forum 1b

2
Berikan konsep kata akar dan kata dasar. Kemudian, berikan dua contoh kata akar dan dua contoh kata dasar. Utama Nombor 2. Raminah dan Rahim (1985) menjelaskan bahawa konsep kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri) dan bersenam (senam). Manakala konsep kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan penambahan atau imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar, kata akar dengan imbuhan, kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang dan kata majmuk. Contohnya: a) Kata akar : tunjuk (pertunjukan), raja (kerajaan). b) Kata akar dengan imbuhan : perkembang (perkembangan), kebumi (pengkebumian). c) Kata akar berulang : main-main (mempermain-mainkan), ingat-ingat (teringat-ingat). d)Kata akar majmuk : surat khabar (persuratkhabaran), gambar rajah (menggambarajahkan). Jawab 1 Nombor 2. Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim, at.al., (1997), konsep kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyata dalam perkataan nyalaan. Seterusnya Nik Safian, at.al., (1997), menjelaskan konsep kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun. Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas. Jawab 2 Nombor 2. Ferdinand De Saussure (1991), menerangkan konsep kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar

Upload: anuar-jais

Post on 17-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Forum 1b

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 1b

Berikan konsep kata akar dan kata dasar. Kemudian, berikan dua contoh kata akar dan dua contoh kata dasar.

Utama

Nombor 2.

Raminah dan Rahim (1985) menjelaskan bahawa konsep kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti sesuatu perkataan, yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contohnya, bangunan (bangun), pendirian (diri) dan bersenam (senam). Manakala konsep kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan penambahan atau imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada kata akar, kata akar dengan imbuhan, kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang dan kata majmuk. Contohnya:a) Kata akar : tunjuk (pertunjukan), raja (kerajaan).b) Kata akar dengan imbuhan : perkembang (perkembangan), kebumi (pengkebumian).c) Kata akar berulang : main-main (mempermain-mainkan), ingat-ingat (teringat-ingat).d)Kata akar majmuk : surat khabar (persuratkhabaran), gambar rajah (menggambarajahkan).

Jawab 1

Nombor 2.

Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim, at.al., (1997), konsep kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyata dalam perkataan nyalaan. Seterusnya Nik Safian, at.al., (1997), menjelaskan konsep kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun. Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas.

Jawab 2

Nombor 2.

Ferdinand De Saussure (1991), menerangkan konsep kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar rama perlu digandakan menjadi rama-rama dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya. Manakala Van Ophuijsen (1983) menkonsepkan kata dasar sebagai kata yang menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih sederhana. Misalnya kata jalan ialah kata dasar bagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata. Begitu juga kata nikah ialah kata dasar bagi bernikah dan tidak boleh dipisahkan menjadi ni dan kah.

Page 2: Forum 1b