folio lukisan dan penyuburan diri

48
INSTITUT PENDIDIKAN GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2010 PSV 3112 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI NAMA : FATIMAH MUNIRAH BINTI AHMAD NO. KAD PENGENALAN: 901227-08-5028 KUMPULAN/UNIT : P65H / PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2010

Upload: kyleruwlz-fizrd

Post on 09-Dec-2015

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN JANUARI 2010

PSV 3112 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

NAMA : FATIMAH MUNIRAH BINTI AHMAD

NO. KAD PENGENALAN : 901227-08-5028

KUMPULAN/UNIT : P65H / PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2010

MATA PELAJARAN : PSV 3112 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI

NAMA PENSYARAH :

TARIKH SERAHAN :

Page 2: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali hasil nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………………………

Nama Penulis : ……………………………………………………..

Tarikh : ………………………………………………………

Page 3: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Biodata Guru Pelatih

Nama : Fatimah Munirah binti Ahmad

No. Kad Pengenalan : 901227-08-5028

Opsyen : Pendidikan Seni Visual semester 6 ambilan Januari 2010

Tarikh Lahir : 27 Disember 1990

Alamat Rumah : No. 71, Taman Indah, Jalan Taiping, 33000 Kuala Kangsar, Perak.

No. Telefon : 019-4494427

Emel : [email protected]

Page 4: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Kegiatan Membuat LUKISANDefinisi Lukisan

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan.

Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti

pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen merker, pensel warna, pastel dan

sebagainya

Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu

dilarutkan.

Proses melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan.

Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan keatas sesuatu hasil kerja di namakan lukisan bergantung kepada

penggunaan gaya yang ekspesif dan nyata.

Sejarah Seni Lukis

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.

Page 5: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.

Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.

Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai

kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan

pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Lascaux, Perancis. Gua Niah, Sarawak.

Zaman Renaisance :

- Merupakan zaman kemuncak seni lukis.

- Pelukis terkenal zaman ini Leonardo da Vincci, Michealangelo, Raphel, Albrecht Durer.

- Leonardo da Vincci dan Albrecht Durer perkenalkan skala lukisan fgura mereka.

- Claude Monet pelukis Perancis mengaplikasikan lukisan gaya impressionis.

Page 6: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

- George Seurat menggunakan media arang.

- Kurun ke 20 menampilkan kepelbagaian teknik lukisan dan digabungkan dengan teknik percetakan.

Lukisan anatomi figura manusia oleh Leonardo da Vincci.

Page 7: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Tokoh Seni Lukis Barat

Leonardo Da Vincci

Seorang tokoh seniman dan cendekiawan dunia yang terkenal. Beliaulah yang telah mencantikkan gereja dan katedral di

Rom dengan melukis. Karya beliau yang terkenal ialah lukisan “Mona Lisa” dan ”The Last Supper".

Beliau dikatakan berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal kerana beliau kuasai banyak

ilmu seperti seni bina, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan. Konsep inilah yang

memberikan satu enigma kepada masyarakat sehingga kini terhadap diri beliau.

Beliau juga menggunakan konsep Ikuiri untuk mendapatkan sesuatu jawapan tentang sesuatu persoalan atau masalah yang

timbul. Sesungguhnya beliau boleh dianggap sebagai mendahului zamannya dengan mempunyai semangat inkuiri yang

tinggi untuk mencari jawapan segala kejadian alam. Banyak idea beliau begitu menarik sehingga ke hari ini pada pandangan

tokoh-tokoh pemikir dunia.

Page 8: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Kebanyakan idea beliau dilukis dalam buku catatan peribadinya yang sehingga kini idea beliau itu masih digunakan oleh

ahli-ahli sains untuk mencari idea awal menghasilkan sesuatu inovasi baru.

Page 9: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Vincent Van Gogh

Vincent Willem Van Gogh lahir di Groot Zundert,Brabant, Belanda pada tanggal 30 Maret 1853 dan meninggal di Auvers-

sur-Oise, Perancis pada tanggal 29 Juli 1890. Vincent Willem Van Gogh a adalah pelukis pasca-impresionisme Belanda.

Lukisan-lukisan dan gambar-gambarnya termasuk karya seni yang terbaik, paling terkenal, dan paling mahal di dunia. Van

Gogh menghasilkan lebih dari 800 karya lukisan yang dibuat dalam waktu singkat selama 8 tahu, dan bila ditotal sekitar

2000 gambar dan lukisan yang dihasilkan dari tahun 1880-1890 Van Gogh dianggap sebagai salah satu pelukis terbesar

dalam sejarah seni Eropah.

Pada masa mudanya Van Gogh bekerja pada sebuah perusahaan penjual karya seni, dan setelah beberapa waktu bekerja

sebagai guru, ia melayani sebagai misionaris yang bekerja di wilayah pertambangan yang sangat miskin. Ia baru menjadi

seniman pada tahun 1880. Mulanya karya-karyanya menggunakan warna-warna yang suram. Baru ketika di Paris ia

berjumpa dengan impresionisme dan neo-impresionisme yang warna-warnanya yang lebih cerah dan gaya lukisannya

Page 10: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

dikembangkannya menjadi sebuah gaya yang unik dan mudah dikenali. Gaya lukisannya ini mencapai tingkat

perkembangannya yang penuh ketika ia tinggal di Arles, Perancis.

Awalnya mengikuti tipikal pelukis di zamannya dengan gaya impresionisme. Namun ketidakpuasan terhadap pengekangan

ekspresi seni oleh pakem impresionisme membuat ia beralih pada gaya ekspresionisme.

Pada akhir hidupnya, ia merasa dirinya menjadi gila dan akhirnya menghabiskan sisa hidup di R.S. Jiwa Saint Paul-de-

Mausole di Saint-Rémy-de-Provence, Perancis. Di R.S. Jiwa Saint Paul-de-Mausole, dia tetap melukis.

Page 11: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Tokoh Seni Lukis Tempatan

Syed Ahmad Jamal

Seniman Negara ini berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada 19 September 1929. Datuk Syed Ahmad bin Syed Jamal

mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bharu dari tahun 1936-1938 sebelum berpindah ke

Sekolah Tambatan Tinggi, Johor Bharu pada tahun 1939. Pada tahun 1940 beliau melanjutkan pelajaran ke Ngee Heng

English School dan seterusnya ke Bukit Zahrah English School, Johor Bharu pada tahun 1941. Dari tahun 1945 hingga

tahun 1949 beliau melanjutkan pelajarannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru. Beliau

memulakan pendidikan tingginya di Birmingham School of Architecture dari tahun 1950-1951 dan kemudiaannya dari tahun

1951-1955 beliau melanjutkan pelajarannya ke Chelsea School of Art, London. Pada tahun 1955-1956 beliau meneruskan

pengajian di Institut of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni. Beliau juga

melanjutkan pelajaran ke School of Art Institute of Chicago Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1963-1964 dan pada tahun

1973-1975 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni.

Page 12: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor pada tahun 1956 hingga 1957.

Kemudian beliau ditugaskan di Institut Latihan Guru di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas di Kementerian

Pendidikan di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran dan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan,

Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Malayan Teachers

Training College, Kirkby, England dari tahun 1958-1959.

Datuk Syed Ahmad Jamal merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni

Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari tahun 1983 sehingga tahun 1991. Beliau

merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk

tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasil-hasil

karya beliau untuk tatapan umum. Di antara tema pameran beliau ialah "Antara Langit & Bumi", "Ruang" dan "On & Off

King's Road'.

Page 13: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Hoessein Enas

Nama sebenar Hoessein Enas ialah Mohd Hoessein Enas. Beliau dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924.

Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian

alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah

menuju kepada aliran realistik dan naturalistik. Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali

sebagai Bapa Potret Malaysia, dilahirkan pada tahun 1924 di Kepulauan Jawa, Indonesia.

Pada tahun 1947, beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya

menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan

seni, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau salah satunya ialah penarik beca. Beliau

juga menjadi pelukis jalanan. Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris). Ketika beliau sedang asyik

melukis dijalanan, beliau telah dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council ketika itu, Frank Sullivan yang

kemudiannya menjemput beliau mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur. Sambutan untuk pameran

pertama beliau pada ketika itu amat memberangsangkan kerana semua hasil seni beliau telah terjual (ketika itu beliau masih

Page 14: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

lagi seorang artis baru yang masih cuba menempa nama). Penilaian pada zaman itu, untuk artis baru seperti beliau amatlah

positif untuk beliau lebih bersungguh mencipta nama sebagai seorang artis yang berjaya.

Selepas berjaya pada pameran pertama, atas pengaruh daripada Frank Sullivan, beliau telah diserapkan untuk menjadi

pegawai kerajaan dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya. Sumbangan beliau kepada seni kita antaranya, ukiran

orang Rejang di Pahang dengan beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan. Tesis-tesis yang dihasilkan oleh

beliau kini di bawah jagaan Dr. Zakaria Ali.

Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan persatuan bagi pelukis-pelukis Malaya ketika yang dinamakan sebagai

Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini. Cogan kata persatuan itu ialah “Seni

dan Masyarakat” yang telah dipinjam dari cogan kata Angkatan Sasterawan Singapura 50 (ASAS 50) iaitu “Seni Untuk

Masyarakat”. Sumbangan yang paling besar dariapada Hoessein Enas yang tidak dapat dinilai ialah gambar-gambar yang

diwariskan yang boleh dilihat, dikaji dan diulas kesahihannya.

Page 15: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Teknik-teknik dalam Lukisan

Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

Lakaran – merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

Lukisan – merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan

komposisi.

Catan – merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan

bahantara air dan minyak.

Alatan dan bahan lukisan – pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

Teknik Melukis

1. Teknik garisan,

2. Teknik garisan pangkah,

3. Teknik titik,

4. Teknik lorekan dan

5. Teknik campuran.

Page 19: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

sumber ilham lukisan

Bagi tugasan amali kursus PSV 3112 ini, kami diberikan tema lukisan zaman sebelum kemerdekaan di Malaysia. Oleh itu saya

telah membuat carian sumber-sumber ilham berdasarkan tema yang telah diberikan. Saya telah mengecilkan lagi skop sumber

ilham saya kepada lukisan potret seniman atau seniwati terkenal pada zaman tersebut seperti P. Ramlee dan Saloma serta

adegan-adegan di dalam filem seperti ”Bujang Lapok”, ”Penarek Becha” dan sebagainya.

Page 20: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Gambar-gambar yang dipilih

Page 21: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri
Page 22: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Lakaran idea

Page 23: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Gambar terpilih

Atas nasihat yang telah diberikan oleh pensyarah, saya telah memilih gambar P. Ramlee yang sedang bermain biola sebagai

sumber ilham lukisan saya.

Page 24: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Asal usul kulit kayu

Kulit kayu diambil dari pohon khombouw yang banyak tumbuh iaitu di Sarawak dan di Jakarta, Indonesia. Setelah ditebang, dikuliti,

dan dijemur, barulah kulit kayu tersebut dilukis. Para pengrajin melukisnya dengan menggunakan bahan yang berasal dari alam,

yakni kapur dan pewarna yang dibuat dari sirih, daun, serta getah. Mereka menyebutnya Lukisan Khombouw. Khombouw adalah

nama sebuah pohon yang hidup di sekitar Sentani, Papua. Melukis diatas lembaran kulit kayu, merupakan bagian dari kehidupan

masyarakat yang tinggal di sebuah pulau di tengah Danau Sentani, Papua. Pulau Asei.

Tak semua jenis pohon Khombouw dapat diambil kulit kayunya. Selain yang telah cukup umur, dipilih yang memiliki sedikit dahan.

Batang pohon ini kemudian ditandai bagian-bagiannya yang akan dipotong. Lembaran-lembaran kulit kayu yang sudah dipotong

tak bisa langsung digunakan begitu saja.

Bahan dasar untuk melukis ini, lapisan luarnya yang kasar dibuang. Lalu ditumbuk dengan menggunakan plat besi untuk

mendapatkan lembaran kulit kayu yang lembut dan lebar. Lebarnya bervariasi, tergantung besar kecilnya diameter batang kayu.

Proses menumbuk ini memakan waktu cukup lama dan menguras tenaga. Lembaran-lembaran ini nantinya dicuci, dibuang

ampasnya, selanjutnya dijemur hingga kering.

Lembaran-lembar yang telah kering inilah, dijadikan sebagai media untuk mengeskpresikan jiwa seni mereka. Motifnya bermacam-

macam, salah satunya yang sering dijumpai adalah garis yang membentuk spiral, disebut fouw. Fouw ini dimiliki keluarga raja

dengan makna ikatan kebersamaan dan kekeluargaan. Ada juga motif rasindale yang bermakna kemakmuran.

Page 25: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri
Page 26: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Alatan dan bahan

Kertas kulit kayu

Besi Pemateri

Page 27: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Proses penghasilan

Page 28: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Hasil akhir

Page 29: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Lakaran idea

Page 30: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

REFLEKSI dan apresiasi

Sepanjang proses penghasilan produk kulit kayu ini, banyak input yang telah saya terima melaluinya. Sebelum ini saya tidak

pernah didedahkan dengan lukisan kulit kayu dan ianya amat asing bagi saya. Disebabkan itu, saya berasa sangat gementar untuk

menghasilkan karya lukisan pada kulit kayu.

Proses penghasilan bermula dengan mencari sumber ilham yang bertemakan zaman sebelum merdeka. Saya telah memilih

subject matter figura P. Ramlee yang sedang bermain biola untuk dilukiskan pada kulit kayu. Selepas itu, saya membuat kajian

lakaran menggunakan beberapa teknik lukisan antaranya ialah pointilisme, silang pangkah, garisan selari dan scribbles. Saya telah

memilih teknik campuran garisan selari dan garisan silang pangkah untuk dilukiskan pada kulit kayu nanti.

Semasa proses melakar pada kulit kayu, proses melakar agak sukar kerana permukaan kulit kayu yang agak kasar dan

mudah koyak jika tekanan pensel tidak dikawal dengan betul. Semasa proses melukis menggunakan pemateri juga agak

bermasalah kerana saya tidak pernah menggunakan pemateri untuk tujuan seperti itu. Setelah bertungkus lumus, lukisan kulit kayu

saya terhasil juga.

Ini merupakan kali pertama atau sesi percubaan membuat karya seperti ini dan banyak lagi penambahbaikkan yang harus

saya lakukan kelak. Secara keseluruhan saya berasa puas hati dengan hasil karya saya dan berharap agar saya boleh mencuba

pelbagai jenis teknik lagi untuk membuat lukisan kulit kayu ada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Page 31: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Gambar dan proses Huraian

Buat lakaran pada kertas dahulu untuk mengetahui teknik lakaran yang sesuai untuk

dilukiskan pada kulit kayu.

Sediakan alat dan bahan iaitu:-

1. Besi pemateri

2. Kulit kayu

Page 32: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

- Buat lakaran asas terlebih dahulu pada kertas kulit kayu.

- Mula melukis menggunakan pemateri.

- Gunakan teknik yang dipilih iaitu teknik campuran (selari dan siang pangkah)

- Bahagian yang gelap memerlukan tekanan agak kuat dan rapat.

- Begitulah juga sebaliknya.

Page 33: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

- Bahagian yang tidak terkena cahaya atau mempunyai warna yang gelap memerlukan tekanan yang kuat dan rapat.

- Bahagian yang cerah dan terkena cahaya memerlukan tekanan rendah dan tidak rapat.

Page 34: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

- Buat kemasan pada karya setelah karya siap dilukis.

Page 35: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

Rujukan

http://woodtechnology.blogspot.com/2008/09/apa-itu-kertas.html

http://pramlee.freetzi.com/ramlee_biola.gif

http://nowrafae.blogspot.com/2011/04/sejarah-lukisan.html

http://esenivisual.blogspot.com/2008/09/lukisan_24.html

Page 36: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri
Page 37: Folio Lukisan Dan Penyuburan Diri

teknik scribble

teknik garisan selari

teknik pointilisme