forum 1 research project

2
Tajuk Kajian: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3 NEPTUNE DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SMK UNDANG REMBAU PERNYATAAN MASALAH OBJEKTIF KAJIAN SOALAN KAJIAN HIPOTESIS Pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah sering kali dianggap sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Memang terdapat pelbagai sebab perlakuan mereka itu sebegitu. Kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai murni seperti hormat dan bertanggungjawab adalah antara faktor yang menyebabkan para pelajar ini bersikap sedemikian. Selain itu, kurangnya motivasi dalam apa yang diajarkan oleh guru juga menjadi penyebab utama masalah di dalam bilik darjah. Sikap seperti ini amat biasa dalam kalangan para pelajar tahap pertengahan di SMK Undang Rembau. Pelajar-pelajar ini rata-rata lemah sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) dan banyak kesabaran diperlukan untuk mendidik mereka. Pembelajaran Kooperatif pula mempunyai dasar- dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya mengajarkan nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga memperkukuh kesedaran tentang nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran Kooperatif. Ini dilakukan dengan 'mengajarkan' nilai-nilai ini ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing. Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masing-masing untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan. Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan bertanggungjawab untuk membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan saling membantu rakan yang dipilih untuk mewakili kumpulan dalam memberikan jawapan/pembentangan. Nilai bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang menginginkan setiap ahli kumpulan memegang peranan khusus demi memastikan tugasan yang diberikan kepada 1. Melihat keberkesanan Pembelajaran Kooperatif dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari subjek Matematik 2. Melihat keberkesanan Pembelajaran Kooperatif sebagai pendekatan untuk menangani masalah gangguan pembelajaran dalam subjek Matematik di bilik darjah.. 1. Adakah Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran? 2. Adakah masalah gangguan pembelajaran di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran Kooperatif? Tiada ( Kajian Tinjauan) Tiada ( Kajian Tinjauan)

Upload: shahidan-sidek

Post on 16-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penyelidikan matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 1 Research Project

Tajuk Kajian:

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN 3 NEPTUNE DALAM

PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SMK UNDANG REMBAU

PERNYATAAN MASALAH OBJEKTIF KAJIAN SOALAN KAJIAN HIPOTESIS Pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah sering kali dianggap sebagai pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Memang terdapat pelbagai sebab perlakuan mereka itu sebegitu. Kurangnya kesedaran tentang nilai-nilai murni seperti hormat dan bertanggungjawab adalah antara faktor yang menyebabkan para pelajar ini bersikap sedemikian. Selain itu, kurangnya motivasi dalam apa yang diajarkan oleh guru juga menjadi penyebab utama masalah di dalam bilik darjah. Sikap seperti ini amat biasa dalam kalangan para pelajar tahap pertengahan di SMK Undang Rembau. Pelajar-pelajar ini rata-rata lemah sedikit berbanding dengan pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) dan banyak kesabaran diperlukan untuk mendidik mereka. Pembelajaran Kooperatif pula mempunyai dasar-dasar atau prinsip-prinsip khusus yang dapat meningkatkan pembelajaran. Di samping itu, Pembelajaran Kooperatif berupaya mengajarkan nilai-nilai murni seperti hormat, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang berguna kepada pelajar. Dalam hal ini, guru dapat juga memperkukuh kesedaran tentang nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri pelajar melalui Pembelajaran Kooperatif. Ini dilakukan dengan 'mengajarkan' nilai-nilai ini ketika para pelajar bekerja dalam kumpulan masing-masing. Nilai hormat juga dapat disemai melalui perbuatan menunggu giliran masing-masing untuk mengemukakan pandangan, tanpa membuat celahan. Maknanya, pelajar-pelajar dalam kumpulan harus bekerjasama dan bertanggungjawab untuk membantu setiap ahli memahami konsep yang dipelajari, dan saling membantu rakan yang dipilih untuk mewakili kumpulan dalam memberikan jawapan/pembentangan. Nilai bertanggungjawab juga terserlah melalui aktiviti-aktiviti yang menginginkan setiap ahli kumpulan memegang peranan khusus demi memastikan tugasan yang diberikan kepada

1. Melihat keberkesanan Pembelajaran

Kooperatif dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari subjek Matematik

2. Melihat keberkesanan Pembelajaran Kooperatif sebagai pendekatan untuk menangani masalah gangguan pembelajaran dalam subjek

Matematik di bilik darjah..

1. Adakah Pembelajaran Kooperatif dapat menambahkan minat dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran?

2. Adakah masalah gangguan

pembelajaran di bilik darjah dapat ditangani melalui Pembelajaran Kooperatif?

Tiada ( Kajian Tinjauan)

Tiada ( Kajian Tinjauan)

Page 2: Forum 1 Research Project

kumpulan itu terlaksana dengan sebaik mungkin secara bekerjasama. Selain itu, melalui Pembelajaran Kooperatif, pelajar akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Penglibatan sedemikian bermakna pelajar akan mempunyai motivasi tersendiri untuk belajar. Strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif juga membantu pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri dan guru bertindak selaku fasilitator. Aktiviti-aktiviti yang menarik dalam strategi Pembelajaran Kooperatif membantu pelajar lebih fokus terhadap apa yang dipelajari, justeru mengelakkan mereka daripada melakukan gangguan-gangguan di bilik darjah, di samping meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran Matematik. Dengan adanya motivasi sedemikian, sama ada motivasi intrinsik mahupun ekstrinsik, pelajar akan lebih fokus dalam pembelajaran, dan ini dapat membantu mengurangkan masalah gangguan yang dinyatakan tadi.