presentation lukisan

20
peringkAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN lukisan KANAK- KANAK MENGIKUT PANDANGAN Viktor Lowenfeld Herbert Read

Upload: suria-ria

Post on 11-Dec-2015

309 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

seni vh

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Lukisan

peringkAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN lukisan KANAK-KANAK MENGIKUT PANDANGAN

Viktor Lowenfeld

Herbert Read

Page 2: Presentation Lukisan

DEF

INIS

I

PERK

EMBA

NGAN

KANAK

-KAN

AK

Page 3: Presentation Lukisan

• Aspek perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa.

• Santoock ( 2008 ) - perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

• Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2006) - perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif

• Konklusinya, perkembangan dapat dikelaskan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek : Fizikal emosi Mental sosial.

Page 4: Presentation Lukisan

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT

PANDANGAN

Viktor Lowenfeld

Page 5: Presentation Lukisan

Memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental, sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak.

Peringkat perkembangan pengutaraan tampak merangkumi peringkat : scribbling, peringkat preschematic, peringkat

schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art.

Page 6: Presentation Lukisan

Apabila pengetahuan sedia ada (pasif) diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semula jadi.

Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.

Hasilnya,perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat dalam keadaan tidak sedar.

Page 7: Presentation Lukisan

Viktor Lowenfeld telah mengkelaskan peringkat pengutaraan tampak di kalangan kanak-kanak hingga remaja, peringkat-peringkat tersebut adalah: Scribbling (Contengan ) : usia 2 hingga 4 tahun Preshecmatic (Pra Skematik): usia 4 - 7 tahun Schematic (Skematik): usia 7 - 9 tahun  Dawning Realism (Awal realisme ): usia 9 - 12 tahun Pseudonaturlistic Reasoning (Penakulan):

usia 12 -14 tahun Adolescent Art in High School(Remaja) : usia 14

hingga 17 tahun

Page 8: Presentation Lukisan

Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)

• Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

• Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan.

• Contoh : Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Page 9: Presentation Lukisan

Bermulanya bentuk konkrit (kanak-kanak melukis bentuk yang terdapat di persekitaran mereka)

Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnyaImej digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu

bukan merupakan reprensentasi tampakContoh : Mereka lukis muka orang, mereka tahu setiap

muka ada telinga, mata, hidung dan mulut.Kedudukan atau kadar banding mulut, mata dan lain-lain tidak penting kepada mereka.

Imej manusia digambarkan dengan rupa asas (bulat bagi muka, garisan panjang bagi anggota tubuh, kaki dan tangan).

.

Peringkat Preshecmatic(4-7 Tahun)

Page 10: Presentation Lukisan

• Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.

• Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. • Objek diulang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan

lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.

• Contoh :Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.

• Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun)

Page 11: Presentation Lukisan

• Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu.

• Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti dengan butir-butiran.  

• Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri.

• Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Dawning Realism (9-12 Tahun)

Page 12: Presentation Lukisan

• Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan.

• Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.

• Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi.

• Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

Peringkat PseudonaturlisticReasoning (12-14 Tahun)

Page 13: Presentation Lukisan

• Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek.

• Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

Adolescent Art in High School(14-17 Tahun)

Page 14: Presentation Lukisan

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT

PANDANGAN

Herbert Read

Page 15: Presentation Lukisan

Pandangan Read……….

• Kreativiti individu kanak-kanak boleh dilanjutkan ke peringkat selepas 10 tahun sehingga ke dewasa.

• Membantahkan sistem pendidikan seni yang merupakan replikasi kepada reality.

• Lebih penting untuk mengeluarkan saranan baru dan bukan mengulangi atau meniru apa yang sedia ada.

• Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak.

• Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah.

Page 16: Presentation Lukisan

• Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.

• Seni alat untuk mendidik seseorang• Seni boleh menyatukan semua Negara

(pendidikan dan pembentukan diri )• Mengumpul contoh-contoh gambar

warna, menjelaskan bagaimana warna

mempengaruhi murid.

Pandangan Read……….

Page 17: Presentation Lukisan
Page 18: Presentation Lukisan

(1) Membuat penegasan dan mewujudkan

tumpuan

(2) Memudahkan suatu item dilihat

(3) Mewujudkan perasaan harmoni; guna warna analogus cth merah, merah ungu, ungu

(4) Lahirkan kesan tertentu; Warna Panas-merah, Sejuk-biru, Psikologi-Tahun Baru cina-merah.

Fungsi Pemilihan warna…….

Page 19: Presentation Lukisan

RUJUKANHaliza Hamzah, J.N. Samuel (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd

Iman( 2009)Perkembangan seni kanak-kanakdimuat turun pada 11 september 2015 daripadahttp://imann9969.blogspot.my/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-dan.html

Santrock ( 2008 ). Child Development:an Introduction. McGraw-Hill Companies(2012)Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak

http://imann9969.blogspot.my/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-dan.html

Page 20: Presentation Lukisan

Sekian terima kasih