folio report kayu

37
Universiti Teknologi Malaysia 1 PENGHARGAAN Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya menyiapkan projek amali ini dengan selamat dan menyiapkan satu laporan yang agak ringkas bagi mengakhiri kerja amali kayu yang telah kami lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin selaku pensyarah bagi kerja amali kayu ini kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan kerja amali yang diberi. Selain itu, mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di atas dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka semua, tidak dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan amali ini pada masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu sepanjang proses menyiapkan laporan amali ini. Terima Kasih

Upload: sppj1415

Post on 24-Jan-2017

833 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 1

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya dapat saya

menyiapkan projek amali ini dengan selamat dan menyiapkan satu laporan yang agak ringkas bagi

mengakhiri kerja amali kayu yang telah kami lakukan selama empat minggu. Setinggi penghargaan

juga diberikan kepada Dr Amirmudin bin Udin selaku pensyarah bagi kerja amali kayu ini kerana

banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga pelajar yang lain dalam menyiapkan kerja amali

yang diberi.

Selain itu, mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah, ini

memudahkan pelajar untuk bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna. Terima kasih juga di

atas dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan. Tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka

semua, tidak dapatlah pelajar hendak menyiapkan laporan amali ini pada masa yang telah ditetapkan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang begitu banyak membantu

sepanjang proses menyiapkan laporan amali ini.

Terima Kasih

Page 2: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 2

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 OBJEKTIF 4

3.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 5 - 6

4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU

4.1 Alat menanda dan merancang tanda. 7 - 13

4.2 Alat mengapit dan menyangga. 13 - 16

4.3 Alat memotong. 16 - 24

4.4 Alat memukul. 25 - 27

4.5 Alat menajam. 27 – 30

4.0 PROSEDUR KERJA 31 - 35

5.0 KESIMPULAN 36

6.0 RUJUKAN 37

Page 3: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 3

1.0 PENDAHULUAN

Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari

yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan,

kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain (Breyer,Fridley dan

Cobeen,1999). Kayu merupakan bahan semulajadi dalam kejuruteraan yang di gunakan

bagi pembinaan seperti pembinaan rasuk, tiang, perabot dan lain-lain struktur.Penggunaan kayu

secara cekap samada semasa pembuatan hasil-hasil kayu atau pembinaan, bergantung kepada dua

kriteria utama, iaitu pemilihan kayu yang sesuai untuk sesuatu kegunaan dan memilih cara

penyambungan yang paling baik. Manakala yang kedua adalah berkaitan dengan pemilihan

mendapatkan gred kayu yang sesuai dan betul.

Dalam pemilihan untuk kesesuaian kayu sebagai bahan binaan, kekuatan kayu merupakan

faktor yang penting untuk keupayaan melawan beban daya luar yang dikenakan. Dengan erti kata

yang lebih mudah, kekuatan ialah ukuran daya tahan kepada kegagalan. Kayu sesuai dijadikan

bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. Kekuatan kayu

ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu

kekuatan tegangan,kekuatan mampatan, kekuatan ricih, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah

bentuk serta rintangan terhadap api. Namun dalam kekuatan mampatan, tidak diberikan penekanan

yang mendalam. Dalam projek ramalan ini, kekuatan struktur kayu ricihan dan tegangan struktur

kayu sambungan jejari diberi penekanan.

Oleh itu, pelajar-pelajar kelas 1SPPJ diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran asas

ketukangan (basid trade). Pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan tempat menggangtung kunci.

Tempat gantung kunci yang dihasilkan perlulah mengikut kreativiti masing-masing bagi

memnghasilkan kerja projek yang baik dan kemas. Di dalam bengkel kayu ini, pelajar akan

menggunakan alatan tangan untuk membuat projek dan pelajar juga perlu mengetahui cara

penggunaan alatan tangan dengan betul.

Page 4: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 4

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif yang ingin dicapai melalui projek kayu ini adalah:

1. Untuk mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis alatan tangan

2. Untuk menguasai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan mengikut bidang kerja

3. Untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kerja projek kayu seperti kerja

pembinaan, pemasangan dan pengemasan.

4. Setiap pelajar harus mematuhi setiap peraturan keselamatan dan pengurusan bengkel

apabila berada di bengkel.

Page 5: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 5

3.0 LANGKAH – LANGKAH KESELAMATAN

Secara umumnya, pelajar, alatan dan bahan serta ruang tempat kerja perlu terjamin

keselamatannya sepanjang masa. Peraturan keselamatan bengkel terdiri daripada aspek

keselamatan yang perlu diutamakan merangkumi :

Keselamatan diri.

Keselamatan alatan dan bahan.

Keselamatan tempat kerja.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil yang merupakan peraturan ketika berada

di dalam bengkel :

1.Meminta kebenaran

Pelajar dikehendaki meminta kebenaran daripada pensyarah sebelum masuk ke bengkel.

Sebaik sahaja dibenarkan masuk ke dalam bengkel, segeralah bersedia untuk bekerja.

Jangan bermain atau bergurau semasa di dalam bengkel.

2.Pakaian

Pakaian mestilah rapi dan kemas. Baju yang berlengan panjang hendaklah digulungkan

sehingga ke paras siku supaya tidak mengganggu ketika sedang menjalankan kerja amali.

Rambut harus pendek dan kemas. Rambut yang panjang hendaklah diikat ke belakang

dengan kemas supaya tidak menghalang penglihatan dan mengganggu pelajar ketika

membuat kerja terutamanya pelajar perempuan. Sentiasa memakai kasut ketika berada di

dalam bengkel. Apron atau baju bengkel hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja.

3.Keadaan bengkel

Pintu dan tingkap hendaklah dibuka semasa berada didalam bengkel. Pastikan anda tahu di

mana kedudukan alat pamadam api. Kebersihan di atas lantai dan meja hendaklah sentiasa

dijaga. Sebelum meninggalkan bengkel, pastikan semua suis lampu, kipas dan mesin serta

tingkap ditutup selepas digunakan.

Page 6: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 6

4.Sikap diri

Pelajar perlu sentiasa mematuhi setiap arahan pensyarah. Tumpukan sepenuh perhatian

anda kepada kerja yang sedang dilakukan. Jangan cuba bergurau ketika berada di dalam

bengkel. Pastikan anda tahu cara menggunakan alat pemadam dengan betul.

5.Penggunaan alatan tangan

Jangan gunakan sebarang alatan sekiranya anda belum tahu cara penggunaannya.

Menggunakan alatan tangan dengan tangan yang basah adalah amat merbahaya. Jangan

sesekali menggunakan alatan tangan yang telah rosak atau tumpul. Periksa dahulu sebelum

menggunakannya. Laporkan sebarang kerosakan alat kepada pensyarah dengan segera.

6.Kecederaan

Pastikan peti kecemasan mempunyai ubat-ubatan yang mencukupi dan tidak tamat tempoh.

Laporkan sebarang kecederaan yang berlaku kepada pensyarah dengan segera.Setiap

kecederaan yang berlaku hendaklah diberi rawatan segera.

4.0 ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU

Page 7: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 7

Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dibahagikan kepada:

4.1 Alat menanda dan merancang tanda.

4.2 Alat mengapit dan menyangga.

4.3 Alat memotong.

4.4 Alat memukul

4.5 Alat menajam.

4.1 ALAT MENANDA DAN MERANCANG TANDA.

1. Pembaris keluli.

Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.

Ditanda dengan ukuran sentimeter(cm) dan milimeter(mm).

Bersaiz 300mm dan 1000mm.

Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus.

Juga digunakan untuk menguji kerataan permukaan.

Page 8: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 8

Cara menggunakan pembaris keluli:

Mengukur Panjang Menguji kerataan Membina garisan lurus

2. Sesiku L

Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.

Bahagian badannya diperbuat daripada kayu.

Biasanya bersaiz 20cm.

Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.

Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.

Kegunaan Sesiku L:

Menguji sesuatu permukaan brsudut tepat dan kerataan permukaan kayu

Menguji kepersegian kayu

Page 9: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 9

Cara menggunakan Sesiku L:

Menguji tepi yang bersudut tepat

Menguji kerataan kayu

3. Pita Pengukur

Diperbuat daripada plastik dan keluli.

Panjang pita bisanya 2.0 meter hingga 8.0 meter.

Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek atau panjang.

Digunakan untuk memindahkan ukuran.

4. Pisau Penanda

Merupakan sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.

Digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat.

Page 10: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 10

5. Pensel Tukang

Mata dan badan pensil ini lebar dan besar.

Permukaannya berbentuk segiempat tepat.

Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.

6. Pembaris Lipat

Diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh dilipat.

Hujung pembaris diperbuat daripada loyang supaya tahan lasak.

Terdapat pelbagai saiz yang berbeza daripada 90 sm hingga 480 sm.

Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang

dibuat.

7. Sesiku Serong Boleh Laras

Bentuknya serupa dengan sesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.

Digunakan untuk menguji dan menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada

45° dan 90°.

Page 11: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 11

8. Sesiku Bergabung

Badan dan mata diperbuat daripada keluli.

Matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.

Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90° dan mukanya yang lain bersudut 45°

dengan matanya.

9. Tolok Serong

Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°.

Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan emngetatkan bilah tolok serong.

Untuk mendapatkan sudut tepat, pastokan muka tonggak atau badan sentiasa bersentuh

rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

10. Tolok Penanda

Tolok penanda diperbuat daripada kayu.

Mempunyai badan dan pelaras.

Mata terdapat pada kayu pelaras.

Page 12: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 12

Dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda Satu Paku (mata) dan Tolok Penanda

Tanggam Putting (dua mata).

a) Kegunaan Tolok Penanda

Digunakan untuk menanda ukuran tebal atau lebar kayu.

Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat

pada sisi atau permukaan kayu.

Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.

Cara menanda tebal kayu, garisan selari dibuat pada sisi kayu lebar kayu, garisan selari

dibuat pada permukaan kayu.

b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda

Longgarkan skru tangan, laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki.

Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.

Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau

permukaan kayu.

Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan bahawa

mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja.

Page 13: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 13

4.2 ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA

Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas hendaklah

digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti

amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.

Peralatan ini direkabentukkan khas untuk jenis pemasangan yang tertentu. Antara peralatan untuk

kerja mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, apit F, apit panjang, apit rencong

kakaktua dan lain-lain lagi.Ragum Meja

1. Ragum Meja

Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam

Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan

permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.

Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium) untuk

menjaga permukaan kerja.

Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.

Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.

Page 14: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 14

2. Apit G dan Apit F

Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.

Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.

Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :

mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.

memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.

Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan

benda kerja yang diapit.

Page 15: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 15

3. Apit Panjang

Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjangnya ialah 0.6

meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses

pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau

diglukan.

4. Apit Rencong

Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.Fungsinya ialah untuk

menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau

dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.

Page 16: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 16

5. Kakak Tua

Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya.Kakak

tua biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri daripada lengan,

rivet,rahang, dan kuku.

4.3 ALAT MEMOTONG

Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang

dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji

lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam

kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek.

1. Jenis-jenis Ketam

Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yang sentiasa

digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah:

a) Ketam kasar

b) Ketam pelicin

c) Ketam golek

d) Ketam lurah

e) Ketam pangkas

f) Ketam tetingkat

g) Ketam pancaguna

h) Ketam kasar sepanjang 500-750 mm.

Page 17: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 17

a) Ketam Kasar

Terdiri daripada jenis kayu atau logam

Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan

dengan cepat

Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam

pelicin kepada saiz yang tepat.

Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm

b) Ketam Pelicin

Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada

logam dan kayu.

Badannya terdapat yang berukuran 203-228 mm.

Mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm.

Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar

kepada saiz yang lebih tepat.

c) Ketam Tetingkat

Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.

Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.

Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat

mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.

Page 18: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 18

d) Ketam Pangkas

Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang

ira.

Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak

dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.

Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.

e) Ketam Lurah

Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau

saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.

Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk

menetapkan jarak dari tepinya.

f) Ketam Golek

Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang

cembong.

Ketam ini diperbuat daripada logam.

Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan

g) Ketam Pancaguna

Ketam ini besar dan berat.

Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah

Ketam ini diperbuat daripada logam

Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.

Page 19: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 19

Jenis –jenis ketam

2. Jenis-jenis Gergaji

Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji untuk memotong atau

membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat

selari memerlukan gaji belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji

kerat. Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk giginya.saiz mata

gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari hujung ke tumit dan bilangan

giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya

ialah:

a) Gergaji Kerat

b) Gergaji Belah

c) Gergaji Puting

d) Gergaji Lengkung Halus

Page 20: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 20

e) Gergaji Bajang

f) Gergaji Tebok

g) Gergaji Ekor Tikus

a) Gergaji Kerat

Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.

Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut

antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya.

Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm.

Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm.

Lihat rajah di bawah yang menunjukan saiz dan bilangan gigi

b) Gergaji Belah

Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau

selari dengan ira kayu.

Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi

hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya.

Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm.

Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis besar

Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah.

Panjang gergaji kerat ini ialah antara 600 mm hingga 700 mm.

Page 21: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 21

Cara-cara menggunakan gergaji tangan

1. Condongkan gergaji 45° daripada benda kerja apabila mengergaji belah.

2. Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.

c) Gergaji Puting

Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam (

patil keluli) di belakang matanya.

Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk memotong

kayu-kayu yang kecil.

Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji puting.

Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil anta 12 hingga

14 bilah bagi setiap 25 mm.

Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti

membuat puting dan lain-lain.

Page 22: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 22

d) Gergaji Lengkung Halus

Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.

Panjang matanya ialah 150 mm.

Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan

nipis pada bahagian dalam dan luar.

e) Gergaji Bajang

Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.

Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.

Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan

tepat

f) Gergaji Ekor Tikus

Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.

Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.

Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga 400

mm.

Page 23: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 23

Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau

melengkung di bahagian dalam yang lebih sempit.

2. Jenis-jenis Pahat

Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-pahat ini mempunyai fungsi

yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada

keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plasti

yang tahan diketuk

Pahat-pahat tersebut ialah :

a) Pahat Pelubang (Kerja Kasar)

b) Pahat Parut (Kerja halus)

c) Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam

d) Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar

a) Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh

Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin

semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar.

Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°.

Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20° hingga 25°.

b) Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong

Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta

serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis

pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang.

Page 24: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 24

Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm

Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25°.Manakala untuk menajamkan menggunakan

mesin pencanai pula ialah 20°.

Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan

yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.

Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini.

c) Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam

Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung

Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm

d) Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar

Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat.

Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir.

Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.

Page 25: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 25

4.4 ALAT MENUKUL

Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis alatan. Antara perlatan

menukul ialah:

Alat Menukul :

a) Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)

b) Tukul Besi Warrington

c) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat

d) Gandin

e) Pembenam Paku

a) Tukul Kuku Kambing ( Tukul Besi Berkuku)

Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan

bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah

Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.

Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg

Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.

b) Tukul Besi Warrington

Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.

Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.

Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya ditentukan mengikut

nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja

am.

Page 26: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 26

Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan

dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi

perabut yang sempit

c) Gandin

Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.

Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .

Gandin diperbuat daripada kayu keras.

d) Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk

menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda .

Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.

Page 27: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 27

e) Pembenam paku

Untuk membenam kepala paku panel di bawah permukaan kayu

4.5 ALAT MENAJAM

Kikir Menajam

Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk

memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja.Bagi menghasilkan

sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan

tepat.Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu. Antaranya ialah:

a) Kikir Pipih Tirus

b) Kikr Pipih Kasar

c) Kikir Belah Rotan

d) Kikir Bulat

e) Kikir Segi Empat sama

f) Kikir Segi Tiga

g) Kikir Pipih Nipis

h) Kikir Bentuk Pisau

a) Kikir Pipih Tirus

Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis

kerja yang berlainan.

Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat

halus.

Page 28: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 28

Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-

dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya

berbentuk tirus.

b) Kikir Pipih Kasar

Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.

Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.

Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.

Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.

c) Kikir Belah Rotan

Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap.

Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.

Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.

d) Kikir Bulat

Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.

Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.

Bentuk giginya lurus dan bersilang.

Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang

melengkung.

e) Kikir Segi Empat Sama

Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.

Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang yang berbentuk segi

empat secara kasar.

Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi empat.

f) Kikir Segi Tiga

Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat.

Mata gigi kikir ini bersilang.

Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang bersudut.

Page 29: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 29

Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.

g) Kikir Pipih Nipis

Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

Gigi kikir ini berbentuk silang.

Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.

Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada keseluruhan panjang.

Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm.

g) Kikir Bentuk Pisau

Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.

Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada mata gergaji.

Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.

Jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai digunakan:

Jenis Kemasan Pelarut Kesesuaian

1 Cat Sembur - Untuk permukaan kayu dan logam yang licin

2 Tona Kayu - Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah

3 Syelek Spirit methil Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah

Page 30: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 30

4 Cat Kilat/Licau Turpentine Untuk permukaan kayu dan logam, luar dan dalam rumah

5 Lekar Thinner Untuk permukaan kayu

6 Varnish Thinner Untuk permukaan kayu

Page 31: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 31

PROSEDUR KERJA PROJEK KAYU

“TEMPAT GANTUNG KUNCI”

Page 32: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 32

4.0 PROSEDUR KERJA

BIL. GAMBAR PENERANGAN

1.

Pertama sekali, pelajar dikehendaki

untuk memilih kayu yang sesuai untuk

dijadikan projek. Pelajar perlu

memastikan kayu yang dipilih

mempunyai permukaan yang rata.

2.

Selepas permilihan kayu dibuat,

pelajar perlu membuat tandaan atau

lakaran pada pada kayu tersebut

berdasarkan bentuk yang dipilih

menggunakan pensil tukang.

3. Seterusnya ialah proses pemotongan

dilakukan. Pemotongan hendaklah

dilakukan dengan betul mengikut etika

penggunaan peralatan yang ditetapkan

supaya tidak berlaku kecederaan.

Pemotongan kayu perlu dibuat

setengah centimeter daripada garisan

tandaan. Ini supaya mengelakkan jika

berlaku masalah pemotongan terlebih

pada projek.

Page 33: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 33

4.

Seterusnya adalah proses untuk

membuat lubang dan bentuk pada

tengah permukaan objek. Untuk

membuat lubang dan bentuk, kami

menggunakan pahat. Pahat perlulah

mengikut saiz yang sesuai dengan saiz

objek supaya objek pecah ketika proses

pahat dilakukan.

5.

Selepas lubang dibuat menggunakan

pahat tadi, seterusnya masukkan

gergaji lengkung halus ke dalam

lubang yang telah dibuat pada objek.

Gergaji lengkung halus membolehkan

untuk memotong bahagian yang sukar

seperti tengah objek dan boleh

dipotong melengkung mengikut

bentuk yang dikehendaki.

6.

Bahagian yang telah dibuang

menggunakan pahat dan gergaji

lengkung halus tadi perlu dikikir bagi

meratakan permukaan pada kedua-dua

kayu. Sewaktu melakukan kikir,

pelajar perlu berhati – hati supaya kikir

tidak terkena pada tangan. Ia boleh

menyebabkan kecederaan seperti luka

kerana kikir tersebut bergigi tajam.

Page 34: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 34

7.

Setelah terhasilnya bentuk yang

dikehendaki, pelajar perlu membuat

kemasan pada objek dengan

menggunakan kertas pasir. Terdapat 2

jenis kertas pasir iaitu kasar dan halus.

Untuk permulaan kertas pasir halus

perlu digunakan dan seterusnya kertas

pasir halus. Ini adalah untuk

menjadikan permukaan kayu licin dan

rata serta ia dapat membuang serpihan

kayu (selumbar) halus pada objek.

8.

Setelah semua permukaan di gosok

dengan kertas pasir, sapukan pula pula

objek dengan simen. Simen ini perlu

disapu bagi menutup ruang dan lubang

– lubang kecil pada kayu. Ruang

tersebut perlu disimenkan dengan

menggunakan ‘woodfill’ bagi

mendapatkan permukaan yang rata dan

kemas. Kemudian gunakan kertas pasir

untuk mendapatkan hasil yang lebih

baik pada kedua-dua kayu tersebut.

Page 35: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 35

9.

Setelah kayu dibersihkan dengan

kertas pasir, gunakan syelek untuk

mendapatkan lagi kekemasan pada

kayu tersebut. Cara untuk menyapu

syelek adalah dengan mengikut urat

kayu. Setelah itu, kayu dibiarkan

kering beberapa minit. Pastikan kayu

tidak dijemur di bawah matahari bagi

mengelakkan gelembung-gelembung

udara timbul pada permukaan kayu.

10.

Setelah syelek yang disapu kering,

seterusnya adalah proses terakhir iaitu

memasang pin. Pin dipasang untuk

membolehkan projek kayu tersebut

digantung dan menjadi sebagai alat

tempat menggantung kunci. Setelah

semua pin siap dipasang, barulah

projek kayu tersebut boleh dihantar

kepada pensyarah.

Page 36: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 36

5.0 KESIMPULAN

Setelah menyiapkan kerja projek yang diberikan kepada saya, saya dapati untuk melakukan

kerja projek yang bertajuk ‘Tempat Gantung Kunci’ ini mesti dilakukan dengan mengikut ukuran

yang betul bagi mendapatkan hasil kerja yang memuaskan. Pertama sekali mestilah mendengar

arahan pensyarah dengan baik terutama sekali apabila pensyarah menerangkan tentang peralatan

yang perlu diguna semasa membuat kerja projek.

Ini kerana, jika tidak menggunakan peralatan untuk membuat kerja projek dengan

sebaiknya akan mendatangkan bahaya kepada kita dan juga boleh merosakkan kerja projek kita.

Selain itu,pelajar akan dapat mempelajari cara untuk menggunakan alatan tangan dengan betul

bagi menggelakkan kemalangan berlaku. Pelajar juga perlu menyiapkan projek dalam masa yang

telah ditetapkan dan menyiapkan projek yang diberi dengan sebaik mungkin.

Semangat kerjasama antara satu sama lain amat diperlukan bagi saling membantu untuk

mendapatkan hasil kerja yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu

kerja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Projek ini tidak akan berjaya sekiranya tidak

ada tunjuk ajar daripada pensyarah kerana pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapakan

projek ini.

Page 37: Folio report kayu

Universiti Teknologi Malaysia 37

6.0 RUJUKAN

1. Dr Amirmudin Udin