newsletter sekitar jpa edisi 4 bagi 1 – 31 mac 2015 · ini merupakan salah satu inisiatif...

12
1 S ekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 4: 1—31 Mac 2015 MENARIK DI DALAM Karnival JPA4U ……………………………..2 Program JPA4U-PSYCARE Outreach Psikologi ... 3 Pelancaran HRMIS 2.0 .................................. 5 FitMalaysia@Perkhidmatan Awam ………………….. 9 KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015 Program Biasiswa Nasional yang telah memasuki tahun ke-6 sejak ia mula diperkenalkan bermula dengan penawaran kepada hanya 30 orang pelajar sebelum ditingkatkan kepada 50 orang pelajar mulai tahun 2012. Program ini merupakan satu program penajaan yang berprestij kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM dalam bidang akademik untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia di dalam dan di luar negara. Pelajar-pelajar akan ditaja bermula dari peringkat persediaan sehinggalah ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang. Ini seiring dengan langkah-langkah pembangunan modal insan yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan dalam menuju era negara maju. Majlis yang diadakan pada hari ini membuktikan bahawa Kerajaan terus komited untuk mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar seiring dengan matlamat negara untuk mencapai high income nation. Sehubungan itu, pembangunan modal insan yang berterusan dan terancang akan memastikan bilangan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi terus meningkat dalam menghasilkan ‘pool of talent for the future’. Justeru, Kerajaan amat berharap supaya pelaburan jangka panjang melalui program penajaan seumpama ini dapat menghasilkan modal insan berkualiti bagi meneruskan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Pada tahun ini, dasar penajaan di bawah program tersebut diteruskan dengan menawarkan penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2014 untuk mengikuti pengajian ke universiti terkemuka dalam bidang- bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. Pelajar- pelajar ini akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian ke luar negara. MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN BIASISWA NASIONAL TAHUN 2015

Upload: lenhan

Post on 28-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

1

Sekitar JPA Kupasan Perjalanan Transformasi JPA Edisi 4: 1—31 Mac 2015

MENARIK DI DALAM

Karnival JPA4U

……………………………..2

Program JPA4U-PSYCARE

Outreach Psikologi ... 3

Pelancaran HRMIS 2.0

.................................. 5

FitMalaysia@Perkhidmatan

Awam ………………….. 9

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2015 – Program Biasiswa Nasional yang telah memasuki tahun ke-6 sejak ia mula diperkenalkan bermula dengan penawaran kepada hanya 30 orang pelajar sebelum ditingkatkan kepada 50 orang pelajar mulai tahun 2012. Program ini merupakan satu program penajaan yang berprestij kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM dalam bidang akademik untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia di dalam dan di luar negara. Pelajar-pelajar akan ditaja bermula d a r i p e r i n g k a t p e r s e d i a a n sehinggalah ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang. Ini seiring dengan langkah-langkah pembangunan modal insan yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan dalam menuju era negara maju.

Majlis yang diadakan pada hari ini membuktikan bahawa Kerajaan terus komited untuk mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar seiring dengan matlamat negara untuk mencapai high income nation. Sehubungan itu, pembangunan modal insan yang berterusan dan

terancang akan memastikan bilangan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi terus meningkat dalam menghasilkan ‘pool of talent for the future’. Justeru, Kerajaan amat berharap supaya pelaburan jangka panjang melalui program penajaan seumpama ini dapat menghasilkan modal insan berkualiti bagi meneruskan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Pada tahun ini, dasar penajaan di bawah program tersebut diteruskan dengan menawarkan penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM tahun 2014 untuk mengikuti pengajian ke universiti terkemuka dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus p e r s e d i a a n d i p u s a t - p u s a t persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Setiap pelajar dikehendaki mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan semasa di peringkat persediaan bagi melayakkan mereka meneruskan pengajian ke luar negara.

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN

BIASISWA NASIONAL TAHUN 2015

Page 2: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

2

Pada 12 Mac 2015, telah diadakan Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan Mac anjuran Bahagian Perkhidmatan. Tema perhimpunan bulanan pada kali ini ialah “TransNovasi—Transformasi Inovasi; Segalanya Bermula di Sini.” Tema ini dipilih kerana aspirasi untuk menjayakan matlamat Transformasi Perkhidmatan Awam memerlukan pembudayaan ino-vasi yang berterusan dan setiap dari warga JPA merupakan komponen utama dalam menjayakannya.

Terdapat segmen istimewa dalam perhimpunan kali ini iaitu persembahan sajak muzikal oleh Kumpulan Sayap TransNovasi. Penyampai sajak kumpulan ini merupakan gabungan para pegawai yang merentas Bahagian di JPA. Manakala alunan muzik selingan dimainkan oleh para pegawai dari JPA, MAMPU dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai Jabatan dan Agensi dalam pelaksanaan sesuatu program.

Selain itu, pemenang Sukan Rasmi JPA bagi tahun 2014 juga diumumkan. Tahniah kepada INTAN kerana telah menjadi Johan keseluruhan Sukan Rasmi JPA!

PERHIMPUNAN BULANAN JPA

SERDANG, 9 MAC 2015 – Karnival JPA4U merupakan majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang julung kalinya diadakan untuk memberi maklumat kepada orang awam berkaitan penajaan pendidikan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JPA seperti informasi berkaitan perkhidmatan persaraan, perkhidmatan psikologi, dan transformasi perkhidmatan awam. Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran pendidikan oleh pihak Universiti Awam dan IPTS dari dalam dan luar Negara, jualan karavan tani dan pemeriksaan kesihatan untuk orang awam yang hadir. Selain itu, karnival ini turut menyediakan taklimat berkaitan penajaan pendidikan kepada lebih 300 pelajar sekolah menengah yang terdiri dari sekolah sekitar WP Putrajaya dan Lembah Klang.

JPA telah mengorak langkah ke hadapan dengan membawa Karnival JPA4U kepada semua yang hadir ke majlis ini dan juga orang awam yang berminat mendapat-kan perkhidmatan JPA. Seiring dengan matlamat Kerajaan sebagai pemudah cara kepada rakyat, konsep ‘JPA Cares For U’ diterapkan melalui semua program JPA4U. Penubuhan JPA4U adalah bertujuan untuk mendekatkan JPA dengan masyarakat umum melalui program-program kemasyarakatan dan sukarelawan.

PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP)

Karnival JPA4U pada kali ini diadakan bersekali dengan Taklimat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) Program Hadiah Latihan Persekutuan atau lebih dikenali sebagai HLP mula diperkenalkan pada tahun 1968 atas nama Colombo Plan Scholarship. Sebagai salah satu mekanisme pelaburan pembangunan modal insan, HLP disediakan kepada Pegawai Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan PhD dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa.

Tahun ini sebanyak 532 calon yang telah berjaya ditawarkan HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa. Daripada jumlah tersebut, seramai 500 calon telah berjaya dipilih untuk menerima HLP dan 32 calon berjaya dipilih untuk menerima Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa, merangkumi calon Ph.D dan Sarjana. Syarat-syarat pemilihan calon kali ini bukan sahaja tertakluk kepada pencapaian akademik, tetapi juga mengambil kira pemilihan bidang dan pengkhususan pegawai mengikut keperluan perkhidmatan.

KARNIVAL JPA4U

Page 3: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

3

KANGAR, PERLIS 12 MAC 2015 – Program JPA4U-PSYCARE Outreach Psikologi Zon Utara Tahun 2015 merupakan program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (SUK Perlis). Program ini turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan JPA seperti Bahagian Pasca Perkhidmatan bagi memberi perkhidmatan tentang 1Pesara dan Bahagian Modal Insan tentang penawaran biasiswa kepada pelajar. Tema program pada kali ini adalah “Kesejahteraan Psikologi Tunjang Transformasi Perkhidmatan Awam” dan merupakan satu tema yang menjadi komponen penting dalam menentukan tahap pencapaian individu.

Program PsyCARE Outreach ini merupakan satu inisiatif dalam Merakyatkan Perkhidmatan Awam dan salah satu program di bawah flagship JPA4U. Ia merupakan usaha turun padang Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mendekati pelanggan dan rakyat dengan mendengar dan melihat sendiri keperluan serta ekspektasi mereka terhadap perkhidmatan psikologi dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh JPA. Ia juga menjadi satu platform dalam mening-katkan hubungan kerjasama antara agensi pusat dan kerajaan negeri dalam perkongsian sumber serta kepakaran demi kesejahteraan dan manfaat bersama. Program pada kali ini adalah satu bentuk kerjasama strategik yang sangat baik serta selaras dengan seruan kepimpinan negara agar penjawat awam sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat.

PROGRAM JPA4U-PSYCARE OUTREACH PSIKOLOGI

Di samping itu, diadakan juga Sesi Taklimat Faedah Persaraan oleh Dato’ Yeow Chin Keong kepada sejumlah 160 orang pesara yang hadir. Sesi ini diadakan untuk mendekatkan perkhidmatan JPA kepada rakyat di samping membantu menjawab persoalan dan kemusykilan para pesara terhadap isu-isu pencen.

“Kita mesti sentiasa berubah, sentiasa mencari kelainan, sentiasa melakukan penambahbaikan secara berterusan dan sentiasa berinovasi bagi

mencapai kecemerlangan.” —Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Majlis Persada Gemilang JPA 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PEMANGKUAN

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT, KEMAS

Pada 16 Mac 2015, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Pemangkuan Pegawai Pembangunan Masyarakat, KEMAS.

Majlis ini disampaikan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) kepada tiga orang Pegawai Gred Utama Jusa C dan 40 orang pegawai Pengurusan dan Profesional dari gred 44 ke gred 54.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri KSN mengingatkan para pegawai untuk meneruskan kecemerlangan bertugas dengan penuh integriti dan mengamalkan budaya kerja turun padang dan ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ agar perkhidmatan yang diberikan sampai kepada rakyat dan mengurangkan persepsi negatif rakyat terhadap penjawat awam.

“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah.” - Hamka

Page 4: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

4

“Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.” -James Allen-

MAJLIS MAKAN MALAM KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA-SAMA

PESERTA KURSUS KADET PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK BIL. 1/2014

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

BERSAMA-SAMA PESERTA KURSUS KADET PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK

BIL. 1/2014

Program bersama Peserta Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bilangan 1/2014 diteruskan lagi dengan Majlis Makan Malam Beradat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 19 Mac 2015. Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya ini melibatkan kehadiran Pegawai Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN.

Dalam Amanat Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, beliau mengingatkan para peserta Kursus Kadet PTD untuk menjadi role model serta memiliki nilai dan etika kerja yang cemerlang. Para peserta juga perlu menjiwai lapan prinsip transformasi seperti yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam dan Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2014 Peringkat Kebangsaan iaitu Berilmu, Kebolehpercayaan, Budaya Amalan Kerja Terbaik, Semangat Patriotik, Budaya Keberhasilan Berteraskan Hasil, Kreativiti dan Inovasi, Nilai Tambah dan Kompetensi dan Pemuafakatan Kerja.

Peserta Kadet PTD seramai 145 orang ini yang terdiri daripada 62 peserta lelaki dan 83 peserta wanita telah melalui hamper setahun kursus yang melibatkan 20 Modul Diploma Pengurusan Awam di INTAN Bukit Kiara dan 12 Modul Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam di Universiti Malaya.

Pada 18 Mac 2015 telah berlangsung Majlis Makan Malam Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama-sama Peserta Kursus Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bilangan 1/2014 di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis Makan Malam yang bersifat kasual ini dimulakan dengan amanat daripada Tan Sri Dr. Ali Hamsa, diikuti dengan jamuan makan malam yang disusuli oleh persembahan khas daripada para peserta kursus sendiri.

Seramai 145 orang peserta kadet PTD memulakan kursus bermula 16 Mac 2014 sehingga 20 Mac 2015 di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Mereka melalui Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama tujuh bulan dan diikuti Kursus Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) selama lima bulan.

Dalam amanat beliau, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berpesan kepada peserta kadet PTD untuk sentiasa mengamalkan budaya kerja yang profesional, berintegriti dan berjiwa rakyat selaras dengan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ apabila berada dalam Perkhidmatan Awam. Beliau percaya bahawa pembangunan kendiri dan sahsiah peserta sepanjang melalui kursus selama setahun ini akan melahirkan pegawai Perkhidmatan Awam yang berdisiplin, kreatif dan inovatif serta bersemangat patriotik.

Page 5: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

5

Majlis Pelancaran HRMIS 2.0 dan Program What’s Up HRMIS telah diadakan pada 24 Mac 2015 di Auditorium JPA. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Pengarah serta Pegawai Kanan dan Wakil Jabatan dan Agensi seluruh Malaysia.

Majlis pada hari tersebut telah melancarkan HRMIS 2.0 versi baharu yang menambah baik sistem HRMIS sedia ada dari segi prestasi tidak memuaskan, tidak mesra pengguna kerana perlu banyak klik, teknologi lama dan pelayar tunggal iaitu menggunakan Internet Explorer sahaja. HRMIS 2.0 telah menyuntik ciri-ciri User Interface baharu yang lebih mesra pengguna dengan pengurangan jumlah klik, bilangan menu dan juga page. Ia juga boleh dicapai melalui pelbagai pelayar dan berupaya untuk diakses secara mobile melalui pelbagai peranti. Maka, bermula 25 Mac 2015, tiada lagi masalah buat penjawat awam untuk mencapai HRMIS melalui telefon pintar atau tablet, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Bagi memberi nilai tambah kepada HRMIS 2.0 ini, JPA juga telah melancarkan satu inovasi baharu iaitu aplikasi MyHRMIS Cuti dan MyHRMIS Profile di bawah projek myGov Mobile pada bulan Disember 2014. Aplikasi ini boleh dicapai melalui telefon pintar dan tablet yang menggunakan platform android. Kedua-dua aplikasi tersebut boleh juga dimuat turun melalui iPhone dan Ipad yang menggunakan platform iOS. Usaha seperti ini merupakan elemen kreativiti dan inovasi di bawah transformasi Perkhidmatan Awam.

MAJLIS PELANCARAN HRMIS 2.0

MAJLIS KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK MALAYSIA 2015

Pada 29 Mac 2015, telah berlangsung Majlis Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Malaysia 2015 di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, Selangor. Majlis ini telah dihadiri oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, merangkap Yang Dipertua MAKSWIP, serta barisan Ahli Jawatankuasa Kerja MAKSWIP, Setiausaha–Setiausaha Kehormat Badan Gabungan MAKSAK; Ketua – Ketua Kontinjen, Pengurus – Pengurus Pasukan; dan para peserta Kejohanan Bola Sepak MAKSAK Malaysia Tahun 2015. Sebanyak 15 kontinjen telah menyertai acara Veteran dan Terbuka dalam kejohanan pada kali ini. Penganjuran kejohanan ini sangat menepati objektif kedua MAKSAK Malaysia iaitu “menjadikan program yang dijalankan sebagai satu landasan untuk anggota-anggota Perkhidmatan Awam memupuk dan mengeratkan tali silaturrahim dan semangat setia kawan tanpa mengira batasan sempadan kenegerian, kumpulan perkhidmatan dan peringkat jawatan”.

Kejohanan yang kita anjurkan telah berjaya menyatukan penjawat awam pelbagai bangsa, keturunan, gred jawatan dan negeri untuk bersama-sama memerah keringat serta meletakkan komitmen dan disiplin yang tinggi, untuk memenangi atau menjadi johan di dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang!

Semoga semangat kerjasama yang sedia terjalin kembali bersatu ke arah meningkatkan nama baik Perkhidmatan Awam.

Page 6: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

6

“I am the greatest, I said that even before I knew I was.”—Muhammad Ali

AMANAT KSN & PENYAMPAIAN SURAT PENEMPATAN PTD GRED M41

TAHUN 2015

Pada 25 Mac 2015, telah diadakan Amanat Ketua Setiausaha Negara dan Majlis Penyampaian Surat Penempatan PTD Gred M41 bagi tahun 2015 di INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Seramai 142 orang pegawai PTD Gred M41 telah menerima surat penempatan daripada Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Dalam amanat beliau yang disampaikan dalam bahasa Inggeris, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menekankan akan kepentingan menguasai bahasa Inggeris dengan baik agar penyampaian dilakukan dengan berkesan. Di samping itu, pegawai PTD juga seharusnya membuat kajian dan penyelidikan secara terperinci dan bersifat analitikal sewaktu mempertimbangkan sesuatu keputusan. Mengakhiri ucapan beliau, Tan Sri juga mengingatkan pegawai agar sentiasa memperbaiki diri dengan menambah pengetahuan, kemahiran dan menimba pengalaman dengan menawarkan diri untuk terlibat dalam pelaksanaan sesuatu projek dan program di jabatan masing-masing.

PERTEMUAN KPPA BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI CUEPACS

Pada 20 Mac 2015, telah diadakan Pertemuan KPPA Bersama Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS di Institut Penilaian Negara. Sesi pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik antara JPA dan CUEPACS sejajar dengan matlamat transformasi Perkhidmatan Awam ke arah berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat. Pertemuan ini juga adalah yang pertama pada tahun 2015 dalam siri program yang telah dirancang oleh pihak urus setia. Tema perjumpaan ini adalah “Komunikasi Harmoni Pencetus Transformasi.”

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal meminta rakan-rakan CUEPACS agar dapat duduk berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan sebarang isu penjawat awam yang timbul agar rakyat tidak mempunyai persepsi yang negatif terhadap penjawat awam yang dikatakan tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kerajaan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada CUEPACS yang mewakili kesatuan-kesatuan lain untuk mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan Awam serta menjaga kebajikan penjawat awam itu sendiri.

Di samping itu, produktiviti penjawat awam perlu ditingkatkan bagi membuktikan kepada pekerja di sektor swasta dan rakyat secara umumnya bahawa, apa yang diberi oleh Kerajaan kepada penjawat awam adalah berbaloi dengan hasil yang diperoleh rakyat. Mengakhiri ucapan beliau, Tan Sri berharap agar pihak CUEPACS berkongsi pandangan dengan JPA tentang kaedah pengukuran produktiviti yang wajar diguna pakai untuk mengukur produktiviti Perkhidmatan Awam, dan mengemukakan laporan yang lengkap dan padat bagi membantu pihak JPA untuk melaksanakan kajian yang sempurna untuk pertimbangan pemimpin tertinggi negara.

Page 7: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

7

Pada 27 Mac 2015, telah berlangsung Majlis Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 di Dewan Putra A, PICC. Majlis ini diadakan bertujuan untuk merasmikan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015—Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum-Maksimum.

Satu sesi taklimat juga diadakan kepada Pegawai Sumber Manusia (PSM) Jabatan, Kementerian, Pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Agensi. PSM yang hadir kemudiannya akan membuat hebahan dan taklimat kepada pegawai di jabatan dan agensi masing-masing agar penjawat awam memahami intipati pekeliling baharu ini.

Sepanjang tempoh 15 tahun, Kerajaan telah melaksanakan sekurang-kurangnya lapan (8) kali penambahbaikan ke atas gaji penjawat awam. Kerajaan juga melaksanakan satu keputusan transformatif yang melakarkan sejarah baru dalam sistem saraan dengan adanya Pekeliling ini, di mana penjawat awam tidak lagi terikat dengan gaji maksimum seperti pelaksanaan semasa, tetapi boleh diberi kenaikan gaji yang secara langsung dapat meningkatkan motivasi, seterusnya produktiviti penyampaian perkhidmatan. Pihak Cuepacs juga telah dilibatkan dalam merangka pekeliling ini melalui perbincangan pada 6 November 2014. Ini selaras dengan komitmen JPA bagi melaksanakan ‘engagement’ dengan pihak-pihak berkepentingan dalam sesuatu penggubalan dasar baru.

MAJLIS TAKLIMAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 2015

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-33

Pada 26 Mac 2015, telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA ke—33 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa, selaku Penasihat PUSPANITA, Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang Di Pertua PUSPANITA, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan, serta ahli-ahli PUSPANITA di Malaysia.

Dalam ucapan perasmian, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menyeru supaya PUSPANITA mengorak langkah dan melaksanakan amanah yang diberikan untuk memartabatkan peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan Negara. Dalam masa yang sama, PUSPANITA perlu berani melakukan transformasi dengan melaksanakan program–program di luar jangkauan dan dalam masa yang sama memperjelaskan dasar serta hasrat Kerajaan kepada ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat.

Tan Sri juga memuji PUSPANITA yang berjaya menjalankan peranan sebagai Rakan Perkhidmatan Awam yang baik. Ahli–ahli PUSPANITA disarankan untuk memainkan peranan membantu Kerajaan menjayakan dasar-dasar Kerajaan di samping menangani peningkatan kos sara hidup dengan mengamalkan

berhemah dan juga mengamalkan tips membeli belah. Selain itu, ahli–ahli PUSPANITA juga boleh menjadi agen Kerajaan

dengan melaporkan kepada pihak berwajib peniaga-peniaga yang mengenakan harga yang tinggi dan tidak munasabah ke

atas barangan jualan mereka. Peranan yang dimainkan ini bukan sahaja dapat membantu pihak Kerajaan, tetapi membantu

masyarakat itu sendiri supaya rakyat tidak terbeban dan dapat hidup dalam keadaan sejahtera.

Page 8: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

8

PROGRAM TRANSHARE: SESI PERJUMPAAN KPPA

BERSAMA-SAMA PEGAWAI JPA GRED 48 & 52

Pada 31 Mac 2015, telah diadakan Program TranShare KPPA bersama Pegawai JPA Gred 48 di Dewan Mezzanine, JPA. Program ini merupakan salah satu program yang dirancang di bawah program pengurusan perubahan (change management), Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada seluruh warga JPA menyalurkan idea dan pandangan berkenaan program transformasi yang sedang dan telah dilaksanakan. Selain itu, platform luahan rasa berkenaan isu-isu transformasi juga disediakan melalui program ini.

Seramai 142 orang pegawai Gred 48 & 52 telah hadir ke Program ini. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dalam ucapannya telah menyentuh tentang kepentingan pegawai untuk meningkatkan sistem penyampaian yang berkesan dan memberi layanan yang baik kepada pelanggan. Tan Sri juga mengingatkan pengawai agar menyokong dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan dan mereka seharusnya mampu menerangkan polisi-polisi kerajaan kepada orang awam. Tan Sri juga berpesan agar para pegawai sentiasa mengekalkan budaya kerja berintegriti, kreatif dan inovatif dalam mentransformasikan Perkhidmatan Awam.

LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK

Pada 23 hingga 25 Mac 2015, BTSA dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Negeri Perak telah menganjurkan Lab Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) Negeri Perak, bertempat di Dewan Bankuet, PSUK Negeri Perak. LTPA Negeri Perak merupakan LTPA ketiga dilaksanakan di peringkat negeri selepas LTPA SUK Perlis yang telah diadakan pada 25-27 November 2014 dan LTPA Jabatan Ketua Menteri Sabah yang diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2015. Program ini merupakan salah satu inisiatif strategik di bawah flagship JPA4U-Outreach. Lab ini bertujuan untuk membangunkan Pelan Transformasi Negeri Perak di samping mengukuhkan kolaborasi strategik antara JPA dan Kerajaan Negeri Perak.

LTPA Negeri Perak telah dihadiri oleh 84 orang peserta yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian, Pegawai Daerah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran/Daerah, Pengarah Jabatan dan Agensi di Negeri Perak. Majlis penutup bagi LTPA Negeri Perak telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Razali bin Othman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak. Beliau dalam ucapan penutup menyatakan Pelan Transformasi Negeri Perak seharusnya komprehensif dan mampu memberi impak untuk mentransformasikan Negeri Perak bagi mencapai matlamat Gagasan Perak Aman Jaya dan seterusnya agenda nasional ke arah sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Beliau juga berharap pelaksanaan Pelan Transformasi Negeri Perak ini dapat memenuhi ekspektasi rakyat Negeri Perak.

Page 9: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

9

FITMALAYSIA@PERKHIDMATAN AWAM

Pada 31 Mac 2015, buat julung-julung kalinya telah diadakan Program FitMalaysia@Perkhidmatan Awam di Dataran Kompleks C, Putrajaya. Program ini diadakan hasil kerjasama JPA dengan Kementerian Belia dan Sukan di bawah payung JPA4U.

Yang Berhormat Khairy Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian serta wakil Jabatan dan Agensi hadir ke Program ini. FitMalaysia merupakan satu gerakan secara besar-besaran atau National Movement di seluruh negara yang akan membawa Malaysia dari Sports Loving Nation kepada Sporting Nation. Ia juga merupakan satu pendekatan terhadap perubahan gaya hidup masyarakat secara keseluruhan. FitMalaysia memberi fokus bukan hanya tentang amalan gaya hidup sihat, tetapi memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama-sama sihat melalui penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal, atau melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama rakan sekerja.

Dalam program ini, Encik Khairy Jamaludin juga menyerahkan Geran Pembangunan Sukan bernilai RM200,000 kepada Kelab JPA. Melalui sumbangan yang diberikan ini, JPA akan merancang beberapa aktiviti bagi manfaat penjawat awam. Antaranya ialah penubuhan JPA4U Cycling Team dan menganjurkan Program Seribu Kayuhan@Penjawat Awam dengan penglibatan semua Kementerian dan Agensi pada setiap bulan. Di samping itu, JPA akan menumpukan kepada pemerkasaan dan pembangunan Sukan Teras iaitu Bola Sepak dengan menghantar pegawai ke program latihan yang lebih intensif. JPA juga akan meneruskan program FitMalaysia@Perkhidmatan Awam pada setiap hari Selasa, bermula jam 5.45 petang dan terbuka kepada seluruh penjawat awam di kawasan sekitar Kompleks C.

Sumbangan yang diberikan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam aktiviti dan program rekreasi dan riadah yang akan memberi manfaat kepada warga JPA.

“There may be people that have more talent than you, but there is no excuse for anyone to work harder

than you do.” – Derek Jeter, professional American baseball player

Page 10: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

10

PROGRAM-PROGRAM JPA SEPANJANG BULAN MAC 2015

PERHIMPUNAN BULANAN JPA - 12 MAC 2015

PERTEMUAN KPPA BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI

CUEPACS - 20 MAC 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PEMANGKUAN PEGAWAI

PEMBANGUNAN MASYARAKAT — 16 MAC 2015

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KPPA BERSAMA

PESERTA KURSUS KADET PTD BIL. 1/2014 - 19 MAC

LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

PERAK—23 HINGGA 25 MAC 2015

MAJLIS MAKAN MALAM KSN BERSAMA PESERTA

KURSUS KADET PTD BIL. 1/2014—18 MAC 2015

PROGRAM JPA4U-PSYCARE OUTREACH PSYCHOLOGY -

12 MAC 2015 KARNIVAL JPA4U - 9 MAC 2015

Page 11: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

11

PROGRAM-PROGRAM JPA SEPANJANG BULAN MAC 2015

MAJLIS KEJOHANAN BOLA SEPAK MAKSAK MALAYSIA 2015 – 29 MAC 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT TAWARAN

BIASISWA NASIONAL TAHUN 2015 - 31 MAC 2015 FITMALAYSIA@PERKHIDMATAN AWAM - 31 MAC 2015

PROGRAM TRANSHARE KPPA BERSAMA PEGAWAI

JPA GRED 48 & 52 - 31 MAC 2015

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN PUSPANITA KE-33 – 29 MAC 2015

MAJLIS PELANCARAN HRMIS 2.0 - 24 MAC 2015 MAJLIS PENYAMPAIAN SURAT PENEMPATAN PTD

GRED M41 TAHUN 2015 - 25 MAC 2015

MAJLIS TAKLIMAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2/2015– 27 MAC 2015

Page 12: Newsletter Sekitar JPA Edisi 4 bagi 1 – 31 Mac 2015 · Ini merupakan salah satu inisiatif transformasi Merangkum dan Sepunya yang menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai

12

FIVE TIPS FOR BETTER WORK-LIFE BALANCE

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Sumbangan Berita: Warga JPA | Penerbitan: Pasukan Komunikasi | Percetakan: Unit Dokumentasi, JPA

Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P. Putrajaya, Malaysia | Telefon: 603 8000 8000

If you're finding it more challenging than ever to juggle the demands of your job and the rest of your life, you're not alone. Many people are putting in extra hours, or using their smartphones to be on call when they're not physically at work.

Here are FIVE WAYS to bring a little more balance to your daily routine:

1. Build downtime into your schedule.

When you plan your week, make it a point to schedule time with your family and friends, and activities that help you recharge. If a date night with your spouse or a soccer game with friends is on your calendar, you'll have something to look forward to and an extra incentive to manage your time well so you don't have to cancel.

2. Drop activities that sap your time or energy.

"Many people waste their time on activities or people that add no value -- for example, spending too much time at work with a colleague who is constantly venting and gossiping," says Marilyn Puder-York, PhD, a psychologist and executive coach in New York and Connecticut.

3. Rethink your errands.

Consider whether you can outsource any of your time-consuming household chores or errands. Could you order your groceries online and have them delivered? Hire a kid down the street to mow your lawn? Have your dry cleaning picked up and dropped off at your home or office? Order your stamps online so you don't have to go to the post office? Even if you're on a tight budget, you may discover that the time you'll save will make it worth it.

4. Get moving.

It's hard to make time for exercise when you have a jam-packed schedule, but it may ultimately help you get more done by boosting your energy level and ability to concentrate. "Research shows exercise can help you to be more alert," Brooks says. "And I've noticed that when I don't exercise because I'm trying to squeeze in another half hour of writing, I don't feel as alert."

5. Remember that a little relaxation goes a long way.

Don't assume that you need to make big changes to bring more balance to your life. Brooks recommends setting realistic goals, like leaving the office earlier 1 night per week.

"Slowly build more activities into your schedule that are important to you," he says. "Maybe you can start by spending an hour a week on your hobby of carpentry, or planning a weekend getaway with your spouse once a year." Even during a hectic day, you can take 10 or 15 minutes to do something that will recharge your batteries. "Take a bath, read a trashy novel, go for a walk, or listen to music," Stack says. "You have to make a little time for the things that ignite your joy."

Source: http://www.webmd.com