forum pengedar jongkong emas pelaburan

6
FORUM PENGEDAR JONGKONG EMAS PELABURAN Berita terkini, info serta maklumat terbaru Pelaburan Emas Fizikal Public Gold dalam mesyuarat Forum Master Dealer Public Gold November 2016 Public Gold sentiasa berkembang pesat dan maju melalui perancangan dan program terbaru melalui forum master dealer untuk memajukan perniagaan emas pelaburan bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga ke peringkat dunia. Forum master dealer adalah platform perbincangan dan mesyuarat antara pihak penguruan Public Gold dengan master dealer Public Gold seluruh Malaysia sebagai pusat perbincangan, maklumat terbaru, menambah baik, mendapat maklum balas (feedback) dan mencetus idea baru dalam perniagaan emas fizikal Public Gold. Melalui forum master dealer Public Gold ini akan dapat memperbaiki kelemahan dan seterusnya akan dapat memajukan serta mengembangkan lagi perniagaan emas Public Gold ke peringkat antarabangsa.

Upload: zaidi-emas-public-gold

Post on 25-Jan-2017

95 views

Category:

Leadership & Management


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum pengedar jongkong emas pelaburan

FORUM PENGEDAR JONGKONG EMAS PELABURAN

Berita terkini, info serta maklumat terbaru Pelaburan Emas Fizikal Public Gold

dalam mesyuarat Forum Master Dealer Public Gold November 2016

Public Gold sentiasa berkembang pesat dan maju melalui perancangan dan program

terbaru melalui forum master dealer untuk memajukan perniagaan emas pelaburan

bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga ke peringkat dunia. Forum master dealer adalah platform perbincangan dan mesyuarat antara pihak penguruan Public Gold

dengan master dealer Public Gold seluruh Malaysia sebagai pusat perbincangan, maklumat terbaru, menambah baik, mendapat maklum balas (feedback) dan

mencetus idea baru dalam perniagaan emas fizikal Public Gold. Melalui forum

master dealer Public Gold ini akan dapat memperbaiki kelemahan dan seterusnya akan dapat memajukan serta mengembangkan lagi perniagaan emas Public Gold ke

peringkat antarabangsa.

Page 2: Forum pengedar jongkong emas pelaburan

AGENDA MESYUARAT DAN BERITA TERKINI PUBLIC GOLD MELALUI

MESYUARAT FORUM MASTER DEALER 2016:

1. PG MALL iaitu Pusat Jual Beli Pertama di Dunia menggunakan sistem

bayaran emas, GPS.

PG MALL adalah Marketplace Online pertama di dunia dan paling sibuk menggunakan evolusi Sistem pembayaran emas atau Gold Payment System (GPS)

yang menghubungkan pelanggan dengan peniaga (merchants) untuk pelbagai kualiti

dan perkhidmatan pada harga yang kompetitif dalam persekitaran yang boleh dipercayai dan selamat untuk kedua-dua peniaga dan pembeli. Pembelian dan

pembayaran menggunakan sistem pertukaran GoldCash ™ dengan pelbagai pilihan

produk serta perkhidmatan seperti elektronik, fesyen, Buku, Home & Living, Makanan & Minuman, Permainan dan Santai, Kids & Beauty, Health & Beauty,

automotif dan banyak lagi yang tidak terhad kepada E -Vouchers. GoldCash ™ atau GC adalah trademark Public Gold dimana 1gm emas bersamaan 100.00 GC.

Pasaran revolusi bertaraf dunia dikendalikan sepenuhnya oleh PG Mall Sdn. Bhd dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG MALL bertujuan untuk

membentangkan platform perniagaan yang boleh dipercayai bagi peniaga untuk

mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dalam perspektif global. Bagi melihat dan membeli pelbagai barangan dan perkhidmatan atau menyertai perniagaan di PG

MALL sebagai merchant boleh hubungi saya 019-9185593 atau layari www.pgmall.com.my

Pg Mall merupakan pusat jual beli pelbagai barangan KECUALI EMAS tanpa sempadan seluruh dunia dengan menggunakan sistem GoldCash ™. Public Gold

adalah pencipta sistem GoldCash ™ sebagai sistem pembayaran menggunakan emas

pertama di dunia. Contoh, barangan Budu dari Malaysia boleh dibeli oleh rakyat Indonesia atau seluruh dunia di Pg Mall menggunakan GoldCash ™ dengan mudah

dan selamat.

2. PUBLIC GOLD INDONESIA telah beroperasi sepenuhnya.

Cawangan public gold indonesia pertama telah di daftar dan beroperasi sepenuhnya

di bandar jakarta, Indonesia. Website Public Gold Indonesia juga telah beroperasi

atau live dan berjalan lancar, Cuma perlu sedikit pengubahsuaian yang lebih mudah dan menarik. Klik www.publicgold.co.id untuk melihat harga jongkong emas dalam

wang rupiah Indonesia. Pasaran emas Indonesia hanya jongkong emas LBMA sahaja kerana emas dinar tidak diluluskan oleh kerajaan Indonesia, mungkin disebabkan

menjaga kepentingan emas tempatan. Kaya orang Indonesia ni, harga gold bar 10g

24K lbma pun berharga lebih 5 juta rupiah.

Public Gold menyasarkan akan membuka 7 cawangan lagi di bandar Jakarta pada

tahun 2017 kerana pasaran serta penduduk Jakarta yang ramai iaitu 10 juta orang iaitu hampir separuh jumlah penduduk Malaysia. Peluang terbuka luas untuk dealer

Public Gold yang mempunyai rakan di Indonesia untuk mempromosikan emas Public Gold bagi meluaskan empayer perniagaan emas.

3. ARRAHNU POS MALAYSIA PUSAT PENGELUARAN EMAS GAP.

Page 3: Forum pengedar jongkong emas pelaburan

Pos Arrahnu Malaysia yang mempunyai 70 cawangan seluruh Malaysia juga menjadi

pusat pengeluaran jongkong emas dari akaun GAP (Gold Accumulation Program) bermula awal 2017. Program kumpul emas fizikal, GAP Public Gold pertama di Asia

telah melangkah lebih maju dan meluas dengan ikatan kerjasama dengan Arrahnu Pos Malaysia dimana emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan bila-bila masa di

semua 19 cawangan Public Gold dan 72 cawangan arrahnu Pos Malaysia. Kerjasama

ini pastinya memberi kemudahan kepada ahli atau dealer Public Gold yang berada jauh dari cawangan Public Gold terutama di pedalaman Sabah dan Serawak. Walau

bagaimanapun pembelian emas gap dan pendaftaran ahli Public Gold tidak boleh

dilakukan di cawangan Arrahnu Pos, hanya boleh dilakukan pengeluaran jongkong emas dari akaun GAP. Jadi klik panduan mula BELI EMAS MINIMA RM100

ATAU SEGRAM EMAS PROGRAM GAP walau dimana anda berada sekarang untuk mengumpul jongkong emas pelaburan dengan kemudahan mengeluarkan atau

mengambil jongkong emas atau emas dinar di cawangan Arrahnu Pos Malaysia.

4. ARRAHNU PUBLIC GOLD BARU iaitu Koperasi Dagang Emas, KDE

Lesen arrahnu bagi cawangan Public Gold Ampang, Relau dan Ipoh telah diluluskan dan telah beroperasi. Arrahnu KDE bagi cawangan Public Gold Kota Bharu dan

Sungai Petani masih dalam proses kelulusan. Kini penyimpan gold bar lbma Public Gold boleh memajak jongkong emas dengan mudah tanpa pemeriksaan ketulenan

atau dikoyak pembalut di Arrahnu KDE, Arrahnu Pos Malaysia dan Arrahnu

Koperasi Johor.

5. E-REGISTRATION ATAU E-PENDAFTARAN AHLI PUBLIC GOLD

Pendaftaran ahli Public Gold adalah percuma tanpa yuran dan sudah tidak lagi

menggunakan borang kertas, tapi perlu mendaftar secara online di website Public

Gold atau melalui dealer Public Gold. Klik PENDAFTARAN PERCUMA AHLI PUBLIC GOLD untuk daftar ahli secara percuma dan boleh terus membeli emas

Public Gold secara online.

6. PERKEMBANGAN URUSNIAGA EMAS PATUH SYARIAH DI IKTIRAF

Perjanjian urusan peniagaan emas patuh syariah Public Gold yang sah dan diiktiraf

kerajaan Malaysia telah dilaksanakan dan menunggu kelulusan terakhir.

7. PEMBELIAN GOLD BAR ATAU EMAS DINAR MENGGUNAKAN KAD

KREDIT

Pembelian gold bar atau emas dinar boleh dilakukan dengan menggunakan kad

kredit namun dikenakan caj 3% ke atas pembeli.

8. PERPINDAHAN CAWANGAN PUBLIC GOLD

Cawangan Public Gold Kajang dan Sungai Petani Kedah akan berpindah ke

bangunan sendiri dalam masa terdekat. Cawangan Public Gold Kajang akan

berpindah ke bangunan Public Gold sendiri di Bandar Baru Bangi. Public Gold semakin berkembang maju dan kukuh dengan pembukaan cawangan public gold

yang baru dan kini berpindah ke bangunan sendiri.

Page 4: Forum pengedar jongkong emas pelaburan

9. PERKEMBANGAN PLATFORM ORACLE BAGI URUSNIAGA ONLINE

YANG STABIL

Public Gold yang ingin menjadikan pelaburan emas dan perak fizikal Investment

Precious Metal (IPM) bertaraf dunia melalui Database Oracle mengembang dan menambahkan lagi kepakaran melalui sistem ERP (Enterprise Resource Planning)

untuk menangani permintaan yang besar dari seluruh dunia. Klik KELEBIHAN DATABASE ORACLE PUBLIC GOLD untuk panduan dan maklumat mengenai

database Oracle yang digunakan oleh Public Gold.

Public Gold telah mengikat perjanjian untuk membeli tanah bersebelahan Ibu

Pejabat Public Gold Public Gold di Bayan Lepas yang berharga 16 juta untuk

menangani kepesatan permintaan dalam urusniaga online yang stabil.

10. TAMBAH BAIK URUSAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Mesyuarat di hangatkan dengan perbincangan dan mencetus idea baru untuk

meningkatkan keselesaan atau kemudahan pelanggan, penambahbaikkan urusniaga serta perkhidmatan dan sebagainya. Perbincangan pelancongan percuma tajaan

Public Gold bagi tahun 2017 melalui Program SIP Public Gold dirancang ke negara

Kanada.

Mesyuarat master dealer ditangguhkan pada pukul 2 petang dengan jemputan

makan di restoran Pan Mutiara Penang sambil beramah mesra.

Selepas solat semua master dealer dan staff Public Gold diberi peluang menaiki cruise mewah bagi melihat matahari terbenam atau sunset di perairan lautan Pulau

Pinang. Pengalaman menaiki bot cruise mewah bernilai RM5 juta selama lebih 3 jam

pastinya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Salah seorang Master Dealer mengatakan, sepanjang ia berkerja untuk satu syarikat selama melebihi 25 tahun tak

pernah syarikat tempat ia berkerja memberi peluang percutian mewah secara

percuma.

Page 5: Forum pengedar jongkong emas pelaburan

Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kejatuhan nilai wang, pelaburan dan

perniagaan terbaik adalah pelaburan dan perniagaan emas fizikal. Dengan kenaikkan harga barang dan kejatuhan nilai wang, simpanan wang adalah merugikan kerana

kuasa beli wang merosot. Jadi TUKARKAN sebahagian simpanan wang kepada

simpanan emas fizikal untuk perlindungan kejatuhan wang, penjana harta, dana kecemasan dan pengelak kebocoran wang dengan mula BELI EMAS HANYA RM100

atau beli 1g emas dengan whatsapp 019-9185593 atau klik LANGKAH PERTAMA MELABUR EMAS FIZIKAL PUBLIC GOLD.

Berita terkini, info terbaru, maklumat terkini, pelaburan emas, pelaburan emas

fizikal, Public Gold, mesyuarat master dealer, forum pengedar emas, forum pengedar

jongkong emas, pg mall public gold, public gold indonesia, emas patuh syariah, arrahnu pos Malaysia, arrahnu public gold baru, cawangan baru public gold,

kejatuhan nilai wang

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/apa-kelebihan-oracle-database/

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/langkah-pertama-melabur-emas-jadi-pelanggan-public-gold/

https://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_userregistration&view=userregistration&lang=en&introducer=PG001425

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-

gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/

Page 6: Forum pengedar jongkong emas pelaburan