format kertas 3 sejarah tingkatan 5

15
FORMAT BARU SEJARAH KERTAS 1249/3 Disediakan Oleh : EN. IZZAR BIN IDRIS SMK TAGASAN, SEMPORNA, SABAH

Upload: izzar-idris

Post on 21-Jun-2015

2.618 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3, SEJARAH TINGKATAN 5

TRANSCRIPT

Page 1: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

FORMAT BARUSEJARAH KERTAS 1249/3

Disediakan Oleh :EN. IZZAR BIN IDRIS

SMK TAGASAN, SEMPORNA, SABAH

Page 2: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Bermula Tahun 2013 setiap calon SPM perlu LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk mendapatkan SIJIL.

Pada Tahun 2013, mata pelajaran SEJARAH akan ditaksir dan dinilai mengikut format baru dengan memasukkan KERTAS 3 sebagai sokongan kepada KERTAS 1 dan KERTAS 2.

Page 3: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan.

Mengelakkan pelajar daripada mendapat MARKAH KOSONG.

Pelajar boleh memetik semula ayat daripada BUKU TEKS dan BUKU ILMIAH.

Soalan digubal berdasarkan buku teks Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang sedia ada.

Guru boleh membimbing pelajar untuk mengenal pasti tajuk daripada TEMA yang berkemungkinan besar keluar sebagai soalan.

Guru boleh bantu pelajar untuk memilih bahan bacaan yang sesuai, termasuklah BUKU TEKS dan Bahan Ilmiah yang lain.

ASPEK PENTING

Page 4: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Tema/Tajuk UMUM akan dimaklumkan kepada calon sebelum Tarikh Peperiksaan KERTAS 3 dilaksanakan.

Tajuk Tugasan Khusus dan Panduan Menjawab Tugasan akan diberikan kepada calon pada hari peperiksaan.

PERINGATAN

Page 5: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Menjana Idea Nilai

KONSTRUK SOALAN

Page 6: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

FORMAT ASPEK / KONSTRUK MARKAH

1. Pengenalan Memahami 5 Markah

2. Isi dan Huraian Memahami 30 Markah

Menganalisis 15 Markah

Mengaplikasi 15 Markah

Menilai 10 Markah

Mencipta/Menjana Idea

10 Markah

Nilai/Iktibar/Patriotisme

10 Markah

3. Kesimpulan Merumus 5 Markah

JUMLAH MARKAH 100 Markah

FORMAT KERTAS 3

Page 7: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Peperiksaan dilaksanakan secara “OPEN BOOK TEST”- Pelajar boleh membawa masuk BUKU TEKS atau BUKU ILMIAH untuk menjawab soalan.

Pelajar boleh memetik ayat daripada BUKU TEKS untuk dapat MARKAH.

Markah diberikan berdasarkan PENGENALAN dan PERKEMBANGAN isi mengikut format yang disediakan.

CARA MENJAWAB SOALAN 1249/3

Page 8: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Wajaran Kertas 3 Sejarah SPM ialah 20 %.

Markah Keseluruhan Kertas 1249/3 ialah 100%.

Masa diperuntukkan kepada calon menjawab ialah 3 Jam.

FORMAT AM KERTAS 1249/3

Page 9: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

TINGKATAN TEMA BUKU TEKS

4 TEMA 7 :Tamadun Awal Manusia Bab 1, 2 dan 3

TEMA 8 :Tamadun Islam dan Perkembangannya

Bab 4, 5, 6, 7 dan 8.

TEMA 9 :Perkembangan di Eropah dan Kesannya terhadap Ekonomi Negara

Bab 9 dan 10.

5 TEMA 10 :Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

Bab 1 dan 2

TEMA 11 :Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Bab 3, 4, 5, 6, 7 dan 8

TEMA 12 :Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa

Bab 9

PANDUAN MENJAWAB KERTAS 3

Page 10: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

KONSTRUK CONTOH

Pengetahuan - Nyatakan …- Jelaskan …

Kefahaman - Apakah Faktor …- Apakah Ciri …

Menganalisis - Mengapakah …- Huraikan …- Terangkan …

Aplikasi - Bagaimanakah …- Sebagai pemerintah, cadangkan …

Menilai - Apakah kejayaan Malaysia dalam …

MEMAHAMI KATA TUGAS

Page 11: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Mencipta / Menjana Idea - Jelaskan cabaran yang dihadapi …- Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi …

Penerapan Nilai Murni / Iktibar / Patriotisme

- Apa nilai yang dapat diteladani …- Terangkan Iktibar yang boleh diambil untuk …

Kesimpulan Rumusan- Pengetahuan yang diperoleh- Iktibar- Harapan

Page 12: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Setelah Tema/Tajuk umum dimaklumkan SEBULAN sebelum tarikh peperiksaan, calon dinasihatkan membuat rujukan daripada pelbagai sumber sebagai persediaan menjawab TUGASAN/SOALAN yang akan diberi pada hari peperiksaan.

Mencari maklumat daripada BUKU TEKS, BUKU ILMIAH, JURNAL, AKHBAR, MAJALAH, RISALAH, INTERNET dan SEBAGAINYA.

Sediakan nota ringkas. Dapatkan maklumat, hujah, data yang mencukupi dan tepat.

PERSEDIAAN SEBELUM TARIKH PEPERIKSAAN

Page 13: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Membawa masuk BUKU TEKS SEJARAH (TINGKATAN 4 & 5), NOTA-NOTA, dan BAHAN RUJUKAN ke Dewan/Bilik Peperiksaan.

Jawab semua soalan berdasarkan kerangka jawapan yang diberikan.

Telitikan markah yang dicatatkan pada hujung setiap soalan.

Memastikan Fakta/Isi mencukupi untuk mendapat markah penuh bagi setiap soalan.

Jawapan bagi soalan latar belakang (Pengenalan) biasanya dapat diperoleh daripada bahagian Pengenalan dalam BUKU TEKS bagi setiap Bab/Sub Topik.

PADA HARI PEPERIKSAAN

Page 14: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Jawapan untuk aspek isi dan huraian : Pastikan soalan yang memerlukan

fakta/jawapan daripada BUKU TEKS sahaja. Pastikan soalan yang memerlukan jawapan

berdasarkan pandangan dan idea (Contoh soalan aplikasi, menilai, menjana idea).

Anda digalakkan menggunakan pendekatan KBKK, IDEA-IDEA BERNAS anda, dan penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam menjawab soalan yang bukan berdasarkan maklumat daripada BUKU TEKS.

Page 15: FORMAT KERTAS 3 SEJARAH TINGKATAN 5

Jawapan bagi soalan RUMUSAN, merumuskan secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Rujuk bahagian akhir sesuatu sub tajuk (jika ada) dan bahagian rumusan sesuatu bab dalam Buku Teks. Unsur iktibar dan harapan juga perlu dimutakan dalam Jawapan ini.