pulau Pinang

kawasan luar bandar

tepi pantai

anak desa

Cina Melaka

pinggir kota

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 33: Frasa nama

Inti + penerang nama arah

Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contoh :

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Arah

kawasan barat

wilayah selatan

angin timur

jalan tengah

simpang kanan

ruang hadapan

kulit luar

tingkat atas

rumah belakang

Page 34: Frasa nama

Inti + penerang nama anggota badan

Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan dengan inti itu. Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Nama Anggota Badan

jam tangan

gelang kaki

tali pinggang

tudung kepala

sarung kaki

rantai leher

barah kulit

penyakit jantung

kepala lutut

batang hidung

Page 35: Frasa nama

Inti + penerang nama tenaga penggerak

Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang menggerakkan benda dalam inti. Misalnya jam bateri; bateri ialah tenaga yang menggerakkan jam. Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Nama Tenaga Penggerak

lampu minyak

dapur gas

seterika arang

kipas elektrik

kereta motor

kapal layar

kapal api

mesin kaki

perahu galah

Page 36: Frasa nama

Inti + penerang nama perihal atau perkara

Penerang nama perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti, misalnya sijil persekolahan. Persekolahan ialah perkara tentang sijil itu. Contoh:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Perihal atau Perkara

lesen perniagaan

surat kebenaran

borang pendaftaran

hari perayaan

garis permulaan

surat perjanjian

majlis perasmian

bilik persidangan

Page 37: Frasa nama

Inti + penerang nama milik Penerang nama milik menerangkan makna

kepunyaan bagi benda dalam inti. Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Nama Milik

rumah saya

pekerjaan mereka

bumbung sekolah

kemajuan Malaysia

keluaran Jepun

belalai gajah

pakaian Aminah

harta kerajaan

kawasan Jerman

penduduk -nya

Page 38: Frasa nama

Inti + penerang nama khas

Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi menerangkan inti. Contoh:

Frasa Nama

Inti Penerang Nama Khas

bandar Ipoh

kampung Sungai Penchala

Republik Indonesia

planet Marikh

Teluk Siam

Terusan Suez

Negeri Sabah

Kerajaan Arab Saudi

Sungai Pahang

Gunung Kinabalu

Page 39: Frasa nama

Inti + penerang nama panggilan atau gelaran

Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama julukan atau penghormatan kepada makhluk atau benda, misalnya Si Belang, Tan Sri, dan sebagainya. Bentuk ini merupakan kecualian kepada bentuk susunan inti + penerang nama, iaitu penerang ini terletak di hadapan inti.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 40: Frasa nama

Frasa Nama

Penerang Nama Panggilan Gelaran

Inti

Haji Ahmad

Yang Arif Hakim Mohd. Yusof

Si Belang

Nik Abdullah

Ybhg. Datuk Ali

Syed Nasir

Doktor Majid

Profesor Harun

YB Senator Fatimah

Tan Sri Abdullah

Sang Kancil

Page 41: Frasa nama

Inti + penerang bukan nama

Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:

a) Penerang penentu.b) Penerang kata kerja atau akar kata kerja.c) Penerang kata adjektif.d) Penerang kata adverba.e) Penerang frasa sendi nama.f) Penerang bilangan ordinal.

Page 42: Frasa nama

Inti + penerang penentu

Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan keddudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti.

Ada dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu:

i. Penentu hadapan.ii. Penentu belakang.

Page 43: Frasa nama

Penentu Hadapan

Unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.Contoh:

Frasa Nama

Penentu Hadapan Inti

Bilangan Penjodoh Bilangan

lima orang askar

sepuluh buah bangunan

beratus-ratus

orang penonton

beberapa pucuk senapang

kelima-lima ekor kambing

kesemua - pekerja

segala - kelengkapan

Page 44: Frasa nama

Kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan, misalnya * sebuah keberanian. Beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala, sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya *semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas.

Page 45: Frasa nama

Penentu Belakang

Unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini. Contoh:

Frasa Nama

Inti Penentu Belakang

orang itu

rumah ini

pemenang itu

calon ini

Page 46: Frasa nama

Inti + penerang kata kerja

Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan* kepada inti. Misalnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contoh:

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 47: Frasa nama

* Makna perlakuan dibezakan daripada makna kegunaan atas dasar kegunaan ialah sifat yang khusus bagi inti itu, sementara perlakuan ialah aksi yang berkaitan dengan inti itu. Misalnya meja makan boleh juga dijadikan meja tulis, sementara serbuk perasa khusus untuk menimbulkan rasa.

Frasa Nama

Inti Penerang Kata Kerja

mesin jahit

meja makan

wad bersalin

kamar tidur

bilik menunggu

kolam renang

tarikh lahir

tuala mandi

majlis bahas

kedai gunting

meja meja tulis

Page 48: Frasa nama

Inti + penerang kata adjektif

Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contoh:

Frasa Nama

Inti Penerang Kata Adjektif

anak muda

warna merah tua

minyak wangi

bulan terang

tahun baharu

kulit putih

rumah haram

penutur asli

emas tulen

sekolah rendah

Page 49: Frasa nama

Inti + penerang kata adverba

Penerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contoh: Frasa Nama

Inti Penerang Kata Adverba

masa serentak

cara demikian

hari lusa

ketibaan nanti

hujan begitu

lawatan julung kali

kedatangan sering kali

jawapan sekali gus

kemasukan kemudian

Page 50: Frasa nama

Inti + penerang frasa sendi nama

Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat. Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Frasa Sendi Nama

Sendi Nama

Nama

rumah di bandar

wang pada saya

kehidupan pada masa ini

sumbangan kepada negara

surat dari kampung

hadiah untuk ibu

kebisingan di dewan makan

kiriman daripada abang

lawatan ke Muzium Negara

Page 51: Frasa nama

Inti + penerang bilangan ordinal

Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan, misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus, dan sebagainya yang hadir sesudah inti. Contoh:

Frasa Nama

Inti Penerang bilangan ordinal

tempat pertama

tingkat kesepuluh

bab ketiga

rukun kelima

anak kedua

pelawat keseribu

Page 52: Frasa nama

12.3.2 Binaan Frasa Nama: Inti + Inti

Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

Ada dua golongan frasa nama jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan:

i. Inti + inti dengan maksud sama erti.ii. Inti + inti dengan maksud lawan erti.

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 53: Frasa nama

Inti + inti dengan maksud sama erti

Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semcam ulangan. Contoh:

Frasa Nama

Inti Inti

tubuh badan

rakan taulan

wang ringgit

ribut taufan

hutan rimba

pinggan mangkuk

sawah ladang

hamba abdi

kampung halaman

Page 54: Frasa nama

Inti + inti dengan maksud lawan erti

Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalm binaan frasa nam jenis ini membawa makna yang berlainan. Contoh:Frasa Nama

Inti Inti

kerusi meja

lelaki perempuan

jantan betina

abang adik

ibu bapa

datuk nenek

teruna dara

saudara saudari

tuan puan

Page 55: Frasa nama

TAMAT BAHAGIAN 3

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 56: Frasa nama

12.4 Susunan Konstituen Frasa Nama

Dalam pembinaan frasa nama, ada peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu unsur yang hadir dahulu dan unsur yang hadir kemudian. Peraturan-peraturan itu adalah seperti berikut:

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 57: Frasa nama

12.4.1 Peraturan D-M (Hukum D-M)

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).

Unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh:

Page 58: Frasa nama

Penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima, seperti dalam contoh-contoh yang berikut: *Aminah Restoran, *Gigi Klinik, *Koh Klinik, *Militari Polis, *Kerinting Rambut Salon, *Tenggara Asia, kerana intinya terletak di belakang.

Frasa Nama

Diterangkan (D) Menerangkan (M)

orang lelaki

askar Melayu

kelapa sawit

baju kemeja

pam angin

penulis buku

guru bahasa

jentera pendingin

serbuk perasa

lampu gas

Sabarudin tukang kasut

Page 59: Frasa nama

12.4.2 Kecualian Hukum D-M Penerang mendahului unsur yang diterangkan. Boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan,

terutama pada nama-nama jawatan. Contoh:

Frasa Nama

Penerang (M) Yang Diterangkan (D)

perdana menteri

timbalan menteri

naib presiden

naib yang dipertua

naib canselor

timbalan pengerusi

pembantu penyelidik

ibu pejabat

Page 60: Frasa nama

12.4.3 Bilangan dan Panggilan Apabila unsur penerang itu terdiri

daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama. Contoh:

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 61: Frasa nama

Bilangan

Frasa Nama

Bilangan Penjodoh Bilangan Inti

dua orang calon

beberapa ekor binatang

sekawan - burung

sekalian - hadirin

segelintir - penduduk

semua - pasukan

ketiga-tiga helai sapu tangan

segala - perkakas

para - tetamu

sepuluh buah rumah

se- kuntum bunga

Page 62: Frasa nama

Nama Panngilan dan GelaranFrasa Nama

Panggilan/Gelaran Inti

Puan Juriah

Tun Abdul Razak

Raja Zainal

Engku Ali

Megat Terawih

Kak Timah

Datuk Menteri

Si Belang

Sang Sapurba

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 63: Frasa nama

12.4.4 Penerang

Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan penerang-penerang ini adalah seperti yang berikut:

i. Penerang adjektif yang menerangkan inti harus hadir sesudah inti itu diikuti oleh penerang-penerang yang lain, manakala penentu belakang hadir di belakang sekali. Secara aturan, susunannya adalah seperti yang berikut:

Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang*

*Walau bagaimanapun, terdapat penggunaan bentuk nama khas seperti Pejabat Pos Besar (General Post Office) yang bertentangan dengan peraturan ini.

Page 64: Frasa nama

Contoh:Frasa Nama

Inti Penerang Adjektif

Penerang Kata Nama

Penentu Belakang

kereta baharu ayah itu

pejabat lama pengurus itu

pegawai tinggi tentera ini

pintu besar asrama itu

pegawai tinggi polis ini

keluaran kasar negara itu

kotak hitam pesawat itu

baju tebal orang ini

Page 65: Frasa nama

Sekiranya kata adjektif bertugas sebagai penerang kepada inti yang berbentuk kata majmuk, maka perkataan itu boleh hadir di belakang kata majmuk. Misalnya pasaran sekuriti lengkap; lengkap ialah kata adjektif yang menerangkan kata majmuk pasaran sekuriti. Contoh-contoh lain:Kata Inti Majmuk Penerang Adjektif

tawaran bayaran balik penuh

modal pulangan sama

margin untung kasar

sistem pemercik ekonomi

zon ekonomi ekslusif

Page 66: Frasa nama

ii. Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri yang mengandungi unsur-unsur inti dan penerang.

Unsur penerang itu menerangkan unsur inti yang ada pada frasa penerang, dan bukan menerangkan unsur inti bagi frasa nama.

Kata adjektif wujud juga sesudah inti. Contoh:

Page 67: Frasa nama

Frasa Nama

Inti Penerang I(Adjektif)

Penerang II (Frasa) Penentu BelakangInti Penerang

kereta baharu ayah saya itu

pejabat lama pengurus

syarikat ini

pegawai tinggi tentera darat itu

pintu besar asrama puteri itu

pegawai tinggi polis daerah itu

keluaran kasar negara membangun

ini

kotak hitam pesawat Boeing itu

baju tebal orang Jepun itu

Page 68: Frasa nama

Hubungan unsur-unsur yang ada pada frasa nama di atas boleh ditunjukkan melalui gambar rajah berikut. Garis-garis pada gambar rajah itu menghubungkan unsur-unsur yang paling rapat dari segi makna.

kereta baharu ayah saya itu

pejabat lama pengurus syarikat ini

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 69: Frasa nama

pegawai tinggi tentera darat itu

pintu besar asrama puteri itu

pegawai tinggi polis daerah itu

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 70: Frasa nama

Kelainan daripada bentuk-bentuk tersebut ialah binaan yang terdapat di dalamnya ada dua unsur penerang atau lebih, yang terdiri daripada frasa-frasa.

Frasa penerang yang menerangkan sifat hadir selepas inti, sementara yang menerangkan milik, hasil, jenis, dan sebagainya wujud selepasnya. Contoh:

Page 71: Frasa nama

Frasa Nama

Inti Penerang I (Frasa)

Penerang II (Frasa)

Penentu Belakang

Inti Penerang

Inti Penerang

pakaian kain kapas buatan Malaysia ini

rumah harga murah binaan kerajaan -

tingkap bilik kecil rumah kami ini

bangunan pencakar

langit bentuk piramid itu

buku kulit nipis harga murah ini

guru sekolah menengah

lepasan universiti -

penghuni rumah pangsa keturunan

India itu

pegawai pangkat tinggi tentera laut -

kereta jenis mahak pengurus

besar itu

Page 72: Frasa nama

Hubungan unsur-unsur dalam frasa nama di atas dapat digambarkan melalui gambar rajah berikut:

Pakaian kain kapas buatan Malaysia ini

Rumah harga murah binaan kerajaan

Tingkap bilik kecil rumah kami ini

Page 73: Frasa nama

Bangunan pencakar langit bentuk piramid itu

Buku kulit nipis harga murah ini

Guru sekolah menengah lepasan universiti

Page 74: Frasa nama

Penghuni rumah pangsa keturunan India itu

Pegawai pangkat tinggi tentera laut

Kereta jenis mahal pengurus besar itu

Page 75: Frasa nama

iii. Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu dengan unsur yang kedua dan unsur yang pertama merujuk benda yang serupa. Contoh:Frasa Nama Subjek Predikat

Frasa Nama Frasa Nama

Seorang wanita Melayu

pemenang hadiah itu

telah tampil ke hadapan.

Sebuah jentera kecil

alat pendingin udara

terpasang di dinding itu.

Dua orang lelaki tua

penjamin pelajar itu

telah membayar hutangnya.

Sepinggan nasi goreng

pengalas perut kosong

masih terletak di atas meja.

Sebilah pisau lipat alat pencukur janggut

terselit pada sakunya.

Page 76: Frasa nama

TAMAT BAHAGIAN 4

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

Page 77: Frasa nama

12.5 Kesimpulan

Frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang kompleks.

Binaan frasa nama boleh digambarkan seperti berikut (jika dipandang dari sudut kedudukan unsur-unsurnya) :

Tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsur yang digambarkan di atas.

Jadual berikut ialah contoh unsur-unsur frasa nama yang disebutkan itu, tetapi tidak semuanya boleh hadir bersama-sama.

Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + KNIn + Pen + Pent

Page 78: Frasa nama

Bil PenjBil

Gel KNIn KNIn Pen Pen Pen Pen Pent

beberapa

orang tok guru - ilmu silat gayung - -

beratus-ratus

buah - rumah - pangsa jenis harga murah -

ketiga-tiga

orang datuk

pengarah

urusan

Perbandaran

Kemajuan Negeri Selangor itu

setiap batang

- jalan - di kawasan

luar bandar - -

semua - - pengerusi

- sidang panel seminar kebangsaan

itu

beberapa

buah - kerusi meja bilik persidangan

fakulti - itu

para - - ibu bapa murid-murid

sekolah menengah

vokasional

itu

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/