format karangan surat tidak rasmi

4
Format karangan surat tidak rasmi 1. Rangka surat: - alamat dan tarikh -kata-kata penghadap surat 2. Isi-isi surat: -Tujuan surat ditulis untuk mengucapkan tahniah -berita kejayaan diketahui melalui media massa -Berharap kejayaan ini merintis jalan kejayaan lebih besar -Mendoakan suatu hari nanti menjadi pemimpin berjaya 3. Penutup surat: -surat diakhiri dengan ucapan tahniah sekali lagi

Upload: akmal-hazimin-bin-nazeri

Post on 20-Feb-2016

284 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KARANGAN

TRANSCRIPT

Page 1: Format Karangan Surat Tidak Rasmi

Format karangan surat tidak rasmi

1. Rangka surat:

- alamat dan tarikh

-kata-kata penghadap surat

2. Isi-isi surat:

-Tujuan surat ditulis untuk mengucapkan tahniah

-berita kejayaan diketahui melalui media massa

-Berharap kejayaan ini merintis jalan kejayaan lebih besar

-Mendoakan suatu hari nanti menjadi pemimpin berjaya

3. Penutup surat:

-surat diakhiri dengan ucapan tahniah sekali lagi

Page 2: Format Karangan Surat Tidak Rasmi

No.14, Jalan Sungai Congkak,40460, Shah Alam,Selangor Dahrul Eshan.

23 Mei 2009.

Menemui sahabatku Ryan Peter Ortega yang kini berada di Jepun, semoga saudara sihat walafiat kehendaknya.

Saudara,

Terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kerana telah mengirim sepucuk surat. Saya juga akan menerangkan saudara tentang keadaan di kampung nenda saya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan .

Nenda saya mempunyai sebuah dusun buah. Terdapat pelbagai jenis pokok buah – buahan seperti pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga dan sebagainya. Buah-buahannya juga segar dan sedap. Suasana di dusun nyaman dan udaranya segar serta suasananya sunyi .Pokok-pokok menghijau dan subur.

Terdapat juga sebatang sungai berhampiran dengan rumah datuk. Air di sungai itu jernih dan mengalir dengan deras. Terdapat banyak ikan di situ. Pada masa lapang, saya dan nenda pergi memancing ikan di sungai tersebut. Ikan di situ sedap dimakan apabila digoreng.

Nenda saya juga mempunyai sebidang sawah padi. Terdapat banyak padi yang menguning di situ. Udara pula segar dan nyaman. Kita boleh bermain layang-layang di situ. Terdapat banyak orang yang menolong datuk menanam dan membaja padi di situ.

Itu saja untuk sekarang. Semoga saudara telah terima semua maklumat yang saya sampaikan ini. Saya berharap saudara suka semua maklumat tentang keadaan di kampung dan balas balik surat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Ghaneassha.

Page 3: Format Karangan Surat Tidak Rasmi

17,Jalan Sungai Ramal32/54, Bukit Rimau, ShahAlam, 40460,Selangor.19 Mei 2009

Menemui sahabatku Nurul Syaza Salehuddin yang berada di Melaka. Harap saudari sekeluarga sihat walafiat.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan keadaan di kampung saya. Antara tempat-tempatnya adalah di dusun, sawah dan sebatang sungai berdekatan kampung saya.

Di dusun kepunyaan nenda , pokoknya hijau, buah-buah dan sayur-sayurannya banyak dan pemandangan dari atas pokok-pokok itu sungguh cantik. Pokok-pokoknya sungguh besar. Antara pokok-pokok yang terdapat di situ, terdapat pokok pisang, pokok kelapa dan pokok limau. Selain daripada pokok sayur dan buah, terdapat juga pokok bunga seperti pokok bom, pokok bunga kertas dan pokok bunga raya. Bunga-bunganya berkembang mekar.

Sawah tempat yang udaranya sungguh segar dan nyaman. Sawah padinya menguning. Serangga terdapat di atas padi. Pelbagai jenis serangga. Sawah di sini sungguh sejuk. Terdapat lumpur dan sawah tersebut penuh dengan burung terbang dari sini ke sana. Sawah terletak di tepi jalan. Sawah itu sangat luas dan kaya dengan padi dan beberapa jenis tumbuhan-tumbuhan yang lain seperti pokok pisang dan pokok kelapa.

Akhir sekali adalah keadaan di sebuah sungai berdekatan kampung saya. Di situ airnya kotor. Terdapat jambatan di sungai itu. Jambatan di sungai penuh dengan batu-bata. Di pinggir sungai itu ada pelbagai jenis tumbuhan dan juga buaian yang digantung dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Terdapat juga beberapa haiwan liar di situ seperti ular dan buaya. Kadangkala, terdapat itik yang tinggal dan mengeram di tepi sungai.

Sekian sahaja buat kali ini. Semoga surat ini disampaikan kepada saudari. Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.

Yang benar ,

Sharafina