format ringkasan2

11

Click here to load reader

Upload: bakri

Post on 05-Aug-2015

335 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Format Ringkasan2

1

PENGGUNAAN ASSDA DAN MCUS MEMBANTU MURID MENINGKATKANKEMAHIRAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI

TAHUN LIMA1.0 ABSTRAK

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi masalah

kepada murid-murid kerana kurang memahami cara menulis ayat majmuk. Untuk

menghasilkan ulasan nilai murni yang baik, murid-murid perlu menggunakan penanda

wacana dan kata bantu yang sesuai. Sehubungan dengan masalah itu telah

mendorong kajian ini dilakukan terhadap 25 orang murid Tahun Lima Gemilang yang

terdiri daripada 13 orang lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kajian ini menumpukan

kepada kemahiran membina ayat ulasan dengan menggunakan penanda wacana dan

kata bantu yang betul dalam ayat ulasan nilai murni. Dengan memperkenalkan teknik

ASSDA + MCUS telah membantu murid menulis ulasan nilai murni dengan ayat

majmuk. Dapatan kajian menunjukkan perubahan dan penggunaan teknik ini telah

dapat mengatasi kelemahan murid. Kajian ini juga dapat membantu murid menulis ayat

yang lengkap dan menepati petikan yang dibaca. Murid - murid juga dapat memperoleh

markah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kajian ini juga mencadangkan

kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ini akan

dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang.

Kata Kunci : nilai murni, ayat majmuk, penanda wacana, kata hubung, kata bantu.

2.0 PENDAHULUANKemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang

penting kerana kemahiran menulis berkaitan dengan dua perkara iaitu kemahiran

meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi

mencatatkan idea tersebut.

Kemahiran menulis ini juga merupakan salah satu kemahiran bahasa yang

ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dalam

kurikulum baru, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang

perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks.

Kamaruddin Hj. Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan

lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan

Page 2: Format Ringkasan2

2

ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun

yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses memberikan

simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai

kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan

tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas tersusun.

Menurut Raminah Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran

perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan

bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya).

Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman

kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara

mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu

juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya

memberikan kefahaman kepada pembaca.

Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk

menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada

khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahan-

bahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan dalam

bentuk penulisan.

3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada masalah menulis ulasan nilai murni pada bahagian C

Bahasa Melayu berdasarkan petikan. Memandangkan masalah murid-murid dalam

menulis ulasan nilai murni berpunca daripada kurang mahir dalam penulisan maka

pengkaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-

murid supaya dapat menulis ulasan yang baik dan cemerlang.

Kajian A. Chellamal Bagavathy (2005), guru-guru bahasa kerap menghadapi

masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana murid-murid sukar untuk

memahami penulisan. Pencapaian dalam karangan masih kurang memuaskan

disebabkan faktor kelemahan murid, sikap kurang berminat terhadap pelajaran,

kelemahan strategi pengajaran, kesilapan memilih tajuk, kekurangan isi,

pembahagian perenggan, tidak merangka karangan, pengulangan isi, kesalahan

tatabahasa, kesuntukan masa, tidak mengikut jumlah perkataan, tidak dapat mengenal

Page 3: Format Ringkasan2

3

pasti format dan penggunaan bahasa dialek.

Manakala Nadzeri Isa (2001) iaitu penggunaan bahan rangsangan dalam

pengajaran penulisan karangan telah berjaya meningkatkan prestasi penulisan

karangan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, bahan rangsangan

(petikan) nilai murni yang disediakan hendaklah sesuai dan mudah difahami oleh

murid. Sehubungan itu pengkaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian

ini bagi membantu murid-murid supaya dapat menguasai kemahiran menulis ulasan

nilai murni yang baik dan cemerlang.

Rajah 2.1 : Penulisan murid yang lemah dalam penulisan karangan ulasan

Rajah 2.1 di atas merupakan hasil tinjauan awal masalah murid yang tidak

boleh menulis ulasan nilai murni berpandukan petikan yang disediakan mengikut

kehendak dalam petikan dengan menggunakan penanda wacana dan kata bantu

dalam ayat.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4 .1 Objektif UmumMeningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik

ASSDA dan MCUS.

4.2 Objektif Khusus

Page 4: Format Ringkasan2

4

i. Meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan

teknik ASSDA, MCUS dan kata bantu

ii. Membantu murid menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai

dalam ulasan nilai murni.

iii. Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2

bahagian C.

4.3 Persoalan KajianKajian tindakan dilaksanakan untuk menjawab soalan- soalan seperti berikut:

i. Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai

murni pada bahagian C ?

ii. Adakah dapat membantu murid menggunakan penanda wacana dan kata

bantu yang sesuai dalam ulasan nilai murni?

iii. Adakah murid- murid boleh meningkatkan prestasi dalam penulisan Bahasa

Melayu kertas 2 bahagian C?

5.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tahun Lima yang terdiri daripada 13 pelajar

lelaki dan 12 pelajar perempuan.

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN6.1. Jenis Intervensi / RawatanMurid mengalami kesukaran dalam menjawab soalan dan pencapaian murid dalam

bahagian C bagi subjek ini masih berada di bawah paras pencapaian cemerlang.

6.1.1 Teknik ASSDA + MCUSMemperkenalkan teknik ASSDA (penanda wacana penghubung tambahan) + MCUS

(penanda wacana contoh) dan Kata Bantu Ragam (kata kunci).

A Antaranya....S Selain itu...S Seterusnya...D Di samping itu...A Akhir sekali......

M misalnya....C contohnya...U umpamanya...S seperti

Kita mestilah... Kita hendaklah... Kita haruslah... Kita perlulah... Kita sewajarnya...

6.2 PELAKSANAAN KAJIAN

Page 5: Format Ringkasan2

5

Bil Fasa Kajian Tindakan

1 Fasa 1(Gelung 1)Merefleksi

diri bagi melihat kekuatan dan

kelemahan pengajaran dan

pembelajaran diri sendiri

1. Mengenalpasti masalah pembelajaran

murid-murid dalam penulisan karangan.

2. Menentukan tajuk kajian yang sesuai

dengan tahap kebolehan murid

2 Fasa 2 (Gelung 1)

Merancang

1. Merancang tindakan yang sesuai untuk

menyelesaikan masalah yang timbul

2. Merancang objektif yang sesuai dengan

masalah yang dihadapi

3. Menyediakan soalan kajian berdasarkan

objektif

4. Menentukan sasaran kajian

5. Membuat instrumen untuk mengumpul data.

Contoh ujian pra dan ujian pos

3 Fasa 3 (Gelung 1)

Bertindak

1. Menjalankan ujian pra

2. Menjalankan intervensi sebanyak tiga kali

3. Memperkenalkan teknik ASSDA + MCUS

4. Menjalankan ujian pos

4 Fasa 4 (Gelung 1)

Memerhati

1. Merekod data hasil pemerhatian, ujian pra

dan ujian pos

2. Menganalisis data yang diperoleh bagi

menilai keberkesanan tindakan yang

dijalankan

3. Membuat laporan

7.0 CARA PENGUMPULAN DATA7.1 Ujian PraUjian yang dijalankan menguji murid dalam membina ulasan nilai murni

7.2 Ujian Pos

Page 6: Format Ringkasan2

6

Ujian pos akan dijalankan oleh pengkaji setelah menjalankan intervensi. Tujuan ujian

pos ini dijalankan untuk melihat perbezaan markah ujian pra dan ujian pos setelah

menggunakan teknik ASSDA dan MCUS.

7.3 PemerhatianTujuan pemerhatian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat berhubung kemahiran

penggunaan teknik ASSDA dan MCUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu dalam penulisan ulasan nilai murni.

7.4 Soal Selidik

Soal selidik ini dilaksanakan bagi mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan

sumber yang boleh diperoleh. Antara tujuan soalan yang dikemukakan ini adalah bagi

mendapatkan respon dan maklumat yang boleh membantu memperbaiki pengajaran

dan pembelajaran penulisan ulasan nilai murni.

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Ujian Pra

Penggunaan tanda sempang ( / ) dan tidak menggunakan MCUS sebagai penanda

wacana contoh yang ditulis. Penggunaan penada wacana tidak mengikut urutan teknik

yang akan diajar. Sebaliknya murid menggunakan ayat, “ Pengajaran yang kedua....” .

Rajah 8.1 : Hasil Penulisan Murid Dalam Ujian Pra

Hasil dapatan juga mendapati beberapa orang murid tidak melepasi aras

cemerlang berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan.

8.2 Ujian Pos

Page 7: Format Ringkasan2

7

Murid -murid telah dapat menjelmakan ayat yang terdapat dalam petikan dengan

menulis nilai murni yang betul. Murid juga dapat menggunakan teknik ASSDA + MCUS

secara optimum serta dapat menulis ayat ulasan dengan penggunaan kata bantu yang

sesuai. Maksud ayat yang terkandung dalam petikan juga boleh difahami dan nilai

murni juga dapat disampaikan dengan penanda contoh yang betul dan sesuai.

Dalam Rajah 8.3 di bawah, hasil kerja responden ini telah melepasi tahap

memuaskan dan meningkat ke tahap baik pada ujian pos yang dijalankan.

Dalam penulisan ini, responden memperoleh skor 16 kerana terdapat beberapa

kesalahan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat.

Rajah 8.3 : Contoh Hasil Ujian Pos (sampel murid )

8.3 Pemerhatian

Hasil pemerhatian seramai 18 murid (72% ) daripada 25 responden boleh menulis

ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA + MCUS yang dipelajari.

Sebaliknya 7 orang murid masih lemah tidak dapat memulakan ayat yang pertama

manakala 6 orang juga masih lemah dan menulis ayat yang tidak mengikut struktur

yang betul.

20 responden boleh menulis kata bantu dan penanda contoh yang sesuai dan

berkaitan dengan isi petikan yang diberi. Manakala 5 responden tidak dapat

memberikan contoh yang sesuai mengikut nilai murni dalam petikan. Responden masih

lemah dalam penggunaan ejaan, tanda baca dan kosa kata.

8.4 Soal Selidik

Page 8: Format Ringkasan2

8

Analisis soal selidik 10 item dibuat berdasarkan kepada jawapan ‘YA’ dan ‘ TIDAK’.

Soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada kajian menulis ayat ulasan

berpandukan petikan nilai murni dalam Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu.

Dalam soal selidik ini juga 80% responden menyatakan bersetuju mereka boleh

mengingat nilai murni dan boleh memahami maksud petikan yang dibaca. Manakala 5

murid yang lain atau 20% yang masih lemah dalam kemahiran membaca ayat dan

lemah untuk memahami maksud petikan.

Pada item 5 dan 6, 68% atau 17 orang murid mengatakan ‘ya’ boleh menulis

ayat dengan menggunakan kata bantu dan MCUS yang sesuai namun begitu 32%

atau 8 orang murid masih belum menguasai dan memahami penggunaan penanda

wacana dan kata bantu. Secara umumnya analisis soal selidik menunjukkan 16 orang

(64%) antara mereka bersetuju hanya menyenaraikan tiga daripada lima nilai murni

yang dikehendaki dalam penulisan ini.

9.0 RUMUSAN / REFLEKSI

Hasil kajian tindakan secara keseluruhannya telah dapat menguasai kemahiran menulis

karangan ulasan nilai murni pada bahagian C.

Murid -murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada

bahagian C. Perbezaan ini agak ketara setelah murid-murid didedahkan kepada

penggunaan teknik ASSDA + MCUS dalam menulis ulasan nilai murni.

Graf 9.1 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

0

2

4

6

8

10

CEMERLANG

1

7

8

Analisis soal selidik 10 item dibuat berdasarkan kepada jawapan ‘YA’ dan ‘ TIDAK’.

Soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada kajian menulis ayat ulasan

berpandukan petikan nilai murni dalam Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu.

Dalam soal selidik ini juga 80% responden menyatakan bersetuju mereka boleh

mengingat nilai murni dan boleh memahami maksud petikan yang dibaca. Manakala 5

murid yang lain atau 20% yang masih lemah dalam kemahiran membaca ayat dan

lemah untuk memahami maksud petikan.

Pada item 5 dan 6, 68% atau 17 orang murid mengatakan ‘ya’ boleh menulis

ayat dengan menggunakan kata bantu dan MCUS yang sesuai namun begitu 32%

atau 8 orang murid masih belum menguasai dan memahami penggunaan penanda

wacana dan kata bantu. Secara umumnya analisis soal selidik menunjukkan 16 orang

(64%) antara mereka bersetuju hanya menyenaraikan tiga daripada lima nilai murni

yang dikehendaki dalam penulisan ini.

9.0 RUMUSAN / REFLEKSI

Hasil kajian tindakan secara keseluruhannya telah dapat menguasai kemahiran menulis

karangan ulasan nilai murni pada bahagian C.

Murid -murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada

bahagian C. Perbezaan ini agak ketara setelah murid-murid didedahkan kepada

penggunaan teknik ASSDA + MCUS dalam menulis ulasan nilai murni.

Graf 9.1 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

CEMERLANG BAIK MEMUASKAN LEMAH

10

8

67

9 9

0

8

Analisis soal selidik 10 item dibuat berdasarkan kepada jawapan ‘YA’ dan ‘ TIDAK’.

Soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada kajian menulis ayat ulasan

berpandukan petikan nilai murni dalam Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu.

Dalam soal selidik ini juga 80% responden menyatakan bersetuju mereka boleh

mengingat nilai murni dan boleh memahami maksud petikan yang dibaca. Manakala 5

murid yang lain atau 20% yang masih lemah dalam kemahiran membaca ayat dan

lemah untuk memahami maksud petikan.

Pada item 5 dan 6, 68% atau 17 orang murid mengatakan ‘ya’ boleh menulis

ayat dengan menggunakan kata bantu dan MCUS yang sesuai namun begitu 32%

atau 8 orang murid masih belum menguasai dan memahami penggunaan penanda

wacana dan kata bantu. Secara umumnya analisis soal selidik menunjukkan 16 orang

(64%) antara mereka bersetuju hanya menyenaraikan tiga daripada lima nilai murni

yang dikehendaki dalam penulisan ini.

9.0 RUMUSAN / REFLEKSI

Hasil kajian tindakan secara keseluruhannya telah dapat menguasai kemahiran menulis

karangan ulasan nilai murni pada bahagian C.

Murid -murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada

bahagian C. Perbezaan ini agak ketara setelah murid-murid didedahkan kepada

penggunaan teknik ASSDA + MCUS dalam menulis ulasan nilai murni.

Graf 9.1 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

PRA POS

Page 9: Format Ringkasan2

9

Pencapaian yang lebih jelas dapat ditunjukkan dalam graf 9.1 di atas, dengan

peningkatan murid yang mencapai tahap cemerlang dan membantu murid yang lemah

dan sederhana untuk memperoleh markah yang baik dalam menulis ulasan nilai murni.

10.0 RUMUSAN KESELURUHAN

Rumusan keseluruhan ini telah menjawab persoalan kajian tindakan yang dijalankan.

i. Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni

pada bahagian C ?

Murid -murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada bahagian

C apabila 7 orang berbanding hanya seorang murid pada Ujian Pra mencapai aras

cemerlang dalam Ujian Pos.

ii. Adakah dapat membantu murid membina ulasan nilai murni dengan

menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai?

Selepas kajian mendapati penggunaan ASDDA melonjakkan prestasi murid apabila

92% atau 23 murid dapat menulis ayat ulasan dengan menggunakan teknik ini

berbanding 8 orang sebelum kajian dijalankan.

Penggunaan kata bantu juga meningkat setelah 22 responden atau 88% boleh

menguasai kemahiran ini berbanding hanya 15 (60%) murid sebelum kajian. Manakala

penggunaan penanda wacana contoh MCUS juga menunjukkan 80% atau 20 daripada

25 murid murid telah boleh menguasai kemahiran ini.

Jadual 9.2 : Analisis Penggunaan ASSDA, Kata Bantu Dan MCUS

Kemahiran

(Sebelum Kajian ) (Selepas Kajian )

menguasai tidak menguasai Menguasai tidak menguasai

Markah peratus markah Peratus markah peratus markah Peratus

PenggunaanASSDA

8 32% 17 68% 23 92% 2 8%

PenggunaanKata bantu

15 60% 10 40% 22 88% 3 12%

PenggunaanMCUS

2 8% 23 92% 20 80% 5 20%

Page 10: Format Ringkasan2

10

iii. Adakah murid- murid boleh meningkatkan prestasi dalam penulisan Bahasa

Melayu kertas 2 bahagian C?

Jadual 9.1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Gred Ujian Pra Ujian Pos

Cemerlang 1 7

Baik 10 9

Memuaskan 8 9

Lemah 6 0

Aras cemerlang meningkat kepada 7 orang murid berbanding seorang sebelum

kajian. Manakala murid yang lemah dalam ujian pra telah meningkat ke tahap

memuaskan pada Ujian Pos.

Jadual 8.5 : Statistik prestasi murid

Pencapaian Skor Murid Peratus

Markah Tertinggi (Max) 17 1 4%

Markah Tengah (Median) 11 3 12%

Markah Terendah (Min) 5 5 20%

11.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian tindakan yang dijalankan ini hanya mencapai 80% responden yang berjaya

menguasai kemahiran teknik ASSDA + MCUS. Sebaliknya 20% (5 orang) murid yang

lain masih belum mencapai skor yang diharapkan.

Pada kitaran kedua nanti pengkaji bercadang untuk lebih fokus kepada

kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan pendekatan yang sama

tetapi teknik yang berbeza. Kajian yang selanjutnya juga saya akan menggunakan

teknik baharu iaitu ASSDA + KS (kata hubung pancangan keterangan iaitu kerana dan

sebab) dan memberi fokus kelemahan membina ayat majmuk yang mengandungi

unsur nilai murni. Contoh ayat, “Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas

ialah rajin. Dia rajin belajar kerana ingin membantu ayah dan ibunya”.

Pengkaji berharap murid yang lemah ini akan mencapai keputusan yang

cemerlang pada peperiksaan yang akan datang.

Page 11: Format Ringkasan2

11

SENARAI RUJUKAN

A.Chellamal Bagavathy(2005). Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai AspekTatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa.Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada 25Oktober 2012 di http://www.web.apps.emoe.go.my/.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan PengajaranBahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti

Kamarudin Husin (1988).Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur : Longman (M).

Nadzeri Isa(2001). Kesan penggunaan bahan rangsangan terhadap prestasipenulisan karangan pelajar peringkat menengah rendah. Projek Master Sains.Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Di perolehpada26 September 2012 di http://www.ukm.my/.

Raminah Hj.Sabran & Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih MaktabPerguruan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti

Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTSPublications & Distributors