frasa kerja dengan objek

Upload: ieda-iedah

Post on 05-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    1/11

    RIS

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    BML 3063 : SINTAKSIS BAHASA MELAYU

    TAJUK TUGASAN :

    FRASA KERJA DENGAN OBJEK : ANALISIS KANDUNGAN TEKS

    NAMA PELAJAR :

    SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM

    D20091035632

    PENSYARAH :

    DR. HJ. ZULKEFLEE HJ. YAACOB

    FAKULTI :

    FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    SEMESTER :

    SEMESTER 2 SESI 2012

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    2/11

    SENARAI KANDUNGAN

    Muka Surat

    Dedikasi i

    Penghargaan ii

    BAB PENGENALAN

    1 i) Latar Belakang 1

    ii) Objektif Kajian 1

    iii) Batasan Kajian 1

    iv) Tatacara Tugasan 2

    v ) Definisi 2

    BAB PERBINCANGAN

    2 2.1 Analisis Binaan Frasa Kerja Dengan

    Objek 3

    2.1.1 Frasa Kerja Dengan Satu Objek 4

    2.1.2 Frasa Kerja Dengan Dua Objek 5

    2.2 Analisis Binaan Frasa Kerja Dengan

    Objek 6

    BAB KESIMPULAN3 Rumusan 7

    BIBLIOGRAFI 8

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    3/11

    DEDIKASI

    Khas buat pendorong kami yang setia,

    Ibu dan ayah..

    Serta seisi keluarga.

    Kepada pensyarah yang kami kasihi,

    Dr. Hj. Zulkeflee Hj. Yaacob,

    Segala ilmu dan tunjuk ajar sangat kami hargai.

    Sahabat-sahabat seperjuangan,

    Semua ahli kumpulan Sintaksis..

    Yang tidak pernah jemu berkongsi ilham.

    i

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    4/11

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia

    dan keizinanNya akhirnya dapat juga saya menyempurnakan tugasan individu

    Sintaksis Bahasa Melayu yang telah diamanahkan kepada saya.

    Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Dr. Hj.

    Zulkeflee Hj. Yaacob selaku pensyarah bagi kursus Sintaksis Bahasa Melayu diatas

    segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat sepanjang tempoh penuisan

    tugasan ini. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.

    Sekalung penghargaan buat teman-teman seperjuangan yang sama-sama

    berusaha untuk menyiapkan tugasan ini. Segala perkongsian ilmu yang dilakukan

    amat saya hargai.

    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga yang

    menjadi nadi pendorong kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Segala yang

    baik adalah kurniaan Allah dan kelemahan adalah fitrah dalam diri manusia.

    Sekian, terima kasih.

    ii

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    5/11

    BAB

    1

    PENGENALAN

    1.1 Latar belakang

    Frasa merupakan deretan kata atau binaan ayat yang terdiri daripada satu perkataan

    atau lebih. Frasa kerja ialah binaan ayat yang boleh terdiri daripada satu perkataan

    atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu

    kata kerja dengan objek (kata kerja transitif) dan kata kerja tanpa objek (kata kerja

    tak transitif). Frasa kerja dengan objek hendaklah mengandungi kata nama sebagai

    objek atau penyambutnya untuk melengkapkan frasa kerja. Frasa-frasa kerja yang

    mengandungi kata nama sebagai objek terbahagi kepada dua iaitu frasa kerja yang

    mengandungi satu objek dan frasa kerja yang mengandungi dua objek.

    1.2 Objektif kajian

    1. Mengenalpasti frasa dalam binaan ayat : Aspek frasa kerja dengan

    objek

    2. Menganalisis binaan frasa kerja dengan objek dalam teks tugasan.

    1.3 Batasan kajian

    Kata kerja mempunyai pembahagian kepada dua bahagian iaitu kata kerja dengan

    objek dan kata kerja tanpa objek. Namun demikian, perbincangan ini hanya

    berfokuskan kepada frasa kerja dengan objek atau frasa kerja transitif. Frasa kerja

    dengan objek akan diterangkan lagi berdasarkan contoh-contoh binaan ayat bagi

    menampakkan dengan lebih jelas mengenai frasa kerja dengan objek.

    1.4 Tatacara tugasan

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    6/11

    Tatacara yang telah digunakan dalam menyiapkan analisis ini adalah dengan

    membaca keseluruhan bab 2 buku Sosiolinguistik Wacana PPSMI dan yang Indah

    Bahasa dan mengenalpasti frasa kerja dengan objek dengan menggunakan skala 5.

    1.5 Definisi dan konsep

    Frasa dianggap oleh Zaba (1965) sebagai rangkai kata. Abdullah Hassan (2002

    :233) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan perkataan. Nik Safiah et al.

    (1993 : 416) mendefinisikan frasa sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu

    susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu

    perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

    Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh berkenaan, frasa dapat disimpulkan sebagai

    bentuk-bentuk kata yang disusun menjadi rangkai kata.

    Frasa kerja dengan objek merupakan frasa kerja yang mempunyai kata nama

    sebagai objek yang menjadi penyambutnya. Frasa kerja ini mempunyai kata nama

    sebagai objek dan merupakan kata kerja yang dibentuk oleh kata kerja transitif

    sebagai intinya (Nik Safiah Karin et al. (1993:556).

    BAB

    2

    PERBINCANGAN

    2.1 Analisis binaan frasa kerja dengan objek

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    7/11

    Binaan frasa kerja dengan objek terbentuk daripada satu perkataan saja ataupun

    deretan perkataan. Binaan frasa kerja dengan objek juga dipanggil sebagai binaan

    kata kerja transitif sebagai inti dan diikuti oeleh kata nama sebagai penyambut dan

    pelengkapnya. Frasa kerja transitif merupakan frasa kerja yang tidak dapat berdiri

    sendiri dan memerlukan objek untuk melengkapkan maksud ayat tersebut.

    Contohnya frasa kerja dengan objek adalah seperti berikut.

    Ali membaca buku.

    Kata kerja Objek

    Perkataan membaca tidak dapat berdiri sendiri dan tidak membawa sebarang

    makna tanpa disokong oleh objek iaitu perkataan buku. Perkataan buku yang

    menjadi objek kepada frasa kerja berkenaan telah melengkapkan maksud ayat

    tersebut.

    Objek ialah kata nama yang berada dibelakang kata kerja transitif dan

    berfungsi sebagai subjek jika ayat tersebut menjadi ayat pasif. Contohnya :

    1. Pak Ali mengunjungi keluarga kami.

    2. Kelurga kami dikunjungi oleh Pak Ali.

    Ayat 1 menunjukkan objek berada di belakang kata kerja dalam ayat aktif.

    Tetapi apabila dipasifkan ayat tersebut (ayat 2) maka objek berada di hadapan ayat

    menjadi subjek kepada ayat tersebut.

    Binaan frasa kerja dengan objek boleh dibahagikan kepada dua iaitu frasa

    kerja yang mengandungi satu objek dan frasa kerja yang mengandungi dua objek.

    2.1.1 Frasa kerja dengan satu objek

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    8/11

    Frasa kerja dengan satu objek ialah frasa kerja yang hanya mempunyai satu

    objek sebagai penyambut ayat berkenaan. Contoh bagi frasa kerja dengan

    satu objek ialah :

    Frasa kerja

    Menaiki kereta

    Menjawab surat itu

    Menenangkan suasana itu

    Kata kerja Mendekati banggunan itu

    Objek

    Kata kerja bagi contoh berkenaan ialah menaiki, menjawab, menenangkan

    dan mendekati dan diikuti oleh objek seperti kereta, surat itu, suasana itu dan

    banggunan itu bagi melengkapkan maksud setiap frasa kerja berkenaan.

    2.1.2 Frasa kerja dengan dua objekFrasa kerja dengan dua objek mengandungi dua objek sebagai kata nama

    yang mendukung maksud objek tepat dan objek sipi. Objek tepat merupakan

    objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja tersebut

    dan objek sipi pula merupakan objek yang tidak menjadi penyambut secara

    langsung bagi kata kerja dala ayat tersebut. Contohnya ialah :

    Anita membelikan baju untuk adiknya.

    Kata kerja Objek tepat Objek sipi

    Berdasarkan daripada contoh berikut perkataan membelikan

    merupakan kata kerja diikuti oleh perkataan baju yang mendukung maksud

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    9/11

    sebagai objek tepat selepas kata kerja dan perkataan adiknya merupakan

    objek sipi yang menerangkan mengenai kata kerja dan objek tepat berkenaan.

    2.2 Analisis binaan frasa kerja dengan objek

    Antara analisis binaan frasa kerja dengan objek adalah seperti yang berikut :

    Muka

    surat

    Analisis binaan frasa

    kerja dengan satu objek

    Analisis binaan frasa

    kerja dengan dua objek

    Jumlah

    keseluruhan

    97 - - -

    102 4 - 4

    107 4 2 6

    112 1 4 5

    117 - 1 1122 3 - 3

    127 6 2 8

    132 7 1 8

    137 4 2 6

    142 4 3 7

    147 3 5 8

    152 - 4 4

    157 5 1 6

    162 1 - 1

    167 3 2 5

    Jumlah keseluruhan 72

    Terdapat sebanyak 72 frasa kerja dengan objek yang terdapat dalam analisis

    teks termasuklah frasa kerja dengan satu objek dan frasa kerja dengan dua objek.

    Sebanyak 45 frasa kerja dengan objek tepat telah dijumpai dalam analisis berkenaan

    dan 27 frasa kerja yang menggunakan dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi.

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    10/11

    Berdasarkan kepada jumlah keseluruhan analisis bab 2 buku Sosiolinguistik Wacana

    PPSMI dan yang Indah Bahasa dapat disimpulkan bahawa penggunaan kata kerja

    dengan satu objek lebih kerap digunakan berbanding dengan kata kerja dengan dua

    objek.

    BAB

    3

    KESIMPULAN

    3.1 Rumusan

    Daripada apa yang telah dibincangkan dalam bab ini, bolehlah disimpulkan bahawa

    frasa kerja dengan objek dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang penuh

    peraturan dan kompleks. Namun demikian, jika dipandang dari sudut kedudukan

    unsur-unsurnya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti berikut:

    1. Kata Kerja + Objek tepat2. Kata Kerja + Objek tepat + Objek sipi

    Urutan kata dalam frasa kerja dengan objek bagi bahasa Melayu ada yang tetap dan

    ada yang berlaku pembalikan urutan. Perubahan urutan kadangkala boleh

    mengekalkan maksud atau merubah sesuatu maksud bagi frasa kerja dengan objek.

    Ini dapat dibuktikan dengan dapatan analisis seperti dalam bab perbincangan yang

    telah dilakukan.

  • 7/31/2019 FRASA KERJA DENGAN OBJEK

    11/11

    BIBLIOGRAFI

    Ahmad Khair Mohd Nor (2003). Pengantar sintaksis bahasa melayu : tatabahasa :

    ayat . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood

    (2008). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Zulkeflee Yaacob (2011). Sosiolinguistik : wacana ppsmi dan yang indah bahasa .

    Kelantan : Penerbit BMS (Bunga Melayu Solutions)